korekkorak isu #2

34
KOREKKORAK2 KABUR

Upload: korekkorak

Post on 06-Apr-2016

233 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

 

TRANSCRIPT

Page 1: KorekKorak isu #2

KOREKKORAK2 KABUR

Page 2: KorekKorak isu #2

Kau rendam kain putih itu di tengah padang lumpur hingga luntur segala jawi

Kabur segala rasaDan lenyap dalam kesatuan

Lalu kau ikat kan kain berlumur daki lecak itu ke waktu yang tak terpisah

--lima semuanya

"Kau tidak akan binasa dalam kesesatan ini"Pesannya dilangit tujuh.

TANPA TAJUK

Page 3: KorekKorak isu #2

Kau rendam kain putih itu di tengah padang lumpur hingga luntur segala jawi

Kabur segala rasaDan lenyap dalam kesatuan

Lalu kau ikat kan kain berlumur daki lecak itu ke waktu yang tak terpisah

--lima semuanya

"Kau tidak akan binasa dalam kesesatan ini"Pesannya dilangit tujuh.

TANPA TAJUK

Page 4: KorekKorak isu #2

Mulanya rasa asakfikir kau sambil mengusap dada

Kemudian rasa sempitfikir kau tidak mengapa, seben-tar

Lalu helaan dilepasfikir kau, aneh, berat sekali

n o k t u r n a l

Dipersorok, yang dibalik dindingkau buka lihat dan kebil,ah, sudah kabur

Kemudian kau lihat ke kanan dan ke kirikau gosok mata lagi, kau laungdimana ini?

Teriak kah kalau tiada bernadamungkin halusinasi lagi

Lalunya kau pejamkemudiannya kau hanyut lagi.

Page 5: KorekKorak isu #2
Page 6: KorekKorak isu #2

Filem untuk keluaran ini. – by Gai

Aku randomly tonton filem ini sebab aku selalu patah hati dengan sekelumit filem tempatan yang tidak mampu memuaskan otak aku untuk me-manipulasikan filem tersebut.

Aku seorang hamba Tuhan yang universal, semua aku layan.

Filem keluaran 2004 ini aku terpikat dengan penghasilannya. Aku label filem ini sebagai, “Cinta mistik yang hakiki” Bila aku tonton, dari mula hingga babak akhir. walaupun filem ini 80% silent tapi suara para pelakon tu ada dalam diri aku. Melalui penceritaan yang Kim Ki-duk filemkan, dia layarkan apa yang aku dan mungkin manusia lain fikirkan. didalam dunia yang pelik ini. Ia umpama dia membacakan sajak dengan penuh penerangan yang jelas. Ki-duk juga membuat kita berfikir mengenai erti sebenar cinta serta kehidupan di dunia ini. Wujudkah orang kaya yang sanggup tinggalkan rumahnya untuk hidup di dunia yang sederhana? Benarkah seorang suami itu mencintai isterinya apabila memukul-nya kerana tidak ingin berasmara? Dunia ini dikelilingi bunyi yang mampu membunuh dan perbualan yang sama, adakah dunia yang senyap hanya untuk manusia yang terpilih sahaja? Mampukah kehadiran manusia yang tidak nyata, membuat kita bahagia, berbanding kehadiran yang nyata?

-------

Tae-suk (Jae Hee) ialah seorang penunggang motorsikal yang berkuasa besar, dimana meletakkan flyer – flyer di pintu rumah orang. Dia akan kembali semula , dan melihat rumah yang tidak diusik flyers itu, lalu dia akan memecah masuk. Tae-suk akan periksa telefon rumah sama ada tuan rumah pergi bercuti atau tidak . Dia bukanlah seorang perompak. Bagi aku dia lebih kepada “tukang bersih” atau “penjaga rumah” tanpa perlu di hubungi. Sun-hwa (Jae Hee) ialah seorang model yang mana merupakan isteri kepada suami yang merupakan seorang kaki pukul. Mereka berdua berkenalan didalam rumah perempuan itu, ketika Tae-suk memasuki rumah perempuan itu. Mereka bersama membina hidup baru walau hanya

sementara, namun wujudnya cinta mistik diantara mereka. Dunia mereka amat berbeza dan amat indah.

Page 7: KorekKorak isu #2

Filem untuk keluaran ini. – by Gai

Aku randomly tonton filem ini sebab aku selalu patah hati dengan sekelumit filem tempatan yang tidak mampu memuaskan otak aku untuk me-manipulasikan filem tersebut.

Aku seorang hamba Tuhan yang universal, semua aku layan.

Filem keluaran 2004 ini aku terpikat dengan penghasilannya. Aku label filem ini sebagai, “Cinta mistik yang hakiki” Bila aku tonton, dari mula hingga babak akhir. walaupun filem ini 80% silent tapi suara para pelakon tu ada dalam diri aku. Melalui penceritaan yang Kim Ki-duk filemkan, dia layarkan apa yang aku dan mungkin manusia lain fikirkan. didalam dunia yang pelik ini. Ia umpama dia membacakan sajak dengan penuh penerangan yang jelas. Ki-duk juga membuat kita berfikir mengenai erti sebenar cinta serta kehidupan di dunia ini. Wujudkah orang kaya yang sanggup tinggalkan rumahnya untuk hidup di dunia yang sederhana? Benarkah seorang suami itu mencintai isterinya apabila memukul-nya kerana tidak ingin berasmara? Dunia ini dikelilingi bunyi yang mampu membunuh dan perbualan yang sama, adakah dunia yang senyap hanya untuk manusia yang terpilih sahaja? Mampukah kehadiran manusia yang tidak nyata, membuat kita bahagia, berbanding kehadiran yang nyata?

-------

Tae-suk (Jae Hee) ialah seorang penunggang motorsikal yang berkuasa besar, dimana meletakkan flyer – flyer di pintu rumah orang. Dia akan kembali semula , dan melihat rumah yang tidak diusik flyers itu, lalu dia akan memecah masuk. Tae-suk akan periksa telefon rumah sama ada tuan rumah pergi bercuti atau tidak . Dia bukanlah seorang perompak. Bagi aku dia lebih kepada “tukang bersih” atau “penjaga rumah” tanpa perlu di hubungi. Sun-hwa (Jae Hee) ialah seorang model yang mana merupakan isteri kepada suami yang merupakan seorang kaki pukul. Mereka berdua berkenalan didalam rumah perempuan itu, ketika Tae-suk memasuki rumah perempuan itu. Mereka bersama membina hidup baru walau hanya

sementara, namun wujudnya cinta mistik diantara mereka. Dunia mereka amat berbeza dan amat indah.

3 Iron – Kim Ki-duk (Korea Selatan)

Page 8: KorekKorak isu #2

Strange ataupun pelik. Aneh, ganjil, luar biasa, ajaib, asing, ghaib--

Connection ataupun sesuatu yg digunakan utk men-yambung; sesuatu yg men-yambungkan--

Connection konteks dia variasi. Hingga ke hujung dunia ada connection. Connection dengan Tuhan, alam, manusia, binatang dan lain lain.

Apabila terlahirnya manusia di muka bumi ini, dia telah mendapat connection yang pelbagai dari setiap sudut hidupnya. Salah satunya ialah connection dengan manusia. Yang mana pelbagai connection telah disambung-kan kepada dirinya dengan lautan manusia.

good and bad connection. But dari Good boleh jadi

Bad.

Bad connection yang mana, dengan orang yang kita kenal dan rapat seka-li pun boleh terputus. Orang yang kita harapkan, percaya, sayang, tiba tiba tak boleh nak connect dengan kita. Bukan kita sahaja yang dah lost connection dengan manusia dan hidup kita. Orang yang riak muka dia tenang, segak, kawan banyak, digilai ramai, mahupun senang, juga mungkin lost connection.

Ada juga diantara kita, bila dah lost connection dengan manusia, rasa macam diri ini terasing. Tiada siapa yang se-suai dengan connection kita. SALAH. Ada sahaja orang lain yang sesuai dengan connec-tion kita.

Walau seminit pun connectionnya, namun

jiwa dia connect dengan kita. Dia rasa apa kita rasa, kita rasa dirinya

juga.

Disitulah terhubungnya connection yang sukar ditemui iaitu Strange Connection.

Dimana kita duduk bertenang bermuhasa-bah diri, dan di barisan kita terdapat seorang jiwa ham-ba yang lapang dan kita tak pernah bersua. Dia bertanya-kan khabar kita. Dan kita balas kembali pertanyaan. Dari perbincangan yang kecil membawa kepada skop yang besar. Dan connection itu makin stabil dan membuat kita tidak ingin berganjak dan adrenalin makin rancak.

Strange Connection ini mampu menyelamatkan nyawa, hidup, cinta, kerjaya, masa depan, etc. So jangan-lah rasa diri ini tiada siapa ingin bersama kita , membantu kita, percayakan kita. Ada.

Stranger.

Amat sukar nak dapat Strange Connection yang mana boleh ubah diri kita hidup seberapa darjah yang jauh mungkin.

Rahsia Tuhan, nak kongsi dengan kita, dia connect kan kita dengan Strange Connection.

Anda pernah mengalami?

Tahniah.

s t r a n g e c o n n e c t i o n

Page 9: KorekKorak isu #2

Mulanya aku berpedal dengan kenderaan beroda dua ni waktu aku darjah dua. Ya, agak lambat (diperli jugak, macam apa), tapi tak terlalu lam-bat. Sukar itu mesti, pada mulanya. Selalu juga hampir terjatuh, hampir hilang kawalan. Tapi, adrenalin. Bila masa adrenalin dah dicucuk den-gan ingin tahu—gegar nadi pun kau tak heran. Darjah dua dan setahun itu aku giat berbasikal (pinjam jiran punya—mukanya tak macam mahu bagi, tapi aku ada cara untuk meminta), berpedal di sekitar taman perumahan (takde yang menarik perhatian, tapi jiwa anak kecil susah gubar, jadi teruskan saja meronda-ronda dalam kebosanan—tapi ghairah, oh, ghairah). Kemudian naik darjah tiga. Mana dah hilang adrenalin aku tu. Oh, ya, mungkin sebab rakan sebaya. Penting lagi interak-si bersama mereka dibandingkan dengan ber-basikal (sedapkan hati, anak kecil perlu cari puak untuk hidup juga).

Kemudian datang pula umur akil baligh. Semua jadi payah. Perempuan. Mahu jugak aku salahkan jantina. Tapi itu lahiriah. Aku tak bantah. Cuma sesal sikit tak terus mengayuh dan kayuh.Dan sekarang.

Sekarang aku obses balik. Aku fikir, jangan sesal lagi kali ni. Biarkan seluruh dibogel, jangan sesal kali ni.

Aku pun tak faham sangat obsesi basikal. Tak-de-lah pro, takde-lah berbasikal di gunung ganang semata mahu tunjuk aku enthusiast yang ber-kaliber—tapi kau boleh terima obsesi ni semacam, satu tabiat. Lekang susah, gentel sahaja difikiran, berapung apung dalam otak; gian.

Jadi aku berbasikal semula. Dan dewasa, otak aku berjalan bukan seperti anak kecil. Otak aku membesar seperti badan aku juga (dan kadang-kala, mengecewakan). Ghairah masih wujud, Cuma tak mem...bara macam dulu. Dewasa aku lebih ke arah ingin tahu (atau tak ingin tahu; aku tak boleh decide mana lagi betul). Bergantung pada cuaca sekarang ni (hujan, hujan, hujan), jadi gaya ber-basikal aku juga agak melankolik.

Romantik, kadang. Ini aku sipu malu sikit, tapi dewasa aku—heran apa.

BasikalDewasa aku lebih memerhati awan, lekuk ke,

kepul ke, aku suka. Anak kecil Cuma mahu lihat jalan, kayuh laju, eksyen lepas tangan dua dua. Dewasa aku ke arah, hmm, dewasa. Berbasikal seperti bersahaja. Kunci rumah ibu beri diguna

sebaiknya—subuh keluar berbasikal, balik sebelum matahari mencanak—atau sesudah mencanak.

Bergantung pada cuaca dan emosi.

Dewasa aku lebih berfikir—atau kurang; mana mana pun sama. Jadi berbasikal adalah gear

aku. Auto, dan direct ke gear otak. Mungkin man-ual. Aku tak pasti—sebab basikal, kejadah apa

manual ke auto, kan?

Yang pasti, basikal bagi aku satu

ketetapan, graviti dalam

keadaan aku menye-imbang. Boleh jadi aku bercakap mengenai keadaan

mental. Boleh jadi juga fizikal.Berkait, tapi tak semesti bertemu.

Macam parellel lines.

Atau kau boleh cuba feel bila dengar Audioslave – Show Me How To Live (tak, aku saja rekemen

lagu, sebab aku sambil menulis ni dengar, macam kena pulak. Haha.)

Jadi. Berbasikal. Obsesi yang hilang, yang datang balik. Aku tak pasti aku perlu bersyukur

ke tidak (dan tak berkaitan dgn basikal lipat LeRun aku; walaupun bergaya).

Mungkin aku perlu, mungkin tak. Dewasa aku mungkin akan bergaduh dgn Kanak aku.

Banyak jugak kemungkinan.

Page 10: KorekKorak isu #2

Tanah yang kontang dimalarkan oleh Maha Pencipta, dengan kelahiran manusia Maha Pencipta hadiah kan kepada manusia. Manusia menerimanya dengan penuh syukur dan ada yang menerimanya dengan takbur. Lantas terciptanya sebuah negara dimana bebas dari jajahan kuasa lain selaian dari negara-

nya sendiri.

Didalam negaranya sendiri, dua elemen ha-rus ada didalam pembentukkan sebuah negara yang utuh. Yang mana cinta dan masa. Cinta dan masa menghasilkan kuasa yang kuat untuk, membantu ma-

nusia mempunyai kuasa terhadap sebuah negara.

Mengapa cinta dan masa paling utama?.

Cinta ini luas .Begitulah juga seperti sebuah negara. Luas. Cinta, yang mana Maha Pencipta menanamkan cinta di setiap pelusuk dunia serta di se-tiap diri manusia. Kerana cinta juga , manusia bertukar status kepada rakyat. Status dimana manusia ber-janji hidup dan matinya untuk negara yang diduduk-inya. Daripada situ terlahirnya cinta rakyat sesama rakyat didalam sebuah negara, walaupun rakyat itu

berbeza beza.

Masa pula, memang hak milik kekal Maha Pencipta. Di pinjamkan kepada manusia. Dalam tem-poh masa itu, masa telah terbahagi kepada lampau; lalu; kini; depan. Masa digunapakai secara percuma, masa boleh di lihat kembali,masa mampu merubah negara dan sebagainya. Masa dapat menghubung-kan manusia dengan manusia, walaupun dibezakan dengan zaman. Dengan itu, manusia mampu mem-bentuk negara dengan lebih strategik, demokrasi,

tolenrasi dan saksama; adil.

Dengan situasi yang rakyat Malaysia hadapi sekarang ini , cinta dan masa harus ada didalam diri kita. Tidak kira lah sama ada politikus, aktivis , “lalang”, naturalist, mahupun yang tidak ambil endah langsung mengenai apa yang sudah terjadi, yang akan terjadi dan tidak akan mungkin terjadi kepada negara kita ini. Yang benar untuk rakyat dan negara, kita iyakan dan jangan sama sekali kita menyekat kebenaran itu. Yang salah untuk rakyat dan negara ini, kita jangan pernah mengangkat sebagai sahih dan jangan sama

sekali kita benarkan kesalahan itu.

Cinta Masa Manusia Negara

Cinta Masa Manusia dan Negara

Gai

“Yang benar tidak terikat dengan waktu”HAMKA

Cinta Masa Manusia Negara

Page 11: KorekKorak isu #2

Cinta Masa Manusia dan Negara

“Yang benar tidak terikat dengan waktu”HAMKA

Page 12: KorekKorak isu #2

Buka kan mata mu kasihSegalanya telah aman

Kau tidak akan dicampak ke sanaJangan khawatir

Pejamkan mata dan melihatlahWajah wajah nya

Di setiap kehadiranSilau kan mata dengan cahaya kenyataan nya

Kau tidak lagi didalam kegelapanPejamkan mata dan melihat lah

Kau genggam jiwa ku yang sejahtera

SEJAHTERA

Page 13: KorekKorak isu #2
Page 14: KorekKorak isu #2

B E R D I R I

Page 15: KorekKorak isu #2

Biarkan diri duduk dan biar yang lain berdiri ber-legar disekitarmu bagai orang bodoh. Menjulurkan jari telunjuknya ke arahmu. Sedang, kau hanya duduk dan memerhati. Berkali-kali. Itu sahaja rutin harian mer-eka hingga mereka pula duduk dan kau pula berdiri. Berdiri kau bukan seperti mereka. Berdiri kau dengan menghulurkan harapan. Memegang mereka semula untuk berdiri bersamamu. Tidak langsung sekelumit mengherdik kembali. Tidak langsung menjadi kembar seperti mere-ka yang hanya pandai menunjukkan kesalahan pada yang lain. Kau perahsia. Biar kau sahaja tahu apa rahsia mer-eka. Biarkan mereka bongkar rahsiamu. Tapi kau tidak begitu. Hati kau penuh kasih sayang. Kasih sayang yang diajar oleh kekasihmu. Hati kau berpegang pada perkataan 'saudara'. Takkan merasa kau masuk syurga selagi kau tidak berkasih-kasihan sesama manusia. Tugas itu kau pegang ketat-ketat dalam jiwa kau. Biar kadang kau kalah. Kau tetap takkan mengalah melawan lidah, diri dan hatimu dari dengar bisikan syaitan laknatullah itu. Kau ada iman. Tidak bermaksud kau duduk kau digelar kalah.

Kau punya yang lain untuk di tunjukkan kecerdikkan. Bukan ketika ini tetapi nanti.

Bila segalanya duduk dan kau berdiri.

Page 16: KorekKorak isu #2
Page 17: KorekKorak isu #2

KADANG-KADANG

--NE

Kepada :

diri sendiri dan sesiapa je asal gelar manusia

Koleksi dari Kata-Kata Falsampah.

Ada kaitan dengan yang hidup atau yang telah meninggal dunia.

edisi pertama : tahun 2014

Page 18: KorekKorak isu #2

Kadang-kadang kita lupa,

dari mana kita datang

bagaimana kita bermula.

Bila kita terlalu leka

dengan pergerakan arus dunia,

yang kebanyakkan masanya

hanya buat kita lupa dan buta.

---------------------------------------------------------

Kadang-kadang kita alim

kadang-kadang kita zalim.

Kita bukan sesiapa

kita hanya manusia biasa

yang sudah fitrahnya dari tanah yang hina.

Permainan dosa pahala itu sudah ditentu-kan

sejak awal penciptaan manusia lagi.

Cuma kita tak harus berputus asa

kerana sudah tertulis kalimahNya di atas arasy;

“kasih sayangKu lebih besar daripada kemurkaanKu.”

betapa besar dosa lagi besar keampunan Dia

selagi kau yakin dan tak menduakanNya. ---------------------------------------------------------

Page 19: KorekKorak isu #2

Banyak perkara kita rasa nak marah, hilang sabar, rasa nak tampar, atas sikap diri sendiri mahupun sekeliling kita. Kadang-kadang kita tak sedar berapa ramai ma-nusia yang dah bersabar dengan kita selama ni, berapa banyak tangan-tangan yang sebenarnya boleh bagi penampar atas muka kita ni, apatah lagi Tuhan yang dah banyak bersabar dengan kejahilan dan kejahatan diri kita. Boleh saja Dia bagi tu-nai dalam sekelip mata kalau Dia mahu, tapi Dia masih bersabar dan bersantun pada kita. Kerana itu bila marah, diam dan menahan diri ialah benteng orang cer-dik. Atau kata maaf, walaupun itu bukan hak dia untuk menuduh atau maki her-dik kita. Walaupun payah, cuba untuk layan OK kan saja sebagai jawapan mudah.

- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -

1Persoalan hidup dan dunia ini ialah satu perkara yang penuh keajaiban.

Kadang-kadang kita rasa kita terer boleh selesaikan, tapi banyak juga yang lebih membingung-kan, yang tak dapat dihujahkan oleh bukti-bukti empirical dan logik sains semata.

3Kemudian kita lihat persoalan yang lebih luas. Seperti kejadian putaran planet, lubang hitam dan sistem bimasakti. Dan kejadian kepelbagaian warna kulit, bahasa dan bangsa. Dan pelbagai lagi persoalan aneh untuk difikirkan dan kita terus tertanya-tanya dalam mengagumi Zat kuasa yang amat menakjubkan di atas sana, di luar kemampuan otak manusia, hingga kita rasa betapa kerdilnya diri kita kat dunia ni.

2Seperti bagaimana mungkin Ashabul Kahfi

boleh tidur di gua selama beratus tahun, boleh kau jelaskan logiknya?

Atau bolehkah kita arahkan kuku untuk pendek semula jika kita tuan empunya nya,

boleh kau jelaskan logiknya? Atau mengapa kening kita tak tumbuh

seperti rambut di kepala sedangkan sama saja sifatnya,

boleh kau jelaskan logiknya?

4Siapa kita berbanding dengan kebesaran

Dia? HA HA HA, jangan nak perasan sangat,

sebab kita tak empunya apa-apa.

We own nothing.

---------------------------------------------------------

Page 20: KorekKorak isu #2

Cuba merungut;

Kenapa minuman ni terlalu tawar. Kenapa kasut kita tak cantik macam dia. Kenapa cuaca terlalu panas kat luar sana. Kenapa kita terlalu pendek dan sebagainya. Kemudian cuba perhati; Bagaimana orang yang lahir tanpa deria rasa di lidahnya. Bagaimana orang yang lahir tanpa kaki dan tangan.

Bagaimana orang yang duduk di kawasan melampau sejuk boleh mati Hypothermia. Bagaimana pula pesakit Gigantism yang tak boleh berhenti pertumbuhan ketinggian hingga hilang nyawanya.

Kadang-kadang perbandingan kelebihan dan kekurangan ini berguna untuk kita sedar diri atas banyaknya rahmat Tuhan pada kita.

---------------------------------------------------------

Kadang-kadang bukan hanya kadang-kadang,

tapi ia berlaku setiap masa, dalam satu siri yang amat panjang. . .

---------------------------------------------------------

Kita bukan anak raja, anak bangsawan atau anak orang berjenama.

Kita manusia biasa yang kadang-kadang berpeluang merasai kehidupan yang luarbia-

sa.

Bukan pasal suit besi Ironman atau kubu bawah tanah Batman,

takde kena mengena.

Maksud luarbiasa ialah tentang pemahaman makrifat diri dan Tuhan.

---------------------------------------------------------

Page 21: KorekKorak isu #2

Antara contoh-contohnya; Kita laung mahu jadi dunia moden, manusia bertamadun mahu bina negara syurga Elysium, siapa kata salah?

Tapi kadang-kadang kita masih pa-kaikan tangkal kuning untuk anak kita tak nangis malam.

Kita sibuk mahu anak cucu generasi masa depan elok budi pekerti tinggi nilai moral tahu hormat menghormati, siapa kata salah?

Tapi kadang-kadang pekerja bangla tepi jalan pun kita pandang jijik atas bawah macam dia bukan manusia.

Kita mahu jadi insan paling mulia beribadah dan kumpul pahala,

siapa kata salah?

Tapi kadang-kadang hak sesama ma-nusia pun

kita tak jaga, pecah amanah, sakitkan hati, mungkir janji dan ber-

guni lagi.

Kita berdoa siang malam mahu banyak rezeki jadi kaya raya,

siapa kata salah?

Tapi kadang-kadang nak hulur se-dekah pun

kita berkira fikir 80 kali.

Cuba tanya diri, betul ke cara kita?

------------------------------------------------------

Page 22: KorekKorak isu #2

Kadang-kadang kita tak mampu nak luahkan di mulut, nak senyum pun rasa makin serabut, sepuluh baldi air mata pun tah apa-apa, jadi;

kita sujud.

---------------------------------------------------------

Kadang-kadang ramai yang lebih teruja nak ambil tahu kenapa fesyen pakaian azwan ali macamtu, daripada nak ambil tahu makna ayat Alfatihah yang dibaca setiap pagi dan petang. ---------------------------------------------------------

Kat sini takde kadang-kadang sebab realiti memang berlaku setiap masa.

Dalam manifestasi yang dah berlaku sedang berlaku

dan bakal berlaku. Pada diri aku atau sesiapa je,

mungkin juga ini sekarang ni

saat kau baca satu persatu baris ayat ni, ye betul, kau lah tu, siapa lagi.

future NE or anybody.

---------------------------------------------------------

Page 23: KorekKorak isu #2

HASIL KARYA REHAN

Page 24: KorekKorak isu #2

Pengemis siulkan simfoni hidupMenadah sedia

Mahu mintak embunBuat lapik perut sampai pagi esok

Jikalau pun tidak peduliPaling paling pun berpaling lah

kelangitAtau mendongak ke bumi

Hujan sudah beransur redaPulang lah ke pondok mu ditengah rimbaEsok sebelum cahaya menerpa kaki langitKembali lah kau menghamba di tengah kota

Tunduk lah pada tuhan tuhan mu ituDan bila masuk waktuLakon kan lah aksi tipu mu ituBila cukup bulanKutip helaian kitab suciSambil terbongkok Bersujud mencium kaki

HAMBA

BUKAN SIMPATI

Page 25: KorekKorak isu #2

A fuN fAIR

Page 26: KorekKorak isu #2

couNtINg

Page 27: KorekKorak isu #2

Dalam liang liang pernafasan nyataKambuskan biar dalam, dan hembuskan helaan bebas

Kornea-kornea yang diguna bersangkal, walhal—Yang berebut itu tendon-tendon liar juga.

Yang bermati-mati; tak punya nafas sendiri; dihela dibiar disesak

Dalam degil degil roma keadaanTerbitkan biar teruja sampai, dan kelilingi resam perarakan

Cuping-cuping yang dipakai berhalus mulus, walhal—Yang beringin itu tendon tendon liar juga

Yang berjaga jaga; tak punya kelibat sendiri; dirisik dibiar diresah

Dalam ikat ikat perona ajaibanMuncul perawan; pemangkal dan pemangkah; pendekar dan pejuang

Inginkan hak yang satuYang abadi

Menggapai jarian bertiada erti

I N G I N

>

Page 28: KorekKorak isu #2
Page 29: KorekKorak isu #2
Page 30: KorekKorak isu #2

FITNAHKalau aku cerita pasti ada yang tak percaya, kalau aku luah pasti ada yang kata sudah,

cukup aku terangkan pada yang perlu, agar aku tak tersalah dilihat, tak tersalah dinilai. Oleh mereka yang peranannya nyawa untuk aku.

Pada yang penting aku panjangkan supaya mereka punya penjelasan sewajarnya.

Dan harini yang ada cuma sisa yang sangat aku jaga dan peluk erat.

Ah siapa peduli berapa bilangannyaKerana sisa ini sahaja penyelamat.

Sisa ini sahaja yang masih sudi selami.Sisa ini sahaja yang mengerti.

Jangan kau ganggu lagi aku Dengan setiap kata engkauDengan setiap luah engkau

Dengan setiap ungkap engkauKalau setiapnya itu

cuma niatnya menjahanam hati aku.

Sungguh aku tak tipu– Aku meluat. Aku rasa payah telan segala yang kau hambur.

Macam sengat segala urat tulang semua. Aku jadi geli.

Macam manis susu yang orang muak. Cukuplah hamburan itu.

Page 31: KorekKorak isu #2

HALU

SINA

Si S

UARA

Cakaran ini halus, tajam, pedih,

Biar dilihat tiada-tetapi ada.

Tiada kesan tetapi aku rasa.Suara yang menusuk,

Hingga aku terduduk.

Kau jauh tapi aku rasa kau dekat.Kau halusinasi suara aku.Kau suruh aku buat, maka aku buat.

Kau pandai bermain.Suara kau berlegar dalam gelombang minda aku,Berbalah dengan isi jiwa.

Jika aku buntu aku pilih kau sebagai peneman.

Kata kau kadang pandu aku,Kata kau kadang tunduk aku,

Kerana kau adalah aku.

Page 32: KorekKorak isu #2

Peperangan sudah tamatSetelah beribu padang perang

Akhirnya dapat jua kau tawan musuh muYang selama ini degil dan berdebu likat

Begini lah rasanya di puncak kedamaian cintaTiada lagi keraguan

Tiada lagi angan anganTidak perlu lagi kitab kitab cinta

Atau pesan pesan dari kekasihTidak perlu senjata

Atau panglima perang

Yang kau perlu hanyalah diri mu sendiri

AM

AN

Page 33: KorekKorak isu #2

v

kontributorpulut

@ohkaamar--------------

jofa@falilfalil

--------------mxri

@ouhouh_ --------------

ne--------------

rehan --------------

ecah--------------

gai--------------

Page 34: KorekKorak isu #2

Feel free to visit us! Type in korekkorak!

Would you like to contribute to our zine? Just say hello guys!

[email protected]