kuiz sej

3
Solan 1 Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) atau dikenali juga sebagai Jadual Penentu ujian (JPU) merupakan carta dua hala atau jadual yang mengandungi senarai topik-topik atau objektif-objektif pengajaran dalam bentuk aras kemahiran yang diuji. Selain dikenali sebagai JPU, JSU juga dikenali sebagai Test Specification Table (TST), Jadual Penentu Item (JPI) dan Jadual Pengagihan Soalan (JPS). Soalan 2 Pembinaan JSU dalam bidang pendidikan mempunyai tujuan-tujuan serta fungsinya yang tersendiri. Antara tujuan tersebut adalah sebagai panduan dan penentu kepada penggubal soalan untuk menggubal secara terancang. Ini secara tidak langsung akan memastikan bahawa ujian atau item soalan tidak dibina secara sembarangan dan menjamin kesahan serta kebolehpercayaan sesuatu ujian. Selain itu, JSU juga dibina untuk menentukan bidang atau topik- topik dan objektif pengajaran dan pembelajaran yang diuji. Hal ini termasuklah dalam menentukan pemberatan yang akan diberikan dalam sesuatu ujian. Bukan itu sahaja, melalui JSU keselarasan aras kesukaran item dan bilangannya dapat diseragamkan dan sekaligus akan menstabilkan taraf serta mutu ujian. Soalan 3

Upload: nur-ainun-osman-osman

Post on 02-Oct-2015

224 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

Sjh Sem 6

TRANSCRIPT

Solan 1Jadual Spesifikasi Ujian (JSU)atau dikenali juga sebagai Jadual Penentu ujian (JPU) merupakancarta dua hala atau jadual yang mengandungi senarai topik-topik atau objektif-objektif pengajaran dalam bentuk aras kemahiran yang diuji. Selain dikenali sebagai JPU, JSU juga dikenali sebagaiTest Specification Table(TST),Jadual Penentu Item (JPI) dan Jadual Pengagihan Soalan (JPS).

Soalan 2

Pembinaan JSU dalam bidang pendidikan mempunyai tujuan-tujuan serta fungsinya yang tersendiri. Antaratujuantersebut adalahsebagai panduan dan penentu kepada penggubal soalan untuk menggubal secara terancang. Ini secara tidak langsung akan memastikan bahawa ujian atauitem soalan tidak dibina secara sembarangandanmenjamin kesahan serta kebolehpercayaan sesuatu ujian.Selain itu, JSU juga dibinauntuk menentukan bidang atau topik-topik dan objektif pengajaran dan pembelajaran yang diuji. Hal ini termasuklah dalam menentukan pemberatan yang akan diberikan dalam sesuatu ujian. Bukan itu sahaja, melalui JSU keselarasan aras kesukaran item dan bilangannya dapat diseragamkan dan sekaligus akan menstabilkan taraf serta mutu ujian.

Soalan 3JSU penting untuk mengelakkan ujian yang dibina secara sembarangan dan dapat dilakukan dengan terancang dan rapi.. Dengan adanya JSU bilangan soalan bagi sesuatu tajuk diberi berdasarkan pentingnya tajuk atau objektif sesuatu pelajaran.Taburan soalan juga seimbang.JSU menjamin kesahan dan keboleh percayaan ujian untuk ditadbirkan kepada murid murid. Ujian meliputi keseluruhan pelajaran dan aras kesukaran dapart dikekalkan dari tahu ke tahun walaupun item yag dibina adalah sama.

Menurut Gronlund (1982), aspek pengujian dan penilaian dalam pengajaran adalah sama pentingnya dengan proses pengajaran guru di bilik darjah. Matlamat utama penilaian dijalankan ialah untuk meningkatkan atau memperbaiki pembelajaran.Menurut Ariston (2007), dalam melaksanakan pengukuran tahap pencapaian pelajar, ujian bilik darjah berperanan penting untuk menilai status pemikiran pelajar. Penggubalan soalan-soalan ujian bilik darjah perlu melalui beberapa proses termasuklah penyediaan JSU, pembinaan item ujian, membuat ujian rintis, memurnikan item ujian. Secara dasarnya, keseluruhan proses ini membantu untuk memastikan kualiti item ujian dari segi kebolehpercayaan, kesahan seterusnya pengukuran yang adil (Hale, 1980) Berdasrkan pendapat yang diberikan oleh Ariston (2007). Hale(1980) dan Gronlund (1982) memang tidak dapat dinafikan lagi JSU mempunyai kepentingan ynag tersendri danpatut diadakan sebelum sesuatu ujian dijalankan.Ramai guru dewasa ini tidak membina JSU untuk membina soalan . Soalan soalan hanya diberi mengikut keperluan dan diambil terus daripada buku buku rujuan yang sesuai.Ini berlaku kerana guru guru tidak mempunyai masa yang banyak untuk membina JSU.Pernyataan ini disokong oleh Salbiah (1995) yang mendapati ramai guru bergantung kepada item dalam buku-buku soalan yang tersedia di pasaran. Hal ini berlaku, kerana guru di sekolah terlalu sibuk dengan pengurusan situasi yang kompleks berkaitan dengan peribadi, emosi, dan tekanan sosial di kalangan pelajar (Black & William,1998). Oleh kerana kekurangan masa dan kepakaran, kebanyakkan item ujian diambil terus daripada buku di pasaran kerana cara inilebih cepat dan mudah. Ada juga kalangan guru yang mendapatkan item daripada bank item atau mengubah suai item daripada buku rujukan.