ksj puisi tradisional puisi tradisional syair kemangkatan sultan sulaiman

11
Puisi Tradisional Syair Kemangkatan Sultan Sulaiman

Upload: joe-zulkefli

Post on 25-Jun-2015

1.622 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Ksj puisi tradisional puisi tradisional syair kemangkatan sultan sulaiman

Puisi Tradisional

Syair Kemangkatan Sultan Sulaiman

Page 2: Ksj puisi tradisional puisi tradisional syair kemangkatan sultan sulaiman

MaksudDeli tua negerinya itu, Kotanya kukuh berpagar batu, Pasarnya ramai bukan suatu, Tiada berbanding di zaman itu.

Maksud :Mengisahkan sebuah kerajaan bernama Deli Tua yang terbilang, kukuh dan hebat pada zaman dahulu.

Baginda berputera tiga orang jua, Laki-laki konon putera yang tua, Puteri cantik putera kedua, Parasnya elok jarang tersua.

Maksud : Raja Deli mempunyai tiga orang anak. Anak pertamanya lelaki, dan yang kedua seorang perempuan yang sangat cantik

Page 3: Ksj puisi tradisional puisi tradisional syair kemangkatan sultan sulaiman

Putera yang bongsu laki-laki jua, Parasnya elok tiadalah dua, Menarik hati orang semua, Dikasihi rakyat muda dan tua.

Maksud :Anaknya yang ketiga seorang lelaki yang kacak dan diminati tidak kira orang tua atau muda.

Adapun akan dulu baginda, Isterinya lama sudah tiada, Banyak dicari gadis dan janda, Hati baginda penuju tiada.

MaksudBaginda Sultan kematian isteri dan enggan berkahwin lagi walaupun sudah dicarikan calon pengganti.

Page 4: Ksj puisi tradisional puisi tradisional syair kemangkatan sultan sulaiman

Beberapa lama demikian itu, Di atas takhta konon sang ratu, Dengan kehendak Tuhan yang satu, Baginda pun gering suatu waktu.

Maksud :Dengan kehendak Tuhan, setelah lama memerintah, baginda Sultan gering.

Baginda nan gering bukan kepalang, Badannya kurus tinggallah tulang, Tabib pun selalu datang berulang, Mengubati baginda raja terbilang.

Maksud :Baginda sakit teruk sehingga badannya kurus. Banyak tabib yang datang untuk mengubatinya.

Page 5: Ksj puisi tradisional puisi tradisional syair kemangkatan sultan sulaiman

Tabib berusaha bersungguh hati, Menolong baginda raja berbakti, Sudahlah takdir Rabbulizzati, Penyakit tak dapat lagi diubati.

Maksud :Dengan kehendak Tuhan, baginda Sultan belum sembuh walaupun tabib telah berusaha bersungguh-sungguh.

Pertolongan tabib tiada berfaedah, Semakin payah sultan yang syahdah, Ajal baginda hampirlah sudah, Ke negeri yang baqa akan berpindah.

Maksud :Usaha tabib tidak berkesan dan baginda semakin tenat dan hampir mangkat.

Page 6: Ksj puisi tradisional puisi tradisional syair kemangkatan sultan sulaiman

Dengan hal yang demikian itu, Penyakit menggoda setiap waktu, Ubat pun tiada dapat membantu, Baginda pun mangkat ketika itu.

Maksud :Akhirnya baginda mangkat setelah derita sakit sekian lama.

Baginda berpulang ke rahmatullah, Takhta kebesaran semua tinggallah, Harta dunia sudah terjumlah, Kepada yang lain diberikan Allah.

Maksud :Setelah mangkat, baginda Sultan meninggalkan harta kekayaan dan diserahkan kepada penggantinya

Page 7: Ksj puisi tradisional puisi tradisional syair kemangkatan sultan sulaiman

Tema dan PersoalanTema Kisah kemangkatan seorang raja yang

telah lama sakit

Persoalan Kuasa Tuhan lebih mengatasi segala-

galanya. Cinta sejati tidak ada penggantinya. Berusaha bersungguh-sungguh untuk

mengubati penyakit Ajal dan maut di tangan Tuhan.

Page 8: Ksj puisi tradisional puisi tradisional syair kemangkatan sultan sulaiman

Gaya Bahasa

Imej alam - batu Sinkope - tak (tidak) Bahasa istana - baginda, gering,

mangkat Bahasa Arab - baqa, rahmatullah,

syahdah Hiperbola - badannya kurus tinggallah

tulang

Page 9: Ksj puisi tradisional puisi tradisional syair kemangkatan sultan sulaiman

Nilai Taat setia

- perasaan sayang seorang bapa terhadap anaknya.

Tabah - manusia mestilah amanah dalam menguruskan harta pusaka.

Kasih sayang - tanggungjawab anak memuliakan ibu bapanya.

iv. Simpati

v. Reda

vi. Hormat-menghormati

Page 10: Ksj puisi tradisional puisi tradisional syair kemangkatan sultan sulaiman

Pengajaran

Kita hendaklah memberikan taat setia kepada raja.

Kita hendaklah reda dengan ketentuan dan takdir tuhan.

Kita sedar bahawa ajal dan maut di tangan tuhan.

Page 11: Ksj puisi tradisional puisi tradisional syair kemangkatan sultan sulaiman

Sekian Terima Kasih