kriteria peribadi guru cemerlang

5
KRITERIA PERIBADI GURU CEMERLANG DENGAN KEMENJADIAN MURID HAKIMI BIN MD JUSOH MUHAMMAD AFIQ BIN MOHAMAD ROSLI MOHD AMIRUL ANWAR BIN ABDULL AZIS

Upload: hakimi

Post on 13-Nov-2015

96 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

kreteria

TRANSCRIPT

PowerPoint Presentation

Kriteria Peribadi guru cemerlang dengan kemenjadian muridHakimi bin md jusohMuhammad afiq bin mohamad rosliMohd amirul anwar bin abdull azisKriteria Guru Cemerlang Peribadi: Guru Cemerlang ialah guru yang mempunyai sahsiah yang terpuji,berketrampilan dan berpegang teguh kepada etika perguruan dan etika perkhidmatan awam peka dan prihatin terhadap keperluan pelajar yang dapat menjadi role model kepada warga pendidik.

Pengetahuan dan kemahiran: Menguasai dan menghayati kandungan mata pelajaran atau bidang pengkhususan dan kepakarannya, menjadi pakar rujuk pengajaran dan pembelajaran, bijak mengurus masa, bahan sumber, alat pengajaran dan pembelajaran, mampu mengenal pasti keperluan dan masalah pembelajaran pelajar serta menyediakan program tindakan susulan, berpengetahuan dan berkemahiran dalam bidang ternologi maklumat dan komunikasi.Komunikasi: Guru Cemerlang ialah guru yang memiliki kemahiran komunikasi yang tinggi serta berkemampuan menyampaikan idea dan mesej dengan berkesan dalam pelbagai situasi.Hasil kerja: Guru Cemerlang ialah guru yang berupaya meningkatkan hasil pembelajaran (learning outcomes) ke arah membangunkan potensi pelajar selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.Potensi: Guru Cemerlang ialah guru yang berwawasan, proaktif, mempunyai inisiatif, bersifat responsif dan inovatif dalam rangka menjalankan tugas sebagai pendidik.Sumbangan kepada kemajuan pendidikan negara: Guru Cemerlang ialah guru yang berupaya menjana idea baru dalam mata pelajaran atau bidang pengkhususan masing-masing dan berkongsi idea tersebut bagi meningkatkan mutu pendidikan negara