faktor pendorong penghayatan agama dalam kalangan pelajar ... · pdf filefaktor pendorong...

23
FAKTOR PENDORONG PENGHAYATAN AGAMA DALAM KALANGAN PELAJAR ISLAM FAKULTI PENDIDIKAN , UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA ADIBAH BINTI MAT JUSOH UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: phungthuan

Post on 07-Feb-2018

263 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: FAKTOR PENDORONG PENGHAYATAN AGAMA DALAM KALANGAN PELAJAR ... · PDF filefaktor pendorong penghayatan agama dalam kalangan pelajar islam fakulti pendidikan , universiti teknologi malaysia

FAKTOR PENDORONG PENGHAYATAN AGAMA DALAM KALANGAN

PELAJAR ISLAM FAKULTI PENDIDIKAN , UNIVERSITI TEKNOLOGI

MALAYSIA

ADIBAH BINTI MAT JUSOH

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: FAKTOR PENDORONG PENGHAYATAN AGAMA DALAM KALANGAN PELAJAR ... · PDF filefaktor pendorong penghayatan agama dalam kalangan pelajar islam fakulti pendidikan , universiti teknologi malaysia

PSZ 19 : 16 (Pind. 1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESISJUDUL : FAKTOR PENDORONG PENGHAYATAN AGAMA DALAM KALANGAN

PELAJAR ISLAM FAKULTI PENDIDIKAN, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA.

SESI PENGAJIAN : 2007 / 2008

SAYA : ADIBAH BINTI MAT JUSOH

(HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau

kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

TIDAK TERHAD Disahkan oleh

(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)

ALAMAT TETAP : PROF.MADYA AJMAIN BIN SAFAR NO. 55, LORONG HJ. AWANG DIDIK, Nama Penyelia KAMPUNG CHAROK KUDONG, 06700 PENDANG, KEDAH.

Tarikh : 30 APRIL 2008 Tarikh : 30 APRIL 2008

CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD ♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana

secara penyelidikan, atau disertai bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

Page 3: FAKTOR PENDORONG PENGHAYATAN AGAMA DALAM KALANGAN PELAJAR ... · PDF filefaktor pendorong penghayatan agama dalam kalangan pelajar islam fakulti pendidikan , universiti teknologi malaysia

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana Muda

Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam).”

Tandatangan :

Nama Penyelia : PROF .MADYA. AJMAIN BIN SAFAR

Tarikh : 30 APRIL 2008

Page 4: FAKTOR PENDORONG PENGHAYATAN AGAMA DALAM KALANGAN PELAJAR ... · PDF filefaktor pendorong penghayatan agama dalam kalangan pelajar islam fakulti pendidikan , universiti teknologi malaysia

FAKTOR PENDORONG PENGHAYATAN AGAMA DALAM KALANGAN

PELAJAR ISLAM FAKULTI PENDIDIKAN , UNIVERSITI TEKNOLOGI

MALAYSIA

ADIBAH BINTI MAT JUSOH

Laporan ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan

(Pengajian Islam)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL 2008

Page 5: FAKTOR PENDORONG PENGHAYATAN AGAMA DALAM KALANGAN PELAJAR ... · PDF filefaktor pendorong penghayatan agama dalam kalangan pelajar islam fakulti pendidikan , universiti teknologi malaysia

ii

“Saya akui bahawa karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan

ringkasan yang tiap-tiap satunya saya telah jelaskan sumbernya.”

Tandatangan :

Nama Penyelia : ADIBAH BINTI MAT JUSOH

Tarikh : 30 APRIL 2008

Page 6: FAKTOR PENDORONG PENGHAYATAN AGAMA DALAM KALANGAN PELAJAR ... · PDF filefaktor pendorong penghayatan agama dalam kalangan pelajar islam fakulti pendidikan , universiti teknologi malaysia

iii

Dedikasi

Pujian bagi Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang Memberiku peluang dan kesempatan..

Khas buat semua yang tersayang..

ayahanda & bonda yang tercinta...

Mat Jusoh Bin Bakar & Azizah Binti Hj Awang Terima kasih yang tidak terhingga dari anakmu.. Segala pengorbanan, dorongan dan sokonganmu Menjadi kekuatan untukku teruskan perjalanan

Menuju ke puncak kejayaan..

Buat ahli keluarga yang dikasihi.. Terima kasih atas segala bantuan, nasihat dan kata-kata semangat kalian..

Akanku kenang selamanya..

Kesemua para pendidik yang dihormati.. Pensyarah Pusat Pengajian Islam & Pembangunan Sosial & Fakulti Pendidikan

Terima kasih atas segala tunjuk ajar dan bimbingan yang diberikan.. Halalkan segala ilmu yang telah dicurahkan..

Teristimewa buat ahli kumpulan..

Erzawani, Halimatul, Maisarah, & Noor Betty Terima kasih atas segala pertolongan dan pengorbanan kalian..

Buat rakan seperjuangan..

Terima kasih atas dorongan kalian selama ini.. Perjuangan bersama kalian tidak akan dilupakan..

Simpan kenangan kita selamanya.. Terima kasih atas segalanya..

Jutaan terima kasih buat semua yang membantu.. Hanya Allah yang dapat membalas jasa baik kalian..

Page 7: FAKTOR PENDORONG PENGHAYATAN AGAMA DALAM KALANGAN PELAJAR ... · PDF filefaktor pendorong penghayatan agama dalam kalangan pelajar islam fakulti pendidikan , universiti teknologi malaysia

iv

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, setinggi kesyukuran dirafa’kan ke hadrat Allah S.W.T kerana

dengan izin dan limpah kurnia-Nya maka penyelidik dapat menyiapkan Projek Sarjana

Muda yang bertajuk “Faktor Pendorong Penghayatan Agama Dalam Kalangan Pelajar

Islam Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia”. Selawat dan salam ke atas

junjungan mulia Nabi Muhammad s.a.w. bersama keluarga dan sahabat-sahabat baginda

r.a.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih ditujukan khas buat penyelia projek

yang dihormati, Prof. Madya Ajmain Bin Safar atas segala nasihat, dorongan, bimbingan

dan tunjuk ajar yang diberikan sepanjang menyiapkan laporan Projek Sarjana Muda ini.

Begitu juga buat pihak Pusat Pengajian Islam dan Pembangunan Sosial (PPIPS) dan

Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.

Sekalung terima kasih diucapkan kepada mahasiswa Sarjana Muda Sains serta

Pendidikan (Pengajian Islam), UTM, Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (TESL),

UTM, Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains Sukan), UTM, Perpustakaan Sultanah

Zanariah (UTM) dan Perpustakaan Tun Sri Lanang (UKM) atas segala kerjasama dan

bantuan yang diberikan. Tidak ketinggalan buat ahli keluarga yang banyak memberi

dorongan dan bantuan dalam segala kerja yang dilakukan. Begitu juga kepada rakan-

rakan seperjuangan yang banyak memberi semangat dan berkongsi idea demi

menyiapkan projek ini.

Akhir sekali ribuan terima kasih diucapkan kepada pihak-pihak yang terlibat

secara langsung mahupun tidak langsung. Semoga segala usaha yang dilakukan akan

mendapat keberkatan daripada Allah Taala. Amin.

Page 8: FAKTOR PENDORONG PENGHAYATAN AGAMA DALAM KALANGAN PELAJAR ... · PDF filefaktor pendorong penghayatan agama dalam kalangan pelajar islam fakulti pendidikan , universiti teknologi malaysia

v

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji faktor pendorong ke arah penghayatan agama

dalam kalangan pelajar Islam, UTM. Di samping itu kajian ini juga bertujuan untuk

melihat persepsi terhadap tahap penghayatan agama dan faktor paling utama yang

mendorong ke arah penghayatan agama dalam kalangan pelajar Islam, UTM. Aspek yang

dikaji meliputi faktor ibu bapa, rakan sebaya, persekitaran pendidikan, media massa,

idola dan masyarakat. Seramai 111 orang responden dalam kalangan pelajar tahun empat

Fakulti Pendidikan, UTM, Skudai, Johor telah terlibat dalam kajian ini. Instrumen kajian

yang digunakan adalah berbentuk soal selidik yang mengandungi 48 item soalan. Nilai

kebolehpercayaan instrumen kajian ialah α=0.868. Data yang diperolehi dianalisis

menggunakan perisian Statistical Package For Social Science (SPSS) versi 12.0 bagi

mendapatkan kekerapan, peratusan dan min data. Dapatan kajian mendapati kesemua

aspek yang dikaji menjadi faktor pendorong ke arah penghayatan agama. Secara

keseluruhannya hasil kajian menunjukkan responden memberi persepsi yang positif

terhadap aspek yang dikaji. Manakala faktor paling utama yang mendorong ke arah

penghayatan agama ialah faktor idola. Di akhir kajian, penyelidik mengemukakan

beberapa cadangan kepada pihak tertentu untuk diberi perhatian terhadap masalah yang

dikaji. Kajian lanjutan juga turut dicadangkan untuk penyelidikan pada masa akan

datang.

Page 9: FAKTOR PENDORONG PENGHAYATAN AGAMA DALAM KALANGAN PELAJAR ... · PDF filefaktor pendorong penghayatan agama dalam kalangan pelajar islam fakulti pendidikan , universiti teknologi malaysia

vi

ABSTRACT

This study was carried out to examine the factors that influence the internalization

of religion among UTM Muslim students. Apart from that, this study also looked at the

perception towards internalization of religion and to examine the factor that most urge

towards internalization of religion among UTM Muslim students. Aspect studied

including parents, peers, education environment, mass media, idol and as well as society.

111 Muslim students from fourth year, Faculty of Education, UTM were used as the

respondents. The research instrument that was used in the study was in a form of

questionnaire set that contained 48 items. The reliability value of the research instrument

was α=0.868. Data gathered was analyzed using Statistical Package for Social Science

(SPSS), version 12.0 software to obtain the frequency, percentage and mean of the data.

It was discovered from research findings that all the aspects studied were the factor that

urge towards internalization of religion. Overall, findings from the study showed that the

respondents provided positive perception towards the aspects of the study. While the

factor that most urge towards internalization of religion was the idol factor. At the end of

the study, the researcher had proposed several suggestions to the related parties to ensure

full attention was paid towards the studied problems. Suggestions for further research

were also being proposed for further research in the future.

Page 10: FAKTOR PENDORONG PENGHAYATAN AGAMA DALAM KALANGAN PELAJAR ... · PDF filefaktor pendorong penghayatan agama dalam kalangan pelajar islam fakulti pendidikan , universiti teknologi malaysia

vii

ISI KANDUNGAN

BAB PERKARA HALAMAN

PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGESAHAN PENYELIA

HALAMAN JUDUL i

HALAMAN PENGAKUAN ii

HALAMAN DEDIKASI iii

HALAMAN PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTACT vi

ISI KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI SINGKATAN xiv

BAB 1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 2

1.3 Pernyataan Masalah 5

1.4 Objektif Kajian 6

1.5 Persoalan Kajian 6

1.6 Kepentingan Kajian 7

1.7 Batasan/ Skop Kajian 7

1.8 Definisi Istilah 8

1.8.1 Faktor 8

1.8.2 Penghayatan Agama 8

Page 11: FAKTOR PENDORONG PENGHAYATAN AGAMA DALAM KALANGAN PELAJAR ... · PDF filefaktor pendorong penghayatan agama dalam kalangan pelajar islam fakulti pendidikan , universiti teknologi malaysia

viii

1.8.3 Pelajar 9

1.9 Penutup 9

BAB 2 SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 11

2.2 Konsep Penghayatan Agama 11

2.3 Tujuan PenghayatanAgama 18

2.4 Faktor Pendorong Penghayatan Agama 19

2.4.1 Faktor Ibu Bapa 19

2.4.2 Faktor Rakan Sebaya 21

2.4.3 Faktor Persekitaran Pendidikan 22

2.4.4 Faktor Media Massa 24

2.4.5 Faktor Idola 25

2.4.6 Faktor Masyarakat 26

2.5 Kajian Lepas 27

2.6 Penutup 30

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 31

3.2 Reka Bentuk Kajian 31

3.3 Lokasi Kajian 32

3.4 Populasi Kajian 32

3.5 Sampel Kajian 32

3.6 Instrumen Kajian 33

3.7 Kajian Rintis 35

3.8 Kajian Sebenar 35

3.9 Prosedur Kajian 35

3.10 Analisis Data 36

3.11 Penutup 38

Page 12: FAKTOR PENDORONG PENGHAYATAN AGAMA DALAM KALANGAN PELAJAR ... · PDF filefaktor pendorong penghayatan agama dalam kalangan pelajar islam fakulti pendidikan , universiti teknologi malaysia

ix

BAB 4 DAPATAN KAJIAN

4.1 Pengenalan 39

4.2 Analisis Data (Bahagian A) 40

4.2.1 Latar Belakang Responden

Mengikut Jantina 40

4.2.2 Latar Belakang Responden

Mengikut Program 41

4.2.3 Latar Belakang Responden

Mengikut Aliran Pendidikan 41

4.2.4 Latar Belakang Responden Mengikut

Pekerjaan Bapa/ Penjaga 42

4.2.5 Latar Belakang Responden Mengikut

Pekerjaan Ibu/ Penjaga 43

4.2.6 Latar Belakang Responden Mengikut

Pendidikan Bapa/Penjaga 43

4.2.7 Latar Belakang Responden Mengikut

Tahap Pendidikan Ibu/ Penjaga 44

4.3 Analisis Data (Bahagian B) 45

4.3.1 Analisis Data Bagi Persepsi Terhadap

Penghayatan Agama Daripada Aspek

Akidah 46

4.3.2 Analisis Data Persepsi Terhadap

Penghayatan Agama Daripada Aspek

Ibadah 48

4.3.3 Analisis Data Bagi Persepsi Terhadap

Penghayatan Agama Daripada Aspek

Akhlak 50

4..4. Analisis Data ( Bahagian C) 52

4.4.1 Ibu Bapa Sebagai Faktor Pendorong

Ke Arah Penghayatan Agama 53

Page 13: FAKTOR PENDORONG PENGHAYATAN AGAMA DALAM KALANGAN PELAJAR ... · PDF filefaktor pendorong penghayatan agama dalam kalangan pelajar islam fakulti pendidikan , universiti teknologi malaysia

x

4.4..2 Rakan Sebaya Sebagai Faktor Pendorong

Ke Arah Penghayatan Agama 56

4.4.3 Persekitaran Pendidikan Sebagai Faktor

Pendorong Ke Arah Penghayatan Agama 59

4.4.4 Media Massa Sebagai Faktor Pendorong

Ke Arah Penghayatan Agama 62

4.4.5 Idola Sebagai Faktor Pendorong Ke Arah

Penghayatan Agama 65

4.4.6 Masyarakat Sebagai Faktor Pendorong

Ke Arah Penghayatan Agama 68

4.5. Penutup 70

BAB 5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 71

5.2 Perbincangan 71

5.2.1 Demografi Responden 72

5.2.2 Persepsi Terhadap Penghayatan Agama 74

5.2.3 Faktor-faktor Pendorong Terhadap

Penghayatan Agama 75

5.2.4 Faktor Pendorong Paling Utama Terhadap

Penghayatan Agama 81

5.3 Rumusan 83

5.4 Cadangan Kajian 85

5.4.1 Kementerian Pengajian Tinggi 85

5.4.2 Kementerian Pelajaran Malaysia Dan Jabatan

Pendidikan Negeri 85

5.4.3 Kementerian Penerangan Dan Penyiaran 86

5.4.4 Universiti Teknologi Malaysia 86

5.4.5 Jabatan Agama 86

5.4.6 Ibu Bapa 87

5.4.7 Persatuan Pelajar 87

Page 14: FAKTOR PENDORONG PENGHAYATAN AGAMA DALAM KALANGAN PELAJAR ... · PDF filefaktor pendorong penghayatan agama dalam kalangan pelajar islam fakulti pendidikan , universiti teknologi malaysia

xi

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 87

5.6 Penutup 88

BIBLIOGRAFI 89

LAMPIRAN

Page 15: FAKTOR PENDORONG PENGHAYATAN AGAMA DALAM KALANGAN PELAJAR ... · PDF filefaktor pendorong penghayatan agama dalam kalangan pelajar islam fakulti pendidikan , universiti teknologi malaysia

xii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK HALAMAN

3.1 Pengkelasan skala Likert 34

3.2 Jadual Penentuan Ujian Soal Selidik 34

3.3 Prosedur Kajian 36

3.4 Skala Likert bagi jawapan Bahagian B

dan C 37

3.5 Skala Pemeringkatan Likert Untuk Min 37

3.6 Nilai skor min 38

4.1 Taburan responden mengikut jantina 40

4.2 Taburan responden mengikut program 41

4.3 Taburan responden mengikut aliran

pendidikan 41

4.4 Taburan responden mengikut pekerjaan

bapa/ penjaga 42

4.5 Taburan responden mengikut pekerjaan

ibu/ penjaga 43

4.6 Taburan responden mengikut tahap pendidikan

bapa/penjaga 43

4.7 Taburan responden mengikut tahap pendidikan

ibu/penjaga 44

4.8 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi persepsi

terhadap penghayatan agama daripada aspek akidah 46

Page 16: FAKTOR PENDORONG PENGHAYATAN AGAMA DALAM KALANGAN PELAJAR ... · PDF filefaktor pendorong penghayatan agama dalam kalangan pelajar islam fakulti pendidikan , universiti teknologi malaysia

xiii

4.9 Taburan kekerapan, peratusan dan min persepsi

terhadap penghayatan agama daripada aspek ibadah 48

4.10 Taburan kekerapan, peratusan dan min persepsi

terhadap penghayatan agama daripada aspek akhlak 50

4.11 Taburan kekerapan, peratusan dan min ibu bapa

sebagai faktor pendorong ke arah penghayatan agama 53

4.12 Taburan kekerapan, peratusan dan min rakan sebaya

sebagai faktor pendorong ke arah penghayatan agama 56

4.13 Taburan kekerapan, peratusan dan min persekitaran

pendidikan sebagai faktor pendorong ke arah

penghayatan agama 59

4.14 Taburan kekerapan, peratusan dan min media massa

sebagai faktor pendorong ke arah penghayatan agama 62

4.15 Taburan kekerapan, peratusan dan min idola sebagai

faktor pendorong ke arah penghayatan agama 65

4.16 Taburan kekerapan, peratusan dan min masyarakat

sebagai faktor pendorong ke arah penghayatan agama 68

Page 17: FAKTOR PENDORONG PENGHAYATAN AGAMA DALAM KALANGAN PELAJAR ... · PDF filefaktor pendorong penghayatan agama dalam kalangan pelajar islam fakulti pendidikan , universiti teknologi malaysia

xiv

SENARAI SINGKATAN

GRO Guest Relations Officer

IPT Institut Pengajian Tinggi

PDRM Polis Diraja Malaysia

r.a radiallahuanhu

S Setuju

s.a.w sallallahu alaihi wasallam

S.W.T Subhanahu Wa Taala

SBP Sekolah Berasrama Penuh

SMK Sekolah Menengah Kebangsaan

SMKA Sekolah Menengah Kebangsaan Agama

SMT/V Sekolah Menengah Teknik/Vokasional

SPI Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam)

SPL Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (TESL)

SPM Sijil Pelajaran Malaysia

SPS Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains Sukan)

SPSS Statistical Package of Social Science

SRP Sijil Rendah Pelajaran

SS Sangat Setuju

STPM Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia

STS Sangat Tidak Setuju

TP Tidak Pasti

TS Tidak Setuju

UKM Universiti Kebangsaan Malaysia

UTM Universiti Teknologi Malaysia

Page 18: FAKTOR PENDORONG PENGHAYATAN AGAMA DALAM KALANGAN PELAJAR ... · PDF filefaktor pendorong penghayatan agama dalam kalangan pelajar islam fakulti pendidikan , universiti teknologi malaysia

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Setiap agama di atas muka bumi menganjurkan penganutnya melakukan kebaikan

dengan mengikuti peraturan dan prinsip yang telah ditetapkan. Namun untuk melahirkan

individu yang baik dalam beragama memerlukan kepada penghayatan terhadap agama itu

sendiri. Walaupun agama mempunyai prinsip dan peraturan yang baik dan elok, ia tidak

bermakna dan mendatangkan manfaat sekiranya tidak dihayati dan diamalkan (Ahmad

Sarji, 2001).

¨β Î) š⎥⎪Ïe$! $# y‰ΨÏã «! $# ÞΟ≈n= ó™M} $# 3

Sesungguhnya agama (yang diredhai) di sisi Allah hanyalah Islam.

(Surah Ali-‘Imran: 19)

Dalam firman tersebut, Allah menegaskan bahawa hanya Islam merupakan satu-

satunya agama yang diakui oleh Allah. Oleh itu, setiap umat Islam perlu mengamalkan

cara hidup Islam yang sebenar dalam kehidupan seharian. Islam yang dibawa oleh

Rasulullah s.a.w sangat mementingkan penghayatan agama dalam kehidupan manusia

sejagat. Melalui penghayatan terhadap agama, manusia akan mendapat ketenangan dalam

kehidupan mereka. Firman Allah :

Page 19: FAKTOR PENDORONG PENGHAYATAN AGAMA DALAM KALANGAN PELAJAR ... · PDF filefaktor pendorong penghayatan agama dalam kalangan pelajar islam fakulti pendidikan , universiti teknologi malaysia

2

t⎦⎪Ï% ©! $# (#θãΖ tΒ#u™ ’⎦ È⌡uΚ ôÜ s? uρ Ο ßγ ç/θè=è% Ìø. É‹ Î/ «! $# 3 Ÿωr& Ìò2É‹ Î/ «!$#

’⎦ È⌡ yϑ ôÜ s? Ü>θè= à) ø9$# ∩⊄∇∪

Orang yang beriman adalah orang yang tenteram hati mereka

dengan zikrullah (mengingati Allah). Ketahuilah bahawa dengan zikrullah itu akan tenang tenteramlah hati manusia.

(Surah Al-Ra’d: 28)

1.2 Latar Belakang Masalah

Pembangunan yang begitu pesat pada hari ini telah memberikan banyak kemudahan

dan kesenangan kepada manusia. Pelbagai rahsia alam semesta telah berjaya dibongkarkan

dan hampir seluruh alam semesta ini telah diterokai oleh manusia, sama ada di angkasa

lepas, lautan mahupun daratan. Menerusi kemajuan teknologi pada zaman moden ini,

manusia berlumba-lumba untuk menghasilkan rekaan baru yang dapat menambahkan

keseronokan dan keselesaan hidup.

Namun hakikatnya kemajuan yang dicapai itu tidak memberikan ketenangan dan

kedamaian dalam jiwa manusia. Kehidupan manusia semakin tertekan dan sentiasa berada

dalam kebimbangan. Pelbagai aliran pemikiran dan ideologi dikemukakan dengan tujuan

untuk mencari jalan penyelesaian kepada kebimbangan manusia. Namun semua ini tidak

dapat memberikan hasil yang diharapkan. Krisis kemanusiaan dan kemasyarakatan pada

zaman moden ini semakin parah dan semakin membimbangkan.

Tahun 2000 masyarakat Malaysia dikejutkan dengan kes pembunuhan kejam Nor

Suzaily Mukhtar, pada 14 Jun 2003 pula pembunuhan Canny Ong Lay Kian, pada 8

Januari 2004 melibatkan seorang kanak-kanak iaitu Nurul Huda Abdul Ghani di Gelang

Patah dan kes terbaru pembunuhan Al-Tantuya Sharibu yang masih dalam pembicaraan

hingga hari ini. Masyarakat bukan sahaja berdepan dengan masalah pembunuhan tetapi

Page 20: FAKTOR PENDORONG PENGHAYATAN AGAMA DALAM KALANGAN PELAJAR ... · PDF filefaktor pendorong penghayatan agama dalam kalangan pelajar islam fakulti pendidikan , universiti teknologi malaysia

3

turut disesakkan dengan fenomena black metal, penagihan dadah, rogol, mat rempit,

kelahiran anak luar nikah dan juga aktiviti pelacuran yang semakin berleluasa.

Pada 10 Mei lalu seorang guru sebuah sekolah menengah di Jitra telah ditangkap

khalwat dengan pelajarnya yang berusia 16 tahun dalam sebuah kereta di kawasan kuari

tanah, Guar Arang Changlun (Berita Harian 10 Mei 2007).

Statistik PDRM menunjukkan jenayah bunuh mencatatkan 561 kes pada tahun

2000, 608 kes (2001), 516 kes (2002), 565 kes (2003), 565 kes (2004), 479 kes (2005)

dan 604 kes (2006) Sementara itu dua bulan pertama tahun ini mencatatkan sebanyak 85

kes bunuh dan 56 daripadanya dapat diselesaikan (Dewan Masyarakat, Jun 2007).

Walaupun statistik tersebut menunjukkan graf yang agak mendatar dan tidak banyak

penambahan, hakikatnya graf tidak menunjukkan kadar penurunan jika dilihat dari tahun

2000 hingga tahun 2006.

Statistik jenayah rogol juga agak mendatar antara 2000 hingga 2006. Sebanyak

1210 kes dicatatkan pada tahun 2000, 1354 kes (2001), 1418 kes (2002) 1471 kes (2003),

1718 kes (2004), 1887 kes (2005), 2435 kes (2006) dan dua bulan pertama ini mencatatkan

474 kes (Dewan Masyarakat, Jun 2007).

Majalah Massa (2004, Februari): Beberapa pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT)

tempatan termasuk swasta dikesan membuat kerja sambilan sebagai pelacur dengan

mengenakan bayaran RM150 bagi setiap kali perkhidmatan. Wang itu digunakan untuk

menampung kos pengajian mereka. Kegiatan pelacuran membabitkan pelajar IPT termasuk

dari Selangor dan Pulau Pinang terbongkar dengan penangkapan seorang pelajar dan bekas

pelajar IPT di sebuah rumah urut di sini. Pelajar IPT terbabit berasal dari Kelantan,

manakala bekas pelajar itu berasal dari Kedah. Ada beberapa pelajar lain menjalankan

kegiatan yang sama. Walaubagaimanapun, mereka terlepas kerana pada malam serbuan

dilakukan , mereka tidak datang ke rumah urut berkenaan.

Page 21: FAKTOR PENDORONG PENGHAYATAN AGAMA DALAM KALANGAN PELAJAR ... · PDF filefaktor pendorong penghayatan agama dalam kalangan pelajar islam fakulti pendidikan , universiti teknologi malaysia

4

Pada April tahun 2007 yang lalu Edisi Siasat NTV7 turut menyiarkan pengakuan

beberapa orang pelajar IPT di ibu negara yang sanggup menjadi pelayan GRO untuk

memenuhi kehendak diri dan untuk hidup mewah. Berdasarkan kes tersebut telah

menunjukkan masalah di kalangan masyarakat meruncing saban tahun dari masyarakat

umum hinggalah melibatkan pelajar-pelajar IPT sendiri. Sungguh menyedihkan apabila

pelajar IPT yang berpendidikan boleh terjerumus dalam kancah maksiat dan perkara

yang tidak bermoral.

Menurut Prof. Dr. Azizan Baharudin (Massa, Januari 2004) telah berkata

“Perlakuan jenayah yang melibatkan orang berpendidikan di Barat ada kena mengena

dengan sikap orang di Barat yang semakin meninggalkan agama. Manusia memerlukan

agama untuk mengawal tingkah laku mereka tidak kira agama apa pun”.

Hal ini membuktikan sikap meremehkan dan meninggalkan ajaran agama boleh

membawa kemusnahan. Selain itu agama dan faktor persekitaran sebenarnya merupakan

satu-satunya ubat yang paling mujarab bagi menangani masalah yang tidak dapat

dibendung dan tidak berkesudahan ini (Massa Mac 2004)

Jika dikaji sejarah perkembangan Islam sejak zaman Nabi Muhammad s.a.w,

agama itu berkembang hingga menjadi pegangan terbesar dunia, namun akhirnya

tergelincir daripada puncak keagungannya bersama sisa keruntuhan kerajaan Uthmaniah

pada awal kurun ke-20 akibat daripada pemerintah yang meninggalkan penghayatan

agama dalam pemerintahannya.

Begitu juga apabila melihat pengalaman negara ini membanteras penyalahgunaan

dadah, laporan menunjukkan ramai pengedar dadah yang maut di tali gantung, tetapi

hukuman yang dikenakan tidak menunjukkan tanda-tanda penurunan malah semakin

banyak pula penagih dadah mati akibat pengambilan dadah yang berlebihan.

Oleh hal yang demikian jalan terbaik untuk membanteras masalah sosial, adalah

dengan membetulkan kembali persekitaran sosial yang pincang, kekuatan berpegang

Page 22: FAKTOR PENDORONG PENGHAYATAN AGAMA DALAM KALANGAN PELAJAR ... · PDF filefaktor pendorong penghayatan agama dalam kalangan pelajar islam fakulti pendidikan , universiti teknologi malaysia

5

pada agama perlu dikembalikan, institusi kekeluargaan perlu diperkemaskan dan

keprihatinan masyarakat perlu dipulihkan. Banyak negara yang mempunyai indeks

terendah jenayah di dunia membuktikan bahawa pendekatan inilah yang berupaya

mewujudkan kembali kesejahteraan sosial. Seperti kata cerdik pandai, “Apabila kita

berhadapan dengan pilihan dan kesukaran yang getir, kembalilah kepada asas yang

menjadi kebiasaan” (Dewan Masyarakat, Februari 2007).

1.3 Pernyataan Masalah

Pelajar atau mahasiswa adalah merupakan aset penting untuk pembangunan

negara. Mereka adalah bakal pemimpin masa depan yang akan mencorakkan agama,

bangsa dan negara pada masa akan datang. Oleh itu setiap pelajar perlu diasuh dan

dididik bermula di institusi-institusi masing-masing supaya graduan yang terhasil akan

menjadi rakyat kelas pertama yang mempunyai tahap pemikiran tinggi dan sahsiah diri

yang cemerlang di samping memiliki ketahanan fizikal dan mental.

Peranan institusi pendidikan terutama institusi persekolahan bukan sahaja sebagai

saluran pendidikan kepada pelajar tetapi juga berperanan sebagai pembentuk sahsiah diri

pelajar. Kebanyakan pelajar di Malaysia sekarang cemerlang dalam bidang akademik

tetapi pincang daripada segi akhlaknya. Kemerosotan akhlak dan masalah disiplin di

kalangan pelajar hari ini tidak pernah reda malah semakin menjadi-jadi dari hari ke hari.

Keadaan yang berlaku ini menunjukkan seolah-olah semakin tinggi pencapaian

maka semakin merosot nilai-nilai moral, kerohanian dan disiplin manusia terutamanya

dalam diri pelajar dan generasi muda umumnya.

Justeru berdasarkan kepada latar belakang masalah seperti yang telah dinyatakan,

penyelidik merasakan kajian perlu dilakukan bagi mengkaji persepsi terhadap tahap

penghayatan agama di kalangan pelajar Islam dan melihat apakah faktor utama yang

mendorong seseorang pelajar Islam menghayati agama yang dianutinya.

Page 23: FAKTOR PENDORONG PENGHAYATAN AGAMA DALAM KALANGAN PELAJAR ... · PDF filefaktor pendorong penghayatan agama dalam kalangan pelajar islam fakulti pendidikan , universiti teknologi malaysia

6

1.4 Objektif Kajian

Fokus utama dalam kajian ini ialah:

1.4.1 Untuk mengetahui persepsi terhadap penghayatan agama dalam kalangan pelajar Islam di Fakulti Pendidikan, UTM.

1.4.2 Untuk mengenal pasti faktor-faktor yang mendorong penghayatan agama dalam kalangan pelajar Islam di Fakulti Pendidikan, UTM.

1.4.3 Untuk mengenal pasti faktor paling utama yang mendorong penghayatan agama dalam kalangan pelajar Islam di Fakulti Pendidikan,UTM.

1.5 Persoalan Kajian

Berdasarkan objektif kajian, persoalan yang dikaji adalah seperti berikut:

1.5.1 Bagaimanakah persepsi pelajar terhadap penghayatan agama dalam kalangan

pelajar Islam di Fakulti Pendidikan, UTM?

1.5.2 Apakah faktor-faktor yang mendorong ke arah penghayatan agama dalam

kalangan pelajar Islam dalam Fakulti Pendidikan, UTM?

1.5.3 Apakah faktor paling utama yang mendorong ke arah penghayatan agama

dalam kalangan pelajar Islam Fakulti Pendidikan, UTM?