buktikan adanya proses modenisasi dalam pentadbiran awam brunei dari tahun 1906-1940

22
Buktikan adanya proses modenisasi dalam pentadbiran awam Brunei dari tahun 1906-1940 Menurut Kamus Bahasa Melayu Nusantara, pentadbiran ialah perbuatan mentadbir, pengelolaan, pengurusan dan pemerintahan. 1 Manakala menurut Kamus Dewan pula pentadbiran bererti perbuatan melaksanakan urusan mengelola atau menjalankan sesuatu pejabat, kerajaan dan lain-lain lagi. Dengan kata lain pentadbiran ialah satu perlakuan untuk mengurus atau bertindak sebagai ejen dalam hal-ehwal fungsi pemerintahan atau fungsi kerajaan. Sebuah kerajaan yang memerintah bertanggungjawab menggubal dasar-dasar dan peraturan-peraturan yang difikirkan perlu untuk mencapai matlamat sosio-ekonomi dan wawasan negara. 2 Untuk memastikan pembangunan sesebuah negara, mengukuhkan kedudukan ekonomi dan juga meningkatkan taraf dan keadaan kehidupan masyarakat, pentadbiran yang baik harus diwujudkan dan dikemaskini untuk memenuhi kesemua keperluan mengikut perubahan masa yang kian mencabar. 1 Kamus Bahasa Melayu Nusantara. Dewan Bahasa dan Pustaka: Brunei Darussalam. 2003. hlm. 260 2 http://citacita.tripod.com 13

Upload: rhezo

Post on 02-Jul-2015

303 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Buktikan adanya proses modenisasi dalam pentadbiran awam Brunei dari tahun 1906-1940

Buktikan adanya proses modenisasi dalam pentadbiran awam Brunei dari tahun 1906-1940

Menurut Kamus Bahasa Melayu Nusantara, pentadbiran ialah perbuatan mentadbir,

pengelolaan, pengurusan dan pemerintahan.1 Manakala menurut Kamus Dewan pula pentadbiran

bererti perbuatan melaksanakan urusan mengelola atau menjalankan sesuatu pejabat, kerajaan

dan lain-lain lagi. Dengan kata lain pentadbiran ialah satu perlakuan untuk mengurus atau

bertindak sebagai ejen dalam hal-ehwal fungsi pemerintahan atau fungsi kerajaan. Sebuah

kerajaan yang memerintah bertanggungjawab menggubal dasar-dasar dan peraturan-peraturan

yang difikirkan perlu untuk mencapai matlamat sosio-ekonomi dan wawasan negara. 2 Untuk

memastikan pembangunan sesebuah negara, mengukuhkan kedudukan ekonomi dan juga

meningkatkan taraf dan keadaan kehidupan masyarakat, pentadbiran yang baik harus diwujudkan

dan dikemaskini untuk memenuhi kesemua keperluan mengikut perubahan masa yang kian

mencabar.

Apabila Brunei menerima sistem British Residen dalam tahun 1906, tuntutan

pengecualian Residen untuk menasihati terhadap perkara-perkara yang berhubung dengan adat-

istiadat, selain agama Islam, seperti yang terdapat di Tanah Melayu telah ditiadakan. Ertinya hal

ehwal yang bersangkut paut dengan adat istiadat, terutama sekali yang berhubung dengan sistem

pemilikan tanah, adalah di bawah kawalan Residen British.3

Nasihat pertama Residen yang diberikan kepada Sultan ialah untuk mengadakan perkara-

perkara yang berkaitan dengan Perkhidmatan Awam seperti menubuhkan Jabatan Kastam untuk

1 Kamus Bahasa Melayu Nusantara. Dewan Bahasa dan Pustaka: Brunei Darussalam. 2003. hlm. 2602 http://citacita.tripod.com3 Haji Abd. Latif bin Haji Ibrahim. Peperangan di Brunei: Suatu Pespektif Sejarah dan Implikasinya. UBD: Akademi Pengajian Brunei. hlm. 17.

13

Page 2: Buktikan adanya proses modenisasi dalam pentadbiran awam Brunei dari tahun 1906-1940

Buktikan adanya proses modenisasi dalam pentadbiran awam Brunei dari tahun 1906-1940

mengutip cukai, Jabatan Pos, Petanian dan Kerja Raya menurut ala Barat seperti yang berlaku di

Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. Oleh kerana semua sistem itu tidak terdapat di dalam

pentadbiran sistem tradisional, maka tiada seorang pun rakyat Brunei yang dapat

menjalankannya. Oleh sebab itulah Residen telah membawa masuk pegawai-pegawai Inggeris

untuk menguruskan pentadbirannya. Sejak itu bermulalah era modenisasi dalam pentadbiran dan

pemerintahan di Brunei.4

Menurut Kamus Dewan, modenisasi bermaksud perihal menjadi moden atau

pembaharuan.5 dalam pentadbiran awam semasa di bawah sistem Residen ini akan dibahagikan

kepada 3 bahagian iaitu politik, ekonomi dan sosial.

Modeninasi yang pertama sekali wujud di dalam pentadbiran awam Brunei ialah dari segi

politik iaitu tertubuhnya Undang-undang Tanah pada tahun 1907 iaitu setahun selepas

termenterainya Perjanjian Tambahan 1906. Sebelum wujudnya Undang-Undang Tanah, Brunei

sudah lama mengamalkan Undang-undang Wilayah. Ini disebabkan wilayah Brunei pada masa

itu sangat luas sekali. Undang-undang wilayah itu terbahagi kepada tiga iaitu Sungai Tulin atau

Pesaka, Sungai Kerajaan dan Sungai Kuripan. Kesemua wilayah ini adalah milik Sultan yang

memerintah yang merupakan kuasa tertinggi di dalam pentadbiran kerajaan.

Sungai Kerajaan adalah milik Sultan yang memerintah. Segala hasil daripada wilayah ini

juga merupakan milik Sultan. Menurut undang-undang, kawasan ini tidak boleh diwariskan

kepada keturunan Baginda melainkan ia dipesakai oleh pengganti Baginda atau Sultan yang

seterusnya.

4 Haji Awang Mohd Jamil Al-Sufri. Ketahanan dan Kesinambungan Brunei Dari Perspektif Sejarah. hlm. 37

5 Kamus Dewan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. 1989. hlm. 301

13

Page 3: Buktikan adanya proses modenisasi dalam pentadbiran awam Brunei dari tahun 1906-1940

Buktikan adanya proses modenisasi dalam pentadbiran awam Brunei dari tahun 1906-1940

Sungai Kuripan pula ialah kawasan yang dimiliki oleh para Wazir. Terdapat empat wazir yang

bertindak sebagai pembantu kanan Sultan iaitu Pengiran Bendahara, Pengiran Digadong,

Pengiran Pemanca dan Pengiran Temenggung. Kesemua hasil daripada kawasan Kuripan

merupakan milik Wazir. Sama seperti Kerajaan, kawasan ini tidak boleh diwarisi melainkan

dipesakai kepada pengganti Wazir seterusnya.

Manakala Sungai Tulin atau Pesaka pula ialah wilayah yang dimiliki oleh Sultan dan

golongan Pengiran Berteras (kelompok Wazir dan Ceteria). Kumpulan Ceteria merupakan

pembesar Brunei selepas Wazir. Mereka yang dilantik ialah di kalangan keluarga Diraja yang

dekat atau golongan Pengiran Berteras. Berbeza pula dengan Kerajaan dan Kuripan, Tulin boleh

diwariskan kepada keturunan mereka.

Undang-undang wilayah yang telah diamalkan sekian lama oleh Kesultanan Brunei telah

terhapus apabila Brunei telah memeterai Perjanjian Tambahan 1905/1906 dengan United

Kingdom. Kemunculan sistem Residen ini telah merubah sistem pentadbiran di Brunei

termasuklah perubahan keatas undang-undang wilayah yang kemudiannya dikenali sebagai

undang-undang tanah.

British telah menyedari bahawa isu tanah merupakan salah satu perkara penting yang

menyebabkan Kesultanan Brunei mula merosot terutama dari segi politik dan ekonomi pada abad

ke-19 dan awal abad ke-20. Oleh itu setahun selepas Perjanjian Tambahan 1905/06

ditandatangani, satu undang-undang tanah telah digubal dan dikuatkuasakan oleh Majlis

Mesyuarat Negeri pada bulan April 1907.

13

Page 4: Buktikan adanya proses modenisasi dalam pentadbiran awam Brunei dari tahun 1906-1940

Buktikan adanya proses modenisasi dalam pentadbiran awam Brunei dari tahun 1906-1940

Objektif awal Undang-undang Tanah 1907 ialah untuk menghalang rampasan dan

pengambilan berterusan oleh keluarga Brooke yang berkuasa di Sarawak dan Syarikat British

Borneo Utara di Sabah. Contohnya ialah seperti Rampasan Limbang yang berlaku pada 1890

oleh Charles Brooke. Tragedi rampasan ini bukan saja menggugat kedaulatan Kesultanan Brunei

tapi ia juga turut menggugat kestabilan ekonomi negara pada ketika itu.

Sebelum ini, undang-undang tanah yang berasaskan Kerajaan, Kuripan dan Tulin telah

memberikan hak kepada pemiliknya untuk melakukan sesuka hati mereka bukan hanya

mentadbir tetapi mereka juga menyewa, memajakkan, menjual malah mereka juga menyerahkan

wilayah kepada kuasa asing.

Dengan termenterai Perjanjian Tambahan dan Undang-Undang Tanah ini juga, segala

pembelian dan penebusan semula hak tanah-tanah Kesultanan Brunei dari pedagang-pedagang

telah membawa kepada mengenal pasti persempadanan Brunei.

Pada tahun 1914, peta Brunei yang lengkap telah dapat disiapkan. Ini dapat memberikan imej

yang jelas akan wilayah-wilayah di bawah pentadbiran kuasa Kesultanan Brunei. Pihak kerajaan

dapat mengawal Brunei dengan lebih ketat dan teratur tanpa dicerobohi oleh mana-mana kuasa

asing.

Apabila politik Kesultanan Brunei sudah mantap, barulah kerajaan dapat menumpukan

rancangan dalam negeri. Dengan menggubal undang-undang itu bukan saja dapat memperbaiki

ekonomi dan membangun Brunei tapi ia juga menyelesaikan masalah tuntutan dan pendaftaran

ke atas pemilikan tanah.

13

Page 5: Buktikan adanya proses modenisasi dalam pentadbiran awam Brunei dari tahun 1906-1940

Buktikan adanya proses modenisasi dalam pentadbiran awam Brunei dari tahun 1906-1940

Pejabat Tanah merupakan salah satu agensi kerajaan awal yang ditubuhkan oleh pentadbiran

British di Brunei. pembentukan pejabat ini merupakan unsur pemodenan kepada pentadbiran

Brunei. Ia memainkan peranan dalam mengendalikan pentadbiran dan menyelia urusan tanah-

tanah di Brunei. Di bawah undang-undang Tanah yang baru ini, mana-mana tanah yang tidak

didaftarkan di bawah Pejabat Tanah, maka secara tidak langsung ia merupakan milik kerajaan.

Sebelum melihat pemodenan yang dilakukan oleh Residen British dalam bidang

ekonomi, bahagian ini akan menghuraikan serba sedikit keadaan ekonomi Brunei sebelum

kedatangan Residen British. Menurut D.E Brown, perdagangan Brunei terbahagi kepada tiga

jenis. Pertama, Brunei eksport bahan-bahan mentah seperti sumber laut, hasil hutan dan galian.

Kedua pula ialah Brunei import barang-barang pembuatan seperti tenunan, logam dan tembikar.6

Dan yang terakhir, segala urusan perdagangan di Brunei dikawal keseluruhannya oleh kerajaan.

Urusan perdagangan Brunei berhubung rapat dengan negeri China. Keluaran Brunei yang

dieksport keluar seperti kapur barus,tanduk rusa, timah, timbikar hijau dan lain-lain.

Kebanyakan aktiviti perdagangan diluar Brunei dikendalikan oleh nakhoda. Manakala

aktiviti perdagangan dalam negeri selalunya dilakukan oleh pedagang-pedagang seperti padian

dan pengalu. Mereka ini dianggap sebagai pedagang-pedagang kecil-kecilan sahaja yang

bergerak dari kampung ke kampung.

Tetapi pada akhir abad ke 19 keadaan ekonomi Brunei tidak memuaskan dan pada masa

itu juga ekonomi Brunei di dalam bahaya atau hampir muflis. Di dalam Annual Report 1907, ada

dicatat mengenai kewangan Brunei pada ketika itu hanya berjumlah $228, 173.78 sen. Jumlah

ini tidak mencukupi untuk membangunkan negeri Brunei selaras dengan rancangan pemodenan

6 Jiram Jamit, Perkembangan pentadbiran kewangan Brunei Di Bawah Sistem Residen, akademi Pengajian Brunei Universiti Brunei Darussalam. Kertas kerja.

13

Page 6: Buktikan adanya proses modenisasi dalam pentadbiran awam Brunei dari tahun 1906-1940

Buktikan adanya proses modenisasi dalam pentadbiran awam Brunei dari tahun 1906-1940

dalam pentadbiran awam oleh Residen British. ini adalah keadaan Brunei sebelum adanya

Residen British di negeri Brunei yang ketika itu sudah hampir muflis.

Setelah ketibaan Residen MacArthur, melihat kewangan ekonomi di Brunei sangat

lemah. Jadi perangan telah dilakukan untuk meningkatkan ekonomi Brunei dengan membawa

satu perancangan untuk memberi nafas baru dalam ekonomi Brunei. bermula pada tahun 1906

MacArthur telah meminjam $200 ribu dari negeri-negeri bersekutu untuk menyusun satu sistem

ekonomi yang teratur. Pelbagai langkah telah dilakukan oleh Residen British yang boleh dilihat

sebagai pemodenan. Antaranya ialah penubuhan jabatan Kastam utuk mengutip cukai.

Jabatan kastam.

Sebagai langkah awal, Residen MacArthur telah memperkenalkan sistem pungutan cukai

cara British iaitu mengenakan cukai terhadap barang import,cukai daripada bayaran lessen, cukai

tanah dan sebagainya. Pada 1906 juga reformasi cukai diperkenalkan dimana semua hak untuk

mentadbir dan mengutip cukai berada dalam bidang kuasa kerajaan.

Pejabat kastam yang mula-mula dibina ialah di Bandar Brunei, bertempat di salah sebuah

pulau-pulau kecil (Bakut) di Sungai Brunei.7 tujuan jabatan kastam ini dibina bertujuan untuk

memperkenalkan dan menguatkuasakan peraturan-peraturan kastam yang memberi kuasa kepada

residen bagi menghapuskan hak peniaga-peniaga tertentu terhadap pemungutan hasil mahsul

negeri.

Jabatan kastam ini adalah satu sistem yang baru dalam ekonomi Brunei dengan

mengunakan sistem percukaian British. Pada peringkat awal 1906-1907, cukai import dikenakan

7 “100 tahun JABATAN KASTAM DAN EKSAIS DIRAJA 1906-2006”, Jabatan Kastam dan Eksais Diraja Kementerian kewangan, hlm. 2.

13

Page 7: Buktikan adanya proses modenisasi dalam pentadbiran awam Brunei dari tahun 1906-1940

Buktikan adanya proses modenisasi dalam pentadbiran awam Brunei dari tahun 1906-1940

pada beras barang-barang kain, minyak kelapa, rempah, gula dan tembakau. Manakala cukai

ekspot kepada hasil-hasil hutan seperti getah dan rotan. Ketika itu perusahaan getah adalah

sumber ekonomi yang terpenting selain cutch. pada tahun 1907, 4 orang pegawai kastam telah

dihantar untuk membuat penyelidikan berkenaan kerja-kerja perkastaman. Dua orang di Belait

dan dua orang lagi di daerah Tutong. manakala satu jawatan iaitu kerani kastam juga

diperkenalkan untuk memeriksa dan mencegah penyeludupan dan juga membantu memungut

cukai. Dari tahun ke tahun hasil kutipan cukai import dan eksport telah meningat kepada

$44,896.00 pada tahun 1911. Tahun demi tahun beberapa perlbagai barang yang di eksport dan

import dikenakan. Ini bertujuan dalam meningkatkan lagi keuntungan negeri. 1912 , cukai baru

dikenakan kepada getah jelutung, 1914 dikenakan cukai kepada eksport getah para.

Hingga tahun 1920, jabatan kastam telah menaikkan cukai bagi minuman keras dan

barang-barang berharga,. Disebabkan ini, sekalilagi kutipan cukai telah meningkat. Setelah 17

tahun jabatan kastam tertubuh di negeri Brunei. satu lagi sistem baru diperkenalkan untuk

mengemas kini sistem percukaian import dan eksport. Kerajaan telah meluluskan enakmen

eksais yang menyenaraikan keperluan dan kadar cukai.

Pada tahun 1937, “Custom Tariff Borneo Utara” mula diperkenalkan. Kadar cukai ini di

ketiga-tiga buah negeri iaitu Brunei, Sarawak dan Sabah adalah sama. Peningkatan tahun demi

tahun kutipan cukai telah banyak meningkat. Tahun 1939 hasil kutipan cukai sebanyak

$294,452.00. setelah 1940 sebilangan pegawai-pegawai asing meninggalkan Brunei kerana

mulanya letusan perang dunia kedua.

Hasil tertubuhnya jabatan kastam ini telah mengemaskan hasil kutipan cukai dalam

negeri kerana sebelum kutipan cukai dilakukan oleh pembesar-pembesar pada wilayahnya. Tapi

13

Page 8: Buktikan adanya proses modenisasi dalam pentadbiran awam Brunei dari tahun 1906-1940

Buktikan adanya proses modenisasi dalam pentadbiran awam Brunei dari tahun 1906-1940

setelah reformasi cukai diperkenalkan dan jataban kastam ditubuhkan telah dapat menyusun

kembali sistem percukaian dan menghilangkan rasa tidak puas hati dari rakyat sebelum ini. Jelas

melihatkan jabatan kastam adalah satu pemodenanan yagn dilakukan oleh Residen British dalam

pentadbiran awam dari sektor ekonomi.

Seterusnya adalah kemajuan yang dialami oleh Brunei dari segi sosial. Kemajuan yang

berkait dengan sosialisasi sememangnya banyak iaitu dalam pentadbiran awam seperti

Penididikan, Jabatan Polis, Jabatan Pengangkutan Darat, Jabatan kesihatan, Jabatan Kerja Raya

dan Jabatan Perhutanan. Semua kemajuan berhubung sosial itu sebenarnya penting lebih-lebih

lagi yang berkaitan dengan pendidikan. Pendidikan semasa era Residen British sangat

diutamakan bagi memodenkan negara Brunei setanding dengan negara-negara jiran.

Sebelum pentadbiran Residen, ada sebahagian masyarakat tempatan yang tahu membaca

dan menulis di dalam tulisan jawi tetapi bukan rumi. Contohnya, perjanjian-perjanjian yang di

buat oleh kerajaan Brunei dengan kerajaan Inggeris ditulis dalam tulisan jawi.8 Selain itu terdapat

juga buku-buku mengenai agama Islam, sastera dan lain-lain ditulis oleh orang-orang tempatan

dalam tulisan jawi. Pendidikan tradisi ini hanya berpusat di kampong Ayer sahaja dan tidak

tersebar ke kawasan pedalaman. Mata pelajaran yang diajar adalah berkaitan dengan amalan

ugama seperti membaca Al-quran dan ibadat yang dijalankan dalam kehidupan sehari-hari. Apa

yang pasti, pendidikan pada masa dulu hanya tertumpu pada golongan bangsawan dan ulama

sahaja.

8 Razali Bin Haji Ahmad, Dasar Pelajaran Di Bawah Sistem Residen 1906-1950 Dalam Kajian Terhadap Pembangunan Sosioekonomi Brunei dalam Masa Silam Sarana Masa Depan: Kumpulan kertas Kerja Seminar Sejarah Brunei II, hlm 302.

13

Page 9: Buktikan adanya proses modenisasi dalam pentadbiran awam Brunei dari tahun 1906-1940

Buktikan adanya proses modenisasi dalam pentadbiran awam Brunei dari tahun 1906-1940

Sistem pentadbiran Residen di Brunei diperkenalkan setelah perjanjian tahun 1905/1906

ditandatangani. Rancangan untuk membuat pembaharuan dalam bidang pendidikan di Brunei ini

dibuat kerana adalah untuk mengisi jawatan rendah dalam perkhimatan yang disediakan oleh

Residen Inggeris.9 Ini adalah kerana kebanyakan orang – orang Brunei pada waktu itu tidak tahu

membaca dan menulis dalam tulisan rumi. Modenisasi dalam pendidikan ini boleh dilihat

melalui dari dua sudut iaitu penubuhan sekolah kerajaan dan sekolah swasta.

Pertama melihat kepada pembangunan sekolah oleh institusi kerajaan sememangnya

banyak. Pada tahun 1915, sekolah Melayu yang pertama telah dibuka di Bandar Brunei dengan

keramaian sebanyak 40 orang murid lelaki.10 Berhubung dengan pertubuhan sekolah – sekolah

di Brunei boleh dilihat banyak sekolah telah ditubuhkan atas permintaan orang ramai yang

semakin meningkat yang kian sedar betapa pentingnya pendidikan terhadap anak-anak mereka.

Contohnya, di Pekan muara sebuah sekolah telah ditubuhkan pada tahun 1916 dengan keramaian

sebanyak 12 orang kanak-kanak lelaki.11 Sementara di daerah Tutong pula, sebuah sekolah

dibuka pada tahun 1922 dengan keramaian sebanyak 45 orang murid.12 Sementara di daerah

Belait pula sekolah dibuka pada tahun 1923 dengan keramaian murid seramai 23 orang.

Manakala di daerah Temburong pula sekolah mula dibuka pada tahun 1926.

Pada tahun 1929, kehadiran kanak-kanak kian merosot dan ini memaksa pentadbiran

Residen membuat satu peraturan baru iaitu School Attendance Enacctment no.3 (1929) seperti

9 Pentadbiran Residen Inggeris dalam Seminar Sejarah 100 tahun Brunei-Great Britain, hlm 5.

10 Awang Matassim Bin Haji Jibah, 2004, Dokumentasi, Brunei: Pusat sejarah Brunei kementerian kebudayaan, Belia dan sukan, Bandar Seri Begawan, hlm. 92.11 Dr. Haji Zaini Haji Ahmad, 2003, Brunei Merdeka: Sejarah Dan Budaya Politik, Bandar Seri Begawan: De’ Imas Printing dan Trading Company Negara Brunei Darussalam, hlm. 10.12 Awang Matassim Bin Haji Jibah, 2004, Dokumentasi, Brunei: Pusat sejarah Brunei kementerian kebudayaan, Belia dan sukan, Bandar Seri Begawan, hlm. 94.

13

Page 10: Buktikan adanya proses modenisasi dalam pentadbiran awam Brunei dari tahun 1906-1940

Buktikan adanya proses modenisasi dalam pentadbiran awam Brunei dari tahun 1906-1940

yang dilakukan di Negeri-negeri Melayu Bersekutu khususnya Selangor pada tahun 1891.13

Tujuan peraturan ini adalah untuk mengatasi masalah kehadiran murid-murid ke sekolah.

Peraturan baru itu mewajibkan ibu-bapa menghantar anak-anak lelaki mereka yang berumur

tujuh hingga empatbelas tahun untuk hadir ke sekolah. Jika ada diantara ibubapa yang gagal

berbuat demikian akan didenda sebanyak 50 sen ke $1.00. Akibat dari peraturan baru yang

diperkenalkan itu, jumlah kehadiran murid-murid sangat memberangsangkan iaitu dari 40 orang

pada tahun 1914 kepada 897 orang pada tahun 1933. Pada tahun 1939, enakmen tahun 1929 itu

telah diperluaskan ke daerah Belait.

Selepas undang-undang mewajibkan Ibu-bapa menghantar anak-anak mereka ke sekolah

digubal, satu langkah baru telah dilaksanakan iaitu dengan membuka sekolah di kawasan Mukim

Kilanas, Labu, Tanjung Maya, Tumpuan Agas, Lubok Pulau dan Gadong. Dari tahun 1914

hingga 1929, pendidikan hanya dikhaskan untuk kanak-kanak lelaki sahaja. Akan tetapi untuk

tidak mengetepikan hak kanak-kanak perempuan dalam bidang pendidikan, pada tahun 1930

sekolah untuk kanak-kanak perempuan telah ditubuhkan di Pekan Brunei dengan keramaian

murid seramai 24 orang murid.14 Antara tahun 1939 – 1940, dianggarkan seramai 373 orang

murid perempuan dari 1,098 orang murid di seluruh negeri.

Bagi memantapkan lagi bidang pendidikan di Brunei program penghantaran pelajar telah

dilakukan pada tahun 1932 yang menyaksikan Awang Marshal bin Maun dan Awang Basir bin

Taha diberi peluang untuk melanjutkan pelajaran ke Maktab Perguruan Sultan Idris di Tanjung

13 _______________, 2004, Dokumentasi, Brunei: Pusat sejarah Brunei kementerian kebudayaan, Belia dan sukan, Bandar Seri Begawan hlm. 94.14 Awang Matassim Bin Haji Jibah, 2004, Dokumentasi, Brunei: Pusat sejarah Brunei kementerian kebudayaan, Belia dan sukan, Bandar Seri Begawan, hlm. 95.

13

Page 11: Buktikan adanya proses modenisasi dalam pentadbiran awam Brunei dari tahun 1906-1940

Buktikan adanya proses modenisasi dalam pentadbiran awam Brunei dari tahun 1906-1940

Malim.15 Mereka berdua inilah merupakan dua orang anak tempatan yang pertama sekali

menjadi guru setelah tamat pengajian. Dalam tahun 1932 juga tiga orang anak pembesar negeri

telah dihantar belajar ke Malay College, Kuala kangsar.16

Sistem pendidikan yang diperkenalkan oleh Residen ini juga mempunyai kurikulum yang

tersendiri. Dengan modenisasi yang dibuat dalam bidang pendidikan sekaligus bertambahnya

bilangan murid-murid yang hadir ke sekolah di seluruh negeri. Mata – mata pelajaran seperti

Kesihatan, Ilmu Alam, Tata Rakyat, latihan Fizikal dan Tawarikh disamping mata pelajaran

Bahasa melayu termasuk tulisan jawi telah ditawarkan. Sehingga tahun 1938, darjah yang paling

tinggi dalam Sekolah Melayu Pekan Brunei ialah Darjah 5.

Kedua, perkembangan sekolah-sekolah swasta juga diambil peduli dengan tertubuhnya

sekolah Cina dan sekolah Misi. Perkembangan yang dialami oleh kedua buah sekolah tersebut

lebih kurang sama malahan tidak jauh bezanya dalam awal pertubuhannya. Sekolah Cina yang

pertama sekali ditubuhkan pada tahun 1916 yang terletak di Bandar Brunei. Didaerah Belait

pula, sekolah Cina ditubuhkan pada tahun 1917 di Pekan Belait.17 Ringkasnya, apa yang pasti

sekolah tersebut ditubuhkan atas dasar kemahuan masyarakat Cina yang mahu anak-anak mereka

bersekolah seperti juga masyarakat Melayu.

Selain sekolah Cina, sekolah misi juga ditubuhkan atas dasar Roman Catholic Mission pada

tahun 1933 di Pekan Belait.18 Kanak-kanak yang bersekolah ialah sebanyak 26 orang lelaki.

15 Brunei Annual Report, 1932, Education and Welfare Institution, State Schools, hlm.16.16 Dr. Haji Zaini Haji Ahmad, 2003, Brunei Merdeka: Sejarah Dan Budaya Politik, Bandar Seri Begawan: De’ Imas Printing dan Trading Company Negara Brunei Darussalam, hlm. 11.17 Razali Bin Haji Ahmad, Dasar Pelajaran Di Bawah Sistem Residen 1906-1950 Dalam Kajian Terhadap Pembangunan Sosioekonomi Brunei dalam Masa Silam Sarana Masa Depan: Kumpulan kertas Kerja Seminar Sejarah Brunei II, hlm 303.18 Brunei Annual report, 1936, Education and Welfare Institution, Private Schools, hlm. 18.

13

Page 12: Buktikan adanya proses modenisasi dalam pentadbiran awam Brunei dari tahun 1906-1940

Buktikan adanya proses modenisasi dalam pentadbiran awam Brunei dari tahun 1906-1940

Sekolah tersebut dinamakan sebagai Sekolah Inggeris kristian. Pembayaran Yuran ialah $ 1.00

untuk sebulan. Memandangkan Syarikat Minyak Shell di Daerah Belait memerlukan kakitangan

yang berkebolehan untuk bekerja dalam syarikat itu, sebuah lagi sekolah telah ditubuhkan di

Pekan Belait untuk anak-anak pegawai syarikat tersebut. Sekolah Inggeris Kuala Belait ini

dibuka pada tahun 1931 dengan keramaian murid 45 orang lelaki dan 9 orang perempuan.

Pembayaran ialah sebanyak $1.00 - $1.50 untuk sebulan. Kedua buah sekolah tersebut

merupakan dua buah sekolah Inggeris yang diasaskan atas bantuan Syarikat Minyak Shell

Brunei.19

Secara kesimpulannya, perubahan-perubahan yang telah berlaku di dalam pentadbiran di

Brunei dari tradisional kepada sesuatu yang baru dapat dilihat dari tiga aspek penting iaitu

politik, ekonomi dan sosial. Seperti contoh Undang-Undang Wilayah yang ditukar menjadi

Undang-Undang Tanah, jabatan-jabatan kerajaan telah banyak ditubuhkan seperti Jabatan

Kastam dan juga pendidikan di Brunei semakin maju dan membangun telah dapat membuktikan

bahawa memang terdapatnya modenisasi di dalam Pentadbiran Awam di Brunei pada tahun 1906

sehingga 1940.

Walaupun pada awalnya, modenisasi yang telah dibawa oleh Residen telah mendapat

tentangan daripada Sultan, para pembesar dan rakyat Brunei. Ini disebabkan mereka tidak biasa

dengan sistem pentadbiran baru ala Barat itu. Namun setelah melihat, modenisasi itu dilihat lebih

membawa kesan positif berbanding dengan kesan negatif. Modenisasi itu ternyata telah

membawa kebaikkan terhadap pembangunan negara dari segi politik, ekonomi dan sosial maka

ia mula diterima oleh masyarakat Brunei sehinggalah ke hari ini.

19 Brunei Annual report, 1937, Education and Welfare Institution, Private Schools, hlm. 32.

13

Page 13: Buktikan adanya proses modenisasi dalam pentadbiran awam Brunei dari tahun 1906-1940

Buktikan adanya proses modenisasi dalam pentadbiran awam Brunei dari tahun 1906-1940

Rujukan

Flemmich, C.O. History of Shifting Cultivation in Brunei, 1906-1939.” In Malayan Forester. Vol. IX, no. 1 (Jan. 1940):234-289.

Haji Abd.Karim bin Haji Abd. Rahman. (2008), Keruntuhan Empayar Brunei KM 19: Satu Kajian Dari Sudut Ekonomi. Bandar Seri Begawan: Pusat Sejarah.

Harper. G.C., The Discovery and Development of the Seria Oilfield. (1975). Brunei Darussalam:Muzium Brunei.

Jiram Jamit, Perkembangan pentadbiran kewangan Brunei Di Bawah Sistem Residen, akademi Pengajian Brunei Universiti Brunei Darussalam. Kertas kerja.

13

Page 14: Buktikan adanya proses modenisasi dalam pentadbiran awam Brunei dari tahun 1906-1940

Buktikan adanya proses modenisasi dalam pentadbiran awam Brunei dari tahun 1906-1940

Khalid bin Moh’d Alqasimi. Brunei: Tradition of the past and Modernity of the Present. 1998.Arabian Culture House of Publishing, Translation and Distribution.

Krausse S.C.E. (1988)Brunei: World Bibiliographical Series Vol. 93. Oxford, England, Santa Barbara, California, Denver, Colorado: Clio Press.

Olds, G. D.P., Agricultural Progress in Labuan and Brunei. In Malayan Agricultural Journal, Vol. 22, No. 7 July (1934): P. 331-333.

McArthur. M.S.H., (1987), Report on Brunei in 1904. Ohio: Athens.

Pg, Khairul Rijal Pg Haji Abd Rahim (2007). Teknologi Menangkap Ikan di Negara Brunei Darussalam 1906-2003. Kuala Lumpur: Universiti Melaya.

Tempany, H.A., Agriculture in Brunei. In Malayan Agriculture Journal, Vol. 20 No.11 November (1932): P.575-581.

______, Masa Silam Sarana Masa Depan: Kumpulan Kertas Kerja Seminar Sejarah Brunei II (1995), Bandar Seri Begawan: Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

______, Jabatan Perhutanan: Kementerian Pembangunan Negara Brunei Darussalam. (1986), Brunei Darussalam: Kementerian Pembangunan.

______, (1993), Jubli Intan Jabatan Perhutanan: 1933-1993. Brunei Darussalam: Pusat Perhutanan.

______, Jabatan Bandaran Bandar Seri Begawan. Sejarah, Pentadbiran,Peranan dan Perkembangan.

______, Pasukan Polis Diraja, Negara Brunei Darussalam.

______, 1906-2006: Jabatan Kastam dan Eksais Diraja.(2007). Brunei Darussalam: Jabatan Kastam dan Eksais Diraja.

______, 100 tahun Jabatan Kastam Dan Eksasi Diraja 1906-1940, Jabatan Kastam dan Eksais Diraja Kementerian kewangan.

13