ktas kja probas 2011

11
KERTAS KERJA CADANGAN PROGRAM BAKTI SEKOLAH (PROBAS) 2011 SK SALAK SOUTH KUALA LUMPUR ANJURAN: UNIT KOKURIKULUM SKSS TEMPAT: FELDA TUNGGAL, KOTA TINGGI, JOHOR TARIKH: 20 – 23 NOVEMBER 2011

Upload: lie13may

Post on 20-Dec-2015

234 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

program bakti sekolah

TRANSCRIPT

Page 1: Ktas Kja PROBAS 2011

KERTAS KERJA CADANGAN

PROGRAM BAKTI SEKOLAH (PROBAS) 2011

SK SALAK SOUTH

KUALA LUMPUR

ANJURAN:

UNIT KOKURIKULUM

SKSS

TEMPAT:

FELDA TUNGGAL, KOTA TINGGI, JOHOR

TARIKH:

20 – 23 NOVEMBER 2011

VISISekolah Kebangsaan Salak South Menjadi Sekolah Cemerlang Di Zon Pudu Menjelang 2012

MISIMemberi Pendidikan Yang Sama Rata Dan Berkualiti Kepada Murid-Murid Untuk Melahirkan Insan Yang Berakhlak

Mulia, Seimbang, Cemerlang Berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Page 2: Ktas Kja PROBAS 2011

1.0. TUJUAN

Kertas kerja ini bertujuan untuk memaklumkan kepada pihak SK Salak South, badan-

badan penyumbang serta Jawatankuasa dan Kariah Felda Tunggal, Kota Tinggi yang

terpilih mengenai Program Jelajah Desa kali pertama sesi 2011.

2.0. PENDAHULUAN

Program Jelajah Desa 2011, merupakan satu program yang dirancang bagi melatih murid-

murid serta guru SK Salak South untuk menabur bakti pada masyarakat. Peserta program

ini terdiri daripada 60 orang murid-murid tahun 3, 4, 5 dan 6 serta beberapa orang guru

terpilih yang sewajarnya didedahkan dengan proses berbakti secara praktikal untuk

bermasyarakat. Program ini dianjurkan secara bersama oleh Unit Kokurikulum dan PIBG

SKSS dengan kerjasama JKKK Felda Tunggal, Kota Tinggi.

3.0. RASIONAL

Guru dan murid adalah aset penting dalam pembentukan modal insan untuk masa depan

negara. Oleh itu mereka seharusnya didedahkan dengan program-program bagi melatih

mereka berkhidmat dan berbakti kepada masyarakat. Melalui program ini peserta akan

didedahkan dengan pelbagai kegiatan yang menjurus kepada kecemerlangan akademik,

sahsiah terpuji dan kualiti kepimpinan untuk dimanfaatkan kepada diri dan masyarakat.

Disamping itu juga program ini akan memberikan pendedahan dan pengalaman kepada

ibubapa serta anak-anak masyarakat setempat untuk bersama-sama peserta khususnya

program-program yang boleh mempertingkatkan hubungan dan kerjasama antara

masyarakat kampung dan bandar.

Page 3: Ktas Kja PROBAS 2011

4.0. MATLAMAT

4.1. Memberi peluang kepada peserta untuk berdamping dengan masyarakat

kampung yang dipilih dan melalui kehidupan bersama masyarakat setempat

yang dipilih.

4.2. Memberi peluang kepada ibubapa serta anak-anak masyarakat kampung

yang dipilih untuk bersama-sama peserta berkongsi pengalaman kehidupan.

4.3. Menjalin hubungan serta berkongsi pengalaman di antara peserta dan

urusetia bersama-sama pemimpin setempat khususnya JKKK dan ibubapa.

4.4. Memperkenalkan dan menyediakan wadah untuk guru dan murid SKSS

berperanan kepada masyarakat dan badan-badan berkaitan.

5.0. OBJEKTIF

5.1. Melatih guru secara amali melaksanakan tugas mendidik dan berbakti

kepada masyarakat.

5.2. Menjalinkan ikatan silaturrahim antara peserta dan penduduk setempat.

5.3. Mendedahkan peserta dengan program berbentuk kemasyarakatan.

5.4. Melahirkan murid yang cemerlang akademik, sahsiah terpuji dan

kepimpinan yang berkualiti.

5.5. Berkongsi pengalaman kepada peserta bersama masyarakat setempat

khususnya mengenai pengalaman hidup di desa.

6.0. TARIKH, TEMPAT DAN MASA

6.1. Tarikh : 20 – 23 NOVEMBER 2011 (Ahad – Rabu)

6.2. Tempat : Felda Tunggal, Kota Tinggi, Johor

6.3. Masa bertolak : 9.00 pagi (20 November 2011)

6.4. Masa tiba di sekolah : 6.00 petang (23 November 2011)

Page 4: Ktas Kja PROBAS 2011

7.0. SASARAN

7.1. 60 orang murid tahun 3, 4, 5 dan 6 (30 orang lelaki dan 40 orang

perempuan).

7.2. 20 orang guru

7.3. 20 keluarga Felda Tunggal yang terlibat.

8.0. KRITERIA PESERTA

8.1. Murid yang berdisiplin dan mampu memberi komitmen terhadap program

yang akan dilaksanakan.

8.2. Murid yang berketrampilan dan berbakat menjadi pemimpin.

8.3. Guru yang mempunyai kesungguhan untuk meningkatkan keupayaan diri

ke tahap maksima.

9.0. JAWATANKUASA PELAKSANA PROGRAM

Penasihat : En. Mohd Amin Bin Abu (Guru Besar SKSS)

Penyelaras : En. Sazali Bin Mohamed Mokhtarudin (GPK Ko-ku SKSS)

Naib Penyelaras : Pn. Arpah Bt Said (GPK T&K SKSS)

: Pn. Nor Hayati Bt Talib (GPK HEM SKSS)

Setiausaha : En. Fairizal Ikhwanizam Bin Zakaria

Bendahari : En. Mohd Azwan Bin Abu Bakar

JK Sumbangan : Pn. Nik Zubaidah Bt Zainun

JK Sambutan &

Publisiti : Pn. Siti Zakiah Bt Md Hosnan

JK Buku Program : En. Sazali Bin Mohamed Mokhtarudin

JK Aktiviti : En. Khoo Hoe Kian

JK Pengangkutan : En. Ahmad Rizkhan Bin Abdul Wahab Zen

Page 5: Ktas Kja PROBAS 2011

JK Keselamatan &

Disiplin : Pn. Kamarieh Bt jahaya

JK Cenderamata : Pn. Azian Bt Mat Abu

JK Dokumentasi &

Fotografi : En. Mohd Hazmi Shah Bin Shahruddin

JK Pendaftaran : Pn. Rafidah Bt Mustafa @ Razali

10.0. TENTATIF PROGRAM

HARI PERTAMA 20 November 2011 (Ahad)8.00 a.m. Pendaftaran dan peserta berkumpul di dewan SKSS.

8.30 a.m. Taklimat kepada semua peserta.

9.00 a.m. Peserta bertolak ke Felda Tunggal, Kota Tinggi

2.00 p.m. Peserta tiba di Felda Tunggal, Kota Tinggi

Solat Zuhur dan makan tengahari

3.00 p.m. Sesi taklimat dan penyerahan keluarga angkat.

6.30 p.m. Rumahku Syurgaku ( aktiviti bersama keluarga angkat)

HARI KEDUA 21 November 2011 (Isnin)9.00 a.m. Aktiviti sekitar kawasan persekitaran Felda Tunggal, Kota Tinggi

:Gotong Royong

Bersih Surau

Tanah Perkuburan

: Program ziarah ke rumah warga tua dan miskin.

12.00 p.m. Rumahku Syurgaku ( aktiviti bersama keluarga angkat)

4.30 p.m. Karnival Mesra Rakyat

Sukaneka (Padang Sekolah)

6.00 p.m. Rumahku Syurgaku ( aktiviti bersama keluarga angkat)

Page 6: Ktas Kja PROBAS 2011

7.00 p.m. Solat Maghrib dan Isyak (berjemaah di masjid)

9.00 p.m. Motivasi Belajar (murid SKSS dan murid penghuni Felda Tunggal)

10.30 p.m. Rumahku Syurgaku ( aktiviti bersama keluarga angkat)

HARI KETIGA 22 November 2011 (Selasa)8.00 a.m. Aktiviti Sekitar Kawasan Kampung:

Senamrobik Perdana

Penjelajahan industri desa Felda Tunggal

12.00 p.m. Rumahku Syurgaku ( aktiviti bersama keluarga angkat)

5.00 p.m. Persiapan kenduri sekampung

8.00 p.m. Malam Kebudayaan

Persembahan penduduk tempatan

Persembahan warga SKSS

11.30 p.m. Majlis Bersurai

HARI KEEMPAT 23 November 2011 (Rabu)8.30 a.m. Persiapan Majlis Penutup

10.30 a.m. Majlis Perasmian Penutup oleh:

12.30 p.m. Kenduri Sekampung Bersama-sama dif-dif Kehormat

Solat Zohor (berjemaah)

2.00 p.m. Peserta bertolak pulang ke SKSS

6.00 p.m. Tiba di SKSSBersurai

Page 7: Ktas Kja PROBAS 2011

11.0. KEWANGAN

PENGELUARAN

BIL JENIS PENGELUARAN KUANTITI HARGA SEUNIT

JUMLAH HARGA

1. LOGISTIKBas 2 RM 2000.00 RM 4000.00

2. ACARAProgram Keluarga AngkatSukaneka

20 keluarga RM 50.00RM 100.00

RM 1000.00RM 100.00

3. HADIAH Cenderamata VIPCenderamata Keluarga AngkatCenderamata Felda Adela

10

201

RM 20.00

RM 20.00RM 100.00

RM 200.00

RM 400.00RM 100.00

4. KELENGKAPAN PESERTATag & Buku Program 100 RM 2.00 RM 200.00

JUMLAH KESELURUHAN

RM 6 000.00

KEMASUKANYuran Peserta RM 50.00 x 60 RM 3 000.00

JUMLAH YANG MASIH DIPERLUKAN : RM 3 000.00

Page 8: Ktas Kja PROBAS 2011

12.0. PENUTUP

Demikian kertas kerja ini dibuat dengan sebaik-baiknya sebagai kerangka gerak kerja dan

asas kepada terwujudnya Program Jelajah Desa ini, dengan harapan ia akan mendapat

sokongan dan dukungan daripada banyak pihak. Kami mengharapkan kritikan dan

cadangan kepada kertas kerja ini bagi membantu kami memantapkan pengurusan dan

seterusnya harapan terlaksananya kegiatan ini akan terpenuhi dan dilaksanakan dengan

jayanya.

Disediakan oleh:

_____________________________

(Sazali Bin Mohamed Mokhtarudin)

Penyelaras

Program Jelajah Desa 2011

SK Bandar Baru Sentul, KL

Disemak dan disahkan oleh:

_____________________________

(Mohd Amin Bin Abu)

Guru Besar

SK Salak South

57100 Kuala Lumpur