faktor krisis organisasi n perubahan dan krisis

Upload: anggurviolet

Post on 06-Apr-2018

246 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

  • 8/3/2019 Faktor Krisis Organisasi n Perubahan Dan Krisis

    1/31

    FAKTOR KRISIS ORGANISASI

    & PERUBAHAN DAN KRISIS

    KOC4362

    Pengurusan Krisis Organisasi

  • 8/3/2019 Faktor Krisis Organisasi n Perubahan Dan Krisis

    2/31

    Objektif

    Selepas mengikuti kuliah ini anda akan dapat:

    1. Menyenaraikan perkara-perkara yang boleh

    menyebabkan berlaku krisis dalam organisasi2. Menerangkan keadaan yang boleh mencetuskan

    krisis organisasi

    3. Menerangkan perkara-perkara yang

    menyebabkan krisis yang khusus

    4. Menjelaskan perkaitan perubahan yang berlaku

    dan keadaan krisis dalam organisasi

  • 8/3/2019 Faktor Krisis Organisasi n Perubahan Dan Krisis

    3/31

    Pengenalan

    Krisis merupakan sebahagian daripada

    permainan organisasi kerana ada kalanya kita

    tidak dapat elak daripada krisis. Apabila organisasi bersedia maka kesan

    daripada krisis dapat dikurangkan.

  • 8/3/2019 Faktor Krisis Organisasi n Perubahan Dan Krisis

    4/31

    Pengenalan

    Kita perlu terima hakikat bahawa apabila krisisberlaku kita tidak boleh saling menyalahkan diantara satu sama lain tetapi perlu bertindak

    segera mengatasi krisis supaya tidak adakemalangan jiwa atau harta serta reputasiorganisasi terjejas.

    Segala tenaga perlu digembeling untuk menguruskrisis dan bukan untuk menyalahkan pihak yang

    lain. Keadaan akan menjadi bertambah buruk

    sekiranya organisasi berpecah belah semasamengurus krisis.

  • 8/3/2019 Faktor Krisis Organisasi n Perubahan Dan Krisis

    5/31

    Mitos tentang kewujudan krisis

    Silva & McGann (1995) menyenaraikanbeberapa mitos tentang krisis iaitu:

    Mitos: krisis disebabkan oleh kesilapanseseorang.

    Realiti: krisis boleh berlaku sebab kesilapanmanusia, bencana alam, perubahan pesat

    teknologi, perubahan tren pengguna,organisasi yang tua. Tetapi selalunya bilaberlaku krisis organisasi akan mencariseseorang yang boleh dipersalahkan.

  • 8/3/2019 Faktor Krisis Organisasi n Perubahan Dan Krisis

    6/31

    Mitos tentang kewujudan krisis

    Mitos: Krisis organisasi menggambarkanorganisasi tidak berupaya mengurus krisisdengan berkesan.

    Realiti: Sebenarnya krisis bermula denganwawasan. Organisasi yang mempunyaiwawasan yang tinggi dan dinamik akan

    menghadapi lebih banyak masalahberbanding dengan organisasi yangmempunyai matlamat yang rendah.

  • 8/3/2019 Faktor Krisis Organisasi n Perubahan Dan Krisis

    7/31

    Mitos tentang kewujudan krisis

    Mitos: Krisis selalunyamerosakkan/menjehanamkan.

    Realiti: Krisis boleh mengganggu perjalanan dan

    tugas harian organisasi tetapi jarangmenghancurkan organisasi. Adakalanya krisisboleh menghasilkan organisasi yang lebih mantapdan kuat, mempunyai fokus, dan inovatif. Iniberlaku apabila organisasi menilai semulakewujudannya setelah berlaku krisis sertamempunyai pelan pengurusan krisis yang dapatdilaksanakan dengan baik.

  • 8/3/2019 Faktor Krisis Organisasi n Perubahan Dan Krisis

    8/31

    Mitos tentang kewujudan krisis

    Mitos: Krisis dapat diatasi sendirian tanpa

    bantuan.

    Realiti:

    Pengurusan krisis perlukan satupasukan yang bermotivasi, terfokus, ada

    penyatuan dan kerjasama. Pelabagai pihak

    termasuk pihak pesaing boleh membantu

    dalam pengurusan krisis.

  • 8/3/2019 Faktor Krisis Organisasi n Perubahan Dan Krisis

    9/31

    Empat perkara yang boleh menyebabkan krisis

    kepada organisasi:

    1. Teknologi

    2. Tren yang berubah

    3. Organisasi yang tua4. Perkembangan ekonomi menyeluruh

  • 8/3/2019 Faktor Krisis Organisasi n Perubahan Dan Krisis

    10/31

    Teknologi

    Krisis komputer Y2K, letupan loji nuklear Three Mile Islanddi Amerika Syarikat pada 1979, Love Canal(pencemaran disebabkan tempat buangan sisa toksid

    dijadikan kawasan perumahan) merupakan krisis yangberlaku disebabkan perkembangan teknologi.

    Three Mile Island Nuclear

    Generating Station

  • 8/3/2019 Faktor Krisis Organisasi n Perubahan Dan Krisis

    11/31

    Teknologi

    Oleh itu organisasi perlu mengikuti

    perkembangan semasa supaya dapat mengikuti

    perubahan dengan melakukan penyesuaian.

    Bayangkan sekiranya organisasi tidak ada

    kepakaran untuk menangani krisis disebabkan

    pepijat alaf baru, mungkin keseluruhan

    organisasi yang bergantung kepada sistemkomputer akan lumpuh.

  • 8/3/2019 Faktor Krisis Organisasi n Perubahan Dan Krisis

    12/31

    Organisasi yang tua

    Organisasi yang tidak membuat penyesuaianbagi mengikuti perkembangan semasa dalam

    bidang masing-masing tentu tidak boleh bersaingdengan organisasi moden yang serba canggih.

    Bank yang guna kaedah manual untuk urusniagatidak akan dapat bersaing dengan bank yangguna perkhidmatan secara online.

    Oleh itu organisasi tua perlu dihidupkan semuladengan perubahan supaya tidak berlaku krisisbesar.

  • 8/3/2019 Faktor Krisis Organisasi n Perubahan Dan Krisis

    13/31

    Tren yang berubah

    Kita tentu sedar tren air minuman yang dibotolkandalam botol kaca, botol plastik, tin dan kotak.Sekiranya syarikat pengeluar yang tidak mengikuti

    perkembangan industri dan kekal dengan botolkaca mungkin tidak dapat bertahan dan kenagolong tikar.

    Perubahan tren permintaan makanan disebabkan

    perubahan gaya hidup perlu disesuaikan denganaktiviti pengeluar. Kalau tidak ikut perkembangandan masih membekal makanan dengan cara lamamungkin tidak dapat bersaing dengan rangkaian

    makanan segera.

  • 8/3/2019 Faktor Krisis Organisasi n Perubahan Dan Krisis

    14/31

    Perkembangan ekonomi menyeluruh

    Perkembangan pesat ekonomi menyebabkanpermintaan untuk barangan dan perkhidmatanbertambah, oleh itu organisasi yang baru akandibentuk.

    Bagi mengekalkan kewujudannya organisasi yangsedia ada perlu melihat kepada produk-produk baruatau mengembangkan kategori produk yang ada.

    Mungkin kita lihat kalau dahulu syarikat minyak

    hanya menjual minyak kenderaan tetapi masa kiniperkhidmatan diluaskan untuk menjadi one-stop centerdi mana pelanggan boleh membeli barangankeperluan harian.

  • 8/3/2019 Faktor Krisis Organisasi n Perubahan Dan Krisis

    15/31

    Perkembangan ekonomi menyeluruh

    Oleh itu para pekedai runcit perlu berubahuntuk bersaing dengan rangkaian kedai mesradan sepertinya.

    Begitu juga konsep pasar harian telahbertukar menjadi pasar malam dan pembelianbarangan secara penghantaran ke rumah.

    Mungkin kita lihat di sini konsep kedai runcit

    10 tahun dahulu perlu diubah. Kalau tidakberubah mungkin akan menghadapi krisis.

  • 8/3/2019 Faktor Krisis Organisasi n Perubahan Dan Krisis

    16/31

    Krisis dalam organisasi berlaku kerana:

    1. Pergantungan

    2. Kesesuaian masa

    3.

    Persaingan

  • 8/3/2019 Faktor Krisis Organisasi n Perubahan Dan Krisis

    17/31

    Pergantungan

    Organisasi tidak wujud secara terasing, contohnya

    industri pelancongan terpaksa bergantung

    kepada perkhidmatan pengangkutan, hotel,

    keselamatan dan alam sekitar.

    Krisis akan berlaku sekiranya alam sekitar dan

    keselamatan tidak baik maka industri

    pelancongan akan terjejas kes JE, H1N1 danjerebu boleh menjejaskan industri pelancongan

    negara.

  • 8/3/2019 Faktor Krisis Organisasi n Perubahan Dan Krisis

    18/31

    Kesesuaian masa

    Organisasi yang menghasilkan produk kesihatan

    perlu sesuaikan penjualan dengan keperluan.

    Sekiranya tidak dapat ambil kira tren masa ini

    mungkin terpaksa bersaing dengan pengeluar yanglebih canggih produknya.

    Kita lihat bagaimana pengeluar kenderaan bersaing

    mengeluarkan model kereta terbaru.

    atau syarikat minyak yang melancarkan produk

    terbaru mereka.

  • 8/3/2019 Faktor Krisis Organisasi n Perubahan Dan Krisis

    19/31

    Persaingan

    Bagaimana organisasi melihat saingan di antara

    para pengeluar produk yang sama, seperti

    komputer, telefon bimbit, tv dll

    Mungkin untuk menjual produk, mereka perlukan

    strategi pemasaran yang unik untuk menarik

    pelanggan supaya tidak berlaku krisis.

  • 8/3/2019 Faktor Krisis Organisasi n Perubahan Dan Krisis

    20/31

    KEADAAN YANG MENCETUSKAN KRISIS DALAM

    ORGANISASI

    Dakwaan pihak awam yang berpotensi

    merosakkan contoh: tindakan pihak mangsa

    mendakwa kerajaan atas kelalaian dalam kes

    pemberian darah HIV posistif, dakwaan kes-keslain berkaitan pemindahan darah HIV positif

    Pencalonan semula/perlantikan semula CEO

    seorang CEO yang tidak diminati tapi dilantiksemula atas sebab-sebab tertentu tapi tidak

    dipersetujui oleh anggota organisasi boleh

    menimbulkan krisis.

  • 8/3/2019 Faktor Krisis Organisasi n Perubahan Dan Krisis

    21/31

    KEADAAN YANG MENCETUSKAN KRISIS DALAM

    ORGANISASI

    Perletakan jawatan yang dipaksa seorang CEO

    yang dipaksa meletak jawatan kerana

    permintaan daripada pihak atasan

    Bantahan awam pihak masyarakat setempat

    yang membuat bantahan terhadap operasi

    syarikat yang menggugat ketenteraman awam

    contoh: penempatan kandang babi hampirdengan kawasan perumahan.

  • 8/3/2019 Faktor Krisis Organisasi n Perubahan Dan Krisis

    22/31

    KEADAAN YANG MENCETUSKAN KRISIS DALAM

    ORGANISASI

    Kesan bencana banjir, ribut taufan, yang

    menyebabkan pihak kerajaan mengeluarkan

    belanja besar untuk membantu mangsa boleh

    menjejaskan kewangan negara yang kecil.

    Penempatan semula loji/kilang syarikat yang

    diarah berpindah sebab operasi tidak sesuai

    dengan keadaan sekeliling Kontroversi politik krisis kepimpinan dalam parti

    politik tempatan

  • 8/3/2019 Faktor Krisis Organisasi n Perubahan Dan Krisis

    23/31

    imej organisasi tidak dibentuk dalam

    sehari tetapi ia boleh dirosakkan

    dalam sehari

  • 8/3/2019 Faktor Krisis Organisasi n Perubahan Dan Krisis

    24/31

    KAITAN PERUBAHAN DAN PENGURUSAN

    KRISIS

    Revolusi teknologi yang membolehkankomunikasi berlaku dalam sekelip mata.Maklumat tentang kejadian yang berlaku di

    khutub utara boleh diketahui dalam beberapaminit selepas kejadian. Penggunaan media elektronik sebagai sumber

    utama berita dalam negara maju

    membolehkan pelbagai aspek kejadiandiketahui dengan amat berkesan, i.e. kita bolehnampak keadaan kelam kabut selepas gempabumi berlaku.

  • 8/3/2019 Faktor Krisis Organisasi n Perubahan Dan Krisis

    25/31

    KAITAN PERUBAHAN DAN PENGURUSAN

    KRISIS

    Kemunculan kumpulan aktivis yang merangsangpenyiasatan awam terhadapinstitusi/organisasi menyebabkan perkara yang

    tidak pernah dipersoalkan masa dahulu, i.e.kualiti alam sekitar, kini semakin mendapatperhatian umum.

  • 8/3/2019 Faktor Krisis Organisasi n Perubahan Dan Krisis

    26/31

    KAITAN PERUBAHAN DAN PENGURUSAN KRISIS

    Peraturan pihak berkuasa yang makin ketattentang aktiviti dan operasi syarikatmenyebabkan syarikat atau organisasi yangmelanggar peraturan/akta mendapat tumpuankerajaan dan media.

    Perubahan gaya liputan berita media yangberkait dengan ketidakpuasan, lebih dramatiseisu dan menjadikan krisis kerana keadaan tidak

    dapat diatasi.

  • 8/3/2019 Faktor Krisis Organisasi n Perubahan Dan Krisis

    27/31

    KAITAN PERUBAHAN DAN PENGURUSAN KRISIS

    Capaian media yang meningkat di kalanganpihak aktivis yang menggunakan media untukfokus kepada isu-isu yang menggangu hak-hakkemanusiaan

    Kadar literasi maklumat yang meningkat dikalangan masyarakat menyebabkan lebih ramaimasyarakat mendapat maklumat terkini tentangbanyak perkara yang berlaku.

  • 8/3/2019 Faktor Krisis Organisasi n Perubahan Dan Krisis

    28/31

    KAITAN PERUBAHAN DAN PENGURUSAN KRISIS

    Pemeriksaan rapi oleh pihak berkuasa contoh: pihak kerajaan menguatkuaskanundang-undang pengambilan pekerja asing,

    organisasi yang tidak ikut peraturan sebelumini tentu akan alami krisis dengan peraturanyang ketat ini.

    Pemerhatian rapi oleh pihak media contoh:pihak media yang melaporkan isu pemindahandarah HIV positif mungkin menimbulkan krisisdalam kementerian kesihatan

  • 8/3/2019 Faktor Krisis Organisasi n Perubahan Dan Krisis

    29/31

    Kesimpulan

    Perkara yang menyebabkan krisis adalah

    pelbagai dan rumit. Krisis boleh dikatakan

    subjektif dan kontekstual.

  • 8/3/2019 Faktor Krisis Organisasi n Perubahan Dan Krisis

    30/31

    Soalan Ulangkaji

    1. Penyebab krisis merupakan perkara yang bolehmencetuskan krisis kepada organisasi. Senaraikanlima (5) penyebab krisis organisasi.

    2. Teknologi adalah penyebab yang boleh dikaitkandengan krisis. Beri contoh krisis disebabkanteknologi.

    3. Terangkan bagaimana persaingan organisasi yang

    mengeluarkan produk atau memberi perkhidmatanyang sama boleh menyebabkan krisis kepadaorganisasi anda.

  • 8/3/2019 Faktor Krisis Organisasi n Perubahan Dan Krisis

    31/31

    terima kasih