kraf 2

69
PERBANDINGAN KRAF TRADISIONAL DENGAN KRAF DIMENSI BARU Oleh : Norzaimah Ayu Binti Abdullah Pengenalan Sudah menjadi lumrah setiap insan sukakan sesuatu yang indah dan cantik. Setiap insan juga secara tidak disedari mempunyai deria untuk memilih dan tidak pernah pula sesuatu yang dipilih itu tidak cantik. Sesuatu yang indah itu mempunyai seni yang tersendiri dan seni yang paling indah ialah hanya yang dikurniakan oleh Allah S.W.T dan kita, tanpa disedari memang diselubungi oleh seni yang indah itu dalam kehidupan seharian kita. Memang tidak pernah terfikir oleh kita bahawa nenek moyang kita dulu telahh memahami dan menghayati seni yang dihasilkan oleh mereka ternukil dari deria kreativiti serta bakat semulajadi yang dianugerahkan oleh Tuhan Yang Maha Kuasa. Kehalusan dan kunikan keaslian reka bentuk yang diilhamkan melalui idea dari alam semesta ciptaan Tuhan merupakan satu hasil kreatif yang akan menjadi khazanah seni yang tidak ternilai. Keaslian pereka bentuk istimewa ini tidak dapat dinilai harganya secara khusus. Cetusan idea yang diluahkan terus menjadi satu visual yang sungguh ekspresif dan unik hinggakan ianya menjadi satu bahan komoditi seni yang berharga. 1

Upload: sacity-tupperware

Post on 09-Feb-2016

267 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

budaya

TRANSCRIPT

PERBANDINGANKRAF TRADISIONAL DENGAN KRAF DIMENSI BARU

Oleh :Norzaimah Ayu Binti Abdullah

PengenalanSudah menjadi lumrah setiap insan sukakan sesuatu yang indah dan cantik.

Setiap insan juga secara tidak disedari mempunyai deria untuk memilih dan tidak

pernah pula sesuatu yang dipilih itu tidak cantik. Sesuatu yang indah itu

mempunyai seni yang tersendiri dan seni yang paling indah ialah hanya yang

dikurniakan oleh Allah S.W.T dan kita, tanpa disedari memang diselubungi oleh

seni yang indah itu dalam kehidupan seharian kita.

Memang tidak pernah terfikir oleh kita bahawa nenek moyang kita dulu

telahh memahami dan menghayati seni yang dihasilkan oleh mereka ternukil dari

deria kreativiti serta bakat semulajadi yang dianugerahkan oleh Tuhan Yang Maha

Kuasa. Kehalusan dan kunikan keaslian reka bentuk yang diilhamkan melalui idea

dari alam semesta ciptaan Tuhan merupakan satu hasil kreatif yang akan menjadi

khazanah seni yang tidak ternilai. Keaslian pereka bentuk istimewa ini tidak dapat

dinilai harganya secara khusus. Cetusan idea yang diluahkan terus menjadi satu

visual yang sungguh ekspresif dan unik hinggakan ianya menjadi satu bahan

komoditi seni yang berharga.

1

Kehalusan reka bentuk dan buatan kain songket bukan sahaja

melambangkan kekayaan khazanah seni tekstil melayu tradisional, malah ianya

adalah sebagai satu penggerak idea dan pemangkin kepada pereka-pereka tekstil

generasi kini, khususnya pelajar-pelajar yang sedang mendalami selok belok seni

ini. Masyarakat malaysia begitu kaya dengan warisan seni halus yang diwarisi

sejak zaman berzaman. Tenunan, sulaman, tekat dan ukiran umpamanya adalah

antara seni halus yang begitu sinonim dengan masyarakat Malaysia yang terdiri

daripada pelbagai kaum dan kebudayaan. Kreativiti dan kehalusan seni begitu

jelaas terpancar dalam setiap hasil kerja tangan tradisional ini.

Kraf Tradisional dan Dimensi BaruKraf tradisional boleh didefinisikan sebagai perusahaan yang melibatkan

kemahiran kerja tangan yang memerlukan daya cipta oleh masyarakat yang

diwarisi turun temurun. Di sekolah rendah, murid diperkenalkan dengan kraf

tradisional seperti;

Alat domestik

Alat permainan

Alat pertahanan diri

Perhiasan diri

Batik

Anyaman

Tekat

Tembikar

Ukiran

Tenunan

Bidang ini memberi kesedaran tentang adanya beberapa jenis kraf tradisional

dalam budaya tanah air. Kegiatan kraf tradisional memperkenalkan fungsi, proses

dan teknik membuat, alat dan bahan, motif, corak dan hiasan. Aspek apresiasi

hasil kerja diadakan sebagai satu proses pembelajaran. Menurut sumber yang di

perolehi dari Akta 222-Akta perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia 1979,

mendefinisikan kraf sebagai;

Kraf adalah barangan yang dihasil dengan menggunakan kemahiran tangan,

dikeluarkan dengan atau tanpa menggunakan alat atau peralatan mudah yang

2

dijalankan secara persendirian atau tidak langsung oleh pengusaha-pengusaha

kraf.

Kraf tradisional pula merupakan hasil kerja seni yang melibatkan hasil kerja

tangan yang memerlukan daya cipta dan kreativiti oleh masyarakat yang

dihasilkan secara turun menurun.Seperti membuat tembikar, batik , ukiran

tenunan, anyaman, tekat, wau, gasing, perhiasan diri dan sebagainya.Kraf

merupakan hasil seni warisan bangsa, peninggalan pusaka nenek moyang suatu

ketika dahulu.Hasil ciptaannya kaya dengan unsur-unsur budaya dan ini jelas

tercermin melalui bentuk, gaya , sifat,garis, gerak dan warna.Bahan-bahan yang

digunakan tidak terhad. Seni kraf Melayu adalah melambangkan hubungan yang

erat antara orang Melayu dengan kepercayaannya iaitu Islam.Kehadiran agama

Islam telah mengubah haluan kepercayaan dan pegangan orang-orang Melayu

sebelum ini. Mereka telah mengetahui den menyedari tentang keesaan tuhan

yang sebenar.Mereka menggangap alam ini sebagai suatu hiasan yang berfungsi

untuk menyerikan kehidupan sementera di dunia dan kehidupan kekal di

akhirat.Kesedaran inilah lahirnya ciptaan yang berfungsi dan memenuhi keprluan

hidup di dunia dan akhirat.

Hasil ciptaan seni kraf Melayu ini jelas menujukkan pengaruh Islam dalam

penghasilanya.Ini jelas digambarkan dalam ragam hias atau motif yang

dihasilkan.Ianya juga mengambarkan sebahagian daripada kehidupan seharian

masyarakatnya yang menunjukkan cirri-ciri Islam. Ketiadaan figura manusia dan

binatang dalam ragam hias, membuktikan kraf tradisional Melayu adalah

melambangkan seni Islam. Unsur-unsur ini adalah diharamkan dalam Islam. Ciri-

ciri seni Islam lain diperlihatkan dalam ragam hias seperti penggunaan arabes,

motif yang berulang dan unsur geomatri.Subjek daripada flora paling banyak

diilhamkan sebagai motif dan ragam hias kraf Melayu seperti rupa daun,bunga

dan sebagainya selain itu penggunaan ayat-ayat Al-Quran turut diilham bersama.

Memang tidak pernah terfikir bahawa nenek- moyang dahulu telah

memahami dan menghayati ‘seni’ yang dihasilkan. Nukilan dari deria kreativiti

serta bakat semulajadi yang dianugerahkan oleh Tuhan Yang Maha Kuasa.

Kehalusan dan keunikan keaslian reka bentuk yang diilhamkan melalui idea dari

alam semesta ciptaan Tuhan merupakan satu hasil kreatif yang akan menjadi

khazanah ‘seni’ yang tidak ternilai.

3

Jenis-Jenis Kraftangan

TembikarSejarah TembikarTembikar telah wujud sejak zaman Neolitik. Dihasilkan secara primitif

menggunakan tanah liat dari sungai yang dibentuk dan keringkan bawah cahaya

matahari. Tembikar primitif telah ditemui di Ulu Tembeling, Pahang, Gua Cha

Kelantan dan kota Tinggi Johor.

Tembikar tradisi Melayu menjadi kesenian yang asli telah wujud di negara

ini sejak beribu tahun dahulu.Ragam, bentuk dan ragam hias yang terdapat pada

seni tembikar melambangkan keunikan penciptaan tukang pandai

Melayu.Tembikar adalah sejenis barangan yang diperbuat daripada tanah liat

yang telah diproses, dibentuk dan kemudiannya dibakar bagi mengekalkan rupa

bentuk tembikar tersebut.Tembikar yang telah dibakar di dalam tanur memiliki

kekuatan yang lebih dan kalis air. Selain itu tembikar juga dijadikan alat kegunaan

harian seperti bekas menyimpan air, balang dan sebagainya.

Contoh Tembikar dari Zaman Neolitik

4

Negara Cina merupakan pengeluar tembikar yang produktif. Penggunaan

kaedah lempar alin (wheelmethod) telah bermula sejak tahun 2000SM. Di Mesir,

Cyprus dan Crete, tembikar ditemui sejak zaman neolitik. Di Malaysia, penemuan

tembikar zaman purba ditemui di, Gua Cha, Kelantan, Gua Niah, Sarawak, Bukit

Tengku Lembu, Perlis, Ulu Tembeling, Pahang.

Antara bukti penemuan tembikar ialah di Johor lama. Penemuan tembikar

berbentuk tulang ikan manakala diPerak pula ialah tembikar yang sama seperti

ditemui di Jawa dan Sumatera. Di Kota TInggi pula ditemui tembikar jenis

porcelain seperti di zaman Dinasti Ching di China.

Jenis-jenis tembikar

a) Tembikar Mambong

Tembikar ini sangat terkenal di Kelantan. Dihasilkan untuk kegunaan

harian. Menggunakan tanah liat yang dicampur dengan sedikt pasir halus

dalam proses pembuatannya. Tembikar yang dikeringkan akan berwarna

5

kelabu dan apabila dibakar ia bertukar menjadi kemerahan-merahan. Ia

tidak mempunyai corak kecuali tulang ikan, pucuk rebung dan siku keluang

b) Terenang

Kendi air bertutup yang diperbuat daripada tanah liat. Diusahakan di

Kg.Pasir Durian, Pahang. Bahan utama pembuatannya ialah tanah padi

berwarna kuning, keras dan berketul yang didapati di celah-celah tanah

dan batu. Hasil terenang berwarna coklat kekuningan

c) Bekas Perasapan

Digunakan untuk membakar kemenyan dalam upacara pengubatan dan

kematian

d) Labu

Bekas air berbentuk buah labu banyak terdapat di Perak mempunyai corak

alam sekeliling dan geometri

6

e) Jambangan

Badan berbentuk labu yang ditinggikan seperti tempayan atau buyung

berkaki digunakan untuk meletak Bunga

f) Butung

Bekas air mempunyai leher dan badan bersaiz besar dan bahagian badan

berbentuk bulat penuh serta mempunyai permukaan yang licin tanpa

hiasan

g) Geluk

Bekas air mempunyai ragam hias bermotif kecil dan ringkas

7

Alatan Yang Digunakan

a) Ayak - Alat ini mempunyai jaring halus yang digunakan untuk menapis

serbuk tanah liat dan sepuh (gerlis).

b) Dawai pemotong - Alat ini untuk memotong tanah liat semasa menguli

untuk memastikan tiada liang udara.

c) Pinggan-Tempat membentuk tanah liat yang berfungsi sebagai meja.

d) Penggelek/Papan gelek/pengukur -Papan gelek – papan untuk

menggelek tanah liat dalam proses membentuk. Ia juga dipanggil papan

rata. Kayu pengukur digunakan untuk mendapatkan ketebalan yang

dikehendaki, terutama bentuk tapak.

e) Batu sungai -Digunakan untuk melicinkan dan mengilatkan permukaan

tembikar yang telah siap. Alat ini juga dipanggil sebagai batu licin, batu kali

atau batu luru.

f) Pengukir kayu/Kayu tera - Kayu kecil yang kedua- dua hujungnya

bermotif, digunakan untuk membentuk corak dengan menekannya pada

tembikar yang tidak begitu keras dan tidak begitu lembut.

g) Span-Alat untuk mengemas dan melicinkan permukaan tembikar.

h) Tong-Bekas untuk menyimpan tanah liat yang telah diproses.Tong perlu

ditutup supaya tanah liat tidak mudah kering.

i) Pengukir besi/Penepik kayu berukir/Pengukir dawai - Alat yang

digunakan untuk menghias permukaan tembikar dengan cara tekanan,

turisan, menakik atau mengguris.

Cara Membuat Tembikar Tanah liat dikeringkan dan ditumbuk dengan menggunakan lesung kaki

Tepung tanah liat direndam dalam air kemudian ditapis

Tanah liat dikeringkan semula kemudian dicampur dengan air dan diuli

hingga lembut, liut dan liat serta tidak mengandungi liang-liang udara

Teknik picitan dan lingkaran digunakan untuk membentuk

Membentuk labu sayong perlu melalui beberapa peringkat:

Membina badan labu

Membuat tapak

Menyambung kan tapak dengan badan labu

8

Membuat muncung

Menyambungkan bahagian leher dan muncung

Menyambungkan bahagian badan dengan leher dan muncung

Keringkan tembikar yang telah siap di tempat yang redup selama beberapa

hari Licinkan permukaan labu dengan batu sungai

Hiaskan permukaan labu dengan ragam hias yang sesuai menggunakan

penepik kayu berukir, pengukir besi atau kayu tera

Proses Penyediaan Tanah Liat1. Tanah liat dijemur untuk dikeringkan. Asingkan tanah liat dengan bahan-

bahan asing seperti sampah, batu , serpihan akar kayu supaya tembikar

tidak pecah apabila dibakar.

2. Kemudian ditumbuk menjadi tepung dengan menggunakan lesung kaki lalu

diayak.

3. Tepung tanah liat itu diperam dalam pasu berair selama 3 hari sehingga

tanah mendap ke dasar pasu.

4. Air dibuang dan mendapan tanah liat yang liut dan lembut dibiarkan pada

permukaan keping plaster paris selama beberapa hari.

5. Tanah liat diuli sehingga menjadi doh yang lembut dan liat.

6. Tanah liat yang telah diproses disimpan dalam tempayan bertutup atau beg

plastik untuk kegunaan kelak.

7. Sebelum membentuk tembikar, tanah liat hendaklah diuli beberapa kali

supaya tiada gelembung udara dan batu kecil yang akan meretakkan

tembikat ketika dibakar / pecah.

Teknik Membentuk Tembikar.1. Teknik picit

Dengan cara menekan dan memicit ketulan tanah liat dari bahagian

tengah.Teknik ini merupakan teknik yang paling mudah

2.Teknik lingkaran

bahagian tapak disediakan terlebih dahulu

kemudian tanah liat digelek dengan tangan sehingga menjadi lingkaran

panjang seperti silinder dan dilingkar membentuk sebuah tembikar

9

3.Teknik kepingan

dihasilkan dengan cara mencantumkan kepingan tanah liat yang

dipotong mengikutsaiz tertentu.

bahagian tepi hujung kepingan tanah liat dipotong secara menyerong 45

darjah bagitujuan penyambungan

bahagian hujung kepingan disapu atau dicelup dengan slip(Lumpur

tanah liat yangberfungsi sebagai pelekat / gam )

4.Teknik lempar alin/ putaran

menggunakan mesin pemutar / roda pemutar

Tembikar dibentuk semasa melakukan putaran

Bentuk tembikar terhad kepada bentuk bulat dan selinder sahaja

5.Teknik acuan

dilakukan dengan menekan ke dalam acuan kayu atau logam

bagi acuan plaster paris, slip ( tanah liat cair) dituang ke dalam acuan

digunakan untuk perusahaan komersial

Kaedah Pembakaran TembikarKaedah tradisional - tanur dedah menggunakan bahan api seperti sabut, bulu

kering,pelepah pokok kelapa, kayu dan sebagainya

1. Teknik Pembakaran Pulau Tiga

tembikar didiangkan pada unggun api sehingga benar-benar kering

kemudian dimasukkan ke dalam bara api untuk mendapatkan kesan warna 

  kehitaman

sapu damar pada bahagian bawah tembikar yang masih panas supaya

kalis air

2. Teknik Pembakaran Sayong

tembikar disalai di atas para dengan mulut menghala ke arah api

kemudian tembikar dimasukkan ke dalam api

tembikar yang telah dibakar dimasukkan serta merta ke dalam sekam padi

untuk menghitamkannya

bahagian bawah tembikar disapu dengan damar untuk menggelakkannya

daripada telap air

10

Proses Pengeringan Dan Pembakaran keringkan tembikar sama rata

elakkan tembikar yang sudah kering daripada terkena air

bakar tembikar sehingga kering secukupnya supaya tembikar menjadi

pejal, keras dantidak telap air

Teknik Menghias Tembikar Labu dihias sewaktu permukaan tembikar masih dalam keadaan lembut

Menggunakan motif geometri dan organik

Alat yang digunakan terdiri daripada pengukir kayu atau besi

Teknik menghias tembikar:

1. Teknik menekan

2. Teknik kelar / guris

3. Teknik mengikis dan mengukir

Kegunaan Tembikar1. Perak

Tempat menyimpan air. Air di dalam labu menjadi sejuk.

2. N.Sembilan

sebagai lapik tiang rumah. Banyak digunakan di Cenor, Jelebu NS.

3. Sarawak

Suku Kelabit simpan mayat dalam tempayan. Suku Land Dayak –

buat pekasam ikan dalam tempayan untuk upacara Hari Gawai.

4. Sabah

Tempayan diguna utk panggil hujan. Suku kaum murut simpan air

tapai atau tuak dalam tempayan. Tempayan juga sebagai hadiah

perkahwinan, menyambut kelahiran bayi dan kematian

5. Masyarakat Melayu Tradisi

Sebagai tempat perembunan, perasap kemenyan, menyimpan air.

11

Dimensi baru TembikarPelbagai reka bentuk tembikar dan fungsi telah dihasilkan mengikut kehendak

semasa bersesuaian dengan peredaran masa.

Antara produk tembikar trend terkini ialah

a. barang perhiasan diri- anting-anting, subang,loket, keronsang

b. Hiasan rumah- kaki lampu, pasu bunga, bekas serba guna

c. Keperluan dapur- set pinggan mangkuk

12

Batik

Sejarah BatikBatik Batik adalah merupakan salah satu kraf tradisional. Batik merupakan kraf

tradisional yang unik dan terkenal di Asia atau Gugusan Kepulauan Melayu.

Keindahan coraknya mempamerkan kreativiti dan kehalusan seni tekstil yang

tinggi.

Perkataan batik berasal dari Indonesia yang membawa maksud rintik-rintik

putih yang ada pada kain yang berwarna atau bercorak. Seni batik telah wujud

2000 tahun dahulu di Mesir dan Parsi. Mula digunakan di Jepun dan Chuna dalam

abad ke 7. Negeri Kelantan dan Terengganu adalah merupakan perintis kepada

sejarah perkembangan perusahaan batik tanah air.Motif batik di Malaysia banyak

dipengaruhi oleh alam sekitar. Motif-motif ini terhasil disebabkan kepekaan

masyarakat tradisional terhadap persekitaraan. Terdapat beberapa jenis motif

alam sekeliling yang digubah menjadi corak atau ragam hias yang menarik.

Unsur flora yang terdiri daripada motif seperti bunga, kudup, putik,akar

menjalar, daun, ranting dan pucuk digunakan untuk menghias kain batik

ela.Setiap Motif ini mempuyai motif yang tersendiri dihiasi pada kain

batik.Contohnya pada kepala kain motif pucuk rebung digunakan selain itu reka

corak digubah bukan secara realistik tetapi campuran gaya organik dan geometri.

13

Unsur fauna seperti motif rama-rama, kumbang, burung, ayam dan

sebagainya.Tapi unsur ini kurang digunakan kena berkaitan dengan pegangan

agama Islam masyarakat.Unsur geometri seperti susunan garis-garis halus, kisi-

kisi, cengkerang, bentuk bujur, jalur dan sebagainya.Unsur ini seringkali

digabungankan dengan unsur flora dan mendapat permintaan di kalangan

peminat batik.

Motif batik

Motif flora – bunga kenangan , cempaka, Daun Siti Fatimah , daun keladi dan lain-

lain yang biasanya dijadikan motif pada badan kain. Manakala motif pucuk rebung

biasanya dijadikan motif pada kepala kain batik sarong.

Motif fauna – burung,ayam, siput, kupu-kupu

14

Motif geometri – banji, ceplok, parang rusak, kawung , swastika, pilin berganda ‘s’

dan lain-lain.

Motif benda – wau, wayang kulit dll

Motif abstrak

15

Jenis-Jenis Batik

Batik Blok

Merupakan antara teknik pembuatan batik yang terawal di negara. Blok yang

diperbuat daripada sebongkah kayu atau logam diukir dengan motif-motif

bersesuaian untuk mengecap kain yang dikenali scbagai batik blok atau cop.

Selain daripada kain kapas, penggunaan kain sutera dan organza dalam

pengeluaran batik blok telah menghasilkan tekstil batik yang sesuai untuk rekaan

fesyen, perhiasan serta kelengkapan rumah yang eksklusif.

Blok penerap batik

Batik Canting

Dikenali juga sebagai batik lukis. Proses batik bermula dangan lilin cair dilakar

menggunakan canting dan diwarna mengikut kesesuaian reka corak. Selain dari

kain kapas, kain rayon, voile, organza dan sutera turut digunakan. Reka corak

yang menarik dengan pilihan warna yang ceria menampilkan batik bukan sahaja

16

sesuai untuk fesyen pakaian malah boleh juga dijadikan sebagai kelengkapan dan

hiasan rumah serta hadiah dan cenderamata yang eksklusif.

Batik Skrin

Dikenali juga sebagai batik stensil atau batik sutera saring. Batik jenis ini merujuk

kepada teknik lakaran corak dan terapan warna dilakukan di atas skrin yang

diperbuat daripada poliester diregang di atas pemidang. Motif-motif dilukis atas

skrin yang telah ditetapkan ukurannya. Kebiasaannya beberapa keping pemidang

dengan reka corak yang berbeza disediakan. Ini adalah kerana satu pemidang

hanya untuk satu warna sahaja. Skrin kemudian dilekapkan di atas sehelai kain

putih bagi melakukan proses pewarnaan. Proses pewarnaan ini dilakukan

beberapa kali bagi melengkapkan corak dan warna sehelai kain batik.

17

BATIK PELANGI

Batik pelangi ialah batik yang dihasilkan tanpa penggunaan lilin dan diperkenalkan

oleh Che Minah Pelangi dari Terengganu ketika pemerintahan Sultan Zainal

Abidin II (1793 – 1808).Ia disebut juga sebagai kain ‘rawa’Digunakan sebagai

tudung / selendang serta menjadi pelengkap atau eksesori pakaian terutama

inang dan dayang di istana.Ia dihasilkan dengan menggunakan teknik ikat dan

celup.Kain diikat beberapa kali dengan menggunakan lilin atau apa sahaja untuk

menghalang penyerapan warna. Bilangan ikatan dan celupan warna menentukan

corak dan warna pada kain.

Alatan Yang DigunakanUntuk membuat batik, peralatan yang diperlukan adalah:-

Kain, sama ada ia jenis kain biasa (keras sedikit) atau jenis kain licin  (Crepe Silk)

pengunaan kain biasa adalah untuk bagi yang ingin mencuba-cuba dahulu

sebagai latihan. Kebanyakkan digunakan bagi pengajaran di institusi-institusi

dalam subjek art yang mengajar tentang Batik.

18

Kain diatas menunjukkan jenis kain Crepe Silk

Bagi jenis Kain licin, Crepe Silk adalah antara jenis kain yang banyak digunakan

oleh pembuat batik. Jenis kain ini adalah mudah untuk dicorak reka bentuk Batik

di atasnya berbanding dengan jenis kain yang biasa. Kebiasaannya, kain jenis

licin digunakan oleh pembuat batik yang sudah mahir ataupun professional.

Pensel untuk membuat lakaran batik, disini pengunaan pensel adalah untuk

membuat reka bentuk untuk di corak kemudiannya mengunakan cairan wax/lilin.

Pensel ini diggunakan oleh penuntut atau bagi yang masih belum mahir dalam

membuat batik.

pensel

Namun, kebanyakkan pengusaha batik tidak menggunakan pensel sebaliknya

terus sahaja mencorakkan reka bentuk menggunakan wax. Kegunaan wax ini

adalah tertakluk kepada pembuat batik itu sendiri.

19

Canting yang diperbuat daripada bambu (buluh), berkepala tembaga serta

bercerat/bermulut, janting ini berfungsi seperti sebuah pen. Janting dipakai untuk

menyiut wax yang cair dan panas, yang dipakai sebagai bahan penutup atau

perlindung (perimeter) terhadap zat warna.

Canting-canting

Canting-canting

Tempat untuk menyampirkan kain (papan), ini adalah untuk memudahkan lakaran

dibuat menggunakan canting tadi, sekaligus untuk memudahkan ketika dalam

proses  mewarna kain tersebut.

Papan untuk merentang

20

Dye (warna), perwarna yang digunakan adalah pewarna khas yang dinamakan

Dye Batik. Pewarna ini adalah jenis serbuk yang dicampur dengan sedikit air

untuk menghasilkan warna yang diinginkan.

Dye(pewarna) untuk Batik

Lilin (wax), wax yang digunakan adalah jenis yang solid. Wax ini kemudiannya

dimasak dan dibiarkan cair dengan sendirinya. Semasa memasak wax ini,

keadaan api atau suhu nya tidak boleh terlalu panas. Ia harus dibiarkan dengan

suhu yang sederhana sahaja, sebagai contoh jika suhu maksima adalah 12

degree celcius, biarkan suhu nya menjadi 5 degree celcius sahaja. ini adalah

untuk mengelakkan keluarnya asap yang tebal ketika melakar batik tersebut.

Gambar diatas menunjukkan wax atau lilin yang beku

Kegunaannya adalah seperti yang dinyatakan di atas tadi. Menurut infoman kami,

bagi pembuat batik yang sudah mahir ataupun professional, ada diantara mereka

tidak lagi menggunakan canting buluh yang memerlukan kita untuk menyiut wax

ini daripada tambak, sebaliknya mereka hanya menggunakan canting yang

mempunyai pemanasnya yang tersendiri.

21

Cara Membuat BatikUntuk membuat batik, bahan dan peralatan yang diperlukan adalah kain (material)

yang diperbuat daripada sutera, kapas dan rayon/fuji (campuran kain polyester),

lilin dan rozin, canting, warna (dyestuff), pemati warna dan serbuk soda..

Antara peralatan yang diperlukan adalah canting, pensil, berus, bekas

warna, dapur, periuk, pemidang, kuali besar, takungan air, penyidai, meja

menggosok, sterika. Canting yang diperbuat daripada tembaga dan pemegangnya

diperbuat daripada kayu. Di hujung depannya mempunyai satu saluran untuk lilin

cair keluar bagi mencorakkan kain. Canting dipakai dengan menceduk lilin cair

yang panas, bertindak sebagai bahan penutup atau pelindung terhadap redapan

warna, atau sempadan mengasingkan warna.

Pensil digunakan untuk melakar dan membuat rekacorak pada kain batik

sebelum mencanting. Pelukis akan menghasilkan corak berpandukan lakaran

tersebut. Bagi pelukis yang mahir, mereka terus melukis corak lilin pada kain

tanpa berpandukan lakaran pensil. Namun, bagi menghasilkan batik lukis dengan

menggunakan corak yang sama bagi setiap helai kain, maka terpaksa kain dilakar

dahulu dengan lakaran pensil.

Langkah pertama

Kita membuat rekacorak kain batik di atas kain putih dengan pensil. Motif boleh

dipilih berasaskan tradisional/ethnik, flora fauna, geometrikal, organic, garisan dan

ruang, semi abstrak dan lain-lain. Dalam penentuan motif, biasanya tiap orang

memiliki selera berbeda-beda. Ada yang lebih suka untuk membuat motif sendiri,

namun yang lain lebih memilih untuk mengikuti motif-motif umum yang telah ada.

Kain direntang di atas papan

23

Kain ditarik dari hujung ke hujung papan

Paku latuh digunakan untuk menegangkan kain

Kain dilukis design / lakaran menggunakan pensel

Pembuatan lakaran untuk Batik biasanya menggunakan pensel

24

Langkah kedua

Menggunakan canting yang telah diisi lilin cair untuk mencorakkan kain.

Kepanasan lilin perlu dikawal agar tidak terlalu panas untuk mengelakkan garisan

lilin kembang dan sekaligus menghasilkan garisan yang tidak konsisten. Pelukis

terpaksa menuangkan semula lilin cair ke dalam bekas lilin sebelum lilin cair itu

sejuk. Seterusnya menceduk lilin lain bagi menjamin aliran lilin cair tersebut dapat

digunakan dengan lancar.

Wax (lilin) yang dipanaskan sehingga cair disiut oleh canting

Wax dalam canting dilakarkan diatas kain

contoh lakaran cincai (bebas) yang dibuat ol pengkaji

25

Langkah ketiga

Mematikan warna. Sodium silicate digunakan sebagai bahannya. Proses ini

dilakukan untuk memastikan warna tidak akan luntur apabila dibasuh seterusnya.

Dye (pewarna) akan ditumpahkan di dalam lakaran yang telah dibuat

Langkah keempat

Setelah empat jam direndam kain dalam bahan tersebut, kain tersebut dibasuh

dan direbus. Tujuannya adalah untuk menghilangkan lapisan lilin, sehingga motif

yang telah digambar sebelumnya terlihat jelas. Air panas dimasukkan serbuk soda

bagi memudahkan lilin ditanggalkan daripada kain. Seterusnya kain tersebut

dibasuh sekali lagi dan dibilas. Paling elok, kain batik ini dijemur di tempat teduh

agar warnanya dapat dijamin ketahan dan kualitinya.

Karya hasil batik yang dibuat oleh pengkaji

26

Akhirnya terhasillah kain batik lukis yang asli dan teserlah keasliannya.

Selain daripada batik lukis atau dikenali juga sebagai batik tulis atau batik canting.

Nama tersebut terlahir kerana corak yang dihasilkan secara free-hand.

Pembikinan batik cara lain adalah seperti batik cap/cop/blok, batik stensil dan tie

and dye.

Dimensi Baru BatikPada masa kini, batik dimensi baru berkembang mengikut perkembangan semasa

dari segi motif-motif batik, teknik, dan proses membatik serta penggunaan warna

dan kain. Penggunaan batik dimensi baru adalah luas dan batik ini digunakan

hampir meliputi semua bidang dalam kahidupan. Antara fungsinya termasuklah:

perhiasan bilik : langsir, kusyen, pengadang ruang, alas meja dan

kerusi,tudung lampu, hiasan dinding, lukisan batik

kelengkapan ruang tamu dan bilik tidur : alas meja, sarung bantal,

pengadang ruang, cadar

aksesori : cenderamata, bekas tisu, payung, bekas serba guna

perhiasan diri : tas tangan, tali leher, sapu tangan, skaf, dompet

Corak batik digabungkan dengan beg tangan wanita.

27

Anyaman

Sejarah AnyamanSeni anyaman ialah milik masyarakat Melayu yang masih dikagumi dan digemari

sehingga hari ini. Kegiatan seni anyaman ini telah bermula sejak zaman dahulu

lagi. Ini boleh dilihat pada rumah-rumah masyarakat zaman dahulu di mana

dinding rumah mereka dianyam dengan buluh dan kehalusan seni anyaman itu

masih bertahan sehingga ke hari ini. Rumah yang berdinding dan beratapkan

nipah tidak panas kerana lapisan daun nipah yang tebal menebat pengaliran

haba.

Seni anyaman dipercayai bermula dan berkembang tanpa menerima

pengaruh luar. Penggunaan tali, akar dan rotan merupakan asas pertama dalam

penciptaan kraftangan anyaman yang telah menjadi usaha tradisi sejak berabad-

abad lalu. Bahan-bahan asas tumbuhan ini tumbuh meliar di hutan-hutan, paya-

paya, kampung-kampung dan kawasan di sekitar pasir pantai.

Pelbagai rupabentuk kraftangan dapat dihasilkan melalui proses dan teknik

anyaman dari jenis tumbuhan pandanus (pandan dan mengkuang). Bentuk-

28

bentuk anyaman dibuat didasarkan kepada fungsinya. Misalnya bagi masyarakat

petani atau nelayan, kerja-kerja anyaman dibentuk menjadi bakul, topi, tudung

saji, tikar dan aneka rupa bentuk yang digunakan sehari-harian.

Selain daripada tumbuhan jenis pandanus, bahan asas lain yang sering

digunakan ialah daripada tumbuhan bertam, jenis palma engeissona tritis dan

nipah. Berdasarkan bahan dan rupa bentuk anyaman yang dihasilkan, seni

anyaman ini merupakan daya cipta dari kelompok masyarakat luar istana yang

lebih mengutamakan nilai gunaannya. Walau bagaimanapun pada sekitar tahun

1756 hingga1794 telah terdapat penggunaan tikar Raja yang diperbuat daripada

rotan tawar dan anyaman daripada bemban.

Proses menganyam disebut juga sebagai "menaja". Untuk memulakan satu-satu

anyaman waktu yang baik ialah pada sebelah pagi atau malam. Dalam keadaan

cuaca yang redup atau dingin, daun-daun lebih lembut dan mudah dibentuk tanpa

meninggalkan kesan-kesan pecah. Biasanya beberapa orang melakukan

anyaman ini berkelompok di halaman rumah atau beranda rumah pada waktu

malam, petang atau waktu-waktu senggang pada sebelah pagi (jika kelapangan,

kerana waktu pagi biasanya dipenuhi dengan kerja-kerja tertentu).

Rupa bentuk anyaman tradisi yang masih kekal penciptaan dan fungsinya

hingga kini ialah tikar. Selain tikar yang datar dengan sifat dua dimensi, terdapat

rupa bentuk anyaman tiga dimensi. Bentuk-bentuk anyaman begini biasanya

digunakan oleh masyarakat pada masa dahulu untuk mengisi atau menyimpan

bahan-bahan keperluan hidup dan kegunaan seharian. Beberapa daripada rupa

bentuk ini ialah bakul, kampit (bekas belacan), tudung saji, kembal (rombong) dan

sebagainya.

Terdapat dua ciri-ciri penting dalam ragam hias anyaman, iaitu penciptaan

kelarai (motif) dan corak. Istilah kelarai dikhususkan kepada motif yang

"berbentuk" (selalunya unsur alam) sementara corak dimaksudkan kepada

susunan warna tanpa memperlihatkan kepada susunan warna dan bentuk motif.

Anyaman tanpa kelarai disebut sebagai "gadas". Terdapat kira-kira 51 jenis

kelarai yang berdasarkan unsur-unsur alam semulajadi seperti unsur-unsur

tumbuhan dan binatang.

Di sesetengah tempat kelarai dimaksudkan kepada anyaman yang

diperbuat daripada buluh dan digunakan sebagai dinding atau penyekat ruang

rumah. Sementara di sesetengah tempat lain anyaman seperti ini diperbuat

29

daripada bahan bertam yang disebut sebagai tupas. Ciptaan kelarai atau tupas

lebih kukuh, tegas dan kasar bersesuaian dengan fungsinya sebagai penyekat

ruang. Tiada bukti yang jelas untuk menetapkan tarikh bermulanya penciptaan

kelarai. Melalui kajian yang dibuat dapat dikatakan bahawa penciptaan kelarai

dalam anyaman merupakan satu perlakuan yang telah lama berlaku.

Bunga sulam merupakan satu teknik yang terdapat dalam ragam hias

anyaman di mana ia akan mencantikkan lagi hasil yang telah dibentuk. Teknik

sulam adalah teknik susun susup. Kesan bentuk bunga yang dibuat lebih

merupakan kesan geometri asas seperti susunan bentuk tiga, segi empat, potong

wajik dan sebagainya lagi.

Seni kerja tangan anyaman adalah sesuatu yang unik lagi rumit buatannya.

Namun begitu, usaha untuk mempertahankan keunikan seni ini haruslah

diteruskan agar tidak ditelan peredaran zaman. Budaya negara bukan sahaja

dicerminkan melalui bahasa pertuturan dan adat resam bangsanya tetapi juga

dicerminkan melalui kehalusan kerja tangan bermutu tinggi. Seni warisan yang

unik ini wajar diberi perhatian, sokongan dan bantuan supaya dapat terus

dipelihara dan dimanfaatkan bersama.

Cara Membuat Anyaman

Memulakan proses mengayam dengan melakukan proses melurut bilah

mengkuang dengan menggunakan pelurut. Proses melurut bertujuan untuk

melembutkan bilah mengkuang supaya mudah dianyam.

30

Mulakan anyaman pada bahagian tengah kelarai yang dipilih. Kelarai yang dipilih

kelarai bunga api

Anyaman yang dimulakan ditengah dikembangkan sehingga membentuk kelarai.

Kemaskan anyaman dengan merapatkan jarak antara bilah-bilah mengkuang.

Mulakan langkah mengayam untuk kelarai kedua apabila kelarai pertama sudah

siap di anyam.

31

Anyaman yang hampir siap, hanya tujuh kelarai yang dibuat mengikut kehendak

penganyam.

Terbalikkan anyaman dan selitkan bilah mengkuang yang lebih pada bahagian

belakang anyaman.

Kemaskan lebihan mengkuang yang diselit pada bahagian belakang anyaman

supaya anyaman lebih kemas.

32

Hasil terakhir yang telah dihasilkan melalui anyaman.

Jenis-Jenis Anyaman Anyaman Mengkuang

Anyaman Pandan

33

Anyaman Buluh

Anyaman Rotan

Anyaman Lidi

Anyaman Ribu-Ribu

34

Dimensi Baru AnyamanAnyaman dan tikar merupakan sesuatu yang sinonim satu ketika dahulu. Namun

kini anyaman mengkuang dan pandan telah pelbagai dan disesuaikan dengan

kegunaan semasa. Berikut adalah contoh-contoh produk anyaman

Dengan anyaman yang begitu kemas, pelbagai barangan boleh dicipta pada hari

ini. Bukan sahaja memberi inovasi kepada seni anyaman, malah ia memberikan

pulangan yang berganda kepada si pembuatnya.

35

Tekat

Sejarah TekatSeni tekat dikenali juga dengan nama bersuji. Menekat merupakan kerja

menyulam benang emas ke atas kain dasar (jenis baldu). Kerja-kerja menekat

memerlukan pemidang untuk meregangkan kain baldu, mempulur sebagai acuan

motif dan benang emas untuk membentuk bunga tekat.

Asal-usul dan perkembangan tekat secara langsung dikaitkan dengan

kegunaan pakaian dan kelengkapan keluarga raja-raja atau istana.

Perkembangan awal seni tekat dapat dikesan pada awal kurun ke-15, iaitu

semasa zaman keagungan Sultan Melayu Melaka. Kesan penggunaan sulaman

dapat dilihat di kalangan masyarakat Cina yang keturunan Baba Melaka. Mereka

menggunakan sulaman tekat untuk pakaian-pakaian mereka.

Hingga ke hari ini seni tekat masih dihasilkan oleh rakyat negeri Perak

Darul Ridzuan dan Negeri Sembilan Darul Khusus. Negeri Perak Darul Ridzuan

merupakan negeri yang banyak sekali mengusahakan kraf seni tekat timbul

benang emas. Terdapat beberapa jenis tekat yang dikerjakan oleh pandai tukang

menekat. Antaranya ialah tekat timbul benang emas, tekat gubah dan tekat

perada.

36

Alatan Yang DigunakanCara Membuat Tekat

1) Bahan asas penting untuk mencipta tekat ialah benang emas,

benang putih dan kain dasar dari jenis kain baldu. Di samping itu

terdapat juga bahan dari rotan sega, kertas tebal dan kanji (gam)

yang digunakan untuk mempulur. Penggunaan mempulur akan

menjadikan bentuk sulaman timbul. 

2) Proses pertama ialah membentuk empulur. Bentuk motif dilukis di

atas beberapa helai kertas yang dilekat tindih antara enam hingga

lapan helai. Kemudiannya bentuk motif ini dipotong dan diasingkan.

Lebar tiap-tiap batang mempulur kertas dibuat antara 0.5 sentimeter

dan 0.25 sentimeter. Mempulur daripada kertas digunakan untuk

membentuk motif tumbuhan dengan gaya organik. Corak yang

terhasil daripada mempulur rotan sega bercorak banji atau corak

kisi-kisi dan corak dangai atau catur.

3) Seterusnya, kain dasar yang tebal tetapi lembut daripada jenis baldu

yang berbulu halus dan berkilat ditegangkan pada pemidang kayu.

Kain baldu yang selalu digunakan daripada warna gelap seperti

merah pulasan, merah tua, ungu, hijau tua dan hitam. Pemidang

kayu pula ada dua jenis iaitu pemidang berkaki dan tanpa kaki.

Ukuran pemidang bergantung kepada reka bentuk yang diingini.

Baldu yang ditegangkan pada pemidang disambungkan dengan kain

putih yang diikatkan ke bingkai pemidang. Oleh itu, baldu akan

menjadi tegang.

37

4) Selepas itu, benang emas akan ditindih dan diikat jahit oleh benang

putih melalui jarum yang sedang matanya. Ukuran jarum

menentukan ikatan supaya tidak meninggalkan kesan lubang pada

kain dasar. Jarum akan dicucuk agak ke dalam dari bawah batang

mempulur. Ikatan benang putih mestilah ketat dan kukuh. Setiap kali

merentas, benang-benang emas haruslah disusun rapat-rapat

supaya batang mempulur tidak kelihatan dari atas. Dengan ini

sulaman akan kelihatan lebih teratur dan kemas.

5) Tekatan dibuat sehingga seluruh bentuk mempulur tertutup oleh

sulaman. Pada bahagian cantuman benang ataupun pada ruang

yang tertinggal kosong ditutup dengan kertas emas atau labuci.

Kegunaan TekatIa hanya digunakan untuk istiadat dan upacara tertentu. Ia digunakan sebagai

kelengkapan perkahwinan, upacara peminangan, kelahiran, berkhatan, berkhatam

Quran dan seumpamanya. Di kalangan kerabat diraja, tekat merupakan pakaian

kebesaran dan hiasan seharian. Penggunaannya di kalangan masyarakat biasa

agak terbatas kerana bahan asasnya merupakan bahan mewah. 

Penciptaannya juga memerlukan waktu yang lama dan hasilnya yang indah

memerlukan penjagaan yang rapi apabila digunakan.

38

Kraf Dimensi Baru Tekat

Pada masa dahulu, istana merupakan penggerak utama pertumbuhan kraf seni

tekat. Ramai pandai-pandai tukang tekat dijaga oleh pihak istana. Ini adalah

kerana kelengkapan istana memerlukan tekat benang emas. Tekat benang emas

menampakkan kemewahan dan keagungan. Ramai pandai tukang pada masa itu

membuat tekat untuk kegunaan istana. Secara langsung istana telah

menggalakkan kraf tangan seni tekat.

Setelah wujudnya Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia,

perusahaan menekat dimajukan lagi dengan program-program latihan, promosi,

ciptaan yang baru, galakan pengeluaran dan menjual hasil ke luar negara. Tekat

terus berkembang dengan hasil mutunya yang terjamin. Promosi yang dijalankan

pada masa sekarang oleh Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia,

Perbadanan Kemajuan Negeri Perak dan industri pelancongan telah mendorong

tukang sebu untuk menghasilkan ciptaan-ciptaan yang lebih bermutu dan

berterusan. Secara langsung, kehalusan dan keunikan seni tekat dapat

membantu memperkenalkan mutu seni tersebut kepada masyarakat tempatan

dan pelancong luar. 

39

Ukiran

Sejarah UkiranSejarah awal mengenai ukiran kayu di Malaysia boleh diketahui setelah kita

membaca buku Sejarah Melayu atau Sulalatus Salatin. Buku yang dikarang oleh

Tun Sri Lanang itu ditulis pada abad ke-17. Dalam tulisan Tun Sri Lanang, tercatat

keindahan seni bina Sultan Mansur Syah yang memerintah Melaka pada tahun

1459 hingga tahun1477. Istana berukir indah itu digelar oleh rakyat Melaka

sebagai ‘ Istana Hawa Nasfu’. Seni ukir di negara ini telah pun berkembang lebih

awal lagi daripada catatan Tun Sri Lanang, namun tidak ada catatan

mengenainya. Satu lagi catatan silam mengenai seni bina ialah Hikayat Misa

Melayu. Dalam hikayat itu digambarkan mengenai seni ukir di istana yang terletak

di Pulau Indera Sakti, sebuah tempat di Kuala Sungai Kinta, Perak Darul Ridzuan

semasa pemerintahan Sultan Iskandar Zulkarnain (tahun 1756-1780).

Ukiran kayu zaman dahulu dapat bertahan beratus-ratus tahun kerana

pengukirnya menggunakan kayu-kayu terbaik untuk menghasilkan ukirannya.

Antara kayu-kayu yang tahan lama ialah kayu cengal, kayu merbau, kayu

kempas, kayu penak, kayu bacang hutan dan kayu-kayu baik yang lain. Ukiran-

ukiran kayu kebiasaannya menghiasi pintu, tingkap, cucuran atap, kisi-kisi

tingkap, tiang seri dan beberapa bahagian dalam rumah. Perabot juga diukir untuk

memperlihatkan kemewahan.

Hasil ukiran adalah berunsurkan motif-motif persekitaran. Mengikut kajian,

motif ukiran adalah berlandaskan kepada ajaran kesufian. Misalnya, reka corak

bermula pada satu tempat dalam ruang yang hendak diukir dan menjalar terus

40

memenuhi ruang. Ini menunjukkan alam ini berasal dari satu kejadian yakni

seluruh kehidupan melalui tahap-tahap perkembangannya dan menabur zuriat.

Oleh itu reka corak ukiran tradisi pada hujung motif biasanya mempunyai cirri-ciri

tidak mendongak ke atas, sebaliknya mematah atau tunduk.

Jenis-Jenis Bunga Ukir Atau Corak

Terdapat lima corak bunga ukir yang terdapat dalam reka corak tradisional,

antaranya awan larat, awan silang atau kerawang, awan bentuk huruf, larik dan

semetri.

Awan Larat

Awan larat berilham dari alam iaitu awan yang berarak apabila ditiup angin.

Ada pula mengatakan bahawa nama ini diambil sempena nama seorang

anak kecil bernama Awang yang menggaris tanah hingga melarat-larat

menjadi bentuk yang cantik. Gambaran inilah yang diabadikan oleh

pengukir dalam ukirannya. Kebiasaannya pengukir mencipta daun, buah

dan bunga hasil ilhamnya sendiri. Awan larat ini corak yang paling

dimuliakan dalam apresiasi seni ukir Melayu Klasik. Ukiran jenis ini tidak

diletakkan di paras pusat. Awan larat terbahagi kepada dua jenis yakni

Awan Larat Melayu dan Awan Larat Jawa.

Awan Larat Melayu Asli

Awan jenis ini juga dikenali sebagai Awan Larat Jawi. Bentuknya

mempunyai bunga yang besar dan jarang. Coraknya bermula dari satu

tempat dan melarat memenuhi ruang yang lain. Batangnya berlingkar dan

bertembung dengan daunnya yang berlipat lunak.

Awan Larat Jawa

Bentuknya lebih kecil daripada awan larat Melayu Asli. Daun dan bunganya

rapat-rapat. Terdapat banyak bunga dan daun saling bertindih. Bentuk

daunnya lurus dan tidak berlipat.

Silang / Kerawang

Bunga ukir bentuk ini adalah dalm garis yang bengkang-bengkok. Garisan

bersimpang-siur seumpama akar yang berlegar. Ukiran corak ini biasanya

terdapat dalam bentuk papan tebuk tidak silat.

41

Awan Bentuk Huruf Larik dan Simetri

Jenis ukiran berbentuk huruf yang dimaksudkan ialah huruf-huruf dalam al-

Quran. Ukiran ini biasanya banyak terdapat di masjid. Awan jenis Larik

berbentuk gerlang-gerlang pada batang bulat. Keindahan jenis ini terletak

pada gerlang yang berkala dan tersusun. Ukiran ini biasanya terdapat pada

tongkat, tiang-tiang ulu senjata dan sebagainya. Kebanyakannya

mempunyai dua jenis larik. Awan jenis simetri biasanya terdapat dalam

bentuk geometri Islam, misalnya corak swastika. Awan jenis ini biasanya

terdapat di masjid atau mimbar.

Pengaruh Motif Corak Ukiran Tradisional

Motif ukiran kayu secara langsung dipengaruhi unsur-unsur alam sekitar dan cara

hidup masyarakat zaman dahulu. Adat resam, kepercayaan, agama, iklim,

geografi dan persekitaran amat kuat pengaruhnya kepada pengukir. Antara

pengaruh yang dimaksudkan ialah unsur tumbuh-tumbuhan, unsur makhluk hidup,

unsur kaligrafi, unsur geometri dan unsur kosmos.

Unsur Tumbuh-Tumbuhan

Unsur ini biasanya diambil daripada tumbuhan yang menjalar. Antara

tumbuhan yang paling popular di kalangan pengukir ialah jenis kacang,

labu, ketubit, ketam guri, salad, bunga lawang, bunga raya, bunga cina dan

sebagainya. Unsur ini merupakan unsur yang dominan dalam rekaan seni

ukir tradisional.

Unsur Makhluk Hidup

Unsur ini kebanyakannya dipengaruhi oleh semangat dan kepercayaan.

Pada zaman pengaruh Hindu, unsur-unsur seperti kepala burung, ayam,

itik dan naga sangat disukai oleh pengukir. Setelah kedatangan Islam,

pengaruh ini semakin berkurangan. Ukiran unsur makhluk hidup banyak

terdapat pada kapal atau perahu nelayan di pantai timur.

Unsur Kaligrafi

Setelah kedatangan Islam di Tanah Melayu, unsur kaligarfi Jawi dan ayat

al-Quran mula diukir oleh pengukir-pengukir tempatan. Unsur kaligrafi ini

digabungkan dengan unsur-unsur tumbuh-tumbuhan.

42

Unsur Geometri

Unsur ini dikenali sebagai tumpal. Unsur ini mempunyai kaitan dengan

unsur geometri Islam. Pola-pola geometri disusun berulang-ulang.

Unsur Kosmos

Unsur ini menggambarkan alam semesta seperti matahari terbit, bintang,

bulan dan gunung-ganang. Ukiran seperti ini banyak terdapat di tebar layar

rumah-rumah Melayu Trasidional.

Bentuk-Bentuk Ukiran

Ukiran Tebuk / Papan Tebuk

Ukiran tebuk berasal dari sekeping papan atau beberapa keping papan

yang ditebuk dengan menggunakan gerudi gergaji (gergaji menggerudi)

supaya tembus bentuk-bentuk bunga atau corak. Terdapat dua jenis ukiran

jenis ini, iaitu ukiran tebuk tidak silat dan ukiran tebuk silat.

Ukiran tebuk tidak banyak terdapat pada rumah-rumah lama iaitu

bahagian selasar, lambur, dinding, pintu perabot dan mimbar masjid.

Bentuk bunga ukir ialah awan larat, siling, kaligrafi dan simetri. Bagi ukiran

tebuk silat, bahagian yang menindih serta melengkung keluar ditimbulkan

dan bahagian yang melengkung ke dalam serta yang merindih

ditenggelamkan. Sesungguhnya silat ialah istilah yang menunjukkan

bahagian yang timbul dan tenggelam serta papan tebuk disobek. Bunga

ukir yang terdapat pada bentuk ini ialah awan larat, silang dan simetri.

Ukiran Bunga Timbul

Ukiran bunga timbul ini tidak tembus. Ia mengandungi bunga ukir yang

disilatkan dan tidak silat. Terdapat pada perabot, mimbar masjid, barang

hiasan yang diperbuat daripada kayu, ulu serta sampir senjata. Bunga

ukirnya sama seperti ukiran tebuk.

Ukiran Arca

Ukiran arca ini banyak terdapat pada ulu senjata seperti ulu keris, kepala

tongkat, kukur kepala, kotak nelayan dan sebagainya. Bunga ukirannya

sama seperti ukiran timbul tetapi lebih halus dan kecil.

43

Larik

Melarik merupakan satu cara orang-orang Melayu mengukir kayu. Ukiran

larik berbentuk bulat dengan susunan gerlang-gerlang dan genting-gentat

yang menarik. Ukiran ini sering terdapat pada ulu senjata, perabot, tongkat,

gasing, tiang-tiang rumah dan sebagainya.

Bentuk-Bentuk Silat

Dalam ukiran kayu tradisional, membentuk motif atau bunga ukir merupakan

perkara yang terpenting. Bagi ukiran timbul dan ukiran tebuk, motif atau bunga

ukir dinamakan silat. Silat berperanan sebagai menampakkan motif ukiran dalam

bentuk tiga dimensi. Terdapat lima jenis bentuk silat, antaranya Silat Belah Rotan,

Silat Dada Tuma, Silat Serong, Silat Leper dan Silat Minangkabau.

Pola Pada Ukiran Tradisional

Biasanya pengukir akan memilih pola-pola ukiran sebelum melakukan proses

mengukir. Pola-pola ini bergantung kepada kegunaan ukiran kayu. Bagi ukiran

kayu jenis silat (silat tebuk dan tidak tebuk), pola yang sesuai ialah pola lengkap.

Pola lengkap memenuhi reka corak ukiran. Bagi keperluan hiasan rumah seperti

perabot, pengadang ruang, penutup bendul, paha tangga, adalah paling sesuai.

Pola ini disusun dengan kemas dan tidak berlingkar-lingkar.

Bagi motif-motif tunggal seperti sekuntum bunga, putik buah, bulan,

bintang, matahari, bunga lawang, bunga teratai dan lain-lain. Pola bujang paling

sesuai digunakan.

Corak Pada Ukiran Tradisional

Corak Awan

Corak boyan, awan Jawa, awan larat, awan sa’mayang, awan selimpat dan

awan telipuk.

Corak Bunga

Bunga ali-ali, bunga ara, bunga ati-ati, bunga bakut, bunga kundur, bunga

beringin, bunga bintang, bunga kala, bunga kelumpang, bunga buntut siput,

bunga lawang, bunga ketola, bunga kuda laut, bunga keduduk, bunga

tunjuk langit, bunga ketur, bunga seputih, bunga misai kucing, bunga

44

tampuk manggis, bunga semangat, bunga pending, bunga putu, bunga

tikam seladang dan bunga kiambang.

Corak Daun

Daun setulang, daun sayap, daun selat, daun balung ayam, daun jari

buaya, daun kazan, daun nyu-nyu, daun sekati lima, daun pedang wana,

daun sembung, daun memiding, daun seputih, daun kancing baju, daun

bayan lingit, daun sesayap silat, daun dala, daun sulur gading, daun

memidih, daun kiambang, daun ati-ati dan daun sirih.

Corak-Corak Lain

Bayan kubur, bayan peraksi, kacang hantu, gelang kaki, gelang tangan,

galar kacang, ketam guri, ketimbit, kerak nasi, kala bukit, kiambang, kilas

ikatan daun, kayu jala-jala, kilas payung, kilas dayung, maha risi, pagar

tinggalung, pokok bermin, pokok susu ketam, puspa gandiwak, pucuk

paku, saga kenering, sulur keliding, sulur kacang, sajak berkendit,

sembung bidadari, sulur matahari dan sulur gadung.

UKIRAN KAYU TRADISIONAL

Pengenalan

Seni ukiran kayu adalah seni kraftangan yang telah lama wujud di kalangan

masyarakat Malaysia terutama bagi masyarakat Melayu, masyarakat etnik Sabah

dan Sarawak serta masyarakat Orang Asli. Seni ukiran yang dipersembahkan

melalui bahan kayu ini sama seperti seni ukiran yang lain cuma berbeza dari segi

cara dan teknik pengukirannya. Seni ini begitu berkembang luas kerana Malaysia

merupakan sebuah negara yang mempunyai hasil kayu-kayan yang banyak di

mana terdapat kira-kira 3000 spesis kayu-kayan di negara kita. Di samping itu

juga, kayu adalah bahan alam yang sangat sesuai untuk diukir dan boleh

dipelbagaikan kegunaannya. Dalam bidang ini, fokus akan ditumpukan kepada

seni ukiran masyarakat Melayu, masyarakat etnik Sarawak dan masyarakat

Orang Asli.

Sejarah Ukiran Kayu Melayu

Ukiran kayu pada wau

Ukiran merupakan hasil seni rupa tradisi Melayu yang terulung. Sejarah seni ukir

di Tanah Melayu banyak terdapat dalam catatan-catatan sejarah iaitu dalam

45

Sejarah Melayu di mana dikatakan seni ukiran Melayu tradisi telah ada sejak lebih

500 tahun dahulu. Pada ketika itu, orang-orang Melayu sudah memberi perhatian

yang istimewa terhadap seni ukiran pada bangunan seperti istana dan rumah

kediaman. Raja-raja Melayu pada zaman dahulu memainkan peranan penting

dalam memperkembang dan menghidupkan suasana seni ukiran. Hingga kini

peninggalan istana-istana lama memperlihatkan betapa indah dan uniknya ukiran-

ukiran yang diterapkan pada istana-istana tersebut. Di Semenanjung Malaysia,

kekayaan seni ukiran kayu orang Melayu paling ketara pada binaan rumah

tradisional terutama di Kelantan, Melaka dan Negeri Sembilan.

Teknik dan Gaya

Ukiran kayu dapat dilaksanakan dengan berbagai-bagai teknik dan penggunaan

satu-satu teknik itu banyak bergantung pada kebolehan dan kemahiran pandai

kayu. Tiga teknik utama dan gaya di dalam seni ukiran Melayu ialah tebuk terus,

tebuk separuh dan tebuk timbul. Bentuk ukiran juga ada tiga jenis utama iaitu

bujang, lengkap dan pemidang

Bentuk Bujang

Bentuk ini berdiri terasing, bebas, dan tidak terikat, berkait atau bersambung-

sambung. Biasanya bentuk ini menampilkan motif bulan, bintang, matahari,

kuntuk bunga ataupun putik buah.

Bentuk Pemidang

Bentuk ini menampilkan motif yang menggambarkan pergerakan sederhana dan

tidak berbelit-berbelit. Bentuk ini mempunyai bingkai atau pemidang.

Ukiran-ukiran yang dibuat dalam bentuk ini diberi nama-nama yang

menarik seperti itik pulang petang, badak mudik, setampuk manggis dan lain-lain.

Biasanya Bentuk pemidang digunakan untuk jala-jala rumah serta benda-benda

yang terdapat di dalam rumah seperti tepak sirih, almari dan dulang kayu.

Bentuk Lengkap

Bentuk ini menggabungkan ciri-ciri bentuk bujang dan bentuk pemidang. Bentuk

ini menitikberatkan unsur tumbuh-tumbuhan, merangkumi akar, batang, buah,

dahan, daun, putik dan sulurnya.

46

Alat dan Motif

Alat-alat yang digunakan untuk seni ukiran adalah seperti gergaji, ketam, tukul

besi dan paling penting pahat. Motif ukiran kayu orang Melayu terbahagi kepada

beberapa jenis ;

i. Motif makhluk halus, contohnya ayam, badak dan itik (ayam berlaga, badak

mudik dan itik pulang petang)

ii. Motif angkasa atau kosmos yang menerapkan gambaran awan larat seperti

bintang, matahari, bulan dan bukit bukau.

iii. Motif Geometri menampilkan bentuk bulatan dan bentuk segitiga yang disusun

berderet. Kadangkala bentuk segitiga ini dicantum dengan sulur-sulur tumbuhan.

Biasanya, motif-motif ini terdapat pada alat-alat tembikar, sarung keris, tepak sirih

dan barang-barang tembaga.

iv. Motif seni khat atau kaligrafi, menggunakan huruf Arab, terutamanya petikan

Quran dan tulisan Jawi. Motif ini banyak terdapat di ambang pintu rumah, masjid

dan surau serta pada alat-alat keagamaan seperti rehal.

Penggunaan dimensi baru.

Seni ukiran kayu di kalangan masyarakat Melayu bukan sahaja terdapat pada

rumah-rumah tetapi penjelmaan dan penerapannya terdapat pada istana-istana

raja, binaan masjid dan mimbarnya, surau, wakaf, pintu gerbang, alat-alat

permainan masa lapang, alat-alat muzik tradisi, perabot seperti almari, katil,

kerusi, meja, dan kepala perahu yang disebut bangau, alat-alat senjata, peralatan

memasak, peralatan pertukangan dan pengangkutan tradisi seperti perahu, kereta

kuda dan kereta lembu.

47

Kraf Dimensi Baru Ukiran

Seni ukir sangat unik dan hanya orang mempunyai bakat sahaja mampu

menghasilkan ukiran yang terbaik

48

Tenunan

Sejarah TenunanTenunan adalah suatu proses hasil jalinan atau sulaman benang-benang secara

selang-seli antara benang loseng ( yang menunggu ) dengan benang pakan

( yang mendatang ) untuk dijadikan sehelai kain. Seni tenunan adalah suatu

warisan yang terus mendapat tempat istimewa dalam kebudayaan Nusantara.

Faktor yang mendorong perkembangan seni tenunan ini dapat disorot pada

kepentingan kedudukan rantau ini dari segi geografi. Sebagai tempat

persinggahan kapal yang strategik, Nusantara menjadi tumpuan utama pedagang

dari Tanah Arab, India dan China.

Antara barangan yang didagang ketika itu ialah kain termasuk kain tenun.

Oleh sebab itu, seni tenunan di Nusantara banyak dipengaruhi dari negara-negara

tersebut. Di antara tenunan yang paling terkenal ialah Songket Melayu dan

Tenunan Pua peribumi Borneo. Perusahaan tenunan ini banyak dilakukan di

negeri Pantai Timur khususnya di negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang.

Teknik hasil kraftangan tenunan utama yang menampakkan keseragaman tekstil

Melayu.

49

Kain tenunan beerti kain atau tekstil yang dihasilkan dengan teknik tenunan

yang dibuat daripada benang. Tenunan awal yang dihasilkan dengan

menggunakan alat tenun duduk, yang masih kekal dalam budaya masayarakat

Iban. Masyarakat Bajau Darat atau Iranun juga mewarisi alat tenunan duduk,

tetapi berkembang kemudiannya dengan alat tenun berkaki seperti alat tenunan di

wilayah budaya tekstil Meayu pesisir yang lain. A.J Hill ( 1949 ) beranggapan

bahawa menenun adalah perusahaan yang tertua yang telah dihasilkan di

Terengganu dan Kelantan dengan menggunakan ‘kei berkaki’. Peralatan yang

lebih maju berbeza dengan alatan duduk suku Iban, Iranun, Bajau, Batak ( ikat

Pakan ).

Jenis-Jenis Kain TenunanKain Cindai

Catatan sejarah membayangkan bahawa kain cindai dibawa masuk ke Tanah

Melayu pada abad ke-12 atau ke-13 Masihi. Kain ini berasal dari Hadrami di

wilayah Gujerat, India dan dibawa ke negara ini oleh pedagang Islam melalui

pelabuhan Terengganu. Kain cindai ialah sejenis kain nipis dan ringan yang

ditenun daripada benang sutera yang sederhana kasar. Coraknya dihasilkan

dengan teknik ikat dan celup. Kain cindai dibahagikan kepada dua jenis iaitu

cindai jantan dan cindai betina. Perbezaannya dikenali pada corak atau bunga

dan pada warna latar atau tanahnya. Cindai jantan mempunyai bunga yang kasar

dan garang, manakala cindai betina menampilkan bunga yang halus dan lembut.

Bunga kain cindai diberi nama yang unik seperti giling kacang, hujan lebat,

sekawan merpati dan tikar ru.

Kain Limar

50

Pada tahun 1773 pemerintah Melaka, Sultan Mansur Syah I telah meminta para

penenun istana mencipta sejenis kain yang menyerupai kain cindai dan kain

songket. Daripada pemerintahan diRaja itu, lahirlah kain limar. Ketika kain limar

mula-mula dihasilkan dahulu, kombinasi warna-warna buah limau iaitu rentetan

warna dari hijau kuning ke merah tua digunakan.

Kain limar ditenun daripada benang sutera dan bersulam benang emas.

Kedua-dua cara digunakan untuk membuat kain cindai dan kain songket. Teknik

buatan kain limar sama dengan kain cindai cuma perbezaannya sebelum ditenun,

coraknya ditentukan dengan cara mengikat benang-benang itu berkelompok pada

alat aning. Kain limar merupakan pakaian wanita istana pada zaman dahulu.

Tenunan Pahang

Kain tenunan Pahang dipercayai berasal daripada Sulawesi dan dibawa ke

Pahang pada abad ke-16. Tokoh yang bertanggungjawab ialah Tuk Tuan atau

Keraing Aji yang berketurunan Bugis dan bermastautin di Kampung Mengkasar,

Pekan, Pahang. Dari Pahang, corak ini berkembang ke Kelantan dan

Terengganu. Tenunan Pahang menggunakan alat yang dikenali sebagai kei siam.

Kedua-dua benang sutera dan benang kapas boleh digunakan. Motif utama ialah

petak-petak dan jalur tegak atau melintang.

51

Tenunan Rungus

Kain yang ditenun secara tradisional ini diusahakan oleh kaum Rungus yang

mendiami daerah Kudat, Sabah. Tenunan Rungus menggunakan benang kapas.

Proses menenun kain Rungus ini serupa dengan proses menenun kain dastar dan

kain pua. Alat tenunan dipanggil kek sandang belakang untuk menenun dastar

dan disebut ‘babaal’ dalam bahasa Rungus. Warna tradisi kain Rungus ialah

hitam, merah, kuning dan putih. Warna kuning dan putih digunakan sebagai

warna rekacorak dan jalur. Corak kain ini direka supaya jalur-jalur tersusun

mengikut motif yang berlainan. Motif tenunan Rungus berunsurkan bentuk

binatang, manusia, senjata dan tumbuh-tumbuhan.

Tenunan benang kapas

Tenunan ini adalah tenunan biasa termasuk dalam kelompok tekstil sederhana

iaitu jenis awal yang ditemui di wilayah budaya tekstil Melayu pesisir. Tekstil ini

khususnya yang diperbuat daripada kapas dipakai oleh kalangan rakyat biasa.

Tenunan biasa berhias corak hasil jalinan tenun benang pakan dan loseng

berwarna. Pada peringkat ini, tenunan biasa masih di peringkat sederhana iaitu

belum lagi diberi motif hiasan. Tenunan bercorak mula memperlihatkan keindahan

khususnya apabila benang sutera atau benang emas diselit untuk mengimbangi

motif jalur atau garis kecil seperti pada kain hujan emas. Hampir seluruh wilayah

budaya tekstil melayu seperti Kelantan, Terengganu, Pahang, Riau-Siak,

Sulawesi, Minangkabau, Palembang menghasilkan tenunan biasa atau tenunan

becorak yang seperti ini.

52

Tenunan Pua

Tenunan Pua diusahakan oleh kaum Iban di Sarawak. Alat tenunan tradisional ini

dinamakan kei tumpah. Alat ini biasanya tersimpan di beranda rumah panjang.

Semasa menenun, alat ini diikatkan pada tiang rumah dan tenunan diregangkan

dengan menyandangkan pada penenun. Tenunan pua dikaitkan dengan cara

hidup masyarakat Iban. Kerja menenun itu dilakukan sendiri mengikut adat,

penenun mesti akur pada petua dan pantang larang. Misalnya, rekacorak hantu

atau roh yang dikenali sebagai ‘engkeramba’ tidak boleh ditenun di pinggir pua.

Rekacorak itu mesti ditenun di tengah-tengah pua dan dipagari oleh rekacorak

‘kemerbai’. Jika tidak dilakukan sebegitu, hantu atau roh itu akan terlepas dan

mengacau penghuni rumah panjang atau mungkin membawa malapetaka ke atas

mereka.

Tenunan pua ada pelbagai jenis. Di antaranya ialah pua mata, pua rara

dan pua kumbu. Pua kumbu adalah pua yang paling rumit. Cuma penenun yang

mahir dan cekap sahaja sanggup untuk menghasilkannya. Manakala, pua mata

dan pua rara biasanya ditenun oleh penenun yang kurang mahir atau baru belajar.

Kebanyakan corak yang digunakan adalah berunsurkan tumbuh-tumbuhan dan

binatang. Motif tenunan dihasilkan daripada teknik ikatan iaitu ikat dan celup.

Pewarnan tenunan pua diperolehi daripada tumbuh-tumbuhan seperti kunyit,

pinang dan kulit kayu baku. Warna utama yang digemari adalah merah tua, coklat,

kuning dan hitam. Biasanya kain pua yang kasar dijadikan selimut manakala kain

pua yang halus dijadikan kain sarung dan jaket untuk dipakai pada majlis-majlis

tertentu. Kini, kegunaan kain pua dipelbagaikan seperti hiasan dinding, beg

tangan, kulit fail, alas meja dan sebagainya.

53

Menenun songket

Mencelup Benang - Benang putih akan dicelup dengan pewarna yang

dikehendaki, setelah itu benang harus dikeringkan.

Melerai Benang - Proses di mana Pelenting yang diperbuat daripada buluh

kecil digunakan untuk melilit benang. Proses ini dilakukan dengan bantuan

alat darwin dan alat pemutar rahat.

54

Menganeng Benang - Menganeng adalah proses membuat benang loseng

yang direngang di alat penenun bagi menentukan saiz panjang songket yg

akan ditenun.

Menggulung Benang - Benang-benang yang telah direngang akan di

gulung dengan sekeping papan loseng.

Menyapuk Benang - Setelah benang loseng dimasukkan ke dalam gigi atau

sikat jentera, kerja-kerja menyapuk dilalukan. Dua urat benang loseng

dikaitkan melalui celah gigi jentera.

Mengarak Benang - Karak dibuat daripada benang asing yang digelung,

Benang loseng berangkap genap dan ganjil akan diangkat turun naik

secara selang seli sewaktu menenun.

Menyongket Benang - Proses mereka corak di aatas benang loseng

dengan menggunakan alat yang dipanggil lido dengan menyongketkan

benang loseng sebanyak tiga atau lima lembar dan kemudian diikat

sebagai proses ikat butang.

55

Menenun Benang - Proses terakhir yang mana alat torak diisi dengan

benang pakan atau benang emas, dimasukkan ke kira dan kanan di celah-

celah benang loseng mengikut corak yang dikehendaki hinggalah menjadi

sekeping kain songket. Kain yang siap ini dipotong mengikut saiz.

Kraf Dimensi Baru Tenunan

56

Dengan kekemasan tenunan, beg ini kelihatan sangat menawan.

Tenunan juga menghasilkan pakaian yang pelbagai corak dan warna yang segar.

Kesimpulan

57

Kraft tangan melambangkan jati diri rakyat Malaysia .Kraf tangan masyarakat

peribumi ini adalah dihasilkan berdasarkan alam persekitaran mereka yang

berkaitan dengan alam Melayu.Sumber proses pembutan juga mudah didapati di

persekitaranya.Namun keunikan yang terserlah ialah pemikiran kreatif mereka

dalam dalam mengolah dan mengubah barangan dan objek yang memperlihatkan

aspek budaya,estetika dan fungsi kraf tradisional Melayu mempunyai nilai estetika

yang tinggi. Kraf tradisional adalah merupakan warisan bangsa, pusaka

peninggalan nenek moyang kita satu masa dahulu. Hasil ciptaan kraf tradisional,

kaya dengan unsur-unsur budaya dan unsur-unsur keislaman jelas tercermin

melalui bentuk, gaya, sifat, garis, bentuk dan warnanya

Di Malaysia motif-motif lama yang dianggap pra-Islam telah diberikan

makna baru bersesuaian dengan ketauhidan dalam Islam. Elemen pepatungan

boleh dikatakan ditolak sama sekali dalam apa jua kesenian (termasuk batik dan

songket). Sensitiviti masyarakat Islam di Malaysia terhadap elemen pepatungan

adalah amat tinggi sehinggakan cubaan memasukkan unsur-unsur figuratif dalam

bentuk khat sekalipun pada era 60‟an dan 70‟an tidak bertahan lama dan tidak

dapat diterima oleh masyarakat Melayu Islam.

Keunikan dan kehalusan hasilan karya seni ukiran Melayu membuktikan

ketinggian nilai estetiknya. Namun begitu faktor modenisasi, faktor cuaca dan

faktor masa menjadi ancaman terhadap penerusan hayat dan pelestariannya.

Faktor-faktor tersebut menjadi antara penyebab kepada semakin terhakisnya

kepedulian, penghayatan dan apresiasi terhadap keunikan karya kesenian tradisi

ini.Namun begitu bagi peminat-peminat seni kraf ia melambangkan satu kepuasan

dan kemewahan jika dapat memilikinya.Sesuatu yang eksklusif yang sukar untuk

dirungkaikan.

Justeru itulah sebagai rumpun Melayu kita perlu menjaga, memelihara dan

menyayangi seni Kraf Tradisional kita seperti seni ukiran, seni tenunan, anyaman,

pembuatan wau, gasing dan batik yang tidak ada di negara-negara lain. Kraf

Tradisional kita di sanjung dan di pandang tinggi di mata dunia setaraf dengan

kraf-kraf Negara Barat.Seharusnya kita patut menanamkan rasa cintakan seni

tradisional di kalangan generasi baru agar seni ini tidak terpupus.Bak kata

pepatah, tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas.

Refleksi

58

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi dapat juga saya menyiapkan kerja kursus ini.

Jutaan terima kasih didahulukan kepada pensyarah pembimbing iaitu Puan

Rashihah bt Hj. Muhammad yang telah banyak membantu saya dalam

menyelesaikan masalah dan kerumitan yang timbul sepanjang melakukan

tugasan ini. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan yang telah banyak membantu

dalam memberikan idea-idea menarik untuk penambahbaikan dalam

melaksanakan tugasan ini.

Sepanjang melakukan tugasan ini, saya dapat menimba pelbagai ilmu dan

juga pengalaman baru. Pengetahuan mengenai kraf tradisional dapat membuka

minda saya untuk lebih menghargai kraf-kraf yang dihasilkan. Antara kekuatan

sepanjang menyiapkan proses tugasan ini ialah bahan sumber yang diperlukan

mudah untuk dicari dan dijadikan sebagai sumber rujukan. Bahan-bahan buku

mudah didapati perpustakaan awam dan juga di IPG. Rakan-rakan yang banyak

membantu juga menjadikan tugasan saya pada kali ini menjadi lebih mudah.

Namun, kekurangan juga dapat dirasakan sepanjang menyiapkan tugasan

ini. Bahan-bahan yang diperoleh dilihat lebih kepada umum dan tidak ada tajuk

yang dikhususkan yang menyatakan terdapatnya perbandingan di antara kraf

pada zaman dahulu dengan yang sekarang. Berdasarkan pembacaa yang saya

lakukan, saya dapat nyatakan bahawa kebanyakan hasil kraftangan yang dijual

pada hari ini merupakan alat atau bahan yang diguna pakai oleh masyarakat

zaman dahulu. Saya juga berharap agar kraf-kraf ini tidak lenyap begitu sahaja.

Akhir kata, semoga pengalaman dan ilmu yang saya dapat sepanjang

tugasan ini dilakukan dapat diaplikasikan pada masa yang lain pula. Pengalaman

mengajar kita untuk menjadi seorang yang lebih berkualiti di masa akan datang.

Seorang guru perlu menjadi yang terbaik untuk anak murid mereka. Guru pada

zaman kini perlu tahu semua perkara kerana guru zaman moden dan interaktif ini

memerlukan kepakaran dalam semua bidang untuk bergelar seorang guru yang

serba boleh

59

Bibliografi

Abdullah bin Mohamed (Nakula) (1985), Seni Bina Islam, Aplikasi di

Malaysia, Warisan Kelantan IV, Perbadanan Muzium Negeri

Kelantan: Kota Bharu.

Abdul Aziz Sharif (1991). Pemerolehan Bahasa Ibunda - Umum. Jurnal

Bahasa Moden, 6. 152-160.

Khairuddin Talib, (2007) .HBAE3103 Kraf Tradisional. Selad.ngor:

Meteor Doc.Sdn.Bh.

Prof. Madya Dr. Mohd Sabrizaa, Penafsiran Falsafah “ibu Dalam Awan

Larat Warisan Estetikka Seni Ukiran Melayu, Jabatan Senibina Dalaman

Fakulti senibina, Perancangan dan Ukur UITM Perak.

Zailani Yaacob & Azimah A.Samah, (2011). Teks Lengkap Pendidikan

Seni Visual KBSM Tingkatan 4&5. Shah Alam : Oxford Fajar Sdn. Bhd.

60