majalah sinar rohani isu 2/2016

44
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA / BIL 81 TAHUN 19 / WWW.ISLAM.GOV.MY

Upload: phamnhu

Post on 01-Feb-2017

279 views

Category:

Documents


21 download

TRANSCRIPT

Page 1: Majalah Sinar Rohani isu 2/2016

JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA / BIL 81 TAHUN 19 / WWW.ISLAM.GOV.MY

Page 2: Majalah Sinar Rohani isu 2/2016

Seputih Kabus di

Wajah TitiwangsaPerjalanan membenihkan suatu keanehan,memandang jendela kehidupan yang tersisa,rimas dan lemas menekankan jutaan makna. Banjaran Titiwangsa,kabus putih merajai seluruh rupamulangit senja ini kehilangan warna jingganyasaat sang hujan merampas warna kuning emasmerah saga tersirna tiba-tibaputih dingin kelabu mewarnai seluruh panoramamu. Mengkiaskan manusia itu, duhai sang senja,perhentian insan itu menghampiri waktu hujungnyatiada siapa mengatui percaturan-Nyameliputi putih, jingga, merah segalanya masih rahsiasuatu tanda tanya untuk kita selami. Ketika langit malam,kian kelam dan membenamkan misteri siangdi situlah terbukanya makna mahabbahketika dipisahkan dengan kematiantumbuh insan terus berulang-ulang. Seputih kabus membaluti Titiwangsa,seputih pakaianmu menemui yang Esa.

Nukilan :Zuklifli Mohd Top

Page 3: Majalah Sinar Rohani isu 2/2016

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan majalah ini dalam apa jua bentuk dan dengan apa cara sekalipun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Ketua Pengarah JAKIM.

Sinar Rohani diterbitkan secara online oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bermula tahun 2016/1418H. Sidang Pengarang berhak melakukan perubahan ke atas karya yang dikirimkan selagi tidak mengubah isi kandungnya. Karya yang telah disiarkan boleh diterbitkan semula dengan syarat mendapat keizinan daripada Ketua Pengarah JAKIM. Semua sumbangan yang dikirimkan sama ada disiarkan atau tidak, tidak akan dikembalikan. Sidang Pengarang juga tidak bertanggungjawab atas kehilangan tulisan yang dikirim melalui pos atau e-mel. Artikel yang disiarkan dalam majalah ini tidak semestinya mencerminkan pendirian dasar JAKIM. Ia merupakan pendapat penulis sendiri.

Page 4: Majalah Sinar Rohani isu 2/2016

MINDAPenghijrahan

Semalam adalah KENANGAN, hari ini adalah KENYATAAN,

esok sesuatu yang BELUM PASTI. MASA YANG BERLALU tidak dapat dikutip

kembali. Ia menjadi memori dalam kehidupan setiap insan. Kenangan pahit dan manis silih berganti menghiasi corak kehidupan.

Setiap manusia dianugerahi oleh Allah SWT , kelebihan dan kekurangan yang tersendiri. Gunakan segala kelebihan yang dikurniakan oleh Allah SWT untuk kecemerlangan hidup di dunia dan akhirat. Selaku Muslim hiasi diri dengan sifat-sifat mahmudah, manakala sifat-sifat mazmumah perlu dijauhi. Kekurangan yang ada dalam diri perlu diperbaiki dan dipertingkatkan ke arah yang lebih baik. Selagi nadi masih berdenyut, kita masih berpeluang untuk berubah!

Sama-sama kita berazam untuk penghijrahan minda ke arah yang lebih baik. “Hari ini lebih baik daripada semalam” perlu direalisasikan dalam kehidupan bagi mencapai minda yang hebat. Penghijrahan minda tidak mampu dicapai melainkan diri kita sendiri yang melakukan perubahan.

Salam Hormat.

>>>> SIDANG REDAKSI <<<<

PENAUNGTan Sri Dato’ Haji Othmanbin Mustapha(Ketua Pengarah JAKIM)

PENASIHATHaji Paimuzi bin Yahya(Timbalan Ketua PengarahPembangunan Insan JAKIM)

KETUA PENGARANGHaji Hashim bin Haji SallehZainab binti Ab Rahman

PENGARANGNor Hashimah binti Embong

PENOLONG PENGARANGAzura binti Ibrahim

PENYUNTINGBaharuddin bin MalekWan Nadzirah binti Wan MohamadNor Simah binti KhalimSiti Kasmah binti Kassim

PENGURUS EDARANMohd Rashidi bin Mohd Jamil

PEMBANTU EDARANErniza binti Mat KassimMohd Shuhaidil bin Shukri

REKABENTUKZAZ ALLIANCE

[email protected]

2 | ISU 2/2016 | SINAR ROHANI

LAMAN PENGARANG

Page 5: Majalah Sinar Rohani isu 2/2016

HASHIM AHMADPesara Guru

SUNTIKAN

PERUBAHAN!Bulan Muharam 1438 Hijrah mula menjelma. Sudahkah kita

bersedia untuk menyambut kedatangannya ataupun kita masih hanyut dibuai mimpi indah tanpa menghiraukan tentang perjalanan waktu yang

begitu cepat berlalu.

Sesungguhnya, Muharam mengingatkan kita tentang hijrah Rasulullah SAW dari kota Mekah ke kota Madinah dalam mencari kuasa ke arah mengubah tamadun dan peradaban dunia yang dinodai oleh kesyirikan dan najis kesesatan kerana kuasa pemerintahan pada masa itu berada dalam genggaman tangan mereka yang tidak layak untuk menjalankan amanah Allah SWT.

Kini hijrah sebagaimana Rasulullah SAW itu tidak akan berlaku lagi. Tetapi penghijrahan dari alam kesesatan cara hidup barat dan segala bentuk budaya ciptaan manusia yang berkiblat kepada hawa nafsu akan terus berlaku sehingga tertegaknya kembali keagungan pemerintahan Islam yang telah lama diruntuhkan. Dunia akan kembali ceria dan aman apabila Islam berjaya kembali bertakhta di atas singgahsana yang sebenar. Cuma usaha ke arah itu menjadi tanggungjawab kita bersama.

Rasanya masih baru kita berada dalam tahun 1437 hijrah dan kini ia pergi meninggalkan kita bersama-sama kenangan, nostalgia indah dan duka yang tercatat

dalam diari perjalanan hidup kita.

PENGURUSAN ISLAM

ISU 2/2016 | SINAR ROHANI | 3

Page 6: Majalah Sinar Rohani isu 2/2016

Hijrah untuk kita juga berkaitan dengan sikap dan amalan diri kita sendiri.

“Adakah kita sudah mampu mengubah diri dari peralihan masa kini ataupun memang kita terus berpuas hati dengan segala yang ada tanpa niat dan usaha ke arah melakukan reformasi untuk diri sendiri ke arah yang lebih baik daripada hari semalam?”

“Adakah kita tidak risau apabila memikirkan bahawa dengan berlalunya 1437 hijrah dan tibanya tahun 1438 hijrah ini, umur kita semakin bertambah?”

“Tidak risaukah kita jika umur kita bertambah seiring dengan bergandanya dosa kita sedangkan pahala kita pula masih berada di takuk lama?”

Semoga kedatangan tahun baru hijrah ini kita mampu menyambutnya dengan pelbagai amalan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT dan juga mampu mengubah diri ke arah yang lebih baik.

Banyakkanlah bertaubat kepada Allah SWT di atas segala dosa yang lalu.

“Tidakkah kita merasa hina dan kerdil apabila mengingatkan bagaimana Rasulullah SAW yang telah dijamin akan memasuki syurga dan juga terhindar daripada sebarang dosa sentiasa bertaubat kepada Allah SWT sedangkan kita yang tidak terlepas daripada terpalit dengan najis dosa terus hidup dengan bergelumang dosa tanpa bertaubat kepada Allah SWT?”

“Adakah kita merasakan tidak ada masa untuk bertaubat, sedangkan masa untuk membuat maksiat begitu banyak ataupun merasakan dosa yang dilakukan itu amat kecil dan tidak perlu bertaubat?”

Ingatlah, dosa yang kecil turut akan ditayangkan oleh Allah SWT di padang mahsyar nanti dan ia turut menjadi saham ke arah menjerumuskan kita ke lembah neraka yang panas membakar. Gunakanlah segala peluang yang ada dengan berdoa, bertaubat, solat sunat taubat, beristighfar, berpuasa sunat dan sebagainya.

Abu Hurairah telah meriwayatkan, Rasulullah SAW yang bermaksud: `Seseorang telah bertanya: “Apakah solat yang lebih afdhal selepas solat fardhu?” “Apakah puasa yang lebih afdhal selepas bulan Ramadhan?” Lalu Nabi SAW menjawab: “Sebaik-baik solat selepas solat yang telah difardhukan ialah solat pada pertengahan malam dan sebaik-baik puasa selepas bulan Ramadhan adalah puasa pada bulan Muharam.” (Riwayat: Muslim, Abu Daud, at-Tirmizi, an-Nasa’i dan Ibn Majah).

Menerusi hadith ini, menggalakkan kita supaya berpuasa pada bulan Muharam kerana pada bulan ini mengandungi kelebihannya yang tersendiri. Semoga hadith ini mampu membangkitkan semangat serta menyuntik motivasi diri ke arah yang terbaik.

4 | ISU 2/2016 | SINAR ROHANI

PENGURUSAN ISLAM

Page 7: Majalah Sinar Rohani isu 2/2016

BAHANA FAHAMAN

LIBERALISMEMEMBAWA KEPADA GEJALA MURTAD

Pada masa kini, fenomena yang berkaitan kerosakan aqidah sering kali didengari. Kewujudannya merentasi masa, tempat dan keadaan, sama ada pada zaman awal peradaban Islam mahupun pada alaf millennium ini.

Memandangkan isu ini berkait rapat dengan agama, maka isu ini harus diberi perhatian dan tumpuan dengan lebih mendalam.

Kini umat Islam didampakkan dengan longgokan fahaman-fahaman yang dibawa oleh Barat seperti fahaman Liberalisme, Pluralisme, dan Sekularisme yang sememangnya sangat menyeleweng daripada ajaran Islam sebenar. Jika ajaran atau fahaman sebegini tidak dibendung dengan segera, maka akan memberi impak jelas kepada masyarakat Islam kini iaitu GEJALA MURTAD.

MOHAMAD FADZIL AWANGMahasiswa Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM)

Secara umumnya, aqidah Islam (al-aqidah al-Islamiyyah ) merupakan keyakinan terhadap sesuatu yang terkandung dalam rukun iman, iaitu keyakinan kepada Allah, malaikat-Nya,

kitab-kitab-Nya, rasul-rasul-Nya, hari akhirat serta takdir baik dan buruk. Dalam ajaran Islam, aqidah merupakan tunjang utama dalam segala aspek kehidupan seseorang yang bergelar Islam. Ini kerana, apabila aqidah seseorang itu rosak atau terpesong daripada aqidah sebenar maka secara tidak langsung ibadahnya juga turut rosak dan musnah.

Aqidah ini ibarat tiang, manakala ibadah umpama bumbung sebuah rumah. Jika tiang tidak teguh maka sudah pasti bumbung akan goyah seterusnya roboh. Di sini kita dapat lihat betapa pentingnya tiang rumah yang kukuh sebelum membina bumbung, maka begitu jugalah kita melihat betapa pentingnya aqidah sebelum melaksanakan ibadah.

Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Keempat, liberal bermaksud “bebas atau terbuka.” Manakala penambahan ‘isme’ pula bermaksud “fahaman atau ideologi pemikiran.” Kerap kali kita mendengar perkataan ‘Islam Liberal’, iaitu suatu fahaman baru di negara kita namun fahaman ini begitu tidak menyerlah pengikutnya juga masih dalam keadaan samar-samar bilangan pengikutnya yang sebenar.

AQIDAH

ISU 2/2016 | SINAR ROHANI | 5

Page 8: Majalah Sinar Rohani isu 2/2016

Di sebalik perkataan Liberalisme ini, kebanyakan mereka tidak tahu asal usul kewujudan fahaman ini. Kaca mata sejarah menerangkan bahawa fahaman liberalisme ini adalah fahaman yang dibawa oleh Barat rentetan suatu gerakan reformasi yang bertujuan menentang kekuasaan Gereja Katolik yang telah menghadkan kekuasaan politik, mempertahankan pemilikan serta menetapkan hak asasi manusia. Gerakan ini telah meresap ke dalam bidang agama bertujuan menghapuskan ketuanan dan cengkaman kekuasaan golongan agama serta menghapuskan cukai terhadap Gereja. Sungguh demikan, fahaman ini bukan sahaja telah berjaya meracuni agama Yahudi yang telah muncul sekitar abad ke-19 iaitu gerakan Yahudi Liberal malah turut meresapi dalam agama Islam. Bagi golongan Islam Liberal, mereka tidak menzahirkan diri mereka sebagai orang yang menolak agama, sebaliknya mereka berselindung di sebalik gagasan mengkaji semula agama, mentafsir semula al-Qur’an dan menilai kembali syariat Islam malah lebih parahnya mereka telah mengubah hukum-hukum fiqah. Gerakan Islam liberal ini telah muncul sekitar abad ke-19 dalam tamadun Islam ekoran interaksi antara dunia Islam dengan tamadun Barat.

Terlebih dahulu, mari kita mengupas maksud murtad dan bagaimana jatuhnya hukum murtad kepada seseorang individu

Muslim. Perkataan murtad berasal dari perkataan Bahasa Arab iaitu ‘riddah’ atau ‘irtiddah’. Dari sudut bahasa perkataan ‘riddah’ bermaksud “kembali atau rujuk iaitu kembali daripada sesuatu kepada sesuatu yang lain”. Perkataan ‘irtiddah’ membawa pengertian yang luas iaitu “mereka yang meninggalkan agama Islam untuk mempercayai agama lain”. Dari sudut istilah membawa maksud “meninggalkan atau keluar dari agama Islam dan memeluk agama atau aqidah lain atau ajaran sesat dan menyeleweng sama ada melalui perkataan, perbuatan atau sebarang iktikad, kepercayaan dan keyakinan hati.” Firman Allah SWT yang bermaksud “...sesiapa antara kamu yang murtad (berpaling tadah) daripada agamanya, lalu dia mati sedangkan dia tetap kafir, orang yang sedemikian, rosak binasalah amal usahanya (yang baik) di dunia dan di akhirat. Mereka itulah ahli neraka, kekal mereka di dalamnya (selama-lamanya).” (al-Baqarah : 217). Ayat ini cukup jelas menggambarkan ancaman Allah SWT terhadap mereka yang murtad iaitu ancaman dicampakkan ke dalam api neraka untuk selama-lamanya.

Seterusnya kita akan melibat bagaimana jatuhnya hukum murtad kepada seseorang individu Muslim terjadi. Dapat kita bahagikan kepada tiga bahagian perkara yang boleh menyebabkan murtad.

Pertama, melalui perkataan atau ucapan dan kata-kata (murtad qawli) iaitu murtad boleh berlaku apabila seseorang Muslim mengeluarkan perkataan atau kata-kata yang menolak hukum-hukum Islam dan prinsip-prinsip ajaran Islam yang diketahui oleh semua orang atau kata-kata yang menghina mana-mana ajaran Islam, hukum-hukum Islam, menghina Allah SWT, para nabi dan sebagainya.

Kedua, juga boleh berlaku murtad melalui perbuatan atau tingkah laku (murtad fi`il) iaitu melakukan perbuatan yang membatalkan iman seperti sujud kepada berhala, matahari, bulan, manusia, malaikat atau melakukan ibadah terhadap sesuatu selain kepada Allah SWT.

Ketiga, berlaku melalui aqidah, kepercayaan atau niat (murtad i`tiqadi) berlaku disebabkan apabila mengingkari dalam hatinya mengenai kebenaran ajaran Islam seperti dia yakin ajaran Islam sama sahaja dengan agama lain, atau meyakini bahawa agama lain lebih baik dari agama Islam malah menolak hukum hudud (jenayah Islam) tidak layak dilaksanakan dalam masyarakat moden. Maka secara keseluruhannya, kita telah mengetahui ada tiga perkara yang menyebabkan seseorang Muslim itu jatuh kepada hukum murtad secara tanpa kita sedari.

6 | ISU 2/2016 | SINAR ROHANI

AQIDAH

Page 9: Majalah Sinar Rohani isu 2/2016

Seterusnya kita akan melihat beberapa bukti bahawa fahaman liberalisme ini membawa kepada gejala murtad tanpa kita sedari.

Penghinaan terhadap al-Qur’an dan penolakan hadith.

Fahaman ini telah mentafsir nas-nas ajaran Islam agar bersesuaian dengan kehidupan moden masa kini (Barat). Kesemua nas al-Qur’an atau hadith yang bertentangan dengan ideologi Barat maka mereka akan menolak nas tersebut secara menyeluruh. Perkara sedemikian telah dilakukan oleh orientalis Barat yang mengkaji mengenai al-Qur’an demi kepentingan mereka sendiri bertujuan memesongkan aqidah umat Islam masa kini. Perbuatan sedemikian cukup jelas menyalahi metodologi Islam yang menjadikan nas al-Qur’an sebagai sumber pertama dan hadith sebagai sumber kedua dalam kehidupan. Di Malaysia khususnya, pengikut fahaman ini telah menolak hadith dan mereka beranggapan bahawa hadith adalah rakaman sejarah masa lalu malah ia hanya boleh dibaca jika perlu. Firman Allah SWT yang bermaksud: “Wahai orang yang beriman! Taatlah kepada Allah dan rasul-Nya. Janganlah kamu berpaling daripadanya, sedangkan kamu mendengar (al-Qur’an yang mewajibkan taatnya).” (al-Anfal : 20). Menerusi ayat ini, jelas dinyatakan bahawa orang Islam

seharusnya taat kepada al-Qur’an dan hadith bukan sebaliknya menolak al-Qur’an dan hadith dalam kehidupan mereka.

Membuang Syariat Islam.

Fahaman Liberalisme juga telah mengasingkan segala perkara yang telah ditetapkan oleh syariat Islam dengan mengikut pandangan dan tanggapan pemikiran mereka yang menganggap bahawa syariat Islam ini terlalu membebankan mereka, menghalang hak asasi dan kebebasan mereka dalam kehidupan beragama. Seorang penulis dari Sudan iaitu Abdullah an-Naim telah menulis buku bertajuk “Toward an Islamic Reformation” telah menyatakan bahawa mahu merombak cara berfikir umat Islam terhadap syariat dan menyatakan lagi bahawa syariat hanyalah ciptaan manusia dan ianya tidak suci. Pengikut fahaman ini juga turut menganggap bahawa hukum Islam telah melanggar hak asasi kemanusian dan tidak sesuai dengan perkembangan zaman. Firman Allah SWT yang bermaksud “Sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan Allah, maka mereka itulah orang yang zalim.” (al-Ma’idah :45).

Bertentangan dengan prinsip aqidah Islam.

Fahaman ini menganggap bahawa manusia bebas melakukan segala perlakuan menurut nafsu

dan akal fikiran tanpa memikirkan syariat yang telah ditetapkan agama. Mereka menggunakan konsep ‘kebebasan’ atau ‘freedom’ dalam meracuni pemikiran umat Islam di samping membawa konsep Islam Liberal iaitu Islam yang bebas. Selain itu, mereka juga turut mengubah dasar aqidah Islam dengan cara menganggap bahawa Allah SWT adalah Tuhan yang sama seperti persepsi agama lain. Firman Allah SWT yang bermaksud :“Sesungguhnya agama (yang benar dan diredhai) di sisi Allah ialah Islam...”. (ali ‘Imran :19). Menerusi ayat al-Qur’an ini jelas bahawa hanya agama Islam agama yang benar dan diredhai oleh Allah SWT. Maka cukup jelas agenda fahaman liberalisme ini merosakkan aqidah umat Islam.

Menekankan kebebasan memberi pendapat dan menentukan dengan fikiran. Berpegang dengan konsep ‘kebebasan’ atau ‘freedom’, mereka telah menekankan bahawa kebebasan perlu ada dalam jiwa setiap manusia dalam memberi pendapat serta menentukan fikiran sebagai kunci dalam setiap masalah agama yang berlaku. Golongan ini beranggapan bahawa setiap individu mempunyai hak untuk bersuara walaupun bukan dalam hal-hal yang mereka kuasai sepenuhnya.

AQIDAH

ISU 2/2016 | SINAR ROHANI | 7

Page 10: Majalah Sinar Rohani isu 2/2016

Allah SWT telah menyeru agar kita manusia apabila berlaku permasalahan kembali merujuk kepada al-Qur’an sepertimana Firman Allah SWT yang bermaksud : “...Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (kitab) Allah (al-Qur’an) dan (sunnah) rasul-Nya jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu)- dan lebih elok pula kesudahannya”. (an-Nisa’ : 59). Menerusi ayat ini amat jelas bahawa apabila berlaku sebarang perselisihan terhadap agama kembali merujuk kepada al-Qur’an bukan sebaliknya menggunakan akal fikiran dan hawa nafsu sebagai rujukan khusus. Berdasarkan beberapa bukti yang dapat kita perhatikan adalah amat bahaya kesannya kepada umat Islam masa kini yang begitu longgar aqidahnya. Khususnya di Malaysia gerakan ini sudah mula bergerak secara senyap tanpa nama khusus dalam melebarkan sayap pengaruh fahaman mereka. Golongan fahaman ini telah memperjuangkan demokrasi serta fahaman persamaan terhadap semua agama dan fahaman hak antara wanita dan lelaki (feminisme).

Satu gerakan dikenali Sister In Islam (SIS) adalah gerakan untuk memahami ajaran Islam berasaskan kesamaan hak, keadilan, kebebasan dan demokrasi sehingga mereka telah ditaja besar oleh lembaga yayasan dari Barat seperti Oxfam Novib, Ford Foundation, Global Fund for Women, The Sigrid Rausing Trust. Terbarunya golongan ini telah membentuk kumpulan dan jaringan yang memperjuangkan persamaan hak wanita dan lelaki dalam Islam seluruh dunia dan mereka menamakan gerakan ini sebagai Musawah.

Kesimpulan, tauhid adalah asas utama dan teras dalam membentuk benteng yang kukuh dalam sosialisasi Islam.

Justeru itu, umat Islam seharusnya berpegang teguh kepada ajaran al-Qur’an dan as-Sunnah dengan berdisiplin di samping menggunakan metodologi yang jelas dalam memahaminya secara menyeluruh. Sebarang pentafsiran al-Qur’an seharusnya dirujuk kepada ulama’ Mufassirin, manakala hadith merujuk kepada ulama’ Muhaddithin.

Sehubungan itu, umat Islam seharusnya menambah nilai ilmu, iman dan taqwa pada setiap masa agar berjaya menangkis segala bentuk cabaran malah dari segala fahaman yang membawa kepada kerosakan aqidah umat Islam kelak. Sebaliknya kini semakin banyak fahaman atau ajaran yang dibawa oleh Barat menyeleweng daripada ajaran Islam yang sebenar. Firman Allah SWT yang bermaksud : “Janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota itu tetap akan ditanya tentang segala perbuatan yang dilakukannya.” (al-Isra’ : 36).

Menerusi hadith, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : “Demi Tuhan yang jiwa Muhammad dalam kekuasaan-Nya, umatku akan berpecah kepada 73 golongan. Satu golongan masuk syurga dan 72 golongan yang lain masuk neraka. Para sahabat bertanya siapakah mereka wahai Rasulullah? Baginda SAW bersabda: Ahli Sunnah Wal Jamaah.”

Peranan kita sebagai Muslim seharusnya mencegah agar agama Islam tidak dicemari dan dikotori dengan ideologi-ideologi seperti ini terus menular merosakkan pemikiran umat Islam masa kini.

8 | ISU 2/2016 | SINAR ROHANI

AQIDAH

Page 11: Majalah Sinar Rohani isu 2/2016

ISU

ISU 2/2016 | SINAR ROHANI | 9

HASLINDA LUKMAN | Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti, JAKIM

SemalamHari ini

DARIPADALebih Baik

“Hijrah untuk Rahmat, Redha dan Kasih Sayang Allah SWT”

“Demi Sesungguhnya! kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan dengan (merasai) kelaparan, (dengan berlakunya) kekurangan harta benda, jiwa serta hasil tanaman. Berilah khabar gembira kepada orang yang sabar. (Iaitu) orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan , mereka berkata: ”Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.”(al-Baqarah :155-156)

”(Sebaliknya) akan dijauhkan (azab neraka) itu daripada orang yang sungguh bertaqwa. Yang mendermakan hartanya dengan tujuan membersihkan dirinya dan harta bendanya. Sedangkan dia tidak menanggung budi sesiapa pun yang patut dibalas. Hanya mengharap keredhaan Tuhannya Yang Maha Tinggi. Demi sesungguhnya! Dia tetap akan berpuas hati (pada hari akhirat, dengan mendapat segala yang diharapkannya).”(al- Lail:17-21)

KONSEP HIJRAH yang selama ini kita fahami adalah berpindahnyaNabi Muhammad SAW dari Mekkah ke Madinah. Beliau meninggalkan tanahkelahirannya yang berpenduduk kaum kafir Quraisy menuju ke suatu tempat

bernama Yatsrib, yang kemudian disebut sebagai Madinah. Orang yang berhijrah mengikuti Nabi SAW dikenali dengan sebutan Muhajirin, sedangkan penduduk

Madinah yang menampung serta membantu kaum Muhajirin itu kemudian disebut sebagai kaum Ansar.

Makna Hijrah

ISU

Page 12: Majalah Sinar Rohani isu 2/2016

Raqib Al-Ishfahani memberikan makna hijrah kepada tiga maksud iaitu :

Meninggalkan negeri yangberpenduduk kafir ke negeri yang berpenduduk Muslim.Meninggalkan akhlak buruk atau perbuatan tercela kepada kebaikan (akhlaq al-Karimah).Menundukkan hawa nafsu untuk martabat kemanusiaan (mujahadah an-nafs).

Tradisi atau History?

Segala kejadian yang berlaku pada hari ini akan menjadi tradisi pada keesokannya. Peristiwa yang terjadi pada masa lalu menjadi sejarah pada hari ini. Peristiwa hijrah yang berlaku pada zaman Rasulullah SAW adalah suatu sejarah. Tetapi peristiwa tersebut tetap hidup sepanjang sejarah serta tamadun umat Islam. Ada latar belakang mengapa hijrah itu terjadi. Ada kesan besar kepada umat Islam dan umat manusia hasil daripada peristiwa tersebut.

Hasil hijrah Rasulullah SAW ialah penjelasan aqidah yang benar untuk umat manusia. Aqidah yang benar memandu manusia tentang adanya Pencipta. Kewujudan Pencipta membina asas iman bahawa Pencipta berkuasa ke atas segala-galanya. Darinya lahir keinsafan yang membawa kepada takwa bahawa daripada Allah SWT manusia datang dan kepada Allah SWT manusia akan kembali. Kehidupan umat Islam tidak sahaja mengambil pertimbangan dunia tetapi juga mengambil pertimbangan akhirat. Apabila pertimbangan akhirat menjadi agenda utama, kehidupan di dunia akan menjadi lebih sempurna kerana manusia terus ingat dengan hari pembalasan.

123

Aqidah sebagai Pandu Arah

Tanpa aqidah yang memandu manusia ke arah keperkasaan dan kebesaran Allah SWT, pengguna teknologi contohnya akan merasakan teknologi seperti telefon pintar dan komputer itu adalah segala-galanya. Pengguna yang mempunyai aqidah mantap melihat telefon pintar dan komputer sebagai alat. Input, perisian dan program yang bermanfaat berkait rapat dengan matlamat. Alat dan matlamat yang baik bakal membangunkan minda dan ilmu yang baik serta membebaskan manusia daripada belenggu.

Mengambil peristiwa hijrah Rasullullah SAW umat manusia perlu mengambil iktibar. Amalan jahiliyah yang wujud pada zaman Rasulullah SAW boleh berlaku pada zaman kini. Apabila sebahagian masyarakat muda hari ini amat mengagumi budaya asing hingga menyebabkan cara hidup mereka menjadi bebas ia bermakna amalan jahiliyah itu sedang berlaku.

Apabila terdapat dalam kalangan belia yang terlibat dengan peyalahgunaan dadah, memuja idola dan diva, gemar melalui hidup secara berfoya-foya, ia juga menggambarkan elemen jahiliyah sedang mencengkam. Oleh itu, semangat hijrah yang dirintis oleh Rasulullah SAW harus hidup dalam jiwa belia pada sepanjang zaman. Cintakan ilmu-ilmu yang bermanfaat dan membina jiwa tadabbur yang tinggi untuk kesejahteraan manusia adalah hijrah yang amat bermakna.

Menjaga kepentingan akhlak dan tingkah laku adalah pra syarat ke arah membina peribadi yang baik. Berhijrah ke arah pembinaan akhlak yang tinggi adalah asas untuk perubahan yang bermakna.

Jiwa Hijrah

Jiwa hijrahlah yang mampu mencetuskan kesedaran dan keinsafan dalam kalangan manusia bahawa tanpa aqidah yang benar, iman yang mantap dan takwa yang tinggi tidak mungkin hijrah dalam erti kata yang sebenar boleh berlaku. Hijrah yang didukung oleh kekuatan ilmu, akhlak dan amal bakal merubah corak hidup manusia ke arah perubahan yang lebih bermakna. Hijrah seperti inilah yang amat diperlukan oleh para belia dan umat manusia.

Persekitaran yang baik juga membantu untuk menjadi baik. Mungkin melalui konsep inilah ilmuwan Arab ada menyatakan berkaitan perbezaan bersahabat dengan tukang besi dan penjual minyak wangi. “Bersahabat dengan orang yang soleh dan dengan orang yang jahat seperti berkawan dengan pengedar minyak wangi dan tukang besi (yang menghembus bara api). Pengedar minyak wangi, sama ada ia memberi anda sebahagian ataupun anda membeli bau-bauan daripadanya, ataupun sekurang-kurangnya anda mendapat juga bau daripadanya. Manakala tukang besi pula sama ada dia menyebabkan baju anda terbakar, ataupun anda mendapat bau yang kurang enak.”

10 | ISU 2/2016 | SINAR ROHANI

ISU

Page 13: Majalah Sinar Rohani isu 2/2016

Oleh itu, jangan terlalu bergantung dengan persekitaran. Bergantung hanya kepada Allah SWT. Manusia tidak mempunyai apa-apa untuk dijadikan tempat bergantung.Tidak salah jika persekitaran ini kita anggap perantara, membantu melonjakkan kita ke awan, menyambut ketika jatuh dan sesekali mengingatkan untuk kekal berpijak di bumi yang nyata.

Hijrah Merubah ke arah Kebaikan

Jiwa hijrah ke arah kebaikan perlu ada dalam kalangan manusia. Menebus kehinaan umat Islam mesti bermula dengan ilmu. Ilmu yang benar dan bermanfaat bakal membimbing remaja ke arah hidup yang fitrah. Mengembalikan tradisi sains dan teknologi yang Islami sewajarnya menjadi tekad remaja supaya pendidikan sains bakal mendekatkan manusia dengan pencipta dan membangunkan teknologi yang memberi manfaat kepada umat manusia.

PERUBAHAN juga boleh dikatakan sebagai hijrah. Perubahan daripada yang buruk kepada yang baik dan yang baik kepada keadaan lebih baik adalah hijrah sesuatu yang fitrah. Perubahan itu penting bagi mengelak diri daripada terus berada pada takuk lama dalam serba lemah, mundur, tidak berupaya untuk bersaing serta terdedah kepada kufur nikmat.

Perubahan juga harus dilakukan oleh diri sendiri kerana perubahan yang berlaku oleh sebab lain biasanya tidak bertahan lama. Ini selari dengan firman Allah SWT yang bermaksud :

“...Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada

sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada

diri mereka sendiri...” (ar-Ra’d :11).

Menyentuh firman Allah SWT ini, Tafsir Pimpinan ar-rahman menjelaskan: Mana-mana kaum yang hidup senang-lenang dan aman damai disebabkan oleh iman dan taat kepada Allah SWT, juga akhlak yang mulia dan terpuji, Maka Allah SWT tidak akan mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri, daripada iman dan taat, kepada kufur dan maksiat dan daripada akhlak yang mulia kepada akhlak yang keji kerana segala sifat dan perbuatan yang jahat dan keji itulah penyebab yang membawa kepada kehancuran. Demikian ‘sunnatullah’ atau undang undang peraturan Allah SWT yang tetap berlaku kepada sekalian makhluk-Nya.

Semestinya, perubahan ke arah kebaikan harus bermula daripada diri seseorang individu Muslim itu sendiri. Seseorang Muslim perlu mempunyai kemahuan dan keazaman yang tinggi disertai dengan semangat jihad memerangi hawa nafsu dan segala sifat-sifat buruk yang merosak kehidupan diri sendiri mahupun masyarakat.

Pastinya, perubahan memerlukan pengorbanan kerana adalah sukar bagi seseorang individu untuk meninggalkan sesuatu tempat mahupun kehidupan serta tabiat yang sudah menjadi kebiasaan. Ia menuntut semangat jihad dan keyakinan yang tinggi dalam diri. Bermakna, perubahan adalah suatu tuntutan hidup.

Setiap orang hendaklah berkorban mentransformasikan dirinya daripada suatu yang buruk kepada yang baik, daripada yang baik kepada yang lebih baik. Termasuk kesediaan serta kemahuan untuk mengorbankan rasa selesa berada pada tahap sedia ada dan berusaha atau berhijrah melaksanakan transformasi dalam diri untuk menjadi insan Mukmin yang lebih baik dan berjaya. Sepertimana kata bijak pandai : “Orang yang hidupnya hari ini lebih buruk daripada kelmarin adalah orang yang celaka. Orang yang hidupnya hari ini sama dengan hari kelmarin adalah orang yang terpedaya. Manakala orang yang hidupnya hari ini lebih baik daripada hari kelmarin adalah orang yang berjaya.”

Azam Tahun Baru Yang Indah

Semoga pada Tahun Baru 1438H, kita sebagai umat Islam dapat mengamalkan makna dan tuntutan hijrah yang sebenar, iaitu berubah kepada hidup yang lebih baik, lebih maju, lebih mulia dan lebih bermakna serta berada dalam lingkungan rahmat dan keredhaan Allah SWT. Percayalah pertolongan Allah SWT akan menyusul apabila kita berusaha dan bertawakal mengubah keadaan kita sendiri selari dengan petunjuk al-Qur’an dan as-Sunnah,

SELAMAT TAHUN BARU 1438H“Moga Arah Hijrah Anda Sentiasa dalam Kebaikan bagi Mendapat

Rahmat, Redha dan Kasih Sayang Allah SWT.”

ISU

ISU 2/2016 | SINAR ROHANI | 11

Page 14: Majalah Sinar Rohani isu 2/2016

VIRUS ZIKAPERANGI

DENGAN KEBERSIHAN RUMAHKEBERSIHAN sangat penting diamalkan dalam kehidupan. Apabila fizikal bersih, jiwa dan rohani juga akan turut bersih. Kebersihan mesti bermula dalam diri dan dipraktikkan secara menyeluruh dalam kehidupan berumah tangga dan juga dalam kalangan masyarakat. Elakkan jangkitan virus zika dan denggi, bermula dengan kebersihan di halaman rumah sendiri dan juga kawasan kediaman dan perumahan. Berita kematian mangsa pertama yang dijangkiti virus zika di Likas, Kota Kinabalu, Sabah baru-baru ini telah mengejutkan negara dan sewajarnya menjadi peringatan kepada orang ramai.

Begitu juga dengan kes wanita berusia 48 tahun dari Klang, Selangor disahkan sebagai rakyat Malaysia pertama positif virus tersebut. Wanita tersebut telah berkunjung ke Singapura pada

19 Ogos 2016 selama tiga hari dan mula menunjukkan tanda positif virus tersebut.

Justeru, orang ramai dan juga pihak bertanggungjawab perlu membuka mata terhadap pembawa wabak tersebut iaitu nyamuk Aedes yang juga turut membawa demam denggi. Lantaran itu, kebersihan dalam

rumah dan juga halaman rumah mesti bebas daripada nyamuk Aedes.

Mencegah lebih baik daripada mengubati seharusnya dimanfaatkan dan

dipraktikkan di setiap rumah.

DR AMINUDIN MANSORPengamal media, PhD Persuratan Melayu, UKM

12 | ISU 2/2016 | SINAR ROHANI

ISLAM DAN SEMASA

Page 15: Majalah Sinar Rohani isu 2/2016

Manusia secara semula jadi atau secara fitrah hidupnya menyukai perkara yang cantik, indah, kemas dan bersih. Islam menggalakkan umatnya sentiasa berkeadaan bersih dalam kehidupan. Kebersihan mesti bermula dengan kebersihan diri dan diikuti dengan kebersihan rumah tangga. Sikap dan budaya bersih mesti diterapkan dalam kehidupan masyarakat masa kini. Tahap kebersihan di kawasan rumah kediaman, taman perumahan, kampung dan juga kawasan perbandaran masih rendah. Bagi mereka yang sentiasa mengamalkan budaya bersih dan pembersih pada kebiasaannya jarang dijangkiti penyakit, Begitu juga jika kita mengamalkan kebersihan dalam penyediaan makanan dapat mengelakkankeracunan makanan. Ciri-ciri Mukmin yang berjaya sentiasa menjaga kebersihan diri, kebersihan fizikal dan mental dalam kehidupan seharian. Makanan yang baik, bersih dan halal dapat meningkatkan kesihatan yang berpanjangan. Islam juga menggalakkan umatnya sentiasa bersih dan berhias diri. Antara perkara yang diambil berat oleh Islam berkaitan berhias diri adalah berkaitan menggalakkan amalan mandi, bersugi atau menggosok gigi, membasuh tangan sebelum makan, memakai bau-bauan wangi dan menyikat rambut. Nabi SAW bersabda yang bermaksud : “Sesungguhnya Allah SWT baik dan menyukai kebaikan, bersih dan menyukai kebersihan, murah hati dan senang kepada kemurahan hati, dermawan dan senang kepada kedermawanan. Oleh itu, bersihkan halaman rumahmu dan jangan meniru-niru orang Yahudi.” (Riwayat at-Tirmizi).

Mengamalkan budaya bersih dalam kehidupan sangat penting bagi mengelakkan pelbagai penyakit bawaan binatang seperti penyakit kencing tikus dan demam denggi yang kini banyak mengorbankan nyawa penduduk terutama di bandar-bandar. Lantaran itu, bagi menerapkan amalan budaya bersih ini perlu bermula dari rumah tangga dahulu. Kemudian diikuti dengan kerjasama dan gotong-royong ahli masyarakat dan juga

kerjasama pihak majlis perbandaran dan pihak berkuasa tempatan serta ketegasan pihak

kerajaan dalam menangani penyakit berbahaya.

Rekod Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan

Tempatan tidak lama dulu menunjukkan bahawa tahap kebersihan tandas masih

rendah. Rekod menunjukkan sebanyak 2,620 daripada 10,257 tandas awam milik pihak

berkuasa tempatan di seluruh negara masih diberi taraf tiga bintang iaitu kurang memuaskan. Oleh itu, bagi mengatasi permasalahan ini orang awam juga perlu mempunyai kesedaran yang tinggi terhadap penggunaan tandas awam dan bersama-sama menjaga tahap kebersihannya dengan tidak membuang sampah seperti plastik, puntung rokok di dalam tandas dan sebagainya. Bagi memupuk budaya bersih, kesedaran yang tinggi dan kemahuan dalam menjaga kebersihan mestilah bermula di rumah melalui kebersihan di dalam rumah, parit dan longkang, persekitaran dan halaman rumah bagi mengelakkan nyamuk Aedes dan tikus membiak.

Pemupukan budaya bersih ini mesti bermula dari kesedaran diri sendiri, melalui pendidikan ibu bapa dan kerjasama serta kesedaran masyarakat setempat. Jika penerapan dan kesedaran ini dapat dilakukan Malaysia akan menjadi negara bersih dan tidak ada wabak penyakit seperti Kencing Tikus dan Demam Denggi.

ISLAM DAN SEMASA

ISU 2/2016 | SINAR ROHANI | 13

Page 16: Majalah Sinar Rohani isu 2/2016

Tahap kebersihan di gerai dan restoran di negara ini juga masih berada di tahap yang

sederhana. Jarang kita temui pelekat di restoran yang mendapat Gred A iaitu tahap kebersihan yang tinggi. Kalau adapun hanya kebanyakannya pada tahap sederhana yang diberikan oleh pihak berkuasa tempatan dan majlis perbandaran. Akhlak Muslim juga disarankan supaya menjaga kebersihan, memelihara keindahan dan kesihatan diri. Setiap Muslim digalakkan berusaha mencapai kesempurnaan dalam kebersihan tubuh badan dan juga penyediaan makanan. Justeru, kesihatan yang baik, keindahan tempat tinggal dan kesegaran udara yang nyaman, sama ada dari aspek rohani mahupun jasmani adalah rahmat Allah SWT yang amat bernilai dianugerahkan oleh-Nya kepada hamba-hamba-Nya yang menyukai kebersihan dan mementingkan kesihatan diri. Lantaran itu, harta benda, kekayaan dan jawatan tidak ada gunanya, jika jasmani dan rohani tidak sihat. Kesihatan fizikal dan rohani yang sentiasa sihat adalah asas kepada kebahagiaan dan kesenangan hidup di dunia ini. Pendidikan tentang budaya bersih ini perlu diterapkan dan diamalkan bermula dari rumah tangga dan diteruskan melalui pendidikan jasmani dan kesihatan di sekolah bagi mendidik seseorang sentiasa bersih, sihat dan cergas bagi mengelakkan sebarang penyakit terutamanya menyebabkan larva dan jentik-jentik membiak. Adalah menjadi suatu KESALAHAN jika pemilik membiarkan rumah mereka tidak terjaga dan boleh menyebabkan pelbagai penyebaran penyakit seperti pembiakan nyamuk dan tikus.

Mengikut Seksyen 82 (5) Akta Kerajaan Tempatan 1976, pemilik yang didapati bersalah boleh didenda RM10,000 atau kedua-duanya sekali

Oleh itu, jagalah kesihatan diri bermula dengan kebersihan di halaman rumah dan persekitarannya. Lihatlah orang yang jasmaninya sihat, hatinya riang dan fikirannya segar segala-galanya bermula dari kebersihan fizikal dan rohani serta menyumbang kepada kesihatan diri yang bermula dari rumah tangga yang bersih dan ceria. Budaya atau amalan bergotong-royong membersihkan kawasan rumah dan juga kawasan taman perumahan perlu dilaksanakan dengan lebih kerap bagi mengelakkan pembiakan nyamuk Aedes yang boleh menyebabkan demam denggi dan juga jangkitan virus zika. Ingatlah, kebahagiaan yang sangat besar nilainya di dunia adalah kesihatan jasmani dan rohani. Kesemuanya bermula dari kebersihan diri dan hati serta kawasan kediaman. Oleh yang demikian, bagi menerapkan budaya bersih dan sihat amalkan kebersihan dan kesucian di rumah dan sekitarnya, badan, pakaian, makanan dan juga kebersihan yang menjurus kepada kesucian roh dan hati.

“Sesungguhnya Allah SWT baik dan menyukai

kebaikan, bersih dan menyukai kebersihan,

murah hati dan senang kepada kemurahan hati, dermawan dan senang

kepada kedermawanan. Oleh itu, bersihkan

halaman rumahmu dan jangan meniru - niru orang

Yahudi.”(Riwayat at-Tirmizi).

14 | ISU 2/2016 | SINAR ROHANI

ISLAM DAN SEMASA

Page 17: Majalah Sinar Rohani isu 2/2016

MOHAMAD FADZIL AWANG | Mahasiswa Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM)

Realitinya dalam kehidupan ini pastinya kita tidak akan terlepas daripada melakukan kesilapan.

“Berapa ramai di antara kita yang mudah untuk memaafkan kesilapan orang dan berapa ramai di antara kita yang sukar untuk memaafkan kesilapan orang?” Sedangkan kita tahu

bahawa manusia itu sifatnya lemah dan seringkali melakukan kesilapan dalam hidupnya. Tetapi mengapa masih ramai di antara kita sukar untuk memaafkan kesilapan

orang sedangkan diri kita sendiri tidak terlepas daripada melakukan kesilapan.

PERSOALAN

MemaafkanINDAHNYA

KESILAPAN ORANG

Apakah kita lupa bahawa salah satu sifat Allah SWT ialah al-‘Afuw secara bahasanya bermaksud Maha Pemaaf. Menurut Ibn Atsir, nama Allah ‘al-‘Afuw’ berasal dari perkataan al-‘afwu (memaafkan) yang bererti memaafkan perbuatan dosa dan tidak menghukumnya. Sepertimana firman Allah SWT yang bermaksud:

“Sesungguhnya Allah Maha Pemaaf, lagi Maha Pengampun.” (al-Haj : 60).

“Kalaulah Allah mengira kesalahan manusia serta terus menyeksa mereka disebabkan amal jahat yang telah dikerjakan oleh mereka, tentulah Dia tidak membiarkan sesuatu makhluk yang bergerak tinggal di muka bumi; akan tetapi (dia tidak bertindak dengan serta-merta, bahkan) Dia memberikan tempoh kepada mereka hingga ke suatu masa yang tertentu. Kemudian apabila sampai tempoh mereka (maka Allah akan membalas masing-masing dengan adilnya), kerana sesungguhnya Allah sentiasa melihat keadaan hamba-hamba-Nya.” (Fatir :45).

HALAL DAN HARAM

ISU 2/2016 | SINAR ROHANI | 15

Page 18: Majalah Sinar Rohani isu 2/2016

Islam sentiasa mengajar umatnya memaafkan kesilapan orang bagi mengelakkan wujudnya perasaan dendam dalam diri kita. Apabila wujudnya perasaan dendam dalam hati, sudah pasti hati kita akan menjadi hitam dan hidup kita sukar mendapat ketenangan. Perkataan Islam itu sendiri bererti damai yang bermaksud tiadanya sikap dendam dalam diri umat Islam itu sendiri.

Sememangnya benar bukan mudah untuk kita memaafkan orang, tetapi sikap ini sebenarnya boleh dilatih dan dibiasakan dalam kehidupan seharian kita. Sikap pemaaf juga merupakan salah satu tanda keimanan Muslim terhadap Allah SWT. Tanpa kita sedari, sebenarnya sikap pemaaf juga merupakan salah satu cara untuk kita mendapatkan keampunan daripada Allah SWT. Kadangkala kita lupa untuk muhasabah diri dan sukar untuk memaafkan orang, sedangkan kita lupa bahawa kita juga manusia makhluk ciptaan Allah SWT yang lemah dan sering melakukan kesilapan di atas muka bumi ini. Salah satu cara untuk menebus dosa kita adalah dengan cara memaafkan orang yang pernah melukakan hati kita dan pastinya Allah SWT akan membalasnya dengan mengampunkan dosa-dosa kita. Firman Allah SWT yang bermaksud : “Janganlah orang yang berharta serta lapang hidupnya dalam kalangan kamu, bersumpah tidak mahu lagi memberikan bantuan kepada kaum kerabat dan orang miskin serta orang yang berhijrah pada jalan Allah; (sebaliknya) hendaklah mereka memaafkan serta melupakan kesalahan orang itu; tidakkah kamu suka supaya Allah mengampunkan dosa kamu? (Ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi Maha Pengasih.” (an-Nur: 22).

Selain melaksanakan ibadah terhadap Allah SWT untuk menjaga hubungan kita dengan Allah SWT, kita juga seharusnya menjaga hubungan sesama manusia. Salah satu cara untuk kita menjaga hubungan sesama manusia adalah dengan mengamalkan sikap pemaaf di atas kesilapan orang lain terhadap kita untuk

mengelakkan wujudnya sifat dendam dalam diri kita. Apabila kita memaafkan orang, keredhaan Allah SWT bukan sahaja datang kepada kita malah juga datang kepada orang yang telah kita maafkan. Firman Allah SWT yang bermaksud : “(Jika kamu hendak membalas maka) balasan sesuatu kejahatan ialah kejahatan yang bersamaan dengannya; dalam pada itu sesiapa yang memaafkan (kejahatan orang) dan berbuat baik (kepadanya), maka pahalanya tetap dijamin oleh Allah (dengan diberi balasan yang sebaik-baiknya). Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang berlaku zalim.” (as-Syura: 40).

Sikap saling memaafkan juga sebenarnya adalah salah satu cara terbaik dalam mendamaikan pertelingkahan yang berlaku di antara kedua-dua pihak. Apabila salah seorang di antara pihak berbalah memaafkan kesilapan yang berlaku sudah pasti Allah SWT akan melembutkan hati pihak yang sedang marah sehingga kedua-dua pihak yang bertelingkah saling bermaaf-maafan di antara mereka. Sudah pasti kedua-dua pihak yang berbalah tadi akan bahagia dalam kehidupan dunia dan akhirat. Firman Allah SWT yang bermaksud : “Tidaklah sama (kesannya dan hukumnya) perbuatan yang baik dan perbuatan yang jahat. Tolaklah (kejahatan yang ditujukan kepadamu) dengan cara yang lebih baik; apabila engkau berlaku sedemikian maka orang yang menaruh rasa permusuhan terhadapmu, dengan serta-merta akan menjadi seolah-olah seorang sahabat karib. Sifat yang terpuji ini tidak dapat diterima dan diamalkan melainkan oleh orang yang bersikap sabar, tidak juga dapat diterima dan diamalkan melainkan oleh orang yang mempunyai bahagian yang besar daripada kebahagiaan dunia dan akhirat”. (Fussilat: 34-35).

16 | ISU 2/2016 | SINAR ROHANI

HALAL DAN HARAM

Page 19: Majalah Sinar Rohani isu 2/2016

Perbuatan memaafkan orang juga adalah salah satu perbuatan yang dianggap mulia dan perbuatan sunnah. Semasa awal dakwah Rasulullah SAW, terlalu banyak dugaan yang dilalui oleh Baginda SAW sehingga Baginda SAW pernah dibaling najis oleh kaum Arab Quraisy ketika menyampaikan dakwah. Pada ketika itu juga Baginda SAW turut dimaki dan dihina namun Baginda SAW tidak pernah sesekali membalas perbuatan jahat mereka tetapi Baginda SAW memaafkan kesilapan mereka terhadapnya.

Jelas bahawa perbuatan memaafkan orang juga adalah salah satu perbuatan sunnah. Sesiapa yang menghidupkan dan mengamalkan amalan sunnah sudah pasti akan mendapat ganjaran pahala daripada Allah SWT. Sepertimana Baginda SAW pernah bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang menghidupkan satu sunnah dari sunnah-sunnahku, kemudian diamalkan oleh manusia, maka dia akan mendapatkan (pahala) seperti pahala orang yang mengamalkannya dengan tidak mengurangi pahala mereka walau sedikit pun”. (Riwayat Ibn Majah).

Mengapa masih ramai di antara kita yang sukar untuk memaafkan kesilapan orang? Ada pula segelintirnya bukan sahaja sukar memaafkan orang tetapi menyimpan dendam terhadap orang tersebut. Ketahuilah bahawa Syaitan akan sentiasa menghasut manusia untuk melakukan kejahatan yang akan menghitamkan hati manusia.

Allah SWT berpesan menerusi Firman-Nya yang bermaksud: “Wahai sekalian manusia! Makanlah daripada segala yang ada di bumi yang halal lagi baik dan janganlah kamu ikut jejak langkah syaitan; kerana sesungguhnya syaitan itu ialah musuh yang terang lagi nyata bagi kamu. Ia hanya menyuruh kamu melakukan kejahatan dan perkara yang keji serta (menyuruh) supaya kamu berkata (dusta) terhadap Allah, segala perkara yang tidak kamu ketahui (salah benarnya).” (al-Baqarah : 168-169).

Betapa mulianya orang yang memiliki sikap pemaaf terhadap orang lain. Ketahuilah bahawa menaruh dendam terhadap orang lain sebenarnya akan membebankan lagi hati malah menyukarkan untuk mencari ketenangan dalam hidup. Marilah kita sama-sama muhasabah diri dan memaafkan mereka yang pernah menyakiti hati kita supaya kita mendapat ketenangan hidup di dunia dan akhirat. Ketahuilah salah satu punca hidup kita tidak tenang adalah disebabkan kita sukar memaafkan orang dan memiliki sifat dendam. Firman Allah SWT yang bermaksud : “Segeralah kamu mendapatkan (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan daripada Tuhan kamu dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas langit dan bumi, yang disediakan bagi orang yang bertaqwa; Iaitu orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah dan orang yang menahan kemarahannya dan orang yang memaafkan kesalahan orang. (Ingatlah), Allah mengasihi orang yang berbuat perkara yang baik.” (ali ‘Imran: 133-134).

HALAL DAN HARAM

ISU 2/2016 | SINAR ROHANI | 17

Page 20: Majalah Sinar Rohani isu 2/2016

PERLIS INDERA KAYANGANPerlis merupakan negeri yang terletak paling utara dalam

peta Semenanjung Malaysia. Di sebelah utara, negeri ini berjiran dengan Thailand, manakala di sebelah timur dan selatan pula Negeri Kedah. Keluasan negeri ini ialah kira-kira 810 km persegi sahaja dan populasi 217,480 penduduk. Ibu negeri Perlis ialah Kangar yang terletak sejauh 10 km dari Arau, Bandar Diraja.

Islam disebarkan di negeri ini melalui penaklukan dan juga perdagangan. Menurut sejarah, Negeri Perlis pernah diletakkan di bawah pemerintahan Kesultanan Kedah. Pembangunan Islam di Perlis kini diberi perhatian serius melalui Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis.

Di Perlis terdapat 103 buah masjid yang kebanyakan reka bentuknya bersifat tradisi dan juga pengaruh seni bina Moghul.

Bahagian Penerbitan, JAKIM

18 | ISU 2/2016 | SINAR ROHANI

ZIARAH MASJID DI MALAYSIA

Page 21: Majalah Sinar Rohani isu 2/2016

SEJARAH MASJID

Masjid Negeri ini terletak di Arau. Peletakan batu asas telah disempurnakan oleh Tuanku Syed Putra Ibni Almarhum Syed Hasan Jamalullail, pada 2 Safar 1392 Hijri bersamaan 18 Mac 1972 Masihi sempena sambutan hari keputeraan baginda yang ke-54.

Pada 6 Safar 1396 Hijri bersamaan 6 Februari 1976 Masihi telah berlangsung majlis perasmian masjid ini oleh Tuanku Syed Putra Ibni Almarhum Syed Hasan Jamalullail sempena keputeraan baginda yang ke-58, iaitu kira-kira empat tahun selepas peletakan batu asas. Sebelum pembinaan masjid ini, Masjid Alwi yang terletak di Kangar merupakan masjid pertama yang pernah dijadikan sebagai Masjid Negeri bagi negeri Perlis.

KONSEP REKA BENTUK

Masjid ini berkonsepkan seni bina klasik Arab Moor. Ia mempunyai bumbung rata dan kubahnya menjadi salah satu elemen yang dapat dilihat dari jauh. Kubah ini terletak dengan ketinggian kira-kira 20 meter dari permukaan tanah. Bentuknya separa bulat berwarna biru yang disesuaikan dengan warna dinding masjid.

Terdapat dua buah kubah kecil dibina di bahagian anjung. Bumbung menara azan pula dari segi reka bentuk, menyerupai konsep kubah Masjid Negara, iaitu berbentuk seperti payung yang dikuncupkan.

KOMPONEN DALAMAN

Mimbar masjid ini berusia 120 tahun dan berasal daripada masjid lama yang terletak bersebelahan masjid ini. Ia diperbuat daripada kayu jati yang diimport. Kombinasi warna hitam

dan emas menyerlahkan keindahan ukiran yang bermotifkan flora di bahagian pintu dan dinding mimbar.

Tulisan khat potongan ayat suci al-Qur’an menjadi tatarias palang kedua-dua tiang pintu mimbar. Warna emas juga turut digunakan pada gerigi tangga daripada kayu berukir. Sebuah kubah kecil diletakkan di bahagian bumbung berbentuk bawang yang dihiasi pula jaluran emas.

MASJID NEGERI1ZIARAH MASJID DI MALAYSIA

ISU 2/2016 | SINAR ROHANI | 19

Page 22: Majalah Sinar Rohani isu 2/2016

MASJID DIRAJA, TUANKU SYED JAMALULLAIL

PEMBUKAAN MASJID

Masjid ini terletak di Kangar, ibu negeri Perlis. Ia dirasmikan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-12, Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail pada 6 Syawal 1426 Hijri bersamaan 8 November 2005 Masihi.

2

KONSEP REKA BENTUK

Masjid ini berkonsep reka bentuk tradisi dan juga pengaruh reka bentuk asing yang dapat dilihat pada bentuk kubahnya. Bumbungnya berkonsepkan limas dan berkubah di atas. Gerbang separa bulat atau rounded arch boleh dilihat di sepanjang serambinya. Kemasan semula jadi tanpa plaster atau raw digunakan daripada batu-bata pada dindingnya.

Masjid ini mempunyai halaman dalam atau dipanggil ‘courtyard’. Konsep halaman ini sedikit berbeza kerana seni lanskapnya menggunakan pokok-pokok tanpa menyertakan elemen air sebagaimana kebiasaannya. Kemasan lantai halaman dalam ini menggunakan gabungan jubin seramik permukaan kasar dengan pebble wash.

Keseluruhan tingkap dan pintu masjid ini dibuat daripada kayu. Di kiri dan kanan pintu ini terdapat beberapa ayat bertulisan Rumi dan Jawi warna putih berlatarbelakangkan hitam. Lubang-lubang udara di setiap pintu menggunakan jeriji kayu berlekuk dan berbentuk bulat, sebagai hiasan dan juga membolehkan pengudaraan

semula jadi di dalam ruang masjid.

KUBAH DAN MENARA

Kubah masjid ini berbentuk separa bulat berwarna hijau pudar. Di bahagian sebelah dalam kubah pula berwarna biru, tanpa sebarang hiasan atau kaligrafi. Hanya terdapat penggunaan susunan kayu pada bahagian tepi kubah, iaitu bahagian siling. Ini memberikan kesan pandangan yang unik dan menarik.

Menara masjid berbentuk lurus dan runcing di atas, dilengkapi dengan tingkap-tingkap sepanjang menaranya yang kelihatan menjulang ke langit. Keseluruhan bangunan masjid ini menggunakan batu-bata tanpa plaster disusun mengikut aturan running board dan ia mendominasi sebahagian besar dinding bangunan masjid. Susunan begini memperlihatkan hiasan yang ringkas dan kemas serta menarik perhatian.

MIHRAB, MIMBAR DAN TATARIAS MASJID

Mihrab masjid ini agak luas dan terdapat anak tangga menuju ke mimbar. Keunikan ruang solat ini terletak pada kemasannya

yang ringkas, berlainan daripada konsep keseluruhan bangunannya. Batu granit hitam digunakan pada dinding dan juga tangga yang berbentuk spiral. Kemasan lantai tangga pula menggunakan jubin seramik berwarna perang. Gerbang runcing digunakan untuk menambah gaya pada ambang mihrab.

Mimbar yang terletak di bahagian atas, mempunyai reka bentuk separa bulat dan ia terletak bersebelahan bahagian kanan mihrab. Kemasan batu granit hitam digunakan pada bahagian dindingnya. Sebuah gerbang berbentuk runcing atau pointed arch menjadi konsep utama reka bentuk mimbar ini. Seni kaligrafi dengan kalimah Allah dan Muhammad dilakar pada dinding bahagian dewan solat. Gabungan warna putih dan hitam daripada batu granit menyerlahkan lagi keindahan dan kelainannya.

20 | ISU 2/2016 | SINAR ROHANI

ZIARAH MASJID DI MALAYSIA

Page 23: Majalah Sinar Rohani isu 2/2016

PENINGGALAN SEJARAH

Semasa pemerintahan Raja Syed Alwi Jamalullail, pembesaran dan tambahan bangunan telah dilaksanakan secaraberperingkat-peringkat demi menampung bilangan jemaah. Penambahan bangunan tersebut menjadikan masjid ini kelihatan seakan bersayap. Lampu-lampu minyak tanah digunakan ketika mengadakan aktiviti masjid pada waktu malam.

Air untuk berwuduk pula diangkut secara bergilir-gilir oleh anak-anak para jemaah seminggu sekali dari anak sungai yang berhampiran, iaitu Sungai Arau. Air yang dibawa ini akan dicurahkan ke dalam kolah air yang terletak bersebelahan masjid. Kerja-kerja membersih di dalam dan di luar masjid pula dilaksanakan secara bergotong-royong oleh anak-anak jemaah masjid.

Di bawah pemerintahan Raja Syed Putra Jamalullail, Masjid Lama Arau sekali lagi telah mengalami pelbagai perubahan seperti dibaik pulih dan dibesarkan ruang masjid. Baginda turut menempah sebuah mimbar kayu daripada Haji Abdullah Buyung, seorang tukang yang terkenal di Pulau Pinang pada zaman itu. Mimbar telah disiapkan pada tahun 1322 Hijri bersamaan 1905 Masihi dan dibawa pulang ke Perlis melalui Sugai Tebing Tinggi hingga Kangar dan seterusnya dibawa ke Arau dengan menaiki kuda.

Kini, Masjid Lama Arau tidak digunakan lagi dan kawasannya telah dijadikan sebagai makam diraja. Bangunannya telah dikekalkan dan diletakkan di bawah pemuliharaan Jabatan Antikuiti dan Warisan Negeri Perlis.

MASJID ARAU LAMA3SEJARAH MASJID Masjid Lama Arau didirikan pada masa pemerintahan Raja Syed Ahmad Jamalullail sekitar tahun 1837 hingga 1897 Masihi. Kerja-kerja pembinaan dilaksanakan hasil kerjasama antara tukang-tukang Arab dan Melayu.

BAHAN BINAAN Kesukaran mendapatkan bekalan simen, maka telur ayam, telur itik dan pelbagai jenis manisan telah digunakan sebagai pelekat bagi menggantikan simen. Telur-telur ini hanya diambil putihnya sahaja untuk meneguhkan pegangan antara batu bata. Kecubung masjid ini adalah daripada jenis kecubung besar yang berdindingkan kaca berwarna hijau. Pada bahagian atapnya pula diperbuat daripada batu bata dan tanah liat yang turut diadun daripada putih telur ayam dan telur itik. Pintu dan alang diperbuat daripada kayu yang teguh, sementara lantai masjid pada peringkat awalnya berasal daripada tanah liat, namun kemudiannya telah disimen. Sebagai alas duduk semasa menjalankan aktiviti dalam masjid, tikar mengkuang, tikar menerung atau tikar rumput telah digunakan.

ZIARAH MASJID DI MALAYSIA

ISU 2/2016 | SINAR ROHANI | 21

Page 24: Majalah Sinar Rohani isu 2/2016

MASJID ALWI,KANGAR

Masjid Alwi terletak di Jalan Baru Kangar – Alor Setar. Ia dibuka dengan rasminya pada 3 Syawal 1350 Hijri bersamaan 10 Februari 1932 Masihi oleh Raja Perlis ketika itu, iaitu Raja Syed Alwi Ibni Almarhum Tuan Syed Safi Jamalullail. Pembinaan masjid ini dibiayai hasil daripada kutipan zakat fitrah dan derma Kerajaan Negeri Perlis semenjak tahun 1920-an lagi semasa pemerintahan Pegawai Penasihat British, iaitu Mr. M.C. Hay.

Pada Februari 1933, iaitu semasa pemerintahan Mr. O.E. Venables barulah masjid tersebut siap dibina. Nama masjid ini diambil bersempena nama Raja Syed Alwi Ibni Almarhum Tuan Syed Safi Jamalullail.

Masjid Alwi pernah dijadikan sebagai masjid negeri, negeri Perlis sebelum masjid negeri yang baru didirikan di Arau. Masjid ini berkonsep seni bina Moghul, iaitu yang dapat dilihat pada bentuk kubah masjid ini. Ia mempunyai persamaan dengan Masjid Zahir di Kedah.

22 | ISU 2/2016 | SINAR ROHANI

ZIARAH MASJID DI MALAYSIA

4

Page 25: Majalah Sinar Rohani isu 2/2016

ZAINAB JUNOH | Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam (Kanan) Bahagian Penerbitan, JAKIM

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya demam itu merupakan ledakan api neraka Jahanam, maka sejukkanlah ia dengan air.” (Riwayat Muslim).

Begitu juga sebuah hadith daripada Ibn Umar RA, bahawa Nabi SAW pernah bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya demam itu atau demam yang berat itu berpunca daripada bahang api neraka. Jadi,sejukkanlah ia dengan air.” (Riwayat Muslim).

DEMAMPENGHAPUS DOSA

At-Tirmizi dalam Jami’nya menerusi hadith Rafi’ ibn Khudaij secara marfu’ meriwayatkan: “Apabila salah seorang di antara kamu diserang demam dan demam itu adalah percikan api neraka, maka hendaklah dipadamkan demam itu dengan air sejuk dan hendaklah berendam di dalam sungai yang mengalir. Hendaklah dia mandi selepas fajar (subuh) dan sebelum terbit matahari. Hendaklah dia mengucapkan yang bermaksud: “Dengan nama-Mu ya Allah, sembuhkanlah penyakit hamba -Mu dan benarkan bimbingan Rasul-Mu.” (Riwayat at-Tirmizi).

Dari sudut sains, demam (juga dikenali sebagai pyrexia atau hiperthermia terkawal) merupakan isyarat perubatan biasa dengan ciri-ciri peningkatan suhu melebihi julat biasa 36.5–37.5 °C (97.7–99.5 °F) disebabkan peningkatan pada titik set pengawal suhu badan . Peningkatan pada titik set ini mencetus ton otot dan menggigil. Ketika suhu badan meningkat, terdapat rasa sejuk umum sungguhpun suhu badan meningkat. Sebaik sahaja tahap suhu baru dicapai terdapat rasa panas. Demam merupakan satu tindak balas imunisasi yang cuba menangani jangkitan bakteria atau virus. Demam boleh dicetuskan oleh pelbagai keadaan dari selamat kepada potensi serius. Kecuali demam yang tinggi, rawatan biasanya tidak diperlukan, bagaimanapun, ibuprofen (sejenis dadah yang tergolong dalam kumpulan ubat anti-keradangan tanpa steroid ( nonsteroidal anti-inflammatory drug ) dan digunakan untuk mengurangkan kesakitan akibat artritis) adalah berkesan bagi menurunkan suhu badan.

Telah disebutkan dalam dua kitab hadith yang sahih daripada Ibn Umar, sesungguhnya Nabi SAW bersabda yang bermaksud : “Sesungguhnya demam panas itu adalah berasal daripada percikan api neraka, maka dinginkan ia dengan air.” ( Riwayat Muslim).

SAINS DAN ISLAM

ISU 2/2016 | SINAR ROHANI | 23

Page 26: Majalah Sinar Rohani isu 2/2016

Hadith di atas ditentang oleh para tabib yang dungu. Mereka berpendapat bahawa cara tersebut bertentangan dengan rawatan demam yang biasa mereka amalkan. Kami ingin menjelaskan dengan bantuan Allah dan petunjuk-Nya kedudukan masalah itu sepertimana berikut: Ketahuilah, sesungguhnya ucapan Nabi SAW itu ada dua kategori : Pertama untuk seluruh penduduk bumi. Kedua : Khusus bagi sebahagian sahaja. Maksud hadith tersebut ditujukan khusus bagi penduduk negeri Hijaz dan sekitarnya, kerana kebanyakan penyakit demam yang menimpa mereka disebabkan oleh kepanasan matahari yang terik. Dalam hal ini, air dingin sangat besar manfaatnya, baik diminum mahupun untuk mandi. Rasulullah SAW sendiri apabila Baginda SAW demam, meminta diambilkan setimba air, lalu Baginda SAW percikkan di atas kepala dan mandi.

TANDA ATAU GEJALA DEMAM SEPERTI :

1. Badan panas bila disentuh2. Pernafasan meningkat3. Muka menjadi merah4. Tidak aktif, lemah dan sentiasa mahu tidur5. Resah gelisah6. Tiada selera makan7. Menggigil

PERKARA YANG PERLU DILAKUKAN DI RUMAH KETIKA DEMAM ADALAH :

Tips untuk menyembuhkan penyakit demam iaitu :

ӵPesakit berehat di tempat yang mempunyai peredaran udara yang baik. ӵBerpakaian longgar dan jangan berselimut kerana ini akan meningkatkan suhu badan. ӵMinum air atau cecair dengan kerap untuk menambah kehilangan bendalir dalam badan. ӵMakan makanan ringan dan mudah hadam seperti sup. ӵCuba mandi dengan menggunakan air suam untuk meredakan demam. ӵBeri ubat menurut arahan doktor. ӵ Makan ubat seperti paracetamol dengan jumlah yang tepat untuk meredakan demam. ӵMandi berjelum (mandi lap) jika suhu melebihi 38°C . ӵMendemah bahagian badan seperti kepala, kaki dan abdomen dengan tuala basah boleh juga menurunkan suhu badan.

Sekiranya demam berlanjutan dan lama, perlu berjumpa doktor dengan segera atau pun suhu badan yang tinggi kerana suhu yang tinggi berpanjangan boleh mengakibatkan sawan. Demam

yang berlarutan melebihi tiga hari, terutama sekiranya terdapat laporan kes demam denggi, malaria atau sebarang penyakit bawaan nyamuk di kawasan sekitar. Dalam Islam dianjurkan doa untuk kesembuhan demam sepertimana doa Nabi Ibrahim AS yang termaktub dalam al-Qur’an yang bermaksud : “Kami berfirman: Wahai api! Jadilah engkau sejuk serta selamat sejahtera kepada Ibrahim!” (al-Anbiya’ : 69).

JENIS DEMAM

Pola perubahan suhu mungkin sekali-sekala membayangkan diagnosis perubatan:

Demam terhenti-henti: Suhu tinggi hanya hadir bagi beberapa jam sehari dan normal pada waktu yang lain, Contoh: Malaria, kala-azar, pyaemia, atau septicemia. Dengan malaria, mungkin terdapat demam dengan tempoh 24 jam (harian / ‘quotidian’), 48 jam (demam setiap dua/tiga hari (“tertian”), atau 72 jam (demam setiap tiga/empat hari (‘quartan’), menunjukkan (Plasmodium malariae). Pola ini mungkin kurang jelas bagi pengembara.Demam Pel-Ebstein: Demam khusus yang dikaitkan dengan Lymphoma Hodgkin, demam tinggi pada satu minggu dan rendah pada minggu berikut dan seterusnya. Bagaimanapun, terdapat perdebatan sama ada pola ini benar-benar wujud.

24 | ISU 2/2016 | SINAR ROHANI

SAINS DAN ISLAM

Page 27: Majalah Sinar Rohani isu 2/2016

Demam berpanjangan: Suhu yang kekal melebihi normal sepanjang hari dan tidak berbeza melebihi 1 jam dalam tempoh 24 jam. Contoh : lobar pneumonia, demam kepialu, jangkitan salur kencing,brucellosis, atau tifus. Demam kepialu mungkin menunjukkan pola demam khusus, dengan peningkatan bertingkat perlahan dan puncak yang tinggi.

Demam Naik turun (‘Remittant’): Suhu kekal melebihi normal sepanjang hari dan naik turun lebih dari 1 dalam 24 jam. Contoh : Jangkitan endokarditis.

Demam neutropenik, juga dipanggil febrile neutropenia, adalah demam tanpa kehadiran fungsi sistem imunisasi normal. Disebabkan ketiadaan neutrophil melawan bakteria, jangkitan bakteria boleh merebak dengan pantas dan demam ini biasanya dianggap kecemasan perubatan. Demam ini lebih biasa dilihat pada mereka yang menerima kemoterapi pemendam imunisasi berbanding mereka yang sihat.

Febricula adalah demam sederhana jangka pendek. Punca tidak jelas dan tanpa patologi yang jelas.

DEMAM BERPUNCA DARIPADA BAHANG NERAKA?

Menurut Ibn Qayyim al-Jauziyah, maksud ucapan Nabi SAW : “Demam itu berpunca daripada bahang neraka Jahanam” Iaitu panas demam yang bergejolak sepertimana Rasulullah SAW pernah bersabda dalam hadith yang lain yang bermaksud : “Panas matahari yang

terik berpunca daripada bahang neraka Jahanam.”

Terdapat dua pendapat yang menjelaskan kedua-dua hadith tersebut.

Pendapat pertama : Panas tersebut merupakan satu bayangan kepanasan neraka Jahanam agar para hamba Allah SWT menjadikannya sebagai iktibar atau pengajaran. Kemudian diberi kesembuhan oleh Allah SWT sembuhkan sebagai bandingan kebahagiaan, keceriaan, kegembiraan serta nikmat hidup dalam syurga Allah SWT.

Pendapat kedua : Hadith tersebut merupakan perumpamaan. Allah SWT mengumpamakan panas demam yang bergejolak seperti bahang neraka Jahanam. Allah SWT juga mengumpamakan terik matahari dengan bahang neraka Jahanam untuk mengingatkan manusia akan panasnya bahang seksa neraka. Panas yang menyengat itu diumpamakan sebagai bahang api neraka. Orang yang menghampirinya akan terasa bagaikan disentuh panas tersebut.

MAKSUD AIR

Ucapan Nabi SAW : “Sejukkanlah ia dengan air” juga terdapat dua pengertian.

Pertama : Bermaksud segala jenis air. Merupakan pengertian hampir kepada yang benar.

Kedua : Air zamzam. Mereka yang berpendapat air zamzam bersandarkan kepada sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dalam Sahihnya,

daripada Abu Jamrah Nashr ibn Imran al-Dhuba’i menceritakan: “Aku pernah duduk dalam majlis Ibn Abbas di Kota Makkah, tiba-tiba aku diserang demam. Kemudian Ibn Abbas berkata: ‘Sejukkan dengan air zamzam kerana Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, ‘Sesungguhnya demam itu atau demam yang berat itu berpunca daripada bahang api neraka Jahanam. Oleh sebab itu, sejukkanlah ia dengan air atau Baginda SAW menyebut ‘Air zamzam.’

Manakala orang yang berpendapat segala sejenis air juga terdapat perbezaan pendapat. Ada yang mengatakan air yang disedekahkan kepada orang lain. Ada juga yang berpendapat air itu hendaklah digunakan dalam rawatan. Menerusi dua pendapat ini, pendapat yang utama adalah air itu hendaklah digunakan untuk disedekahkan kerana memberi seteguk air kepada orang yang dahaga adalah perbuatan yang amat terpuji.

Walau bagaimanapun yang lebih masyhurnya maksud sebenar hadith tersebut adalah air itu mestilah digunakan untuk rawatan. Abu Nu’aim, seorang ulama’ ada menulis “Hilyat al-Auliya’” dan disahkan ulama’ bahawa terdapat hadith yang berdarjat marfu’ bermaksud: “Jika salah seorang di antara kamu demam, hendaklah dia menyiram tubuhnya dengan air sejuk selama tiga malam pada waktu fajar.” (Riwayat an-Nasa’i dan al-Hakim).

SAINS DAN ISLAM

ISU 2/2016 | SINAR ROHANI | 25

Page 28: Majalah Sinar Rohani isu 2/2016

Dalam kitab Sunan Ibn Majah daripada Abu Hurairah RA secara marfu‘ menyebut: “Demam itu berasal dari peniup tungku neraka Jahanam, maka hapuskanlah ia dengan air sejuk.” Menurut Imam al-Sindi dalam menghuraikan Sunan Ibn Majah berkata, “Hadith tersebut sahih dan para perawinya boleh dipercayai.” Dimaksudkan dengan peniup tungku adalah peniup tungku tukang besi yang dibahasakan kepada neraka ini dalam bentuk kiasan sahaja.

Dalam Musnad dan selainnya menerusi hadith Hassan daripada Samurah dengan darjat marfu’ bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Demam adalah sebahagian daripada pakaian api neraka, maka sejukkanlah ia menggunakan air.” Rasulullah SAW sendiri apabila demam, Baginda SAW meminta diambilkan air lalu Baginda SAW jiruskan ke kepala, kemudian mandi.” (Riwayat al-Hakim dan at-Tabrani).

Teori dan kaedah perubatan Ibnu Sina air adalah salah satu daripada empat unsur yang terdapat di dalam tubuh badan. Bagaimanapun, air berbeza daripada unsur-unsur yang lain (iaitu tanah, angin dan api) kerana ia termasuk dalam kategori bahan-bahan yang diambil sebagai makanan (minuman). Walaupun air tidak boleh menghasilkan nutrien, namun ia berfungsi mengalirkan

nutrien dan mengelokkan struktur nutrien tersebut. Air tidak boleh menghasilkan nutrien kepada badan kerana yang hanya boleh menghasilkan nutrien ialah bahan yang boleh memberi nutrien melalui tenaga, iaitu darah dan bahan yang lebih jauh daripada itu, iaitu suatu komponen daripada organ tubuh badan.

Dalam hal ini, jisim yang ringkas (seperti air) tidak akan berubah kepada bentuk darah dan juga tidak akan berubah kepada bentuk organ tubuh badan selagi jisim tersebut tidak berbentuk kompleks. Walau bagaimanapun, air merupakan suatu inti pati yang boleh membantu dalam proses pengaliran dan pelembutan nutrien sehingga membolehkan nutrien mengalir dengan mudah ke dalam salur-salur darah dan lubang-lubang kumuhan (lubang anus, hidung, telinga dan sebagainya). Fungsi yang dimainkan oleh air ini tidak dapat dielakkan bagi penyempurnaan proses penutrienan.

Air yang sejuk dalam kuantiti yang sederhana adalah jenis air yang paling sesuai bagi mereka yang sihat walaupun air jenis ini kadang-kadang boleh memudaratkan saraf serta tidak sesuai bagi mereka yang mengalami masalah pembengkakan organ-organ visera tubuh. Selain itu, air jenis ini boleh merangsang syahwat dan menguatkan organ gaster. Air yang panas

pula boleh merosakkan sistem penghadaman, memadamkan zat-zat makanan dan tidak boleh mengurangkan rasa dahaga dengan segera. Malah, air jenis ini boleh jadi menyebabkan penyakit dropsi dan demam hektik di samping menyebabkan tubuh badan menjadi layu.

Demam paitu, air yang mengandung unsur alum (tawas) pula berfungsi dalam pengaliran lebihan-lebihan darah haid, batuk berdarah dan pengaliran bawasir. Namun begitu , air jenis ini akan menyebabkan berlaku demam terhadap tubuh badan yang hampir untuk demam. Air yang mengandungi unsur iron pula berfungsi menghilangkan penyakit limpa dan membantu perlakuan jimak. Manakala, air yang mengandungi unsur kuprum baik bagi mereka yang mempunyai mizaj yang kurang elok. Akhir sekali, apabila air yang elok bercampur dengan air yang kurang elok, maka air tersebut akan dikuasai oleh jenis air yang paling kuat antara kedua-duanya.

26 | ISU 2/2016 | SINAR ROHANI

SAINS DAN ISLAM

Page 29: Majalah Sinar Rohani isu 2/2016

DEMAM PENGHAPUS DOSA

Dalam kitab as-Sunan daripada Abu Hurairah RA berkata: “Suatu ketika ada orang yang membicarakan mengenai demam dekat Rasulullah SAW, tiba-tiba seorang lelaki mencela penyakit tersebut.” Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : “Jangan mencela demam sebab demam dapat menghapuskan dosa sebagaimana api melenyapkan karat daripada besi.” (Riwayat Ibn Majah).

Menurut riwayat sebuah athar iaitu : “Demam sehari boleh menghapuskan dosa setahun.” Riwayat ini ada yang difahamkan bahawa demam itu meresap ke dalam setiap anggota tubuh dan sendi-sendinya. Manakala jumlah sendi-sendi tubuh adalah sebanyak 360. Justeru, demam itu dapat menghapuskan dosa sejumlah sendi-sendi tersebut dalam sehari.

Daripada Jabir RA berkata : Rasulullah SAW pernah menemui Ummu al-Sa’ib kerana melawatnya. Baginda bersabda: “Kenapa engkau menggigil? Jawabnya: Demam dan tidak ada keberkatan daripada Allah SWT. Sabda Baginda SAW: Jangan mencaci demam, kerana sesungguhnya ia menghapuskan kesalahan anak Adam, sebagaimana mesin penghembus api menghapuskan karat-karat pada besi.

Terdapat pertikaian yang menyokong dan menolak kepentingan demam dan isu ini menimbulkan kontrovesi. Kajian Findland mencadangkan pengurangan kematian bagi jangkitan bakteria apabila demam. Secara teori, demam mampu membantu dalam pertahanan badan. Terdapat sesetengah tindak balas imunisasi penting yang dipertingkatkan oleh suhu, dan sesetengah pathogen dengan kecenderungan suhu ketat boleh dielakkan.

`Demam mungkin berguna pada tahap tertentu kerana ia membenarkan badan mencapai suhu tinggi, menyebabkan persekitaran tidak menyenangkan bagi sesetengah pathogen. Sel darah putih juga membiak dengan pantas kerana persekitaran yang sesuai dan mampu membantu melawan pathogen dan mikrob merbahaya yang lain yang menceroboh badan.

SAINS DAN ISLAM

ISU 2/2016 | SINAR ROHANI | 27

Page 30: Majalah Sinar Rohani isu 2/2016

ASRUL EFFENDI KAMARUZZAMAN Penolong Kurator

Sirihpulang keGagang

Benar kata orang. Seperti sirih yang pulang ke gagang. Setelah sekian lama berkelana di negeri orang dia akhirnya pulang semula ke kampung halaman. Tempat dia dilahirkan dan

dibesarkan. Cuaca cerah yang jelas kelihatan di kaki langit seolah-olah turut sama berasa gembira menyambut kepulangannya.

“Pak Long tahu. Kau tinggalkan kampung ni kerana kecewa. Segala peninggalan harta arwah ayah kau dibolot abang kau Baharin,” kata pak longnya.

Baharuddin sebaliknya hanya mendiamkan diri saja. Dia kemudiannya lalu menarik nafas yang panjang.

“Saya tidak mahu bergaduh dengan Abang Baharin. Saya sentiasa ingat pesan arwah ayah. Supaya tidak bergaduh adik-beradik. Disebabkan harta. Apabila dia sudah tidak ada lagi. Sebab itulah saya mengalah. Dengan mengambil keputusan meninggalkan kampung ini,” jelasnya.

28 | ISU 2/2016 | SINAR ROHANI

CERPEN

Page 31: Majalah Sinar Rohani isu 2/2016

Suara angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa jelas kedengaran. Membelah suasana kampung yang indah dan permai. Bunyi pohon-pohon yang bergoyangan ditiup angin juga jelas kedengaran. Membelah suasana petang. Begitu juga dengan bunyi daun-daun yang bergeseran ditiup angin. Mengeluarkan irama yang sungguh merdu. Menghiburkan jiwa pabila didengar.

Pak Long lalu menghela nafas yang panjang. Dia kemudiannya lalu memandang wajah Baharuddin.

“Entahlah, Bahar …!” dia menggeleng-gelengkan kepala.

“Pak Long sendiri pun tak faham dengan sikap abang kau tu. Tamakkan harta. Kau ni adik dia. Arwah ayah kau pun dah tinggalkan wasiat. Segala harta dibahagi secara adil. Bukan milik dia seorang,” sambungnya lagi. “Mungkin dah nasib saya, Pak Long. Saya masih ingat lagi. Saya diusir. Saya dituduh mahu merampas semua harta peninggalan arwah ayah. Sedangkan saya tak ada niat macam tu. Tapi saya tetap bersabar. Semua ini adalah dugaan Tuhan buat saya. Saya tak berdendam dengan dia. Dia tetap abang saya. Walau apa pun apa yang dilakukannya itu menyentap hati saya,” Baharuddin berkata dengan penuh panjang lebar.

“Baguslah kalau macam tu, Bahar. Tak baik kita berdendam. Tambah pulak dengan abang kandung sendiri. Bersabarlah ajelah. Tuhan sentiasa bersama dengan orang yang sabar. Setiap yang berlaku itu ada hikmah di sebaliknya,” ujar Pak Long.

Perbualan mereka lalu terhenti. Apabila Mak Long muncul sambil membawa dulang yang berisi dua cawan air kopi dan sepinggan pisang goreng yang masih panas lagi. Perlahan-lahan dia meletakkannya di atas meja. Asap nipis yang keluar daripada air kopi dan pisang goreng kelihatan teroleng-oleng naik ke atas. Kemudian lalu menghilang.

“Minum, Bahar!” pelawa Mak Long. Sebaik-baik saja selesai meletakkan hidangan di atas meja.

“Terima kasih, Mak Long!” dia membalas pantas dengan mengangguk-anggukkan kepala.

“Susah-susah aje,” ucapnya lagi.

“Alah, Bahar. Air kopi dengan pisang goreng aje. Hah! Kau minumlah dengan Pak Long. Mak Long ada kerja yang belum selesai kat dapur tu,” beritahunya pada Baharuddin. Mak Long kemudiannya lalu beredar masuk semula ke dapur sambil membawa dulang yang telah kosong.

“Hah, Bahar. Jemputlah minum,” pelawa Pak Long.

Angin yang datang dari arah bukit bertiup sepoi-sepoi bahasa. Pohon-pohon yang tumbuh di halaman rumah Baharin bagai menari-nari. Mengikut rentak angin yang bertiup. Sekejap ke kanan dan sekejap ke kiri.

“Jahanam macam ni! Jahanam!” bentak Baharin.

“Kenapa ni, bang? Angin tak ada hah ribut tak ada. Tiba-tiba marah aje ni,” isterinya bersuara.

“Baharuddin dah balik!” dia membalas.

“Apa? Baharuddin dah balik?” Isterinya lalu terkejut. Apabila mendengar apa yang dikatakannya itu.

“Ya! Dah heboh satu kampung. Tentu dia balik ni nak menuntut hak dia!” katanya lagi dalam nada suara yang marah. Ternyata dia tidak menyenangi kepulangan adiknya itu.

“Abang mesti buat sesuatu. Kalau tidak susah kita jadinya nanti,” desak isterinya pula.

“Ya!” dia pantas mengangguk-anggukkan kepala. Sebagai tanda menyokong dengan apa yang dikatakan isterinya itu.

“Abang akan pastikan dia tak akan dapat hak dia balik. Dan tak akan pulang ke kampung ni lagi!” tambahnya lagi.

“Apa abang nak buat?” soal isterinya pula. “Ah! Itu kau tak perlu tahu!” potongnya dengan cepat.

“Tahulah aku apa nak buat nanti. Sudah. Tekak aku ni pun dah haus. Pergi buat air!” Baharin mengarahkan isterinya.

CERPEN

ISU 2/2016 | SINAR ROHANI | 29

Page 32: Majalah Sinar Rohani isu 2/2016

Baharuddin lalu terperanjat. Apabila Pak Long memberitahu yang Baharin telah menjual ke semua harta peninggalan arwah ayahnya.

“Benar, Bahar. Tak ada satu pun harta arwah yang tinggal. Habis semua dijualnya. Termasuk kebun getah di hujung kampung tu,” jelas Pak Long.

“Sampai begitu sekali?” Dia mengangkat dan mengangguk-angguk kepala memandang wajah Pak Long.

“Dia sekarang dah kaya. Dah buka kilang perabot. Modal dia buka kilang tu hasil daripada duit dia jual kebun getah di hujung kampung tu,” nyatanya lagi kepada Baharuddin.

“Arwah ayah dah pesan. Jangan jual kebun getah di hujung kampung tu. Dia dah wakafkan tanah tu untuk dibina sebuah pusat tahfiz. Untuk memberi peluang anak-anak muda di kampung ini mendalami ilmu agama. Tak apalah, Pak Long. Saya akan jumpa dia. Saya akan tebus tanah tu balik,” dia berkata.

“Memang eloklah tu, Bahar. Sudah menjadi kewajipan kita yang masih hidup ni. Menunaikan wasiat mereka yang dah tak ada. Hah. Waktu asar pun dah masuk. Marilah kita ke masjid,” ajak Pak Long.

“Yalah, Pak Long!” dia membalas. Baharin lalu menuju ke muka pintu. Apabila kedengaran suara orang memberi salam.“Waalaikumsalam. Hah. Kau, Bahar!” Nada suara yang dikeluarkannya itu jelas menunjukkan bahawa dia amat tidak menyenangi kedatangan adiknya itu ke rumahnya.

“Apa khabar, bang?” Dia menghulurkan tangan bersalaman dengan abangnya.

“Baik!” Baharin pantas menarik tangannya semula. Setelah bersalaman dengan adiknya yang setelah sekian lama tidak ditemuinya itu.

“Tak payah masuk ke rumah. Lagipun aku ada hal ni. Hah. Apa hal kau datang ni?” katanya lagi dalam suara yang kasar.

Namun Baharuddin tetap tenang dan tidak mengambil hati. Dengan apa yang ditunjukkan abangnya itu kepadanya.

“Begini, bang. Saya dengar abang dah jual kebun getah arwah ayah di hujung kampung tu,” ujarnya.

“Ya, betul! Apa kena-mengena dengan kau?” Baharin membalas dengan keras sambil mengangkat kepala tinggi. Memandang wajah adiknya itu.

“Bukankah arwah ayah dah berwasiat. Supaya tanah itu didirikan sebuah pusat tahfiz,” dia sebaliknya mengingatkan abangnya.

“Hei! Apalagi yang kau tak puas hati lagi ni. Hati kau sakit aje kan. Bila tengok aku hidup senang begini, kan!” jawab Baharin dengan meninggikan suara.“Saya tak bermaksud begitu, bang. Tapi saya nak tebus tanah tu balik. Wasiat arwah ayah kita mesti tunaikan.” Dia tak henti-henti mengingatkan abangnya.“Sudah! Lebih baik kau berambus dari sini. Aku tak mahu tengok muka kau lagi!” jerkahnya dengan sekuat-kuat hati.

“Bang dengar dulu …,” dia terhenti.

“Pergi aku kata! Pergi!” dia menghalau adiknya dalam nada suara yang lantang.

Baharuddin sebaliknya lalu mengalah. Dengan meninggalkan rumah abangnya. Baharin memerhatikan saja adiknya berlalu pergi. Rasa marah jelas kelihatan menebal di wajahnya.

“Macam tulah sikap dia, Bahar. Apabila dia menganggap dialah orang yang paling kaya dalam kampung ni,” Pak Long bersuara. Ketika keluar dari masjid. Selepas menunaikan solat Isyak dan berjalan beriringan dengan Baharuddin. Menuju ke tempat letak kereta.

“Dihalaunya saya. Sedangkan saya datang dengan niat yang baik. Dikatanya saya iri hati. Bila melihat dia dah kaya,” dia membalas.

Pak Long sebaliknya lalu menepuk-nepuk lembut bahu Baharuddin.

“Sabarlah, Bahar. Berdoalah. Semoga dia diberikan hidayah dan sedar terhadap kesilapan yang telah dilakukannya selama ini,” katanya.

“Mudah-mudahan begitulah, Pak Long!” harapnya sambil mengangguk-anggukkan kepala.

30 | ISU 2/2016 | SINAR ROHANI

CERPEN

Page 33: Majalah Sinar Rohani isu 2/2016

“Hah! Marilah kita ke rumah. Pak Long suruh Mak Long kau masak lebih malam ni. Nak ajak kau makan sama,” Pak Long mengajaknya.

“Yalah, Pak Long!” Dia menerima ajakan Pak Long itu.

Baharin lalu menjawab panggilan telefon.

“Hello! Hah, Sham. Apahal pagi-pagi lagi ni dah telefon.Apa? Kilang terbakar. Semua musnah …!” Nada suaranya lemah. Dia kemudiannya lalu tunduk. Bersama-sama rasa kesedihan yang membungkus wajahnya.

“Kenapa, bang?” tanya isterinya pantas. Wajahnya juga kelihatan cemas. Dari raut wajah suaminya itu dia dapat membaca. Tentu sesuatu kejadian yang buruk telah berlaku.

“Kenapa, bang?” tanya isterinya pantas. Wajahnya juga kelihatan cemas. Dari raut wajah suaminya itu dia dapat membaca. Tentu sesuatu kejadian yang buruk telah berlaku.

Mulutnya seperti terkunci rapat. Tidak berdaya untuk menjawab pertanyaan isterinya itu. Seluruh tubuhnya terasa lesu dan tidak bermaya. Hanya mampu menggeleng-geleng lemah. Hanya itulah saja yang mampu dilakukannya. Isterinya semakin cemas. Apabila melihat gelagat yang ditunjukkannya itu.

Dia kemudiannya lalu perlahan-lahan mengangkat muka dan memandang wajah isterinya.

“Kilang kita terbakar …,” dia bersuara layu.

“Apa …? Terbakar …?” isterinya juga menyambut dalam nada suara yang lemah.

Hidup Baharin menjadi derita semenjak kilang perabotnya terbakar. Dia telah mengalami kerugian yang banyak.

“Sabarlah, bang. Semua ni dah takdir,” Baharuddin menenangkan abangnya.

“Maafkan aku, Bahar. Aku benar-benar menyesal. Mungkin ini balasan Tuhan terhadap segala perbuatan yang aku lakukan selama ini,” luahnya.

“Akak pun begitu jugak, Bahar. Akak minta maaf. Kerana terlalu tamakkan harta peninggalan arwah

ayah. Sehingga sanggup menghasut abang. Supaya kau tak dapat bahagian kau,” kata isteri Baharin.

“Sudahlah tu, bang, kak. Bersyukurlah. Kerana Allah SWT telah memberikan petunjuk kepada abang dan kakak. Agar kembali semula ke pangkal jalan,” Baharuddin membalas pula sebaliknya.

“Memang betul kata Bahar tu. Yang sudah tu sudahlah. Jadikanlah ia sebagai pengajaran. Yang berguna dalam hidup ini. Supaya tidak mengulanginya pada masa yang akan datang,” celah Pak Long.

“Abang berjanji, Bahar. Abang akan tebus semula tanah kebun getah di hujung kampung tu. Untuk menunaikan wasiat arwah ayah. Membina sebuah pusat tahfiz,” ucapnya.

“Tanah kebun getah di hujung kampung tu dah pun saya tebus. Saya akan usahakan untuk membina sebuah pusat tahfiz di tanah tu. Sama-samalah kita berdoa. Semoga Allah SWT mengizinkan dan memberkati segala yang kita lakukan. Bang. Ini untuk abang.” Dia menghulurkan sekeping cek kepada abangnya.

Baharin lalu menyambut cek yang dihulurkan adiknya. Terperanjat dia apabila melihat jumlahnya yang begitu banyak.

“Banyak ni, Bahar …. Mana kau dapat duit sebanyak ni …?” Suaranya terputus-putus. Kerana terkejut dan tidak percaya. Adiknya yang selama ini dianggapnya hidup merempat di negeri orang mempunyai duit yang banyak.

“Saya tanggung semua kerugian abang,” nyatanya.

“Tapi dari mana kau dapat duit?” desak Baharin lagi.

“Saya sebenarnya ada syarikat perniagaan di Kuala Lumpur,” jelasnya.

Bertambah terperanjat Baharin apabila mendengar segala penjelasan yang diperkatakan oleh adiknya itu.

CERPEN

ISU 2/2016 | SINAR ROHANI | 31

Page 34: Majalah Sinar Rohani isu 2/2016

Setiap pembangunan tidak mungkin dapat dilaksanakan kecuali ada pelakunya (development actors). Dalam teori pembangunan yang berteraskan Islam, pelakunya ialah manusia. Begitulah juga dalam teori pembangunan lazim. Meskipun pelaku pembangunan dalam kedua-dua teori ini

adalah sama. Namun fungsi manusia sebagai pelaku pembangunan dalam teori pembangunan lazim adalah berbeza dengan fungsi manusia dalam teori pembangunan berteraskan Islam.

Hal ini kerana acuan yang membentuk kedua-dua teori pembangunan ini adalah berbeza. Teori pembangunan berteraskan Islam dibentuk beracuankan tasawur Islam, manakala teori pembangunan lazim dibentuk beracuankan tasawur lazim.

Oleh sebab teori pembangunan lazim beracuankan tasawur lazim maka manusia dalam teori pembangunan lazim itu hanya dilihat dari aspek keupayaan dan kekuatan fizikalnya semata-mata tanpa mengambil kira aspek spiritual. Oleh itu, manusia dalam teori pembangunan lazim hanyalah manusia fizikal atau pseudo-manusia, iaitu manusia yang tidak lengkap sebagai satu manusia. Perkara ini dapat dibuktikan melalui sifat fungsi pengeluaran dalam teori pembangunan lazim, iaitu P = f(T, M, B, K....n

PELAKUPEMBANGUNANLAZIM

PELAKUPEMBANGUNANBERTERASKAN ISLAM

Pensyarah KananPusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV), Universiti Sains Malaysia (USM)

DR MOHD SHUKRI HANAPI

vs

P ialah pengeluaran, M ialah modal, B ialah buruh, K ialah keusahawanan dan n ialah faktor-faktor pengeluaran

yang lain seterusnya

32 | ISU 2/2016 | SINAR ROHANI

GLOBAL

Page 35: Majalah Sinar Rohani isu 2/2016

Pensyarah KananPusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV), Universiti Sains Malaysia (USM)

Dalam fungsi pengeluaran ini, faktor pengeluaran yang berhubung dengan manusia ialah buruh dan keusahawanan. Sebenarnya manusia dalam bentuk buruh dan keusahawanan ini hanyalah merujuk kepada kekuatan fizikal, keupayaan produktiviti dan akal manusia sahaja. Kesemuanya tidak mengambil kira hal-hal kerohanian seperti iman dan takwa manusia serta fungsi utama penciptaan manusia sebagai hamba dan khalifah Allah SWT.

Dalam pembangunan lazim, agama dijadikan alat kepada pembangunan dan bukannya pembangunan menjadi alat kepada agama. Misalnya, Michael P. Todaro seorang yang mempunyai aliran pemikiran Progresif/Radikal dalam bukunya “Economic Development in the Third World,” telah menyentuh tentang aspek spiritual. Beliau berpandangan pembangunan mestilah dipandang sebagai suatu proses multidimensi yang meliputi pelbagai perubahan seperti struktur sosial, sikap masyarakat, institusi-institusi nasional, penghapusan kemiskinan, mengurangkan jarak antara orang yang berpendapatan tinggi dengan yang berpendapatan rendah di samping tetap mengejar pertumbuhan ekonomi. Ringkasnya, pembangunan dikatakan mestilah mencerminkan perubahan menyeluruh atau penyesuaian sistem sosial secara keseluruhan, tanpa mengetepikan kepelbagaian keperluan asas (makanan, tempat tinggal, kesihatan dan keamanan). Di samping itu, ia juga perlu mengambil kira keinginan-keinginan individu atau kelompok sosial seperti pemilikan kekayaan yang lebih banyak, mempertahankan jati diri, kebebasan sehingga wujud kehidupan yang lebih baik, sama ada

secara material mahupun spiritual.

Pandangan Michael P. Todaro ini selari dengan W. Arthur Lewis dalam bukunya “Some Aspects of Economic Development,” berpandangan bahawa pertumbuhan ekonomi adalah bergantung kepada sikap dan pemikiran manusia terhadap kerja, kekayaan, berjimat cermat dan sebagainya. Walau bagaimanapun, pertumbuhan ekonomi dikatakan akan lebih mudah berjaya jika agama menyesuaikan dan menghalalkan segala perubahan yang bergerak ke arah kemajuan yang diterokai oleh sistem sedia ada (sistem sekular). Sebenarnya, pandangan W. Arthur Lewis ini menekankan bahawa untuk memperoleh kemajuan, maka agama tidak boleh menyekat sebarang kaedah dan pengeluaran yang dihasilkan. Walaupun Michael P. Todaro dan W. Arthur Lewis ada menyentuh unsur spiritual atau agama, namun ia dianggap bukan sebahagian daripada pembangunan. Michael P. Todaro misalnya, cenderung melihat kejayaan pembangunan fizikal dan material akan memperbaiki kehidupan spiritual, bukannya spiritual yang akan memperbaiki pembangunan fizikal dan material. W. Arthur Lewis pula meletakkan agama ke tahap rendah kerana beliau menghendaki agar agama menyokong sistem sekular supaya pembangunan terus mengalami kemajuan tanpa sebarang halangan.

Dalam hal ini, agama dilihat menjadi alat kepada pembangunan, bukannya pembangunan menjadi alat kepada agama. Di sini jelas mempamerkan teori pembangunan lazim yang mempercayai manusia boleh dan patut menguruskan pembangunan ekonominya tanpa mengambil kira peraturan agama.

Bagi membuktikan hal ini, misalnya teori Modenisasi yang lahir di Barat setelah falsafah Barat berjaya meminggirkan agama dan tradisi daripada menguasai masyarakat telah menolak pandangan alam yang berdasarkan agama dan membangun tasawur baru yang menolak aspek metafizik. Oleh sebab itu, teori Modenisasi meletakkan manusia bukan sebagai hamba dan Khalifah Allah SWT. Manusia dipandang cukup tinggi sehinggakan dianggap sebagai penentu segala sesuatu (measure of all things), pembawa dan sumber segala hak. Sebenarnya, pemikiran teori pembangunan lazim ini mendidik manusia supaya memisahkan ajaran agama dalam pembangunan ekonomi. Justeru, manusia dalam teori pembangunan lazim dianggap sebagai makhluk ekonomi yang fungsinya sekadar mengeluar dan mengguna semata-mata. Perkara inilah yang ditekankan oleh John Stuart Mill dalam bukunya “Essays on Some Unsettled Questions of Political Economy.”

Jelas bahawa fungsi manusia dalam teori pembangunan lazim tidak lebih daripada barangan dan alat. Dengan itu, pelaku pembangunan dalam teori pembangunan lazim dipercayai dilahirkan hanya untuk menjalankan fungsi yang stereotaip dan sirkularistik seperti mengguna, membesar, belajar, bekerja, berkeluarga, reproduktif dan meninggal dunia. Mereka juga dianggap hanya sebagai manusia pengeluar atau pengguna yang hanya mengambil kira kekuatan fizikal, akal, kemahiran dan segala perkara yang berbentuk lahiriah semata-mata.

GLOBAL

ISU 2/2016 | SINAR ROHANI | 33

Page 36: Majalah Sinar Rohani isu 2/2016

Hal ini jelas berbeza dengan manusia berdasarkan tasawur al-Qur’an dan hadith, iaitu sebagai suatu komposit yang terdiri daripada unsur-unsur fizikal, roh, akal dan nafsu. Islam menjelaskan aspek fizikal itu sebagai diri haiwaniyyah (haiwan), manakala aspek roh itu sebagai diri natiqah (rasional). Simbiosis antara aspek inilah menjadikan manusia itu manusia. Kedua-duanya saling bergantungan antara satu sama lain untuk memberi makna kepada kehidupan. Sekiranya salah satunya tiada atau kepentingan salah satunya terabai, maka manusia tidak lagi menjadi manusia.

Manusia selaku makhluk Allah SWT ini mempunyai fungsi yang lebih khusus daripada fungsi manusia dalam pembangunan lazim yang beracuankan tasawur lazim. Menurut Muhammad Syukri Salleh dalam bukunya “Tujuh Prinsip Pembangunan Berteraskan Islam,” menyatakan aktiviti pengeluaran dan penggunaan hanyalah sebahagian daripada alat untuk manusia menjalankan atau mempertahankan fungsi khusus yang dipertanggungjawabkan ke atas mereka iaitu sebagai hamba dan khalifah Allah SWT di bumi ini. Hamba merupakan fungsi yang menghubungkan manusia dengan Allah SWT, manakala khalifah pula merupakan fungsi yang menghubungkan manusia sesama manusia. Fungsi pertama manusia sebagai hamba Allah SWT ini dijelaskan dalam firman Allah SWT yang bermaksud : “(Ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadah kepada-Ku.” (adh-Dhariyat : 56).

Ayat ini menerangkan tentang salah satu daripada fungsi utama penciptaan manusia iaitu untuk mengabdikan diri kepada Allah SWT. Ia merupakan tugas yang menentukan ada hamba yang menyembah dan ada Tuhan yang disembah. Perkara ini digambarkan dalam ungkapan illa liya‘budun (melainkan untuk mereka menyembah dan beribadah kepada Allah SWT). Penggunaan perkataan illa adalah untuk hasr (pembatasan) iaitu dibataskan pengabdian diri kepada Allah SWT sahaja. Manakala penggunaan huruf lam al-‘illah yang bermaksud ‘tujuan’ sebelum perkataan ya‘budun itu pula dapat menjelaskan lagi tujuan Allah SWT menciptakan manusia adalah semata-mata untuk beribadah kepada-Nya.

Sebenarnya perkara ini juga ada dijelaskan menerusi hadith Rasulullah SAW yang diriwayatkan

daripada Mu‘az ibn Jabal RA berkata: Ketika aku ditumpangi oleh Rasulullah SAW dan tiada penghalang antara diriku dengan Baginda SAW kecuali pelepah kayu yang diletakkan di belakang unta,” Baginda SAW memanggilku: “Wahai Mu‘az! Lantas aku menjawab: Baik, wahai Rasulullah! Aku memenuhi panggilanmu.” Setelah itu Baginda teruskan perjalanan dan memanggilku lagi: “Wahai Mu‘az! Lantas aku menjawab: “Baik, wahai Rasulullah! Aku memenuhi panggilanmu.” Kemudian Baginda SAW bertanya: “Apakah hak Allah ke atas hamba-Nya?” Aku menjawab: “Allah dan Rasul-Nya yang lebih mengetahui.” Baginda bersabda: “Hak Allah ke atas hamba-Nya adalah supaya mereka beribadah kepada-Nya dengan sebenar-benar dan tidak menyekutukan-Nya dengan sesuatu pun.” (Riwayat Bukhari). Menerusi hadith ini diterangkan bahawa manusia itu adalah sebagai hamba yang ditugaskan beribadah kepada Allah SWT. Dalam beribadah itu pula, manusia dilarang mensyirikkan Allah SWT dengan sesuatu pun.

Berhubung dengan surah ad-Dhariyat ayat 56 sebelum ini juga, Ibn Kathir dalam tafsirnya “Tafsir al-Qur’an al-‘Azim” memetik pandangan Ibn ‘Abbas RA yang mengatakan bahawa manusia diciptakan agar mengakui ketuhanan Allah SWT dengan beribadah kepada-Nya, sama ada secara sukarela (taw‘an) mahupun terpaksa (karhan). Hal ini berbeza dengan pandangan Mujahid RA yang dipetik oleh al-Syawkaniy dalam tafsirnya “Fath al-Qadir al-Jami‘ Bayn al-Fannay al-Riwayah wa al-Dirayah min ‘Ilm al-Tafsir” bahawa manusia diciptakan untuk mengenali Allah SWT. Maksudnya, setelah manusia benar-benar mengenali Allah SWT iaitu tentang kewujudan dan kebesaran-Nya, mereka akan mengabdikan diri kepada Allah SWT dengan beribadah kepada-Nya.

Meskipun antara kedua-dua tafsiran ini wujud sedikit perbezaan, namun ia tidak bertentangan. Pendapat Ibn ‘Abbas RA menekankan aspek taqwim (penciptaan) manusia sebagai hamba Allah SWT, sedangkan pendapat Mujahid RA lebih menekankan aspek taklif (pembebanan tanggungjawab). Oleh itu, jelaslah bahawa manusia diciptakan sebagai hamba atau makhluk yang tunduk kepada kehendak Allah SWT sekali gus dibebani dengan tanggungjawab untuk memanifestasikan ketundukannya iaitu beribadah kepada Allah SWT.

34 | ISU 2/2016 | SINAR ROHANI

GLOBAL

Page 37: Majalah Sinar Rohani isu 2/2016

Pertanggungjawaban fungsi manusia sebagai hamba ini telah ditetapkan sebelum kelahiran seseorang manusia itu lagi iaitu sewaktu di alam roh. Allah SWT berfirman yang bermaksud: “(Ingatlah wahai Muhammad), ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka. Dia menjadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Dia bertanya dengan Firman-Nya) : “Bukankah Aku Tuhan kamu?” Mereka menjawab: “Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi.” (Kami lakukan yang sedemikian itu) supaya kamu tidak berkata kelak. “Sesungguhnya kami lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini.” (al-A‘raf : 172). Ayat ini menjelaskan perihal perjanjian yang berlaku ketika seluruh zuriat manusia berada di alam roh sebelum kelahiran fizikal mereka di alam dunia ini. Mereka melafazkan kesaksian sekali gus perjanjian tentang ketuhanan Allah SWT iaitu hakikat Tauhid Rububiyyah dan Tauhid Uluhiyyah. Jelas di sini bahawa peristiwa ini sebagai pangkal tempat titik tolaknya seluruh kehidupan manusia. Setelah manusia mengiktiraf Tuhan, manusia sebenarnya telah menyerahkan dirinya untuk patuh dan taat kepada Allah SWT. Justeru, apabila Tuhan yang dipersaksikan itu menurunkan titah perintah melalui al-Qur’an dan as-Sunnah manusia wajib akur dan tunduk. Seluruh manusia, terutamanya umat Islam harus mengingat kembali kesaksian dan perjanjian ini dan harus mengatur tindak-tanduk seluruh aspek kehidupan mereka dalam kepatuhan kepada titah perintah Allah SWT sesuai dengan kesaksian

dan pengakuan mereka. Menginsafi peristiwa ini, setiap pelaksanaan tugas dan tanggungjawab mestilah dalam ketaatan dan kepatuhan kepada Allah SWT. Tidak wajar sekiranya manusia yang mengaku janji taat setia terhadap sesuatu wibawa autoriti, tetapi kemudiannya melakukan segala keingkaran dan pengkhianatan kepada perakuan itu.

Apabila dalam tasawur al-Qur’an dan as-Sunnah itu manusia berfungsi sebagai hamba Allah SWT, maka ia membawa maksud segala usaha pembangunan yang dilakukan itu adalah semata-mata untuk mendapatkan keredhaan Allah SWT. Ia meletakkan setiap usaha pembangunan yang dilakukan itu sebagai ibadah yang akan memperoleh ganjaran pahala di akhirat kelak. Selain berfungsi sebagai hamba Allah SWT, manusia juga berfungsi sebagai khalifah Allah SWT. Fungsi kedua manusia ini dijelaskan menerusi firman Allah SWT yang bermaksud : “(Ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi. Mereka bertanya (tentang hikmah ketetapan Tuhan itu dengan berkata): “Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memuji-Mu dan menyucikan-Mu? Tuhan berfirman: Sesungguhnya Aku mengetahui segala perkara yang kamu tidak mengetahuinya.” (al-Baqarah :30). Ayat ini jelas mempamerkan fungsi manusia sebagai khalifah di bumi. Hal ini dapat dibuktikan melalui penggunaan perkataan ja‘il (penjadi) dalam ayat tersebut.

Menurut at-Tabariy dalam tafsirnya “Al-Jami‘ lil Ahkam al-Qur’an”, perkataan ja‘il dalam ayat tersebut bermakna khaliq (Pencipta). Pentafsiran mereka ini berdasarkan pandangan Abu Rawq yang mengatakan semua perkataan ja‘ala dalam al-Qur’an itu sama makna dengan perkataan khalaqa (cipta). Meskipun demikian, terdapat perbezaan makna antara perkataan khalaqa dengan ja‘ala sebelum ini. Perkataan khalaqa bermakna menciptakan sesuatu daripada tiada kepada ada. Ia mengandungi makna dasar pemberian yang berbentuk fizikal dan psikologi. Manakala perkataan ja‘ala pula bermakna menetapkan suatu kedudukan bagi sesuatu yang lain. Maksudnya ialah manusia dijadikan atau ditetapkan oleh Allah SWT berfungsi sebagai khalifah di bumi ini setelah diciptakan. Ia lebih kepada aspek fungsi penciptaan manusia. Sebenarnya kekhalifahan itu merupakan keutamaan yang diberikan oleh Allah SWT kepada manusia berbanding semua makhluk-Nya yang lain. Allah SWT menyerahkan tugas khalifah kepada manusia sebagai satu nikmat umum ke atas Nabi Adam AS dan semua anak cucunya. Selain itu, penyerahan tugas khalifah ini juga sebagai satu ujian dan penghormatan kepada manusia. Oleh itu, jelaslah bahawa penugasan manusia sebagai khalifah ini merujuk kepada tanggungjawab atau beban tugas dalam mengurus, mentadbir dan membangunkan bumi ini mengikut prinsip-prinsip Islam. Manusia yang berfungsi sebagai khalifah di bumi ini mempunyai beberapa tugas dan tanggungjawab tertentu. Selain memperhambakan diri kepada Allah SWT. Mereka juga mempunyai tugas-tugas yang lain.

GLOBAL

ISU 2/2016 | SINAR ROHANI | 35

Page 38: Majalah Sinar Rohani isu 2/2016

Antara tugas tersebut adalah menegakkan hukum Allah SWT di atas muka bumi ini dengan adil dan saksama. Ditugaskan untuk memakmurkan bumi ini yang merangkumi manusia itu sendiri, haiwan, tumbuh-tumbuhan dan seluruh makhluk ciptaan Allah SWT yang lain.

Menurut M. Quraish Shihab dalam buku “Membumikan Al-Qur’an: Fungsi dan Peranan Wahyu dalam Kehidupan Masyarakat,” kekhalifahan itu mempunyai tiga unsur yang saling berkaitan. Pertama, manusia itu sebagai khalifah. Ia digambarkan dalam ungkapan-ungkapan inni ja‘il fi al-ard khalifah “kami jadikan seorang khalifah di bumi” (al-Baqarah : 30) dan inna ja‘alnaka khalifah “kami menjadikan kamu khalifah” (Sod : 26). Peranan manusia ini walaupun tidak dijelaskan secara tersurat (Hud : 61), namun ia tetap dinyatakan secara tersirat. Hujahnya ialah manusia yang ditugaskan memakmurkan muka bumi ini sebagaimana yang terdapat dalam ungkapan wa ista‘marakum fiha “menghendaki kamu memakmurkannya”. Kedua, alam semesta. Ia digambarkan menerusi ungkapan fi al-‘ard (bumi) (al-Baqarah :30 dan Sod : 26) dan wa ista‘marakum fiha (Hud : 61). Ketiga, hubungan antara manusia dengan alam semesta dan segala isinya. Termasuk juga di sini ialah hubungan dengan manusia. Hal ini digambarkan dalam ungkapan fa ahkum bayna al-nas “berilah keputusan tentang sesuatu perkara di antara manusia” (Sod : 26) dan istilah fiha (di bumi) (Hud : 61). Hubungan ini walaupun tidak dinyatakan secara tersurat(al-Baqarah : 30) sebelum ini, namun ia tetap dinyatakan secara tersirat. Hujahnya ialah tidak ada sebarang erti jika khalifah itu tidak disertai dengan penugasan atau istikhlaf.

Apabila dalam tasawur al-Qur’an dan as-Sunnah itu manusia berfungsi sebagai khalifah Allah SWT, maka mereka berinteraksi sesama manusia dan sumber alam dengan penuh rasa tanggungjawab, amanah, berakhlak, dan penuh etika, sesuai dengan peranan mereka sebagai khalifah Allah SWT di atas muka bumi ini. Dalam hal ini, mereka sentiasa menghubungkan diri mereka dengan sesama manusia dan sumber-sumber alam. Fungsi khusus manusia sebagai hamba dan khalifah Allah SWT menurut tasawur al-Qur’an dan as-Sunnah sebagaimana yang dijelaskan sebelum ini direalisasikan menerusi dua dimensi perhubungan. Fungsi manusia selaku hamba Allah SWT direalisasikan menerusi hubungan menegaknya dengan Allah SWT

selaku Pencipta, manakala fungsi sebagai khalifah Allah SWT direalisasikan dalam hubungan mendatar sesama manusia dan sumber alam selaku makhluk-makhluk Allah SWT.

Dengan status manusia sebagai hamba dan khalifah Allah SWT inilah, manusia sebagai pelaku pembangunan dalam teori pembangunan berteraskan Islam berbeza dengan fungsi manusia sebagai pelaku pembangunan dalam teori pembangunan lazim. Perbezaan ini dapat dilihat menerusi dua aspek utama. Pertama, pelaku pembangunan berteraskan Islam mempunyai falsafah dan fungsi yang berbeza dengan pembangunan lazim. Selaku hamba Allah SWT, mereka terlibat dengan aktiviti pembangunan sebagai salah satu cara mengabdikan diri atau beribadah kepada Allah SWT. Dalam melakukan ibadah ini, mereka sentiasa mempertahankan rasa kehambaan mereka kepada Allah SWT. Sebagai khalifah Allah SWT pula, mereka berinteraksi sesama manusia dan sumber alam dengan penuh rasa tanggungjawab, amanah, berakhlak, dan penuh etika, sesuai dengan peranan mereka sebagai khalifah Allah SWT di atas muka

bumi ini. Kedua, pelaku pembangunan berteraskan Islam tidak terikat dengan hanya aspek-aspek ekonomi yang dinilai dengan ukuran produktiviti, pengeluaran dan kepenggunaan semata-mata, sebagaimana yang difahami dengan pelaku pembangunan lazim. Sebaliknya, sebagai hamba Allah SWT, pelaku pembangunan dalam pembangunan berteraskan Islam tidak putus hubungan dengan Allah SWT, di samping sebagai khalifah Allah SWT yang sentiasa menghubungkan diri mereka dengan sesama manusia

dan sumber-sumber alam. Ganjaran untuk amalan menegakkan kedua-dua hubungan ini bukan sahaja didapati di dunia dalam bentuk material, tetapi juga di akhirat dalam bentuk syurga yang sungguh membahagiakan.

Gabungan kedua-dua fungsi utama penciptaan manusia inilah merupakan hakikat manusia yang berfungsi sebagai pelaku pembangunan menurut tasawur al-Qur’an dan as-Sunnah. Sehubungan itu, dalam melaksanakan proses pembangunan, manusia tidak boleh terjerumus menjadi hamba pembangunan kerana pembangunan sebenarnya adalah untuk manusia, bukan manusia untuk pembangunan. Oleh itu, barulah pelaku pembangunan benar-benar dapat menghasilkan pembangunan yang termasuk dalam kategori ibadah dan diredhai Allah SWT.

“...kami jadikan seorang khalifah

di bumi...” (al-Baqarah : 30)

36 | ISU 2/2016 | SINAR ROHANI

GLOBAL

Page 39: Majalah Sinar Rohani isu 2/2016

WANITA BEKERJAYABUKAN SUATU MASALAH

MOHAMAD FADZIL AWANG | Mahasiswa Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM)

Kebelakangan ini, wanita bekerjaya bukan lagi suatu perkara yang pelik berlaku, tetapi ianya sudah menjadi kebiasaan dan kelaziman dalam negara kita. Islam tidak melarang wanita bekerja di luar rumah malah hukumnya adalah harus. Terlalu banyak dalil berkaitan keharusan wanita bekerja di luar rumah. Selain nas al-Qur’an dan hadith, terlalu banyak kisah dan sejarah wanita Muslimah bekerja pada zaman Rasulullah SAW. Firman Allah SWT yang bermaksud : “Ketika dia sampai di telaga air negeri Madyan, dia dapati di situ sekumpulan orang lelaki sedang memberi minum (binatang ternak masing-masing). Dia juga mendapati di sebelah mereka dua perempuan yang sedang menahan kambing-kambingnya. Dia bertanya: “Apa hal kamu berdua?” Mereka menjawab: “Kami tidak memberi minum (kambing-kambing kami) sehingga pengembala-pengembala itu membawa balik binatang ternak masing-masing; bapa kami seorang yang terlalu tua umurnya”. (al-Qasas : 23). Selain itu, terdapat beberapa hadith menyokong wanita untuk bekerja seperti berikut: 1. Ar-Rubaiyyie` binti Mu‘awwiz RA berkata : “Kami pernah berperang bersama-sama Nabi SAW dan kami berkhidmat kepada mereka. Kami menghantar tentera yang terbunuh (syahid) dan yang tercedera pulang ke Madinah.” (Riwayat Bukhari).2. Ummu ‘Athiyyah menceritakan dalam sebuah hadith bahawa beliau pernah bekerja di medan perang bersama-sama Rasulullah SAW. Beliau berkata : “Aku pernah turun ke medan peperangan bersama-sama Rasulullah SAW dalam tujuh peperangan. Aku berada di belakang rombongan mereka. Aku menyiapkan bala tentera makanan mereka. Aku merawati tentera yang tercedera dan yang sakit.” (Riwayat Muslim).

Seterusnya kita akan meneliti beberapa nas fiqh mazhab dalam membenarkan wanita bekerja di luar rumah. Ulama` dalam mazhab as-Syafi‘e menyatakan apabila suami dalam keadaan susah, tidak mampu memberi nafkah dan tertangguh nafkahnya terhadap isteri, maka isteri dibenarkan keluar rumah untuk mendapatkan nafkah (perbelanjaan) melalui bekerja, berniaga atau meminta. Suami tidak boleh melarang isterinya, kerana sekiranya dia melarang maka wajib dia sediakan nafkah tanpa isterinya bekerja. Isteri boleh keluar mencari perbelanjaan sepanjang tempoh tertangguhnya nafkah dari suami. Manakala bagi Ulama’ Hanbali pula menyatakan, apabila suami susah untuk menyediakan nafkah kepada isterinya, maka isteri berhak memilih sama ada fasakh atau meneruskan pernikahan tersebut. Suami tidak boleh melarang isterinya keluar bekerja dan suami juga tidak bolehmenahan isterinya hidup sentiasa dalam kesusahan bersama-sama suaminya kerana akan memberi mudharat kepada isteri. Suami berhak melarang isterinya bekerja sekiranya mencukupi segala perbelanjaan dan menyiapkan segala hajat isterinya. Namun demikian, Prof Dr Wahbah az-Zuhaili telah menggariskan empat nilai yang harus dilihat dalam memberi keizinan wanita bekerja di luar rumah. Pertama ialah dengan hajat wanita dibenarkan bekerja di luar rumah atas sebab tertentu dan mendapat keizinan suami atau wali. Kedua, wanita tersebut berada dalam keadaan aman ketika bekerja. Aman yang dimaksudkan adalah aman bagi maruahnya, dirinya, hartanya, perjalanannya pergi balik, dan juga terhindar dari fitnah. Ketiga adalah seharusnya wanita menepati adab-adab dan hukum berkenaan kewanitaan seperti keizinan dari suami atau wali hatta pekerjaan tersebut sesuai dengan

fitrah kewanitaannya. Nilai terakhir ialah menyelesaikan dahulu segala tanggungjawabnya dengan baik seperti tanggungjawab kepada rumah tangga. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : “Orang lelaki itu pemelihara (bertanggungjawab) terhadap keluarganya (isteri dan anak) lalu dia akan dipersoalkan nanti tentang tanggungjawabnya itu, dan perempuan itu pemelihara (bertanggungjawab) terhadap rumah suaminya. Dia akan dipersoalkan nanti tentang penjagaannya itu.” (Riwayat Bukhari dan Muslim). Setelah wanita tersebut bekerja, sudah pasti wanita tersebut akan menerima gaji dari majikannya. Gaji tersebut adalah hak milik mutlak wanita tersebut dan tiada sesiapa pun berhak berkongsi atau menggunakan hartanya itu tanpa kebenaran. Firman Allah SWT yang bermaksud : “Berikanlah kepada perempuan-perempuan itu mas kahwin mereka sebagai pemberian yang wajib. Kemudian jika mereka dengan suka hatinya memberikan kepada kamu sebahagian dari mas kahwinnya maka makanlah (gunakanlah) pemberian (yang halal) itu sebagai nikmat yang lazat, lagi baik kesudahannya”. (an-Nisa’ : 4). Menerusi ayat ini sangat jelas untuk kita faham bahawa segala yang wanita perolehi hasil dari ia bekerja, maka itu adalah hak milik mutlaknya, dan perlunya meminta kebenaran sebelum menggunakan hartanya. Walau bagaimanapun, isteri digalakkan membantu suami meskipun pada asalnya itu bukanlah tanggungjawab isteri. Akan tetapi jika suami tidak mampu menyara disebabkan kesusahan (sakit) dalam mendapatkan nafkah maka isteri wajib bekerja sekiranya isteri memilih untuk setia dengan akad tersebut.

MUAMALAT

ISU 2/2016 | SINAR ROHANI | 37

Page 40: Majalah Sinar Rohani isu 2/2016

Meskipun isteri sudah bekerja dan memiliki kewangan sendiri hasil daripada gaji, namun hukum nafkah suami terhadap isteri tidak akan gugur dan suami wajib memberi nafkah serta menjalankan tanggungjawabnya terhadap isteri. Sepertimana firman Allah SWT yang bermaksud : “Hendaklah orang yang mampu memberikan nafkah menurut kemampuannya; sesiapa yang disempitkan rezekinya, maka hendaklah dia memberi nafkah dari apa yang diberikan Allah kepadanya (sekadar yang mampu); Allah tidak memberati seseorang melainkan (sekadar kemampuan) yang diberikan Allah kepadanya. (Orang yang dalam kesempitan hendaklah ingat bahawa) Allah akan memberikan kesenangan sesudah berlakunya kesusahan”. (at-Talaq : 7).

Jabir RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW pernah berkhutbah: “Bertaqwalah kalian kepada Allah SWT dalam masalah perempuan. Sesungguhnya kalian mengambil mereka (nikah) dengan amanah daripada Allah SWT, kalian meminta dihalalkan faraj mereka dengan kalimah Allah SWT, dan wajiblah ke atas kalian menyediakan rezeki dan pakaian (nafkah) kepada mereka dengan cara yang baik.” (Riwayat Muslim).

Sementara itu, suami juga mempunyai hak melarang isteri dari keluar rumah untuk bekerja, dan berhak memaksa isteri meninggalkan kerjanya apabila tidak ada keperluan untuk itu. Hatta suami boleh melarang isteri dari terus bekerja jika tanggungjawab asasi isteri tidak diuruskan dengan sempurna di samping suami telah menyediakan nafkah dengan selengkapnya. “Bagaimana jika wanita tersebut telah bekerja sebelum bernikah?” Menurut Prof Dr Wahbah az-Zuhaili telah menyatakan : “Sekiranya isteri telah bekerja sebelum bernikah, suami harus berterus terang jika tidak inginkan isterinya bekerja dan meletakkan syarat awal. Dengan meletakkan syarat sedemikian, maka wajib bagi suami menyediakan perbelanjaan dan keperluan isteri dengan sempurna, manakala wajib ke atas isteri menurut syarat tersebut jika bersetuju

dengan syarat yang dipersetujui. Sekiranya suami tidak meletakkan syarat dengan jelas dan terang, maka suami telah mencabut haknya dari mewajibkan isteri bekerja dan suami tiada hak memaksa isteri bekerja di luar rumah.” Walaupun demikan, Prof Dr Wahbah Zuhaili telah menyatakan kebimbangan beliau terhadap kesan-kesan yang mungkin terjadi jika wanita bebas bekerja di luar rumah. Antara kesan bahaya yang beliau sebutkan ialah wujudnya perasaan ingin bebas isteri dari telunjuk suami. Secara psikologinya, apabila isteri sudah bekerjaya, pasti mereka akan terbeban dengan bebanan yang begitu banyak seperti bebanan tempat kerja dan bebanan rumah tangga. Beliau telah melihat kesannya iaitu wanita (isteri) mula mengasingkan diri daripada suami segenap aspek khususnya ekonomi individu. Kehidupan yang sebelum ini saling kongsi berkongsi dan saling lengkap-melengkapi akan terhakis secara dasarnya. Kedua, Perkongsian hidup dan hubungan intim suami isteri semakin terhakis. Memandangkan kurun ke 20 ini wanita bekerjaya bukanlah suatu benda yang pelik lagi, ianya sudah menjadi kebiasaan kepada wanita untuk bekerjaya. Wanita merasa bebas jika mereka memiliki kewangan sendiri dan merasakan bahawa tidak memerlukan lelaki dalam kehidupan mereka. Sebaliknya rumah yang sepatutnya dihiasi dengan kasih sayang suami isteri bertukar menjadi bilik seperti hotel, hubungan suami isteri pasti tidak akan kekal melainkan hanya untuk memuaskan nafsu seksual maing-masing. Penjagaan anak berkemungkinan juga akan terabai sekiranya isteri bekerja di luar rumah. Terabai yang dimaksudkan bukan hanya setakat makan dan minum anak-anak, tetapi yang perlu diluangkan masa bersama-sama dengan anak-anak. Kebanyakan ibu bapa yang bekerja akan menghantar anak mereka ke pusat asuhan kanak-kanak. Anak-anak ini lebih banyak meluangkan masa dengan orang lain berbanding dengan orang tuanya sendiri maka ianya akan mempengaruhi kehidupan anak-anak kerana hubungan kekeluargaan yang amat renggang antara anak-anak dan ibubapa. Sebagai peringatan kepada ibu bapa yang bekerja, anak-anak kini mudah

terpengaruh dengan persekitaran yang mereka lihat. Justeru itu, ibu bapa seharusnya memerhatikan anak-anak mereka walaupun ibu bapa tidak mempunyai ruang untuk meluangkan masa dengan anak-anak. Carilah peluang tersebut kerana anak adalah amanah kepada ibu bapa. Kesan terakhir, wanita adalah insan yang sangat sukar mengawal emosi, dibimbangi tekanan kerja yang dialami wanita semasa bekerja menyebabkan sentiasa berlakunya perselisihan faham dalam hubungan suami isteri. Lebih parah lagi, terdapat adanya segelintir ibu melepaskan tekanan kerjaya kepada anak-anak dan anak menjadi mangsa dera setiap hari. Jika keadaaan ini berlaku maka masalah lain akan timbul tanpa kita diduga iaitu kes anak lari dari rumah. KESIMPULAN, keizinan syariat membenarkan wanita untuk bekerja tidak membawa maksud menggalakkan mereka bebas bersosial tanpa batas, sebaliknya adab-adab dan hukum agama seharusnya mereka jaga sepanjang bekerja. Walaupun dilihat secara tersirat, wanita bekerja dapat membantu suami dalam menyara perbelanjaan keluarga memandangkan ekonomi negara kita kini yang semakin mendesak, tetapi jika dilihat secara tersurat sebenarnya wanita (isteri) telah menambah lebih banyak tanggungjawab iaitu tanggungjawab asas kepada suami dan anak-anak, keluarga disamping tanggungjawab dengan majikan. Jika berlaku sebarang kecacatan isteri terhadap tanggungjawabnya kepada keluarga, maka wanita tersebut berisiko menanggung dosa dari kesilapannya.Pesanan buat suami, dengan kebenaran syariat membenarkan wanita bekerja bukan bermaksud kita sebagai suami bebas goyang kaki di rumah sambil menelan hasil pencarian isteri, tanggungjawabnya sebagai suami tidak akan gugur selagi memiliki kudrat. Pesanan kepada isteri (wanita), jika bekerja biarlah mendapat keizinan suami anda, kerana keredhaan hidup isteri terletak pada keredhaan suaminya dan wanita yang ingin bekerjaya seharusnya melihat terlebih dahulu adakah kerjaya yang ingin diceburi itu sesuai dengan kudrat kewanitaan yang dimilikinya.

38 | ISU 2/2016 | SINAR ROHANI

MUAMALAT

Page 41: Majalah Sinar Rohani isu 2/2016

سالءين ايت، كݢاݢالن مڠاول نفسو درڤد ݢوداءن ڤلباݢاي هيداڠن ݢاي هيدوڤ مودن دان كميواهن يڠ دلوار كممڤوان ممبوروقكن الݢي ڤرمسئلهن اين. ماله، كيت اچڤكايل ترسنتك دڠن ايسو٢ برس يڠ دچتوسكن اوليه مشاركت

إسالم كيت سنديري سڤريت رشوة، ڤچه أمانة، كبوچورن معلومات رهسيا كراجأن، منيڤو دوكومني تونتوتن لبيه ماس دان ڤرجالنن، خلوة، دان ݢڠݢوان سيكسوال. بݢيتو جوݢ ايسو بركاءينت ليوات ماسوق كڤجابت، كلوار ڤجابت تنڤا

ايذين دان مڠݢوناكن هرتا كراجأن يڠ مڽببكن امييج ديري دان جابنت ترچمر.

سچارا تيدق لڠسوڠ، سيكڤ نيݢاتيف اين مڠݢمربكن كلمهن إميان دان أخالق ڤكرجا ايت سنديري دان بوكنڽ سامت٢ كلمهن اينستيتويس ڤنتدبريان سسبواه أورݢانيسايس. سباݢاي ڤنجاوات عوام، اوسهله كيت لوڤا دڠن اكو

جنجي يڠ تله دبريكن ياءيت اونتوق منجاݢ امييج دان ايدينتيتي سباݢاي ڤكرجا يڠ برأخالق رستا مامتوهي إيتيكا كرجا يڠ دتتڤكن. ايڠتله، كيت برتڠݢوڠجواب كڤد ديري سنديري، كلوارݢ، مشاركت دان نݢارا. اوليه ايت، ستياڤ كسالهن يڠ دالكوكن ڤرلو داءوديت اݢر كيت هيدوڤ دڠن سالمت. اهلل سبحانه وتعاىل تله مڠيڠتكن كيت دامل سورة الزلزلة ايات ٧-٨ يڠ برمقصود: ”مك سسياڤا بربوات كباجيكن سربت ذرة، نسچاي اكن دليهتڽ )دامل سورت عملڽ(!.

دان سسياڤا بربوات كجاهنت سربت ذرة، نسچاي اكن دليهتڽ دامل سورت عملڽ(!”.

ڤكرجأن كيت هاري اين مروڤاكن أمانة برس رعيت يڠ تله ملتقكن كيقيننڽ كڤد كيت. اوليه ايت كيت ڤرلو ممستيكن رزقي يڠ دڤرأوليه بوات منمڤوڠ كهيدوڤن اين حالل دان دبركتي اهلل سبحانه وتعاىل. سبدا رسول اهلل صىل اهلل عليه وسلم مفهومڽ: “ دري ابو عبد اهلل النعامن بن بشري ريض اهلل عنهام بركات، ساي مندڠر رسول اهلل

صىل اهلل عليه وسلم برسبدا، ”سسوڠݢوهڽ يڠ حالل ايت جلس دان يڠ حرام ايت جلس. دانتارا كدواڽ ترداڤت ڤركارا٢ يڠ شبهات )سامر٢( يڠ تيدق دكتاهوءي اوليه اورڠ باڽق. مك سياڤا يڠ تاكوت ترهادڤ شبهات برأريت دي تله

مڽالمتكن أݢامڽ دان كحورمتنڽ. دان سياڤا يڠ ترجروموس دامل ڤركارا شبهات، مك أكن ترجروموس دامل ڤركارا يڠدحرامكن” )رواية البخاري دان مسلم(.

جوسرتو، إسالم تله مڠݢاريسكن برباڤ چريي٢ ڤكرجأن يڠ منڤتي كهندق اهلل سبحانه وتعاىل ياءيت، )1( نية كران اهلل سبحانه وتعاىل. كإخالصن دامل ملقساناكن ڤكرجأن تيدق سامت٢ مڠهارڤكن ݢنجرن دنيا تتاڤي هندقله دالكوكن كران اهلل اݢر دچاتت سباݢاي عبادة. )2( منجاݢ ڤلقساناءن عبادة واجب. كسيبوقكن منچاري

رزقي بوكن االسن اونتوق كيت منيڠݢلكن ڤرينته اهلل سبحانه وتعاىل ماللوءي صالة، صدقة، زكاة اتاو مڠرجاكن حاج. )3( مڠعملكن صفة برإينتيݢريتي )جوجور دان أمانة(. صفة جوجور دان أمانة تله ملتقكن بݢيندا صىل اهلل

عليه وسلم سباݢاي ايكوتن سلوروه اومت إسالم. نيالي صفة اين اكن مڠڠكت درجت سسأورڠ دسييس اهلل سبحانه وتعاىل سباݢاي موءمني مانكاال صفة خيانة مروڤاكن صفة اورڠ يڠ منافق. دان ككل برديسيڤلني، تكون دان چكڤ.

مان٢ اورݢانيسايس تله منتڤكن إيتيكا ڤكرجأن اݢر اݢينسيڽ برجالن دڠن لنچر دان ترسوسون.

کسيمڤولنڽ ، ڤارا ڤكرجا يڠ مامتوهي ستياڤ ڤراتورن اكن ممڤرأوليهي كجايأن دان كچمرلڠن ددامل كرجاياڽاڤاتهالݢي جك ترداڤت نيالي متبه سڤريت تكون دان بركامهرين تيڠݢي.

SINAR JUMAAT

ISU 2/2016 | SINAR ROHANI | 39

Page 42: Majalah Sinar Rohani isu 2/2016

“اءوديت ديري”

سبحانه اهلل چيڤتأن مخلوق مروڤاكن مأنيس وتعاىل يڠ سوڠݢوه ايستيميوا، لبيه باءيك دان لبيه موليا بربنديڠ مخلوق يڠ الءين. كڽاتاءن اين اداله بردارسكنمنونجوقكن كڤد يڠ جلس وتعاىل اهلل سبحانه فرمان٢ كيت بتاڤ اهلل تله منجاديكن كيت سباءيك٢ كجادينبرفيكري، برعقل، سڤريت كلبيهن باڽق ممڤوڽاءي دان بركامهرين، كرياتيف، امياݢينايس، برداي برعلمو، بركرتامڤيلن دان سباݢايڽ. تونتسڽ، سݢاال كلبيهن ايناهلل يڠ واجب كيت شكوري اداله رحمة دان كورنياءن

دان جاڠن سكايل٢ دكوفوري.

دسببكن حال ايت، مأنيس دبري كڤرچايأن اونتوق مميكول أمانة دان تڠݢوڠجواب يڠ تيدق داڤت دتڠݢوڠمنيالي ممڤو مأنيس عقل دڠن الءين. مخلوق اوليه سسواتو ڤريالكو سأمد باءيك اتاو بوروق، دوسا اتاو ڤاهال.منتدبري دامل مأنيس كممڤوان حريانله، تيدق جادي ڤارا شيطان دان اوليه اين امت دچمبوروءي موك بومي سكوتوڽ. لبيه٢ الݢي، مريك يڠ سنتياس طاعة دان ڤاتوهديري محاسبة رسيڠ رستا دڤرينتهكن يڠ سݢاال كڤد ترهادڤ عاملنڽ. فرمان اهلل دامل سورة الحرش ايات ١٨ يڠ برمقصود: ”واهاي اورڠ يڠ برإميان! برتقوى له كڤد اهلل )دڠن مڠرجاكن سوروهنڽ دان منيڠݢلكن الرڠنڽ(;اڤ ممرهاتيكن دان مليهت ديري تياڤ٢ هندقله دان يڠ اي تله سدياكن )دري عملڽ٢( اونتوق هاري ايسوقبرتقوى دإيڠاتكن(: الݢي )سكايل دان أخرية(. )هاري له كڤد اهلل، سسوڠݢوهڽ اهلل امت مليڤويت ڤڠتاهوانڽ

اكن سݢاال يڠ كامو كرجاكن.”

اياله دامل ڤرهاتيكن ڤرلو كيت يڠ ڤركارا ساله ساتو سوءال منچاري رزقي ماللوءي كݢياتن دامل سسواتو بيداڠسباݢاي “بكرجا سلوݢن مندڠر بياسا كيت ڤكرجأن. عبادة” يڠ منتڤكن ڤرارشط بكرجا هندقله دالكوكن كرانسباݢاي إسالم اجرن برلندسكن دان وتعاىل سبحانه اهلل ݢاݢل اين ڤرارشط كايل، رسيڠ نامون عبادة. اينديكاتور

دڤاتوهي سهيڠݢ مڠهيلڠكن كربكنت دان ڤاهالڽ.

سسوڠݢوهڽ، اورڠ يڠ بكرجا دان تيدق ممينتا٢ ساڠت دسوكاءي اوليه إسالم. سبدا رسول اهلل صىل اهلل عليه وسلمدرڤد خديج بن رافع بن رفاعة بن عباية ”درڤد مفهومڽ: داتوقڽ رافع بن خديج بركات بهاوا رسول اهلل صىل اهلل عليهڤاليڠ يڠ اڤاكه ڤكرجأن اهلل، رسول ”واهاي دتاڽ، وسلم باءيك؟“ بݢيندا منجواب، ”ڤكرجأن سسأورڠ دڠن تاڠنڽ

سنديري دان ستياڤ ڤرنياݢان يڠ باءيك“)رواية أحمد دان البزار(.

عاقبة ݢاݢل مامتوهي ڤرارشط اين، مك تيمبول برباڤ كيس ساله الكو دامل كالڠن ڤكرجا سأمد عوام، سواستا اتاو ڤرسنديرين. جك تيدق دأتيس سݢرا، إي بوليه منجادي باره يڠ مربهاي كڤد أݢام، بڠسا دان نݢارا سكاليݢوس مڽومبڠ كڤد ڤنيڠكنت ڤرمسئلهن سوسيال. ڤرسوءالنڽ، اڤاكه ڤونچا برالكوڽ ݢجاال اين؟ يا، سبرنڽ سيكڤ اينديؤيدو يڠ تيدقمڠأواسيڽ سنتياس يڠ وتعاىل سبحانه اهلل كڤد تاكوت منجادي ڤونچا اوتام. سبرنڽ، ݢرق ݢري كيت بوكن سهاجمالئكة اوليه دريكود توروت بهكن اهلل، اوليه دڤرهايت

دكريي دان كانن كيت.

“AUDIT DIRI”اوالهن : ازورا بنت ابراهيم، ڤنولوڠ ڤاݢواي حال إحوال إسالم

40 | ISU 2/2016 | SINAR ROHANI

SINAR JUMAAT

Page 43: Majalah Sinar Rohani isu 2/2016
Page 44: Majalah Sinar Rohani isu 2/2016