korpus bahasa.ppt

14
1 PENGGUNAAN DAN FUNGSI BAHASA Dalam konteks semasa, penggunaan bahasa Melayu yang sempurna adalah berdasarkan hakikat: 1. Bahasa yang baik, mudah, dan praktis. 2. Bahasa yang berkesan. 3. Bahasa yang indah. MINGGU 3

Upload: norazira-arifin

Post on 25-Oct-2015

58 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

bahasa melayu

TRANSCRIPT

Page 1: korpus bahasa.ppt

1

PENGGUNAAN DAN FUNGSI BAHASA

Dalam konteks semasa, penggunaan bahasa Melayu yang sempurna adalah berdasarkan hakikat:

1. Bahasa yang baik, mudah, dan praktis.

2. Bahasa yang berkesan.

3. Bahasa yang indah.

MINGGU 3

Page 2: korpus bahasa.ppt

2

Untuk memastikan bahasa Melayu dapat digunakan dalam pelbagai bidang dan menjadi bahasa wahana ilmu, dua aspek perlu diusahakan, iaitu keintelektualan dan kesempurnaan bahasa.

Keintelektualan Bahasa

Dimaksudkan dengan keupayaan menyampaikan buah fikiran dan hujah dengan tepat dan berkesan, berkeupayaan mengungkapkan kesinambungan dan kerumitan fikiran.

Mengikut Havranek (1984), klimaks pencapaian tahap keintelektualan bahasa dapat dicapai melalui pembinaan dan pengayaan kosa kata serta struktur tatabahasa.

Page 3: korpus bahasa.ppt

3

Kesempurnaan Bahasa

Antara ciri bahasa yang mencapai tahap kesempurnaan ialah:

• Kecendekiaan• Kepelbagaian• Kelenturan• Kepraktisan• Keberkesanan• Ketertiban• Kesederhanaan• Ketekalan• Keberadaban• Keindahan

Page 4: korpus bahasa.ppt

4

Fungsi Bahasa

Fungsi bahasa Melayu dalam konteks kini dapat diperlihatkan berasaskan dasar dan motif penggunaan bahasa itu sendiri yang dianggap sebagai fungsi am, iaitu sebagai:

• Penglahiran maksud, perasaan, ekspresi, dan penunjang minda.

• Alat komunikasi.

• Alat integrasi (penyatuan) dan adaptasi (penyesuaian) sosial.

• Alat kawalan sosial.

Page 5: korpus bahasa.ppt

5

Fungsi Khusus Bahasa

Secara khusus, fungsi utama bahasa Melayu dalam konteks negara kita adalah seperti yang berikut:

• Sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa komunikasi, iaitu bahasa yang melambangkan kedaulatan negara, seperti yang termaktub dalam para 152 Perlembagaan Malaysia.

• Sebagai bahasa perpaduan negara – dilaksanakan melalui Dasar Pendidikan Negara.

• Sebagai bahasa pentadbiran, bahasa perhubungan, dan bahasa media massa.

• Sebagai bahasa ilmu pengetahuan, wahana ilmu, dan sebagai asas tamadun tinggi.

Page 6: korpus bahasa.ppt

6

PEMBAKUAN BAHASA

Pembakuan bahasa dapat didefinisikan sebagai usaha, tindakan atau proses mengetengahkan bentuk bahasa yang benar dan yang dapat menjadi dasar ukuran (Awang Sariyan, 1996: 3).

Pembakuan bahasa meliputi seluruh sistem bahasa, iaitu sistem sebutan, ejaan, peristilahan, tatabahasa, dan kosa kata (perkamusan).

Page 7: korpus bahasa.ppt

7

Konsep Bahasa Baku dan Pembakuan Bahasa

Bahasa baku dan pembakuan bahasa adalah dua istilah yang berkait rapat. Kata baku telah lama wujud dalam kamus Melayu, iaitu telah tercatat dalam Kamus Umum Bahasa Indonesia susunan W.J. S.Poerwadarminta yang diterbitkan pada tahun 1953. Dalam kamus tersebut, kata baku dijelaskan sebagai:

• Yang menjadi pokok, yang sebenarnya.

• Sesuatu yang dipakai sebagai dasar, ukuran.

Page 8: korpus bahasa.ppt

8

Kamus Dewan (1970) pula memberikan erti baku sebagai:

• Yang pokok, yang dasar, yang sebenar.

• Yang diterima umum sebagai bentuk yang sah dan betul, dan dijadikan asas perbandingan (berkenaan bahasa, sebutan, ejaan, dsbnya.), standard.

Dalam konteks perancangan bahasa, bahasa baku adalah bahasa yang menunjukkan norma baku dalam suatu kawasan akibat perbezaan sosial dan daerah (kedudukan geografi) yang wujud.

Page 9: korpus bahasa.ppt

9

Bahasa baku pula dimaksudkan sebagai bahasa yang seragam, variasi bahasa yang menjadi norma penggunaan bahasa Melayu dalam situasi rasmi (Nik Safiah Karim, 1988:1). Awang Sariyan (1989:38) pula memberi pengertian bahasa baku sebagai satu ragam bahasa yang digunakan untuk suasana dan keperluan rasmi atau formal.

Bentuk Penggunaan Bahasa

Dalam konteks pendidikan bahasa, pemilihan perlu dilakukan untuk menentukan variasi bahasa yang perlu dibakukan. Bernstein (1968) membahagikan bahasa kepada dua variasi utama, iaitu:

1. Bahasa terhad (restricted code)

2. Bahasa terbina (elaborated code)

Page 10: korpus bahasa.ppt

10

Ciri Bahasa Terhad

1. Bersifat ringkas

2. Mengandungi kependekan atau singkatan

3. Amat bergantung pada konteks

4. Rujukan dibuat kepada perkara atau peristiwa yang dialami bersama oleh anggota masyarakat.

5. Tidak memerlukan huraian yang mendalam dan terperinci tentang sesuatu topik atau perkara yang dibincangkan.

Page 11: korpus bahasa.ppt

11

Ciri Bahasa Terbina

1. Bersifat kompleks.

2. Mempunyai susunan yang teratur dan rapi.

3. Tidak didasarkan kepada latar belakang atau pengalaman yang dialami atau difahami bersama.

4. Setiap topik atau tajuk perbincangan perlu dihuraikan atau dinyatakan dengan terperinci.

Dalam konteks perancangan dan pembakuan bahasa, variasi yang menjadi norma atau ukuran penggunaan bahasa yang baku ialah bahasa terbina.

Page 12: korpus bahasa.ppt

12

Perancangan Korpus Bahasa

Perancangan korpus bahasa sebenarnya adalah pembinaan bahasa, dan dalam konteks pembakuan bahasa boleh diteliti melalui beberapa proses, iaitu:

• Pemilihan (selection)

• Pengekodan (codification)

• Peluasan fungsi (elaboration of function)

• Penerimaan (acceptance)

Page 13: korpus bahasa.ppt

13

Ciri Bahasa Baku

Sesuatu bahasa itu dianggap bahasa baku (standard) jika mempunyai ciri yang berikut:

• Bersifat terbuka• Bersifat stabil• Bersifat cendekia (intelektual)• Bersifat pemersatu• Bersifat pemisah• Berprestij• Bersifat rangka rujukan• Kekerapan penggunaan• Sejarah atau tradisi penggunaan• Pengaruh penggunaan

Page 14: korpus bahasa.ppt

14

Aspek Penting dalam Pembakuan Bahasa

1. Sistem ejaan

2. Sebutan

3. Peristilahan

4. Kosa kata (perkamusan)

5. Tatabahasa

6. Laras Bahasa