konsep pentaksiran

16
1.0 Konsep Pentaksiran Pentaksiran adalah suatu proses yang meliputi pelbagai kaedah untuk menentukan tahap sesuatu ciri atau atribut yang diperolehi seseorang individu. Pengukuran merupakan suatu proses kuantifikasi dengan memberi nilai angka kepada kewujudan sesuatu ciri dan atribut. Pentaksiran adalah bertujuan sebagai salah satu proses mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang dalam pembelajaran. Pentaksiran juga dapat digunakan untuk menilai aktiviti yang dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran. Seterusnya, mendapatkan maklumat secara berterusan tentang pengajaran dan pembelajaran serta membantu guru untuk membaiki pengajaran dan pembelajaran. Melalui pentaksiran yang dijalankan, guru dapat merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang tersusun dan sistematik bersesuaian dengan tahap keupayaan murid. Guru dapat melibatkan semua atau sebahagian besar murid dalam kelas secara efektif dan dapat merancang serta melaksanakan aktiviti tindakan susulan yang berkesan.pentaksiran merangkumi aktiviti menghurai, merekod, memberi skor dan mengintepretasi pembelajaran seseorang murid. Pentaksiran yang baik dapat dinilai melalui beberapa ciri seperti: Keobjektifan iaitu berdasarkan ketepatan seseorang pemeriksa memeriksa skrip jawapan. Kebolehtadbiran susulan iaitu berdasarkan kelicinan dan kerja-kerja yang dilaksanakan secara berpusat atau berasaskan sekolah. Kemudahtafsiran berdasarkan calon iaitu bergantung tentang maklumat tentang calon skor, mendiskriminasikan, dan menepati tujuan mengadakan sesuatu ujian. Menyeluruh iaitu mengandungi soalan-soalan yang mewakili semua objektif yang penting. Terdapat beberapa kaedah yang biasa digunakan dalam menjalankan pentaksiran iaitu seperti pemerhatian, lisan dan penulisan. Petaksiran boleh juga dibuat tanpa menggunakan pengujian. Sebagai contoh, kemahiran melukis seseorang murid boleh diukur melalui pemerhatian atau pencerapan, sementara pengetahuan dan sikapnya boleh diukur melalui temubual. Justeru, kita boleh menganggapkan pentaksiran sebagai proses untuk mendapatkan sesuatu ukuran dengan menggunakan 1

Upload: tan-wei-hui

Post on 26-Jan-2016

223 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

=

TRANSCRIPT

Page 1: Konsep Pentaksiran

1.0 Konsep Pentaksiran

Pentaksiran adalah suatu proses yang meliputi pelbagai kaedah untuk menentukan

tahap sesuatu ciri atau atribut yang diperolehi seseorang individu. Pengukuran

merupakan suatu proses kuantifikasi dengan memberi nilai angka kepada

kewujudan sesuatu ciri dan atribut. Pentaksiran adalah bertujuan sebagai salah satu

proses mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang dalam pembelajaran.

Pentaksiran juga dapat digunakan untuk menilai aktiviti yang dijalankan semasa

pengajaran dan pembelajaran. Seterusnya, mendapatkan maklumat secara

berterusan tentang pengajaran dan pembelajaran serta membantu guru untuk

membaiki pengajaran dan pembelajaran. Melalui pentaksiran yang dijalankan, guru

dapat merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang tersusun dan

sistematik bersesuaian dengan tahap keupayaan murid. Guru dapat melibatkan

semua atau sebahagian besar murid dalam kelas secara efektif dan dapat

merancang serta melaksanakan aktiviti tindakan susulan yang berkesan.pentaksiran

merangkumi aktiviti menghurai, merekod, memberi skor dan mengintepretasi

pembelajaran seseorang murid. Pentaksiran yang baik dapat dinilai melalui

beberapa ciri seperti:

Keobjektifan iaitu berdasarkan ketepatan seseorang pemeriksa memeriksa

skrip jawapan.

Kebolehtadbiran susulan iaitu berdasarkan kelicinan dan kerja-kerja yang

dilaksanakan secara berpusat atau berasaskan sekolah.

Kemudahtafsiran berdasarkan calon iaitu bergantung tentang maklumat

tentang calon skor, mendiskriminasikan, dan menepati tujuan mengadakan

sesuatu ujian.

Menyeluruh iaitu mengandungi soalan-soalan yang mewakili semua objektif

yang penting.

Terdapat beberapa kaedah yang biasa digunakan dalam menjalankan pentaksiran

iaitu seperti pemerhatian, lisan dan penulisan.

1

Page 2: Konsep Pentaksiran

Petaksiran boleh juga dibuat tanpa menggunakan pengujian. Sebagai contoh,

kemahiran melukis seseorang murid boleh diukur melalui pemerhatian atau

pencerapan, sementara pengetahuan dan sikapnya boleh diukur melalui temubual.

Justeru, kita boleh menganggapkan pentaksiran sebagai proses untuk mendapatkan

sesuatu ukuran dengan menggunakan kaedah tertentu, manakala pengujian pula

merupakan salah satu daripada kaedah tersebut. Pentaksiran tidak bersifat mutlak,

misalnya, pengukuran keupayaan mental seseorang sudah tentu lebih sukar diukur

secara tepat berbanding ketinggian fizikalnya. Ketinggian fizikal seseorang boleh

diukur secara tepat dengan menggunakan alat ukur yang tepat seperti penggunaan

pembaris. Seterusnya, seseorang pelajar yang mendapat skor 90 tidak boleh

dianggap mengetahui dua kali ganda daripada pelajar yang mendapat skor 45,

walaupun skor 90 itu dua kali ganda 45. Seseorang pelajar yang mendapat skor sifar

pula tidak juga boleh dianggap sebagai tidak mempelajari/ mengetahui tentang

sesuatu pelajaran yang diajar guru. Ini jelas menunjukkan ukuran aspek-aspek

berkenaan bukanlah petunjuk yang tepat sebagaimana ukuran ketinggian fizikal

pelajar menggunakan pembaris.

1.1 Konsep Pengujian

Pengujian merupakan proses mengaturkan satu siri tugasan untuk diselesaikan

supaya pemerhatian tepat dibuat tentang penguasaan pelajar dalam sesuatu kursus

di universiti. Ujian adalah alat ukur. Ujian digunakan bagi mengukur ‘penguasaan’

pelajar dalam sesuatu kursus. Ujian mengandungi satu set tugasan (dalam bentuk

tugasan) yang berdasarkan sesuatu kursus bagi merangsang pelajar untuk

‘menunjukkan’ tahap penguasaan mereka dalam kursus berkenaan. Tahap

penguasaan pelajar biasanya dikuantifikasikan dengan memberi skor kepada

jawapan yang diberi.

Memandangkan ujian merupakan alat ukur yang sering digunakan untuk

mendapatkan bukti empirik bagi tujuan penilaian pengajaran dan pembelajaran di

universiti, tumpuan perlu diberi bagi membina ujian yang bermutu, mentadbir ujian

berkenaan dengan betul dan mentafsir dapatannya dengan tepat. Kita perlu

memastikan penilaian terhadap keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dapat

2

Page 3: Konsep Pentaksiran

dilakukan dengan sempurna dan boleh dipertahankan. Satu daripada cara-cara

memastikan ini berlaku ialah dengan menjalankan pengujian yang berkualiti.

Hasil daripada pemarkahan jawapan pelajar, satu ukuran yang disebut sebagai

markah akan diberikan kepada pelajar tersebut. Pengujian menjelaskan tahap

berapa baiknya prestasi pelajar yang diuji.

Proses pengujian lazimnya bermula dengan peringkat persediaan, diikuti

pelaksanaan/ pentadbiran ujian dan berakhir dengan pemeriksaan skrip jawapan.

Melalui pengujian inilah seseorang guru mengetahui sama ada pelajar-pelajarnya

telah menguasai pengetahuan, kemahiran atau sikap yang ingin disampaikan guru.

1.2 Konsep Penilaian

Penilaian adalah konsep yang telah digunakan dalam pelbagai bidang. Penilaian

dilakukan kerana mempunyai matlamat tersendiri. Dengan mengadakan penilaian, ia

akan membolehkan kita membuat anggaran, sama ada matlamat yang telah

ditetapkan itu tercapai atau sebaliknya. Penilaian juga dapat dianggap sebagai satu

cara untuk mendapatkan bukti yang tepat tentang sesuatu perkara. Maklumat dan

bukti ini amat penting dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Misalnya, dalam

pendidikan, penilaian dapat menyelesaikan masalah tentang pencapaian matlamat

yang ditetapkan, seperti menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M)

di kalangan murid sekolah rendah. Dalam membuat penilaian, anda mungkin sering

kali berhadapan dengan pelbagai masalah. Misalnya, tentang persoalan yang ingin

diselesaikan, apakah bukti yang dianggapkan mencukupi atau bagaimana cara

mendapatkan maklumat, siapa yang perlu mendapatkan maklumat dan sebagainya.

Dengan memahami konsep pengujian, pengukuran dan penilaian, kita akan dapat

merancang langkah-langkah dengan lebih teratur dan sistematik bagi mendapatkan

maklumat yang tepat. Banyak definisi telah diberikan kepada istilah “penilaian”.

3

Page 4: Konsep Pentaksiran

Penilaian boleh dianggap sebagai proses membuat pertimbangan atau keputusan

dalam memberikan nilai, mutu, kualiti atau harga bagi sesuatu benda atau perkara.

Secara menyeluruh, penilaian pendidikan mencakupi aspek-aspek hasil pengajaran

dan pembelajaran dan juga hasil program pengajian berbanding matlamat asalnya.

Dalam keadaan ini kita boleh mengatakan guru sebenarnya mengukur pencapaian

pelajar melalui ujian yang dijalankan. Tindakan susulan guru ialah menilai ukuran

pencapaian tersebut dengan menggunakan keputusan ujian itu bersama maklumat

lain yang berkaitan. Selain menggunakan data kuantitatif, penilaian juga boleh dibuat

dengan menggunakan data berbentuk kualitatif seperti yang diperoleh daripada

pemerhatian atau temubual.

2.0 Taksonomi Bloom

Taksonomi Bloom telah diperkenalkan pada tahun 1956 oleh ahli psikologi

pendidikan Dr. Benjamin Bloom untuk menggalakkan bentuk pemikiran yang tinggi

dalam pendidikan, seperti menganalisis dan menilai, dan bukannya hanya

mengingati fakta (pembelajaran hafalan).

Tiga jenis pembelajaran Bloom (1956) telah memperkenalkan tiga domain dalam

aktiviti pengajaran atau pembelajaran:

Kognitif: kemahiran mental (Pengetahuan)

Afektif: perkembangnan perasaan atau emosi (Sikap)

Psikomotor: kemahiran fizikal (Kemahiran)

Domain boleh dianggap sebagai kategori. Jurulatih dan guru sering merujuk kepada

ketiga-tiga kategori ini iaitu Pengetahuan, Kemahiran dan Sikap. Domain ini adalah

taksonomi tingkah laku pembelajaran yang boleh dianggap sebagai matlamat proses

pembelajaran, iaitu selepas episod pembelajaran, murid seharusnya telah

memperoleh kemahiran baru, pengetahuan, dan atau sikap.

4

Page 5: Konsep Pentaksiran

TAHAP ISTILAH

Pengetahuan

Ingat kembali, mengenal idea, fakta

asas, definisi teori, hukum, tarikh,

peristiwa dan lain-lain daripada

pembelajaran yang lepas

Nyatakan, terangkan, namakan, labelkan

Kefahaman

Mengubah kefahaman daripada

satubentuk kepada satu bentuk yang

lain, menyatakan idea-idea utama dalam

ayat sendiri, menterjemah, memberi

contoh kepada konsep dan menterjemah

draf.

Pilih, terangkan, tulis semula

Aplikasi

(Penggunaan) Menggunakan maklumat

dalam situasi baru, termasuk

menyelesaikan masalah menggunakan

prinsip, kaedah, hukum, teori dan

formua. Bina graf daripada data dan lain-

lain.

Selesaikan, ramalkan, cari, kesilapan

Analisis

Sesuatu yang kompleks dipecahkan

kepada yang kecil, bezakan fakta

daripada pendapat, kaitan kenal di

antara bahagian, kenali struktur

organisasi.

Bezakan, pasti, pilih

Sintesis

Menyepadu, mencantum idea menjadi

satu, usaha tersendiri, menyelesaikan

Bina, hasilkan, susun, kembangkan

5

Page 6: Konsep Pentaksiran

masalah, membuat ramalan, dan

membuat klasifikasi.

Penilaian

Membuat pertimbangan termasuk

memberi rasional atas alasan, dalam

atau luaran, mentafsir dan mengkritik

Pilih, berikan alasan, kritikan, buktikan

3.0 Jadual Spesifikasi Ujian (JSU)

Penggubalan sesuatu kertas ujian perlu mengikut spesifikasi ujian yang ditetapkan.

Banyak pertimbangan yang harus dibuat semasa menyediakan soalan ujian. Ujian

sebaiknya mewakili keseluruhan sukatan pelajaran, yang mungkin merangkumi

komponen pengetahuan, kemahiran, dan sikap yang telah ditetapkan. Pertimbangan

ini dibuat bagi memastikan para pelajar diuji dengan menggunakan soalan yang

relevan dengan sukatan pelajaran atau objektif pengajaran yang telah disampaikan

di dalam kelas. Penggubalan kertas ujian perlu mengikuti pelbagai proses, termasuk

penyediaan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU).

JSU adalah sebuah jadual yang menggambarkan ciri sesuatu ujian dari segi

kandungan iaitu konstruk yang ditaksir, pemberatan setiap konstruk, konteks, san

pemberatan taburan aras kesukaran. Tujuan JSU disediakan adalah untuk

menghasilkan set soalan yang lebih berkualiti berbanding soalan yang hanya

disediakan secara spontan dan tidak mengikuti aras ilmu. Selain itu, penyediaan

JSU dapat membantu menghasilkan soalan yang mempunyai kesahan dan

keutuhan.

3.1 Langkah Pembinaan JSU

6

Page 7: Konsep Pentaksiran

Terdapat empat langkah yang perlu dijadikan panduan semasa membina Jadual

Spesifikasi Ujian ini. Langkah-langkah tersebut dijelaskan dalam rajah berikut:

Langkah yang pertama adalah mengkaji sukatan pelajaran untuk memperoleh

maklumat yang menyeluruh tentang kurikulum yang telah dibina. Kandungan

sukatan pelajaran perlu dianalisis untuk menentukan kepentingan tiap-tiap tajik

kandungannya. Antara aspek yang dikaji ialah skop dan kedalaman pengajaran bagi

sesuatu tajuk. Pendekatan yang telah diambil oleh guru dalam pengajaran sesuatu

tajuk dan kepentingan bandingan diantara satu tajuk dengan tajuk-tajuk lain juga

diamabil kira. Sukatan pelajaran perlu untuk dianalisis untuk melihat sejauh mana

kompleksiti sesuatu tajuk dan masa pengajaran yang diperuntukkan masabagi

sesuatu tajuk bermain tersebut.

Langkah yang kedua adalah menganalisis objektif pengajaran. Objektif pengajaran

ini dianalisis untuk menentukaan pelajaran, pengetahuan dan kemahiran yang perlu

diuji. Analisis objektif pengajaran ini juga untuk menentukan tahap kesukaran mana

yang perlu diuji. Lazimnya aras pengetahuan dan kemahiran diasaskan kepada

pembahagian yang dibuat oleh Bloom dan rakan-rakannya dalam kajian mereka.

Maklumat-maklumat di atas adalah penting kepada penggubal kertas kerana ujian

dan pembina soalan ujian untuk menentukan jenis dan bilangan soalan ujian yang

perlu dibina. Berdasarkan penganalisaan inilah JSU dibina. Lazimnya JSU

mengandungi tiga paksi utama iaitu paksi kandungan yang biasanya mengandungi

tajuk atau subtajuk, paksi kedua adalah paksi kemahiran yang biasanya

mengandungi aras kemahiran, dan paksi yang ketiga adalah paksi wajaran yang

mengandungi peratus pemberatan setiap tajuk dan bilangan soalan.

Langkah yang ketiga adalah menentukan jenis soalan yang sesuai. Setelah

menentukan domain objektif pengajaran dan peringkat objektif pengajaran yang

ingin diukur, kita seharusnya dapat menggubal dan membentuk soalan yang sesuai

7

Page 8: Konsep Pentaksiran

berdasarkan tajuk, peringkat atau aras kemahiran seterusnya membina soalan yang

bersesuaian dengan isi pengajaran dan tahap kecedasan murid.

Langkah yang keempat dalam pembinaan JSU adalah menentukan bilangan

soalan. Jumlah soalan harus mencukupi untuk mewakili kandungan pengajaran

domain objektif pengajaran dan peringkat objektif pengajaran yang hendak diukur.

Jumlah soalan adalah penting kerana ia mempengaruhi kebolehpercayaan dan

kesahan sesuatu ujian. Kebolehpercayaan ujian adalah keupayaan sesuatu ujian

memberi markah yang sama, sekiranya pelajar menjawab semula ujian tersebut.

Kesahan pula bermaksud keupayaan sesuatu soalan mengukur apa yang telah

digariskan. Selain memberi perhatian kepada kebolehpercayaan dan kesahan ujian,

penentuan jumlah soalan juga perlu mengambil kira masa ujian, jenis soalan, dan

kesukaran ujian, yang bergantung pada objektif pengajaran, panjang soalan,

kemampuan bahasa murid dan lain-lain.

3.2 Kepentingan JSU

JSU yang lengkap dibina dengan baik akan sangat membantu penggubal kertas

ujian dan pembina item soalan ujian. Antara kepentingan penyediaan JSU adalah

seperti dapat membina dan menyediakan soalan ujian secara lebih terangcang dan

sistematik. Selain dapat mengelakkan ujian yang dibina secara sembarangan. JSU

akan menjamin kesahan dan kebolehpercayaan soalan, ini berdasarkan kesahan

dari segi pensampelan sukatan pelajaran dapat dijamin. Pembinaan JSU juga dapat

menstabilkan taraf dan aras kesukaran ujian dari semasa ke semasawalaupun

dibina oleh pembina solan yang berbeza. Soalan yang akan dibina juga pastinya

mengikuti taburan tajuk secara seimbang dan meliputi keseluruhan pelajaran. Maka

dengan itu, perbandingan dapat dibuat diantara satu ujian dengan ujian yang lain.

4.0 Pembinaan Ujian

8

Page 9: Konsep Pentaksiran

Terdapat lima langkah am dalam pembinaan item ujian iaitu yang pertama

menyediakan JSU, menulis item ujian, menyemak item ujian, menilai item ujian dan

membuat kajian rintis terhadap keseluruhan item.

Langkah awal dalam pembinaan item ujian ialah menyediakan JSU seperti yang

telah dijelaskan sebelum ini, iaitu mengkaji sukatan pelajaran, menganalisis objektif

pengajaran, menentukan jenis soalan dan menentukan bilangan soalan. Tujuan

utama penyediaan JSU ialah supaya item-item ujian yang dibina itu mewakili

keseluruhan kandungan pelajaran mengikut domain dan peringkat objektif

pengajaran yang ditentukan sebelum pengajaran. Sebaik sahaja siap menyediakan

JSU, kita telah bersedia untuk membina dan menulisitem-item ujian. Selepas semua

item ujian siap ditulis, kita perlu menyemak semua item tersebut. Semakan ini perlu

dibuat untuk memastikan perkara-perkara seperti arahan menjawab yang kurang

tepat, bahasa soalan yang sukar difahami dan soalan yang tidak mengandungi klue

ini tidak terjadi. Selepas semua item ujian disemak oleh penulisnya, item-item ini

perlu disemak dan dinilai. Semakan dan penilaian ini perlu bagi memastikan

perkara-perkara seperti arahan menjawab dalam bahasa yang digunakan dalam

soalan adalah mudah difahami oleh murid, soalan dan kehendak soalan adalaj jelas

dan soalan mengandungi maklumat yang cukup untuk murid menjawab soalan.

Soalan-soalan yang dibina adalah mencakupi dan seimbang untuk mengukur

kandungan dan objektif pengajaran yang ditetapkan.

Selepas semua item ujian disemak dan dinilai oleh pakar mata pelajaran, sebaiknya,

kajian rintis dibuat terhadap keseluhan item/ kertas ujian. Kajian rintis di sini

bermaksud kajian awal tentang kesesuaian item-tem kepada murid yang setara dari

segi keupayaan dengan murid sasaran.

Pembinaan Item Objektif

9

Page 10: Konsep Pentaksiran

Soalan objektif dibentuk daripada beberapa item yang boleh diperiksa secara

objektif iaitu pemeriksa berlainan memperoleh skor yang sama ketika memeriksa

tindak balas yang serupa. Hal ini bermaksud item/ soalan objektif mempunyai

jawapan tepat/ tertentu/ spesifik, seperti item betul-salah, aneka pilihan, padanan

atau pelengkapan. Semua item ini mempunyai jawapan tertentu, sama ada betul

atau salah, jawapan daripada beraneka pilihan yang betul, padanan yang betul, atau

perkataan pelengkap yang betul.

Stimulus (rangsangan)

Bahagian soalan yang mengandungi maklumat khusus di mana soalan

didasarkan.

Berbentuk – teks, grafik, jadual, perbualan

Stem (badan)

Mengandungi tugasan dan berbentuk ayat lengkap, ayat tidak lengkap atau

soalan.

Jawapan pilihan

Mengandungi jawapan pilihan, berbentuk angka, simbol, frasa, gambar rajah

atau jadual.

Pembinaan Item Beraneka Pilihan

10

Page 11: Konsep Pentaksiran

Stimulus

Stem

Jawapan pilihan

Soalan dikatakan sukar dibina dan sukar dijawab tetapi mudah diperiksa (mudah

menggunakan OMR), perlu dijawab dengan tepat.

Prinsip penyediaan soalan berbentuk beraneka pilihan:

Arahan hendaklah jelas dan mudah difahami.

Soalan dan semua jawapan hendaklah ditulis secara padat, jelas dan tidak

berbunga-bunga.

Perkataan sepunya tidak diulang-ulang dalam setiap jawapan.

Tuliskan setiap jawapan pilihan secara menarik supaya setiap jawapan yang

diberikan adalah munasabah.

Taburan jawapan betul perlu dibuat secara rawak.

Setiap jawapan pilihan perlu ditulis sama panjang.

Aras kesukaran setiap soalan perlu setara.

Jawapan pilihan boleh disusun mengikut abjad, nilai nombor atau tahun,

supaya wujud suatu sistem susunan jawapan pilihan.

Pembinaan Item Betul-Salah

Item jenis ini amat sesuai digunakan untuk menguji fakta yang menghendaki murid

untuk menentukan sama ada pernyataan yang diberikan betul atau salah.

Prinsip Item Betul-Salah

11

Page 12: Konsep Pentaksiran

Arahan hendaklah jelas.

Pernyataan hendaklah ditulis secara padat, jelas dan tidak berbunga-bunga

supaya murid tidak membuang masa untuk memahaminya.

Taburan jawapan betul dan salah perlu dibuat secara rawak, supaya dapat

mengelakkan murid daripada meneka jawapan.

Aras kesukaran setiap soalan perlu setara.

Soalan-soalan hendaklah berasaskan kepada pernyataan yang jelas betul

atau yang jelas salah.

Elakkan daripada memberi pernyataan yang betul lebih panjang daripada

yang salah, untuk mengelakkan murid meneka jawapan.

Elakkan daripada menggunakan perkataan selalu atau tidak pernah dalam

pernyataan, untuk mengelakkan murid meneka jawapan.

Sediakan bilangan pernyataan yang betul hampir sama dengan bilangan

jawapan yang salah.

Pembinaan Item Mengisi Ruang Kosong

Item ini terdiri daripada dua bahagian, iaitu:

Stimulus (jika ada)

Pernyataan yang mengandungi ruang kosong untuk diisi murid

Item ini sangat sesuai digunakan untuk menguji fakta yang menghendaki murid

memberikan jawapan pendek yang tepat.

Prinsip-Prinsip Pembinaan Item Mengisi Ruang Kosong

12

Page 13: Konsep Pentaksiran

Arahan hendaklah jelas sama ada murid perlu mengisi ruang kosong dalam

kertas soalan atau kertas jawapan.

Pernyataan ayat hendaklah ditulis secara padat, jelas.

Aras kesukaran setiap soalan perlu setara.

Perkataan yang dikosongkan hendaklah terdiri daripada perkataan yang

penting sahaja.

Elakkan daripada meninggalkan terlalu banyak ruang kosong dalam sesuatu

pernyataan, supaya soalan tidak menjadi terlalu susah.

Ruang kosong hendaklah ditempatkan di penghujung pernyataan supaya

perkataan yang dikehendaki jelas kepada pelajar.

Pembinaan Item Padanan

Item ini terdiri daripada dua set maklumat yang perlu dipadankan oleh murid.

Kedua-dua set maklumat ini terdiri daripada perkataan, set, pinsip atau

pernyataan.

Perlu dipastikan bahawa maklumat dalam set pertama mempunyai perkaitan

dengan maklumat dalam set kedua.

Item ini sesuai untuk mengukur kefahaman dan keupayaan murid mengaitkan

fakta dan konsep.

Prinsip-Prinsip Pembinaan Item Padanan

Arahan hendaklah jelas sama ada murid perlu membuat padanan satu ke-

satu atau padanan yang lain.

Pernyataan hendaklah ditulis secara padat, jelas dan tidak berbunga-bunga.

Aras kesukaran bagi setipa perkaitan hendaklah setara.

Pernyataan yang diberi perlu mempunyai perkaitan yang tepat dengan

padanannya.

13

Page 14: Konsep Pentaksiran

Elakkan daripada menggunakan terlalu banyak perkataan dalam sesuatu

maklumat supaya soalan tidak menjadi terlalu susah.

Bilangan padanan tidek terlalu banyak.

Pembinaan Item Subjektif

Item subjektif bermaksud item yang mempunyai jawapan terbuka, iaitu yang tidak

spesifik seperti jawapan kepada item objektif. Item ini membenarkan subjektiviti

dalam jawapan yang diberikan. Item ini digunakan untuk pelajar mempamerkan

kedalaman pengetahuan yang dimiliki. Maka, item ini sesuai untuk mengukur tahap

kognitif yang lebih tinggi, seperti mengukur penguasaan menganalisis, mensintesis,

membuat pertimbangan, menilai, membuat keputusan yang memerlukan kemahiran

berfikir.

Prinsip Am Penyediaan Item Subjektif

Penulis perlu menyemak sukatan pelajaran dan objektif pengajaran agar agar

soalan yang dihasilkan menepati kriteria yang diingini.

Arahan hendaklah jelas tentang panjang jawapan dan sama ada murid perlu

manjawab dalam kertas soalan atau kertas jawapan.

Soalan hendaklah ditulis secara padat, jelas dan tidak berbunga-bunga.

Aras kesukaran setiap soalan perlu setara supaya setiap soalan yang diberi

markah yang sama, mempunyai aras kesukaran yang sama juga.

Soalan perlu ditulis supaya murid dapat membayangkan satu kerangka

struktur yang akan memandu murid untuk mnejawab soalan tersebut.

Tentukan terlebih dahulu perkara yang ingin diberi markah dan markahnya

untuk memudahkan penyediaan skema jawapan.

Gunakan lebih banyak soalan berjawapan pendek daripada soalan

berjawapan panjang supaya lebih banyak soalan boleh diberikan.

14

Page 15: Konsep Pentaksiran

Pembinaan Item Esei Berjawapan Pendek

Item jenis ini memerlukan murid memberikan jawapan pendek yang memberi

peluang kepada mereka menyampaikan pendapat, hujah atau idea sendiri.

Item bentuk ini amat sesuai untuk mengukur pengetahuan, kefahaman, dan

aplikasi/ penyelesaian masalah mudah, yang turut melibatkan kemahiran

berfikir.

Item jenis ini boleh dibina agar jawapannya menjadi lebih objektif.

Pembinaan Item Esei Berjawapan Terbuka

Item bentuk ini membenarkan murid merancang dan memberikan jawapan

secara bebas.

Item ini amat sesuai untuk mengukur konstruk, yang memerlukan murid

menggunakan beberapa kemahiran seperti menginterpretasi, menyelesaikan

masalah dan membuat keputusan.

Item jenis ini juga membolehkan murid mempamerkan proses pemikiran kritis

dan kreatif.

Disebabkan jawapannya amat terbuka, maka pembina item perlu

menyediakan skema/ peraturan permarkahan yang jelas, terperinci dan

menyeluruh agar penilaian pencapaian pelajar dapat dibuat sewajarnya.

Pembinaan Item Esei Berjawapan Terbuka

Item bentuk ini membenarkan murid merancang dan memberikan jawapan secara

bebas. Item ini amat sesuai untuk mengukur konstruk, yang memerlukan murid

menggunakan beberapa kemahiran seperti menginterpretasi, menyelesaikan

masalah dan membuat keputusan. Item jenis ini juga membolehkan murid

mempamerkan proses pemikiran kritis dan kreatif. Disebabkan jawapannya amat

terbuka, maka pembina item perlu menyediakan skema/ peraturan permarkahan

15

Page 16: Konsep Pentaksiran

yang jelas, terperinci dan menyeluruh agar penilaian pencapaian pelajar dapat

dibuat sewajarnya.

Kesahan

Kesahan sesuatu ujian merujuk kepada sejauh mana ujian berkenaan dapat

mengumpul maklumat berkaitan bidang yang ditetapkan. Dengan perkataan lain,

sesuatu ujian itu dikatakan sah, sekiranya ujian berkenaan boleh mengukur sesuatu

yang sebenarnya hendak diukur atau sepatutnya diukur.

Menurut Youngman & Eggleston (1982) serta Sax & Newton (1997) kesahan

bermaksud kebolehan ujian mengukur apa yang sepatutnya diukur. Kesahan

merujuk kepada kesesuaian dan kekuatan interpretasi markah ujian dan lain-lain

keputusan penilaian dengan merujuk kepada kegunaan tertentu alat ukur tersebut.

Menurut Fraenkel & Wallen (1996) kesahan boleh dibuktikan melalui beberapa

kaedah seperti kesahan isi (content validity), kesahan telahan (predictive validity),

kesahan serentak (concurrent validity) dan kesahan gagasan (construct validity).

Kebolehpercayaan

Salah satu daripada kriteria tersebut di atas ialah kebolehpercayaan (reliability).

Aspek kebolehpercayaan bukan sahaja dibuktikan dengan pemberian skor yang

sama oleh beberapa orang penilai, tetapi kita juga harus memberikan skor yang

sama walaupun kita menilai pada masa yang berbeza.

Soalan yang dibina jika tidak mempunyai reliabilti atau mempunyai reliabiliti rendah

tidak akan dapat menggambarkan pencapaian pelajar dan seterusnya akan

menjadikan sistem penilaian yang sia-sia. Oleh itu para pendidik perlu berhati-hati

dalam membina alat penilaian. Kebolehpercayaan sesuatu ujian merujuk kepada

16

Page 17: Konsep Pentaksiran

ketekalan, ketepatan dan kebolehbergantungan ujian berkenaan. Ini bermaksud

sesuatu ujian yang boleh dipercayai akan menghasilkan maklumat yang tekal

(merujuk kepada beberapa pentadbiran ujian yang telah dijalankan), tepat seperti

yang sepatutnya serta boleh diterima pakai tanpa keraguan.

17