kompilasi amalan terbaik pengurusan … › bahanportal › penerbitan...proses tersebut. walaupun...

122

Upload: others

Post on 27-Jan-2021

11 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 2018 KOMPILASI AMALAN TERBAIK PENGURUSAN PERHUBUNGAN LUAR

  • 2018 KOMPILASI AMALAN TERBAIK PENGURUSAN PERHUBUNGAN LUAR

    KOMPILASI AMALAN TERBAIK PENGURUSAN PERHUBUNGAN LUAR

    2018

  • 2018 KOMPILASI AMALAN TERBAIK PENGURUSAN PERHUBUNGAN LUAR

  • 2018 KOMPILASI AMALAN TERBAIK PENGURUSAN PERHUBUNGAN LUAR

    KOMPILASI AMALAN TERBAIK PENGURUSAN PERHUBUNGAN LUAR

    2018

    Jabatan Asas Pendidikan dan Komuniti

    Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara 06000 Jitra

    Kedah Darul Aman

  • iv

    2018 KOMPILASI AMALAN TERBAIK PENGURUSAN PERHUBUNGAN LUAR

    Diterbitkan oleh:

    Unit Penerbitan Institut Aminuddin Baki Kementerian Pendidikan Malaysia

    Kompleks Pendidikan Nilai, Bandar Enstek, 71760 Nilai Negeri Sembilan Darul Khusus, Malaysia

    Tel: 06-7979200 Faks: 06-7979300

    Hak Cipta Terpelihara @ 2018 Institut Aminuddin Baki

    Sebarang bahagian dalam buku ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh dipergunakan lagi atau dipindahkan dalam

    sebarang bentuk atau dengan sebarang cara elektronik, mekanikal, penggambaran semula, rakaman atau sebagainya sebelum mendapat izin

    bertulis daripada Pengarah Institut Aminuddin Baki (IAB), Kementerian Pendidikan Malaysia.

    Semua bahan ini telah dikumpulkan melalui Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah Zon Utara, Semenanjung Malaysia oleh

    Jabatan Asas Pendidikan dan Komuniti, Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara, Bandar Darulaman, Jitra, Kedah Darul Aman.

    Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan Dalam Penerbitan

    ISBN 978-967-0504__

    Penerbitan eBook Pertama 2018

    Iab.moe.edu.my

    iabRectangle

    iabRectangle

    iabTypewritere-ISBN 978-967-0504-79-7

    iabRectangle

  • v

    2018 KOMPILASI AMALAN TERBAIK PENGURUSAN PERHUBUNGAN LUAR

    Kandungan

    Kata Alu-Aluan vi

    Dari Meja Ketua Editor vii

    Sidang Editor viii

    Senarai Penulis Laporan Amalan Terbaik ix

    Konsep Pendokumentasian Kompilasi x

    Tema Kurikulum

    Projek 1: Green Generation 1

    Projek 2: Menggapai UPSR Gemilang SKTJ 12

    Projek 3: Persidangan Video Sinnam Elementary School Busan, Korea 21

    Projek 4: Hubungan Luar Pemacu Kualiti Guru 26

    Tema Kokurikulum

    Projek 5: Team Pilot Drone SKMS 37

    Projek 6: Pengkomposan Keyhole Garden 43

    Tema Hal Ehwal Murid

    Projek 7: Sekolahku Indah 53

    Projek 8: Jejak Ilmu 62

    Projek 9: PIBK Unggul Memperkasa Sekolah: “Sekolah Siapa, Anak Buah Siapa” 72

    Tema Persekitaran Fizikal

    Projek 10: 1 Kelas 1 Lanskap 89

    Projek 11: Penaiktarafan Perpustakaan 100

  • vi

    2018 KOMPILASI AMALAN TERBAIK PENGURUSAN PERHUBUNGAN LUAR

    Kata Alu-Aluan

    Dan Salam sejahtera.

    Alhamdulillah dengan izin-Nya, Kompilasi Amalan Terbaik Pengurusan Perhubungan Luar

    2018 telah berjaya diterbitkan bagi kali pertama oleh Institut Aminuddin Baki Cawangan

    Utara. Sekalung tahniah dan syabas diucapkan kepada Jabatan Asas Pendidikan dan

    Komuniti yang diterajui oleh Dr. Premavathy a/p Ponnusamy selaku Ketua Jabatan yang

    telah memberikan komitmen yang tinggi untuk merealisasikan penerbitan buku ini. Adalah

    diharapkan agar penerbitan buku yang menghimpunkan projek-projek amalan pengurusan

    perhubungan luar ini dapat dimanfaatkan sebagai pencetus idea dan rujukan dalam bidang

    pengurusan perhubungan luar kepada pemimpin sekolah.

    Sesungguhnya penglibatan pihak luar sama ada ibu bapa, komuniti, agensi

    kerajaan mahupun swasta amat bermakna untuk merealisasikan anjakan ke-9 Pelan

    Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 ke arah mentransformasi sekolah-

    sekolah daripada berorientasikan sistem sekolah kepada sistem pembelajaran. Sekolah

    yang berorientasikan sistem pembelajaran menekankan hubungan pemuafakatan pintar

    antara sekolah dengan pihak luar demi melonjakkan kecemerlangan sekolah sebagai

    institusi pendidikan yang bermakna kepada generasi akan datang. Oleh itu, usaha

    mendokumentasikan perkongsian amalan terbaik pengurusan perhubungan luar ini harus

    dimanfaatkan sebaik mungkin.

    Penghargaan juga dirakamkan kepada semua penulis laporan yang telah memberi

    komitmen yang tinggi dalam menghasilkan penulisan laporan amalan projek sekolah yang

    melibatkan pengurusan perhubungan luar. Akhir kata, saya mengucapkan selamat maju

    jaya dan diharapkan agar buku kompilasi ini dapat memberi manfaat kepada para pemimpin

    sekolah serta beroleh rahmat Allah S.W.T.

    Sekian, terima kasih.

    Haji Joohari bin Ariffin, PhD. Pengarah Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara Kementerian Pendidikan Malaysia

  • vii

    2018 KOMPILASI AMALAN TERBAIK PENGURUSAN PERHUBUNGAN LUAR

    Dari Meja Ketua Editor

    Penerbitan buku Kompilasi Amalan Terbaik Pengurusan Perhubungan Luar Bilangan 1 yang

    julung kali dilaksanakan ini merupakan suatu usaha merealisasikan anjakan ke-9 Pelan

    Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Buku terbitan Institut Aminuddin

    Baki Cawangan Utara (IABCU) ini mengandungi koleksi projek yang telah dilaksanakan di

    sekolah-sekolah rendah di zon utara Semenanjung Malaysia. Projek-projek yang dimuatkan

    di dalam buku ini bertujuan untuk menjadi rujukan dan pencetus idea kepada pemimpin-

    pemimpin sekolah untuk melaksanakan projek-projek seumpamanya yang menekankan

    usaha kolaboratif atau pemuafakatan pintar sekolah dengan pihak luar di sekolah masing-

    masing.

    Projek-projek yang terkandung di dalam buku ini merupakan hasil usaha pihak

    sekolah dalam menyelesaikan dan menangani pelbagai isu yang dihadapi dengan bantuan

    dan sokongan pihak luar. Pemuafakatan pintar yang terjalin antara sekolah dengan pihak

    luar merangkumi sama ada sumbangan kewangan, tenaga mahupun kepakaran. Melalui

    buku ini juga, pemimpin pendidikan berpeluang mengetahui usaha pemuafakatan di

    sekolah-sekolah yang telah berjaya membawa kecemerlangan dalam usaha menambahbaik

    kualiti sekolah masing-masing. Pengalaman yang dikongsi akan membantu memantapkan

    kerjasama antara sekolah dengan pihak luar bagi meningkatkan keberhasilan pembelajaran

    bermakna bagi murid. Pemimpin pendidikan hendaklah lebih proaktif, kreatif dan berinovatif

    untuk memacu lebih banyak penglibatan dan kebertanggungjawaban pihak luar dalam

    pendidikan generasi akan datang. Penglibatan semua pihak dalam memastikan murid-murid

    dapat belajar dengan bermakna merupakan usaha murni yang membawa keberkatan dan

    menghasilkan warga negara yang berdaya maju.

    Akhir kata, pihak Jabatan Asas Pendidikan dan Komuniti (JAPK) IABCU

    mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru besar, penolong kanan, ketua panitia dan

    guru-guru yang turut sama berusaha gigih menyumbang penulisan laporan projek amalan

    terbaik pengurusan perhubungan luar ini untuk tujuan perkongsian. Pihak JAPK IABCU juga

    berharap agar buku kompilasi ini dapat membantu pemimpin sekolah merealisasikan satu

    bidang pengurusan dalam Standard Kompetensi Kepengetuaan Sekolah Malaysia (SKKSM,

    2006) iaitu bidang Pengurusan Perhubungan Luar.

    Premavathy Ponnusamy, PhD. Ketua Jabatan Jabatan Asas Pendidikan dan Komuniti Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara

  • viii

    2018 KOMPILASI AMALAN TERBAIK PENGURUSAN PERHUBUNGAN LUAR

    Sidang Editor

    Kompilasi Amalan Terbaik Pengurusan Perhubungan Luar

    PENAUNG

    Puan Mistirine binti Radin Timbalan Pengarah Khidmat Latihan

    Institut Aminuddin Baki Kementerian Pendidikan Malaysia

    Encik Mazlan bin Shamsudin Timbalan Pengarah Khidmat Profesional

    Institut Aminuddin Baki Kementerian Pendidikan Malaysia

    PENASIHAT

    Dr. Haji Joohari bin Ariffin Pengarah Cawangan

    Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara

    Encik Abdullah bin Hassan Timbalan Pengarah Cawangan

    Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara

    KETUA EDITOR

    Dr. Premavathy a/p Ponnusamy

    SIDANG EDITOR

    Tuan Haji Syed Putra bin Syed Ali Puan Adz Jamros binti Jamali

    REKAAN GRAFIK

    Puan Adz Jamros binti Jamali

  • ix

    2018 KOMPILASI AMALAN TERBAIK PENGURUSAN PERHUBUNGAN LUAR

    Senarai Penulis Laporan

    Penulis Jawatan Organisasi Mohd Nazri bin Ali Khairul Rizam bin Abu Seman Amirah Fahira binti Zakaria Mareena binti Muhamad Salleh Wan Aisyah Husna binti Wan Ahmad Hilmi Syarimazni binti Mohd Razali

    Ketua Panitia RBT Guru Guru Guru Guru Guru

    SK Mohd Shah, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang

    Roslina binti Rasli

    Guru Besar

    SK Taman Jelutong, Kulim, Kedah

    Khairul Ekmal bin Roselee

    Ketua Panitia

    SK Mohd Shah, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang

    Wan Aznita binti Wan Salim

    Ketua Panitia Sains

    SK Toh Puan Sharifah Hanifah, Kuala Nerang, Kedah

    Rafieh binti Yob

    Guru Besar

    SK Penghulu Jusoh, Pendang, Kedah

    Tan Ko Leong Lee Ee Ee Toh Ming Jie Lim Bee Hoon Tan Xin Yu

    Guru Besar PK Pentadbiran PK Kokurikulum Guru Guru

    SJK (C) Jelutong,

    Pulau Pinang

    Leong Sook Luan Teoh Teik Yong

    Guru Besar Guru

    SJK (C) Kwang Hwa, Sg. Nibong, Pulau Pinang.

    Leong Sook Luan Nurul Asni Azreena Kee binti Abdullah

    Guru Besar Guru

    SJK (C) Kwang Hwa, Sg. Nibong, Pulau Pinang.

    Hadibah binti Hashim Norhuzaira binti Hussin Salina binti Saad

    Guru Besar Guru Guru

    SK Jelutong, Pulau Pinang

  • x

    2018 KOMPILASI AMALAN TERBAIK PENGURUSAN PERHUBUNGAN LUAR

    Konsep Pendokumentasian Kompilasi

    Tujuan

    Dokumen ini bertujuan menyebarluaskan dan berkongsi amalan terbaik tentang pengurusan

    perhubungan sekolah dengan pihak luar serta menjadi bahan rujukan kepada pemimpin

    sekolah.

    Latar Belakang

    Ekosistem Pembelajaran Abad Ke-21 telah mengubah konsep pendidikan berasaskan

    sistem sekolah kepada sistem pembelajaran (learning system) yang lebih luas cakupannya.

    Dalam ekosistem pembelajaran terkini, pembelajaran boleh berlaku di mana-mana dan

    pada bila-bila masa. Sistem pembelajaran mengakui bahawa pembelajaran berlaku

    melangkaui kawasan sekolah dan boleh berlaku di rumah malah dalam komuniti. Sekolah

    hendaklah menyediakan persekitaran yang kondusif untuk jalinan hubungan kerja positif

    antara sekolah dengan ibu bapa dan komuniti. Justeru, sekolah menggalakkan penglibatan

    murid dalam pertubuhan dan aktiviti komuniti serta mendapat pengajaran penting melalui

    proses tersebut. Walaupun sektor swasta tidak dapat menggantikan sektor awam, sektor

    swasta boleh bertindak sebagai penyumbang tambahan bagi menambah baik inisiatif awam

    dan menggerakkan penyampaian perkhidmatan supaya lebih cekap termasuk dalam bidang

    kebitaraan. Seperti yang diperaku dalam NKRA, kerjasama erat sektor awam dan swasta

    jika dilaksanakan dengan betul boleh mempercepatkan perkhidmatan penyampaian dan

    membawa kepada pertambahan kewangan untuk sektor pendidikan di samping memperluas

    akses yang sama dan meningkatkan keberhasilan pembelajaran. Ini bertepatan dengan

    hasrat Gelombang Ke-2 dalam PPPM iaitu peluasan penglibatan ibu bapa dan swasta.

    Asas Pertimbangan

    Dari semasa ke semasa Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara sentiasa berusaha untuk

    menyampaikan sesi latihan berkualiti kepada pemimpin sekolah. Pensyarah IABCU juga

    terlibat dalam sesi lawatan tindak ikut dan tindak susul program yang melibatkan

    perhubungan luar di sekolah seperti program CPD PPPM Perhubungan Luar Pemimpin

    Sekolah (PerLu). Dapatan sesi tersebut membuktikan bahawa pemimpin-pemimpin sekolah

    mempunyai kreativiti tersendiri dalam melaksanakan aktiviti penambahbaikan sekolah yang

    menggabungjalinkan usaha kolaboratif bersama pihak luar dalam bidang kurikulum,

    kokurikulum dan hal ehwal murid. Pelbagai strategi dan usaha kreatif terserlah sewaktu

  • xi

    2018 KOMPILASI AMALAN TERBAIK PENGURUSAN PERHUBUNGAN LUAR

    lawatan bimbingan tindak ikut dan tindak susul ini. Justeru, terdapat amalan terbaik yang

    terhasil daripada pengetahuan, kemahiran dan pengalaman tersebut. Maka idea untuk

    mendokumentasikan amalan-amalan tersebut muncul dengan memberi laluan kepada

    pemimpin sekolah berkongsi amalan terbaik masing-masing. Selain itu, matlamat projek ini

    adalah untuk mendokumentasikan amalan terbaik dalam pengurusan perhubungan sekolah

    dengan pihak luar bagi tujuan untuk meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan nilai

    profesional warga pemimpin sekolah dalam bidang tersebut. Pendokumentasian amalan

    terbaik dalam bidang Pengurusan Perhubungan Luar dapat dijadikan penyuluh jalan atau

    sebagai rujukan dan panduan dalam kalangan pemimpin sekolah bagi membantu mereka

    sama ada dengan mengaplikasikan amalan yang sama atau memperoleh idea bagi

    merancang penambahbaikan sekolah masing-masing melalui usaha kolaboratif dengan

    pihak luar.

    Kesimpulan

    Pendokumentasian kompilasi amalan terbaik pengurusan perhubungan sekolah dengan

    pihak luar ini merupakan satu wadah bagi pemimpin-pemimpin sekolah membuat rujukan.

    Adalah diharapkan agar pendokumentasian ini mampu membantu mereka merancang,

    mengelola, memimpin dan mengawal aktiviti penambahbaikan sekolah secara kolaboratif

    bersama pihak luar dan seterusnya memberi kesan positif terhadap pernbelajaran murid.

    Sehubungan itu, IABCU diharapkan dapat membantu organisasi pendidikan untuk

    merealisasikan hasrat PPPM dalam Gelombang Ke-2.

  • 1

    2018 KOMPILASI AMALAN TERBAIK PENGURUSAN PERHUBUNGAN LUAR

    Projek 1

    GREEN GENERATION

    Mohd Nazri bin Ali

    Khairul Rizam bin Abu Seman Amirah Fahira binti Zakaria

    Mareena binti Muhamad Salleh Wan Aisyah Husna binti Wan Ahmad Hilmi

    Syarimazni binti Mohd Razali

    SK Mohd Shah Seberang Perai Utara, Pulau Pinang

    Bidang Fokus

    Pelaksanaan Projek Green Generation merupakan usaha yang berterusan bagi

    meningkatkan penglibatan pelajar dan guru terhadap penguasaan mata pelajaran Reka

    Bentuk dan Teknologi, pembelajaran abad ke 21, pembelajaran STEM dan pembelajaran

    kefahaman melalui rekabentuk (KmR).

    Pengenalan Projek

    Sektor pertanian adalah antara sektor penting yang mendapat tumpuan di dalam

    perdagangan dunia. Hal ini kerana, produktiviti di dalam hasil pertanian merupakan sumber

    bahan mentah dan makanan utama kepada masyarakat di dunia. Sebagai tambahan,

    kebolehan sesebuah negara memajukan sektor pertanian di dalam negara tersebut

    menunjukkan keupayaan negara tersebut untuk membekalkan makanan yang mencukupi

    kepada rakyat.

    Pembabitan golongan muda di dalam bidang ini adalah digalakkan. Golongan

    muda diharap untuk menjadikan bidang ini sebagai satu kerjaya agar dapat merangsang

    sektor pertanian ke arah yang lebih dinamik. Golongan muda yang produktif, kreatif,

    imaginatif serta mempunyai daya saing tinggi amat diharapkan di dalam komuniti tani

    negara Malaysia. Namun begitu, kajian telah menunjukkan bahawa golongan muda seperti

    pelajar kurang berminat terhadap pertanian terutama di dalam aspek penanaman sayur-

    sayuran. Pelajar tidak menanamkan impian untuk menjadi seorang petani kerana persepsi

    mereka yang masih menganggap bidang pertanian adalah susah, mundur dan tidak

    membawa keuntungan berbanding dengan sektor yang lain.

    Tem

    a K

    urik

    ulum

  • 2

    2018 KOMPILASI AMALAN TERBAIK PENGURUSAN PERHUBUNGAN LUAR

    Latar Belakang Sekolah

    Berdasarkan keputusan peperiksaan mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi, tidak

    ramai pelajar SK Mohd Shah yang dapat menjawab soalan yang berunsurkan pertanian

    dengan cemerlang terutama di dalam tajuk Teknologi Pertanian, tahun lima. Pendedahan

    terhadap bidang pertanian yang kurang menyebabkan pelajar RBT tidak mendapat

    pengetahuan dan kemahiran yang mencukupi.

    Isu yang Dikenal Pasti dan Perlu Ditambahbaik

    Sekolah Kebangsaan Mohd Shah (SKMS) mempunyai kawasan tanah yang terbiar.

    Sekiranya tanah ini diusahakan dengan bercucuk-tanam, sudah tentu hasil keluaran

    tanaman tersebut dapat menampung dana Panitia Reka Bentuk dan Teknologi selain

    memberi pengalaman yang bermakna buat murid-murid. Menyedari akan keperluan sebenar

    pelajar Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) SKMS, guru praktikum serta guru mata pelajaran

    RBT telah berbincang untuk melaksanakan projek ini dengan kerjasama dan bimbingan

    daripada Jabatan Pertanian Negeri Pulau Pinang. Hasil tanaman akan dijual kepada warga

    sekolah bagi mendapatkan pulangan hasil yang menguntungkan.

    Analisis Keperluan Projek

    Projek ini dijalankan untuk menambahbaik landskap sekolah dan mewujudkan suasana

    pembelajaran yang lebih nyaman dan kondusif. Selain itu, kaedah penanaman terbaharu

    secara fertigasi juga telah diperkenalkan. Hasilnya diharap dapat meningkatkan

    pemahaman dan penguasaan mengenai tumbuh-tumbuhan dalam kalangan guru dan murid

    untuk mengenali pelbagai jenis tanaman serta menghubungkaitkannya dengan

    pembelajaran. Dengan kewujudan projek ini, ia akan membantu khasnya guru-guru Reka

    Bentuk dan Teknologi (RBT), amnya guru-guru lain dalam pengajaran dan pembelajaran.

    Projek ini diharapkan berupaya menambah minat dan kemahiran murid di SKMS.

    Matlamat Projek

    Pada akhir projek ini, beberapa matlamat telah disasarkan.

    i. Penambahbaikan landskap sekolah menggunakan kaedah fertigasi dalam mewujudkan

    suasana pembelajaran yang menarik dan dapat mengenali teknologi baharu dalam

    bidang pertanian.

  • 3

    2018 KOMPILASI AMALAN TERBAIK PENGURUSAN PERHUBUNGAN LUAR

    ii. 90 % murid dapat meningkatkan tahap kesedaran ke arah pemuliharaan alam sekitar

    selain memberi peluang kepada murid mempelajari kaedah amali penanaman dan

    penjagaan pokok yang terkini

    iii. Murid boleh meningkatkan ilmu terkini tentang pertanian

    iv. Murid dapat mempraktikkan pertanian dalam kehidupan seharian mereka dan menanam

    semangat kecintaan terhadap alam semula jadi.

    v. Tempoh masa selama setahun digunakan untuk murid melihat perkembangan tumbuh –

    tumbuhan dan mempelajari sesuatu tentang perubahan yang berlaku.

    Inisiatif Projek

    Membina Hubungan dengan Pihak Luar

    Projek ini telah membawa SKMS berkolaboratif bersama Jabatan Pertanian Negeri Pulau

    Pinang khususnya Unit Holtikultur. Kolaboratif ini dipilih kerana matlamat projek yang lebih

    menjurus kepada tanaman dan Jabatan Pertanian adalah agensi yang paling tepat untuk

    dirujuk. Selain itu, Jabatan Pertanian juga menyuarakan hasrat untuk memberikan khidmat

    sosial korporat kepada sekolah sekiranya berkelapangan dan menepati objektif khidmat

    sosial mereka.

    Pada peringkat permulaan, pihak sekolah menghubungi Jabatan Pertanian

    melalui telefon kemudian disusuli pula dengan kertas kerja projek sebagai usaha membina

    jalinan hubungan rasmi di samping memberi gambaran yang lebih menyeluruh tentang

    projek. Ketika menghantar kertas kerja yang telah ditandatangani Guru Besar, Encik. Azmar

    bin Yahaya, rombongan dari pihak sekolah seramai 4 orang juga dibawa melawat tapak

    pertanian oleh Unit Holtikultur. Sesi perbincangan yang diadakan untuk mendapat

    gambaran awal tentang pelaksaan projek di SK Mohd Shah.

    Pada tarikh 13 September 2018, seramai 6 orang pegawai dari Jabatan Pertanian

    meluangkan masa melawat SK Mohd Shah untuk melihat sendiri tapak projek fertigasi. Di

    samping itu, satu perbincangan kecil telah dilakukan di Balai Anjung Ilmu. Pihak sekolah

    menyatakan hasrat untuk mendapatkan satu set mini stand fertigasi yang boleh diguna

    pakai untuk menyokong pembelajaran. Perbincangan juga bertujuan untuk menetapkan

    beberapa perkara seperti tarikh pemasangan yang akan dijalankan dan jenis-jenis

    sumbangan yang boleh diberikan oleh Jabatan Pertanian.

    Tempoh yang diambil untuk membina jaringan adalah selama 10 hari iaitu dari 3

    hingga 13 September 2018.

  • 4

    2018 KOMPILASI AMALAN TERBAIK PENGURUSAN PERHUBUNGAN LUAR

    Pelaksanaan Projek

    Projek Green Generation terbahagi kepada dua bahagian iaitu Projek Fertigasi dan juga

    Projek Landskap Sekolah. Bagi Projek Fertigasi Jabatan Pertanian bersetuju untuk

    membekalkan satu set mini stand fertigasi.

    Projek landskap pula terbahagi kepada tiga bahagian yang khusus kepada

    tumbuhan tertentu iaitu tumbuhan berbunga, tumbuhan herba dan bunga ros Jepun

    (digantung). Pada peringkat permulaan, inisiatif untuk mengumpul bunga adalah dengan

    membuat hebahan “Satu Guru, Satu Pokok, Satu Pasu”. Guru-guru SK Mohd Shah

    memberikan sokongan yang baik melalui kerjasama mereka membawa sepasu pokok

    sebagai sumbangan untuk menyokong pelaksanaan projek. Selain itu, ada juga yang

    menyumbang dari segi kewangan kerana tidak berkesempatan untuk ke nurseri. Justeru,

    mereka mengamanahkan guru pelatih memilih sendiri tumbuhan yang belum ada untuk

    diletakkan di kawasan landskap. Pihak Jabatan Pertanian juga turut menyumbangkan

    sejumlah pokok antaranya bunga ros Jepun, bunga pukul sepuluh dan lain-lain tumbuhan.

    Dari segi tenaga kerja pula, kami dibantu oleh pelajar Tahun 6. Mereka telah pun

    selesai menduduki UPSR. Antara aspek yang dibantu termasuklah, menggergaji kayu,

    mengangkat batu-bata, mencangkul tanah, membuat pembiakan pokok dan mengecat tayar

    terpakai. Selain itu, mereka juga ditugaskan untuk menjaga kesegaran tanam-tanaman

    dengan cara menyiram tumbuh-tumbuhan tersebut pada setiap hari persekolahan. Projek

    Fertigasi siap sepenuhnya pada 2 Oktober 2018 manakala Projek Landskap siap

    sepenuhnya pada 3 Oktober 2018.

    Pencapaian Projek

    Pencapaian dan keberkesanan projek dinilai daripada instrumen pemerhatian dan

    pemantauan daripada soal selidik yang ditadbir kepada murid SKMS. Berikut merupakan

    hasil dapatan daripada soal selidik yang dijalankan sebelum Projek „Green Generation‟

    dilaksanakan.

    Berdasarkan data yang diperolehi, 50% murid tidak mengetahui cara penanaman

    pokok yang betul. Hanya 30% murid yang mengetahui cara-cara penanaman pokok yang

    betul. Seterusnya, 90% murid tidak mengetahui nama-nama Scientific pokok. Hanya

    segelintir murid sahaja yang mengetahui nama-nama Scientific pokok-pokok yang berada di

    sekeliling mereka. Seterusnya, bagi item ketiga iaitu cara penjagaan pokok, 60% murid tidak

    mengetahui cara–cara penjagaan pokok yang betul. Hanya 30% murid mengetahui cara

    penjagaan pokok yang betul. Perkara ini terjadi mungkin disebabkan kurangnya

  • 5

    2018 KOMPILASI AMALAN TERBAIK PENGURUSAN PERHUBUNGAN LUAR

    pendedahan terhadap cara penjagaan pokok yang betul. Daripada projek ini, murid-murid

    SKMS khususnya murid tahun lima ditugaskan untuk menjaga kesuburan pokok. Murid-

    murid tahun lima ditugaskan untuk menyiram pokok-pokok yang ditanam dan memastikan

    pokok-pokok yang ditanam sentiasa terjaga. Pokok-pokok, yang ditanam selalunya

    mempunyai keistimewaannya yang tersendiri. 80% pelajar tidak mengetahui tentang

    keistimewaan dan kegunaan pokok-pokok ini. Hanya 5% daripada pelajar yang mengetahui

    tentang keistimewaan dan kegunaan pokok-pokok ini. Seterusnya, satu soal selidik telah

    dijalankan setelah projek „Green Generation‟ ini selesai dijalankan. Hasil dapatan daripada

    soal selidik tersebut dapat dilihat daripada rajah carta bar di bawah.

    Rajah 1: Peratus Pengetahuan Murid Terhadap Aktiviti Penanaman Sebelum Projek

    Perubahan yang ketara dapat dilihat daripada soal selidik yang dijalankan selepas

    projek dilaksanakan. Rata-rata items yang diselidik mengalami perubahan yang mendadak

    dimana tahap pengetahuan terhadap aktiviti penanaman melebihi 50% dan menghampiri

    100%. Hanya segelintir kecil murid yang masih tidak pasti atau tidak tahu tentang aktiviti

    penanaman yang telah dilaksanakan.

    Kekuatan Projek

    Projek Green Generation yang telah dilaksanakan pada 4 Oktober 2018 telah memberi

    banyak pengisian yang bermanfaat kepada seluruh warga SKMS. Murid-murid telah

    diberikan tanggungjawab untuk menjaga dan memelihara tanaman yang telah ditanam agar

    terus hidup subur. Dengan pelaksanaan projek ini, diharapkan warga sekolah terutamanya

    30%

    5%

    30%

    5%

    20%

    5% 10% 15%

    50%

    90%

    60%

    70%

    0%10%20%30%40%50%60%70%80%90%

    100%

    Cara penanamanpokok yang betul

    Nama saintifikpokok

    Cara penjagaanpokok

    Kegunaan/keistimewaan

    pokok

    Tahu Tidak Pasti Tidak Tahu

  • 6

    2018 KOMPILASI AMALAN TERBAIK PENGURUSAN PERHUBUNGAN LUAR

    murid dapat meningkatkan ilmu dan pengetahuan terhadap aktiviti tanaman. Kesedaran

    murid ke arah kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar adalah bermakna

    bagi mempupuk generasi baru yang berkualiti. Projek ini juga dapat mendidik masyarakat

    untuk mencintai alam sekitar dan menyelamatkan tanah daripada terbiar.

    Rajah 2: Peratusan Pengetahuan Murid Dalam Aktiviti Penanaman Selepas Projek

    Berdasarkan rajah di atas, projek Green Generation ini juga berjaya memberi

    pendedahan kepada murid-murid RBT tentang bidang pertanian. Pendedahan terhadap

    aktiviti penanaman tidak hanya bergantung kepada PdPC di dalam kelas. Tanah yang

    diusahakan juga mampu membuahkan hasil yang dapat menampung dana Panitia Reka

    Bentuk dan Teknologi SKMS pada masa akan datang. Contohnya, projek fertigasi yang

    dilaksanakan mampu memberikan pulangan yang lumayan jika diusahakan. Hasil daripada

    Projek Green Generation ini, kawasan tanah yang luas di SKMS menjadi lebih ceria dan

    cantik. Kawasan yang selama ini terbiar menjadi lebih ceria dengan hasil tanaman pokok

    terutamanya tanaman berbunga. Susun atur pokok-pokok juga menjadi lebih kemas dan

    teratur. Hal ini selaras dengan matlamat projek iaitu untuk menambahbaik landskap sekolah

    dan mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih nyaman dan kondusif.

    Cabaran Pelaksanaan Projek

    Terdapat beberapa cabaran pelaksanaan projek yang dialami ketika menjalankan projek

    bermula daripada peringkat perancangan hingga pelaksanaan termasuk proses membina

    jaringan dan jalinan dengan pihak luar. Sepanjang proses perancangan kertas kerja Green

    90%

    70%

    80% 70%

    10% 15% 15%

    20%

    0%

    15% 5%

    70%

    0%10%20%30%40%50%60%70%80%90%

    100%

    Cara penanamanpokok yang betul

    Nama saintifikpokok

    Cara penjagaanpokok

    Kegunaan/keistimewaan

    pokok

    Tahu Tidak Pasti Tidak Tahu

  • 7

    2018 KOMPILASI AMALAN TERBAIK PENGURUSAN PERHUBUNGAN LUAR

    Generation semuanya berjalan dengan lancar seperti apa yang dirancang. Hal ini

    disebabkan Guru Besar SKMS, guru-guru dan staf sekolah sangat memberikan kerjasama

    dan bersifat sentiasa menyokong perkara yang membawa kebaikan kepada sekolah.

    Masalah utama yang dihadapi adalah peruntukan kewangan yang terhad untuk

    projek ini. Kami bersyukur kerana pihak Jabatan Pertanian Negeri Pulau Pinang sudi

    menyumbangkan beberapa jenis tumbuhan bagi menjayakan projek Green Generation.

    Selain itu guru–guru juga banyak menyumbangkan pokok, wang dan juga tenaga bagi

    menjayakan projek ini.

    Cadangan Penambahbaikan

    Terdapat beberapa cadangan penambahbaikan bagi projek yang dilaksanakan. Kekuatan

    yang dapat dilihat setelah projek dijalankan dan disiapkan adalah kawasan landskap

    sekolah bertambah menarik dengan pokok bunga berwarna-warni. Hasil daripada tanaman

    pokok bunga yang berwarna-warni ini menimbulkan suasana sekolah yang ceria. Malah

    landskap yang berwarna-warni juga boleh mempengaruhi minda murid-murid.

    Projek ini memberi peluang kepada guru dalam melaksanakan sesuatu yang baru

    untuk SKMS. Penambahbaikan yang boleh dilakukan ialah memperbanyakkan lagi jenis

    tanaman di kawasan landskap sekolah. Perkara ini bukan sahaja menaikkan lagi kecantikan

    lanskap sekolah, malah memberi pelajar pengetahuan secara tidak langsung berkenaan

    dengan jenis pokok-pokok yang ditanam.

    Kesimpulan

    Semoga projek ini dapat memberi pengisian yang bermanfaat kepada seluruh warga

    Sekolah Kebangsaan Mohd Shah di dalam usaha untuk menarik minat dan membina

    kemahiran murid terhadap transformasi sekolah TS25 dan aktiviti penanaman. Dengan

    kewujudan projek ini, diharapkan warga sekolah dapat meningkatkan ilmu dan

    pengetahuan. Pendedahan berterusan mengenai pembelajaran TS25 berupaya

    menyediakan pelajar dalam menghadapi persaingan dan cabaran masa hadapan.

    Kesedaran pelajar ke arah kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar

    adalah bermakna bagi mempupuk generasi baru yang berkualiti. Projek ini juga dapat

    mendidik masyarakat untuk mencintai alam sekitar.

  • 8

    2018 KOMPILASI AMALAN TERBAIK PENGURUSAN PERHUBUNGAN LUAR

    LAMPIRAN

    Perbincangan dengan Puan Hasreena binti Abd Hameed, Pegawai Pertanian , Bahagian Hortikultur, Jabatan Pertanian Negeri Pulau Pinang

    Melawat ke tapak semaian, Unit Hortikultur

    Sumbangan tumbuhan herba daripada Jabatan Pertanian

  • 9

    2018 KOMPILASI AMALAN TERBAIK PENGURUSAN PERHUBUNGAN LUAR

    Proses pemasangan set fertigasi

    Set fertigasi siap dipasang

  • 10

    2018 KOMPILASI AMALAN TERBAIK PENGURUSAN PERHUBUNGAN LUAR

    Pokok sawi yang telah berjaya ditanam

    Proses mengecat tayar oleh guru pelatih

  • 11

    2018 KOMPILASI AMALAN TERBAIK PENGURUSAN PERHUBUNGAN LUAR

    Proses mengecat tayar oleh guru pelatih

    Lanskap pokok bunga dalam tayar

    Pokok Ros Jepun untuk lanskap

  • 12

    2018 KOMPILASI AMALAN TERBAIK PENGURUSAN PERHUBUNGAN LUAR

    Projek 2

    MENGGAPAI UPSR GEMILANG SKTJ

    Roslina binti Rasli

    Sekolah Kebangsaan Taman Jelutong, Kulim, Kedah

    Bidang Fokus

    Kurikulum (Matematik)

    Pengenalan Projek

    Menggapai UPSR Gemilang SKTJ merupakan salah satu projek di bawah kelolaan Ketua

    Panitia Matematik. Projek ini menyasarkan murid-murid tahun 6, near miss cemerlang yang

    akan menduduki peperiksaan pada September 2018. Seminar ini juga merupakan usaha

    kolaboratif antara sekolah-sekolah Rakan Strategik Majlis Perbandaran Kulim (MPKK).

    Pemilihan murid yang terlibat berdasarkan keputusan Peperiksaan Akhir Tahun 2017

    sebagai take-off value (TOV). Seramai 15 orang murid didapati berpontensi cemerlang (A)

    dalam UPSR 2018.

    Latar Belakang Sekolah:

    Matematik merupakan killer subject UPSR SK Taman Jelutong. Daripada analisis prestasi

    pencapaian subjek Matematik UPSR 2005 - 2017 mendapati bahawa peratus dan gred

    purata mata pelajaran (GPMP) adalah tidak stabil seperti dalam Jadual 1.

    Jadual 1: Pencapaian Subjek Matematik UPSR 2005-2017

    Tahun Pencapaian GPMP

    2005 87.1 2.08

    2006 88.8 2.35

    2007 97.2 1.73

    2008 92.1 2.53

    2009 96.8 2.13

    2010 90.1 2.14

    2011 93.9 2.16

    2012 93.5 2.17

    2013 90.6 2.25

    2014 89.3 2.07

    2015 92.7 2.07

    2016 81.52 3.03

    2017 84.54 3.26

  • 13

    2018 KOMPILASI AMALAN TERBAIK PENGURUSAN PERHUBUNGAN LUAR

    Isu yang Dikenal Pasti dan Perlu Ditambahbaik

    a) Murid tidak menguasai kemahiran asas dalam Matematik.

    b) Murid belum memahami format terkini soalan Matematik UPSR.

    Analisa Keperluan Projek

    Subjek Matematik dipilih berdasarkan pencapaian semasa yang kurang

    memberangsangkan berbanding dengan subjek lain seperti dalam Jadual 1.

    Objektif Projek

    a) Menyedarkan 15 orang murid terpilih teknik menjawab soalan Matematik terkini

    dengan betul.

    b) Meningkatkan prestasi dari gred C dan D menjadi A dan B 15 orang murid terlibat

    dalam Peperiksaan Percubaan UPSR dan seterusnya UPSR sebenar.

    Inisiatif Projek

    Proses Membina Hubungan dengan Pihak Luar

    Pihak sekolah telah menjalinkan hubungan yang erat dengan Majlis Perbandaran Kulim

    (MPKK) sejak tahun 2016 lagi. Pihak MPKK telah banyak membantu dan bekerjasama

    dengan pihak sekolah, baik daripada segi kewangan, pinjaman peralatan untuk majlis

    sekolah dan turut menjayakan program yang dirangka oleh MPKK. Pihak MPKK sedia

    dihubungi melalui talian telefon, surat menyurat mahupun secara bersemuka.

    Pelaksanaan Projek

    Aktiviti 1: Kelas Tutorial Berfokus

    Aktiviti ini bermula sejak Januari hingga September dan dilaksanakan selepas sesi

    persekolahan dari jam 1.30 hingga 2.30 petang. Tiga orang guru Matematik terlibat sebagai

    tenaga pengajar pada setiap hari Isnin. Mereka terdiri daripada seorang guru cemerlang dan

    dua orang guru berpengalaman. Kelas tutorial melibatkan semua murid tahun enam dengan

    kos sebanyak RM300.

    Aktiviti 2: Kelas Tutorial Intensif

    Aktiviti ini bertujuan membimbing murid near miss cemerlang bermula sejak Julai hingga

    September. Aktiviti ini dilaksanakan pada hari persekolahan bermula dari jam 1.30 hingga

    2.30 petang. Seramai 15 orang murid telah dikenal pasti telah mendapat gred A dalam mata

    pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Sains tetapi masih belum mencapai A

  • 14

    2018 KOMPILASI AMALAN TERBAIK PENGURUSAN PERHUBUNGAN LUAR

    dalam subjek Matematik. Bimbingan dan latih tubi kemahiran yang belum dikuasai murid

    telah dikenal pasti berdasarkan post mortem ujian yang dibuat kepada murid terlibat.

    Latihan dan sesi pembelajaran lebih berfokuskan kepada kemahiran yang masih belum

    dikuasai oleh murid dengan kos pelaksanaan sebanyak RM50.

    Aktiviti 3: Bengkel Teknik Menjawab Matematik UPSR

    Aktiviti dilaksanakan dengan kerjasama Unit Bimbingan dan Kaunseling pada bulan Mei.

    Puan Maasirah binti Sulaiman merupakan seorang guru cemerlang Matematik yang juga

    pemeriksa kertas telah dijemput untuk memberikan tips dan teknik menjawab kepada murid-

    murid yang terlibat. Bengkel tersebut telah dibuat pada 5 Mei 2018 dengan perbelanjaan

    sebanyak RM200.

    Aktiviti 4: Bengkel Near Miss Cemerlang

    Aktiviti ini berfokuskan murid near miss cemerlang dan dilaksanakan bermula 7.00 pagi

    sehingga 7.40 pagi setiap hari Selasa. Aktiviti ini bermula pada bulan Mac dan berakhir

    pada hujung bulan Ogos. Bengkel dikendalikan secara bergilir-gilir mengikut minggu kepada

    3 orang guru Matematik tahun 6 yang berfokus kepada teknik menjawab soalan dua markah

    dan tiga markah. Bengkel ini telah menggunakan soalan-soalan tahun lepas yang

    dihimpunkan sebagai modul. Kos bagi aktiviti ini ialah RM100.

    Aktiviti 5: Seminar Didik Komuniti Local Agenda 21 Kulim UPSR

    Aktiviti ini dilaksanakan di Hotel Fuller Kulim pada 30 Ogos 2018 bermula 8.00 pagi hingga

    6.00 petang. Guru pakar Matematik telah menyampaikan teknik dan petua menjawab

    Matematik format baru kepada 15 orang murid yang terlibat di samping murid-murid dari

    beberapa buah sekolah berdekatan. Seramai 150 orang murid terlibat dari beberapa buah

    sekolah termasuk SKTJ. Selain daripada murid-murid yang berkumpul, guru–guru yang

    mengajar juga dikumpulkan bersama. Ini telah membuka peluang kepada mereka untuk

    berbincang dan bertukar idea untuk menambah kemahiran pedagogi masing-masing.

    Semua perbelanjaan aktiviti adalah di bawah tanggungan MPKK.

  • 15

    2018 KOMPILASI AMALAN TERBAIK PENGURUSAN PERHUBUNGAN LUAR

    Pencapaian Projek

    Prestasi murid yang terlibat jelas menunjukkan peningkatan yang sangat baik berdasarkan

    Jadual 2 di bawah:

    Jadual 2: Laporan Sasaran dan Pencapaian Matematik Murid Tahun 6

    Bil Nama Murid TOV AR 1 AR 2 AR 3 ETR

    M G M G M G M G M G

    1 Ashifa Syuhada M. Zairi 55 C 69 B 73 B 88 A 90 A

    2 Farah Farhana M. Faizal 46 D 50 C 66 B 60 C 65 B

    3 Hawa Balqis Mohd Najmi 51 C 46 D 64 C 71 B 80 A

    4 Khadijah Safiah Nasser 44 D 49 D 52 C 61 C 75 B

    5 Muhammad Amirul Sabri 46 D 51 C 60 C 66 B 80 A

    6 Muhammad Dameer 58 C 67 B 66 B 77 B 80 A

    7 Munirah Abu 58 C 70 B 70 B 68 B 80 A

    8 Nur Afiqah Abdul Razak 60 C 48 D 73 B 71 B 80 A

    9 Nur Aina Atikah R”man 46 D 68 B 72 B 75 B 80 A

    10 Nur Alieya Amanina 55 C 44 D 55 C 68 B 80 A

    11 Nur Khairina Maisarah 45 D 47 D 50 C 62 C 75 B

    12 Nur Safiya Suhaimy 60 C 59 C 61 C 69 B 80 A

    13 Nur Widad Nor Azam 54 C 70 B 75 B 75 B 80 A

    14 Nurul Afrina Zulfa Anuar 62 C 58 C 84 A 79 B 80 A

    15 Syarifah Nur Athirah 53 C 64 C 62 C 68 B 80 A

    Secara keseluruhannya, semua murid terlibat telah menunjukkan peningkatan

    prestasi masing-masing pada Peperiksaan Percubaan UPSR (AR3) berbanding UPTL (TOV

    2017).

    Kekuatan Projek

    a) Guru Matematik terdiri daripada seorang Guru Cemerlang dan 8 orang guru yang

    sangat berpengalaman mengajar. Faktor yang kuat ini sangat membantu menjayakan

    lagi projek yang dirancang. Komitmen dalam kalangan guru juga sangat tinggi.

    b) PIBG juga turut memainkan peranan dan menyokong penuh segala program dan

    aktiviti yang dirancang sama ada daripada segi kewangan atau khidmat bantu.

    c) Kerjasama padu daripada MPKK juga telah menyokong melalui bantuan kewangan

    dan penceramah jemputan untuk menyampaikan sesi motivasi dan teknik menjawab

    Matematik UPSR. Faktor ini telah melancarkan pelaksanaan aktiviti sepanjang projek.

  • 16

    2018 KOMPILASI AMALAN TERBAIK PENGURUSAN PERHUBUNGAN LUAR

    Cabaran Pelaksanaan Projek

    Pihak sekolah tidak menghadapi sebarang cabaran dengan pihak MPKK sepanjang projek

    berlangsung hasil daripada kerjasama kolaboratif yang telah lama terjalin.

    Cadangan Penambahbaikan

    Projek perlu disebarluaskan kepada murid lain terutamanya murid-murid tahun 5 sebagai

    persediaan awal murid menduduki peperiksaan UPSR 2019.

    Kesimpulan

    Satu projek yang patut diteruskan kerana dilihat dapat membantu Ketua Panitia Matematik

    untuk keluar dari kepompong killer subject UPSR saban tahun. Selain itu, projek ini juga

    dapat menyumbang kepada peningkatan peratus cemerlang Matematik UPSR Sekolah

    Kebangsaan Taman Jelutong.

    Usaha kolaboratif ini juga telah banyak mendatangkan impak positif kepada

    sekolah khususnya dalam peperiksaan UPSR. Selain itu, sekolah juga mendapat manfaat

    sampingan impak daripada jalinan hubungan yang lama iaitu penglibatan SK Taman

    Jelutong dalam pelbagai aktiviti anjuran MPKK.

  • 17

    2018 KOMPILASI AMALAN TERBAIK PENGURUSAN PERHUBUNGAN LUAR

    LAMPIRAN

  • 18

    2018 KOMPILASI AMALAN TERBAIK PENGURUSAN PERHUBUNGAN LUAR

  • 19

    2018 KOMPILASI AMALAN TERBAIK PENGURUSAN PERHUBUNGAN LUAR

  • 20

    2018 KOMPILASI AMALAN TERBAIK PENGURUSAN PERHUBUNGAN LUAR

  • 21

    2018 KOMPILASI AMALAN TERBAIK PENGURUSAN PERHUBUNGAN LUAR

    Projek 3

    PERSIDANGAN VIDEO DENGAN SINNAM ELEMENTARY SCHOOL BUSAN KOREA SELATAN

    Leong Sook Luan Teoh Teik Yong

    SJK(C) Kwang Hwa,

    Sg. Nibong, Pulau Pinang

    Bidang Fokus

    Projek ini berfokus pada bidang kurikulum dan kokurikulum.

    Pengenalan Projek

    Projek ini disertai oleh 24 orang murid Tahun 4 dan 5 dari SJK(C) Kwang Hwa yang dipilih.

    Murid-murid ini berkumpul di bilik mesyuarat untuk sesi persidangan bersama murid Sinnam

    Elementary School Busan pada hari Rabu mengikut tarikh yang telah ditetapkan. Sesi

    persidangan bermula pada pukul 12:20 tengah hari dan tamat pada pukul 1:20 petang.

    Projek ini berlangsung sebanyak 15 kali dari 11 April hingga 7 November 2018.

    Setiap murid SJK(C) Kwang Hwa telah diatur untuk menjadi buddy kepada setiap

    murid Sinnam Elementary School Busan. Setiap pasangan buddy bertukar cara

    perhubungan masing-masing seperti e-mel, nombor telefon, social media dan lain-lain lagi

    untuk terus berkomunikasi selepas sesi persidangan video di sekolah. Malah, murid juga

    menulis nama sendiri apabila menghadiahkan cenderahati kepada buddy mereka.

    Setiap murid telah diberikan tajuk untuk menyampaikan pembentangan mengikut

    tajuk yang telah disediakan dalam bahasa Inggeris. Tajuk-tajuk murid SJK(C) Kwang Hwa

    merangkumi makanan rakyat Malaysia, perayaan setiap kaum di Malaysia, batik dan tempat

    pelancongan di Malaysia.

    Latar Belakang Sekolah

    SJK(C) Kwang Hwa telah menerima anugerah Sekolah Berprestasi Tinggi dan Sekolah

    Kluster Kecemerlangan pada tahun 2012. Menjunjung aspirasi kedua-dua anugerah ini,

    SJK(C) Kwang Hwa berhasrat untuk membina hubungan luar yang lebih mantap demi

    kerjasama yang lebih erat dengan pihak luar supaya warga sekolah dapat memperoleh ilmu

    dan pengetahuan yang lebih menyeluruh dan di luar bilik darjah. Hal ini adalah sejajar

  • 22

    2018 KOMPILASI AMALAN TERBAIK PENGURUSAN PERHUBUNGAN LUAR

    dengan saranan Kementerian Pendidikan Malaysia ke arah kemenjadian murid dari segi

    pencapaian kurikulum, kokurikulum dan sahsiah.

    Isu yang dikenal pasti dan perlu ditambahbaik

    Salah satu cabaran yang dihadapi sepanjang pelaksanaan projek ini adalah dari segi

    perbezaan zon waktu dan masa persekolahan Sinnam Elementary School Busan. Masa

    persekolahan murid SJK(C) Kwang Hwa yang terlibat dalam projek ini adalah sesi pagi yang

    tamat pada pukul 1:20 petang. Oleh itu, kadang-kala pihak sekolah tidak dapat memenuhi

    permintaan pihak Sinnam Elementary School untuk mengubah masa persidangan

    disebabkan faktor tertentu.

    Topik-topik pembentangan yang disampaikan oleh murid SJK(C) Kwang Hwa

    banyak berkaitan dengan makanan-makanan rakyat Malaysia. Nama makanan, bahan-

    bahan dan proses menyediakan makanan yang telah biasa disebut oleh rakyat Malaysia

    dalam bahasa Melayu sukar diterjemah kepada bahasa Inggeris. Pada masa yang sama,

    murid Sinnam Elementary School Busan kurang dapat mengimaginasi makanan-makanan

    tersebut melalui gambar dan video kerana kurangan pengalaman sebenar.

    Analisis Keperluan Projek

    Projek ini dijalankan sebagai salah satu usaha pihak sekolah dalam pelaksanaan High

    Immersive Programme. Projek ini bertujuan untuk meningkatkan penguasaan bahasa

    Inggeris melalui jangkauan komuniti dan pelbagai kolaborasi dengan pihak luar.

    Selain itu, projek ini juga memenuhi anjakan-anjakan dalam Pelan Pembangunan

    Pendidikan Malaysia (PPPM). Keperluan murid untuk memperkenalkan negara Malaysia

    kepada Korea Selatan dalam bahasa Inggeris dilihat sebagai usaha untuk memastikan

    setiap murid profisien dalam bahasa Inggeris, seperti yang dikatakan dalam anjakan 2.

    Anjakan 7 yang menyarankan agar memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti

    pembelajaran di Malaysia juga ditunjukkan dalam projek ini. Murid-murid telah mempelajari

    cara memanipulasi Microsoft Power Point untuk tujuan pembentangan slaid dan perisian

    Zoom untuk bersidang dengan murid Sinnam Elementary School Busan.

    Objektif Projek

    a) Meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris melalui jangkauan komuniti dan pelbagai

    kolaborasi dengan pihak luar sepanjang tempoh projek.

    b) Meningkatkan kerjasama antara sekolah dengan pihak luar untuk tujuan pengajaran

    dan pembelajaran.

  • 23

    2018 KOMPILASI AMALAN TERBAIK PENGURUSAN PERHUBUNGAN LUAR

    c) Menghayati identiti sendiri sebagai warganegara Malaysia dan

    memperkenalkan Malaysia kepada warga asing.

    Inisiatif Projek

    Proses Membina Hubungan dengan Pihak Luar

    Dalam satu Majlis Kebudayaan yang diadakan di SJK(C) Kong Min Cawangan Kedua. Pihak

    sekolah SJK(C) Kwang Hwa berkesempatan mengetahui dan mengenali Cikgu Jihyun dari

    Sinnam Elementary School Busan. Dengan usaha Guru Besar, Puan Leong Sook Luan dan

    Penolong Kanan HEM, Encik Yeap Yee Chung, pihak sekolah telah berhubung dengan

    Cikgu Jihyun secara maya dan berjaya menjalinkan kerjasama untuk mengadakan

    persidangan video. Tempoh yang diambil untuk membina jalinan ini adalah sebulan.

    Pelaksanaan Projek

    Setelah membina jalinan dengan Sinnam Elementary School Busan, pihak sekolah telah

    memilih murid untuk menyertai projek ini. Mereka telah diberi buddy dari Sinnam Elementary

    School Busan dan topik pembentangan. Sebelum setiap sesi pembentangan, guru yang

    bertanggungjawab dan ibu bapa murid akan membantu menyemak slaid pembentangan

    murid untuk memastikan kesesuaian kandungan dan bahasa yang digunakan. Di samping

    itu, pihak Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan Lembaga Pengurus sekolah turut

    membantu menyediakan peruntukan untuk membeli peralatan yang diperlukan dalam

    persidangan video ini dan menyediakan cenderahati untuk dihadiahkan kepada murid

    Sinnam Elementary School Busan yang terlibat dalam projek ini.

    Guru-guru telah mengadakan sesi persidangan video mengikut tarikh yang

    ditetapkan dengan pembentangan topik-topik yang disediakan. Refleksi dan penilaian dibuat

    selepas setiap sesi untuk mengenal pasti kekurangan yang terdapat dalam sesi tersebut

    supaya kekurangan tersebut dapat diatasi dalam sesi yang seterusnya.

    Pencapaian Projek

    Melalui projek ini, sekolah SJK(C) Kwang Hwa dapat menjalin hubungan dan kerjasama

    yang erat dengan Sinnam Elementary School Busan buat pertama kalinya. Dengan

    perkongsian ilmu pengetahuan antara murid, murid lebih mengenali dan dapat menghayati

    identiti sebagai rakyat Malaysia dan budaya rakyat negara sendiri. Malah, mereka juga

    berpeluang untuk mengenali Korea Selatan dengan lebih terperinci.

    Tahap penguasaan bahasa Inggeris murid juga berjaya ditingkatkan apabila murid

    aktif untuk berkomunikasi dan bertanya dalam bahasa Inggeris. Kemahiran ICT turut

  • 24

    2018 KOMPILASI AMALAN TERBAIK PENGURUSAN PERHUBUNGAN LUAR

    ditingkatkan apabila murid dapat menggunakan perisian Microsoft Power Point dan Zoom

    untuk melaksanakan persidangan video.

    Kekuatan Projek

    Projek ini mendapat kerjasama dan komitmen yang tinggi daripada Lembaga Pengurus,

    PIBG, ibu bapa, guru dan murid sekolah. Semua pihak telah melihat projek ini sebagai satu

    peluang yang berharga dan telah menunjukkan prestasi yang cemerlang dalam memastikan

    kejayaan projek ini.

    Cabaran Pelaksanaan Projek

    Semasa membina jalinan dengan Sinnam Elementary School Busan, pihak sekolah

    menghadapi cabaran untuk mengatur masa untuk menjalankan persidangan video.

    Tambahan pula, pihak sekolah juga tidak pasti tentang tahap penguasaan bahasa Inggeris

    murid Sinnam Elementary School Busan. Kekangan ini merupakan cabaran besar untuk

    menyediakan tajuk yang sesuai dengan tahap bahasa yang sewajarnya.

    Cabaran Penambahbaikan

    Tema topik yang dibentangkan oleh murid SJK(C) Kwang Hwa boleh diperbanyakkan

    kepada tokoh-tokoh Malaysia, isu-isu semasa Malaysia, syarikat-syarikat popular Malaysia

    seperti Petronas, Malaysia Airlines dan tempat-tempat pelancongan Malaysia di Sabah dan

    Sarawak. Dengan ini, perkongsian murid tidak akan terlalu menjurus kepada makanan

    rakyat Malaysia semata-mata.

    Kesimpulan

    Projek ini berjaya mencapai objektif yang dihasratkan dengan adanya kerjasama dan

    komitmen setiap pihak yang terlibat. Persidangan video bersama Sinnam Elementary

    School Busan telah membuka mata murid bahawa perkongsian ilmu dan pengalaman tidak

    terikat di dalam bilik darjah sahaja, malah perkongsian sebegini boleh berlaku di mana-

    mana tanpa batasan antara negara.

  • 25

    2018 KOMPILASI AMALAN TERBAIK PENGURUSAN PERHUBUNGAN LUAR

    LAMPIRAN

    Murid SJK(C) Kwang Hwa, Sungai Nibong sedang menjalankan persidangan video dengan murid Sinnam Elementary School Busan, Korea Selatan.

    Murid memperkenalkan makanan rakyat Malaysia.

    Murid memperkenalkan pakaian batik melalui kamera maya kepada murid

    Korea Selatan.

    Murid Sinnam Elementary School Busan memperkenalkan makanan pasar malam

    yang terkenal di Korea Selatan.

    Murid menerima cenderahati daripada buddy sempena Hari Kanak-

    kanakKorea Selatan.

  • 26

    2018 KOMPILASI AMALAN TERBAIK PENGURUSAN PERHUBUNGAN LUAR

    Projek 4

    HUBUNGAN LUAR PEMACU KUALITI GURU

    Hadibah Binti Hashim Norhuzaira Binti Hussin

    Salina Binti Saad

    Sekolah Kebangsaan Jelutong, Pulau Pinang

    Bidang Fokus

    Kurikulum (Pembelajaran Koperatif)

    Pengenalan Projek

    Pembelajaran Abad Ke-21 menjadi isu penting dalam melaksanakan PdPc yang berkesan.

    Ekoran itu, pembabitan pihak luar telah membantu merealisasikan kehendak pihak sekolah

    dalam membudayakan Pembelajaran Abad Ke-21. Pihak sekolah telah berjaya mendapat

    perhatian dari Tenaga Nasional Berhad dalam usaha merealiasasikan kemenjadian murid

    sepertimana yang disarankan dalam PPPM 2013-2025. Bermula daripada usahasama

    dengan TNB guru-guru telah diberi pendedahan PAK21 dalam Cooperative Learning. Pada

    peringkat awal, Pemimpin Sekolah telah diberi pendedahan awal kemudian disusuli dengan

    pendedahan kepada Ketua Panitia setiap mata pelajaran. Sekembalinya kumpulan ini

    bersama pemimpin sekolah telah mengadakan Latihan Dalam Perkhidmatan kepada semua

    warga sekolah. Sehingga kini pembudayaan PAK21 telah menjadi amalan setiap guru dan

    murid di sekolah ini. Pencapaian hasil daripada program ini dapat diukur dalam kalangan

    guru dan murid. Hubungan dengan pihak luar berterusan hingga kini demi memajukan anak

    didik SK Jelutong.

    Latar Belakang Sekolah

    Sekolah Kebangsaan Jelutong (SK Jelutong) merupakan sebuah sekolah yang terletak

    berhampiran dengan Jambatan Pulau Pinang dan pusat bandar. Kedudukannya sangat

    strategik dan jika ditafsir muridnya pasti beranggapan sebuah sekolah yang serba lengkap

    dan berprestasi tinggi.

    Murid sekolah ada potensi untuk maju, tetapi disebabkan mereka dari keluarga

    yang berpendapatan rendah dan ibu bapa yang selalu sibuk dengan pekerjaan, anak-anak

  • 27

    2018 KOMPILASI AMALAN TERBAIK PENGURUSAN PERHUBUNGAN LUAR

    ini kurang berkeyakinan untuk bersaing sesama rakan apatah lagi dengan rakan dari

    sekolah lain.

    Guru-guru kebanyakannya terdiri dari guru-guru muda yang perlu disuntik dengan

    pelbagai kemahiran bagi meningkatkan PdPc mereka. PdPc berlaku lebih secara biasa

    sahaja dan penggunaan ICT sangat kurang. Ini disebabkan oleh masalah kelajuan Internet

    dan banyak komputer di sekolah yang telah sampai hayat.

    Dengan kedudukan sekolah di tengah-tengah bandar sudah pasti di kelilingi oleh

    badan-badan korporat dan pasaraya yang besar. Sekolah Kebangsaan Jelutong telah

    menggunakan peluang ini dengan berusaha menjalin hubungan baik dengan badan-badan

    korparat dan agensi luar yang berada di sekitar sekolah. Pelbagai bentuk bantuan dan

    sumbangan diterima oleh murid sekolah ini dalam bentuk pakaian dan wang persekolahan.

    Mulai tahun 2017 pihak sekolah telah berusaha mendapatkan sumbangan dari

    Tenaga Nasional Berhad bagi membantu dalam melaksanakan program-program yang

    menjurus kearah kemenjadian murid dan penghasilan guru yang berkualiti.

    Cabaran Pelaksanaan Projek

    Isu yang dikenalpasti dan perlu ditambahbaik

    a) Sekolah Kebangsaan Jelutong merupakan sebuah sekolah di tengah-tengah bandar

    tetapi murid-muridnya tidak seperti yang dijangkakan. Pemimpin sekolah ini telah

    mengenalpasti kecenderungan murid dalam mencari ilmu tidak kesampaian akibat dari

    kesibukan ibu bapa mencari nafkah dan murid kurang mendapat perhatian di rumah.

    Keyakinan diri dalam kalangan murid juga sangat rendah walaupun mereka berpotensi

    untuk maju diri.

    b) Guru-guru perlu dibantu dalam meningkatkan kualiti PdPc mereka. Guru masih

    mengamalkan pengajaran secara analog. Walaupun guru mempunyai pengetahuan

    yang mencukupi untuk menggunakan PAK21 tetapi tidak begitu memberangsangkan.

    Guru-guru perlu dibimbing bagi meningkatkan corak pengajaran yang lebih kreatif dan

    efektif.

    c) Kepakaran dan kemampuan dalam kalangan guru di sekolah ini yang terdiri daripada

    pemeriksa kertas mata pelajaran teras, guru-guru yang mahir dalam sukan dan guru-

    guru yang berpengaruh dalam masyarakat tidak ditonjolkan sepenuhnya.

  • 28

    2018 KOMPILASI AMALAN TERBAIK PENGURUSAN PERHUBUNGAN LUAR

    Analisis Keperluan Projek

    Dengan dana yang diperoleh dari TNB, pihak sekolah telah menyediakan perancangan

    yang menyeluruh seperti lawatan, progam peningkatan prestasi, kursus kepimpinan dalam

    kalangan murid dan program sentuhan rohani.

    Guru-guru telah diberi kursus PAK21- Cooperative Learning dimana pihak TNB

    telah membiayai sepenuhnya bersama dengan RITE Consultant. Kursus ini pada mulanya

    dikendalikan kepada pemimpin sekolah dan seterusnya kepada Ketua Panitia dan guru-guru

    lain. Cooperative Learning telah menjadi amalan di Sekolah Kebangsaan Jelutong. Keadaan

    fizikal bilik darjah telah bertukar wajah. Pembelajaran berpusatkan murid dipraktikkan dan

    hasil murid dipamerkan.

    Objektif Projek

    a) 30 peratus murid-murid tahap dua dapat mewakili sekolah dalam pelbagai peringkat

    merangkumi aspek Kurikulum, Kokurikulum dan Aktiviti HEM dalam masa setahun.

    b) 85 peratus guru dapat mempelbagaikan struktur PAK 21 dalam PdPc mereka.

    c) Menjalin hubungan dengan komuniti dan pihak luar secara berterusan.

    Inisiatif Projek

    Proses Membina Hubungan dengan Pihak Luar

    Pihak luar yang terlibat dalam usaha kolaboratif SK Jelutong adalah Tenaga Nasional

    Berhad, Research Innovative Transform Empower Education (RITE) Consultant, dan

    PINTAR FOUNDATION.

    Proses awal adalah melalui surat cadangan yang dimohon oleh pihak sekolah pada

    akhir tahun 2016 kepada Tenaga Nasional yang berhampiran dengan sekolah iaitu Stesen

    Jana Elektrik Gelugor yang terletak 5 km dari sekolah. Kehadiran Pengurus Besar TNB ke

    sekolah telah memberi peluang kepada pemimpin sekolah menguatkan lagi permohonan

    dengan pembentangan isu-isu sekolah serta menyampaikan hasrat sekolah dalam

    meningkatkan prestasi murid. TNB Pulau Pinang telah mencadangkan nama SK Jelutong ke

    peringkat lebih tinggi di Kuala Lumpur. Dengan kekuatan yang telah diberikan oleh pihak

    sekolah, SK Jelutong telah dipilih menerima sumbangan selama tiga tahun dari 2017 hingga

    2019.

  • 29

    2018 KOMPILASI AMALAN TERBAIK PENGURUSAN PERHUBUNGAN LUAR

    Pelaksanaan Projek

    Sekolah Kebangsaan Jelutong merupakan Sekolah Angkat Tenaga Nasional Berhad di

    bawah Program Pintar sejak tahun 2017 hingga 2019. Pelbagai bentuk sumbangan telah

    diberikan kepada sekolah terutamanya dalam meningkatkan prestasi murid. Sekolah

    dikehendaki menentukan perancangan yang rapi dalam memastikan setiap sen yang

    dibelanjakan adalah untuk meningkatkan kualiti guru dan memfokuskan kepada

    kemenjadian murid.

    Pada awal tahun 2017 satu perjumpaan telah diadakan bersama Pemimpin

    Sekolah dengan PINTAR FOUNDATION. Agensi ini telah mengenalkan para pemimpin

    sekolah dengan RITE Consultant yang memberi tunjuk ajar struktur Cooperative Learning

    iaitu Pembelajaran Abad Ke-21. Pada peringkat awalnya hanya pemimpin sekolah sahaja

    dipanggil untuk bengkel tersebut yang dibiayai sepenuhnya oleh PINTAR FOUNDATION.

    Sekolah Kebangsaan Jelutong amat bertuah kerana pihak TNB menaja RITE

    Consultant meneruskan bengkel bersama guru daripada sekolah-sekolah dibawah tajaan

    mereka. Beberapa orang guru terdiri daripada Ketua-Ketua Panitia telah dihantar ke Kuala

    Lumpur untuk menjalani bengkel Khas Cooperative Learning.

    Setelah kembali di sekolah, pemimpin sekolah dan guru-guru ini memberi latihan

    kepada semua guru tentang makluamat yang dipelajari bersama Fasilitator RITE

    Consultant. Fasilitator RITE Consultant telah hadir beberapa kali ke sekolah bagi memantau

    perlaksanaan Cooperative Learning dan memberi bimbingan susulan.

    Pencapaian Projek

    a) Sekolah mempunyai satu kumpulan penggerak yang mampu memberi tunjuk ajar

    kepada guru-guru di sekolah sendiri ataupun sekolah lain dengan diketuai oleh

    Pentadbir Sekolah.

    b) Sekolah Kebangsaan Jelutong telah dipilih oleh Pejabat Pendidikan Daerah Timur

    Laut untuk berkongsi bersama dengan Pengetua dan Guru Besar Tawau melalui

    Video Conference di mana salah seorang guru sekolah ini telah menjalani PdPc

    secara Cooperative Learning. Selepas ini maklumbalas yang diterima adalah sangat

    baik dan mendapat pujian daripada PGB Tawau juga dari PPD Timur Laut.

    c) Guru mampu menunjuk ajar Cooperative Learning dalam PdPc kepada guru-guru

    Korea yang berada di Sekolah Kebangsaan Jelutong selama tiga bulan dibawah

    “Korea-Malaysia Teacher Excharge Programme” (KOMTEP).

  • 30

    2018 KOMPILASI AMALAN TERBAIK PENGURUSAN PERHUBUNGAN LUAR

    d) PINTAR FOUNDATION telah memilih Guru Besar untuk Perkongsian Ilmu tentang

    pelaksanaan Cooperative Learning di Kuala Lumpur sempena perjumpaan sekolah-

    sekolah di bawah tajaan PINTAR FOUNDATION. Lebih 80 buah sekolah dari seluruh

    Malaysia telah mengambil bahagian.

    e) Ramai guru telah menjalani PdPc menggunakan struktur Cooperatinve Learning yang

    berpusatkan murid dan berjaya mempamerkan hasil murid di sekitar sekolah.

    f) Ketrampilan murid SK Jelutong telah mula terserlah. Pada tahun ini ada dalam

    kalangan mereka yang telah berjaya dalam pencapaian ke peringkat kebangaan dan

    juga antarabangsa. Keyakinan diri murid meningkat hasil melalui peningkatan kualiti

    pengajaran guru di sekolah dengan usahasama pihak luar.

    Kekuatan Projek

    a) Kerjasama TNB, RITE Consultant dan Pintar Foundation membantu guru-guru lebih

    memahami struktur Pembelajaan Abad Ke-21. Kesesuaian serta kefahaman guru ini

    dapat diaplikasi dalam bilik darjah dan hal ini juga bersesuaian dengan kandungan

    SKPMg2.

    b) Keupayaan Guru Besar menerajui struktur Cooperative Learning ini menjadi ikutan

    guru-guru di sekolah. Guru secara sukarela menambahbaik cara PdPc melalui

    Cooperative Learning.

    c) PdPc berasaskan kepada PAK21telah menjadi amalan guru-guru di sekolah,ini. Hal ini

    dapat dibuktikan dalam penulisan buku rekod pengajaran guru dan susunan serta

    penghasilan murid dalam bilik darjah.

    d) Hubungan baik dengan Tenaga Nasional masih berterusan kerana pihak sekolah

    selalu diminta menghantar laporan aktiviti yang dijalankan dan pelaporan murid

    terutama murid Tahun 6.

    Cabaran Pelaksanaan Projek

    a) PdPc berasaskan Pengajaran Abad Ke-21 telah diketahui oleh semua pendidik sejak

    beberapa tahun yang lalu. Tetapi untuk memastikan aktiviti ini dijalankan sepenuhnya

    adalah sukar. Tambahan untuk memberi fahaman kepada guru tentang konsep

    sebenar Cooperative Learning dalam PdPc adalah juga cabaran kepada pihak

    pentadbir.

  • 31

    2018 KOMPILASI AMALAN TERBAIK PENGURUSAN PERHUBUNGAN LUAR

    b) Pihak pentadbiran telah menghadapi cabaran untuk mengubah keadaan yang sedia

    ada dengan memikirkan cara-cara supaya program/aktiviti yang sesuai dapat

    diperkenalkan dan digunapakai secara berterusan dan dijadikan amalan.

    c) Bukan mudah untuk mendapatkan jalinan kerjasama dengan pihak luar terutama

    dengan agensi besar yang terlibat dalam projek sekolah ini, Apatah lagi untuk

    mengkalkan hubungan dengan agensi ini juga menjadi satu cabaran.

    Kesimpulan

    Bagi menentukan kemenjadian murid dapat dicapai, guru-guru perlu menyediakan diri

    dalam meningkatkan corak PdPc dan seterusnya menjadikan ciri-ciri PAK21 dilaksanakan

    sebaiknya. Usaha perlu dilakukan bagi merealisasikan program ini dengan mewujudkan

    hubungan baik dengan pihak luar. Komunikasi berkesan merupakan satu aspek penting

    dalam menjalin hubungan baik dengan mana-mana pihak atau komuniti setempat.

  • 32

    2018 KOMPILASI AMALAN TERBAIK PENGURUSAN PERHUBUNGAN LUAR

    LAMPIRAN

    Surat pengesahan menjadikan Sk Jelutong sebagai sekolah angkat di bawah Program Pintar (TNB)

  • 33

    2018 KOMPILASI AMALAN TERBAIK PENGURUSAN PERHUBUNGAN LUAR

    Jadual 1: Peringkat Awal – Pelan Tindakan

    Bil Fokus Utama

    Hasil yang Dijangka

    Sasaran dan cara mengukur

    Tanggungjawab Penanda Sasaran (Miliestone)

    1. Pedagogi Pembelajaran Koperatif

    Murid dapat mengikuti strategi pembelajaran koperatif secara efektif - 1 Quiz-quiz Trade 2. Pass The Paper 3. Think Pair Share

    90 % guru dapat menggunakan 3 struktur koperatif yang dipilih dalam bilik darjah

    - Pencerapan PdP - Pemantauan

    buku rekod mengajar.

    Ketua Panitia dan Guru Mata Pelajaran

    7 Jun - Perbincangan bersama guru yang telah menghadiri kursus bagi persediaan mengadakan LDP mengenai Pelan Tindakan yang telah ditetapkan. 17 Jun - Modelkan 3 struktur pembelajaran Koperatif bersama semua guru dalam Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) -Guru Besar/Penolong Kanan dan Guru yang mengikuti Kursus mempraktikkan strategi pembelajaran koperatif di kelas sendiri dengan bimbingan rakan sebaya supaya 3 struktur pembelajaran ini dapat dilaksana sepenuhnya. 9-10 Julai - Modul teras pengajaran Pintar. Julai - Semua guru membentangkan pelaksanaan 3 struktur pembelajaran koperatif mengikut tahap I dan II. Ogos - Pelaksanaan 3 struktur koperatif sepenuhnya oleh guru di semua kelas.

  • 34

    2018 KOMPILASI AMALAN TERBAIK PENGURUSAN PERHUBUNGAN LUAR

    Bil Fokus Utama

    Hasil yang Dijangka

    Sasaran dan cara mengukur

    Tanggungjawab Penanda Sasaran (Miliestone)

    2. Persekitaran Fizikal

    Semua bilik darjah dapat mempamerkan hasil murid dan sentiasa dikemaskini.

    80% bilik darjah dan bilik khas dipenuhi paparan hasil murid menjelang bulan Ogos - Gallery Walk

    Guru Kelas dan Guru Mata Pelajaran

    17 Jun - Makluman kepada guru tentang hasil murid yang perlu dipamerkan. Cadangan Lokasi hasil murid boleh dijadikan bahan pameran Julai - Hasil murid mula dipamerkan dalam bilik darjah dan kawasan persekitaran Ogos - Pemantauan dan Analisis -" Gallery Walk"

    3. Pengurusan Tingkah Laku

    Tahap Kebisingan murid dapat dikawal Guru tidak perlu menjerit untuk mengawal tingkah laku murid dalam sesi pembelajaran - High 5/Thumb Up

    100% murid dan guru mengamalkan High 5 / Thumb Up di sekolah (perhimpunan dan bilik darjah)

    - Pemantauan - Pencerapan PdP

    Guru Besar Penolong Kanan Semua Guru

    Jun - Guru Besar mula modelkan dalam perhimpunan - Penekanan kepada semua guru dalam LDP oleh Guru - Guru praktikkan dalam bilik darjah dan di dewan Julai - Keseluruhan warga sekolah memahami penggunaan High 5 / Thumb Up

  • 35

    2018 KOMPILASI AMALAN TERBAIK PENGURUSAN PERHUBUNGAN LUAR

    LAMPIRAN

    Latihan untuk guru-guru

    Pemantauan dari RITE Consultant

  • 36

    2018 KOMPILASI AMALAN TERBAIK PENGURUSAN PERHUBUNGAN LUAR

    Bahan Rujukan Cooperative Learning

    Contoh Penulisan Buku Rekod Pengajaran Guru

  • 37

    2018 KOMPILASI AMALAN TERBAIK PENGURUSAN PERHUBUNGAN LUAR

    Projek 5

    TEAM PILOT DRONE SKMS

    Khairul Ekmal bin Roselee

    SK Mohd Shah Seberang Perai Utara, Pulau Pinang

    Bidang Fokus

    Fokus utama projek ini ialah kemenjadian murid dalam bidang kokurikulum.

    Pengenalan Projek

    Dalam memperkukuhkan kemenjadian murid di Sekolah Kebangsaan Mohd Shah (SKMS),

    Team Pilot Drone SKMS dipilih untuk melatih murid menggunakan Drone dengan lebih

    kreatif. Ahli Pilot Drone akan menggunakan drone untuk melihat persekitaran sekolah dan di

    luar sekolah. Berdasarkan pemerhatian tersebut, murid akan mengenal pasti faktor – faktor

    yang mempengaruhi perubahan di setiap sudut yang dilihat. Oleh itu, subjek seperti Sains,

    Sejarah, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik menjadi gabungan utama dalam

    membantu murid menghasilkan satu projek yang bermakna.

    Latar Belakang Sekolah

    SK Mohd Shah merupakan sebuah sekolah yang dikategorikan sebagai sekolah luar

    bandar. Walaupun begitu, penggunaan drone telah bermula sejak tahun 2016 melalui

    kerjasama antara pihak sekolah dan pihak Universiti Malaysia Perlis (UniMaP). Cetusan

    idea ini bermula apabila pihak pengurusan sekolah meramalkan bahawa penggunaan drone

    akan menjadi keutamaan dalam sektor pekerjaan pada masa hadapan. Ini dibuktikan

    dengan hujah – hujah yang diberikan oleh pakar akademik berkaitan revolusi perindustrian

    4.0 yang menyatakan pilot drone akan menjadi satu pekerjaan utama pada masa akan

    datang kerana drone boleh berubah ke arah satu pengangkutan yang utama.

    Isu atau Cabaran

    Setiap kali aktiviti drone yang berlangsung di sekolah, pihak sekolah terpaksa menjemput

    pilot drone dari UniMaP untuk melakukan demonstrasi drone. Kesan daripada itu, pihak

    sekolah terpaksa membayar kos bagi setiap perkhidmatan yang digunakan. Untuk

    Tem

    a K

    okur

    ikul

    um

  • 38

    2018 KOMPILASI AMALAN TERBAIK PENGURUSAN PERHUBUNGAN LUAR

    menjimatkan kos, satu jalinan kerjasama antara pihak sekolah dengan UniMaP telah

    dipersetujui.

    Analisis Keperluan Projek

    Analisis keperluan projek telah dilakukan bagi melihat kepentingan projek ini dilaksanakan.

    Pihak sekolah telah menjalankan tinjauan terhadap guru-guru SKMS melalui penggunaan

    soal-selidik. Dapatannya menunjukkan bahawa guru-guru SKMS menyokong penggunaan

    drone dalam penambahbaikan pembelajaran murid.

    Jadual 3: Keperluan Penggunaan Drone dalam Penambahbaikan Pembelajaran

    Bil Item Menyokong

    1 Pilot Drone sekolah membantu ke arah kemenjadian

    murid abad ke 21 92%

    2 Murid dapat menggunakan drone untuk menganalisis

    persekitaran sekolah dengan baik. 94%

    3 Murid dapat membentangkan hasil pemerhatian yang

    telah dijalankan dengan kreatif. 90%

    4 Murid menggabungkan beberapa matapelajaran teras

    dalam melaksanakan pemerhatian dan kesimpulan. 95%

    5 Hasil pemerhatian dan kesimpulan yang dibentangkan

    oleh murid boleh digunapakai untuk mengindahkan

    sekolah

    97%

    Rajah 2: Graf Perbandingan Mengikut Item

    92%

    94%

    90%

    95%

    97%

    86%

    88%

    90%

    92%

    94%

    96%

    98%

    Item 1 Item 2 Item 3 Item 4 Item 5

    Menyokong

  • 39

    2018 KOMPILASI AMALAN TERBAIK PENGURUSAN PERHUBUNGAN LUAR

    Matlamat Projek

    Matlamat projek ini adalah membimbing murid menggunakan drone untuk menjalankan

    pemerhatian dan analisis persekitaran kawasan sekolah dan di luar kawasan sekolah.

    Berdasarkan pemerhatian tersebut, murid akan mengenal pasti faktor – faktor yang

    menyumbang kepada berlakunya suatu kejadian dengan membuktikannya melalui kutipan

    data yang sistematik. Hasil kutipan data ini akan mendorong murid ke arah pembelajaran

    yang lebih realistik iaitu murid akan mengaitkan kesan – kesan tersebut dengan

    pengalaman sedia ada mereka. Tempoh bagi setiap kajian akan direkodkan untuk melihat

    perubahan dan keberkesanan suatu intervensi yang telah dilakukan.

    Inisiatif Projek

    Untuk merealisasikan projek ini, dua pihak telah dipilih untuk berkolaboratif dengan pihak

    sekolah. Pihak pertama ialah sebuah syarikat drone yang berpengkalan di Petaling Jaya.

    Hubungan diwujudkan melalui surat rasmi yang dihantar kepada syarikat tersebut dan

    hubungan secara atas talian juga telah dilakukan. Akhirnya, keputusan yang diberikan amat

    mendukacitakan kerana syarikat tersebut tidak dapat menyediakan drone seperti yang

    dimohon kerana faktor keuntungan syarikat. Oleh itu, SKMS meneruskan pelan yang kedua

    iaitu pemuafakatan bersama pihak UniMaP. Pada mulanya, seorang guru dihantar ke

    UniMaP untuk bermusyawarah bersama dengan pihak UniMaP. Hasilnya musyawarah

    memberikan kesan yang postif dan surat rasmi telah diutuskan kepada Professor Dr. Hazri

    Desa. Tempoh yang diambil untuk membina jalinan kerjasama ini ialah dua bulan. Hasrat

    pihak sekolah untuk menjayakan projek ini telah berhasil dan tiga buah drone telah diterima

    oleh pihak sekolah. Projek ini juga telah menerima sumbangan peruntukan kewangan

    sebanyak RM10,000 daripada ahli parlimen Kepala Batas. Kerjasama bersama pihak

    UniMaP ini masih berlangsung sehingga kini.

    Pelaksanaan Projek

    Antara aktiviti yang berjaya dikendalikn oleh Pilot Drone SKMS ialah mengenal pasti

    kerosakan yang terdapat di bumbung sekolah. Pilot Drone akan menerbangkan drone dan

    mengelilingi ruang udara bangunan sekolah. Berdasarkan imej yang boleh ditonton melalui

    drone tersebut, murid dapat mengenal pasti kerosakan yang terdapat di atas bumbung.

    Contoh kerosakan yang dikenal pasti ialah kerosakan gutter. Hasil pemerhatian tersebut

    telah membantu pihak sekolah untuk menukar gutter yang baharu.

  • 40

    2018 KOMPILASI AMALAN TERBAIK PENGURUSAN PERHUBUNGAN LUAR

    Keberkesanan Aktiviti

    Selepas dua bulan pelaksanaan projek ini, tinjauan terhadap murid dilakukan melalui

    penggunaan soal-selidik murid. Impak projek ini amat terkesan pada murid seperti yang

    terpapar dalam rajah di bawah.

    Rajah 2: Dapatan Sebelum Penggunaan Drone

    Rajah 3: Dapatan Selepas Penggunaan Drone

    25% 28%

    37%

    28%

    0%

    5%

    10%

    15%

    20%

    25%

    30%

    35%

    40%

    Murid minat menganalisis persekitaran

    sekolah

    Murid mempunyai sifat inkuiri

    terhadap keindahan sekolah

    Kemenjadian murid untuk membentang

    Kemahiran murid menganalisis data

    Sebelum Drone

    95% 96%

    90%

    92%

    87% 88% 89% 90% 91% 92% 93% 94% 95% 96% 97%

    Murid minat menganalisis persekitaran

    sekolah

    Murid mempunyai sifat inkuiri

    terhadap keindahan sekolah

    Kemenjadian murid untuk membentang

    Kemahiran murid menganalisis data

    Selepas Drone

  • 41

    2018 KOMPILASI AMALAN TERBAIK PENGURUSAN PERHUBUNGAN LUAR

    Kekuatan Projek

    Projek ini mendapat sokongan yang jitu daripada pihak pentadbir sekolah dan ibu bapa

    murid. Sokongan ini sangat penting dan menjadi sumber kekuatan yang telah

    menyemarakkan semangat guru dan murid dalam menjayakan projek ini.

    Cabaran Pelaksanaan Projek

    Projek ini menghadapi cabaran apabila pihak sekolah masih belum mempunyai drone yang

    sesuai kerana penggunaan drone yang sesuai memerlukan kos yang tinggi. Walaupun

    pihak UniMaP sedia bekerjasama namun kekangan jarak yang jauh dari SKMS dengan

    UniMaP menyebabkan aktiviti sumbangan kepakaran pihak UniMaP dalam aktiviti murid

    agak sukar dilaksanakan.

    Cadangan

    SKMS sentiasa mengintai peluang agar pihak yang berkepakaran dan mampu

    menyumbang akan membuka ruang dan peluang untuk pihak SKMS menjalankan aktiviti

    berasaskan drone seperti yang terkadung dalam Revolusi Perindustrian 4.0

    Kesimpulan

    Projek ini amat sesuai diterapkan untuk murid sekolah rendah kerana projek ini mampu

    melatih murid untuk menghargai dan cintakan alam sekitar.

  • 42

    2018 KOMPILASI AMALAN TERBAIK PENGURUSAN PERHUBUNGAN LUAR

    LAMPIRAN

    Murid-murid bersama drone masing-masing.

    Guru membimbing pelaksanaan aktiviti.

  • 43

    2018 KOMPILASI AMALAN TERBAIK PENGURUSAN PERHUBUNGAN LUAR

    Projek 6

    PENGKOMPOSAN-„KEYHOLE GARDEN’

    Leong Sook Luan Nurul Asni Azreena Kee binti Abdullah

    SJK (C) Kwang Hwa, Sg Nibong, Pulau Pinang

    Bidang Fokus

    Projek ini memfokuskan bidang kokurikulum dan kurikulum.

    Pengenalan Projek

    Projek „Keyhole Garden‟ merupakan idea bercucuk tanam berbentuk lubang kunci. Batu-

    bata disusun sebagai penghadang dan diisi tanah hitam agar membentuk landskap untuk

    berkebun. Di tengah-tengah taman itu diletakkan lingkaran dawai „keyhole‟ yang diisi

    dengan dedaun kering, ranting pokok dan rumput yang berfungsi sebagai baja organik atau

    kompos. Tanaman akan menyerap sisa organik daripada „keyhole‟ itu.

    Latar Belakang Sekolah

    Sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi dan Sekolah Kluster Kecemerlangan, SJKC Kwang

    Hwa sering melibatkan murid dan guru dalam program kemasyarakatan secara aktif.

    Penglibatan pelbagai aktiviti sebagai program penanda aras usaha meningkatkan

    kesedaran warga sekolah dan masyarakat terhadap isu alam sekitar. Selain dapat

    membantu menjalankan kerja kemasyarakatan, penglibatan pihak luar dapat membentuk

    pelajar menjadi anggota masyarakat yang prihatin terhadap isu alam sekitar. Antara

    program yang telah disertai adalah seperti Program Kitar Semula, Program “Go Green”,

    Program Menanam Pokok dan lain-lain.

    Isu yang dikenalpasti dan perlu ditambahbaik

    Sebagai sebuah sekolah bandar, kekangan kawasan landskap merupakan fenomena yang

    diketahui umum. Program mesra alam perlu dilaksanakan di sekolah sebagai satu usaha

    menghijaukan kawasan selain memelihara persekitarannya.

  • 44

    2018 KOMPILASI AMALAN TERBAIK PENGURUSAN PERHUBUNGAN LUAR

    Analisis Keperluan Projek

    Projek pengkomposan “Keyhole Garden” dilihat sebagai suatu inisiatif yang wajar diterokai

    bagi mewujudkan iklim pembelajaran yang selaras dengan isu global. Projek ini bertujuan

    untuk menceria serta membuat penambahbaikan pada landskap dan kebun yang sedia ada

    di samping mengindahkan lagi perkarangan sekolah.

    Objektif Projek

    Berdasarkan Anjakan 9 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 yang

    telah dilancarkan pada Oktober 2013, penglibatan ibu bapa, komuniti, sektor swasta dan

    masyarakat sebagai rakan kongsi dapat membantu pembelajaran murid serta memberi

    sumbangan kepakaran untuk kemajuan sekolah. Penglibatan semua pihak berkepentingan

    ini akan mewujudkan ekosistem pembelajaran yang memperkukuhkan pengajaran ilmu,

    kemahiran dan nilai kepada murid. Tidak dapat dinafikan bahawa penglibatan pihak luar

    telah banyak menyumbang tenaga dalam menjayakan program sekolah. Projek

    pengkomposan Keyhole Garden merupakan salah satu program yang disarankan untuk

    melahirkan generasi yang menghargai alam sekitar dan mengenali sistem pengkomposan.

    Inisiatif Projek

    Proses Membina Hubungan dengan Pihak Luar

    Dalam usaha menjalin hubungan dengan pihak luar, Penubuhan “Love Vision”, pihak

    sekolah sentiasa mengamalkan sikap terbuka terhadap cadangan dan pandangan daripada

    pihak luar agar aktiviti dan program sekolah dapat berjalan lancar. Segala kritikan yang

    membina akan diguna pakai setelah perbincangan dan penelitian bersama pihak

    berkepentingan. Persefahaman dan keserasian bersama pihak luar memudahkan

    pelaksanaan projek pengkomposan.

    Pelaksanaan Projek

    Kerja-kerja projek dimula dengan membina dinding taman penanaman dengan

    menggunakan batu bata. Diameter optimumnya adalah kira-kira dua meter. Lapisan bawah

    taman penanaman diisi dengan kadbod, surat khabar, dan bahan komposit lain. Tambah

    lapisan tambahan dengan daun, ranting kecil, rumput, dan bahan organik lain. Selepas siap,

    siramkan lapisan itu. Lapisan atas taman penanaman mestilah terdiri daripada tanah dan

  • 45

    2018 KOMPILASI AMALAN TERBAIK PENGURUSAN PERHUBUNGAN LUAR

    kompos yang baik. Dawai besi telah digunakan untuk membentuk lingkaran dawai.

    Lingkaran tersebut akan berfungsi sebagai tong kompos. Lingkaran itu bersaiz kira-kira

    setengah meter lebar dan satu meter tinggi. Lingkaran diletak di tengah bulatan. Isikan

    lingkaran kompos dengan sisa makanan organik dan bahan lain.

    Bahan-bahan daripada sisa makanan organik adalah seperti sisa-sisa sayuran

    mentah, hampas kopi, kulit telur, kulit pisang, kulit buah-buahan, rumput, dan sebagainya.

    Selepas satu atau dua bulan, paras tanah akan turun sedikit disebabkan oleh mendapan

    lapisan bawah taman penanaman. Justeru, tanah hitam perlu ditambah sebelum aktiviti

    penanaman sayur-sayuran dimulakan.

    Pencapaian Projek

    Projek pengkomposan telah menampakkan hasilnya yang memberangsangkan walaupun

    tempoh pelaksanaannya agak singkat. Kaedah pengkomposan ini sesuai untuk tempat yang

    panas dan kering seperti padang sekolah. Penglibatan murid yang aktif dan sokongan

    daripada pihak dalaman dan pihak luar merupakan komitmen yang amat diperlukan untuk

    menjalankan projek ini. Diharapkan projek ini akan memupuk amalan mesra alam dalam

    kalangan murid dan melahirkan murid yang mementingkan kesejahteraan alam sekitar.

    Sementara itu, kemenjadian murid bukan hanya melihat kepada akademik sahaja tetapi

    dilihat nilai sahsiah dalam diri dan kepimpinan murid. Murid telah diberi peluang untuk

    memberi penerangan kepada murid-murid lain dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Cina.

    Melalui program ini, program lain seperti Program HIP dan “Speakers’ Corner” juga dapat

    dijalankan bersama. Ini kerana “Speakers’ Corner” boleh berlaku di mana-mana tempat

    dalam sekolah.

    Kekuatan Projek

    Projek Keyhole Garden menggunakan kaedah mesra alam. Reka bentuknya tidak

    memerlukan kos yang tinggi. Selain itu, projek ini berkonsepkan teknologi jimat kos buruh.

    Proses pengkomposan akan menjadikan tanah lebih subur dan dapat mengekalkan

    kelembapan tanah. Kekerapan pengairan dapat dikurangkan. Di samping itu, pengeluaran

    sayur sepanjang tahun dapat dinikmati.

  • 46

    2018 KOMPILASI AMALAN TERBAIK PENGURUSAN PERHUBUNGAN LUAR

    Cabaran Pelaksanaan Projek

    Dalam tempoh pelaksanaan projek pengkomposan, sumber tenaga amat diperlukan untuk

    mengendalikan dan menguruskan taman penanaman. Walaupun sekumpulan murid telah

    ditugaskan untuk menjalankan aktiviti menanam, menyiram dan membersihkan rumput di

    taman penanaman, namun masalah pengurusan akan timbul terutamanya pada musim cuti

    sekolah. Tambahan pula, pemantauan sepanjang proses pereputan sisa bersifat berterusan

    kerana kemungkinan besar bahan-bahan sisa bertakung air ketika musim hujan.

    Cadangan Penambahbaikan

    Bagi memastikan masalah pengurusan projek tidak membantutkan usaha murni, pihak

    sekolah telah menemui jalan penyelesaian dengan mendapatkan bantuan tukang kebun

    agar penjagaan taman penanaman diuruskan dengan sempurna pada musim cuti sekolah.

    Kesimpulan

    Pihak sekolah merakamkan jutaan terima kasih kepada Kumpulan Love Vision yang banyak

    membantu sekolah kami untuk mendirikan tapak pengkomposan di halaman sekolah.

    Perkongsian ilmu tentang pengkomposan telah mencelikkan minda warga sekolah tentang

    kepentingan kaedah pengkomposan untuk menghijaukan kawasan sekolah. Berbanding

    dengan tapak pengkomposan yang biasa, Keyhole Garden mempunyai kelebihan dalam

    nilai estatika. Cara pengkomposan ini juga menjadi lebih seronok kerana tapak ini telah

    menjadi hiasan sekolah. Keyhole Garden bukan sahaja dapat mendatangkan manfaat dari

    segi penghasilan baja organik, malah dapat menarik minat murid-murid dan warga sekolah

    untuk terus menjayakan projek ini.

  • 47

    2018 KOMPILASI AMALAN TERBAIK PENGURUSAN PERHUBUNGAN LUAR

    LAMPIRAN

    Gambar-Gambar Projek Pengkomposan Keyhole Garden

  • 48

    2018 KOMPILASI AMALAN TERBAIK PENGURUSAN PERHUBUNGAN LUAR

    Murid-murid pencinta alam sedang membantu menyiapkan “Keyhole Garden”.

  • 49

    2018 KOMPILASI AMALAN TERBAIK PENGURUSAN PERHUBUNGAN LUAR

    Sekumpulan sukarelawan mengenal pasti tapak pengkomposan dan memulakan kerja-kerja pembinaan “Keyhole Garden”.

  • 50

    2018 KOMPILASI AMALAN TERBAIK PENGURUSAN PERHUBUNGAN LUAR

    Murid-murid menyemai dan menanam sayur.

  • 51

    2018 KOMPILASI AMALAN TERBAIK PENGURUSAN PERHUBUNGAN LUAR

    Aktiviti-aktiviti menyiram, merumput dan menggembur tanah.

    Berbudi pada tanah, pasti akan mendapat hasilnya”. Para guru dan murid-murid berkongsi kegembiraan memetik hasil tanaman.

  • 52

    2018 KOMPILASI AMALAN TERBAIK PENGURUSAN PERHUBUNGAN LUAR

    Sekalung budi buat sukarelawan, para guru dan murid-murid yang bertungkus-lumus merealisasikan matlamat “Keyhole Garden”.

  • 53

    2018 KOMPILASI AMALAN TERBAIK PENGURUSAN PERHUBUNGAN LUAR

    Projek 7

    SEKOLAHKU INDAH

    Roslina binti Rasli

    Sekolah Kebangsaan Taman Jelutong, Kulim, Kedah

    Bidang Fokus

    Hal Ehwal Murid (Unit 3K)

    Pengenalan Projek

    Sekolah Kebangsaan Taman Jelutong (SKTJ) telah mengadakan Projek Sekolahku Indah.

    Projek ini di bawah anjuran Malaysia's People's Progressive Party (myPPP) Bahagian Kulim

    Bandar Baharu dengan kerjasama Majlis Pebandaran Kulim Kedah (MPKK), PIBG dan

    sekolah yang berupaya memberi kesedaran kepada semua pihak tentang kebersihan dan

    keceriaan kawasan persekitaran sekolah yang perlu dititikberatkan.

    Sepertimana program gotong royong yang diadakan sebelum ini, Projek

    Sekolahku Indah juga turut melibatkan usaha padu seluruh warga sekolah yang terdiri

    daripada para guru, staf-staf sokongan serta para ibu bapa.

    Fokus utama bagi projek ini adalah keceriaan kawasan hadapan pejabat sekolah

    dan kelas di bawah bimbingan guru kelas masing-masing. Setiap kelas dikehendaki untuk

    memastikan segala kemudahan yang berada dalam kelas termasuk kerusi dan meja pelajar

    berada pada keadaan terbaik. Setiap kelas juga perlu mengemaskini papan notis kelas

    masing-masing dengan maklumat-maklumat yang diperlukan. Kawasan-kawasan lain yang

    turut terlibat dalam projek ini adalah:

    a) Kawasan depan pejabat

    b) Kantin

    c) Kawasan pra sekolah

    d) Susun atur meja belakang sekolah

    e) Bukit pagar

    f) Kawasan menunggu murid sekolah

    g) Kawasan luar sekolah

    Tem

    a H

    al E

    hwal

    Mur

    id

  • 54

    2018 KOMPILASI AMALAN TERBAIK PENGURUSAN PERHUBUNGAN LUAR

    Latar Belakang Sekolah

    Sejak ditubuhkan pada tahun 2004, elemen keceriaan bukan menjadi fokus utama SKTJ. Di

    tambah pula dengan faktor kewangan yang terhad dan hanya terbatas untuk belanja

    mengurus sahaja menyebabkan aspek keceriaan tidak dititikberatkan.

    Selain itu juga, wujud kekangan dalam kalangan warga sekolah khususnya guru

    daripada segi masa dan peruntukan. Tuntutan tugas guru yang banyak dan tidak tentu

    masa juga turut menyumbang kepada masalah tersebut. Pekerja kebersihan juga kurang

    berminat dan kurang mahir dengan kaedah untuk menceriakan kawasan sekolah.

    Pada 5 Februari 2016, Puan Roslina binti Rasli menjadi Guru Besar perempuan

    yang pertama mentadbir SKTJ dan telah mula berusaha dan mengambil inisiatif untuk

    menceriakan kawasan sekolah. Pada peringkat permulaan, beliau memberi fokus terhadap

    keceriaan bilik Guru Besar, pejabat dan bilik-bilik khas dengan menggunakan peruntukan

    dan sumbangan pihak tertentu yang dikumpulkan.

    Isu yang Dikenalpasti dan Perlu Ditambahbaik.

    a) Tiada peruntukan wang khas yang di terima oleh pihak sekolah untuk tujuan membeli

    pokok bunga dan peralatan keceriaan.

    b) Pekerja dan warga sekolah tidak mempunyai kemahiran berkebun dan tidak terdedah

    dengan ilmu lanskap serta minat yang kurang.

    c) Bentuk muka bumi yang berbukit serta struktur tanah yang tidak subur tidak

    menggalakkan pertumbuhan pokok yang subur

    Analisa Keperluan Projek

    Bertitik tolak daripada isu tersebut maka pihak sekolah telah mengambil inisiatif untuk

    berkolaboratif bersama myPPP, PIBG dan MPKK untuk tujuan mendapatkan dana dan

    khidmat tenaga mahir daripada agensi tersebut bagi menjayakan projek ini.

    Matlamat Projek

    a) Menyuburkan dan memupuk nilai murni untuk menjaga kebersihan dan keceriaan

    persekitaran sekolah.

    b) Memastikan sekolah sentiasa bersih, ceria dan selamat untuk pembelajaran murid

    dan pengajaran guru.

  • 55

    2018 KOMPILASI AMALAN TERBAIK PENGURUSAN PERHUBUNGAN LUAR

    c) Meningkat keprihatinan, kerjasama dan penglibatan komuniti dalam program

    kebersihan dan keceriaan sekolah khasnya penglibatan PIBK dengan aktiviti sekolah.

    Inisiatif Projek

    Proses Membina Hubungan dengan Pihak Luar

    Pihak sekolah telah menjalinkan hubungan yang erat dengan Majlis Perbandaran Kulim

    (MPKK) sejak tahun 2016 lagi. Pihak MPKK telah banyak membantu dan bekerjasama

    dengan pihak sekolah baik dari segi kewangan, pinjaman peralatan untuk kegiatan sekolah

    dan sebagai timbal balik, sekolah turut dijemput menjayakan program yang dianjur oleh

    MPKK. Pihak MPKK, PIBG, myPPP sering menyumbangkan tenaga kerja bagi program 3K

    iaitu keceriaan, keselamatan dan kesihatan SKTJ. Agensi luar ini sentiasa sedia dihubungi

    melalui panggilan telefon, aplikasi whatapps, surat menyurat mahupun secara bersemuka.

    Pelaksanaan Projek

    a) Sekolah telah melancarkan Kempen 1 Murid 1 Pokok hiasan. Pokok –pokok tersebut

    dikumpulkan dan dikelaskan mengikut kawasan untuk ditanam. Hampir 70% mu