konsep psk

3
Pengertian Sivik Sivik merujuk kepada kesedaran diri untuk memupuk hubungan individu dengan masyarakat sekeliling. Contoh : *hormat menghormati * kerjasama *kasih sayang * tolak ansur / toleransi Pengertian Kewarganegaraan Kewarganegaraan merujuk kepada hubungan antara individu dan negara. Contoh * semangat patriotik * menghormati undang- undang * semangat nasionalisme *cintakan negara dan pemimpin * menyintai keamanan. Pengertian Pendidikan Sivik (Mengikut UNESCO) Pendidikan yang diberi kepada kanak-kanak untuk menjadi warganegara yang sedar dan jelas tentang peranannya dalam membuat keputusan tentang hal-hal dalam masyrakat. PSK menggalakkkan pelajar melibatkan diri dalam menentukan hala tuju masyarakat dalam negara. CIRI-CIRI PSK Menyintai keamanan dan membenci keganasan Mengandungi unsur-unsur dan etika Menekankan kepada kesamaan

Upload: nursyazwani-abdullah

Post on 02-Jul-2015

314 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: konsep psk

• Pengertian Sivik

• Sivik merujuk kepada kesedaran diri untuk memupuk hubungan individu dengan masyarakat sekeliling.

• Contoh : *hormat menghormati * kerjasama

• *kasih sayang * tolak ansur / toleransi

• Pengertian Kewarganegaraan

• Kewarganegaraan merujuk kepada hubungan antara individu dan negara.

• Contoh * semangat patriotik * menghormati undang-undang * semangat nasionalisme *cintakan negara dan pemimpin * menyintai keamanan.

• Pengertian Pendidikan Sivik

• (Mengikut UNESCO)

• Pendidikan yang diberi kepada kanak-kanak untuk menjadi warganegara yang sedar dan jelas tentang peranannya dalam membuat keputusan tentang hal-hal dalam masyrakat.

PSK menggalakkkan pelajar melibatkan diri dalam menentukan hala tuju masyarakat dalam negara.

• CIRI-CIRI PSK

• Menyintai keamanan dan membenci keganasan

• Mengandungi unsur-unsur dan etika

• Menekankan kepada kesamaan

• Tidak mendiskriminasi

• Menekankan hak asasi manusia

• (hak sivik dan hak politik)

Page 2: konsep psk

ASPEK-ASPEK UTAMA DALAM PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN

• (i)Kemahiran sosial

• (ii)Memahami masyarakat

• (iii)Sosialisasi politik

• (iv)Sejarah Negara

• (v)Sistem Perundangan

(i) Kemahiran Sosial

suatu kemahiran penting untuk hidup dalam masyarakat Kita sebagai seorang

masyarakat perlulah saling kenal mengenali dan mempunyai hubungan yang baik

sesama masyarakat terutamanya masyarakat setempat di sekeliling kita. Selain itu,

budaya kunjung mengunjung, adalah salah satu cara untuk kita meningkatkan

kemahiran sosial dalam masyarakat disamping saling bantu membantu dan

bekerjasama dalam komuniti setempat.

(ii) Memahami masyarakat

Malaysia merupakan negara yang unik kerana kita berbeza dari segi agama,

budaya, etnik., kita sebagai masyarakat seharusnya memahami kepelbagaian ini dan

bertolak ansur antara satu sama lain untuk menjadi rakyat yang bersatu padu dan

bertoleransi antara satu sama lain.

(iii) Sejarah Negara

Sejarah negara perlulah didedahkan kepada murid untuk memahami kepelbagaian

masyarakat pada hari ini. Untuk menjadi warganegara yang sayangkan negara dan

patriotic, perngetahuan akan sejarah negara seharusnya dikuasai. Dengan itu, kita

dapat memahami dan melihat akan kesusahan pemimpin terdahulu dalam

Page 3: konsep psk

memperjuangkan hak-hak kemerdekaan tanah air dan seterusnya mempertahankan

kemerdekaan ini dari dijajah semula.

(iv) Sistem Kerajaan dan Perundangan

Seperti yang kita sedia maklum, Malaysia merupakan sebuah negara yang

demokrasi dan berperlembagaan. Malaysia juga merupakan negara yang masih

mengekalkan sistem beraja yang diketuai oleh Yang Di Pertuan Agong. Perundangan

dinegara kita banyak dipengaruhi oleh perundangan British akibat jajahan dahulu.

Sistem perlembagaan Malaysia pula terdiri daripada tiga badan utama iaitu Badan

Kehakiman, Badan Perundangan dan Badan Eksekutif.