Download - Kpd3026 Pecahan 3 Laporan Kajian Tindakan
KPD 3026: PENGAJARAN, TEKNOLOGI DAN PENAKSIRAN 2
TAJUK
Pecahan III
i. Laporan Kajian Tindakan Dalam Pendidikan yang dilaksanakan berdasarkan isu yang timbul dari makro pengajaran di atas .
KUMPULAN
EL-N03(A121PJJ)
DISEDIAKAN OLEH
NAMA NO. ID NO. TELEFON
SUZAIN BIN SELEMAN D20112053013 0176141580
NAMA TUTOR E-LEARNING: : NAMA TUTOR E-LEARNING: : Dr. Eftah binti Moh@Haji AbdullahDr. Eftah binti Moh@Haji Abdullah
TARIKH SERAH: 4 Disember 2012
PEMARKAHAN1. RAKAMAN 12. REFLEKSI 13. RAKAMAN 24. REFLEKSI 25. RPH6. LAPORAN KT7. FORUM
JUMLAH
SEKAPUR SIRIH
Bersyukur saya ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya dapat saya
menyiapkan tugasan ini dalam tempoh yang ditetapkan meskipun mempunyai kekangan
masa dan kerja. Sememangnya peluang yang diberikan kepada saya ini, banyak
mematangkan diri dan pemikiran saya untuk membina keyakinan dalam diri untuk
membantu murid-murid tahun 2 Pintar khususnya untuk meningkatkan tahap kemahiran
tatabahasa. Setinggi-tinggi penghargaan saya ucapkan kepada Guru Besar Sekolah
Kebangsaan Pantai, Puan Hjh Suhailah binti Hj Kassim. Guru-guru Penolong Kanan serta
guru-guru rakan seperjuangan yang terlibat secara langsung mahu pun tidak langsung
dalam menjayakan kajian tindakan ini.
Di kesempatan ini juga, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan
terima kasih kepada Dr.Eftah binti Moh@Haji Abdullah tutor KPD 3026 Pengajaran,
Teknologi Dan Penaksiran 2 kerana telah banyak memberi tunjuk ajar dan bimbingan dalam
menyiapkan tugasan ini.
Dengan garapan idea, sokongan, tenaga dan pengalaman mereka, maka dapatlah saya
menyiapkan kertas kerja kajian tindakan ini dengan baik, demi membantu murid-murid yang
mempunyai pencapaian rendah di dalam kemahiran asas tatabahasa .
Akhir kata, adalah diharapkan semoga hasil tugasan ini dapat memberi manfaat kepada
semua . Sesungguhnya setiap yang baik itu kurniaan Allah s.w.t dan segala kekurangan
adalah kelemahan saya.
Sekian, terima kasih.
ABSTRAK KAJIAN
Kajian ini dijalankan untuk menentukan dan mengatasi masalah yang dihadapi oleh pelajar
Tahun 2 Pintar, Sekolah Kebangsaan Pantai, Seremban berkaitan dengan kemahiran
tatabahasa . Seramai 16 orang pelajar tahun 2 dan seorang guru terlibat dalam kajian ini.
Perancangan tindakan difokuskan kepada penguasaan imbuhan awalan. Tinjauan awal
telah dilaksanakan melalui semakan kerja rumah murid dan ujian bulanan. Hasil tinjauan
menunjukkan murid tidak mahir menggunakan imbuhan awalan dalam menyesuaikan
penggunaan dengan kata dasar. Tiga sesi pengajaran dan pembelajaran (30 minit setiap
sesi) telah dijalankan dalam tempoh 2 minggu iaitu pelajar belajar kemahiran yang tersebut
di atas dan modul latihan berpandu secara kumpulan. Keputusan ujian telah menunjukkan
peningkatan prestasi pelajar. Setelah diberitahu dan diterangkan secara mendalam maka
amalan mereka berubah dan mereka dapat menulis dan menyesuaikan imbuhan awalan
dengan betul. Berdasarkan dapatan kajian tersebut beberapa implikasi dan cadangan telah
dikemukakan. Adalah diharapkan agar kajian tindakan yang telah dibuat ini akan dapat
membantu rakan sejawat atau sesiapa saja yang berminat membantu para pelajar yang
mempunyai masalah yang sama. Saya juga amat berharap agar dapat membina bahan
powerpoint yang sama untuk murid menguasai kemahiran-kemahiran perkataan yang lain
dalam Bahasa Melayu.
PENGUASAAN SISTEM TATABAHASA BAHASA MELAYU SATU KAEDAH
MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENGGUNAKAN IMBUHAN AWALAN PADA KATA
DASAR YANG SESUAI DIKALANGAN MURID-MURID TAHUN 2 PINTAR DI SEKOLAH
KEBANGSAAN PANTAI.
OLEH : ENCIK SUZAIN BIN SELEMAN.
1.0 PENGENALAN
Tatabahasa menurut kamus dewan bahasa edisi ke-4 ialah pengetahuan atau pelajaran
tentang pembentukan perkataan dan proses pembinaan ayat atau penyusunan kata. Suatu
masa dulu tatabahasa ini dikenali sebagai nahu. Penguasaan tatabahasa sangat penting
untuk menguasai sebarang bahasa di dunia ini. Pengetahuan dan penguasaan tatabahasa
dalam mempelajari Bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar, bahasa ilmu, bahasa
komunikasi, bahasa rasmi dan bahasa penyatuan kaum di negara ini perlu dikuasai
daripada peringkat awal lagi. Bila mana menguasai tatabahasa yang betul secara langsung
ia akan menguasai bahasa itu sendiri. Pendek kata ilmu tatabahasa haruslah dikuasai oleh
mereka kerana ilmu itu dapat memahirkan mereka dari segi membina ayat untuk tujuan
penulisan dan juga sebagai penutur Bahasa Melayu yang baik.
Kelemahan menguasai tatabahasa dalam penulisan dan pertuturan menandakan kurangnya
keindahan gaya bahasa atau kegramatisan bahasa yang dituturkan khususnya Bahasa
Melayu. Berdasarkan permasalahan ini, kajian tindakan telah saya lakukan bertujuan
mengubah amalan murid supaya memahami dan menguasai sistem tatabahasa bahasa
Melayu. Selain itu amalan ini dapat membantu mereka menghasilkan bahasa tulisan dan
bahasa pertuturan yang gramatis.
Kajian dilakukan terhadap 16 orang murid tahun 2 Pintar di Sekolah Kebangsaan Pantai,
Seremban. Terlebih dahulu saya telah membuat pemerhatian dan membuat sedikit kajian
terhadap mereka berdasarkan kepada Ujian Penilaian Pertengahan Tahun. Kaedah temu
bual ringkas terhadap sebilangan murid dan pemeriksaan buku kerja telah saya jalankan
sebelum kajian tindakan ini dilakukan. Permasalahan yang dapati ialah kesalahan
penggunaan imbuhan awalan.
2. OBJEKTIF KAJIAN
Tujuan kajian ini adalah untuk :-
i. Meningkatkan penguasaan kemahiran penggunaan imbuhan awalan.
ii. Meningkatkan keyakinan diri apabila mengemukakan jawapan.
iii. Meningkatkan daya ingatan murid terhadap penggunaan imbuhan.
3. KUMPULAN SASARAN
Kajian ini melibatkan 16 orang murid Tahun 2 Pintar yang terdiri daripada 4 orang murid
lelaki Melayu, seorang murid lelaki India, 3 orang murid lelaki asli, 7 orang murid perempuan
Melayu dan seorang murid perempuan asli. Mereka sering melakukan kesalahan imbuhan
awalan dan imbuhan yang lain. Di sini saya hanya menumpukan terlebih dahulu imbuhan
awalan sebagai pemahaman awal dan akan dikembangkan kemudian selepas pemahaman
dan penguasaan mereka telah terbukti.
4. METHODOLOGI KAJIAN:
Methodologi yang digunakan ialah :
4.1 Pemerhatian:
Pemerhatian saya tertumpu pada jawapan yang di kemukakan oleh pelajar semasa
menjawab soalan-soalan spontan. Mereka seakan-akan terkeliru di dalam memilih
imbuhan yang sepatutnya diguna. Kadang-kadang mereka hanya meneka jawapan,
sekiranya pelajar pertama menjawab salah, pelajar yang kedua akan menjawab
dengan jawapan yang berbeza daripada jawapan rakan mereka yang pertama.
Keadaan ini berterusan sehinggalah jawapan yang betul ditemui atau ditentukan oleh
guru. Keadaan ini menggambarkan situasi sebenar mereka bahawa sememangnya
mereka tidak memahami konsep dan aturan imbuhan pada prinsip dan peraturannya.
Sikap murid dilihat secara tidak langsung sewaktu aktiviti pengajaran dan
pembelajaran berlangsung. Melalui pemerhatian yang dibuat, saya dapat melihat
tahap kemahiran murid berdasarkan proses pengajaran dan pembelajaran yang
dijalankan.
4.2 Semakan buku latihan :
Semakan buku latihan adalah langkah kedua yang saya ambil untuk menilai tahap
pemahaman pelajar kepada imbuhan awalan. Cara ini secara tidak langsung dapat
menilai tahap perkembangan murid dalam menguasai kemahiran berkenaan. Buku
murid akan disemak setiap minggu bagi memastikan murid membuat latihan yang
diberikan, saya dapat melihat kemajuan yang diperoleh oleh murid-murid.
4.3 Soal selidik:
Soalan soal selidik dibacakan kepada pelajar. Pelajar diberi kertas kosong untuk
mereka menulis kata dasar dan menyesuaikan imbuhan yang sesuai. Mereka
disarankan untuk menjawab secara jujur tanpa meniru atau menyalin jawapan rakan.
Soalan–soalan yang dikemukakan adalah soalan-soalan kata dasar untuk
digabungkan dengan imbuhan awalan yang sesuai. Kata dasar ini menyentuh semua
kata-kata yang boleh di gabungkan dengan kata dasar tersebut seperti makan, jalan,
tidur, sepak dan sebagainya. Item perkataan itu menyentuh kesemua kata awalan
tersebut.
4.4 Ujian Pengesanan:
Diberi kepada murid untuk mengukur sejauh mana pencapaian dan pemahaman
murid untuk menggunakan imbuhan awalan. Ujian Pengesanan yang diberi
berbentuk mengisi tempat kosong dengan pelbagai kata imbuhan.
Keputusan Ujian Pantas.
BIL NAMA MURID LPU1 U2 U3
1. AMIR FIKRI B. NOOR AZALY L 10/20 12/20 17/202. DARVINDRA A/L PUVANESWARAN L 6/20 10/20 12/203. HARIS AK MIRIS L 10/20 10/20 14/204. MIRZAN ESWANDDIEY B. MALIM L 8/20 12/20 10/205. MUHAMMAD ALEEF DANISH B. ALI
IRWANL 12/20 14/20 14/20
6. MUHAMMAD HAIQAT B. HAIRIL SHAM L 5/20 7/20 8/207. MUHAMMAD RAFI B. JOHARI L 4/20 5/20 8/208. SAFAIZAL AK BALI L 3/20 5/20 7/20
9. ALISSA ADHRINA BT. P 12/20 14/20 15/2010. NOR ALIA ELLIANA BT. MOHD HASSAN P 14/20 14/20 17/2011. NOR SUHADA BT. MOHD SHUKRI P 4/20 6/20 6/2012. NUR AIN SYAZWANI BT. M. ZADIN P 14/20 16/20 18/2013. NUR DINI BT. SUHIDI AL ZAHAR P 15/20 17/20 18/2014. NUR SOFFIYYAH BT. SALIM P 12/20 15/20 16/2015. SITI NORJANA BT. MASHUD P 10/20 10/20 12/2016. SITI AISHAH BT. MAHPUT P 14/20 17/20 16/20
5.0 REFLEKSI TINDAKAN
5.1 Penilaian Pencapaian Pelajar :
Kesemua aktiviti yang dirancang telah berjalan dengan lancar. Keyakinan diri murid
juga menunjukkan peningkatan yang positif. Melalui ujian ini, saya dapat melihat
tahap penguasaan murid dalam kemahiran penggunaan imbuhan awalan. Ujian ini
diberikan setelah pengajaran dan pembelajaran diberikan kepada mereka. Hasil
yang dapat dilihat meningkat pada setiap pengujian. Hasil kepada ujian terdapat
pada jadual di atas. Pada peringkat permulaan seramai 10 orang murid mendapat
50% markah melebihi 10 jawapan betul , sementara 6 lagi mendapat di bawah 10
markah betul. Setelah dibuat pengajaran dan pembelajaran secara ansur maju dari
mudah ke sukar, rata-rata menunjukkan perubahan yang ketara.
Berdasarkan keputusan ujian tersebut, saya mendapati, meskipun dalam tempoh
dua minggu pengajaran dan pembelajaran ini dijalankan, impak kepada penguasaan
dan pemahaman mereka kepada imbuhan awalan jelas kelihatan daripada dapatan
markah mereka.
6.0 PENUTUP
Kajian Tindakan ini adalah satu kajian yang baik jika dijalankan di peringkat sekolah. Kajian
ini bukan sahaja dapat meningkatkan prestasi murid tetapi juga memperbaiki teknik
pengajaran dan pembelajaran guru. Pada peringkat awal pengajaran dan pembelajaran,
teknik menyoal, memulakan set induksi, langkah-langkah pengajaran, alat bantu mengajar
dan lembaran kerja sangat penting untuk memastikan murid mendapat pengetahuan. Faktor
guru juga memainkan peranan yang sangat penting dalam kemenjadian murid.
BIBLIOGRAFI
Raminah Hj. Sabran dan Rahim Syam. (1985 ). Kajian Bahasa Untuk Pelatih Maktab
Perguruan. Penerbit Fajar Bakti, Petaling Jaya.
Ab. Rahim Selamat ( 1998 ), “Belajar Cara Belajar”, Kuala Lumpur, Nurin Enterprise.
Ahamad Sipon, Dr. ( News Straits Time Press, Sabtu, 30 Jun, 2001 ) “Technical Education
Boost”, ( ms 1 ) Kuala Lumpur, Chok Suat Ling. Ed.
Alsagoff, S.A. ( 1986 ), “Ilmu Pendidikan : Pedagogi”, Kuala Lumpur, HeinemannSdn. Bhd.
Atan bin Long ( 1978 ), “Psikologi Pendidikan”, Kuala Lumpur, DBP, Kementerian
Pendidikan Malaysia Bloom,