konsep tajuk kajian secara menyeluruh di dalam pengurusan

9
KONSEP TAJUK KAJIAN SECARA MENYELURUH DI DALAM PENGURUSAN DAN ORGANISA S I PEN GAJA RAN DAN PEMB E LAJAR AN

Upload: muizzomar

Post on 21-Dec-2015

43 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

tajuk kajian

TRANSCRIPT

Page 1: Konsep Tajuk Kajian Secara Menyeluruh Di Dalam Pengurusan

KONSEP TAJUK KAJIA

N

SECARA MENYELURUH D

I

DALAM P

ENGURUSAN DAN

ORGANISASI

PE

NG

AJ A

RA

N D

AN

PE

MB

EL A

J AR

AN

Page 2: Konsep Tajuk Kajian Secara Menyeluruh Di Dalam Pengurusan

• Dalam sesebuah organisasi termasuk organisasi pendidikan, pentadbiran atau pengurusan adalah tersangat penting.

• Tanpa pengurusan yang cekap proses pengeluaran tidak dapat berjalan dengan baik dan juga tidak dapat menyempurnakan kehidupan manusia.

• Untuk mengurus sesuatu organisasi, seseorang pentadbir atau pemimpin seharusnya memahami terlebih dahulu apakah yang dimaksudkan dengan pentadbiran.

• Griffiths (1959), dalam buku bertajuk Administration Theory, menyatakan pentadbiran adalah satu corak tingkahlaku yang didapati dalam semua organisasi manusia.

• Campbell pula, menjelaskan proses pentadabiran sebagai satu cara anggota-anggota sebuah organisasi membuat keputusan dan mengambil tindakan untuk mencapai matlamat.

Page 3: Konsep Tajuk Kajian Secara Menyeluruh Di Dalam Pengurusan

BIODATA RESPONDEN 1 (SMK SERI KUNDANG)

• Nama : Ahmad bin Ismail (bukan nama sebenar)

• Jawatan : Guru Penolong Hal Ehwal Murid

• Asal : Selangor

• Umur : -

Page 4: Konsep Tajuk Kajian Secara Menyeluruh Di Dalam Pengurusan

ANALISIS RESPONDEN 1 • Responden yang pertama yang diambil sebagai rujukan dan

kajian kami ialah daripada Sekolah Menengah Seri Kundang Rawang, Selangor.

• Smk Seri Kundang ini terletak di daerah Gombak dan ia terletak di Kampung Melayu Seri Kundang.

• Sekolah hanya ada satu sesi sahaja dan mempunyai lebih kurang 1,400 orang bilangan pelajar. Selain itu, sekolah tersebut telah mengalami pertukaran pengetua sebanyak tiga kali. Mengikut kenyataan responden, purata pelajar di sekolah tersebut adalah 90% pelajar Melayu dan selebihnya pelajar dari kaum Cina dan India.

• Sekolah ini mempunyai 82 orang guru termasuk pentadbir dan di dalam bilangan tersebut terdapat lapan orang guru kanan dan mempunyai 37 buah kelas bermula daripada tingkatan satu sehingga tingkatan lima.

Page 5: Konsep Tajuk Kajian Secara Menyeluruh Di Dalam Pengurusan

• Mengikut soalan yang diajukan, responden memberi pandangannya tentang kepentingan carta organisasi. Pandangan beliau adalah dengan menyatakan bahawa wujud kepentingan carta tersebut kerana ia melancarkan pengurusan pihak sekolah.

• Mengikut kenyataan responden, visi dan misi sekolah adalah sama dan selaras dengan kementerian pelajaran. Ini kerana ia adalah satu usaha kerajaan untuk memastikan pendidikan dapat memenuhi aspirasi negara walaupun matlamat sekolah adalah berbeza.

• Selain itu, responden menyatakan program kementerian adalah program sekolah. Oleh itu, sekolah hanya menjalankan program kementerian yang telah disediakan. Falsafah yang wujud di sekolah itu sememangnya kementerian juga sediakan untuk sekolah. Sekolah hanya menjalankan sebagai agen pelaksana.

• Ukuran kejayaan kementerian ialah sekolah dan jika sekolah berjaya, maka kementerian juga akan berjaya.

Page 6: Konsep Tajuk Kajian Secara Menyeluruh Di Dalam Pengurusan

• Seterusnya, guru juga berperanan untuk memahami apa yang telah kementerian gariskan supaya apa yang ingin dicapai dapat difahami dan memastikan kualiti pembelajaran selaras dengan kehendak kementerian.

• Di samping itu, responden juga menyatakan bahawa pertukaran pengetua tidak membawa kesan terhadap visi dan misi sekolah, tetapi ianya bergantung kepada strategi pengetua untuk memastikan hasrat visi dan misi sekolah tercapai seperti yang dinyatakan adalah mendedahkan dengan program sahsiah diri pelajar kerana majoriti pelajar berasal dari kampung.

Page 7: Konsep Tajuk Kajian Secara Menyeluruh Di Dalam Pengurusan

BIODATA RESPONDEN 2 (SAM BAGAN TERAP)

• Nama : Zaini bin Karim (bukan nama sebenar)

• Jawatan : Guru Penolong Kanan 1• Asal : Selangor• Umur : -

Page 8: Konsep Tajuk Kajian Secara Menyeluruh Di Dalam Pengurusan

ANALISIS RESPONDEN 2

• Responden yang kedua menceritakan sejarah sekolah dengan menyatakan bilangan pelajar sekolah mencecah 395 orang termasuk penghuni asrama.

• Sekolah Agama Menengah Bagan Terap ini sebenarnya bernaung di bawah pentadbiran Jabatan Agama Islam Selangor sehingga tahun 2005 tetapi berpindah pula di bawah kerajaan dengan mendapat bantuan pada tahun 2006.

• Oleh sebab itu, kerajaan telah memberi gelaran Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) kepada sekolah tersebut.

• Respon kepada visi dan misi sekolah pula, responden menyatakan ianya adalah sama dengan pihak kementerian kerana pihak kementerian yang menentukan visi dan misi sekolah di seluruh Malaysia.

• Dalam mencapai usaha tersebut, pihak sekolah perlu akur dengan peraturan dan saranan daripada pihak kementerian dengan menjalani kursus-kursus khas untuk meningkatkan kualiti guru.

Page 9: Konsep Tajuk Kajian Secara Menyeluruh Di Dalam Pengurusan

• Selain itu, berkenaan dengan falsafah sekolah, responden menyatakan bahawa falsafah itu mengikut Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan ianya perlu diterapkan kepada guru-guru dan semua pelajar.

• Guru juga berperanan penting untuk menigkatkan nilai tambah dalam diri dengan mengikuti kursus, program perkhidmatan dan bengkel-bengkel.

• Responden juga menyatakan bahawa pencapaian sekolah dari bidang akademik dan kokorikulum merupakan salah satu kayu ukur kejayaan kementerian pendidikan.

• Oleh itu, sekolah tersebut telah melahirkan seorang pelajar yang mendapat 8A di dalam peperiksaan SPM pada tahun 2006. Selain itu, untuk bidang kokurikulum pula, sekolah telah medapat johan dalam pertandingan hafazan kategori perempuan.

• Respon yang terakhir adalah, pertukaran pengetua tidak menjejaskan visi dan misi sekolah tetapi ianya bergantung bagaimana cara atau strategi pengetua untuk mencapai visi dan misi sekolah tersebut.