krm 3043

Upload: sitimislika

Post on 07-Jan-2016

37 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

3043

TRANSCRIPT

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU

MAJOR MATEMATIK

SEMESTER 4

KRM 3043 ASAS PENGURUSAN DATA (PANDUAN KERJA KURSUS)

A. SOALAN TUGASAN

ARAHAN

1. Kursus KRM 3043 Asas Pengurusan Data mengandungi 3 Tugasan. 2. Pelajar dikehendaki menjawab SEMUA soalan.

3. Tugasan yang telah dijawab dengan sempurna perlu dihantar dalam bentuk hard copy kepada pensyarah bagi kumpulan masing-masing. TUGASAN 1 (30%) : Anda dikehendaki membincangkan kesukaran dan miskonsepsi yang biasa dihadapi oleh

murid-murid di sekolah rendah semasa mempelajari salah satu tajuk dalam Pengurusan

Data. Tugasan anda mestilah mengandungi pengenalan kepada kesukaran dan miskonsepsi serta faktor-faktor yang mempengaruhi punca-punca kesukaran dan miskonsepsi yang dihadapi oleh murid-murid sekolah rendah dalam pembelajaran tajuk berkenaan.Berikan dua contoh yang sesuai bagi setiap miskonsepsi dalam tajuk yang dipilih. Cadangkan langkah-langkah yang sesuai untuk membantu murid berkenaan untuk mengatasi kesukaran dan miskonsepsi dalam tajuk tersebut. Setiap ahli dalam kumpulan dikehendaki memberikan komen terhadap kesukaran dan miskonsepsi berdasarkan pengalaman anda semasa proses pengajaran dan pembelajaran.TUGASAN 2 (20%) :Anda dikehendaki untuk menyediakan satu laporan yang membincangkan kepentingan mempelajari tajuk-tajuk berikut serta aplikasinya dalam kehidupan seharian, iaitu :

i. Sejarah dan kegunaan statistik

ii. Pengumpulan dan pengurusan data

iii. Perwakilan data

iv. Sukatan kecenderungan memusat, dan

v. Sukatan serakan.

TUGASAN 3: E-LEARNING (10%)Tugasan ini bertujuan mengetahui penglibatan anda dalam membaca dan memberi makna kepada modul kursus ini. Semua tugasan adalah dalam bentuk soalan yang dipilih mengikut bab. Terdapat lima soalan yang dibincangkan secara online menerusi laman http://50.56.83.109/collegelms. Anda diminta memberi respon sekurang-kurang empat kali bagi setiap soalan forum dan respon juga kepada tulisan dari rakan kursus. 1.Jelaskan maksud miskonsepsi dalam pengurusan data

2.Senaraikan ilustrasi visual dalam statistik:

i.________________________

ii.________________________

iii.________________________

iv.________________________

v.________________________

vi.________________________

3.Terdapat tiga tatacara dalam melaksanakan pengumpulan data dalam kelas. Jelaskan.

4.Berikut adalah jadual taburan kekerapan guru yang menggunakan kereta mengikut jenisnya,

Jenis keretaBilangan kereta

Proton90

Nissan50

Toyota25

Honda35

Jumlah200

a. Bina Carta Pai (dalam bentuk peratusan) untuk mewakili data ini.b. Berikan kesimpulan mengenai penggunaan kereta yang digunakan. 5.Adakah pernyataan ini satu miskonsepsi? Jelaskan jawapan anda.

Nilai min bagi satu set data mesti berada di tengah-tengah julat B. FORMAT PENULISAN KERJA KURSUS TUGASAN 1 : KUMPULAN(5-6 orang)1. Jawab SEMUA soalan.

2. Tugasan hendaklah ditaip dalam font Arial saiz 11 dan Spacing 1.53. Penjelasan secara terperinci perlu diberi.4. Bahan modul digunakan sebagai panduan sahaja. Jawapan anda mestilah asli, tepa dan

jelas.TUGASAN 2 : BERPASANGAN1. Jawab SEMUA soalan.

2. Tugasan hendaklah ditaip dalam font Arial saiz 11 dan Spacing 1.53. Penjelasan secara terperinci perlu diberi.4. Bahan modul digunakan sebagai panduan sahaja. Jawapan anda mestilah asli, tepat

dan jelas.TUGASAN 3 : E-LEARNING

1. Jawab SEMUA soalan perbincangan yang dimuatnaik di ruangan forum kumpulan di http://50.56.83.109/collegelms2. Jawapan bagi setiap soalan hendaklah tepat dan ringkas.

3. Selain daripada memberikan jawapan terhadap soalan tersebut, pelajar hendaklah memberikan respon atau berinteraksi sekurang-kurangnya 3 kali pada mana-mana

jawapan rakan kumpulan anda bagi setiap soalan perbincangan.

C. PANDUAN PENYERAHAN TUGASAN

1. Tugasan MESTI lengkap dengan mengandungi 3 komponen di dalamnya:

i) Jawapan dan respon anda melalui e-learning

ii) Jawapan ilmiah bagi tugasan 1 dan 2. 2. Kerja kursus yang lengkap mestilah disusun mengikut susunan berikut;

Muka hadapan berwarna biru muda (gunakan format seperti yang dicadangkan oleh Kirkby International College)

i) Mempunyai isi Kandungan dan Halaman . ii) Tugasan 1 iii) Tugasan 2 iv) Tugasan 3 3. Portfolio MESTI lengkap dengan mengandungi 3 TUGASAN di dalamnya.

i) Tugasan 1 ii) Tugasan 2

iii) Tugasan 3

4. Pelajar dinasihatkan sentiasa menyimpan back up tugasannya. 5. Sebarang masalah sila hubungi pensyarah anda.D. FORMAT MELAKSANAKAN E-LEARNING 1. Terdapat 5 soalan untuk aktiviti pelajar berforum secara on line bersama pensyarah

dan bersama-sama pelajar yang lain.

2. Pelajar hendaklah menjawab SEMUA soalan forum tersebut dengan jawapan asli yang rasional dan bernas.

3. Pelajar dikehendaki memberikan pandangan, ulasan penambahan dan komentar terhadap jawapan rakan-rakan yang lain. (Minimum 3 kali bagi setiap perbincangan soalan)

4. Pemarkahan diberikan kepada jawapan yang menepati dan kekerapan penyertaan berforum dengan rakan-rakan yang lain

RUBRIK PEMARKAHAN TUGASAN TUGASAN

AMenepati format penulisan folio, isi mencukupi, isi diolah dan dikembangkan dengan baik, ada contoh yang baik dan konkrit. Ada idea asli yang bernas, kreatif dan kritis. Idea tersusun dengan kemas. Tiada kesalahan format penulisan & bahasa.

A-Menepati format, isi mencukupi, isi dikembangkan dengan baik, ada contoh yang konkrit . Ada idea asli yang bernas. Idea tersusun dengan kemas. Tiada kesalahan bahasa. Tiada kesalahan format penulisan & bahasa.

B+Menepati format, isi mencukupi, isi di huraikan da nada contoh. Idea disusun dengan baik. Tiada kesalahan format & bahasa.

BMenepati format, isi mencukupi, isi di huraikan da nada contoh. Idea disusun dengan baik. Kesalahan format & bahasa pada tahap minima (tidak lebih dari 3 kesalahan)

B-Kesalahan format yang minima (tidak lebih 2 perkara), isi mencukupi, isi di huraikan da nada contoh. Ada idea sendiri. Kesalahan format & bahasa pada tahap minima (tidak lebih dari 4 kesalahan)

C+Kesalahan format yang diminta (tidak lebih 3 perkara), isi mencukupi, isi di huraikan da nada contoh. Ada idea yang diambil dari sumber lain. Kesalahan format minima (tidak melebihi 3 perkara) & kesalahan bahasa minima (tidak lebih dari 5 perkataan).

CKesalahan format tidak melebihi 4 perkara. Isi mencukupi, isi di huraikan da nada contoh. Ada idea yang diambil dari sumber lain. Kesalahan format & bahasa tidak melebihi 7 perkara.

DKesalahan format melebihi 5 perkara. Isi tidak mencukupi, isi tidak dihuraikan. Tiada contoh. Ada idea yang diambil dari sumber lain. Kesalahan format & bahasa melebihi 8 perkara.

ETidak diserah pada waktu yang ditetapkan. Tidak lengkap.

Disediakan oleh :

Puan Noor Khaliza binti Mohd Khairuddin

Pensyarah Matematik

3