kpd3026 pecahan 3 laporan kajian tindakan

8
KPD 3026: PENGAJARAN, TEKNOLOGI DAN PENAKSIRAN 2 TAJUK Pecahan III i. Laporan Kajian Tindakan Dalam Pendidikan yang dilaksanakan berdasarkan isu yang timbul dari makro pengajaran di atas . KUMPULAN EL-N03(A121PJJ) DISEDIAKAN OLEH NAMA NO. ID NO. TELEFON SUZAIN BIN SELEMAN D20112053013 0176141580 NAMA TUTOR E-LEARNING: : NAMA TUTOR E-LEARNING: : Dr. Eftah binti Moh@Haji Abdullah Dr. Eftah binti Moh@Haji Abdullah TARIKH SERAH: 4 Disember 2012 PEMARKAHAN 1 . RAKAMAN 1 2 . REFLEKSI 1 3 . RAKAMAN 2 4 . REFLEKSI 2 5 RPH

Upload: suzain-seleman

Post on 02-Jan-2016

83 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

kajian tindakan

TRANSCRIPT

Page 1: Kpd3026 Pecahan 3 Laporan Kajian Tindakan

KPD 3026: PENGAJARAN, TEKNOLOGI DAN PENAKSIRAN 2

TAJUK

Pecahan III

i. Laporan Kajian Tindakan Dalam Pendidikan yang dilaksanakan berdasarkan isu yang timbul dari makro pengajaran di atas .

KUMPULAN

EL-N03(A121PJJ)

DISEDIAKAN OLEH

NAMA NO. ID NO. TELEFON

SUZAIN BIN SELEMAN D20112053013 0176141580

NAMA TUTOR E-LEARNING: : NAMA TUTOR E-LEARNING: : Dr. Eftah binti Moh@Haji AbdullahDr. Eftah binti Moh@Haji Abdullah

TARIKH SERAH: 4 Disember 2012

PEMARKAHAN1. RAKAMAN 12. REFLEKSI 13. RAKAMAN 24. REFLEKSI 25. RPH6. LAPORAN KT7. FORUM

JUMLAH

Page 2: Kpd3026 Pecahan 3 Laporan Kajian Tindakan

SEKAPUR SIRIH

Bersyukur saya ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya dapat saya

menyiapkan tugasan ini dalam tempoh yang ditetapkan meskipun mempunyai kekangan

masa dan kerja. Sememangnya peluang yang diberikan kepada saya ini, banyak

mematangkan diri dan pemikiran saya untuk membina keyakinan dalam diri untuk

membantu murid-murid tahun 2 Pintar khususnya untuk meningkatkan tahap kemahiran

tatabahasa. Setinggi-tinggi penghargaan saya ucapkan kepada Guru Besar Sekolah

Kebangsaan Pantai, Puan Hjh Suhailah binti Hj Kassim. Guru-guru Penolong Kanan serta

guru-guru rakan seperjuangan yang terlibat secara langsung mahu pun tidak langsung

dalam menjayakan kajian tindakan ini.

Di kesempatan ini juga, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan

terima kasih kepada Dr.Eftah binti Moh@Haji Abdullah tutor KPD 3026 Pengajaran,

Teknologi Dan Penaksiran 2 kerana telah banyak memberi tunjuk ajar dan bimbingan dalam

menyiapkan tugasan ini.

Dengan garapan idea, sokongan, tenaga dan pengalaman mereka, maka dapatlah saya

menyiapkan kertas kerja kajian tindakan ini dengan baik, demi membantu murid-murid yang

mempunyai pencapaian rendah di dalam kemahiran asas tatabahasa .

Akhir kata, adalah diharapkan semoga hasil tugasan ini dapat memberi manfaat kepada

semua . Sesungguhnya setiap yang baik itu kurniaan Allah s.w.t dan segala kekurangan

adalah kelemahan saya.

Sekian, terima kasih.

 

Page 3: Kpd3026 Pecahan 3 Laporan Kajian Tindakan

ABSTRAK KAJIAN

Kajian ini dijalankan untuk menentukan dan mengatasi masalah yang dihadapi oleh pelajar

Tahun 2 Pintar, Sekolah Kebangsaan Pantai, Seremban berkaitan dengan kemahiran

tatabahasa . Seramai 16 orang pelajar tahun 2 dan seorang guru terlibat dalam kajian ini.

Perancangan tindakan difokuskan kepada penguasaan imbuhan awalan. Tinjauan awal

telah dilaksanakan melalui semakan kerja rumah murid dan ujian bulanan. Hasil tinjauan

menunjukkan murid tidak mahir menggunakan imbuhan awalan dalam menyesuaikan

penggunaan dengan kata dasar. Tiga sesi pengajaran dan pembelajaran (30 minit setiap

sesi) telah dijalankan dalam tempoh 2 minggu iaitu pelajar belajar kemahiran yang tersebut

di atas dan modul latihan berpandu secara kumpulan. Keputusan ujian telah menunjukkan

peningkatan prestasi pelajar. Setelah diberitahu dan diterangkan secara mendalam maka

amalan mereka berubah dan mereka dapat menulis dan menyesuaikan imbuhan awalan

dengan betul. Berdasarkan dapatan kajian tersebut beberapa implikasi dan cadangan telah

dikemukakan. Adalah diharapkan agar kajian tindakan yang telah dibuat ini akan dapat

membantu rakan sejawat atau sesiapa saja yang berminat membantu para pelajar yang

mempunyai masalah yang sama. Saya juga amat berharap agar dapat membina bahan

powerpoint yang sama untuk murid menguasai kemahiran-kemahiran perkataan yang lain

dalam Bahasa Melayu.

Page 4: Kpd3026 Pecahan 3 Laporan Kajian Tindakan

PENGUASAAN SISTEM TATABAHASA BAHASA MELAYU SATU KAEDAH

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENGGUNAKAN IMBUHAN AWALAN PADA KATA

DASAR YANG SESUAI DIKALANGAN MURID-MURID TAHUN 2 PINTAR DI SEKOLAH

KEBANGSAAN PANTAI.

OLEH : ENCIK SUZAIN BIN SELEMAN.

1.0   PENGENALAN

Tatabahasa menurut kamus dewan bahasa edisi ke-4 ialah pengetahuan atau pelajaran

tentang pembentukan perkataan dan proses pembinaan ayat atau penyusunan kata. Suatu

masa dulu tatabahasa ini dikenali sebagai nahu. Penguasaan tatabahasa sangat penting

untuk menguasai sebarang bahasa di dunia ini. Pengetahuan dan penguasaan tatabahasa

dalam mempelajari Bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar, bahasa ilmu, bahasa

komunikasi, bahasa rasmi dan bahasa penyatuan kaum di negara ini perlu dikuasai

daripada peringkat awal lagi. Bila mana menguasai tatabahasa yang betul secara langsung

ia akan menguasai bahasa itu sendiri. Pendek kata ilmu tatabahasa haruslah dikuasai oleh

mereka kerana ilmu itu dapat memahirkan mereka dari segi membina ayat untuk tujuan

penulisan dan juga sebagai penutur Bahasa Melayu yang baik.

Kelemahan menguasai tatabahasa dalam penulisan dan pertuturan menandakan kurangnya

keindahan gaya bahasa atau kegramatisan bahasa yang dituturkan khususnya Bahasa

Melayu. Berdasarkan permasalahan ini, kajian tindakan telah saya lakukan bertujuan

mengubah amalan murid supaya memahami dan menguasai sistem tatabahasa bahasa

Melayu. Selain itu amalan ini dapat membantu mereka menghasilkan bahasa tulisan dan

bahasa pertuturan yang gramatis.

Kajian dilakukan terhadap 16 orang murid tahun 2 Pintar di Sekolah Kebangsaan Pantai,

Seremban. Terlebih dahulu saya telah membuat pemerhatian dan membuat sedikit kajian

terhadap mereka berdasarkan kepada Ujian Penilaian Pertengahan Tahun. Kaedah temu

bual ringkas terhadap sebilangan murid dan pemeriksaan buku kerja telah saya jalankan

sebelum kajian tindakan ini dilakukan. Permasalahan yang dapati ialah kesalahan

penggunaan imbuhan awalan.

2. OBJEKTIF KAJIAN

Tujuan kajian ini adalah untuk :-

i. Meningkatkan penguasaan kemahiran penggunaan imbuhan awalan.

ii. Meningkatkan keyakinan diri apabila mengemukakan jawapan.

iii. Meningkatkan daya ingatan murid terhadap penggunaan imbuhan.

Page 5: Kpd3026 Pecahan 3 Laporan Kajian Tindakan

3. KUMPULAN SASARAN

Kajian ini melibatkan 16 orang murid Tahun 2 Pintar yang terdiri daripada 4 orang murid

lelaki Melayu, seorang murid lelaki India, 3 orang murid lelaki asli, 7 orang murid perempuan

Melayu dan seorang murid perempuan asli. Mereka sering melakukan kesalahan imbuhan

awalan dan imbuhan yang lain. Di sini saya hanya menumpukan terlebih dahulu imbuhan

awalan sebagai pemahaman awal dan akan dikembangkan kemudian selepas pemahaman

dan penguasaan mereka telah terbukti.

4. METHODOLOGI KAJIAN:

Methodologi yang digunakan ialah :

4.1 Pemerhatian:

Pemerhatian saya tertumpu pada jawapan yang di kemukakan oleh pelajar semasa

menjawab soalan-soalan spontan. Mereka seakan-akan terkeliru di dalam memilih

imbuhan yang sepatutnya diguna. Kadang-kadang mereka hanya meneka jawapan,

sekiranya pelajar pertama menjawab salah, pelajar yang kedua akan menjawab

dengan jawapan yang berbeza daripada jawapan rakan mereka yang pertama.

Keadaan ini berterusan sehinggalah jawapan yang betul ditemui atau ditentukan oleh

guru. Keadaan ini menggambarkan situasi sebenar mereka bahawa sememangnya

mereka tidak memahami konsep dan aturan imbuhan pada prinsip dan peraturannya.

Sikap murid dilihat secara tidak langsung sewaktu aktiviti pengajaran dan

pembelajaran berlangsung. Melalui pemerhatian yang dibuat, saya dapat melihat

tahap kemahiran murid berdasarkan proses pengajaran dan pembelajaran yang

dijalankan.

4.2 Semakan buku latihan :

Semakan buku latihan adalah langkah kedua yang saya ambil untuk menilai tahap

pemahaman pelajar kepada imbuhan awalan. Cara ini secara tidak langsung dapat

menilai tahap perkembangan murid dalam menguasai kemahiran berkenaan. Buku

murid akan disemak setiap minggu bagi memastikan murid membuat latihan yang

diberikan, saya dapat melihat kemajuan yang diperoleh oleh murid-murid.

4.3 Soal selidik:

Soalan soal selidik dibacakan kepada pelajar. Pelajar diberi kertas kosong untuk

mereka menulis kata dasar dan menyesuaikan imbuhan yang sesuai. Mereka

disarankan untuk menjawab secara jujur tanpa meniru atau menyalin jawapan rakan.

Soalan–soalan yang dikemukakan adalah soalan-soalan kata dasar untuk

Page 6: Kpd3026 Pecahan 3 Laporan Kajian Tindakan

digabungkan dengan imbuhan awalan yang sesuai. Kata dasar ini menyentuh semua

kata-kata yang boleh di gabungkan dengan kata dasar tersebut seperti makan, jalan,

tidur, sepak dan sebagainya. Item perkataan itu menyentuh kesemua kata awalan

tersebut.

4.4 Ujian Pengesanan:

Diberi kepada murid untuk mengukur sejauh mana pencapaian dan pemahaman

murid untuk menggunakan imbuhan awalan. Ujian Pengesanan yang diberi

berbentuk mengisi tempat kosong dengan pelbagai kata imbuhan.

Keputusan Ujian Pantas.

BIL NAMA MURID LPU1 U2 U3

1. AMIR FIKRI B. NOOR AZALY L 10/20 12/20 17/202. DARVINDRA A/L PUVANESWARAN L 6/20 10/20 12/203. HARIS AK MIRIS L 10/20 10/20 14/204. MIRZAN ESWANDDIEY B. MALIM L 8/20 12/20 10/205. MUHAMMAD ALEEF DANISH B. ALI

IRWANL 12/20 14/20 14/20

6. MUHAMMAD HAIQAT B. HAIRIL SHAM L 5/20 7/20 8/207. MUHAMMAD RAFI B. JOHARI L 4/20 5/20 8/208. SAFAIZAL AK BALI L 3/20 5/20 7/20

9. ALISSA ADHRINA BT. P 12/20 14/20 15/2010. NOR ALIA ELLIANA BT. MOHD HASSAN P 14/20 14/20 17/2011. NOR SUHADA BT. MOHD SHUKRI P 4/20 6/20 6/2012. NUR AIN SYAZWANI BT. M. ZADIN P 14/20 16/20 18/2013. NUR DINI BT. SUHIDI AL ZAHAR P 15/20 17/20 18/2014. NUR SOFFIYYAH BT. SALIM P 12/20 15/20 16/2015. SITI NORJANA BT. MASHUD P 10/20 10/20 12/2016. SITI AISHAH BT. MAHPUT P 14/20 17/20 16/20

Page 7: Kpd3026 Pecahan 3 Laporan Kajian Tindakan

5.0 REFLEKSI TINDAKAN

5.1 Penilaian Pencapaian Pelajar :

Kesemua aktiviti yang dirancang telah berjalan dengan lancar. Keyakinan diri murid

juga menunjukkan peningkatan yang positif. Melalui ujian ini, saya dapat melihat

tahap penguasaan murid dalam kemahiran penggunaan imbuhan awalan. Ujian ini

diberikan setelah pengajaran dan pembelajaran diberikan kepada mereka. Hasil

yang dapat dilihat meningkat pada setiap pengujian. Hasil kepada ujian terdapat

pada jadual di atas. Pada peringkat permulaan seramai 10 orang murid mendapat

50% markah melebihi 10 jawapan betul , sementara 6 lagi mendapat di bawah 10

markah betul. Setelah dibuat pengajaran dan pembelajaran secara ansur maju dari

mudah ke sukar, rata-rata menunjukkan perubahan yang ketara.

Berdasarkan keputusan ujian tersebut, saya mendapati, meskipun dalam tempoh

dua minggu pengajaran dan pembelajaran ini dijalankan, impak kepada penguasaan

dan pemahaman mereka kepada imbuhan awalan jelas kelihatan daripada dapatan

markah mereka.

6.0 PENUTUP

Kajian Tindakan ini adalah satu kajian yang baik jika dijalankan di peringkat sekolah. Kajian

ini bukan sahaja dapat meningkatkan prestasi murid tetapi juga memperbaiki teknik

pengajaran dan pembelajaran guru. Pada peringkat awal pengajaran dan pembelajaran,

teknik menyoal, memulakan set induksi, langkah-langkah pengajaran, alat bantu mengajar

dan lembaran kerja sangat penting untuk memastikan murid mendapat pengetahuan. Faktor

guru juga memainkan peranan yang sangat penting dalam kemenjadian murid.

Page 8: Kpd3026 Pecahan 3 Laporan Kajian Tindakan

BIBLIOGRAFI

Raminah Hj. Sabran dan Rahim Syam. (1985 ). Kajian Bahasa Untuk Pelatih Maktab

Perguruan. Penerbit Fajar Bakti, Petaling Jaya.

Ab. Rahim Selamat ( 1998 ), “Belajar Cara Belajar”, Kuala Lumpur, Nurin Enterprise.

Ahamad Sipon, Dr. ( News Straits Time Press, Sabtu, 30 Jun, 2001 ) “Technical Education

Boost”, ( ms 1 ) Kuala Lumpur, Chok Suat Ling. Ed.

 Alsagoff, S.A. ( 1986 ), “Ilmu Pendidikan : Pedagogi”, Kuala Lumpur, HeinemannSdn. Bhd.

Atan bin Long ( 1978 ), “Psikologi Pendidikan”, Kuala Lumpur, DBP, Kementerian

Pendidikan Malaysia Bloom,