penghayatan islam saudara baru orang asli kg. sg. berua terengganu

41
PENGHAYATAN ISLAM SAUDARA BARU ORANG ASLI KG. SG. BERUA TERENGGANU Oleh Razaleigh Muhamat @ Kawangit 1. Pengenalan Kertas kerja ini membincangkan penghayatan Saudara Baru masyarakat Orang Asli di Kampung Sungai Berua terhadap nilai-nilai Islam serta masalah dan cabaran yang mereka hadapi selepas memeluk Islam khususnya dalam aspek ibadat. Analisis ini dibuat berdasarkan kepada soal selidik yang diedarkan kepada 28 responden Orang Asli dan temu bual bersama Penggerak Masyarakat Orang Asli Terengganu serta  pegawai Daerah Hulu Terengganu. Kesemua data daripada soal selidik dianalisis dengan menggunakan perisian Statisic Package for Sosial Science (SPSS) versi 16.0. 2. Latar Belakang Kampung Orang Asli Sungai Berua dan Sejarah Pengislamannya Kampung Sungai Berua membabitkan satu kawasaan tanah seluas 84 hektar. Perkampungan Orang Asli ini terletak di pendalaman daerah Hulu Terengganu dan  berhampiran dengan Tasik Kenyir. Jarak perkampungan ini dengan pekan Kuala Berang, Hulu Terengganu lebih kurang 13 kilometer sahaja. Ia boleh dihubungi melalui jalan darat Kuala Berang-Tapah. Dari Tapah ke perkampungan ini terdapat dua laluan pilihan iaitu melalui jalan balak yang berbukit dan Tapah melalui jalan Felcra Bukit Kapah. Perkampungan ini mula dibuka pada November 1977. Ia merupakan perkampungan baru bagi Orang Asli di daerah ini. Kawasan  perkampungan lama mereka adalah terletak dalam kawasan Empangan Kenyir sekarang. Dengan penempatan ini, mereka tidak lagi mengamalkan cara hidup  berpindah randah sebagaimana sebelumnya. Tambahan pula sumber pencarian mereka yang banyak bergantung kepada hasil-hasil hutan, telah banyak ditenggelami air. Pergerakan mereka di hutan belantara, mulai terhad akibat daripada pembinaan Empangan Kenyir (Omar 2003 : 1).

Upload: razaleigh-muhamat

Post on 04-Jun-2018

235 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

8/13/2019 Penghayatan Islam Saudara Baru Orang Asli Kg. Sg. Berua Terengganu

http://slidepdf.com/reader/full/penghayatan-islam-saudara-baru-orang-asli-kg-sg-berua-terengganu 1/41

PENGHAYATAN ISLAM SAUDARA BARU ORANG ASLI

KG. SG. BERUA TERENGGANU

Oleh

Razaleigh Muhamat @ Kawangit

1. Pengenalan

Kertas kerja ini membincangkan penghayatan Saudara Baru masyarakat Orang Asli di

Kampung Sungai Berua terhadap nilai-nilai Islam serta masalah dan cabaran yang

mereka hadapi selepas memeluk Islam khususnya dalam aspek ibadat. Analisis ini

dibuat berdasarkan kepada soal selidik yang diedarkan kepada 28 responden OrangAsli dan temu bual bersama Penggerak Masyarakat Orang Asli Terengganu serta

 pegawai Daerah Hulu Terengganu. Kesemua data daripada soal selidik dianalisis

dengan menggunakan perisian Statisic Package for Sosial Science (SPSS) versi 16.0.

2. Latar Belakang Kampung Orang Asli Sungai Berua dan Sejarah

Pengislamannya

Kampung Sungai Berua membabitkan satu kawasaan tanah seluas 84 hektar.

Perkampungan Orang Asli ini terletak di pendalaman daerah Hulu Terengganu dan

 berhampiran dengan Tasik Kenyir. Jarak perkampungan ini dengan pekan Kuala

Berang, Hulu Terengganu lebih kurang 13 kilometer sahaja. Ia boleh dihubungi

melalui jalan darat Kuala Berang-Tapah. Dari Tapah ke perkampungan ini terdapat

dua laluan pilihan iaitu melalui jalan balak yang berbukit dan Tapah melalui jalan

Felcra Bukit Kapah. Perkampungan ini mula dibuka pada November 1977. Ia

merupakan perkampungan baru bagi Orang Asli di daerah ini. Kawasan

 perkampungan lama mereka adalah terletak dalam kawasan Empangan Kenyir

sekarang. Dengan penempatan ini, mereka tidak lagi mengamalkan cara hidup

 berpindah randah sebagaimana sebelumnya. Tambahan pula sumber pencarian mereka

yang banyak bergantung kepada hasil-hasil hutan, telah banyak ditenggelami air.

Pergerakan mereka di hutan belantara, mulai terhad akibat daripada pembinaan

Empangan Kenyir (Omar 2003 : 1).

8/13/2019 Penghayatan Islam Saudara Baru Orang Asli Kg. Sg. Berua Terengganu

http://slidepdf.com/reader/full/penghayatan-islam-saudara-baru-orang-asli-kg-sg-berua-terengganu 2/41

 

Kepimpinan di kampung ini diketuai oleh Batin. Perlantikan Batin dibuat

secara pilihan ramai oleh penduduk kampung dan disahkan oleh kerajaan. Kerajaan

mengiktiraf kedudukan Batin setaraf dengan ketua-ketua kampung masyarakat

Melayu. Dari sudut ekonomi pula, dalam usaha Jabatan Hal Ehwal Orang Asli

(JHEOA) untuk membantu membawa pembangunan ekonomi kepada Orang Asli di

kampung ini, tumpuan diberikan di bawah aktiviti projek kecil dan bumi hijau.

Bantuan-bantuan terus diberikan seperti membekalkan alatan pertanian, bekalan

 benih-benih, baja, racun rumpai dan lain-lain. Bantuan ini diberikan dari masa ke

semasa berasaskan prioriti dan agihan peruntukan. Antara projek yang dijalankan

ialah kelapa sawit yang diuruskan oleh FELCRA, dan projek ternakan ikan di TasikKenyir yang diuruskan oleh JHEOA dan Jabatan Perikanan. Walaupun telah terdapat

 beberapa projek yang dilaksanakan tersebut, namun bagi menyara hidup, mereka

masih gigih mencari hasil-hasil hutan seperi rotan manar, rotan sega, kayu candan,

kayu mancis dan akar kayu (Abdullah 1994. 6).

Pada umumnya, sebelum mereka menganut Islam, mereka mempercayai

 bahawa wujudnya pencipta alam ini yang disebut sebagai ‘tuhan’, namun begitu

konsep tentang kewujudan dan kekuasaan ‘tuhan’ itu masih lagi kabur dan tidak jelas.

Manakala ciri kepercayaan mereka yang lebih ketara ialah terhadap kewujudan

‘makhluk -makhluk halus’ seperti hantu, syaitan dan penunggu. Kesemua makhluk ini

dipercayai boleh mendatangkan bencana dan berbagai jenis penyakit kepada mereka.

Oleh itu, mereka mempercayai ‘tangkal azimat’ mampu mendinding mereka dari

 penyakit khususnya bagi kanak-kanak, selain dari itu mereka juga sering mengaitkan

mimpi-mimpi ngeri dengan kesusahan atau kemalangan yang akan menimpa mereka(Abdullah 1994 :7).

Sebelum kemasukan beramai-ramai masyarakat Orang Asli Sungai Berua ke

dalam agama Islam, telah banyak program dan aktiviti yang dilaksanakan oleh

 pelbagai jabatan dan agensi kerajaan yang menjadi pemangkin perubahan sikap

mereka yang positif kepada Islam. Dalam hal ini, Jabatan Hal Ehwal Agama

Terengganu (JHEAT) sebagai agensi kerajaan yang bertanggungjawab sepenuhnya

8/13/2019 Penghayatan Islam Saudara Baru Orang Asli Kg. Sg. Berua Terengganu

http://slidepdf.com/reader/full/penghayatan-islam-saudara-baru-orang-asli-kg-sg-berua-terengganu 3/41

dalam bidang dakwah, telah berusaha untuk mendekati masyarakat Orang Asli dan

 berjinak dengan mereka. Jabatan ini memikirkan bahawa langkah awal dakwah yang

 perlu dilaksanakan ialah dengan menempatkan seorang pendakwah khas untuk

menjalankan usaha dakwah ‘bil hal’   di kalangan masyarakat Orang Asli. Cara ini

difikirkan lebih berhikmah dan lebih berkesan daripada cara yang lain. Oleh yang

demikian, pada tahun 1991, JHEAT bersetuju melantik ustaz Lokman bin Sulaiman

sebagai mubaligh dan ditugaskan khusus untuk mengadakan lawatan dakwah secara

 berterusan di perkampungan Orang Asli ini. Beliau telah dibayar elaun bulanan

sebanyak RM250 sebulan. Perlantikan ini berkuatkuasa mulai 1 September 1991

(Omar 2009:2). Di samping aktiviti yang dilakukan oleh mubaligh ini, terdapat juga

aktiviti yang dilakukan oleh agensi-agensi kerajaan negeri yang lain termasuk juga program yang dilaksanakan oleh Pusat Islam Malaysia (sekarang lebih dikenali

sebagai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia-JAKIM). Walaupun banyak pihak telah

mengadakan pelbagai program di perkampungan Orang Asli ini, namun minat mereka

kepada agama Islam tidak begitu kelihatan. Dengan kata ringkas, kesemua program

yang diatur belum berjaya menarik mereka kepada Islam sepenuhnya.

 Namun, semuanya telah berubah apabila satu sejarah telah terlakar di

 perkampungan Orang Asli ini pada tanggal 28 Ogos 1994 dengan pengislaman secara

 beramai-ramai masyarakat Orang Asli Sungai Berua, Hulu Terengganu. Majlis

 pengislaman ini berlangsung bersempena dengan majlis penutupan Projek Keluarga

Angkat anjuran bersama UKM, BAHEIS, JHEOA, dan kerajaan negeri Terengganu

(Omar 2003 : 2). Sebelum projek keluarga angkat ini dilaksanakan banyak pihak

menyatakan bahawa masyarakat Orang Asli selalu menolak apabila mereka diseru

untuk menerima agama Islam. Rata-rata masyarakat Melayu beranggapan bahawamasyarakat Orang Asli meskipun mudah didekati melalui perhubungan sosial dan

ekonomi, namun mereka belum menampakkan minat terhadap agama Islam.

Bagaimanapun semasa Projek Keluarga Angkat ini dilaksanakan di Kampung Sungai

Berua, ternyata pandangan-pandangan tersebut meleset dan didapati sikap Orang Asli

terhadap Islam telah berubah. Detik-detik awal sejarah pengislaman masyarakat Orang

Asli ini bermula apabila satu usaha dakwah cuba dilakukan dalam bentuk Projek

Keluarga Angkat di perkampungan Orang Asli Sungai Berua, Hulu Terengganu pada

22-28 Ogos 1994. Projek Keluarga Angkat ini berjalan lancar hasil kerjasama yang

8/13/2019 Penghayatan Islam Saudara Baru Orang Asli Kg. Sg. Berua Terengganu

http://slidepdf.com/reader/full/penghayatan-islam-saudara-baru-orang-asli-kg-sg-berua-terengganu 4/41

diberikan oleh pelbagai pihak yang terlibat. Contohnya, kerajaan negeri menyediakan

 berbagai kemudahan menerusi penglibatan agensi-agensi pentingnya seperti Pejabat

Daerah Hulu Terengganu, JHEAT, dan Pejabat Kadi Daerah Hulu Terengganu. Lain-

lain agensi dan badan yang turut terlibat sama ialah jabatan-jabatan seperti Polis,

Jabatan Kesihatan, Jabatan Pertanian, jabatan Perikanan, Jabatan Penerangan, Jabatan

Kebajikan Masyarakat, KEMAS, FELCRA, dan JKK Kampung Tapah. Masyarakat

yang hidup berjiran dengan kampung Orang Asli tersebut telah menunjukkan

sokongan yang padu terhadap usaha murni ini (Abdullah 2009 : 88).

Antara tujuan utama projek ini diadakan adalah bagi melatih mahasiswa dan

mahasiswi dengan latihan amali dakwah kepada masyarakat non-Muslim khususnya

kepada Orang Asli. Sungguhpun program ini bermotifkan dakwah, tetapi perkataan

‘dakwah’   sengaja tidak ditonjolkan bagi mengelak daripada timbulnya unsur-unsur

 penolakan di kalangan masyarakat Orang Asli. Mengikut pandangan umum, ramai

menyatakan bahawa masyarakat Orang Asli Sungai Berua ini kurang gemar dengan

imej dakwah dan besar kemungkinan mereka akan bersikap negatif terhadap apa-apa

 program yang menonjolkan imej tersebut. Oleh yang demikian, istilah ‘Keluarga

Angkat’ difikirkan lebih sesuai dan layak digunakan untuk projek ini, lagipun sebelum

ini Orang Asli Sungai Berua pernah didedahkan dengan program yang lebih kurang

serupa yang dianjurkan oleh KUSZA. Peserta-peserta projek ini terdiri daripada 31

orang mahasiswa dan 19 orang mahasiswi termasuk 2 orang siswazah lanjutan. Acara

 penyerahan anak angkat dilakukan oleh Pegawai Daerah Hulu Terengganu, YM. Ku

Abdul Azzah bin Syed Alwi dalam majlis perasmian yang diadakan pada pagi 23

Ogos 1994. Pada umumnya setiap keluarga Orang Asli mendapat seorang mahasiswa

dan seorang mahasiswi sebagai anak angkat mereka. Serentak dengan penyerahananak angkat ini, disampaikan juga ‘buah tangan’ kepada keluarga terbabit sebagai

tanda penghargaan. Orang Asli tidak keberatan untuk menerima program ini kerana

anak angkat tidak ditempatkan di rumah mereka. Mahasiswi tinggal di tingkat atas

Dewan Serbaguna dan mahasiswa bermalam di dua buah rumah lama yang pernah

digunakan oleh pegawai, pembantu luar dan guru JHEOA. Manakala pensyarah

menginap di rumah Penggerak Masyarakat. Berhubung dengan makan minum peserta,

Orang Asli tidak perlu bersusah payah menyediakannya, kerana ia diurus oleh pelajar-

 pelajar sendiri (Abdullah 2009 : 88-89).

8/13/2019 Penghayatan Islam Saudara Baru Orang Asli Kg. Sg. Berua Terengganu

http://slidepdf.com/reader/full/penghayatan-islam-saudara-baru-orang-asli-kg-sg-berua-terengganu 5/41

3. Penganalisaan Data

Penganalisaan data ini dilakukan melalui hasil borang soal selidik yang dikembalikan

oleh Responden. Pengedaran soal selidik ini dilakukan secara rawak iaitu dari rumah

ke rumah di perkampungan Orang Asli Kampung Sungai Berua, Kuala Berang,

Terengganu. Soal selidik ini terdiri daripada 4 bahagian iaitu bahagian A berkaitan

latar belakang responden, bahagian B berkaitan dengan kefahaman terhadap konsep

Islam, bahagian C cabaran dan masalah selepas responden memeluk Islam dan

 bahagian D berkenaan dengan bimbingan daripada pihak lain selepas mereka

memeluk Islam. Responden telah memberi jawapan berdasarkan soalan yang

dinyatakan di dalam borang soal selidik. Pemprosesan soal selidik adalah bertujuanuntuk menentukan peratusan bagi setiap item.

3.1 Bahagian A : Latar Belakang Responden

Jadual 3.1 : Maklumat responden mengenai jantina

Perkara Kekerapan Peratus

Lelaki 15 53.6Perempuan 13 46.4

Jumlah 28 100

Sumber : Soal selidik 2010

8/13/2019 Penghayatan Islam Saudara Baru Orang Asli Kg. Sg. Berua Terengganu

http://slidepdf.com/reader/full/penghayatan-islam-saudara-baru-orang-asli-kg-sg-berua-terengganu 6/41

Jadual dan graf 3.1 di atas menunjukkan kesemua 28 orang responden yang

telah menjawab soalan soal selidik ini telah dikenal pasti jantina masing-masing.

Peratusan jantina yang tertinggi diwakili oleh kaum lelaki iaitu sebanyak 53.6 % yang

 berjumlah 15 orang. Manakala bilangan responden perempuan adalah 46.4%

 bersamaan 13 orang. Ini menunjukkan responden yang menjawab soalan soal selidik

ini majoritinya adalah kaum lelaki. Perbezaan ini berlaku kerana daripada pemerhatian

 penyelidik, penduduk Kampung Sungai Berua ini ramai terdiri daripada golongan

lelaki daripada golongan perempuan. Oleh yang demikianlah wujudnya perbezaan ini

yang mana responden lelaki lebih ramai daripada responden perempuan. Jumlah awal

responden yang disasarkan untuk menjawab soalan soal selidik ini adalah seramai 50

orang, namun penyelidik berjaya mendapat hanya 28 responden untuk menjawab soalselidik ini. Ini adalah kerana ramai diantara responden enggan menjawab soalan soal

selidik ini dan ada juga dikalangan mereka yang buta huruf. Oleh yang demikian,

 penyelidik hanya berjaya mendapatkan pandangan hanya dari 28 orang responden ini

sahaja untuk mendapat pandangan daripada mereka.

Jadual 3.2 : Maklumat responden mengenai umur

Perkara Kekerapan Peratus15-20 tahun 5 17.9

21-25 tahun 7 25.0

26-30 tahun 6 21.4

31-35 tahun 2 7.1

36-40 tahun 4 14.3

41 tahun ke atas 4 14.3

Jumlah 28 100

8/13/2019 Penghayatan Islam Saudara Baru Orang Asli Kg. Sg. Berua Terengganu

http://slidepdf.com/reader/full/penghayatan-islam-saudara-baru-orang-asli-kg-sg-berua-terengganu 7/41

 Sumber : Soal selidik 2010

Jadual dan graf 3.2 di atas menunjukkan tahap umur responden yang

menjawab soal selidik yang diedarkan. Terdapat seramai 5 responden (17.9%) yang

terdiri dari umur 15-20 tahun, 7 responden (25.0%) berumur lingkungan 21-25 tahun,

6 responden (21.4%) berumur 26-30 tahun, 2 responden (7.1%) berumur 31-35 tahun,

dan responden yang berumur 36-40 tahun serta 41 tahun ke atas masing-masing terdiridaripada 4 orang (14.3%). Oleh yang demikian, responden yang berumur 21-25 tahun

menjadi responden yang paling ramai menjawab soalan soal selidik ini.

Jadual 3.3 : Maklumat responden mengenai pendidikan 

Perkara Kekerapan Peratus

Darjah 6 6 24.4

Tidak Bersekolah 22 78.6

Jumlah 28 100

8/13/2019 Penghayatan Islam Saudara Baru Orang Asli Kg. Sg. Berua Terengganu

http://slidepdf.com/reader/full/penghayatan-islam-saudara-baru-orang-asli-kg-sg-berua-terengganu 8/41

8/13/2019 Penghayatan Islam Saudara Baru Orang Asli Kg. Sg. Berua Terengganu

http://slidepdf.com/reader/full/penghayatan-islam-saudara-baru-orang-asli-kg-sg-berua-terengganu 9/41

 

Sumber : Soal selidik 2010

Jadual dan graf 3.4 di atas menunjukkan maklumat mengenai pekerjaan

responden. Seramai 5 responden (17.9%) terdiri daripada penoreh getah, 6 responden

(21.4%) bekerja sebagai petani sementara 17 responden (60.7%) lagi tidak bekerja.

Kesimpulannya, responden yang tidak bekerja dikenal pasti sebagai responden yang

 paling ramai menjawab soal selidik ini. Daripada pemerhatian penyelidik, responden

tidak mempunyai latar belakang pendidikan yang tinggi, sehubungan dengan itu

mereka tidak bekerja di sektor-sektor kerajaan dan swasta. Mereka lebih senang

memilih untuk bekerja sendiri seperti menjadi petani dan penoreh getah. Ada juga

dikalangan mereka memilih untuk tidak bekerja.

Jadual 3.5 : Maklumat mengenai status responden

Perkara Kekerapan Peratus

Bujang 10 35.7

Berkahwin 17 60.7

Janda 1 3.6

Jumlah 28 100

8/13/2019 Penghayatan Islam Saudara Baru Orang Asli Kg. Sg. Berua Terengganu

http://slidepdf.com/reader/full/penghayatan-islam-saudara-baru-orang-asli-kg-sg-berua-terengganu 10/41

 

Sumber : Soal selidik 2010

Jadual dan graf 3.5 di atas menunjukkan mengenai status responden. Terdapat

seramai 10 responden (35.7%) yang masih bujang, manakala 17 responden (60.7%)

sudah berkahwin dan seorang responden (3.6%) adalah janda. Majoriti responden

yang menjawab soal selidik ini adalah dari kalangan mereka yang telah berkahwin.

Masyarakat Orang Asli Sungai Berua ini ramai memilih untuk berkahwin pada umur

yang muda iaitu pada umur belasan tahun. Mereka pernah mencatat sejarah apabila

menganjurkan majlis perkahwinan dan persandingan beramai-ramai dan berita

mengenainya disiarkan dalam akhbar-akhbar tempatan.

3.2. Analisis data Bahagian B : Bahagian ini bertujuan mengenal pasti

kefahaman saudara baru Orang Asli terhadap konsep Islam

Jadual 3.6 : Islam satu ajaran agama yang mudah dan tidak membebankan

Perkara Kekerapan Peratus

Sangat Setuju 3 10.7

Setuju 14 50.0

Kurang Setuju 9 32.1

Tidak Setuju 2 7.1

Jumlah 28 100

8/13/2019 Penghayatan Islam Saudara Baru Orang Asli Kg. Sg. Berua Terengganu

http://slidepdf.com/reader/full/penghayatan-islam-saudara-baru-orang-asli-kg-sg-berua-terengganu 11/41

 Sumber : Soal selidik 2010

Jadual dan graf 3.6 di atas menunjukkan kebanyakan responden memperakui

Islam adalah satu ajaran agama yang mudah dan tidak membebankan. Ini kerana,

seramai 3 responden (10.7%) menyatakan sangat setuju dengan persoalan ini dan

seramai 14 responden (50.0%) menyatakan setuju manakala 9 responden (32.1%)

menyatakan kurang setuju serta 2 responden (7.1%) menyatakan tidak setuju.

Kesimpulannya, kebanyakan responden setuju bahawa Islam sebagai satu ajaran yang

mudah dan tidak membebankan. Pemerhatian yang dijalankan mendapati guru-guru

agama yang mengajar responden khususnya di dalam kelas fardhu ain tidaklah

mengajar mereka dengan perkara-perkara yang boleh membebankan mereka. Mereka

hanya diajar berkenaan dengan asas-asas agama dan perkara-perkara yang dirasakan

 bersesuaian dengan mereka.

Jadual 3.7 : Wujud perasaan tenang dan tenteram selepas memeluk Islam

Perkara Kekerapan Peratus

Sangat Setuju 4 14.3

Setuju 11 39.3

Kurang Setuju 12 42.9

Tidak Setuju 1 3.6

Jumlah 28 100

8/13/2019 Penghayatan Islam Saudara Baru Orang Asli Kg. Sg. Berua Terengganu

http://slidepdf.com/reader/full/penghayatan-islam-saudara-baru-orang-asli-kg-sg-berua-terengganu 12/41

 

Sumber : Soal selidik 2010

Jadual dan graf 3.7 menunjukkan wujudnya perasaan tenang dan tenteram di

dalam diri responden selepas memeluk agama Islam. Ini berdasarkan kenyataan

daripada responden iaitu sebanyak 4 responden (14.3%) menyatakan sangat setuju, 11

responden (39.3%) menyatakan setuju, manakala 12 responden (42.9%) menyatakan

kurang setuju dan baki 1 responden (3.6%) menyatakan tidak setuju dengan kenyataan

ini. Kesimpulannya, kebanyakan responden menyatakan bahawa selepas mereka

memeluk agama Islam, mereka merasa tenang dan tenteram dengan ajaran agama ini.

Selepas responden memeluk Islam, banyak badan-badan dakwah seperti PERKIM,

JHEAT dan JHEOA sendiri terlibat secara langsung menghulurkan bantuan-bantuan

kepada mereka. Keadaan ini semestinya mendatangkan keselesaan kepada mereka

terhadap agama Islam yang mereka anuti ini.

Jadual 3.8 : Banyaknya keraguan di dalam agama asal

Perkara Kekerapan Peratus

Setuju 18 64.3

Kurang Setuju 10 35.7

Jumlah 28 100

8/13/2019 Penghayatan Islam Saudara Baru Orang Asli Kg. Sg. Berua Terengganu

http://slidepdf.com/reader/full/penghayatan-islam-saudara-baru-orang-asli-kg-sg-berua-terengganu 13/41

 Sumber : Soal selidik 2010

Jadual dan graf 3.9 di atas menunjukkan terdapat banyak keraguan di dalam

agama asal responden. Berdasarkan jawapan yang diperolehi daripada responden,

seramai 18 responden (64.3%) setuju dengan kenyataan ini dan 10 responden (35.7%)

lagi menyatakan kurang setuju. Kesimpulannya, majoriti responden setuju bahawa

memang wujudnya banyak keraguan di dalam agama asal mereka. Ini kerana, Islam

adalah agama fitrah yang diturunkan oleh Allah (s.w.t) dan ajarannya menepati sifat-

sifat semulajadi manusia. Sebagai contoh, Islam menganjurkan untuk makan makanan

yang berkhasiat lagi halal kerana bertujuan untuk menjaga kesihatan manusia itu

sendiri. Jika dibandingkan dengan ajaran asal mereka, banyak perkara-perkara yang

 bertentangan dengan fitrah manusia dan ini menimbulkan keraguan di kalangan

responden selepas mereka belajar mengenai Islam.

Jadual 3.9 : Islam lebih sistematik dan teratur

Perkara Kekerapan Peratus

Sangat Setuju 1 3.6

Setuju 23 82.1

Kurang Setuju 4 14.3

Jumlah 28 100

8/13/2019 Penghayatan Islam Saudara Baru Orang Asli Kg. Sg. Berua Terengganu

http://slidepdf.com/reader/full/penghayatan-islam-saudara-baru-orang-asli-kg-sg-berua-terengganu 14/41

 Sumber : Soal selidik 2010

Jadual dan graf 3.9 di atas menunjukkan ajaran Islam lebih sistematik dan

teratur. Seramai 1 responden (3.6%) menyatakan sangat setuju dengan kenyataan ini

manakala 23 responden (82.1%) menyatakan setuju dan 4 responden (14.3%) lagi

menyatakan kurang setuju. Kesimpulannya, sebahagian besar daripada responden

setuju bahawa ajaran Islam lebih bersistematik dan teratur. Di dalam Islam, wujudnya

konsep ibadah di dalam segala aktiviti yang dilakukan manusia. Setiap perlakuan itu

mestilah disertai dengan niat yang baik supaya mendapat ganjaran pahala daripadaAllah (s.w.t). Inilah konsep ajaran Islam yang dikatakan lebih bersistematik dan

tersusun yang tidak terdapat pada mana-mana ajaran kepercayaan yang lain.

Jadual 3.10 : Tidak boleh meninggalkan ajaran asal walaupun sudah memeluk

Islam

Perkara Kekerapan Peratus

Sangat Setuju 2 7.1

Setuju 9 32.1

Kurang Setuju 14 50.0

Tidak Setuju 1 3.6

Sangat Tidak Setuju 2 7.1

Jumlah 28 100

8/13/2019 Penghayatan Islam Saudara Baru Orang Asli Kg. Sg. Berua Terengganu

http://slidepdf.com/reader/full/penghayatan-islam-saudara-baru-orang-asli-kg-sg-berua-terengganu 15/41

 

Sumber : Soal selidik 2010

Jadual dan graf 3.10 di atas menunjukkan masyarakat Orang Asli boleh

menerima Islam dan boleh meninggalkan ajaran asal mereka walaupun sudah

memeluk Islam. Ini kerana, 2 responden (7.1%) menjawab sangat setuju, 9 responden

(32.1%) menjawab setuju, manakala 14 responden (50.0%) menjawab kurang setuju

dan 1 responden (3.6%) menjawab tidak setuju serta 2 responden (7.1%) menjawab

sangat tidak setuju dengan kenyataan diatas. Kesimpulannya, majoriti daripada

responden dapat menerima Islam dengan kebanyakan menyatakan mereka kurang

setuju bahawa mereka masih tidak dapat meninggalkan ajaran asal mereka.

Responden telah memeluk Islam hampir 16 tahun yang lalu. Tempoh masa ini

mungkin telah menjadikan mereka sudah dapat membiasakan diri dengan ajaran Islam

dan sedikit sebanyak dapat meninggalkan ajaran asal mereka.

Jadual 3.11 : Lebih selesa berada dalam ajaran asal berbanding berada dalam

Islam

Perkara Kekerapan Peratus

Setuju 8 28.6

Kurang Setuju 16 57.1

Tidak Setuju 3 10.7

Sangat Tidak Setuju 1 3.6

Jumlah 28 100

8/13/2019 Penghayatan Islam Saudara Baru Orang Asli Kg. Sg. Berua Terengganu

http://slidepdf.com/reader/full/penghayatan-islam-saudara-baru-orang-asli-kg-sg-berua-terengganu 16/41

 Sumber : Soal selidik 2010

Jadual dan graf 3.11 di atas menunjukkan bahawa masyarakat Orang Asli lebih

selesa berada dalam ajaran asal beranding berada dalam Islam adalah tidak tepat. Ini

 berdasarkan kepada persoalan yang telah dijawab oleh responden dengan 8 responden

(28.6%) sahaja menyatakan setuju dengan kenyataan ini manakala 16 responden

(57.1%) menjawab kurang setuju dan 3 responden (10.7%) menjawab tidak setuju

serta 1 responden (3.6%) menjawab sangat tidak setuju. Kesimpulannya, majoriti

responden menyatakan kurang setuju bahawa mereka lebih selesa berada dalam ajaran

asal berbanding berada dalam Islam. Hal ini menunjukkan perkembangan yang positif

terhadap usaha-usaha dakwah yang dilakukan. Mengikut kepada pemerhatian

 penyelidik, banyak pihak yang telah memberi bimbingan dan dorongan kepada

mereka khususnya daripada badan-badan dakwah. Oleh yang demikian, mereka akan

 berasa lebih selesa selepas memeluk Islam kerana mereka merasakan diri mereka

lebih dihargai dan diberikan tumpuan melalui bimbingan-bimbingan tersebut.

Jadual 3.12 : Ajaran asal dan ajaran Islam tidak ada beza

Perkara Kekerapan Peratus

Setuju 11 39.3

Kurang Setuju 9 32.1

Tidak Setuju 8 28.6

Jumlah 28 100

8/13/2019 Penghayatan Islam Saudara Baru Orang Asli Kg. Sg. Berua Terengganu

http://slidepdf.com/reader/full/penghayatan-islam-saudara-baru-orang-asli-kg-sg-berua-terengganu 17/41

 Sumber : Soal selidik 2010

Jadual dan graf 3.12 di atas menunjukkan wujudnya perbezaan antara ajaran

asal masyarakat Orang Asli dan ajaran Islam. Ini kerana hanya 11 responden (39.3%)

menyatakan setuju dengan kenyataan tersebut manakala 9 responden (32.1%)

menyatakan kurang setuju dan 9 responden ( 32.1%) menyatakan tidak setuju.

Kesimpulannya, kebanyakan daripada responden menyatakan setuju bahawa

wujudnya perbezaan di antara ajaran asal dan ajaran Islam. Mereka berpandangan

 bahawa disana wujudnya perbezaan yang ketara antara ajaran asal mereka dan ajaran

Islam itu sendiri. Ini adalah kerana banyaknya wujud unsur-unsur ketidakpastian di

dalam ajaran asal mereka jika dibandingkan dengan Islam yang jelas menerangkan

tentang tujuan disyariatkan sesuatu perkara.

Jadual 3.13 : Islam adalah kepercayaan yang dicari-cari selama ini

Perkara Kekerapan Peratus

Setuju 15 53.6

Kurang Setuju 13 46.4

Jumlah 28 100

8/13/2019 Penghayatan Islam Saudara Baru Orang Asli Kg. Sg. Berua Terengganu

http://slidepdf.com/reader/full/penghayatan-islam-saudara-baru-orang-asli-kg-sg-berua-terengganu 18/41

 

Sumber : Soal selidik 2010

Jadual dan graf 3.13 di atas menunjukkan Islam adalah kepercayaan yang

dicari-cari selama ini oleh masyarakat Orang Asli. Seramai 15 responden (53.6%)

 bersetuju bahawa Islam adalah kepercayaan yang dicari-cari manakala seramai 13

responden (46.4%) lagi kurang beretuju dengan kenyataan tersebut. Kesimpulannya,

majoriti daripada responden menyetujui bahawa Islam merupakan ajaran yang dicari

oleh mereka selama ini. Menyedari akan hakikat konsep Islam penuh dengan

kemurnian dan keharmonian, responden telah terpikat dengan ajaran tersebut.

Keselarian ajaran Islam dengan kehidupan manusia juga menjadikan responden lebih

 berminat kepada agama Islam berbanding dengan ajaran-ajaran yang lain. Oleh yang

demikian, Islam telah menjadi satu agama yang mereka cari selama ini kerana ianya

dilihat sebagai agama yang lengkap.

Jadual 3.14 : Sukakan Islam kerana Islam satu-satunya agama yang mampu

membawa kebaikan

Perkara Kekerapan Peratus

Sangat Setuju 2 7.1

Setuju 21 75.0

Kurang Setuju 4 14.3

Tidak Setuju 1 3.6

Jumlah 28 100

8/13/2019 Penghayatan Islam Saudara Baru Orang Asli Kg. Sg. Berua Terengganu

http://slidepdf.com/reader/full/penghayatan-islam-saudara-baru-orang-asli-kg-sg-berua-terengganu 19/41

 

Sumber : Soal selidik 2010

Jadual dan graf 3.14 di atas menunjukkan masyarakat Orang Asli menyukai

Islam kerana Islam adalah satu-satunya agama yang mampu membawa kepada

kebaikan. Kenyataan ini berdasarkan kepada seramai 2 responden (7.1%) menjawab

sangat setuju dan 21 responden (21%) menjawab setuju manakala 4 responden

(14.3%) menjawab kurang setuju serta 1 responden (3.6%) menjawab tidak setuju

terhadap persoalan tersebut. Kesimpulannya, majoriti responden setuju bahawa Islam

adalah satu-satunya agama yang mampu membawa kebaikan telah membuatkan

masyarakat Orang Asli memilih dan menyukai agama ini. Berpandukan kepada

 pemerhatian penyelidik, rata-rata responden mengakui bahawa Islam adalah agama

yang penuh dengan nilai-nilai murni dan sama sekali menegah manusia untuk

melakukan kerosakan. Mereka berasa yakin dengan hal yang sedemikian, agama Islam

mampu untuk membawa kebaikan kepada seluruh penganutnya.

Jadual 3.15 : Berazam untuk menjadi seorang yang mahir tentang Islam

Perkara Kekerapan Peratus

Sangat Setuju 1 3.6

Setuju 18 64.3

Kurang Setuju 8 28.6

Tidak Setuju 1 3.6

8/13/2019 Penghayatan Islam Saudara Baru Orang Asli Kg. Sg. Berua Terengganu

http://slidepdf.com/reader/full/penghayatan-islam-saudara-baru-orang-asli-kg-sg-berua-terengganu 20/41

Jumlah 28 100

Sumber : Soal selidik 2010

Jadual dan graf 3.15 di atas menunjukkan persoalan mengenai responden

 berazam untuk menjadi seorang yang mahir tentang Islam satu hari nanti. Ini dapat

dilihat melalui jawapan yang diberikan iaitu seramai 1 responden (3.6%) menyatakan

sangat setuju terhadap kenyataan ini dan 18 responden (64.3%) menyatakan setuju.

Manakala 8 responden (28.6%) menyatakan kurang setuju dan 1 responden (3.6%)

menyatakan tidak setuju untuk menjadi seorang yang mahir tentang Islam.

Kesimpulannya, majoriti daripada respoden setuju untuk menjadi seorang yang mahir

mengenai Islam pada masa yang akan datang. Hal ini kerana, hari demi hari responden

semakin senang dengan ajaran agama Islam kesan daripada peranan yang dimainkan

oleh pendakwah. Kerana keluhuran Islam itu sendiri, mereka berazam untuk menjadi

seorang muslim yang sejati pada masa yang akan datang untuk meraih syurga Allah

(s.w.t).

8/13/2019 Penghayatan Islam Saudara Baru Orang Asli Kg. Sg. Berua Terengganu

http://slidepdf.com/reader/full/penghayatan-islam-saudara-baru-orang-asli-kg-sg-berua-terengganu 21/41

3.3 Analisis data Bahagian C : Bahagian ini bertujuan untuk mengenal pasti

cabaran dan masalah selepas responden memeluk Islam

Jadual 3.16 : Berasa malu selepas memeluk Islam

Perkara Kekerapan Peratus

Sangat Setuju 1 3.6

Setuju 7 25.0

Kurang Setuju 15 53.6

Tidak Setuju 4 14.3

Sangat Tidak Setuju 1 3.6

Jumlah 28 100

Sumber : Soal selidik 2010

Jadual dan graf 3.16 di atas menunjukkan bahawa responden tidak berasa malu

selepas mereka memeluk Islam. Ini kerana, 1 responden (25.0%) menyatakan sangat

setuju dan 7 responden (25.0%) menyatakan setuju dengan persoalan ini. Manakala

seramai 15 responden (53.6%) menyatakan kurang setuju, 4 responden (14.3%)

menyatakan tidak setuju dan 1 responden (3.6%) menyatakan sangat tidak setuju.

Kesimpulannya, majoriti responden menyatakan bahawa mereka kurang setuju

 bahawa mereka berasa malu selepas memeluk Islam. Menurut pemerhatian yang

dilakukan oleh penyelidik, kemungkinan hal ini berlaku disebabkan kerana mereka

8/13/2019 Penghayatan Islam Saudara Baru Orang Asli Kg. Sg. Berua Terengganu

http://slidepdf.com/reader/full/penghayatan-islam-saudara-baru-orang-asli-kg-sg-berua-terengganu 22/41

mulai sedar bahawa ajaran agama Islam adalah ajaran yang sebenar dan sehubungan

dengan itu, mereka bangga menjadi salah seorang penganut agama ini.

Jadual 3.17 : Masyarakat Melayu memandang serong selepas responden

memeluk Islam

Perkara Kekerapan Peratus

Sangat Setuju 2 7.1

Setuju 10 35.7

Kurang Setuju 14 50.0

Tidak Setuju 1 3.6

Sangat Tidak Setuju 1 3.6

Jumlah 28 100

Sumber : Soal selidik 2010

Jadual dan graf 3.17 di atas menunjukkan persoalan mengenai selepas

responden memeluk Islam, masyarakat Melayu di sekeliling tidak memandang serong

terhadap mereka. Ini berdasarkan kepada hanya 2 responden (7.1%) memberi jawapan

sangat setuju dan 10 responden (35.7%) menjawab setuju bahawa masyarakat Melayu

memandang serong terhadap mereka selepas mereka memeluk Islam. Manakala 14

responden (50.0%) lagi menjawab kurang setuju dan responden yang menjawab tidak

setuju dan sangat tidak setuju masing-masing 1 responden (3.6%). Kesimpulannya,

kebanyakan responden kurang setuju bahawa masyarakat Melayu di sekeliling mereka

memandang serong kepada mereka selepas mereka memeluk Islam. Ini dapat dilihat

8/13/2019 Penghayatan Islam Saudara Baru Orang Asli Kg. Sg. Berua Terengganu

http://slidepdf.com/reader/full/penghayatan-islam-saudara-baru-orang-asli-kg-sg-berua-terengganu 23/41

apabila mereka turun ke pekan yang berdekatan untuk mendapatkan barang-barang

harian, mereka dapat berinteraksi dengan baik dengan penjual-penjual khususnya

orang Melayu tanpa sebarang persepsi negatif terhadap masyarakat Orang Asli

tersebut. Ini menunjukkan bahawa wujudnya satu toleransi yang murni dan sekaligus

menghapuskan jurang-jurang yang terpisah jauh antara kaum di negara ini.

Jadual 3.18 : Masyarakat Melayu susah membantu ketika responden

menghadapi masalah

Perkara Kekerapan Peratus

Sangat Setuju 3 10.7

Setuju 18 64.3

Kurang Setuju 6 21.4

Tidak Setuju 1 3.6

Jumlah 28 100

Sumber : Soal selidik 2010

Jadual dan graf 3.18 di atas menunjukkan sikap masyarakat Melayu yang

susah untuk membantu responden tatkala responden menghadapi masalah. Seramai 3

responden (10.7%) menjawab sangat setuju dan 18 responden (64.3%) menjawab

setuju terhadap persoalan ini. Diikuti lagi 6 responden (21.4%) menjawab kurang

setuju dan hanya 1 responden (3.6%) menjawab tidak setuju. Kesimpulannya,

sebilangan besar responden setuju bahawa masyarakat Melayu susah memberi

8/13/2019 Penghayatan Islam Saudara Baru Orang Asli Kg. Sg. Berua Terengganu

http://slidepdf.com/reader/full/penghayatan-islam-saudara-baru-orang-asli-kg-sg-berua-terengganu 24/41

 bantuan kepada responden ketika mereka menghadapi masalah. Ini menunjukkan

walaupun masyarakat Melayu tidak mempunyai tanggapan yang negatif terhadap

mereka, tetapi responden berpendapat bahawa masyarakat Melayu sebenarnya sukar

untuk menghulurkan bantuan kepada mereka ketika mereka menghadapi sebarang

kesusahan. Berdasarkan kepada perbualan penyelidik dengan responden, masyarakat

Melayu sekeliling mereka jarang-jarang menziarahi mereka ketika mereka

menghadapi kesulitan seperti sakit dan lain-lain. Hanya sebahagian kecil sahaja

daripada masyarakat Melayu sekeliling yang peka terhadap masyarakat Orang Asli

ini.

Jadual 3.19 : Keluarga tidak meminggirkan responden selepas memeluk Islam

Perkara Kekerapan Peratus

Sangat Setuju 2 7.1

Setuju 20 71.4

Kurang Setuju 6 21.4

Jumlah 28 100

Sumber : Soal selidik 2010

Jadual dan graf 3.19 di atas menunjukkan keluarga responden tidaklah

meminggirkan responden selepas mereka memeluk Islam. Ini dibuktikan dengan 2

responden (7.1%) menjawab sangat setuju dan 20 responden (71.4%) menjawab setuju

dengan pernyataan tersebut. Manakala 6 responden (21.4%) lagi menjawab kurang

8/13/2019 Penghayatan Islam Saudara Baru Orang Asli Kg. Sg. Berua Terengganu

http://slidepdf.com/reader/full/penghayatan-islam-saudara-baru-orang-asli-kg-sg-berua-terengganu 25/41

setuju. Kesimpulannya, majoriti responden setuju bahawa keluarga mereka tidak

meminggirkan mereka selepas mereka memeluk Islam. Ini kerana jika melihat kepada

sejarah pengislaman masyarakat Orang Asli di sini, mereka menerima Islam secara

 beramai-ramai pada hari terakhir program keluarga angkat anjuran UKM pada tahun

1994. Oleh itu, tidak timbulnya disini isu meminggirkan ahli keluarga sendiri selepas

mereka memeluk Islam kerana ramai di antara mereka menerima Islam secara

 beramai-ramai.

Jadual 3.20 : Tahu membezakan dosa dan pahala

Perkara Kekerapan Peratus

Sangat Setuju 2 7.1

Setuju 15 53.6

Kurang Setuju 9 32.1

Tidak Setuju 2 7.1

Jumlah 28 100

Sumber : Soal selidik 2010

Jadual dan graf 3.20 di atas menunjukkan responden tahu membezakan atara

dosa dan pahala. Seramai 2 responden (7.1%) menyatakan sangat setuju dan 15

responden (53.6%) menyatakan setuju bahawa mereka dapat membezakan dosa dan

 pahala. Manakala seramai 9 responden (32.1%) menyatakan kurang setuju dan hanya

2 responden (7.1%) sahaja tidak setuju dengan kenyataan ini. Kesimpulannya, majoriti

daripada responden tahu untuk membezakan antara dosa dan pahala sepertimana yang

8/13/2019 Penghayatan Islam Saudara Baru Orang Asli Kg. Sg. Berua Terengganu

http://slidepdf.com/reader/full/penghayatan-islam-saudara-baru-orang-asli-kg-sg-berua-terengganu 26/41

diberitahu oleh Islam. Jika dilihat kepada kelas-kelas fardhu ain yang dijalankan, ada

dijelaskan kepada responden berkenaan dengan konsep dosa dan pahala. Dengan ini,

responden secara tidak langsung memahami apa yang dimaksudkan dengan dosa dan

 juga pahala.

Jadual 3.21 : Sukar laksanakan ibadat-ibadat wajib yang diperintah Islam

Perkara Kekerapan Peratus

Sangat Setuju 1 3.6

Setuju 13 46.4

Kurang Setuju 12 42.9

Tidak Setuju 2 7.1

Jumlah 28 100

Sumber : Soal selidik 2010

Jadual dan graf 3.21 di atas menunjukkan kesukaran untuk melaksanakan

ibadat-ibadat wajib yang diperintah oleh Islam. Seramai seorang responden (3.6%)

menjawab sangat setuju dan 13 responden (46.4%) menjawab setuju. Manakala 12

responden (42.9%) pula menjawab kurang setuju dan selebihnya 2 responden (7.1%)

menjawab tidak setuju dengan pernyataan tersebut. Kesimpulannya, kebanyakan

responden setuju bahawa sukar untuk melaksanakan ibadat wajib yang diperintahkan

oleh Islam. Berpandukan kepada pemerhatian, responden kebanyakannya masih lagi

8/13/2019 Penghayatan Islam Saudara Baru Orang Asli Kg. Sg. Berua Terengganu

http://slidepdf.com/reader/full/penghayatan-islam-saudara-baru-orang-asli-kg-sg-berua-terengganu 27/41

mempunyai sikap malas untuk melaksanakan ibadatibadat yang dituntut ini.

Kesedaran mereka terhadap kepentingan ibadat ini masih belum memuaskan.

Jadual 3.22 : Lebih jelas tentang agama Islam dengan mengikuti kelas fardhu

ain

Perkara Kekerapan Peratus

Sangat Setuju 2 7.1

Setuju 18 64.3

Kurang Setuju 6 21.4

Tidak Setuju 2 7.1

Jumlah 28 100

Sumber : Soal selidik 2010

Jadual dan graf 3.22 di atas menunjukkan bahawa dengan mengikuti

 pembelajaran di kelas-kelas fardhu ain responden akan lebih jelas mengenai agama

Islam. Ini kerana, seramai 2 responden (7.1%) menyatakan sangat setuju dan 18

responden (64.3%) menyatakan setuju dengan kenyataan ini. Responden yang kurang

setuju pula seramai 6 responden (21.4%) diikuti dengan 2 responden (7.1%) yang

menyatakan tidak setuju. Kesimpulannya, majoriti responden setuju bahawa

kefahaman yang lebih jelas tentang ajaran Islam boleh diperolehi sekiranya hadir ke

kelas-kelas fardhu ain. Ini menunjukkan peranan yang dimainkan oleh kelas fardhu

ain ini adalah besar kerana dapat membawa responden mengenali konsep Islam. Jika

8/13/2019 Penghayatan Islam Saudara Baru Orang Asli Kg. Sg. Berua Terengganu

http://slidepdf.com/reader/full/penghayatan-islam-saudara-baru-orang-asli-kg-sg-berua-terengganu 28/41

diperhatikan kepada modul-modul kelas fardhu ain ini, terdapat pendekatan-

 pendekatan yang bersesuaian dengan responden yang mengikuti kelas tersebut

sehingga mereka dapat memahami apa yang diajar dengan mudah.

Jadual 3.23 : Puasa bulan Ramadhan amat membebankan

Perkara Kekerapan Peratus

Sangat Setuju 3 10.7

Setuju 12 42.9

Kurang Setuju 10 42.7

Tidak Setuju 1 3.6

Sangat Tidak Setuju 2 7.1

Jumlah 28 100

Sumber : Soal selidik 2010

Jadual dan graf 3.23 di atas menunjukkan ibadat puasa amat membebankan

kepada sebahagian responden. Hal ini dapat dilihat melalui 3 responden (10.7%)

menjawab sangat setuju dan 12 responden (42.9%) menjawab setuju bahawa puasa di

 bulan Ramadhan amat membebankan. Manakala 10 responden (42.7%) menjawab

kurang setuju dan 1 responden (3.6%) menjawab tidak setuju serta 2 responden(7.1%)

menjawab sangat tidak setuju dengan kenyataan tersebut. Kesimpulannya, kebanyakan

daripada responden setuju bahawa puasa di bulan Ramadhan adalah amat

membebankan. Berdasarkan kepada tinjauan yang dilakukan oleh penyelidik terhadap

8/13/2019 Penghayatan Islam Saudara Baru Orang Asli Kg. Sg. Berua Terengganu

http://slidepdf.com/reader/full/penghayatan-islam-saudara-baru-orang-asli-kg-sg-berua-terengganu 29/41

rata-rata responden, mereka sememangnya ada berpuasa di bulan Ramadhan tetapi

tidak genap sebulan Ramadhan kerana sebahagian daripada mereka bekerja berat

seperti petani yang bekerja di bawah panas terik matahari. Tempoh menahan lapar dan

dahaga di siang hari selama sebulan ini telah memberikan beban kepada mereka.

Jadual 3.24 : Melakukan sesuatu tanpa mengharapkan balasan kecuali untuk

Allah semata-mata

Perkara Kekerapan Peratus

Sangat Setuju 2 7.1

Setuju 15 53.6

Kurang Setuju 9 32.1

Tidak Setuju 2 7.1

Jumlah 28 100

Sumber : Soal selidik 2010

Jadual dan graf 3.24 di atas menunjukkan responden melakukan sesuatu

 perkara tanpa mengharapkan balasan selain untuk Allah semata-mata. Seramai 2

responden (7.1%) menjawab sangat setuju, 15 responden (53.6%) menjawab setuju

terhadap persoalan tersebut. Manakala seramai 9 responden (32.1%) lagi menjawab

kurang setuju dan seramai 2 responden (7.1%) menjawab tidak setuju.

Kesimpulannya, majoriti daripada responden bersetuju mereka melakukan sesuatu

tanpa mengharapkan balasan melainkan untuk Allah semata-mata. Kejelasan

8/13/2019 Penghayatan Islam Saudara Baru Orang Asli Kg. Sg. Berua Terengganu

http://slidepdf.com/reader/full/penghayatan-islam-saudara-baru-orang-asli-kg-sg-berua-terengganu 30/41

responden terhadap konsep dosa dan pahala sepertimana yang telah dibincangkan

sebelum ini kemungkinan telah mendorong responden melakukan sesuatu perkara itu

tidak lain dan tidak bukan hanyalah untuk Allah (s.w.t) semata untuk mendapat

ganjaran pahala daripada Allah (s.w.t).

Jadual 3.25 : Utamakan diri sendiri dahulu sebelum orang lain

Perkara Kekerapan Peratus

Sangat Setuju 1 3.6

Setuju 11 39.3

Kurang Setuju 13 46.4

Tidak Setuju 2 7.1

Sangat Tidak Setuju 1 3.6

Jumlah 28 100

Sumber : Soal selidik 2010

Jadual dan graf 3.25 di atas menunjukkan responden tidak mengutamakan diri

sendiri dahulu sebelum orang lain. Buktinya, seramai seorang responden (3.6 %)

menjawab sangat setuju dan hanya 11 responden (39.3%) menjawab setuju untuk

mengutamakan diri sendiri dahulu sebelum orang lain. Manakala seramai 13

responden (46.4%) menjawab kurang setuju, 2 responden (7.1%) menjawab tidak

setuju dan seorang responden (3.6%) menjawab sangat tidak setuju dengan kenyataan

tersebut. Kesimpulannya, kebanyakan responden kurang setuju bahawa mereka

8/13/2019 Penghayatan Islam Saudara Baru Orang Asli Kg. Sg. Berua Terengganu

http://slidepdf.com/reader/full/penghayatan-islam-saudara-baru-orang-asli-kg-sg-berua-terengganu 31/41

mengutamakn diri mereka dahulu sebelum orang lain. Keadaan ini dapat dilihat

apabila semangat tolong-menolong sebenarnya wujud dalam komuniti ini apabila ada

ahlinya yang mengalami kesusahan. Mereka datang membantu walaupun terpaksa

meninggalkan kerja mereka. Inilah yang dapat digambarkan bahawa masyarakat

Orang Asli ini sebenarnya tidak mementingkan diri mereka sendiri sahaja.

3.4 Analisis data bahagian D : Bahagian ini bertujuan untuk menganalisis

sejauhmana bimbingan yang dimainkan oleh pihak lain

Jadual 3.26 : Banyak pihak mengambil berat kebajikan responden selepas Islam

Perkara Kekerapan Peratus

Sangat Setuju 4 14.3

Setuju 14 50.0

Kurang Setuju 7 25.0

Tidak Setuju 3 10.7

Jumlah 28 100

Sumber : Soal selidik 2010

Jadual dan graf 3.26 di atas menunjukkan bahawa banyak pihak yang

mengambil berat mengenai kebajikan responden selepas Islam. Seramai 4 responden

(14.3%) menyatakan sangat setuju dan 14 responden (50.0%) menyatakan setuju

8/13/2019 Penghayatan Islam Saudara Baru Orang Asli Kg. Sg. Berua Terengganu

http://slidepdf.com/reader/full/penghayatan-islam-saudara-baru-orang-asli-kg-sg-berua-terengganu 32/41

dengan kenyataan tersebut. Selebihnya diikuti seramai 7 responden (25.0%)

menyatakan kurang setuju dan 3 responden (10.7%) menyatakan tidak setuju.

Kesimpulannya, rata-rata responden setujui bahawa banyak pihak yang mengambil

 berat tentang kebajikan mereka selepas mereka memeluk Islam. Berdasarkan kepada

 pemerhatian penyelidik, pelbagai pihak khususnya badan-badan dakwah yang

 bertanggungjawab seperti PERKIM dan JHEAT sentiasa memantau mereka dengan

 bantuan dan penganjuran program-program tertentu sebagai usaha membimbing

mereka ke arah mengenal Islam dengan lebih mendalam.

Jadual 3.27 : Mudah berurusan dengan pihak-pihak tertentu untuk

mendapatkan bantuan

Perkara Kekerapan Peratus

Sangat Setuju 1 3.6

Setuju 9 32.1

Kurang Setuju 17 60.7

Sangat Tidak Setuju 1 3.6

Jumlah 28 100

Sumber : Soal selidik 2010

Jadual dan graf 3.27 di atas menunjukkan bahawa responden mudah berurusan

dengan pihak-pihak tertentu untuk mendapatkan bantuan adalah tidak benar. Ini

kerana, seramai seorang responden (3.6%) menyatakan sangat setuju dan 9 responden

(32.1%) menyatakan setuju bahawa mereka mudah untuk berurusan dengan pihak-

8/13/2019 Penghayatan Islam Saudara Baru Orang Asli Kg. Sg. Berua Terengganu

http://slidepdf.com/reader/full/penghayatan-islam-saudara-baru-orang-asli-kg-sg-berua-terengganu 33/41

8/13/2019 Penghayatan Islam Saudara Baru Orang Asli Kg. Sg. Berua Terengganu

http://slidepdf.com/reader/full/penghayatan-islam-saudara-baru-orang-asli-kg-sg-berua-terengganu 34/41

 bahawa program-program kerohanian adalah tidak mengganggu mereka. Sebaliknya

seramai 17 responden (60.7%) menjawab kurang setuju dan seorang responden (3.6%)

menjawab sangat tidak setuju dengan kenyataan tersebut. Kesimpulannya, kebanyakan

daripada responden berpendapat bahawa program-program kerohanian adalah

mengganggu aktiviti mereka. Berdasarkan kepada pemerhatian penyelidik kepada

aktiviti-aktiviti yang telah dianjurkan, ianya sedikit sebanyak telah mengganggu

aktiviti sesetengah responden kerana aktiviti tersebut dibuat tidak sesuai dengan masa

yang mana banyak bertembung dengan aktviti seharian responden.

Jadual 3.29 : Sebarang kemusykilan tentang Islam akan ditanya kepada

ustaz/ustazah

Perkara Kekerapan Peratus

Sangat Setuju 2 7.1

Setuju 20 71.4

Kurang Setuju 4 14.3

Tidak Setuju 2 7.1

Jumlah 28 100

Sumber : Soal selidik 2010

Rajah 3.29 di atas menunjukkan bahawa responden akan bertanya kepada

ustaz/ustazah seandainya mereka mengahadapi sebarang kemusykilan. Seramai 2

responden (7.1%) menyatakan sangat setuju dan 20 responden (71.4%) menyatakan

setuju dengan kenyataan ini. Manakala 4 responden (14.3%) lagi menyatakan kurang

8/13/2019 Penghayatan Islam Saudara Baru Orang Asli Kg. Sg. Berua Terengganu

http://slidepdf.com/reader/full/penghayatan-islam-saudara-baru-orang-asli-kg-sg-berua-terengganu 35/41

 bersetuju dan 2 responden (7.1%) menyatakan tidak setuju. Kesimpulannya, majoriti

responden setuju dengan kenyataan bahawa sebarang kemusykilan tentang Islam

mereka akan bertanya kepada ustaz/ustazah. Kelas-kelas fardhu ain dijadikan tempat

mereka merujuk permasalahan mereka kerana di situ wujudnya satu ruang dan

 peluang mengutarakan permasalahan tersebut untuk diselesaikan.

Jadual 3.30 : Masyarakat Melayu sekeliling membantu untuk menghayati Islam

Perkara Kekerapan Peratus

Sangat Setuju 1 3.6

Setuju 8 28.6

Kurang Setuju 13 46.4

Tidak Setuju 5 17.9

Sangat Tidak Setuju 1 3.6

Jumlah 28 100

Sumber : Soal selidik 2010

Jadual dan graf 3.30 di atas menunjukkan bahawa masyarakat Melayu

sekeliling kurang membantu responden untuk menghayati Islam. Ini kerana, seramai

seorang responden (3.6%) menjawab sangat setuju dan 8 responden (28.6%)

menjawab setuju manakala seramai 13 responden (46.4%) menjawab kurang setuju

seterusnya 5 responden (17.9%) menjawab tidak setuju dan baki seorang responden

(3.6%) menjawab sangat tidak setuju. Kesimpulannya, kebanyakan responden kurang

8/13/2019 Penghayatan Islam Saudara Baru Orang Asli Kg. Sg. Berua Terengganu

http://slidepdf.com/reader/full/penghayatan-islam-saudara-baru-orang-asli-kg-sg-berua-terengganu 36/41

setuju bahawa masyarakat Melayu sekeliling mereka ada membantu mereka untuk

menghayati Islam. Mengikut apa yang diperhatikan oleh penyelidik, masyarakat

Melayu yang berjiran dengan mereka sibuk dengan urusan masing-masing dan ada

diantara mereka langsung tidak mempedulikan masyarakat Orang Asli ini.

Berdasarkan kepada keadaan ini, untuk membantu responden menghayati ajaran Islam

adalah jauh sekali seandainya mereka sentiasa sibuk dengan urusan mereka.

Jadual 3.31 : Kaedah pengajaran agama dalam kelas fardhu ain tidak sesuai

Perkara Kekerapan Peratus

Setuju 10 35.7

Kurang Setuju 15 53.6

Tidak Setuju 3 10.7

Jumlah 28 100

Sumber : Soal selidik 2010

Jadual dan graf 3.31 di atas menunjukkan kaedah pengajaran agama dalam

kelas fardhu ain tidak sesuai adalah tidak tepat. Seramai 10 responden (35.7%)

 bersetuju kaedah pengajaran adalah tidak sesuai manakala 15 responden (53.6%)

kurang bersetuju diikuti 3 responden (10.7%) yang tidak setuju bahawa kaedah

 pengajaran agama dalam kelas fardhu ain ini adalah tidak sesuai. Kesimpulannya,

majoriti responden kurang setuju bahawa kaedah pengajaran agama didalam kelas

fardhu ain adalah tidak sesuai. Ini adalah kerana dengan mengikuti kelas fardhu ain

8/13/2019 Penghayatan Islam Saudara Baru Orang Asli Kg. Sg. Berua Terengganu

http://slidepdf.com/reader/full/penghayatan-islam-saudara-baru-orang-asli-kg-sg-berua-terengganu 37/41

ini, akan menjadi satu wadah dan dapat membantu responden mengenali Islam dengan

mendalam sepertimana yang dibincangkan dalam pernyataan sebelum ini. Selain

daripada itu, kelas fardhu ain dijadikan sebagai tempat merujuk sebarang

 permasalahan.

Jadual 3.32 : Sumbangan material memudahkan dalam urusan ibadah

Perkara Kekerapan Peratus

Sangat Setuju 5 17.9

Setuju 18 64.3

Kurang Setuju 3 10.7

Tidak Setuju 2 7.1

Jumlah 28 100

Sumber : Soal selidik 2010

Jadual dan graf 3.2 di atas menunjukkan bantuan sumbangan berbentuk

material memudahkan responden dalam urusan ibadah. Seramai 5 responden (17.9%)

menjawab sangat setuju dan diikuti 18 responden (64.3%) menjawab setuju. Manakala

3 responden (10.7%) menjawab kurang setuju dan 2 responden (7.1%) lagi menjawab

tidak setuju dengan kenyataan ini. Kesimpulannya, majoriti responden bersetuju

 bahawa sumbangan material dapat membantu untuk memudahkan mereka dalam

urusan ibadah. Ini kerana dengan sumbangan tersebut akan dapat membeli keperluan-

keperluan untuk melakukan Ibadah seperti kain sembahyang, pakaian dan sebagainya

8/13/2019 Penghayatan Islam Saudara Baru Orang Asli Kg. Sg. Berua Terengganu

http://slidepdf.com/reader/full/penghayatan-islam-saudara-baru-orang-asli-kg-sg-berua-terengganu 38/41

untuk kegunan beribadah kepada Allah (s.w.t). Sehubungan dengan itu, sumbangan

material adalah sesuatu yang penting yang dapat membantu mereka dalam urusan

 pengibadatan kepada Allah (s.w.t).

Jadual 3.33 : Amat berpuas hati terhadap bimbingan yang diberikan oleh

ustaz/ustazah

Perkara Kekerapan Peratus

Sangat Setuju 5 17.9

Setuju 19 67.9

Kurang Setuju 4 10.7

Jumlah 28 100

Sumber : Soal selidik 2010

Jadual dan graf 3.33 di atas menunjukkan bahawa responden amat berpuas hati

dengan bimbingan yang diberikan oleh ustaz/ustazah yang mengajar responden.

Seramai 5 responden (17.9%) sangat setuju diikuti 19 reponden (67.9%) telah

menjawab setuju. Selebihnya 4 responden (10.7%) menjawab kurang setuju terhadap

 persoalan ini. Kesimpulannya, sebahagian besar responden bersetuju mereka amat

 berpuas hati dengan bimbingan daripada ustaz/ustazah yang mengajar mereka. Ini

dibuktikan apabila mereka diberikan peluang untuk bertanya tentang perkara yang

mereka tidak faham dan ustaz atau ustazah melayan mereka dengan terbaik. Daripada

inilah, mereka berpuas hati dengan segala bimbingan yang diberikan kepada mereka.

8/13/2019 Penghayatan Islam Saudara Baru Orang Asli Kg. Sg. Berua Terengganu

http://slidepdf.com/reader/full/penghayatan-islam-saudara-baru-orang-asli-kg-sg-berua-terengganu 39/41

 

Jadual 3.34 : Mengharapkan bimbingan yang berterusan untuk mengenali Islam

Perkara Kekerapan Peratus

Sangat Setuju 7 25.0

Setuju 17 60.7

Kurang Setuju 4 14.3

Jumlah 28 100

Sumber : Soal selidik 2010

Jadual dan graf 3.34 di atas menunjukkan bahawa responden mengharapakan

 bimbingan yang berterusan untuk mereka mengenali Islam dengan lebih mendalam.

Seramai 7 responden (25.0%) menyatakan sangat setuju, 17 responden (60.7%) telah

menjawab setuju dengan kenyataan ini. Manakala 4 responden (14.3%) lagi menjawab

kurang setuju. Kesimpulannya, majoriti responden bersetuju bahawa mereka

sememangnya mengharapkan bimbingan yang berterusan daripada badan-bdan yang

 berkenaan untuk lebih mengenali Islam. Jika diperhatikan kepada persoalan yang

diutarakan sebelum ini, responden mempunyai azam untuk menjadi seseorang yang

mahir tentang ajaran agama Islam satu hari nanti. Oleh yang demikian. untuk

mencapai impian tersebut, perlunya bimbingan yang berterusan daripada semua pihak.

8/13/2019 Penghayatan Islam Saudara Baru Orang Asli Kg. Sg. Berua Terengganu

http://slidepdf.com/reader/full/penghayatan-islam-saudara-baru-orang-asli-kg-sg-berua-terengganu 40/41

Jadual 3.35 : Memberikan kerjasama terhadap setiap program kerohanian

Perkara Kekerapan Peratus

Sangat Setuju 1 3.6

Setuju 17 60.7

Kurang Setuju 7 25.0

Tidak Setuju 2 7.1

Sangat Tidak Setuju 1 3.6

Jumlah 28 100

Sumber : Soal selidik 2010

Jadual dan graf 3.35 diatas menunjukkan responden memberikan kerjasama

terhadap setiap program kerohanian yang diadakan di kawasan mereka. Seramai

seorang responden (3.6%) sangat setuju dan 17 responden (60.7%) menjawab setuju

dengan kenyataan ini. Manakala 7 responden (25.0%) menjawab kurang setuju, 2

responden (7.1%) menjawab tidak setuju dan seorang lagi responden (3.6%) telah

menjawab sangat tidak setuju. Kesimpulannya, majoriti daripada responden telah

memberikan kerjasama terhadap setiap program kerohanian yang dianjurkan di tempat

mereka. Walaupun terdapat sebahagian aktiviti yang mengganggu aktiviti sehari

mereka, tetapi ini tidak menjadi penghalang kepada responden untuk memberikan

kerjasama terhadap sesuatu program yang dianjurkan di kawasan mereka.

8/13/2019 Penghayatan Islam Saudara Baru Orang Asli Kg. Sg. Berua Terengganu

http://slidepdf.com/reader/full/penghayatan-islam-saudara-baru-orang-asli-kg-sg-berua-terengganu 41/41

 

4. Kesimpulan

Berdasarkan huraian dan analisis di atas, dapatlah disimpulkan disini bahawa

masyarakat Orang Asli perkampungan Sungai Berua telah menunjukkan

 perkembangan-perkembangan yang positif terhadap nilai-nilai Islam. Namun apa yang

menyedihkan adalah mereka hanya memahami sahaja apa yang dimaksudkan dengan

nilai-nilai Islam tetapi di peringkat perlaksanaan masih lagi tidak memuaskan.

Kesedaran-kesedaran terhadap peri pentingnya perlaksanaan tuntutan ajaran Islam

dalam kehidupan seharian khususnya yang melibatkan ibadah-ibadah yang wajibmestilah dititikberatkan lagi dalam penyampaian mesej-mesej dakwah. Pendekatan-

 pendekatan dakwah juga mestilah melalui metode yang sesuai supaya masyarakat

Orang Asli ini dapat menerima seruan tersebut dengan keadaan yang selesa mengikut

situasi mereka. Dengan perkara yang sedemikian, penyelidik percaya akan sedikit

sebanyak membantu masyarakat Orang Asli khasnya di Sungai Berua ini lebih peka

lagi terhadap seruan tuntutan yang wajib dilaksanakan di dalam agama Islam.

5. Rujukan

Abdullah Muhammad Zin. 1994. Projek keluarga angkat di perkampungan Orang

  Asli Sg. Berua Hulu Terengganu. Laporan projek. Jabatan Pengajian

  Dakwah dan Kepimpinan, UKM.

Abdullah Muhammad Zin & Padzal Hj. Mokhtar. 2009. Metodologi dakwah

kepada Orang Asli : Pengalaman pengislaman di Sungai Berua, Hulu

Terengganu. Dlm. Abdul Ghafar Hj. Don & Zulkiple Abd. Ghani(pnyt.). Dakwah kepada non- muslim di Malaysia : Konsep, metode &

 pengalaman, hlm.81-106. Bangi : Jabatan Pengajian Dakwah dan

Kepimpinan, FPI UKM.

Ismail bin Awang. 2010. Penghayatan, cabaran serta masalah dalam

melaksanakan nilai-nilai Islam. Temubual, 30 April.