krisis air

5
Punca krisis air 1. Pencemaran sungai 2. Perubahan cuaca 3. Penerokaan tanah Langkah mengatasi krisis air 1. Mengekalkan kawasan tadahan hujan 2. Mengatasi masalah pencemaran sungai 3. Kerajaan mengadakan catuan air 4. Pengguna perlu menjimat air Akhir-akhir ini, krisis air sering berlaku di negara kita terutamanya di bandar- bandar besar. Masalah ini berlaku disebabkan beberapa punca dan langkah mengatasinya perlu diambil segera. Krisis air beraku disebabkan pencemaran sungai. Sungai merupakan sumber bekalan air di negara kita. Malangnya aktiviti pembangunan telah menyebabkan banyak sungai tercemar. Pembuangan sisa buangan domestik dari kawasan perumahan dan pengaliran sisa toksik dari kawasan perindustrian telah menyebabkan kualiti air sungai terjejas. Bekalan air yang tercemar akan memudaratkan kesihatan manusia kerana air tersebut mengandungi mikroorganisma seperti bakteria E-coli dan cacing netamod serta bahan kimia seperti merkuri. Susulan kepada jumlah permintaan air oleh pengguna yang kian meningkat berbanding dengan jumlah kualiti air mentah yang kian menurun, masyarakat akan mengalami kekurangan sumber bekalan air bersih. Perubahan cuaca juga menyebabkan krisis air berlaku. Krisis air berlaku apabila tibanya musim kemarau. Semasa musim kemarau, taburan air hujan menjadi kurang. Jumlah taburan air hujan yang kurang menyebabkan kawasan tadahan air kering. Jumlah air di empangan yang semakin kurang dan air sungai yang kian cetek menjejaskan jumlah air. Proses penyejatan yang cepat disebabkan suhu bumi yang tinggi memburukkan lagi keadaan hidup rakyat semasa musim kemarau. Sebagai contoh, rakyat negeri Selangor mengalami krisis air semasa kejadian el-nino pada bulan Julai tahun ini telah menyebabkan kerajaan terpaksa melakukan catuan air. Selain itu, penerokaan hutan yang semakin berleluasa juga menyebabkan krisis air berlaku. Proses urbanisasi telah membawa kepada perubahan penggunaan tanah bagi menampung keperluan kegiatan ekonomi, kemudahan-kemudahan sosial dan lain-lain infrastruktur yang berkaitan. Perubahan gunatanah ini telah mendedahkan sungai kepada pelbagai tekanan yang secara langsung menyebabkan perubahan sistem sungai bukan sahaja dari segi kualiti tetapi juga kuantiti. Kawasan hutan yang diterokai secara berleluasa menyebabkan kawasan tadahan air semakin kurang. Kawasan tadahan air penting sebagai punca air mentah. Justeru, penerokaan hutan dikatakan punca berlakunya krisis air. Krisis air perlu diatasi dengan mengekalkan kawasan tadahan air. Kawasan tadahan air semula jadi penting untuk membekalkan air mentah kepada manusia. Banyak kawasan hutan diterokai untuk tujuan projek pembangunan. Pembangunan yang tidak terancang ini menyebabkan hutan menjadi gondol dan menjejaskan kawasan tadahan air semula

Upload: corby-loh

Post on 22-Dec-2015

36 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

punca krisis air

TRANSCRIPT

Page 1: Krisis Air

Punca krisis air 1. Pencemaran sungai2. Perubahan cuaca3. Penerokaan tanah

Langkah mengatasi krisis air1. Mengekalkan kawasan tadahan hujan2. Mengatasi masalah pencemaran sungai3. Kerajaan mengadakan catuan air4. Pengguna perlu menjimat air

Akhir-akhir ini, krisis air sering berlaku di negara kita terutamanya di bandar-bandar besar. Masalah ini berlaku disebabkan beberapa punca dan langkah mengatasinya perlu diambil segera.

Krisis air beraku disebabkan pencemaran sungai. Sungai merupakan sumber bekalan air di negara kita. Malangnya aktiviti pembangunan telah menyebabkan banyak sungai tercemar. Pembuangan sisa buangan domestik dari kawasan perumahan dan pengaliran sisa toksik dari kawasan perindustrian telah menyebabkan kualiti air sungai terjejas. Bekalan air yang tercemar akan memudaratkan kesihatan manusia kerana air tersebut mengandungi mikroorganisma seperti bakteria E-coli dan cacing netamod serta bahan kimia seperti merkuri. Susulan kepada jumlah permintaan air oleh pengguna yang kian meningkat berbanding dengan jumlah kualiti air mentah yang kian menurun, masyarakat akan mengalami kekurangan sumber bekalan air bersih.

Perubahan cuaca juga menyebabkan krisis air berlaku. Krisis air berlaku apabila tibanya musim kemarau. Semasa musim kemarau, taburan air hujan menjadi kurang. Jumlah taburan air hujan yang kurang menyebabkan kawasan tadahan air kering. Jumlah air di empangan yang semakin kurang dan air sungai yang kian cetek menjejaskan jumlah air. Proses penyejatan yang cepat disebabkan suhu bumi yang tinggi memburukkan lagi keadaan hidup rakyat semasa musim kemarau. Sebagai contoh, rakyat negeri Selangor mengalami krisis air semasa kejadian el-nino pada bulan Julai tahun ini telah menyebabkan kerajaan terpaksa melakukan catuan air.

Selain itu, penerokaan hutan yang semakin berleluasa juga menyebabkan krisis air berlaku. Proses urbanisasi telah membawa kepada perubahan penggunaan tanah bagi menampung keperluan kegiatan ekonomi, kemudahan-kemudahan sosial dan lain-lain infrastruktur yang berkaitan. Perubahan gunatanah ini telah mendedahkan sungai kepada pelbagai tekanan yang secara langsung menyebabkan perubahan sistem sungai bukan sahaja dari segi kualiti tetapi juga kuantiti. Kawasan hutan yang diterokai secara berleluasa menyebabkan kawasan tadahan air semakin kurang. Kawasan tadahan air penting sebagai punca air mentah. Justeru, penerokaan hutan dikatakan punca berlakunya krisis air.

Krisis air perlu diatasi dengan mengekalkan kawasan tadahan air. Kawasan tadahan air semula jadi penting untuk membekalkan air mentah kepada manusia. Banyak kawasan hutan diterokai untuk tujuan projek pembangunan. Pembangunan yang tidak terancang ini menyebabkan hutan menjadi gondol dan menjejaskan kawasan tadahan air semula jadi. Kesannya, manusia akan mengalami masalah kekurangan air apabila kawasan tadahan air termusnah oleh perbuatan manusia itu. Oleh itu, pihak berkuasa perlu mengambil tindakan ke atas kegiatan penerokaan hutan yang berleluasa supaya kawasan tadahan air dapat dikekalkan.

Di samping itu, masyarakat perlu berjimat cermat dalam penggunaan air. Masyarakat haruslah bijak dan sederhana dalam penggunaan air. Tabiat membazir air seperti membiarkan air mengalir dari pili air yang rosak, tidak menutup pili dengan sempurna dan menggunakan air dalam kuantiti yang besar semasa mencuci perlu dikikis dalam kalangan masyarakat. Kita perlulah mempunyai pengetahuan am dalam penjimatan air seperti kitar semula air terpakai untuk mencuci kereta, tandas dan menyiram pokok bunga. Amalan murni ini dapat mengurangkan penggunaan air dan seterusnya dapat menghindari rakyat daripada masalah kekurangan air.

Kesimpulannya, masalah kekurangan air disebabkan oleh banyak faktor sama ada faktor manusia atau faktor semula jadi. Masalah ini perlu ditangani segera agar rakyat tidak menderita akibat krisis air berlaku.

Page 2: Krisis Air

Kepentingan teknologi hijau1. Mengurangkan masalah pencemaran alam2. Mengurangkan pemanasan global3. Mengatasi kehabisan sumber tenaga tidak dapat diperbaharui4. Mengurangkan masalah pelupusan sampah5. Membuka ruang kepada penyelidik untuk menerokai

Secara amnya, teknologi hijau merupakan satu teknologi yang mesra alam yang boleh mengurangkan ancaman terhadap alam sekitar. Oleh hal yang demikian, semua pihak perlu memanfaatkan penggunaan amalan hijau ini dalam kehidupan seharian.

Teknologi hijau boleh mengurangkan masalah pencemaran alam. Teknologi hijau merupakan teknologi rendah karbon bagi mengurangkan pelepasan gas karbon ke udara. Sebagai contohnya, penggunaan enjin kereta berkuasa tinggi Hibrid boleh menyeimbangi pembakaran petrol dan kuasa bateri. Pembakaran petrol yang kurang boleh mengurangkan pembebasan gas karbon seperti karbon monoksida ke udara. Penggunaan Sistem Transit Aliran Ringan (STAR) dan monorail yang menggunakan kuasa elektrik telah mengurangkan masalah pencemaran udara. Sisa kilang juga perlu melalui proses penapisan sebelum disalurkan ke tempat yang disediakan untuk mengurangkan pencemaran.

Masalah pemanasan global juga boleh dikurangkan melalui teknologi hijau. Hal ini kerana penggunaan teknologi hijau mengurangkan pembebasan gas bertoksik ke udara terutamanya gas karbon. Gas karbon yang berlebihan dalam udara boleh meningkatkan suhu bumi dan mengakibatkan pemanasan global. Masalah pemanasan global seterusnya akan menyebabkan perubahan iklim dunia seperti el-nino dan al-nina. Penggunaan tenaga alternatif yang dapat menggantikan bahan bakar fosil seperti tenaga hidro dan solar boleh mengatasi masalah ini. Hal ini kerana penggunaan tenaga alternatif ini tidak menghasilkan gas bertoksik ke udara yang boleh mengakibatkan peningkatan suhu bumi.

Masalah kehabisan sumber tenaga tidak boleh diperbaharui juga boleh diatasi dengan penggunaan teknologi hijau. Teknologi hijau mengutamakan pengurusan sumber secara lestari yang meminumumkan ancaman kepada alam sekitar. Penerokaan sumber tenaga alternatif seperti tenaga solar, tenaga hidro, tenaga biojisim dan tenaga nuklear merupakan elemen paling penting dalam teknologi hijau. Sumber alternatif ini boleh menggantikan sumber tenaga semula jadi yang bakal mengalami kehabisan seperti petroleum, gas asli dan arang batu. Sebagai contoh, penghasilan gas metana daripada najis haiwan ternakan boleh menggantikan gas asli dalam kehidupan seharian masyarakat di sesetegah negara.

Teknologi hijau juga dapat mengurangkan masalah pelupusan sampah. Manusia di seluruh dunia menghasilkan beribu-ribu ton sampah setiap hari. Sampah sarap ini kebanyakan terdiri daripada bahan yang sukar dilupuskan seperti bahan plastik. Keadaan bertambah teruk apabila manusia membakar sampah secara terbuka. Masalah sampah sarap boleh diatasi dengan aplikasi teknologi hijau dalam kehidupan seharian iaitu kitar semula. Bahan buangan boleh ditebusguna untuk menghasilkan bahan baharu yang berguna. Sebagai contoh, bahan plastik, besi buruk dan kertas terpakai boleh diproses semula untuk membentuk bahan baharu seperti besi baru, kertas tisu dan bahan hiasan. Dengan itu, masalah pelupusan sampah dapat diatasi dan seterusnya mengurangkan pembaziran.

Teknologi hijau membuka ruang kepada penyelidik untuk menerokai tenaga hijau. Terdapat pusat penyelidikan seperti Centre for Education, Training and Research in Renewable Energy and Energy Efficiency (CETREE) ditubuhkan oleh Universiti Sains Malaysia untuk tujuan mengadakan Kempen Penjimatan Tenaga dan Alam Sekitar dan Kempen Cekap Tenaga di USM, Pertandingan Eureka, Kereta Solar dan Dapur Suria, Karnival Pendidikan Sains dan Teknologi Kebangsaan dan sebagainya. Usaha ini dapat memberi peluang kepada penyelidik dan orang ramai terlibat dalam menerokai dan mencipta produk berasaskan tenaga hijau. Kerajaan Malaysia juga bekerjasama dengan negara China untuk menjalin kerjasama strategik dan meneroka peluang pelaburan dalam industri tenaga hijau dan bersih di Malaysia. Kerjasama ini dapat menghasilkan idea dalam penghasilan peralatan sistem solar, enjin kereta berkuasa elektrik dan peralatan jimat elektrik.

Kesimpulannya, usaha meningkatkan kesedaran tentang kepentingan teknologi hijau adalah penting agar ancaman terhadap alam sekitar dapat dikurangkan.

Page 3: Krisis Air

Soalan: Dalam melicinkan lagi sistem penyampaian kerajaan, beberapa langkah perlu diambil. Huraikan.Kecekapan kerajaan dapat dinilai dari segi sistem penyampaiannya. Sistem penyampaian kerajaan yang

berkesan penting untuk membawa pembangunan kepada negara. Oleh itu, pelbagai langkah perlu diambil untuk meningkatkan kecekapan perkhidmatan kerajaan.

Sistem penyampaian kerajaan dapat ditingkatkan dengan pembangunan modal insan. Remaja merupakan tonggak negara pada masa akan datang. Oleh itu, pembangunan modal insan penting supaya golongan remaja ini dapat diasah dengan pelbagai kemahiran yang membolehkan keupayaan bekerja golongan ini ditingkatkan. Tenaga kerja yang dihasilkan mesti berasaskan pengetahuan dan praktikal. Pengetahuan yang dimiliki tidak mencukupi untuk meningkatkan kecekapan bekerja. Kemahiran secara praktikal merupakan asas kepada peningkatan kecekapan sistem penyampaian kerajaan. Dengan erta kata lain, sistem penyampaian kerajaan amat bergantung kepada pembangunan modal insan dari segi pengetahuan dan kemahiran praktikal.

Penentuan indeks pencapaian utama (KPI) dapat meningkatkan kecekapan sistem penyampaian kerajaan. Setiap agensi dan jabatan kerajaan mempunyai KPI untuk memastikan setiap unit di bawahnya berfungsi berdasarkan apa yang dirancangkan. KPI penting untuk menilai kecekapan dan keberkesanan sesebuah jabatan atau unit kerajaan berdasarkan matlamat dan objektif yang ditetapkan. Nilai KPI yang tinggi menunjukkan bahawa sesebuah jabatan itu cekap dan berkesan dalam pengurusan sumber modal dan sumber manusia. Justeru, setiap jabatan kerajaan haruslah menetapkan KPI yang jelas dan boleh dicapai agar tenaga kerja yang ada boleh menunjukkan kemampuan maksimum dalam pekerjaan yang dilakukan.

Konsep kepimpinan melalui teladan dalam sektor awam juga adalah penting. Ketua jabatan haruslah menunjukkan teladan dan contoh yang baik dalam melakukan kerja. Hal ini penting kerana nilai-nilai murni seperti patuh kepada ketepatan masa, amanah dan akauntabiliti dapat dicontohi oleh pekerja bawahan. Pada masa yang sama, kerajaan perlu tegas dalam mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pegawai yang terlibat dengan rasuah, tidak amanah, penyalahgunaan kuasa, kesalahan tatatertib dan mensabotaj organisasi. Dengan itu, ketua jabatan mestilah mempunyai integriti yang tinggi kerana integriti dalam sektor awam dapat meningkatkan keyakinan rakyat terhadap kerajaan yang mampu membawa kemajuan kepada negara.

Selain itu, penegasan terhadap objektif dan matlamat di setiap jabatan kerajaan berlandaskan satu misi dan visi penting dalam perkhidmatan penyampaian. Setiap jabatan hendaklah menetapkan misi dan visi yang jelas selaras dengan kepentingan nasional. Misi dan visi yang jelas menggambarkan hala tuju sesebuah organisasi. Setiap pegawai mesti mematuhi prosedur kerja dan skop kerja masing-masing supaya pertindihan kuasa dan kerja tidak berlaku. Dengan itu, pegawai-pegawai kerajaan dapat menunjukkan prestasi kerja yang baik dan seterusnya kecekapan sistem penyampaian kerajaan dapat ditingkatkan.

Akhir sekali, rangka kerja yang inovatif dan kreatif diperlukan untuk meningkatkan kecekapan sistem penyampaian kerajaan. Sistem penyampaian perkhidmatan awam perlulah bersifat inovatif, kreatif dan berkesan. Hal ini perlu untuk membolehkan perkhidmatan penyampaian awam mampu berdaya saing dan setanding dengan sektor swasta. Sebagai contoh, sistem perkhidmatan kaunter dan laman web rasmi kerajaan perlulah kreatif dan berkesan untuk memudahkan orang ramai berurusan dengan kerajaan. Penggunaan teknologi terkini dalam perkhidmatan penyampaian seperti e-filling, e-cukai, pemohonan pinjaman perumahan dalam talian dapat menjimatkan masa dan kos rakyat.

Kesimpulannya, perkhidmatan penyampaian yang cekap akan memberi gambaran baik dan keyakinan kepada rakyat. Dengan adaya kecekapan dalam perkhidmatan, pembangunan negara akan dapat dilaksanakan dengan berkesan.