koperasi koperkasa sarawak berhad - muat turun/2019... · adalah berlandaskan syariat islam dan...

2
KOPERASI KOPERKASA SARAWAK BERHAD KOPERASI KOPERKASA SARAWAK BERHAD ANGGOTA LEMBAGA KOPERKASA 2019-2020 SETIAUSAHA Abdoll Kader Bin Osman BBS PENGURUSAN KOPERKASA Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan Ke-66 telah diadakan pada 30 & 31 Mac 2019 bertempat di Imperial Hotel, Kuching. Seramai 76 orang daripada 78 orang anggota perwakilan Kawasan 1,2 dan 3 telah menghadiri mesyuarat agung perwakilan tahunan ini. Mesyuarat telah dimulakan dengan bacaan doa dan seterusnya ucapan daripada Pengerusi KOPERKASA. Dalam ucapannya, Pengerusi telah menyeru kepada semua anggota perwakilan agar sama-sama menyokong dan berusaha memartabatkan KOPERKASA agar lebih maju lagi di masa akan datang dengan adanya komitmen semua pihak. Dalam mesyuarat agung perwakilan kali ini, mesyuarat telah meluluskan pengagihan dividen kepada semua anggota KOPERKASA sebanyak 10% daripada keuntungan bagi tahun 2018 iaitu 4% diagihkan untuk dividen Modal Yuran Bulanan anggota berjumlah RMRM2.8 juta dan 6% diagihkan untuk dividen Modal Syer anggota berjumlah RM1.7 juta. Anggota yang menyimpan dalam akaun Simpanan Peribadi juga turut menikmati pulangan sebanyak 1.5% berjumlah RM236,000.00. KOPERKASA telah mencatatkan keuntungan sebanyak RM7.3 juta pada tahun 2018 dan pengagihan dividen ini melibatkan lebih kurang seramai 25,000 orang anggota di seluruh Negeri Sarawak. Para anggota boleh mengeluarkan dividen dan pulangan atas simpanan ini bila-bila masa mulai 2 Mei 2019. Di samping itu, KOPERKASA juga turut mengagihkan sebanyak RM1.1 juta sebagai tambahan kepada dana Tabung Kebajikan & Kemasyarakatan, RM220,000 untuk Tabung Insentif 20 Tahun Keanggotaan dan RM180,000 untuk Tabung Keselamatan Kredit. KOPERKASA telah menganjurkan Majlis Makan Malam Korporat sempena menyambut Ulang Tahun yang Ke-70 Penubuhan KOPERKASA pada malam 30 Mac 2019 bertempat di Imperial Hotel Kuching. Majlis yang bermula jam 7.30 malam ini telah dihadiri oleh para jemputan khas daripada Suruhanjaya Koperasi Malaysia Negeri Sarawak, Maktab Kerjasama Malaysia Bahagian Kuching, ANGKASA, Coop Bank, Bank Rakyat, RHB Bank, Idris Ibrahim & Group dan beberapa agensi lain. Pada majlis tersebut, KOPERKASA turut memberi penghargaan kepada 9 orang kakitangan yang telah berkhidmat selama 20 tahun. Acara kemuncak majlis pada malam itu telah menyaksikan penyampaian anugerah penghargaan kepada tiga orang mantan Pengerusi KOPERKASA, Encik Kamarusamy Thoney (1960-1961), Tuan Haji Saruji @ Seruji bin Arni (2007-2008) dan Encik Sajali @ Ismail bin Ojek (2011-September 2018). Majlis diakhiri dengan persembahan nyanyian daripada semua kakitangan KOPERKASA yang telah menyanyikan lagu Gemuruh dan Kasih Sayang. MESYUARAT AGUNG PERWAKILAN TAHUNAN KE-66 KETUA EDITOR Haji Jaya Suria Bin Muss SIDANG PENGARANG Connie Stephen Jampi See Mui Ling Lynn Angeline Ganguly Ho Ho Lian Susan Lim Siok Chin Hashimah Wahab Angela Julius Dusi EDITOR GRAFIK Abdul Razib Bin Abdillah SIDANG REDAKSI PENGURUS BESAR Haji Jaya Suria Bin Muss PENGURUS KANAN Connie Stephen Jampi BAHAGIAN PENTADBIRAN & MODAL INSAN Connie Stephen Jampi BAHAGIAN KEWANGAN & AKAUN See Mui Ling BAHAGIAN PERNIAGAAN & KOMUNIKASI Lynn Angeline Ganguly BAHAGIAN KEANGGOTAAN Ho Ho Lian BAHAGIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT Abdul Razib Bin Abdillah BAHAGIAN PEMBIAYAAN Susan Lim Siok Chin BAHAGIAN PENGURUSAN KREDIT & KUTIPAN Angela Julius Dusi BAHAGIAN PERKASA AR-RAHNU Hashimah Wahab JAWATANKUASA AUDIT DALAMAN MAJLIS PELANCARAN ULANG TAHUN KOPERKASA KE-70 EDISI 01-2019 PENGERUSI Fathi Bin Haji Hambali CA (M), PPB BENDAHARI Jaris Ting Kaik Hang ABK, PPT ALK Othman Bin Bujang BBS ALK Haji Sulaiman @ Suliman Bin Buhari PPS ALK Zainal Bin Abdullah @ Janail Singh PPS ALK Zolkipli Bin Mohamad Nusi ABK ALK Amin Bin Anis PPT ALK Mohammad Hossen Bin Abdul Rahman SETIAUSAHA Ibrahim Bin Mohammad @ Lee Heng Leong PENGERUSI Haji Omar Bahrein Bin Unin AJK Yong Ing Thung KB, PA, PPT Selepas Pemeriksaan Usaha Wajar (DDE) oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM). Secara Keseluruhan kedudukan kewangan dan operasi KOPERASI KOPERKASA SARAWAK BERHAD adalah PENARAFAN KOMPOSIT KOMPONEN PENARAFAN 31 DIS 2017 Struktur Kewangan F BAIK 4 Likuiditi L BAIK 4 Kualiti Aset A BAIK 4 Pengurusan M BAIK 4 Perolehan E BAIK 4 Teknologi Maklumat T BAIK 4 BAIK 4 KESELURUHAN PROFIL 100 KOPERASI TERBAIK MALAYSIA 2018 Berdasarkan Statistik oleh pihak SKM: Jumlah Anggota (orang) 24,282 Jumlah Modal Syer & Yuran (RM) 90,660,341.00 Jumlah Aset Koperasi (RM) 234,427,461.00 Jumlah Aset Kumpulan (RM) 0.00 Perolehan Koperasi (RM) 65,372,257.00 Perolehan Kumpulan (RM) 0.00 Cawangan Sri Aman Bangunan Koperkasa, Lot 447, Block 3 STD, Jalan Hospital, 95000 Sri Aman, Sarawak. Tel: 083-320487 Fax: 083-320227 Cawangan Sarikei No.18, Jalan Wisma Jubli, 96100, Sarikei, Sarawak. Tel: 084-656673 Fax: 084-658279 Cawangan Sibu No.84, Tingkat 1, Lorong Pahlawan 7A4, Jalan Pahlawan, 96000, Sibu, Sarawak Tel: 084-210445 Fax: 084-210439 Cawangan Bintulu Sublot 173, Lot 3459 (Phase II), Parkcity Commercial Centre, Jalan Tun Ahmad Zaidi, 97000 Bintulu, Sarawak. Tel: 086-338199 Fax: 086-332198 Cawangan Miri Lot 2488, Jalan Boulevard Centre, 98000 Miri, Sarawak. Tel: 085-410644 Fax: 085-417644 Cawangan Limbang Ricketts Commercial Centre, Jalan Tarap, 98700 Limbang, Sarawak. Tel: 085-216825 Fax: 085-216542 IBU PEJABAT No. 19 - 20, Wisma Koperkasa, Jalan Simpang Tiga, 93300 Kuching, Sarawak Tel: 082-424596 Fax: 082-421278 Emel: general@koperkasa.com.my Web: www.koperkasa.com.my

Upload: others

Post on 24-Jul-2020

25 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: KOPERASI KOPERKASA SARAWAK BERHAD - Muat Turun/2019... · adalah berlandaskan syariat Islam dan berbeza dengan pajak gadai konvensional sedia ada. Koperkasa tidak mahu ketinggalan

KOPERASI KOPERKASA SARAWAK BERHAD KOPERASI KOPERKASA SARAWAK BERHAD

ANGGOTA LEMBAGA KOPERKASA 2019-2020

SETIAUSAHA

Abdoll Kader Bin Osman BBS

PENGURUSAN KOPERKASA Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan Ke-66 telah

diadakan pada 30 & 31 Mac 2019 bertempat di Imperial Hotel, Kuching. Seramai 76 orang daripada 78 orang anggota perwakilan Kawasan 1,2 dan 3 telah menghadiri mesyuarat agung perwakilan

tahunan ini.

Mesyuarat telah dimulakan dengan bacaan doa dan seterusnya ucapan daripada Pengerusi KOPERKASA. Dalam ucapannya, Pengerusi telah menyeru kepada semua anggota perwakilan agar sama-sama menyokong dan berusaha memartabatkan KOPERKASA agar lebih maju lagi di masa akan datang dengan adanya komitmen semua

pihak.

Dalam mesyuarat agung perwakilan kali ini, mesyuarat telah meluluskan pengagihan dividen kepada semua anggota KOPERKASA sebanyak 10% daripada keuntungan bagi tahun 2018 iaitu 4% diagihkan untuk dividen Modal Yuran Bulanan anggota berjumlah RMRM2.8 juta dan 6% diagihkan untuk dividen Modal Syer anggota berjumlah RM1.7 juta. Anggota yang menyimpan dalam akaun

Simpanan Peribadi juga turut menikmati pulangan

sebanyak 1.5% berjumlah RM236,000.00.

KOPERKASA te lah mencata tkan keuntungan sebanyak RM7.3 juta pada tahun 2018 dan pengagihan dividen ini melibatkan lebih kurang seramai 25,000 orang anggota di seluruh Negeri Sarawak. Para anggota boleh mengeluarkan dividen dan pulangan atas simpanan ini bila-bila masa mulai

2 Mei 2019.

Di samping itu, KOPERKASA juga turut mengagihkan sebanyak RM1.1 juta sebagai tambahan kepada dana Tabung Kebajikan & Kemasyarakatan, RM220,000 untuk Tabung Insentif 20 Tahun Keanggotaan dan RM180,000 untuk

Tabung Keselamatan Kredit.

KOPERKASA telah menganjurkan

Majlis Makan Malam Korporat sempena menyambut Ulang Tahun yang Ke-70 Penubuhan KOPERKASA pada malam 30 Mac 2019 bertempat di Imperial Hotel Kuching. Majlis yang bermula jam 7.30 malam ini telah dihadiri oleh para jemputan khas daripada Suruhanjaya Koperasi Malaysia Negeri Sarawak, Maktab Kerjasama Malaysia Bahagian Kuching, ANGKASA, Coop Bank, Bank Rakyat, RHB Bank, Idris Ibrahim & Group dan beberapa

agensi lain.

Pada majlis tersebut, KOPERKASA turut memberi penghargaan kepada 9 orang kakitangan yang telah berkhidmat selama 20 tahun. Acara kemuncak majlis pada malam itu telah menyaksikan penyampaian anugerah penghargaan kepada tiga orang mantan Pengerusi KOPERKASA, Encik

Kamarusamy Thoney (1960-1961), Tuan Haji Saruji @ Seruji bin Arni (2007-2008) dan Encik Sajali @ Ismail

bin Ojek (2011-September 2018).

Majlis diakhiri dengan persembahan nyanyian daripada semua kakitangan KOPERKASA yang telah

menyanyikan lagu Gemuruh dan Kasih Sayang.

MESYUARAT AGUNG PERWAKILAN TAHUNAN KE-66

KETUA EDITOR

Haji Jaya Suria Bin Muss

SIDANG PENGARANG

Connie Stephen Jampi

See Mui Ling

Lynn Angeline Ganguly

Ho Ho Lian

Susan Lim Siok Chin

Hashimah Wahab

Angela Julius Dusi

EDITOR GRAFIK

Abdul Razib Bin Abdillah

SIDANG REDAKSI

PENGURUS BESAR Haji Jaya Suria Bin Muss

PENGURUS KANAN Connie Stephen Jampi

BAHAGIAN PENTADBIRAN & MODAL INSAN Connie Stephen Jampi

BAHAGIAN KEWANGAN & AKAUN See Mui Ling

BAHAGIAN PERNIAGAAN & KOMUNIKASI Lynn Angeline Ganguly

BAHAGIAN KEANGGOTAAN Ho Ho Lian

BAHAGIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT Abdul Razib Bin Abdillah

BAHAGIAN PEMBIAYAAN Susan Lim Siok Chin

BAHAGIAN PENGURUSAN KREDIT & KUTIPAN Angela Julius Dusi

BAHAGIAN PERKASA AR-RAHNU Hashimah Wahab

JAWATANKUASA AUDIT DALAMAN

MAJLIS PELANCARAN ULANG

TAHUN KOPERKASA KE-70

EDISI 01-2019

PENGERUSI

Fathi Bin Haji Hambali CA (M), PPB

BENDAHARI

Jaris Ting Kaik Hang ABK, PPT

ALK

Othman Bin Bujang BBS

ALK

Haji Sulaiman @ Suliman Bin Buhari PPS

ALK

Zainal Bin Abdullah @ Janail Singh PPS

ALK

Zolkipli Bin Mohamad Nusi ABK

ALK

Amin Bin Anis PPT

ALK

Mohammad Hossen Bin Abdul Rahman

SETIAUSAHA

Ibrahim Bin Mohammad @ Lee Heng Leong

PENGERUSI

Haji Omar Bahrein Bin Unin

AJK

Yong Ing Thung KB, PA,

PPT

Selepas Pemeriksaan Usaha Wajar (DDE) oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).

Secara Keseluruhan kedudukan kewangan dan operasi KOPERASI KOPERKASA SARAWAK BERHAD adalah

PENARAFAN KOMPOSIT

KOMPONEN PENARAFAN 31 DIS 2017

Struktur Kewangan F BAIK 4

Likuiditi L BAIK 4

Kualiti Aset A BAIK 4

Pengurusan M BAIK 4

Perolehan E BAIK 4

Teknologi Maklumat T BAIK 4

BAIK 4 KESELURUHAN

PROFIL 100 KOPERASI

TERBAIK MALAYSIA 2018

Berdasarkan Statistik oleh pihak SKM:

Jumlah Anggota (orang) 24,282

Jumlah Modal Syer & Yuran (RM) 90,660,341.00

Jumlah Aset Koperasi (RM) 234,427,461.00

Jumlah Aset Kumpulan (RM) 0.00

Perolehan Koperasi (RM) 65,372,257.00

Perolehan Kumpulan (RM) 0.00

Cawangan Sri Aman Bangunan Koperkasa, Lot 447, Block 3 STD, Jalan Hospital, 95000 Sri Aman, Sarawak. Tel: 083-320487 Fax: 083-320227

Cawangan Sarikei No.18, Jalan Wisma Jubli, 96100, Sarikei, Sarawak. Tel: 084-656673 Fax: 084-658279

Cawangan Sibu No.84, Tingkat 1, Lorong Pahlawan 7A4, Jalan Pahlawan, 96000, Sibu, Sarawak Tel: 084-210445 Fax: 084-210439

Cawangan Bintulu Sublot 173, Lot 3459 (Phase II), Parkcity Commercial Centre, Jalan Tun Ahmad Zaidi, 97000 Bintulu, Sarawak. Tel: 086-338199 Fax: 086-332198

Cawangan Miri Lot 2488, Jalan Boulevard Centre, 98000 Miri, Sarawak. Tel: 085-410644 Fax: 085-417644

Cawangan Limbang Ricketts Commercial Centre, Jalan Tarap, 98700 Limbang, Sarawak. Tel: 085-216825 Fax: 085-216542

IBU PEJABAT No. 19 - 20, Wisma Koperkasa, Jalan Simpang Tiga, 93300 Kuching, Sarawak

Tel: 082-424596 Fax: 082-421278

Emel: [email protected] Web: www.koperkasa.com.my

Page 2: KOPERASI KOPERKASA SARAWAK BERHAD - Muat Turun/2019... · adalah berlandaskan syariat Islam dan berbeza dengan pajak gadai konvensional sedia ada. Koperkasa tidak mahu ketinggalan

KOPERASI KOPERKASA SARAWAK BERHAD KOPERASI KOPERKASA SARAWAK BERHAD

LAWATAN KETUA PENGARAH INSTITUT KOPERASI

MALAYSIA (IKM) KE KOPERKASA

PENYAMPAIAN ZAKAT KOPERKASA KEPADA

YANG DI-PERTUA NEGERI SARAWAK

MEJA PENGERUSI

MAJLIS INTEGRITI & IKRAR BEBAS RASUAH

Syukur Alhamdulillah dengan izin-Nya Koperasi kita dapat

menerbitkan Buletin Koperkasa pada Sukuan Pertama tahun

2019. Cetakan buletin ini dirancangkan dan bertujuan untuk

memaklumkan kepada Anggota-Anggota Koperkasa tentang

perkembangan dan maklumat terkini Koperkasa yang kita

sertai dan sayangi.

Sebagai Koperasi terbesar di Sarawak adalah wajar

kita memberitahu perkembangan semasa dan aktiviti-aktiviti

terkini untuk makluman kepada anggota-anggota yang

berada di seluruh pelusuk negeri Sarawak.

Perkhidmatan dan perniagaan yang diceburi adalah

untuk memberi kemudahan kepada anggota-anggota

Koperkasa, Pembiayaan Peribadi, Perkasa Ar-Rahnu,

Perhotelan dan Pembiayaan Motosikal adalah contoh produk

Koperkasa. Perkembangan ICT sekarang memungkinkan

anggota-anggota Koperkasa mendapat maklumat di hujung

jari melalui telefon pintar. Dengan ke arah ICT yang canggih

diharapkan dapat memberi perkhidmatan yang lebih baik lagi

daripada tahun-tahun yang lalu.

Selaras dengan usia Koperkasa yang Ke-70 tahun,

ramai anggota Koperkasa mencapai umur persaraan wajib.

Usaha menambahkan anggota-anggota baru perlu digiatkan

secara aktif demi masa hadapan yang lebih cemerlang.

Harapan kita anak-anak muda baru dilantik dalam

kerajaan negeri dan persekutuan dapat menyertai Koperkasa

dengan segera bagi menikmati perkhidmatan dan kebajikan

yang disediakan bagi menempuh cabaran kehidupan yang

sentiasa berubah terutama dari segi pengurusan kewangan.

Koperasi Koperkasa Sarawak Berhad

(KOPERKASA) telah menandatangani Ikrar Bebas Rasuah semasa Majlis Intergriti Dan Ikrar Bebas Rasuah dengan kerjasama Jabatan Ketua Menteri Sarawak (Integriti Dan Ombudsman) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Negeri Sarawak (SPRM) yang telah diadakan pada 8 Disember, 2018 bertempat di Hotel Riverside

Majestic, Kuching.

Program yang berlangsung selama setengah hari ini disaksikan oleh Yang Berhormat Datuk Haji Tailb bin Zulpilip, Menteri di Jabatan Ketua Menteri (Integriti Dan Ombudsman). Dalam amanat beliau, agar KOPERKASA akan sentiasa menjaga integriti dan mengukuhkan kepercayaan dalam setiap urusan serta amanah yang diberikan

oleh anggota-anggotanya.

Dalam ucapan Pengerusi, Koperasi Koperkasa Sarawak Berhad, Encik Fathi bin Hambali bahawa di antara matlamat program ini ialah membudayakan amalan bebas rasuah serta meningkatkan lagi tahap Integriti Warga KOPERKASA bagi menyakinkan seramai 25,000 orang anggota KOPERKASA dan rakan niaga serta pihak yang berkepentingan. Ini adalah selaras

dengan Dasar Koperasi Negara.

Acara pada hari tersebut diisi dengan sesi ceramah bertajuk INTEGRITI oleh Tuan Zulhairy bin Zaidel, Timbalan Pengarah (Pencegahan) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Negeri Sarawak. Peserta program terdiri daripada Anggota Lembaga Koperasi, Jawatankuasa Audit Dalam dan seramai 58 orang warga kerja Koperasi Koperkasa

Sarawak Berhad.

Yang turut hadir dalam majlis itu ialah Tuan Haji Adana bin Haji Jed, Pengarah Unit Integriti Dan Ombudsman, Jabatan Ketua Menteri Sarawak. Pegawai-pegawai dari Suruhanjaya Koperasi Malaysia Cawangan Negeri Sarawak dan Maktab

Koperasi Malaysia Zon Sarawak.

PRODUK PEMBIAYAAN

Kursus Segulai Sejalai (Esprit De Corps) telah

diadakan pada 19 dan 20 Januari 2019 bertempat di

Damai Beach Resort Santubong. Kursus ini anjuran

Jawatankuasa Kecil Pentadbiran & Modal Insan

bertujuan meningkatkan pengetahuan, kemahiran,

kesefahaman dan kerja sepasukan demi memajukan

KOPERKASA.

Kursus ini telah dikendalikan

oleh Yong Ing Thung,

Pengetua Cemerlang SMK

Pending, Kuching dan beliau

juga merupakan salah

seorang daripada anggota

perwakilan Kawasan 1.

Lima (5) objektif utama yang

telah digariskan untuk kursus

ini iaitu mewujudkan

semangat kerja sepasukan dalam Koperkasa,

meningkatkan sifat kemanusian dalam diri,

meningkatkan tanggungjawab diri terhadap

keluarga, jiran, rakan dan pekerjaan, mengendalikan

emosi dalam situasi kehidupan seharian dan

mengetahui cara meningkatkan self-esteem

manusia.

Kursus ini telah dihadiri oleh seramai 79

orang peserta yang terdiri daripada kakitangan,

Anggota Lembaga, Jawatankuasa Audit Dalam dan

wakil perwakilan daripada Kawasan 2 dan Kawasan

3.

Sikap dan amalan pekerja-pekerja adalah

antara factor-faktor utama yang menentukan

kejayaan atau kegagalan sesebuah organisasi.

Organisasi yang pekerja-pekerjanya terlatih,

mengamalkan budaya kerja berasaskan sikap kerja

positif serta mempunyai esprit de corps yang tinggi,

sudah pasti akan lebih produktif dan berkesan dalam

mencapai matlamat-matlamat organisasi. Pada akhir

kursus diharap semua peserta mendapat manfaat

sepenuhnya dan meningkatan ESPRIT DE CORPS.

KURSUS SEGULAI SEJALAI (ESPRIT DE CORPS)

Diketuai oleh Tuan Haji Ariffin bin Mamat,

Ketua Pengarah Maktab Koperasi Malaysia

(MKM) serta rombongan telah mengadakan

lawatan ke Ibu Pejabat Koperasi Koperkasa

Sarawak Berhad, Kuching pada 29 Januari,

2019.

L a w a t a n i n i b e r t u j u a n

mempromosikan program latihan MKM Zon

Sarawak yang akan dijalankan sepanjang

tahun 2019 disamping mengeratkan lagi

hubungan MKM dengan pihak Koperasi

Koperkasa Sarawak Berhad (KOPERKASA)

dan pada masa yang sama juga melihat

kerjasama yang boleh dijalankan.

Pengisian pada hari tersebut ialah

sesi taklimat tentang latar belakang serta

aktiviti KOPERKASA dan begitu juga pihak

Maktab Kerjasama Malaysia.

Majlis diakhiri dengan penyampaian

cenderamata dari KOPERKASA dan juga dari

Maktab Kerjasama Malaysia.

Koperkasa menyediakan pelbagai jenis

kemudahan pembiayaan untuk anggota-

anggotanya. Terdapat 7 jenis pembiayaan iaitu

Pembiayaan Peribadi, Pembiayaan 100%,

Pembiayaan Kenderaan, Pembiayaan Alat &

Barangan, Pembiayaan Pendidikan ,Pembiayaan

Kebajikan dan Pembiayaan Pelancongan.

Kadar keuntungan pembiayaan adalah serendah 3.49% setahun.

Tempoh maksimum pembiayaan adalah 10 tahun. Koperkasa turut

menjalin kerjasama dan kolaborasi dengan pelbagai pihak melalui taklimat-

taklimat pembiayaan dan pembukaan kaunter-kaunter khidmat nasihat

Koperkasa untuk memberi perkhidmatan secara jerayawara di samping

mempromosikan perkhidmatan yang disediakan.

1) Pembiayaan Peribadi 1 & 2

2) Pembiayaan 100%

3) Pembiayaan Kenderaan

4) Pembiayaan Pembelian Alat & Barangan

5) Pembiayaan Pendidikan

6) Pebiayaan Kebajikan

7) Pembiayaan Pelancongan

TUKAR EMAS UNTUK TUNAI SEGERA

MUDAH, SELAMAT & TANPA RAGU

Selaras dengan dasar koperasi untuk

mempelbagaikan cabang perniagaan, satu

produk baru iaitu PERKASA AR RAHNU

dimiliki sepenuhnya oleh Koperkasa telah

dilancarkan pada 11 April 2011 oleh Y.B. Dato’

Sri Ismail Sabri Bin Yaakob, menteri

Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan pada ketika itu.

Memajak dan menggadai barang kemas di Ar Rahnu semakin

popular di kalangan rakyat Malaysia atas sebab sistem yang digunakan

adalah berlandaskan syariat Islam dan berbeza dengan pajak gadai

konvensional sedia ada. Koperkasa tidak mahu ketinggalan dan telah

menyahut cabaran serta ingin bersaing secara sihat dengan bank-bank dan

koperasi-koperasi lain yang juga semakin agresif melancarkan dan

mempromosikan produk Ar-Rahnu ini.

PERKASA AR RAHNU telah memulakan operasi sepenuhnya

pada Jun 2011 dan terbuka kepada orang ramai. Sehingga kini, PERKASA

AR RAHNU telah semakin berkembang dan akan menyasarkan untuk

menambah lebih banyak cawangan seluruh Sarawak.

FATHI BIN HAJI HAMBALI

Pengerusi

Majlis Penyampaian Zakat Gerakan Koperasi Negeri Sarawak

telah diadakan pada hari Jumaat, 31 Mei 2019 bersamaan dengan

26 Ramadhan 1440 Hijrah, bertempat di kediaman rasmi Tuan

Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri

Haji Abdul Taib Mahmud, di Demak Jaya, Jalan Bako, Kuching.

Rombongan Gerakan Koperasi diketuai oleh Basuini Bin

Ali, Pengarah Suruhanjaya Koperasi Negeri Sarawak (SKM) Negeri

Sarawak. Sebanyak RM258,879.98 telah disumbangkan sebagai

zakat gerakan koperasi bagi tahun 2018.

Daripada jumlah tersebut, Koperkasa telah menyumbang

sebanyak RM70,000.00. Harapan kita dengan sumbangan yang

dikira mengikut formula khas ini akan dapat membantu asnaf yang

ada hak termaktub dalam syariah agama Islam.