kuiz asertif jati diri sr

3
asertif KUIZ ASERTIF KUIZ ASERTIF Bi l Pernyataan Jawapan Ya Tida k 1 Adakah anda membeli barang-barang yang anda tidak perlukan kerana ingin menunjuk-nunjuk kepada kawan? 2 Apabila anda tidak memahami makna sesuatu perkataan, adakah anda bertanya tentangnya?. 3 Adakah anda berani menyatakan TIDAK kepada sesuatu perkara yang anda tidak suka? 4 Adakah anda memandang tepat kepada orang lain apabila anda bercakap dengannya ?. 5 Adakah orang lain selalu meminta anda untuk bercakap lebih lantang supaya suara anda dapat didengari ?. 6 Adakah anda berasa terancam apabila berhadapan dengan rakan yang suka mempermainkan/buli anda? 7 Adakah anda berasakan diri anda cantik? 8 Adakah anda selalu berasa sangat marah sehingga anda merasakan ingin menjerit ?. 9 Adakah anda tahu bagaimana untuk meminta pertolongan tanpa rasa rendah diri? 10 Jika seseorang memotong giliran anda semasa

Upload: misyajanah

Post on 19-Dec-2015

98 views

Category:

Documents


12 download

DESCRIPTION

kuiz asertif jati diri

TRANSCRIPT

KUIZ ASERTIF

asertif

KUIZ ASERTIF

BilPernyataanJawapan

YaTidak

1Adakah anda membeli barang-barang yang anda tidak perlukan kerana ingin menunjuk-nunjuk kepada kawan?

2Apabila anda tidak memahami makna sesuatu perkataan, adakah anda bertanya tentangnya?.

3Adakah anda berani menyatakan TIDAK kepada sesuatu perkara yang anda tidak suka?

4Adakah anda memandang tepat kepada orang lain apabila anda bercakap dengannya ?.

5Adakah orang lain selalu meminta anda untuk bercakap lebih lantang supaya suara anda dapat didengari ?.

6Adakah anda berasa terancam apabila berhadapan dengan rakan yang suka mempermainkan/buli anda?

7Adakah anda berasakan diri anda cantik?

8Adakah anda selalu berasa sangat marah sehingga anda merasakan ingin menjerit ?.

9Adakah anda tahu bagaimana untuk meminta pertolongan tanpa rasa rendah diri?

10Jika seseorang memotong giliran anda semasa beratur, adakah anda mengherdiknya supaya kembali beratur ?.

TINDAK BALAS ASERTIF

1 Tidak6 Tidak

2 Ya7 Ya

3 Ya8 Tidak

4 Ya9 Ya

5 Tidak10 Tidak

Penerangan Kepada Jawapan Kuiz Asertif

1.Orang yang asertif tidak takut untuk menyatakan tidak. Dia mestilah merasa bebas untuk membuat pilihan.

2.Orang yang asertif bertanggungjawab untuk memastikan keperluannya tercapai.

Kebimbingan dilihat sebagai jahil tidak menghalang orang yang asertif bertanyakan soalan.

3.Orang yang asertif bertanggung jawab di atas segala tingkah lakunya sendiri,

tetapi dia tidak bertanggung jawab terhadap tingkahlaku atau situasi yang berlaku di luar kawalannya. Merasa bertanggung jawab terhadap perkara yang di luar kawalan akan membawa kepada perasaan rasa bersalah yang tidak berfaedah.

4.Bertentangan mata adalah asertif dan membayangkan kejujuran, keyakinan diri dan pengharapan agar orang lain mendengar apa yang diperkatakan.

5. Orang yang asertif ingin dirinya didengari.

6.Orang yang asertif tidak membenarkan status mengancam dan melemahkan dirinya.

7.Perawakan yang baik memberi makna imej kendiri yang positif. Apabila perawakan dihadkan oleh oleh kecacatan diri maka tentangan (kontak) mata yang baik dan air (mimik) muka boleh digunakan untuk menggambarkan imej kendiri yang positif.

8.Orang yang asertif berusaha untuk menentukan keperluannya dipenuhi dan tidak

membiarkan keadaan menjadi gawat dan tidak terkawal.

9.Orang yang asertif mampu meminta pertolongan tanpa merasa terlalu bentung

kerana dia mempunyai penghargaan kendiri dan penghormatan kendiri yang kental.

10.Menghalau, mengherdik atau meninggikan suara adalah tindak balas agresif. Orang yang asertif akan menyatakan bahawa ia rasa marah dengan ketidakadilan dan kekasaran yang dilakukan dan meminta dengan baik orang tersebut kembali semula ke tempat gilirannya.