konsep persekitaran pembelajaran

6
1.0 Konsep Persekitaran Pembelajaran Mengikut Sharifah Alwiah Alsagoff (1984), persekitaran fizikal bilik darjah yang baik dapat meningkatkan kuasa pengajaran guru. Iklim bilik darjah yang baik ini dapat menyumbang kepada pembelajaran yang berkesan, kawalan kelas yang terjamin, perhubungan guru-murid yang aktif, dan menjamin keseronokan untuk belajar. Menurut Evertsin, Emner, & Worsham (2003), antara prinsip-prinsip persekitaran fizikal bilik darjah ialah, lalu-lintas didalam kelas, persekitaran yang mudah untuk guru memantau, bahan pengajaran dan pembelajaran yang disusun secara rapi serta memastikan murid dapat memerhati persembahan atau demonstrasi dengan mudah. Penyusunan alatan dan perabot didalam bilik darjah hendaklah menepati keperluan bagi warga yang berada didalamnya. Oleh itu terdapat beberapa faktor yang memerlukan guru dalam menyusun atur susunan bilik darjah yang mana ia mementingkan elemen yang ditunjukkan.dalam membina satu suasana yang mempamerkan autoriti, stail pengajaran dan dapat menimbulkan rasa kesepunyaan antara murid dan guru. 1.1 Faktor –faktor yang memberikan kesan kepada bilik darjah. 1.1.1 Susunan Perabot Susunan meja dan kerusi amat penting kerana ia merupakan salah satu faktor yang memberi kesan besar kepada bilik darjah. Ia melibatkan kekreatifan guru kelas dalam membina suasana bilik darjah yang tersusun rapi dan selesa untuk belajar. Susunan dalam bilik darjah juga seharusnya memberi kemudahan kepada murid-murid untuk mengadakan aktiviti pembelajaran berpusatkan murid dan aktiviti berkumpulan. Susunan yang baik memudahkan pergerakan dan lalu-lintas murid serta guru semasa didalam kelas. Kebersihan kelas juga dapat dijaga dan dipantau sekiranya ruang susunan meja memudahkan pemantauan guru kepada kebersihan kelas tersebut. Murid mudah berinteraksi sesama mereka dan guru. Ini merupakan salah satu bukti sesebuah bilik darjah yang rapi dan dapat menimbulkan kesepunyaan antara murid dan guru. Malah, sebagai tambahan murid 1

Upload: mohamad-syafie-bin-samsir

Post on 03-Jul-2015

2.093 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Konsep Persekitaran Pembelajaran

1.0 Konsep Persekitaran Pembelajaran

Mengikut Sharifah Alwiah Alsagoff (1984), persekitaran fizikal bilik darjah yang

baik dapat meningkatkan kuasa pengajaran guru. Iklim bilik darjah yang baik ini

dapat menyumbang kepada pembelajaran yang berkesan, kawalan kelas yang

terjamin, perhubungan guru-murid yang aktif, dan menjamin keseronokan untuk

belajar.

Menurut Evertsin, Emner, & Worsham (2003), antara prinsip-prinsip

persekitaran fizikal bilik darjah ialah, lalu-lintas didalam kelas, persekitaran yang

mudah untuk guru memantau, bahan pengajaran dan pembelajaran yang disusun

secara rapi serta memastikan murid dapat memerhati persembahan atau

demonstrasi dengan mudah.

Penyusunan alatan dan perabot didalam bilik darjah hendaklah menepati

keperluan bagi warga yang berada didalamnya. Oleh itu terdapat beberapa faktor

yang memerlukan guru dalam menyusun atur susunan bilik darjah yang mana ia

mementingkan elemen yang ditunjukkan.dalam membina satu suasana yang

mempamerkan autoriti, stail pengajaran dan dapat menimbulkan rasa kesepunyaan

antara murid dan guru.

1.1 Faktor –faktor yang memberikan kesan kepada bilik darjah.

1.1.1 Susunan Perabot

Susunan meja dan kerusi amat penting kerana ia merupakan salah satu faktor

yang memberi kesan besar kepada bilik darjah. Ia melibatkan kekreatifan guru kelas

dalam membina suasana bilik darjah yang tersusun rapi dan selesa untuk belajar.

Susunan dalam bilik darjah juga seharusnya memberi kemudahan kepada murid-

murid untuk mengadakan aktiviti pembelajaran berpusatkan murid dan aktiviti

berkumpulan. Susunan yang baik memudahkan pergerakan dan lalu-lintas murid

serta guru semasa didalam kelas. Kebersihan kelas juga dapat dijaga dan dipantau

sekiranya ruang susunan meja memudahkan pemantauan guru kepada kebersihan

kelas tersebut.

1

Page 2: Konsep Persekitaran Pembelajaran

Murid mudah berinteraksi sesama mereka dan guru. Ini merupakan salah satu

bukti sesebuah bilik darjah yang rapi dan dapat menimbulkan kesepunyaan antara

murid dan guru. Malah, sebagai tambahan murid dapat berinteraksi sesama mereka

dengan lebih baik serta selesa. Fred Steele(1973) merumuskan “ the effects of

physical setting in a classroom is a setting for social interaction, symbolic

identification, growth, security,shelter and pleasure”. Kenyataan ini disokong oleh

Lambert (1994) yang menyatakan bahawa aspek persekitaran fizikal seperti dengan

siapa dan di mana pelajar duduk dapat membantu dalam interaksi antara murid dari

latar belakang lingustik dan kebudayaan yang berbeza.

Guru juga dapat menggunakan kuasa autoriti mereka melalui cara mengubah

susunan tempat duduk seperti susunan auditorium yang memberikan peluang

kepada guru untuk memantau dan melihat murid. Ia juga memudahkan guru untuk

berinteraksi,bergerak dan melihat aktiviti yang murid-murid lakukan dengan lebih

jelas. Selain itu, murid dapat melihat guru dengan lebih jelas semasa sesi

pengajaran dan pembelajaran.

1.1.2 Peralatan

Peralatan juga faktor yang penting bagi memastikan kelancaran perjalanan

bilik darjah bagi sesi pengajaran dan pembelajaran. Alatan asas seperti kapur,

pembaris, marker pen, pemadam dan sebagainya adalah satu bentuk keperluan

yang wajib tersedia didalam kelas. Contohnya, guru masuk untuk mengajar, ketika

itu kapur tulis tiada. Sesi pengajaran dan pembelajaran terbantut dan menyebabkan

murid terpaksa menunggu guru mencari kapur bagi menulis di papan hitam.

Alatan yang dinyatakan juga merangkumi Alat Bantu Mengajar. Menurut

Atan Long ( 1981) beliau membahagikan alat bantu mengajar kepada tiga kumpulan:

alat pendengaran, alat-alat pandangan dan alat pandang-dengar. Contohnya bagi

matapelajaran Sains, alatan seperti radas dan spesimen penting bagi menyampaikan

penjelasan kepada murid dengan lebih jelas melalui ujukaji. Jika tiada alatan yang

mencukupi dan sempurna, sukar pada guru untuk menceritakan kepada murid akan

konsep-konsep tertentu dalam Sains.

2

Page 3: Konsep Persekitaran Pembelajaran

Faktor stail pengajaran yang direncanakan oleh guru tidak kesampaian kerana

kekurangan alatan dan kemudahan yang diperlukan semasa sesi pengajaran dan

pembelajaran. Contohnya, bagi mengaplikasikan pengajaran secara berkumpulan

dalam ruang lingkung kawasan kelas yang kecil dan sempit menyebabkan stail

pengajaran yang diharapkan tidak berlaku. Begitu juga alatan audio seperti radio

atau televisyen bagi melakukan sesi pembelajaran dengan bantuan alat eletronik

tidak dapat dijalankan kerana ketiadaan alatan atau alatan tidak berfungsi dengan

baik.

Tidak dapat dinafikan jika sekolah yang terletak di pedalaman dan luar bandar

tidak mempunyai kemudahan yang mencukupi dan sepatutnya. Namun, ia bukan

menjadi alasan untuk guru mencari jalan menggunakan kelebihan dan kekurangan

yang ada untuk mencapai objektif pengajaran.

1.1.3 Pengudaraan dan Pencahayaan

Apakah kepentingan udara ? Mengapa pengudaraan penting bagi sesebuah

bilik darjah ?. Sebelum anda menjawab pertanyaan ini, cuba tahan nafas anda.

Selesakah anda sekiranya berada dalam keadaan yang lemas dan sukar bernafas?

Tentu sukar bukan. Begitu juga situasinya semasa berada didalam kelas. Jika kelas

tersebut tidak mempunyai laluan pengudaraan yang baik maka suasana didalam

kelas akan menjadi panas. Lebih malang lagi apabila tiba musim panas yang kering.

Bayangkan kita duduk didalam kelas yang sesak dan pengudaraan yang tidak

baik. Berapa lama kita dapat bertahan untuk belajar didalamnya. Malah sebagai

seorang guru, berapa lama anda bertahan untuk terus mengajar dalam keadaan

sebegitu. Tentu tidak. Oleh sebab itu, pentingnya tingkap-tingkap berfungsi dan pintu

yang mencukupi bagi memastikan pengaliran udara kedalam kelas dapat berlaku

dengan baik. Keadaan bilik darjah yang selesa mampu menaikkan semangat murid

untuk belajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan.

Cahaya penting sebagai salah satu faktor untuk menjadikan bilik darjah

kondusif selain daripada keperluan pengaliran udara. Bayangkan kita berada

didalam sebuah bilik yang malap dan suram. Minat dan semangat untuk belajar akan

jadi suram kerana ketiadaan cahaya yang mencukupi menyebabkan kita mudah rasa

mengantuk. Jika guru juga akan berasa rimas jika berada dalam situasi sebegini

3

Page 4: Konsep Persekitaran Pembelajaran

apatah lagi murid-murid. Inilah salah satu bentuk faktor yang menyumbang kepada

rasa kesepunyaan antara murid-murid dan guru. Kelas yang mempunyai

pengudaraan dan pengcahayaan yang baik memberikan keselesaan kepada bukan

sahaja murid, namun guru yang sedang mengajar.

Secara teorinya Saintis Abu Ali Hasan Ibn Al-Haitham (965-c.1040), juga

dikenali sebagai Alhazen, mengasaskan teori umum yang menjelaskan tentang

penglihatan, menggunakan geometri dan anatomi, yang menyatakan bahawa setiap

titik pada kawasan yang disinari atau objek, memancarkan sinaran cahaya ke semua

arah, tetapi hanya satu sinaran dari setiap titik, yang mengenai mata pada sudut

tepat, dapat dilihat.

Ini membuktikan bahawa penglihatan manusia memerlukan cahaya sebagai

medium untuk melihat. Mata manusia merupakan organ yang paling sensitif.

Sekiranya kita hendak membaca, di sarankan membaca di kawasan yang terang

kerana ia membantu mata untuk berungsi dengan baik. Namun , jika kita membaca

di dalam gelap, mata kita akan mudah rosak.

1.1.4 Ruang

Ruang untuk bekerja adalah penting untuk memupuk nilai kerjasama dan

tolong menolong antara murid dari pelbagai latarbelakang dan budaya. Tugasan

yang diberikan oleh guru dapat di bincang diruang ini; di mana secara tidak langsung

Abu, Raju serta Mei Chun dapat berbincang untuk mendapatkan jawapan atau fakta

untuk tugasan mereka. Keberkesanan konsep ruang bekerja atau “work space” ini

disokong oleh Woolfolk (2001) yang menyatakan sedemikian bahawa “ the physical

environment of the classroom such as use of space, classroom setting and cocial

dimensions interact to shape classroom culture”.

Ruang bilik darjah yang cukup memudahkan murid bergerak dengan selamat

dan selesa kepada murid-murid. Mereka tidak perlu berasak-asak dan mereka

dapat menjalankan aktiviti berkumpulan atau permainan dengan lebih berkesan.

Guru juga boleh menyediakan pelabagai aktiviti - aktivti multimedia atau interaktif di

setiap sudut pembelajaran tersebut untuk menarik minat murid-murid. Stail

pengajaran dan autoriti guru dapat dilaksanakan dengan baik. Guru boleh

merancang pelbagai aktiviti dengan cara melakukan sesi pengajaran secara

4

Page 5: Konsep Persekitaran Pembelajaran

berkelompok dan berpasangan. Secara tidak langsung guru boleh menajamkan

kemahiran mengajar dengan lebih baik.

Contohnya di sudut budaya ini Abu dapat mengetahui tentang kebudayaan

serta agama Muthu dan sebaliknya agar terdapat satu pemahaman yang jelas dan

dapat memahami sensitiviti sesuatu etnik. Berdasarkan faktor ini, rasa kesepunyaan

dalam kalangan murid dapat dipupuk. Malah, hubungan baik sesama murid yang

berbilang kaum juga akan bertambah baik.

Ruang yang diselenggara dengan baik memberikan manfaat kepada murid

dan guru. Contohnya, guru menyediakan ruangan murid untuk membaca buku

cerita dan bahan bacaan pada satu ruang. Jika ruang ini diperbaiki dengan

menyediakan bahan bacaan yang sesuai serta menarik ia akan menggalakkan minat

murid untuk membaca. Secara tidak langsung ia membantu tugas guru sedikit

sebanyak. Tindakan mewujudkan sudut-sudut pembelajaran disokong oleh Morrow

dan Weinstein (1982) yang menyatakan sedemikian “keep in mind to include a

literacy center in your classroom to allow pupils to explore, investigate and discover

knowledge”.

1.1.5 Teknologi

Projek Jaringan Pendidikan (JP) di bawah kelolaan makmal Teknologi

Komputer, Kementerian Pendidikan dan MIMOS merupakan satu usaha penting

yang menyediakan kemudahan dan perkhidmatan rangkaian kepada murid dan guru.

Projek ini merupakan salah satu aktiviti dalam program Komputer Dalam Pendidikan

oleh Kementerian Pendidikan.

Matlamat utama kewujudan projek ini adalah untuk mewujudkan perkongsian

maklumat serta sekolah yang kaya dengan maklumat dan seterusnya meningkatkan

mutu pendidikan bertaraf dunia. Menerusi projek ini, guru boleh memasukkan

aktiviti-aktiviti kreatif dan inovatif yang berasaskan teknologi maklumat.

Penglibatan secara aktif oleh murid dalam mengakseskan bahan-bahan yang

diperlukan dalam Internet berupaya memupuk dan memperkembangkan kemahiran

berfikir dan kreativiti di kalangan pelajar (Rashidi dan Abdul Razak 1997). Secara

tidak langsung, tugas guru untuk menerapkan segala nilai dan ilmu dapat dibantu

5

Page 6: Konsep Persekitaran Pembelajaran

dengan adanya teknologi. Stail pengajaran juga turut akan berubah dengan bantuan

teknologi ini. Mungkin pada suatu masa nanti guru boleh menjalankan kelas

interaktif maya sekiranya pada masa itu teknologi tersebut dibangunkan dengan

baik. Malah, tidak hairanlah jika pada masa kini jika ada murid-murid tahun 1 yang

boleh mengendalikan komputer dengan lebih baik berbanding orang dewasa.

Guru juga harus memantau sekiranya mengarahkan murid melakukan

pencarian maklumat di internet. Autoriti seorang guru penting bagi memastikan

murid mudah dipantau dan dilihat sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran.

Jangan biarkan murid mengakses maklumat sendrii tanpa guru memantau dan

mengawal mereka. Dikhuatiri mereka masuk ke laman-laman web yang tidak

sepatutnya. Jika tidak, objektif pengajaran dan pembelajaran akan tidak kesampaian.

6