kpd3026 kajian tindakan

23
SEMESTER 1 SESI 2010/2011 KOD & NAMA KURSUS EDU 3026: PENGAJARAN, TEKNOLOGI DAN PENAKSIRAN 2 TAJUK KUMPULAN EL-A20(121PJJ) DISEDIAKAN OLEH NAMA NO. ID NO. TELEFON 1 Laporan Kajian Tindakan: MENINGKATKAN PENGUASAAN DALAM ISI KANDUNGAN SAINS BAGI MURID-MURID TAHUN 5 BESTARI DENGAN MENGGUNAKAN PETA MINDA SEKOLAH KEBANGSAAN ABC PEMARKAHAN 1 . RAKAMAN 1 2 . REFLEKSI 1 3 . RAKAMAN 2 4 . REFLEKSI 2 5 RPH

Upload: fatimah-shukur

Post on 08-Nov-2015

119 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

Laporan Kajian Tindakan:MENINGKATKAN PENGUASAAN DALAM ISI KANDUNGAN SAINS BAGI MURID-MURID TAHUN 5 BESTARI DENGAN MENGGUNAKAN PETA MINDA SEKOLAH KEBANGSAAN ABC

TRANSCRIPT

RIS

SEMESTER 1 SESI 2010/2011

KOD & NAMA KURSUS

EDU 3026: PENGAJARAN, TEKNOLOGI DAN PENAKSIRAN 2TAJUK

KUMPULAN

EL-A20(121PJJ)DISEDIAKAN OLEH

NAMANO. IDNO. TELEFON

NAMA TUTOR E-LEARNING: TARIKH SERAH: 21 NOVEMBER 2012ISI KANDUNGAN

BILKANDUNGANMUKA SURAT

1.

2.

3.

4.

5.

6.

7.

8.

9.

10.

11.

12.

13.

14.

15.Penghargaan

AbstrakLatarbelakang kajian

Isi keperihantinan / fokus kajian

Rasional kajian

Kumpulan sasaran

Jadual pelaksanaan kjian

Tinjauan masalah

Analisis tinjauan masalah

Interpretasi data bagi tinjauan awal

Perancangan dan melaksanakan tindakan

Maklumbalas (Ujian Pos)

Refleksi

Lampiran

Rujukan

3

45

5

5

66

6

788

8

9

13 - 16

17

PENGHARGAAN

Setingi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Universiti Pendidikan Sultan Idris kerana semua pelajar PJJ-PPG pada semester ini telah berpeluang untuk membuat Kajian Tindakan dengan kefahaman yang lebih baik berbanding dengan sebelum ini bagi memantapkan diri sebagai seorang guru yang professional. Tidak ketinggalan juga kepada Doktor selaku pensyarah matapelajaran KPD 3026 Pengajaran, Teknologi dan Pentaksiran 2.

Terima kasih diucapkan kepada seluruh warga khususnya Guru Besar yang atas keperihatinan yang diberikan. Terima kasih juga diucapakan kepada guru-guru Sekolah yang telah memberi sokongan bagi saya menyiapkan tugasan ini.

Sekian, terima kasih.

MENINGKATKAN PENGUASAAN DALAM ISI KANDUNGAN SAINS BAGI MURID-MURID TAHUN 5 BESTARI DENGAN MENGGUNAKAN PETA MINDA ABSRTAK

Kajian ini dilaksanakan untuk meningkatkan penguasaan isi kandungan sains dan hasilnya boleh dilihat melalui Ujian Pra dan Ujian Pos, Bahagian A (soalan aneka pilihan) murid Tahun 5 Bestari iaitu murid berprestasi rendah. Di dapati mereka masih sangat sukar memahami dan mengingati isi kandungan Sains. Mereka tidak berupaya memperolehi sekurang-kurangnya 20 soalan betul bagi mendapat markah lulus untuk Sains dengan tidak mengambilkira Bahagian B bahagian ini melibatkan kemahiran berfikir tahap tinggi. Disebabkan Peperiksaan Akhir Tahun hampir tiba saya juga membuat kelas tambahan sebanyak 3 jam seminggu tetapi mereka masih tidak dapat menguasai isi kandungan pelajaran. Situasi ini telah mendorong saya untuk menjalankan kajian tindakan terhadap murid-murid ini untuk meningkatkan penguasaan isi kandungan Sains Tahun 5 dan hasil boleh dilihat melalui penilaian Bahagian A, Peperiksaan Akhir Tahun sebagai Ujian Pos yang dipaparkan oleh Students Performance Chart atau SP Chart dibahagian lampiran. Kajian ini telah dijalankan terhadap 15 orang murid kesemuanya

Dengan demikian saya telah menggunakan teknik Peta Minda bagi mengatasi masalah ini di dalam kelas formal dan kelas tambahan 3 jam seminggu selepas waktu sekolah. Selepas saya menggunakan teknik Peta Minda di dalam setiap pengajaran dan pembelajaran sama ada di kelas formal dan di kelas tambahan selepas waktu persekolahan, di dapati penguasaan murid mununjukkan kesan yang begitu baik. Hasilnya keputusan Ujian Pos adalah jauh lebih baik berbanding dengan Ujian Pra. Minat dan tumpuan murid juga semakin baik terhadap subjek ini. Saya juga dihargai oleh murid-murid. Diharap dapatan kajian ini akan dapat memberikan pengetahuan dan pengalaman yang dapat dikongsi dikongsi bersama dengan guru-guru lain.

1. Latarbelakang KajianSemasa saya menjalankan makro pengajaran, di dapati murid sangat lemah dalam memahami dan mengingati apa yang saya sampaikan. Walaupun saya mengulangi isi kandungan berulangkali tetapi masih terdapat yang tidak memahaminya. Soalan yang mudah berkaitan dengannya iaitu selepas mengulangi isi kandungan berkali-kali, saya masih diberikan dengan pelbagai jawapan yang salah. Mereka lebih suka meneka jawapan kerana mereka tidak faham dan sukar mengingati isi kandungan. Tanggapan saya bahawa mereka mengulangkaji sendiri di rumah meleset kerana melalui ujian dan peperiksaan yang dijalankan di sekolah mereka sukar mencapai sekurang-kurangnya 20 soalan betul. Ini boleh dilihat melalui Students Performance Chart atau SP Chart yang dibuat oleh saya. Saya juga mendapati ingatan mereka untuk isi kandungan pelajaran hanya untuk satu jangka masa yang pendek sahaja.2. Isu Keperihatinan / Fokus Kajian80% daripada murid Tahun 5 Bestari sangat sukar menguasai isi kandungan pelajaran. Ini boleh dilihat melalui markah Bahagian A yang dipaparkan oleh SP Chart. Mereka tidak berupaya menjawab sekurang-kurangnya 20 soalan betul Bahagian A yang mengandungi 30 soalan untuk membolehkan mereka lulus kerana Bahagian B hanya 0.5% sahaja yang boleh mendapat markah kurang daripada 5%. Ini berpunca daripada kurangnya minat, tumpuan dan sifat malas pelajar serta kurang galakan ibubapa. Jika masalah ini dibiarkan berterusan maka hampir kesemua murid-murid tidak akan lulus ujian progresif dan peperiksaan. 3. Rasional KajianKajian ini dibuat kerana murid-murid Tahun 5 memerlukan satu kaedah pembelajaran yang membolehkan mereka menguasai isi kandungan pelajaran dengan lebih baik sehingga mereka boleh lulus subjek Sains.4. Objektif Kajian

Selepas kajian ini selesai dijalankan, murid-murid diharap akan mencapai objektif berikut:

(i) Objektif umum

Meningkatkan penguasaan isi kandungan Sains menggunakan teknik Peta Minda di dalam pengajaran dan pembelajaran(ii) Objektif khusus

(a) Meningkatkan minat murid untuk mempelajari Sains.

(b) Meningkatkan daya ingatan murid terhadap subjek Sains Tahun 55. Kumpulan Sasaran

Kumpulan sasaran merupakan murid-murid Tahun 5 Bestari yang terdiri daripada 15 orang (8 lelaki dan 7 perempuan). Ini kerana mereka merupakan murid-murid berpretasi rendah yang mampu menguasai isi kandungan Sains jika adanya satu pendekatan yang berkesan dijalankan. Mereka merupakan murid sasaran lulus sekurang-kurangnya gred C dalam Peperiksaan Akhir Tahun ini6. Jadual Pelaksanaan Kajian

BilAktivitiTarikh PelaksanaanCatatan

1Mengenalpasti masalah dan mengumpul data awal.18.9.2012

2Menulis proposal kajian19.9.2012 20.9.2012

3Tinjauan dan analisis masalah 21.9.2012 22.9.2012

4Melaksanakan tindakan 24.9.201225.10.2012

5Maklumbalas (Ujian Pos)26.10.2012

6Refleksi dan menulis laporan kajian27.10.2012-21.11.2012

7Penyerahan laporan kajian tindakan kepada pensyarah21.11.2012

7. Tinjauan MasalahTinjauan masalah yang dijalankan adalah berdasarkan keputusan Ujian Pra, soal-selidik dan pemerhatian seperti dibawah:(i) Ujian Pra

Ujian Progresif 1 dijadikan sebagai Ujian Pengesanan yang terdiri daripada 30 soalan aneka pilihan. Pencapaian Bahagian A yang terdiri daripada penguasaan isi kandungan pelajaran pelbagai tahap dianalisis menggunakan SP Chart.(ii) Soal-selidik

Terdiri daripada 6 soalan berstruktur yang berbentuk dikotomus. Murid diberi pilihan Ya atau tidak.

(iii) Pemerhatian

Dibuat sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran terhadap tahap penguasaan murid.8. Analisis Tinjauan Masalah(i) Ujian Pra

Berikut adalah dapatan daripada ujian pra:Jenis UjianJumlah soalan

betul jawabJumlah muridPeratusan

Ujian Pra

20 3016.6

15 19213.4

0 141280

Keputusan di atas menunjukkan bahawa peratusan murid yang menjawab dengan betul 14 dan kebawah bagi Ujian Pra ialah 80%, 13.4% merupakan yang boleh menjawab 15 soalan hingga 19 soalan betul. Oleh itu hanya 1 orang murid yang boleh menjawab 20 dan ke atas jawapan dengan betul sebanyak 6.6%.(ii) Pemerhatian

Melalui pemerhatian yang dijalankan semasa P&P didapati murid mengambil masa yang lama untuk memahami dan mengingati isi kandungan pelajaran. Mereka juga begitu lemah untuk mengingati semula apa yang telah diajar oleh saya sama ada secara teori atau praktikal yang telah mereka laksanakan sendiri atau secara berkumpulan di dalam kelas.

(iii) Soal selidikHasil soal selidik yang diperolehi adalah seperti di bawah:

KriteriaJumlah muridPeratusan

YTYT

11328614

21147327

33122080

42131486

53122080

6141937

Daripada soal selidik yang diperolehi didapati bahawa 86% murid berminat dengan pelajaran Sains, 73% mengatakan pelajaran sukar, 80% tidak memahami isi kandungan Sains, hanya 14% membuat ulangkaji dirumah, 20% mempunyai bahan yang mencukupi untuk mengulangkaji dan 93% mengharapkan guru sepenuhnya untuk belajar.8.1 Intrepretasi Data Bagi Tinjauan AwalDaripada kesemua data yang telah dikumpulkan di dapati murid Tahun 5 Bestari sangat lemah dalam menguasai isi kandungan pelajaran. Melalui Ujian Pra dapat dikesan peratusan yang akan lulus keseluruhan mata pelajaran sains yang merangkumi Bahagian A adalah sangat kecil. Melalui pemerhatian murid mengambil masa yang lama memahami dan menguasai isi kandungan. Saya terpaksa mengulangnya berkali-kali dan mereka masih lagi sukar memahami dan mengingatinya. Ini kerana mereka mempunyai daya ingatan dan daya pemikiran yang lemah. Melalui soal-selidik yang telah diberi di dapati murid berada dalam situasi ini kerana walaupun mereka berminat dengan mata pelajaran Sains tetapi mata pelajaran ini sukar untuk dipelajari maka mereka sukar memahami isi kandungannya. Sebahagian besar daripada mereka iaitu 86% tidak membuat ulangkaji langsung dirumah, malah 80% daripada mereka tidak mempunyai bahan untuk mengulangkaji pelajaran dan hampir kesemuanya seramai 93% mengharapkan bulat-bulat daripada guru untuk belajar.9. Perancangan Dan Melaksanakan Tindakan

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran secara formal di sekolah dan sewaktu kelas tambahan sains selama 3 jam seminggu selepas waktu persekolahan saya menggunakan Teknik Peta Minda yang bewarna-warni. Saya juga meminta mereka membuat sendiri Peta Minda tersebut di dalam buku nota. Saya juga memberi aktiviti murid secara berkumpulan dan meminta ketua mempersembahkan hasil perbincangan kumpulan melalui penggunaan Peta Minda. Pendekatan menggunakan Peta Minda ini dilaksanakan selama sebulan mulai September sehingga Peperiksaan Akhir Tahun yang di adakan pada bulan Oktober.

10.Maklumbalas (Ujian pos)Bagi melihat pencapaian akhir saya menggunakan Bahagian A, Peperiksaan Akhir Tahun sebagai Ujian Pos untuk menilai sejauh mana perkembangan murid selepas menggunakan peta minda dalam pengajaran dan pembelajaran termasuk sesi ulangkaji bersama guru. Berikut adalah dapatan daripada Ujian Pos yang diperolehi daripada SP Chart:Jenis UjianJumlah soalan

betul jawabJumlah muridPeratusan

Ujian Pos

20 301066.7

15 19426.6

0 1416.7

Daripada maklumat Ujian Pos yang dijalankan didapati seramai 6.7% menjawab dibawah 14 jawapan betul, seramai 26.6% juga menjawab di antara 15 hingga 19 jawapan betul dan terdapat 66.7% orang menjawab diantara 20 hingga 30 jawapan betul.11. Refleksi11.1 Maklumbalas Daripada Ujian Pra (Ujian Awal) Dan Ujian Pos (Ujian Akhir)Ujian Pra dan Ujian Pos dibuat perbandingan untuk mengetahui perkembangan dan keberkesanan penggunaan teknik Peta Minda peta semasa pengajaran dan pembelajaran termasuk semasa mengulangkaji pelajaran bersama guru dalam meningkatkan penguasaan isi kandungan Sains:

Berdasarkan maklumat yang diperolehi daripada Ujian Pra dan Ujian Pos yang dijalankan carta bar di atas dibentuk untuk melihat perbezaan pencapaian mereka sebelum dan selepas penggunaan Peta Minda di dalam penguasaan isi kandungan pelajaran. Maka dapatlah dirumuskan bahawa penggunaan teknik ini telah berjaya meningkatkan penguasaan murid dan telah terbukti melalui Peperiksaan Akhir Tahun iaitu soalan Bahagian A. Murid yang menjawab jawapan betul 14 dan ke bawah tinggal 6.7% daripada 80% semasa Ujian Pra iaitu murid yang masih tidak cekap membaca. Murid yang mendapat antara 15 hingga 19 jawapan betul juga meningkat ke 26.6% daripada 13.4% semasa Ujian Pra. Selebihnya meningkat dengan tinggi iaitu mendapat sekurang-kurangnya 20 betul iaitu 66.7% daripada 6.6%. Ini sudah cukup untuk membuatkan mereka lulus sains tanpa mengambil kira Bahagian B yang memerlukan masa yang jauh lebih panjang untuk dikuasai.Murid mula menunjukkan keyakinan yang tinggi apabila mereka berjaya membuat satu pencapaian yang mengkagumkan mereka. Keputusan ini adalah sebagai penggalak untuk mereka mencapai keputusan yang lebih baik apabila mereka menduduki peperiksaan UPSR pada tahun hadapan.

Walaubagaimanapun terdapat beberapa kelemahan disamping kelebihan di dalam melaksanakan pendekatan Peta Minda seperti dibawah:

Kelemahan penggunaan Peta Minda bagi murid Tahun 5 Bestari:

1. Terdapat murid yang agak lambat menulis dan ini mengambil masa yang agak lama.

2. Guru perlu menyediakan warna pensel yang banyak kerana biasanya murid-murid di kelas ini terutamanya murid lelaki malas untuk membawanya ke sekolah.

Kebaikkan penggunaan Peta Minda bagi murid Tahun 5 Bestari:

1. Ianya menarik minat murid belajar dan situasi pembelajaran tidak terlalu tegang.

2. Murid mengharapkan guru seratus peratus oleh itu ingatan dan kefahaman mereka terhadap kandungan pelajaran menjadi lebih kukuh apabila guru dihadapan memberi panduan kepada mereka dalam menyiapkan satu Peta Minda tentang topik kecil yang mereka belajar.

3. Murid-murid ini terdiri daripada golongan yang tidak suka membaca dan memahami tetapi lebih suka menghafal. Peta Minda tidak menyediakan terlalu banyak perkataan untuk dibaca dan diingati.11.2Refleksi Dan Penilaian Kendiri

Daripada kajian tindakan yang dijalankan saya mendapati penguasaan murid terhadap isi kandungan banyak bergantung kepada pendekatan yang digunakan oleh guru semasa mengajar di dalam kelas. Kajian ini juga menunjukkan bahawa pencapaian murid boleh dipertingkatkan apabila masalah pembelajaran yang mereka hadapi dapat diatasi. Masalah murid dapat diketahui jika masalah mereka ini di tinjau dengan mengumpulkan data-data yang sesuai.

Kelemahan-kelemahan ini timbul kerana saya perlu menghabiskan sukatan pelajaran yang banyak dan saya juga mempunyai beban kerja yang banyak. Oleh itu saya tidak mampu memberi perhatian khusus kepada murid-murid saya dan ini juga menyebabkan kualiti pembelajaran terjejas. Soalan Peperiksaan Akhir Tahun juga daripada Majlis Guru-guru Besar, Perak juga mudah.11.3 Cadangan untuk penambahbaikkanPemerhatian awal menunjukkan murid lemah dalam memahami dan mengingati isi kandungan sains oleh itu saya mencadangkan beberapa panambahbaikkan agar dapat dimanfaatkan oleh guru-guru yang akan mengajar mereka di Tahun 6 nanti iaitu tahun mereka mangambil UPSR.Cadangan saya ialah:

1. Penggunaan buku kerja.Penggunaan buku ini dapat memantapkan pengetahuan mereka. Guru dapat mengesan kelemahan berkaitan istilah atau fakta tertentu yang murid tidak faham dan membuat tindakan susulan untuk murid mengatasinya.

2. Bimbingan teknik belajar melalui program Mentor dan Mentee.

Program ini merupakan program UPSR peringkat sekolah. Guru-guru yang bukan di bidang ini akan diberi pendedahan tentangnya untuk meningkatkan prestasi murid terutama dari segi teknik-teknik belajar Sains yang betul seperti teknik mengulangkaji dan pembahagian masa pembelajaran.

SEKOLAH KEBANGSAAN

31350 IPOH, PERAK

SOAL-SELIDIK KAJIAN TINDAKAN SAINS 2012Arahan: Anda diminta memberi kerjasama untuk membulatkan jawapan yang betul dengan jujur. Maklumat berkaitan diri anda akan dirahsiakan.

1.Adakah anda berminat dengan mata pelajaran sains?

YaTidak

2.Adakah mata pelajaran sains sukar?

YaTidak

3.Adakah anda memahami isi kandungan mata pelajaran sains?

YaTidak

4.Adakah anda membuat ulangkaji di rumah?

YaTidak

5.Adakah anda mempunyai bahan yang mencukupi untuk membuat ulangkaji?

YaTidak

6.Adakah anda mengharapkan guru seratus peratus untuk belajar?

YaTidak

Soal-selidik tamat.

Terima kasih atas kerjasama anda.

SP CHART BAGI UJIAN PROGRESIF 2 SAINS TAHUN 5 2012

(UJIAN PRA)

DAN

SP CHART BAGI PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2012

(UJIAN POS)

UJIAN PRA (BAHAGIAN A SOALAN ANEKA PILIHAN)SP CHART SAINS TAHUN 5 BESTRAI - UJIAN PROGRESIF 2 TAHUN 2012

UJIAN POS (BAHAGIAN A SOALAN ANEKA PILIHAN)

SP CHART SAINS TAHUN 5 BESTARI - PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2012

Rujukan:1. Mok Soon Sang (1994), Psikologi Pendidikan 2, Kuala Lumpur: Penerbit Kumpulan Budiman2. Othman Lebar (2011), Kajian Tindakan Dalam Pendidikan: Teori Dan Amalan, Tanjung Malim: Penerbit UPSI3. Schensul, S.L., Schensul, J.J. & LeCompte, M.D. (1999), Essential Ethnographic Methods, Ethnographic Toolkit, New York: Altamira Press

4. Stringer, E., (2004), Action Research In Education, New Jersey: Pearson Prentice Hall

5. Elliot, J. (1999), Action Researh For Educational Change, Buckingham: Open University6. An Overview Of The Methodological Approach Of Action Research (laman web), diambil pada September 2012, diperolehi daripada http://www.web.ca/robrien/papers/arfinal.html7. Action Research (laman web), diambil pada Oktober 2012, diperolehi daripada http://www.lab.brown.edu/pubs/themes_ed/act_research.pdf8. Action Research In Education (laman web), diambil pada Oktober 2012, diperolehi daripada http://www.edu.plymouth.ac.uk/resined/actionresearch/arhome.htm9. Action Research (laman web), diambil pada Oktober 2012, diperolehi daripada http://www.alara.net.au/aral/actionresearch10. Action Research (laman web), diambil pada November 2012, diperolehi daripada http://www.cal.org/resources/digest/0308donato.htmlPEMARKAHAN1.RAKAMAN 12.REFLEKSI 13.RAKAMAN 24.REFLEKSI 25.RPH6.LAPORAN KT7.FORUMJUMLAH

Laporan Kajian Tindakan:

MENINGKATKAN PENGUASAAN DALAM ISI KANDUNGAN SAINS BAGI MURID-MURID

TAHUN 5 BESTARI DENGAN MENGGUNAKAN PETA MINDA

SEKOLAH KEBANGSAAN ABC

7