konstituen frasa nama

5
KONSTITUEN FRASA NAMA IZAM BIN A. BAKAR

Upload: zurina-hanim-mohd-musleh

Post on 11-Jan-2016

12 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

sintaksis

TRANSCRIPT

Page 1: Konstituen Frasa Nama

KONSTITUEN FRASA NAMA

IZAM BIN A. BAKAR

Page 2: Konstituen Frasa Nama

• Unsur yang menjadi pengisi frasa nama di mana intinya terdiri daripada kata nama.

• Boleh wujud secara bersendirian mahupun sederetan penerang yang hadir sebelum mahupun sesudah frasa nama dan kedua-duanya.

• Pendapat menyatakan unsur bukan kata nama juga boleh menjadi pengisi kepada frasa nama jika unsur-unsur itu saling berganti dengan unsur-unsur nama.

Page 3: Konstituen Frasa Nama

• CONTOH– Rokok membahayakan kesihatan

Kata nama rokok sebagai pengisi frasa nama boleh digantikan dengan kata kerja merokok.– Merokok membahayakan kesihatan

• Contoh bukan unsur nama yang lain seperti kata kerja berolahraga dan bersawah, frasa kerja makan suap dan kata adjektif seperti putih.

Page 4: Konstituen Frasa Nama

• CONTOH– Berolahraga menjadi kegemaran remaja– Bersawah kurang menarik perhatian belia– Makan suap merupakan perbuatan yang keji– Putih melambangkan kesucian

• Pendapat lain pula menyatakan bahawa unsur-unsur yang menduduki tempat subjek frasa nama dalam ayat di atas bukan merupakan pengisi sejati tetapi merupakan penerang kepada unsur yang dihilangkan.

Page 5: Konstituen Frasa Nama

• CONTOH– Aktiviti berolahraga menjadi kegemaran remaja.– Perbuatan makan suap merupakan perbuatan yang

keji.– Warna putih melambangkan kesucian

• Kesimpulan unsur inti yang menjadi pengisi inti frasa nama adalah daripada golongan kata nama.

• Frasa nama pada hakikatnya dibentuk oleh kata nama, namun peringkat kewujudannya inti frasa nama boleh dibentuk oleh kata kerja dan adjektif.