konsep mukhalafatuhu l a -h m s m jawharah al … filedalil naqli dan caqli di sisi imam al-laqani...

14
KONSEP MUKHALAFATUHU LI AL-HAWADITH MENURUT SHURRAH MATAN JAWHARAH AL-TAWHID MUHAMMAD NASRI HASSAN BASRI, MOHD HASRUL SHUHARI & ENGKU IBRAHIM ENGKU WOK ZIN Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, Universiti Sultan Zainal Abidin Abstrak: Sebahagian besar kajian dalam perbahasan akidah yang telah dilakukan sebelum ini banyak menumpukan lebih kepada isu-isu besar yang telah berlaku di dalam ruang lingkup perbicangan isu-isu akidah Islam seperti pertembungan pelbagai aliran yang mengaku membawa panji ahl al-Sunnah wa al- Jama c ah yang sebenar namun pada hakikatnya tidak semua daripada golongan ini benar-benar berada di atas landasan yang telah digariskan sebagai firqah al-najiyah oleh Baginda SAW. Kebanyakan golongan yang mendakwa merekalah golongan yang disebut oleh Baginda SAW ini, telah melakukan kesalahan serta penyelewengan terhadap pemahaman akidah Islamiyyah yang bersumberkan pemahaman yang benar daripada al-Quran dan al-Sunnah. Tambahan pula, telah wujud dalam masyarakat Islam kita pada hari ini golongan yang bersemangat menyeru masyarakat kembali kepada al-Quran dan al-Sunnah, tanpa perlu mengambil kira kepentingan ulama dan mazhab. Bahkan, hasil daripada seruan ini, telah muncul kembali individu-individu yang silap memahami isu-isu akidah Islam khususnya isu tentang sifat-sifat Allah SWT. berdasarkan al-Quran dan al-Sunnah. Oleh itu, kajian ini merupakan satu kajian mengenai pemahaman salah satu sifat yang wajib bagi Allah SWT iaitu sifat mukhalafatuhu li alhawadith menurut shurrah matan Jawharah al-Tawhid. Kajian ini dilakukan bagi memperjelaskan konsep sifat mukhalafatuhu li al-hawadith berdasarkan pandangan al„Imam Ibrahim bin Hasan al -Laqani menerusi matan Jawharah al-Tawhid dan syarahnya serta ulama-ulama lain yang datang setelahnya yang telah mensharahkan matan ini menerusi kitab-kitab syarah mereka. Fokus kajian ini adalan penelitian serta perincian pegangan ahl al-Sunnah wa al-Jama c ah terhadap sifat mukhalafatuhu li al-hawadith berdasarkan dalil naqli dan c aqli di sisi Imam al-Laqani serta pandangan para ulama yang telah mensyarahkan matan yang telah ditulis oleh beliau. Selain itu, kajian ini juga dilakukan untuk menilai dan menjelaskan iktikad ahl al-Sunnah wa al-Jama c ah dalam mentafsir sifat mukhalafatuhu li al-hawadith serta golongan lain yang menyimpang daripada fahaman ahl al-Sunnah wa al-Jama c ah seperti golongan Muktazilah, Mujassimah, Hasywiyyah dan yang seumpama dengannya. Kata kunci: Mukhalafatuhu li al-hawadith, Ibrahim al-Laqani, Jawharah al-Tawhid, Shurrah matan Jawharah al-Tawhid PENGENALAN Kajian ini didasari dengan penjelasan terhadap konsep mukhalafatuhu li al-hawadith menurut para ulama yang mensyarahkan matan Jawharah al-Tawhid. Sandaran ulama yang menjadi rujukan penulis adalah seperti al-Shaykh c Abd al-Salam al-Laqani, al-Shaykh Ahmad al-Sawi, al-Shaykh c Ali al-Tamimi al-Safaqisi dan lain-lain menerusi karya-karya yang telah mereka hasilkan. Karya-karya ini jelas membuktikan kebenaran pendekatan al-Laqani dalam menjelaskan prinsip akidah menurut ahl al-Sunnah wa al-Jama c ah. Sehingga ke hari ini, masih terdapat karya-karya sarjana Islam kontemporari yang mengetengahkan segala intipati di dalam matan Jawharah al-Tawhid. Perkara ini dapat dibuktikan melalui kitab-kitab yang ditulis oleh ulama kontemporari seperti karya al-Mukhtasar al-Mufid fi Sharh Jawharah al-Tawhid karangan al-Shaykh Nuh c Ali Sulayman al-Qudah. Pada bab ini, penulis akan mengetengahkan latar belakang Imam al-Laqani sebagai pengarang terhadap matan Jawharah al-Tawhid. Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam 2018 Penyunting: Rahimah Embong, Hanif Md Lateh @ Junid, Mustafa Che Omar, Mohamad Zaidin Mohamad & Abdul Hakim Abdullah eISBN 978-967-2231-03-5 (2018), http: //www.unisza.edu.my/medc2018

Upload: lethuan

Post on 20-May-2019

246 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

| Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam, 7-8 November 2018 |

889 | MEDC 2018

KONSEP MUKHALAFATUHU LI AL-HAWADITH MENURUT SHURRAH MATAN

JAWHARAH AL-TAWHID

MUHAMMAD NASRI HASSAN BASRI, MOHD HASRUL SHUHARI

& ENGKU IBRAHIM ENGKU WOK ZIN

Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, Universiti Sultan Zainal Abidin

Abstrak: Sebahagian besar kajian dalam perbahasan akidah yang telah dilakukan sebelum ini banyak

menumpukan lebih kepada isu-isu besar yang telah berlaku di dalam ruang lingkup perbicangan isu-isu

akidah Islam seperti pertembungan pelbagai aliran yang mengaku membawa panji ahl al-Sunnah wa al-

Jamacah yang sebenar namun pada hakikatnya tidak semua daripada golongan ini benar-benar berada di

atas landasan yang telah digariskan sebagai firqah al-najiyah oleh Baginda SAW. Kebanyakan golongan

yang mendakwa merekalah golongan yang disebut oleh Baginda SAW ini, telah melakukan kesalahan

serta penyelewengan terhadap pemahaman akidah Islamiyyah yang bersumberkan pemahaman yang

benar daripada al-Quran dan al-Sunnah. Tambahan pula, telah wujud dalam masyarakat Islam kita pada

hari ini golongan yang bersemangat menyeru masyarakat kembali kepada al-Quran dan al-Sunnah, tanpa

perlu mengambil kira kepentingan ulama dan mazhab. Bahkan, hasil daripada seruan ini, telah muncul

kembali individu-individu yang silap memahami isu-isu akidah Islam khususnya isu tentang sifat-sifat

Allah SWT. berdasarkan al-Quran dan al-Sunnah. Oleh itu, kajian ini merupakan satu kajian mengenai

pemahaman salah satu sifat yang wajib bagi Allah SWT iaitu sifat mukhalafatuhu li alhawadith menurut

shurrah matan Jawharah al-Tawhid. Kajian ini dilakukan bagi memperjelaskan konsep sifat

mukhalafatuhu li al-hawadith berdasarkan pandangan al„Imam Ibrahim bin Hasan al-Laqani menerusi

matan Jawharah al-Tawhid dan syarahnya serta ulama-ulama lain yang datang setelahnya yang telah

mensharahkan matan ini menerusi kitab-kitab syarah mereka. Fokus kajian ini adalan penelitian serta

perincian pegangan ahl al-Sunnah wa al-Jamacah terhadap sifat mukhalafatuhu li al-hawadith berdasarkan

dalil naqli dan caqli di sisi Imam al-Laqani serta pandangan para ulama yang telah mensyarahkan matan

yang telah ditulis oleh beliau. Selain itu, kajian ini juga dilakukan untuk menilai dan menjelaskan iktikad

ahl al-Sunnah wa al-Jamacah dalam mentafsir sifat mukhalafatuhu li al-hawadith serta golongan lain yang

menyimpang daripada fahaman ahl al-Sunnah wa al-Jamacah seperti golongan Muktazilah, Mujassimah,

Hasywiyyah dan yang seumpama dengannya.

Kata kunci: Mukhalafatuhu li al-hawadith, Ibrahim al-Laqani, Jawharah al-Tawhid, Shurrah matan

Jawharah al-Tawhid

PENGENALAN

Kajian ini didasari dengan penjelasan terhadap konsep mukhalafatuhu li al-hawadith menurut

para ulama yang mensyarahkan matan Jawharah al-Tawhid. Sandaran ulama yang menjadi

rujukan penulis adalah seperti al-Shaykh cAbd al-Salam al-Laqani, al-Shaykh Ahmad al-Sawi,

al-Shaykh cAli al-Tamimi al-Safaqisi dan lain-lain menerusi karya-karya yang telah mereka

hasilkan. Karya-karya ini jelas membuktikan kebenaran pendekatan al-Laqani dalam

menjelaskan prinsip akidah menurut ahl al-Sunnah wa al-Jamacah. Sehingga ke hari ini, masih

terdapat karya-karya sarjana Islam kontemporari yang mengetengahkan segala intipati di dalam

matan Jawharah al-Tawhid. Perkara ini dapat dibuktikan melalui kitab-kitab yang ditulis oleh

ulama kontemporari seperti karya al-Mukhtasar al-Mufid fi Sharh Jawharah al-Tawhid

karangan al-Shaykh Nuh cAli Sulayman al-Qudah. Pada bab ini, penulis akan mengetengahkan

latar belakang Imam al-Laqani sebagai pengarang terhadap matan Jawharah al-Tawhid.

Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam 2018

Penyunting: Rahimah Embong, Hanif Md Lateh @ Junid, Mustafa Che Omar, Mohamad Zaidin Mohamad & Abdul Hakim Abdullah

eISBN 978-967-2231-03-5 (2018), http: //www.unisza.edu.my/medc2018

| Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam, 7-8 November 2018 |

890 | MEDC 2018

Kemudian, penulis akan membahaskan pula penjelasan konsep sifat mukhalafatuhu li al-

hawadith menurut pandangan beliau serta pandangan beberapa orang tokoh dan diakhiri dengan

sebuah kesimpulan.

LATAR BELAKANG IMAM IBRAHIM AL-LAQANI

Nama, Nasab Dan Gelaran Imam al-Laqani

Menurut Marwan Husayn Muhammad (2009 : 13), nama penuh beliau adalah Ibrahim bin

Ibrahim bin Hasan bin cAli bin cAli bin cAbd al-Quddus bin al-Wali al-Shahir Muhammad bin

Harun. Beliau merupakan salah seorang imam yang menjadi rujukan umat Islam pada

zamannya. Para ulama Islam yang sezaman dengannya sentiasa menjadikan beliau sebagai

tempat rujukan dalam fatwa-fatwa agama serta permasalahan-permasalahan agama. Kenyataan

ini hampir dinyatakan pada kesemua karya syarah terhadap matan Jawharah al-Tawhid.

Menurut cAbd al-Fattah (1999 : 11) al-Laqani merupakan ulama yang berjaya menghimpunkan

antara syariat dan hakekat serta dianugerahi dengan karamah daripada Allah SWT.

Menurut al-Zabidi (2009 : 13) gelaran al-Laqani pada nama beliau merujuk kepada

tempat kelahirannya iaitu Laqanah. Laqanah merupakan sebuah perkampungan di Mesir.

Sebutan yang betul pada sandarannya ini adalah al-Laqani iaitu tanpa shaddah pada sebutan

huruf qaf, dan bukannya al-Laqqani dengan shaddah pada sebutan huruf qaf.

Guru-Guru Serta Murid-Murid Imam Al-Laqani

Al-Laqani merupakan ulama yang menjadi rujukan ketika zamannya. Keilmuan beliau diwarisi

daripada para gurunya daripada segenap cabang ilmu. Menurut cAbd al-Fattah (1999 : 11)

antara guru-guru beliau daripada mazhab Maliki ialah ‘Abu al-Naja Muhammad bin Salim al-

Sanhuri, ‘Ahmad al-Minyawi dan cAbd al-Karim al-Burmuni. Manakala guru-guru beliau

daripada mazhab Shafi’i ialah Muhammad bin ‘Abi al-Hasan al-Bakri al-Siddiqi, al-‘Imam

Muhammad al-Ramli, pengarang Nihayah al-Muhtaj Sharh al-Minhaj dan ‘Ahmad bin Qasim

al-cIbadi. Daripada mazhab Hanafi pula, beliau berguru dengan cAli bin Ghanim al-Maqdisi dan

Muhammad al-Nahriri dan al-Al-Shaykh Umar bin Nujaym. Di samping itu, terdapat beberapa

tokoh sufi yang menjadi guru beliau seperti Ahmad al-Bulqini al-Waziri, Muhammad bin al-

Turjuma dan ‘Ahmad ‘Arb al-Sharnubi.

Al-Laqani juga mempunyai ramai anak murid yang majoritinya merupakan tokoh ulama

pada zaman mereka. Menurut Marwan Husayn (2009 : 15) antara anak murid beliau adalah

anak kandungnya sendiri iaitu cAbd al-Salam bin Ibrahim al-Laqani, al-Shams al-Babili, al-cAla’ al-Shabramallisi, Husayn al-Khafaji, Yusuf al-Fishi, Yasin al-cAlimi, Husayn al-Namawi,

Ahmad al-cAjami, Muhammad al-Kharashi al-Maliki dan lain-lain. Menurut cAbd al-Fattah

(1999 : 11) pada zaman Imam al-Laqani dikatakan tiada seorang ulama pun selain beliau yang

mempunyai anak murid yang begitu ramai.

Karya-karya Imam al-Laqani

Keilmuan Imam al-Laqani terbukti melalui karya-karyanya yang begitu masyhur. Kealimannya

bukan sahaja khusus di dalam ruang lingkup perbahasan akidah, bahkan meliputi dalam segenap

bidang ilmu. Menurut cAbd al-Fattah (1999 : 11) antara karya beliau yang masyhur adalah

Jawharah al-Tawhid, sebuah karya yang masyhur dalam perbahasan ilmu tauhid. Kemudian

karya cUmdah al-Murid li Jawharah al-Tawhid, salah sebuah karya syarah matan Jawharah al-

Tawhid. Karya ini juga disebut sebagai Sharh al-‘Akbar. Seterusnya, karya Talkhis al-Tajrid li cUmdah al-Murid, juga salah sebuah syarah matan Jawharah al-Tawhid yang dikenali sebagai

Sharh al-‘Awsat. Karya Hidayah al-Murid li Jawharah al-Tawhid, juga salah sebuah karya

yang mensyarahkan intipati matan Jawharah al-Tawhid dan karya ini juga dikenali dengan

Sharh al-‘Asghar. Seterusnya, karya Hashiyah cala Mukhtasar Khalil,Qada’ al-Witr fi Nizhah

al-Nazar fi Tawdih Tuhfah al-‘Athar dan Bahjah al-Mahafil bi al-Ta’rif bi Riwayat al-Shama’il.

| Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam, 7-8 November 2018 |

891 | MEDC 2018

Sebahagian karya beliau ini membuktikan ketinggian martabat keilmuan Imam al-Laqani

sebagai ulama yang menjadi rujukan umat Islam ketika zamannya.

Tarikh kewafatan Imam al-Laqani

Menurut Marwan Husayn (2009 : 17) Imam Ibrahim al-Laqani wafat pada tahun 1041 hijrah

setelah sekembalinya beliau daripada menunaikan ibadat haji. Berkenaan dengan tahun

kelahiran beliau, para ahli sejarah Islam tidak dapat menentukan secara pasti. Pada tahun itu

juga, telah wafat seorang lagi tokoh sarjana Islam iaitu al-Hafiz al-Kabir Abu al-cAbbas Ahmad

al-Maqqari.

MUKHALAFATUHU LI AL-HAWADITH MENURUT IMAM IBRAHIM AL-LAQANI

Imam al-Laqani mengambil pendekatan perbahasan kalamiyyah dalam mempertahankan akidah

menerusi nazam matan Jawharah al-Tawhid. Penggunaan nazam dalam menyampaikan ilmu

telah digunakan oleh sebilangan besar ulama Islam merangkumi pelbagai bidang ilmu.

Antaranya, nazam matan ‘Alfiyah ‘Ibn Malik dalam bidang nahu, nazam matan Sullam al-

Munawraq al-Ahdari dalam bidang ilmu mantik, nazam matan al-Kharidah al-Bahiyyah dalam

bidang akidah, nazam matan cAqidah al-cAwwam bagi al-Shaykh al-Marzuqi juga dalam bidang

akidah dan lain-lain lagi.

Konsep mukhalafatuhu li al-hawadith menurut al-Laqani adalah sama seperti konsep

yang difahami oleh ulama Islam yang telah hadir sebelumnya seperti Imam al-Dardir melalui

pendekatan ilmu sifat 20. Pendekatan ini merupakan suatu disiplin ilmu yang telah disusun rapi

oleh Imam al-Sanusi bersumberkan perbahasan-perbahasan akidah para ulama al-Asha’irah dan

al-Maturidiyyah menerusi pengasas kepada dua mazhab akidah ini iaitu Imam ‘Abu Hasan al-

Ashcari dan Imam ‘Abu Mansur al-Maturidi. Sejarah Islam membuktikan bahawa dua aliran

mazhab ini merupakan pegangan jumhur ulama Islam sejak zaman-berzaman.

Imam al-Laqani menjelaskan konsep mukhalafatuhu li al-hawadith menerusi nazam

matan Jawharah al-Tawhid sebagaimana berikut;

مخالف برهان هذا القدم وأنه لما ينال العدم

Maksudnya : Dan sesungguhnya Allah SWT bersalahan bagi setiap perkara yang menerima

ketiadaan, buktinya adalah (sabit atasNya) sifat qidam.

Matan ini disyarahkan sendiri oleh Imam al-Laqani (2009 : 329) sifat mukhalafatuhu li

al-hawadith adalah sifat ketiga di dalam perbahasan sifat salbiyyah yang membahaskan tentang

penafian jirmiyyah, caradiyyah, kulliyyah dan juz’iyyah atas Allah SWT. Keempat-empat

perkara tersebut merupakan sifat asasi bagi al-hawadith. Allah SWT mesti bersalahan dengan

al-hawadith serta segala perkara yang melaziminya. Al-hawadith adalah segala perkara baharu

iaitu perkara yang didahului dengan ketiadaan sebelum keberadaannya. Antara perkara yang

melazimi bagi al-hawadith ialah sesuatu yang berjirim, bercarad, berjisim, terkait dengan

zaman, bertempat dan berarah dengan salah satu daripada enam arah. Setiap perkara yang

melazimi al-hawadith adalah bersifat baharu. Segala yang bersifat baharu adalah ternafi secara

putus atas Allah SWT kerana telah sabit bagi Allah SWT bersifat dengan sifat qidam.

Dalil Allah SWT mesti bersifat dengan sifat mukhalafatuhu li al-hawadith adalah

merujuk kepada dalil Allah SWT mesti bersifat dengan sifat qidam. Misalnya, sesuatu yang

berjisim adalah termasuk dalam lingkungan al-hawadith kerana ia memerlukan kepada susunan

juzuk-juzuknya. Menurut Muhammad Hasanayn Makhluf (1920 : 10) jisim adalah sesuatu yang

tersusun daripada juzuk-juzuk jirim. Secara tidak langsung, dapat dikatakan bahawa sesuatu

jisim berhajat kepada penyusun juzuk-juzuk jisim tersebut. Sesuatu yang disusun pasti

didahului dengan ketiadaan iaitu ketika sebelum dilaksanakan penyusunannya. Dapat diketahui

juga bahawa keberadaan sesuatu jisim adalah ketika terlaksana penyusunannya. Selain itu,

dapat diketahui secara daruri bahawa zat yang menyusun juzuk-juzuk jisim pasti wujud terlebih

dahulu sebelum kewujudan sesuatu jisim tersebut. Di samping itu, keadaan ‘ketiadaan’ dan

| Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam, 7-8 November 2018 |

892 | MEDC 2018

‘keberadaan’ jisim pasti pula terkait dengan dua zaman iaitu zaman ketiadaannya dan zaman

keberadaannya. Mustahil atas zat Allah SWT itu adalah jisim berdasarkan dalil bahawa mesti

bagi Allah SWT bersifat dengan sifat qidam iaitu ternafi adanya permulaan kewujudan zat Allah

SWT. Sekaligus menunjukkan bahawa ternafi segala andaian tersebut. Allah SWT menyatakan

bahawa diriNya bersifat al-Ghani iaitu zat Yang Maha Kaya iaitu tidak sesekali berhajat kepada

sesuatu selainNya dalam apa jua sudut sekalipun. Hakikat ini dapat dibuktikan berdasarkan

firman Allah SWT di dalam al-Quran;

إلى الف قراء أنت م الناس أيها يا الحميد الغني ه و وللا للا

Surah al-Fatir (35) : 15

Maksudnya : Wahai manusia! Kamulah yang memerlukan Allah dan Allah Dialah Yang Maha

Kaya lagi Maha Terpuji.

Di samping itu, muncul shubhah yang mengatakan bahawa wujudnya persamaan antara

Allah SWT dengan makhlukNya seperti dikatakan Allah SWT bersifat dengan sifat ilmu dan

manusia juga bersifat dengannya. Begitu juga keadaannya terhadap sekalian sifat macani yang

lain. Menurut Sacid Ramadan al-Buti (1997 : 118) tidak benar bahawa dikatakan wujudnya

persamaan antara Allah SWT dengan manusia adalah berdasarkan kepada dua sebab, iaitu; [1]

apabila dinisbahkan segala sifat bagi Allah SWT, maka sekalian sifatNya adalah zati. Apabila

dinisbahkan kepada manusia, maka sekalian sifat tersebut adalah ghayr zati kerana pada

hakikatnya sifat-sifat itu adalah semata-mata limpahan ‘ilahiyyah yang dipinjamkan kepada

manusia. [2] Hakikat sekalian sifat macani Allah SWT adalah berlawanan dengan hakikat

sekalian sifat manusia. Hanya terdapat perkongsian pada penjenamaannya sahaja. Menurut

Nafis bin ‘Idris al-Banjari (t.t. : 9) di dalam al-Durr al-Nafis;

“…bahawasanya ‘akwan itu sekaliannya makhluk Allah Taala yakni mazharNya…”

Nafis al-Banjari menjelaskan bahawa hakikat makhluk itu sebagai mazharNya iaitu

tempat penzahiran wujud Allah SWT. Kenyataan ini menjelaskan bahawa makhluk ini adalah

alamat serta tanda bahawa mesti wujudnya Allah SWT sebagai Pencipta. Oleh yang demikian,

kriteria Pencipta dan kriteria ciptaanNya sudah pasti ada perbezaan. Akal yang sarih tidak

dapat membenarkan bahawa Allah SWT mempunyai persamaan dengan makhlukNya sehingga

boleh dihukumkan dengan sesuatu hukum sebagaimana hukum yang ditentukan bagi hakNya

sahaja. Dalam hal ini, al-Zarqani (1995 : 546) ada menyatakan;

أن هللا تعالى ليس يشبه خلقه حتى يكون حكمه كحكمهم في وجوب أن يكون له جهة من الجهات الست ما دام موجودا.

Maksudnya : Bahawasanya Allah SWT tidak menyerupai ciptaanNya sehingga boleh

dihukumkanNya sebagaimana hukumnya pada sudut mesti bahawa bagi (ciptaanNya) itu

berarah dengan salah satu daripada enam arah selama mana didapati wujudnya.

Dalam hal ini, Imam al-Laqani (2009 : 330) menyatakan bahawa wajib bagi Allah SWT

bersalahan dengan sekalian yang baharu sebagaimana firmanNya dalam surah al-Shura ayat 11;

البصير السميع وه و شيء كمثله ليس

Surah al- Shura (42) : 11

Maksudnya : Tidak ada seperti zatNya oleh sesuatu pun dan Dialah (Allah SWT) Yang Maha

Mendengar lagi Maha Melihat.

Lafaz shay’ di dalam ayat tersebut menunjukkan bahawa Allah SWT bersalahan dengan

sesuatu secara umum tanpa dikecualikan dengan apa-apa keadaan sekalipun. Ayat ini adalah

dalil naqli yang paling jelas. Dapat difahami konsep tanzih yang sebenar daripada ayat ini iaitu

al-tanzih al-kulli. Konsep tanzih ini menjelaskan penyucian secara menyeluruh terhadap segala

sifat kekurangan atas Allah SWT tanpa terkesan dengan kefahaman tactil. Menurut Khalil

Diryan (2008 :10) kefahaman konsep tanzih dapat difahami sebagaimana berikut;

| Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam, 7-8 November 2018 |

893 | MEDC 2018

هذه اآلية تفهم التنزيه الكلي ألن هللا تبارك وتعالى ذكر فيها لفظ شيء في سياق النقي والنكرة إذا أوردت في سياق النفي فهي

للشمول

Maksudnya : Ayat ini (ayat 11 surah al-Shura) memberi suatu kefahaman terhadap penyucian

secara menyeluruh kerana Allah SWT telah menyebut lafaz shay’ pada ayat ini dalam keadaan

penafian. Lafaz al-nakirah (lafaz shay’) pada ayat penafian akan memberi suatu kefahaman

secara menyeluruh.

Sebagaimana yang telah dinyatakan oleh penulis pada bab kedua, lafaz shay’ di dalam

ayat tersebut merujuk kepada jawhar dan carad. Perbahasan jawhar dan carad merupakan

cabang perbincangan di dalam ilmu maqulat al-casharah. Kedua-duanya merupakan al-jins al-cali di dalam perbincangan al-kulliyyat al-khams pada ilmu mantik. Kefahaman yang tinggi

terhadap perbahasan maqulat al-casaharah dan ilmu mantik menatijahkan pengetahuan tentang

lafaz shay’ di dalam ayat tersebut. Menurut cAwdullah Jiddan al-Hijazi (2016 : 65) al-jins al-cali adalah suatu jins yang tiada di atasnya oleh suatu jins yang lebih umum daripadanya dan di

bawahnya terdapat al-‘ajnas;

الجنس الذي ليس فوقه جنس وتحته أجناس وذلك مثل الجوهر فإنه ليس فوقه جنس أعم منه وتحته أجناس مثل الجسم النامي

والحيوان.

Maksudnya : (al-jins al-cali) adalah jins yang tiada di atasnya oleh suatu jins dan di bawahnya

terdapat ‘ajnas. Seperti misal al-jawhar bahawa tiada di atasnya oleh suatu jins yang lebih

umum daripadanya dan di bawahnya terdapat ‘ajnas seperti jisim yang bernyawa dan haiwan.

Oleh itu, apabila telah sabit bagi Allah SWT bersalahan dengan shay’ yang diertikan

sebagai jawhar dan carad, secara tidak langsung jelas menunjukkan bahawa Allah SWT tiada

persamaan dengan setiap sesuatu yang bersifat baharu. Jawhar dan carad adalah sifat asasi

yang paling umum bagi setiap perkara baharu. Keterangan inilah yang cuba diketengahkan oleh

Imam al-Laqani menerusi syarah matan Jawharah al-Tawhid. Menurut beliau, al-hawadith

pasti terdiri daripada sesuatu jisim, jawhar, carad, terkait dengan masa serta tempat, mempunyai

arah dan mempunyai batasan dan penghujung. Segala keadaan ini adalah termasuk di dalam

perkara-perkara yang mustahil bagiNya secara qatci. Di samping itu, Imam al-Laqani turut

mengetengahkan perbahasan berkenaan al-makan yang merupakan antara sifat asasi bagi

sesuatu jawhar atau jirim. Sesuatu jawhar pasti bertempat sama ada bertempat secara hakiki

ataupun majazi. Menurut Imam al-Laqani (2009 : 330) al-makan difahami sebagaimana

berikut;

وأن المكان فراغ أي خالء موهوم أو محقق يحله الجسم وتنفذ فيه أبعاده

Mkasudnya : Bahawasanya al-makan (tempat) itu adalah ruang kosong (faragh/khala’) sama

ada ruang kosong sangkaan atau sebenar. Memenuhi akan ruang tersebut oleh jisim dan berlaku

sekalian ‘abcad bagi jisim padanya.

Muhammad al-‘Itfihini (2009 : 332) menjelaskan ‘abcad sebagai ‘imtidadat al-jism iaitu

suatu ‘kepanjangan atau lanjutan’ bagi jisim, terdiri daripada panjang (al-tul), lebar (al-card)

dan tebal (al-cumuq). Imam al-Laqani menyatakan dalam Hidayah al-Murid bahawa segala

‘imtidad al-jism adalah mustahil atasNya secara putus. (Al-Laqani, 2009 : 330) Kenyataan

Imam al-Laqani dalam mendefinisikan al-makan adalah serupa sebagaimana dengan

pendefinisian tokoh-tokoh akidah yang lain. Menurut Khalil Diryan (2008 :10) beliau

menaqalkan beberapa pandangan ulama dalam mentakrifkan istilah al-makan. Antaranya

pentakrifan al-Raghib al-‘Asfahani di dalam al-Mufradat fi Gharib al-Qur’an iaitu al-makan

adalah suatu ruang yang dipenuhi oleh sesuatu. Definisi ini sama sebagaimana pendefinisian al-

Zabidi di dalam Taj al-cArus. Menurut Ahmad bin Hasan al-Bayadi di dalam ‘Isharah al-

Muram pula, al-makan adalah ruang kosong yang dipenuhi oleh suatu jisim. Definisi al-makan

dilihat lebih tepat dan terperinci menerusi pentakrifan Salamah al-Qadaci di dalam Furqan al-

Qur’an. Beliau mentakrifkan al-makan sebagai suatu ruang yang ditempati oleh jisim iaitu

sekadar diri jisim itu sahaja.( Khalil Diryan, 2008 :10) Justeru, dapat difahami dengan baik

bahawa Allah SWT tidak memerlukan kepada al-makan iaitu suatu tempat atau ruang bagi

| Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam, 7-8 November 2018 |

894 | MEDC 2018

keberadaan zatNya kerana sifat memerlukan tempat atau ruang ini adalah hakikat sifat al-

hawadith.

Secara kesimpulan, penjelasan Imam al-Laqani pada membahaskan tentang sifat

mukhalafatuhu li al-hawadith begitu terperinci. Beliau membicarakan tentang sifat ini dengan

mendatangkan dalil-dalil naqli dan caqli sebagai suatu pembuktian dalam mensabitkan sifat

mukhalafatuhu li al-hawadith bagi Allah SWT. Penulis mengetengahkan pula beberapa

pendapat ulama sebagai suatu pengukuhan dalam kefahaman sifat mukhalafatuhu li al-hawadith

di sisi Imam al-Laqani di dalam matan Jawharah al-Tawhid. Penjelasan terhadap konsep sifat

mukhalafatuhu li al-hawadith akan diketahui dengan lebih terperinci menerusi pencerahan

beberapa tokoh ulama dalam mensyarahkan matan tersebut sebagaimana yang akan dinyatakan

oleh penulis pada subtopik berikutnya.

MUKHALAFATUHU LI AL-HAWADITH MENURUT SHURRAH MATAN JAWHARAH

AL-TAWHID

Penulis akan mengetengahkan beberapa pandangan ulama yang telah mensyarahkan matan

Jawharah al-Tawhid. Penjelasan ini akan hanya memberi tumpuan terhadap kupasan sifat

mukhalafatuhu li al-hawadith di sisi mereka. Penulis akan menyatakan pandangan beberapa

tokoh ulama menerusi karya-karya mereka seperti kitab Taqrib al-Bacid ila Jawharah al-

Tawhid bagi cAli ibn Muhammad al-Tamimi, kitab Sharh al-Sawi cala Jawharah al-Tawhid

bagi ‘Ahmad ibn Muhammad al-Maliki al-Sawi, kitab Tuhfah al-Murid Sharh Jawharah al-

Tawhid bagi al-‘Imam ‘Ibrahim al-Bayjuri, dan kitab Hashiyah ‘Ibn al-‘Amir cala Ithaf al-

Murid Sharh Jawharah al-Tawhid bagi Muhammad ibn Muhammad al-Sanbawi al-‘Azhari

Penjelasan menurut kitab Taqrib al-Bacid ila Jawharah al-Tawhid bagi cAli ibn

Muhammad al-Tamimi

Menurut al-Shaykh cAli ibn Muhammad al-Tamimi di dalam Taqrib al-Bacid, sifat

mukhalafatuhu li al-hawadith didefinisikan sebagai ternafi jirmiyyah dan caradiyyah atas Allah

SWT. Beliau menambah kenyataan ini dengan bahawa Allah SWT bukanlah jirim yang

menempati ruang kosong dan bukan juga carad yang menumpang pada jirim. Tidak disifatkan

bagi Allah SWT itu dengan sifat gerak, diam, berkait dengan tempat serta zaman, dan

mempunyai arah seperti arah depan, belakang, kiri, kanan, atas dan bawah. Menurut al-Zabidi

di dalam Taj al-cArus sebagaimana dinukilkan oleh Khalil Diryan (2008 : 10) arah itu adalah al-

makan iaitu tempat. Kesemua kriteria tersebut adalah sifat-sifat al-hawadith. Seterusnya, al-

Shaykh al-Tamimi menyatakan pula bahawa Maha Suci Allah SWT daripada terkait dengan

kayf. Kayf merupakan cabang perbahasan dalam ilmu maqulat al-casharah yang merupakan

perbahasan khusus tentang sifat-sifat makhluk. Perbahasan maqulat al-kayf dibahagi kepada

empat jenis iaitu al-kayfiyyah al-mahsusah seperti warna merah, al-kayfiyyah al-nafsaniyyah

seperti sifat sihat, al-kayfiyyah al-isticdadiyyah seperti sifat keras dan al-kayfiyyah al-

kammiyyah seperti berbentuk empat segi. Kesemua jenis kayf ini adalah ternafi atas Allah

SWT. Al-Husayn bin Muhammad (2005 : 75) menaqalkan sebahagian pandangan al-

muhaqqiqin;

Maksudnya : Sebahagian mereka (al-muhaqqiqin) telah berkata bahawa sesiapa yang

meninggalkan empat perkara maka sempurnalah tauhidnya iaitu kayf, mata, ‘ayna dan kamm.

Pertama adalah soalan berkenaan dengan al-kayfiyyah dan jawapannya bahawa tiada yang

menyerupaiNya oleh sesuatupun. Kedua, soalan berkenaan dengan zaman dan jawapannya

ialah Allah SWT tidak terkait dengan masa. Ketiga, soalan berkenaan dengan tempat dan

jawapannya ialah Allah SWT tidak terkait dengan tempat bagi keberadaanNya. Keempat,

soalan berkenaan dengan bilangan dan jawapannya ialah Allah SWT itu Esa.

Hakikat zat dan sifat-sifat Allah SWT yang qadim tidak dapat diketahui oleh sekalian

makhluk. Hanya diketahui sekadar apa yang dikhabarkan menerusi firman-firman Allah SWT

di dalam al-Quran serta hadis-hadis Nabi SAW. Pengenalan makhluk terhadap tuhannya

mempunyai suatu batasan, sehingga dikatakan bahawa ain makrifah kepada Allah SWT adalah

| Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam, 7-8 November 2018 |

895 | MEDC 2018

ketika ketidakmampuan makhluk untuk mengenal dengan lebih lagi. Al-Tamimi (2008 : 61)

turut mengetengahkan pendapat al-‘Imam al-Junayd al-Baghdadi dalam menjelaskan hakikat

tersebut sebagaimana berikut;

قال اإلمام الجنيد رضي هللا تعالى : التوحيد األكبر هو قول الصادق : "سبحان من جعل العجز عن إدراكه هو عين معرفته".

Maksudnya : Imam al-Junayd al-Baghdadi RA telah berkata (bahawa) tauhid yang paling besar

itu adalah sebagaimana kata-kata seorang yang benar “Maha Suci Allah, sesiapa yang telah

menjadi lemah dalam mengenaliNya, (hakikatnya keadaan) itu adalah ain makrifah”.

Al-Habib bin Tahir mentahkik pandangan tersebut dengan mendatangkan sebuah atsar

daripada ‘Abu Bakr RA sebagaimana yang diriwayatkan oleh al-Zarkashi (1996 : 368) di dalam

Tashnif al-Masamic ;

العجز عن درك اإلدراك إدراك

Seterusnya, al-Tamimi menjelaskan berkenaan hikmah didahulukan al-salb daripada al-

‘ithbat pada surah al- Shura (42) : 1. Hikmahnya adalah untuk menunjukkan bahawa ternafi

atas Allah SWT akan segala wahm yang menyerupakan sekalian sifat macani Allah SWT

dengan sifat-sifat makhlukNya. Hakikat ini sekaligus menolak pelbagai sangkaan pada dhihn

seseorang pada menyatakan bahawa ada sudut persamaan antara sifat macani Allah SWT

dengan sekalian sifat makhlukNya. Selain itu, terdapat konsep takhliliyyah dan tahliliyyah pada

ayat tersebut. Konsep takhliliyyah merujuk kepada bahagian al-salb dan konsep tahliliyyah

pada bahagian al-‘ithbat.

Kesimpulannya, penjelasan al-Tamimi berkenaan dengan sifat mukhalafatuhu li al-

hawadith berdasarkan matan Jawharah al-Tawhid sedikit sebanyak mencerahkan tentang aspek-

aspek penting dalam memperoleh kefahaman tuntas tentang sifat ini. Para shurrah matan

Jawharah al-Tawhid melengkapkan lagi perbahasan yang dilakukan oleh Imam al-Laqani agar

kefahaman akidah ahl al-Sunnah wa al-Jamacah akan terus terpelihara.

Penjelasan menurut kitab Sharh al-Sawi cala Jawharah al-Tawhid bagi ‘Ahmad ibn

Muhammad al-Maliki al-Sawi.

Salah seorang shurrah matan Jawharah al-Tawhid yang ingin penulis ketengahkan sebagai

sandaran dalam kajian ini ialah ‘Ahmad ibn Muhammad al-Maliki al-Sawi. Al-Sawi mengarang

sebuah kitab syarah kepada matan ini yang berjudul Sharh al-Sawi cala Jawharah al-Tawhid.

Menurut beliau, sifat mukhalafatuhu li al-hawadith dapat dijelaskan sebagaimana berikut;

وهذه هي الصفة الثالثة من صفات السلوب والمعنى أن ذاته وصفاته تعالى مخالفة لكل حادث

Maksudnya : Dan sifat ini adalah sifat ketiga daripada sekalian sifat al-sulub. Makna sifat ini

ialah bahawa zatNya Taala serta sekalian sifatNya bersalahan dengan setiap (benda dan perkara)

baharu.

Sifat mukhalafatuhu li al-hawadith di susun oleh para ulama sebagai sifat yang ketiga

dalam perbahasan sifat salbiyyah. Sifat-sifat salbiyyah diperbahaskan terlebih dahulu sebelum

penjelasan sifat-sifat macani. Aturan seperti ini juga termasuk dalam konsep takhliliyyah dan

tahliliyyah. Konsep takhliliyyah difahami menerusi kefahaman sifat-sifat salbiyyah.

Sebagaimana penjelasan terdahulu, sifat salbiyyah didefinisikan sebagai sifat yang

menunjukkan bahawa ternafi atas Allah SWT akan perkara yang tidak layak bagiNya. Konsep

takhliliyyah bermaksud mengosongkan hati seseorang muslim daripada beriktikad dengan suatu

perkara yang tidak layak bagi Allah SWT. Manakala perbahasan sifat-sifat macani pula

merupakan suatu kefahaman tentang sifat wujudi yang berdiri pada zat Allah SWT. Secara

tidak langsung, perbahasan sifat macani ini menjelaskan konsep tahliliyyah iaitu menghiasi hati

seseorang muslim dengan mengisbatkan segala sifat kesempurnaan bagi Allah SWT.

Sebagaimana penjelasan al-Sawi di atas, sifat mukhalafatuhu li al-hawadith bermaksud

bersalahannya Allah SWT dengan setiap perkara dan benda baharu pada zatNya serta sekalian

| Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam, 7-8 November 2018 |

896 | MEDC 2018

sifatNya. Zat Allah SWT bukanlah jirim sebagaimana zat sekalian makhlukNya dan sifat-sifat

Allah SWT bukanlah carad sebagaimana sifat-sifat makhluk. Menurut beliau lagi, kaliman

mukhalafah dapat difahami dengan makna ternafi jirmiyyah, caradiyyah, kulliyyah, juz’iyyah

serta perkara-perkara yang melaziminya. cAbd al-Fattah al-Bazm (1999 : 152) menaqalkan

pandangan daripada Ibn al-‘Amir di dalam hashiyahnya serta pandangan Imam al-Bayjuri di

dalam Tuhfah al-Murid dalam menjelaskan perkara-perkara lazim bagi jirmiyyah, caradiyyah,

kulliyyah dan juz’iyyah. Lazim bagi jirmiyyah adalah memenuhi ruang kosong, lazim bagi caradiyyah adalah menumpang pada jirim untuk keberadaannya, lazim bagi kulliyyah adalah

bersaiz besar dan lazim bagi juz’iyyah adalah bersaiz kecil. Al-Suhaymi (1995 : 244) ada

menyatakan;

فالزم الجرمية التحيز والزم العرضية القيام بالغير والزم الكلية التركيب والزم الجزئية كونها حيزا للغير وإن كان التحيز

حقيقة من أوصاف الجرم ال الجرمية وهكذا الباقي

Maksudnya : Lazim bagi jirmiyyah adalah memenuhi ruang kosong, lazim bagi caradiyyah

adalah menumpang dengan yang lain (jirim) bagi keberadaannya, lazim bagi kulliyyah adalah

tersusun (dengan susunan juzuk-juzuk) dan lazim bagi juz’iyyah adalah mengambil ruang

kosong dengan menumpang pada yang lain. sekiranya al-tahayyuz difahami secara hakikat,

maka ianya adalah antara sifat jirim bukan jirmiyyah (keadaan sesuatu yang berjirim).

Begitulah keadaannya juga bagi yang lain.

Al-Sawi menjelaskan bahawa setiap mukallaf mesti beriktikad ternafi atas Allah SWT

jirmiyyah, caradiyyah, kulliyyah dan juz’iyyah. Hal ini kerana sekalian sifat tersebut adalah

khususiyyat bagi al-hawadith. Al- hawadith itu adalah terdiri daripada jawhar atau carad serta

terkait dengan masa dan tempat. Oleh yang demikian, dapat diketahui bahawa segala

khususiyyat bagi al-hawadith pasti tidak ada kaitan dengan hak Allah SWT sama ada zatNya

atau sekalian sifatNya kerana telah sabit bagi Allah SWT bersifat dengan mukhalafatuhu li al-

hawadith. Hakikat ini jelas sebagaimana dinyatakan di dalam maksud bait nazam matan

Jawharah al-Tawhid bahawa zat dan sekalian sifat Allah SWT bersalahan dengan setiap yang

baharu. Beliau mendatangkan sebuah taqrir bagi mengukuhkan lagi kefahaman terhadap sifat

mukhalafatuhu li al-hawadith ini iaitu sekiranya Allah SWT tidak bersalahan dengan perkara

baharu, sudah pasti Allah SWT itu ada persamaan dengannya, sedangkan tidak wujud sebarang

wasitah bagi mengatakan adanya hubungan persamaan antara Allah SWT dengan setiap perkara

baharu. Wasitah bermaksud suatu penghubung dalam menyatakan wujudnya persamaan antara

dua perkara.(cAbd al-Fattah, 1999 : 153) Jika diandaikan wujud wasitah ini, maka harus adanya

persamaan antara Allah SWT dengan perkara baharu. Namun begitu, andaian ini ternafi serta-

merta lantaran telah sabit bagi Allah SWT bersifat dengan qidam dan baqa’ sebagaimana

diperbahaskan sebelum perbahasan sifat mukhalafatuhu li al-hawadith.

Dalil bagi membuktikan ternafinya andaian tersebut adalah telah sabit bagi wujud Allah

SWT itu tanpa ada permulaan dan pengakhiran, sedangkan segala perkara baharu itu ada

permulaan dan pengakhiran wujudnya. Maka, akan berlaku perhimpunan dua perkara yang

berlawanan pada satu masa iaitu qidam dan huduth atau baqa’ dan fana’. Kaedah menyebut

bahawa perhimpunan dua perkara yang berlawanan adalah mustahil pada akal. Seorang yang

berakal pasti tidak akan membenarkan hakikat tersebut. Kesimpulannya, benar bahawa sabit

bagi Allah SWT itu mukhalafah dengan setiap perkara baharu pada zatNya dan sekalian

sifatNya.

Penjelasan menurut kitab Tuhfah al-Murid Sharh Jawharah al-Tawhid bagi al-‘Imam

‘Ibrahim al-Bayjuri

Seterusnya, penulis mendatangkan pula penjelasan daripada al-‘Imam ‘Ibrahim al-Bayjuri di

dalam kitab Tuhfah al-Murid Sharh Jawharah al-Tawhid. Imam al- Bayjuri (2011 : 67)

menjelaskan bait matan Jawharah al-Tawhid sebagaimana berikut;

| Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam, 7-8 November 2018 |

897 | MEDC 2018

وقوله وأنه لما ينال العدم مخالف برهان هذا القدم أي وواجب له أنه تعالى مخالف للحوادث التي يلحقها العدم

Maksudnya : Dan kata (pengarang) dan sesungguhNya Taala bersalahan akan apa yang

menerima ketiadaan, dalil (mukhalafah) ini adalah (dalil) sifat qidam. Iaitu wajib bagiNya

(pada akal) bahawa Allah Taala bersalahan akan perkara baharu yang berhubung (wujudnya)

dengan ketiadaan.

Imam al- Bayjuri menjelaskan bahawa wajib pada akal Allah SWT itu bersalahan

dengan setiap perkara baharu. Baharu merujuk kepada sifat huduth iaitu ada permulaan bagi

kewujudannya. Setiap perkara baharu itu bersambung keberadaannya dengan al-cadam iaitu

pengakhiran bagi kewujudannya. Hakikat kewujudan setiap perkara baharu adalah terletak di

antara dua ketiadaan iaitu ketiadaan yang lalu ketika belum lagi diciptakan dan ketiadaan yang

akan datang ketika dimatikan atau ditamatkan kewujudannya. Beliau juga menerangkan sebab

disandarkan perkataan mukhalafah itu pada Allah SWT dan bukan kepada al-hawadith kerana

timbul ictirad mengatakan bahawa perkataan mukhalafah perlu disandarkan kepada al-

hawadith. Ictirad ini didasari dengan hujah bahawa ayat kesebelas dalam surah al-shura

menunjukkan sifat bersalahan itu disandarkan kepada shay’ dan bukan kepada Allah SWT.

Allah SWT berfirman dalam ayat tersebut bahawa ‘tiada sesuatu pun yang menyerupaiNya’.

Dapat dilihat secara zahir bahawa isyarat mukhalafah pada lafaz ‘tiada’ itu disandarkan kepada

shay’ iaitu sesuatu yang berjirim dan bercarad. Jirim dan carad adalah sifat asasi al-hawadith.

Maka, lebih sesuai untuk disandarkan perkataan mukhalafah pada al-hawadith dan bukan pada

Allah SWT. Dalam hal ini, Imam al- Bayjuri menjelaskan sebagaimana berikut;

وإنما إسند المخالفة له تعالى ألنها تنزيه والموصوف به هللا ال الحوادث

Maksudnya : Sesungguhnya disandarkan al-mukhalafah itu padaNya Taala kerana al-

mukhalafah itu menunjukkan akan sifat tanzih. Dan Allah SWT sahajalah yang bersifat dengan

tanzih, bukan al-hawadith.

Seterusnya, Imam al- Bayjuri mendatangkan penjelasan berkenaan bait matan Jawharah

al-Tawhid sebelum membahaskan tentang dalil bagi sifat mukhalafatuhu li al-hawadith;

:قوله برهان هذا القدم أي دليل ما ذكر من أنه مخالف للحوادث دليل القدم . م المصنف على تقدير مضاففكال

Maksudnya : Katanya (pengarang) burhan sifat (mukhalafatuhu li al-hawadith) ini adalah qidam

iaitu dalil bagi apa yang disebut bahawa Allah SWT bersalahan akan perkara baharu : dalil

qidam. (Apabila kamu telah mengetahui akannya) maka perkataan pengarang adalah

berdasarkan andaian mudaf.

Imam al- Bayjuri mengkhususkan makna burhan dengan maksud dalil kerana burhan itu di sisi

perbahasan ilmu mantik mestilah terdiri daripada dua mukaddimah, lalu terhasil satu natijah

daripada keduanya. Perkataan dalil tidak dinyatakan di dalam bait matan Jawharah al-Tawhid.

Oleh sebab itu, ditakdirkan perkataan dalil sebagai mudaf mahzuf. Mudaf mahzuf adalah suatu

perkataan sandaran yang dihilangkan oleh sebab-sebab tertentu. Dalam hal ini, ianya

disebabkan oleh kehendak aturan syair Arab yang disebut sebagai darurah al-shicr. Dalam ilmu carud, bait matan Jawharah al-Tawhid yang membahaskan tentang sifat mukhalafatuhu li al-

hawadith ini adalah termasuk dalam bahar rajaz.

Di samping itu, dapat diketahui daripada perbahasan ini, dalil sifat mukhalafatuhu li al-

hawadith adalah merujuk kepada dalil sifat qidam. Allah SWT itu qadim pada zatNya dan

sekalian sifatNya. Mustahil pada akal bahawa ternafi sifat mukhalafatuhu li al-hawadith bagi

Allah SWT apabila sudah sabit bagiNya sifat qidam berdasarkan dalil. Dalam hal ini Imam al-

Bayjuri mengetengahkan satu kaedah sebagai tunjang kefahaman dalam memahami sifat

mukhalafatuhu li al-hawadith. Menurut beliau, setiap apa yang telah sabit bahawa wajib pada

akal baginya bersifat dengan qidam, maka mustahil pada akal baginya bersifat dengan cadam.

Kaedah ini adalah kaedah qatci kerana sesuatu yang bersifat qidam pasti tidak terkait dengan cadam. Hanya sesuatu yang bersifat huduth sahaja bersifat dengan cadam dan inilah hakikat al-

hawadith. Tuntasnya, benarlah bahawa wajib bagi Allah SWT bersifat dengan mukhalafatuhu li

al-hawadith berdasarkan keterangan-keterangan di atas.

| Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam, 7-8 November 2018 |

898 | MEDC 2018

Penjelasan menurut kitab cAwn al-Murid li Sharh Jawharah al-Tawhid bagi cAbd al-Karim

Tatan

Salah seoranng shurrah matan Jawharah al-Tawhid yang ingin diketengahkan oleh penulis ialah cAbd al-Karim Tatan berdasarkan karyanya cAwn al-Murid li Sharh Jawharah al-Tawhid.

Menurut cAbd al-Karim (1999 : 295), wajib bagi Allah SWT bersifat dengan mukhalafatuhu li

al-hawadith kerana sekiranya Allah SWT tidak bersifat demikian, nescaya Allah SWT pasti

menyerupai sekalian al-masnucat. Lazim daripada hakikat ini, harus pula bagi Allah SWT

terhadap segala sifat harus bagi al-masnucat. Al-masnucat bermaksud sesuatu yang dicipta.

Sesuatu yang dicipta pasti berhajat kepada penciptanya untuk menjadikannya. Kewujudan al-

masnucat ini pasti didahului dengan ketiadaan. Bahkan, keberadaannya setelah diciptakan pasti

berhubung dengan al-cadam. Semua hakikat ini jelas menunjukkan ketidaksempurnaan pada

sekalian sifatnya. Mustahil bagi Allah SWT bersifat dengan sekalian sifat naqa’is iaitu sifat-

sifat kekurangan.

Menurut beliau lagi, andaian bahawa mustahil bagi Allah SWT bersifat dengan

mukhalafatuhu li al-hawadith jelas tertolak. Hal ini kerana apabila diandaikan bahawa Allah

SWT itu ada persamaan dengan al-hawadith, pasti wajib pula bagiNya akan apa yang wajib

bagi al-hawadith, mustahil bagiNya apa yang mustahil al-hawadith serta harus bagiNya akan

apa yang harus bagi al-hawadith. Antara perkara wajib bagi al-hawadith adalah bersifat

huduth. Manakala, antara perkara mustahil bagi al-hawadith pula adalah bersifat qidam iaitu

lawan kepada huduth. Antara perkara harus bagi al-hawadith adalah boleh bersifat dengan ada

dan tiada.( cAbd al-Karim, 1999 : 295) Kesemua perkara wajib, mustahil dan harus bagi al-

hawadith jelas bersalahan dengan hakikat zat dan sekalian sifat Allah SWT. Tidaklah bahawa

Allah SWT itu wajib bersifat huduth, mustahil bersifat qidam dan harus wujudnya. Bahkan,

Allah SWT berlawanan dengan segala hakikat al-hawadith tersebut. Terdapat nukilan daripada

al-Subki sebagaimana dinyatakan oleh cAbd al-Karim (1995 : 295) bahawa al-Subki ada

menyatakan;

لو حل في شيء إما أن يكون عرضا أو جوهرا أو صورة وهذه كلها محالة في حقه تعالى صانع العالم ال يحل في شيء ألنه

Maksudnya : Pencipta alam ini tidak menempati pada sesuatu kerana sekiranya (pencipta) itu

menempati pada sesuatu, pasti (pencipta) itu carad atau jawhar atau surah. Kesemua ini adalah

mustahil pada hakNya Taala.

Seterusnya, cAbd al-Karim (1995 ; 295) mendatangkan suatu bab pada menyatakan

tentang tertegahnya Allah SWT daripada disifatkan dengan jismiyyah. Jismiyyah merujuk

kepada sesuatu yang berjisim. Setiap jisim itu pasti terdiri daripada susunan jawhar-jawhar.

Antara perkara wajib bagi jawhar adalah mesti baginya untuk memenuhi ruang kosong sekadar

ain dirinya. Setiap sesuatu yang memenuhi runag kosong pasti tidak sunyi daripada sifat gerak

dan diam. Sifat gerak dan diam adalah termasuk dalam kategori perkara baharu kerana berlaku

perubahan keadaan. Kemudian, mustahil bagi jawhar itu sunyi daripada al-iftiraq iaitu

bercerai-berai, al-ijtimac iaitu berhimpun-himpun, al-hay’ah iaitu berbentuk dan al-miqdar iaitu

sesuatu yang mempunyai kadar tertentu seperti panjang, tebal dan lebar. Kesemua ini adalah

sifat khusus bagi al-hawadith. Allah SWT bersalahan dengan al-hawadith. Maka, setiap unsur

atau sifat khusus bagi al-hawadith pasti ternafi dan tertegah bagi hak Allah SWT. Terdapat

suatu batasan ketara dalam membezakan antara keadaan zat dan sekalian sifat Allah SWT

dengan keadaan zat dan sekalian sifat makhlukNya. Sebagaimana diisbatkan bagi Allah SWT

bersifat dengan qidam serta diisbatkan bagi makhluk juga bersifat dengan qidam, namun kedua-

dua sifat qidam ini mempunyai pengertian tersendiri serta tiada langsung persamaan antara

keduanya. Sifat qidam bagi Allah SWT adalah qidam yang hakiki iaitu ternafi ada permulaan

bagi kewujudan Allah SWT. Manakala, sifat qidam yang disandarkan bagi makhluk itu adalah

qidam zamani atau qidam ‘idafi.

Sifat makhluk disebut sebagai carad lantaran boleh terjadinya perubahan pada keadaan

sifat tersebut. Perubahan diterjemahkan sebagai al-taghayyur. Al-taghayyur merupakan dalil

baharunya alam ini serta sekalian makhlukNya. Sebagai contoh, sifat sihat dan sakit pada

seseorang manusia. Sifat sihat dan sakit merupakan carad serta termasuk dalam perbahasan

| Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam, 7-8 November 2018 |

899 | MEDC 2018

maqulah al-kayf iaitu pada penjelasan al-kayfiyyah al-nafsaniyyah. Sifat sihat dan sakit

bukanlah suatu sifat yang kekal dan tetap pada seseorang, bahkan boleh menerima perubahan

iaitu sama ada berubah daripada keadaan sihat kepada sakit atau sebaliknya. Sifat sihat dan

sakit boleh menerima al-taghayyur sekaligus menunjukkan bahawa kedua-duanya adalah

baharu. Apabila sesuatu bersifat dengan sifat baharu, maka adalah dirinya itu juga baharu. Di

samping itu, para hukama’ menetapkan sifat sihat dan sakit ini sebagai suatu hal disebabkan

oleh ketidaktetapan kedua-duanya pada seseorang. Manakala, apabila tetap dan kekal pada diri

seseorang, para hukama’ menggelarkannya sebagai malakah. Kenyataan ini ada disebut oleh

Ahmad Zayni Dahlan (1995 : 22) sebagaimana berikut;

زالتها حاال فإذا ثبتت وتقررت بحيث ال يمكن أن الصفة الحاصلة لإلنسان في أول أمرها تسمى حاال ألن المتصف يقدر على إ

للمتصف بها إزالتها تسمى ملكة

Maksudnya : Sesungguhnya sifat yang terhasil pada manusia pada awalnya disebut sebagai hal

kerana sifat itu boleh hilang daripada seseorang yang bersifat dengannya. Apabila tetap dan

teguh (sifat tersebut) pada seseorang dalam keadaan tidak akan hilang sifat itu daripada

seseorang yang bersifat dengannya, dinamakan sebagai malakah.

Secara tuntas, cAbd al-Karim lebih mengetengahkan perbahasan tentang ciri-ciri khas

al-hawadith agar kefahaman berkenaan dengannya dapat dihuraikan secara tepat. Apabila

sudah tahkik kefahaman berkenaan dengan al-hawadith, jelaslah pula kefahaman serta huraian

berkenaan dengan zat dan sekalian sifat Allah SWT. Hal ini kerana zat dan sekalian sifat Allah

SWT adalah bersalahan dengan setiap hakikat al-hawadith. Sesuatu perkara tidak akan jelas

melainkan dengan menyebut lawan-lawannya.

Penjelasan menurut kitab Hashiyah ‘Ibn al-‘Amir cala Ithaf al-Murid Sharh Jawharah al-

Tawhid bagi Muhammad ibn Muhammad al-Sanbawi al-‘Azhari.

Seterusnya, penulis menyatakan pula penjelasan Muhammad ibn Muhammad al-Sanbawi al-

‘Azhari di dalam kitab Hashiyah ‘Ibn al-‘Amir cala Ithaf al-Murid Sharh Jawharah al-Tawhid.

Al-Shaykh Muhammad ibn Muhammad al-Sanbawi al-‘Azhari masyhur dengan gelaran ‘Ibn al-

‘Amir. ‘Ibn al-‘Amir menjelaskan sebuah syarah kepada matan Jawharah al-Tawhid yang

dikarang oleh al-Shaykh cAbd al-Salam al-Laqani bertajuk Ithaf al-Murid Sharh Jawharah al-

Tawhid. Al-Shaykh cAbd al-Salam al-Laqani merupakan anak kepada pengarang asal matan

Jawharah al-Tawhid iaitu al-‘Imam Ibrahim al-Laqani. ‘Ibn al-‘Amir menjelaskan bahawa zat

Allah SWT adalah bersalahan dengan sekalian zat makhlukNya secara mutlak. Penjelasan ini

berdasarkan kepada syarah cAbd al-Salam al-Laqani bahawa sifat mukhalafah bagi Allah SWT

adalah merujuk kepada bersalahannya zat Allah SWT serta sekalian sifatNya dengan setiap

perkara baharu secara mutlak. ‘Ibn al-‘Amir (2001 : 124) menyatakan di dalam hashiyahnya

sebagaimana berikut;

ذاته خالفا لقول ظائفة إن ذاته مماثلة لسائر الذوات في الذاتية والحقيقة قال أبو علي الجبائي تمتاز عن سائر قوله مخالفة

الذوات بأحوال أربعة الوجوب والحياة والعلم التام والقدرة التامة وعند أبي هاشم بحالة خامسة هي الموجبة لهذه األربعة

يسميها باإللهة

Maksudnya : Katanya (al-Shaykh cAbd al-Salam al-Laqani) bahawa bersalahan zatNya (akan

selainNya) sebagai khilaf terhadap pandangan daripada suatu kumpulan yang menyatakan

bahawa zatNya sama dengan sekalian zat lain pada sudut diri zat itu dan hakikatnya. Abu cAli

al-Jubba’i telah berkata bahawa dibezakan (zat Allah SWT) dengan sekalian zat (selainNya)

dengan empat hal iaitu mesti (wujudnya), sifat hayah, sifat ilmu yang sempurna dan sifat qudrah

yang sempurna. Manakala, di sisi Abi Hashim (dibezakan zatNya dengan sekalian zat

selainNya) adalah dengan hal kelima iaitu suatu hal yang mewajibkan keempat-empat hal

tersebut (dan) dinamakan dengan sifat ‘ilahiyyah.

Sebahagian tokoh muktazilah mengatakan bahawa zat Allah SWT dan zat sekalian

makhlukNya adalah sama secara hakikat. Ini adalah suatu bentuk pemikiran tashbih dan tajsim

dalam perbahasan akidah. Hakikat sekalian zat makhluk adalah terdiri daripada jisim. Jisim

| Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam, 7-8 November 2018 |

900 | MEDC 2018

adalah suatu yang tersusun daripada beberapa jawhar al-fard.(Makhluf Hasanayn, 1913 : 10)

Sebagaimana yang telah dijelaskan sebelum ini, jawhar bermaksud suatu yang ada berdiri

dengan sendiri serta memenuhi ruang kosong. Apabila ditetapkan secara hakikat bahawa zat

Allah SWT adalah sama dengan sekalian zat selainNya, sekaligus menetapkan bahawa zat Allah

SWT adalah jisim serta berhajat kepada ruang kosong untuk keberadaan zatNya. Menurut Sacid

Fudah (2004 : 38) di dalam Tahzib Sharh al-Sanusiyyah, para ulama telah ijmak mengatakan

bahawa Allah SWT tidak serupa dengan segala perkara baharu. Dapat diketahui bahawa

pemikiran tajsim dan tashbih ini adalah terseleweng daripada jalanan ahl al-Sunnah wa al-

Jamacah. Pendirian ulama ahl al-Sunnah wa al-Jamacah adalah ithbat tanpa tashbih.(Hasan

Mahmud, 2013 : 70) Zat Allah SWT adalah bersalahan dengan sekalian zat selainNya secara

mutlak tanpa wujud sudut persamaan.

Menurut ‘Ibn al-‘Amir lagi, Allah SWT tidak terkait dengan zaman lantaran hakikat

zaman itu adalah carad. Zaman didefinisikan dengan empat definisi menurut istilah hukama’

dan mutakallimin. Menurut cAbd al-Qadir (2005 : 5) di dalam Mabda’ al-Fikrah, zaman

ditakrifkan dengan empat takrif. Pertama, zaman dimaksudkan sebagai kadar lanjutan

pergerakan falak iaitu orbit bagi matahari. Kedua, zaman dimaksudkan sebagai diri falak.

Ketiga, zaman ditakrifkan sebagai diri pergerakan falak. Keempat, zaman ditakrifkan sebagai

suatu mutajaddid maclum yang ditakdirkan dengan suatu mutajaddid mawhum agar hilang

kesamaran padanya. Para mutakallimin berpegang kepada definisi keempat daripada empat

definisi tersebut. Allah SWT tidak terkait dengan zaman kerana zaman menerima perubahan

seperti berlalunya zaman sekarang menjadi zaman yang telah lepas dan zaman yang akan datang

akan berubah menjadi zaman sekarang. Sesuatu yang terkait dengan zaman adalah terdiri

daripada perkara baharu kerana sifat baharu pada perkara itu jelas menunjukkan perkara itu ada

permulaan bagi zaman kewujudannya.

Kesimpulannya, Allah SWT adalah mukhalafah dengan setiap ciri khas bagi al-

hawadith serta perkara-perkara yang melaziminya. Penjelasan lanjut berkenaan dengan kriteria-

kriteria al-hawadith telah memberi suatu pengetahuan mendalam dalam membezakan hakikat

makhluk dan Allah SWT. Perbezaan ini adalah suatu batasan penting dalam memahami dengan

tahkik hak Allah SWT pada zatNya, sekalian sifatNya serta perbuatanNya. Maha Suci Allah

SWT daripada dilingkungi dengan sifat-sifat al-hawadith.

KESIMPULAN

Secara tuntas, kefahaman sifat mukhalafatuhu li al-hawadith dapat diketahui dengan lebih

terperinci menerusi penjelasan daripada para ulama berkenaan dengannya. Penulis menyatakan

hujah-hujah daripada Imam al-Laqani serta para shurrah matan Jawharah al-Tawhid sebagai

suatu sandaran dalam menjelaskan hakikat sifat mukhalafatuhu li al-hawadith. Para shurrah

matan Jawharah al-Tawhid membahaskan secara mendalam berkenaan dengan hakikat al-

hawadith agar dapat dijadikan sebagai suatu batasan dalam memahami zat dan sekalian sifat

Allah SWT. Prinsip ulama salaf dalam mengisbatkan akidah adalah tanpa berlaku tashbih dan

tactil. Kefahaman ini menjadi tunjang perbincangan dalam memahami hak-hak Allah SWT agar

penghuraian yang adil dapat diaplikasikan. Adil didefinisikan sebagai meletakkan sesuatu pada

tempatnya. Justeru, keadilan dalam perbahasan akidah berasaskan justifikasi-justifikasi yang

mesti dipenuhi dalam membincangkan hak-hak Allah SWT serta hak-hak makhlukNya.

Penghuraian para shurrah matan Jawharah al-Tawhid menjelaskan lagi kedudukan sifat ini

sebagai suatu persoalan penting untuk dijelaskan dengan sebaik mungkin. Buktinya, setiap

zaman muncul tokoh-tokoh ulama yang cuba mengembalikan semula kefahaman sifat

mukhalafatuhu li al-hawadith. Tokoh ahli kalam kontemporari seperti al-Shaykh Sacid Fudah

antara ulama yang berjaya memperhalusi perbahasan ilmu kalam dalam karya-karyanya.

Dewasa ini, perbahasan ilmu kalam diperluaskan lagi konteks perbahasannya sehingga mampu

dikaitkan dengan perkembangan ilmu-ilmu sains dan perubatan. Kedudukan perbahasan ilmu

akidah dilihat sebagai suatu kedudukan yang sangat tinggi kerana sebahagian besar topik

perbahasannya menyentuh tentang aspek ketuhanan. Melalui asas inilah, Imam al- Laqani

menghuraikan persoalan-persoalan dalam perbahasan akidah agar menjadi suatu rujukan dan

| Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam, 7-8 November 2018 |

901 | MEDC 2018

pedoman kepada umat Islam dalam mendepani perkembangan zaman. Kemudian, muncul pula

para shurrah matan Jawharah al-Tawhid yang berusaha memelihara kefahaman akidah Imam

al-Laqani supaya pengetahuan tuntas dapat direalisasikan pada setiap zaman.

RUJUKAN

Abd al-Karim, (1999). cAwn al-Murid li Sharh Jawharah al-Tawhid. Beirut : Dar al-Basha’ir. cAbd al-Karim bin Hawzan, (2012). Tafsir al-Qushayri. Kaherah : Dar al-Ghadd al-Jadid. cAbd al-Rahman Hasan Habannakah al-Maydani, (2007). al-cAqidah al-‘Islamiyyah. Damsyik

: Dar al-Qalam. cAbdullah bin al-Hijazi, (1993). Hashiyah al-Sharqawi cala Sharh al-Hudhudi cala al-Sughra

al-‘Imam al-Sanusi. Fatani : Matbacah Bin Halabi. cAli ‘Ibn Muhammad Al-Tamimi, (2008). Taqrib al-Bacid Ila Jawharah al-Tawhid. Beirut :

Mu’assasah al-Macarif.

al-‘Amidi, cAli bin Abi cAli, (2004). Abkar al-Afkar fi ‘Usul al-Din. Kaherah : Dar al-Kutub wa

al-Watha’iq al-Qawmiyyah.

Abu Hanifah, Nucman bin Thabit, (2009). al-Fiqh al-‘Akbar. Kaherah : al-Maktabah al-

‘Islamiyyah.

Ahmad Zayni Dahlan, (1995). Majmucah Khams Rasa’il. Jeddah : al-Haramayn.

al-‘Amir, Muhammad bin Muhammad al-Sanbawi al-‘Azhari, (2001). Hashiyah ‘Ibn al-‘Amir cala Ithaf al-Murid Sharh Jawharah al-Tawhid. Lubnan : Dar al-Kutub al-cIlmiyyah.

al-Bantani, Muhammad Nawawi al-Shafi’i, Nur al-Zalam Sharh Manzumah ‘Aqidah al-

‘Awwam, t.t.p. : Matbacah al-Haramayn, t.t.

al-Bayhaqi, Ahmad bin Husayn, (1995). al-Asmac wa al-Sifat, Beirut : Dar al-Kutub al-

‘Ilmiyyah.

al-Bayjuri, Ibrahim bin Muhammad, (2005). Tahqiq al-Maqam cala Kifayah al-cAwwam. Fatani

: Matbacah Bin Halabi.

al- Bayjuri, (2015). Hashiyah al-‘Imam al- Bayjuri cala al-Sanusiyyah. Lubnan : Dar al-Kutub

al-cIlmiyyah.

al-Buti, Muhammad Sacid Ramadan, (1997). Kubra al-Yaqiniyyat al-Kawniyyah. Damsyik : Dar

al-Fikr al-Mucasir.

al-Damanhuri, ‘Ahmad bin cAbd al-Muncim, (2010). ‘Idah al-Mubham min Macani al-Sullam.

Kaherah : Dar al-Basa’ir.

al-Dardir, Ahmad bin Muhammad, (2010). Sharh al-Kharidah al-Bahiyyah. Kaherah : Dar al-

Basair.

al-Dusuqi, Muhammad bin ‘Ahmad, (2005). Hashiyah al-Dusuqi cala Umm al-Barahin, Fatani :

Matbacah Bin Halabi.

Fawdhi al-‘Anjari, Hamd al-Sinan, (2005). Ahl al-Sunnah Al-Asha’irah : Shahadat ‘Ulama al-

Ummah wa Adillatuhum. t.t.p. : Dar al-Diya’.

Hasan Mahmud al-Shafici, (2013). al-Madkhal ‘ila Dirasah cIlm al-Kalam. Kaherah : Maktabah

Wahbiyyah.

Ismail bin Umar al-Sepanjang, (2015). Mawaqif al-Marjan bi Sharh Mawaciz al-‘Iman fi

Tarjamah Bacd Manahil al-cIrfan. Fatani : Matbacah Bin Halabi.

Khalil Diryan, (2008). Ghayah al-Bayan fi Tanzihillah can al-Jihah wa al-Makan. Beirut :

Sharkah Dar al-Masharic.

Muhammad Hasanayn Makhluf, (1920). al-Rasa’il al-Hukmiyyah. Mesir : Matbacah Ijmaliyyah.

Nadal Rashhi, (2017). al-Badr al-‘Anwar Sharh al-Fiqh al-‘Akbar. Amman : Dar al-Nur al-

Mubin.

Nafis bin ‘Idris al-Banjari, (2001). al-Durr al-Nafis. Fatani : Matbacah Bin Halabi.

Nuh cAli Sulayman al-Qudah, (1999). al-Mukhtasar al-Mufid fi Sharh Jawharah al-Tawhid.

Amman : Dar al-Razi.

al-Laqani, Ibrahim bin Muhammad, (2015). Hashiyah al-‘Imam al-Bayjuri cala al-Sanusiyyah.

Kaherah : Maktabah al-Mujallad al-cArabiyyah.

Sacid Fudah, (2004). al-Buhuth fi cIlm al-Kalam. Amman : Dar al-Razi.

| Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam, 7-8 November 2018 |

902 | MEDC 2018

Sacid Fudah, (2004). Tahzib Sharh al-Sanusi. Amman : Dar al-Razi.

al-Sambawi, Muhammad Zainuddin, (2005). Siraj al-Huda. Fatani : Matbacah Bin Halabi.

al-Sawi, ‘Ahmad ‘Ibn Muhammad al-Maliki, (1999). Sharh al-Sawi cala Jawharah al-Tawhid.

Beirut : Dar ‘Ibn Kathir.

al-Zarqani, Muhammad cAbd al-cAzim, Manahil al-cIrfan fi cUlum al-Qur’an, Beirut : Dar Ihya’

al-Turath al-cArabi, 1995.

Wan Ismail bin Wan Abdul Qadir, (2005). Bakurah al-‘Amani. Fatani : Matbacah Bin Halabi.