konsep keselamatan negara

10
Konsep keselamatan Negara Keselamatan membawa erti bebas daripada ancaman. Dalam disiplin pengajian keselamatan pula, konsep ini sering dikaitkan dengan keselamatan Negara, iaitu idea asalnya dicetuskan oleh US selepas tamatnya Perang Dunia ke-2 (Triut dan Harf 1982: 1). Justeru, keselamatan Negara bermaksud menjaga pertahanan sempadan daripada ancaman ketenteraan musuh supaya ianya wujud sebagai sebuah Negara yang merdekan dan berdaulat. Keselamatan bukan hanya menahan benteng Negara daripada serangan ketenteraan tetapi juga termasuk isu-isu ekonomi dan isu-isu yang merantasi sempada. Malah kebanyakan isu sebenarnya bergantung antara satu sama lain. Walaupun isu-isu seperti migrasi, perdagangan dadah dan penyeludupan manusia, pencemaran alam sekitar dan kemiskinan, tidak member kesan kepada keselamatan Negara secara mendadak, tetapi dalam jangka masa yang panjang ia mempunyai dampak ke atas kelangsungan hidup sesebuah Negara. Contohnya, kita dapat lihat bagaimana isu kemiskinan yang menyebabkan beribu-ribu rakyat terpaksa berpindah dan menyeberangi sempadan untuk mencari nafkah dan keselamatan di Negara lain, seperti dari Indonesia ke Malaysia dan dari Myanmar ke Tahailand. Pendatang atau imigran pula menjadi isu kepada sesebuah Negara terutamanya apabila mereka ini memasuki Negara asing secara tanpa izin, iaitu tanpa dokumen perjalanan yang sah.

Upload: mohammad-syafiq

Post on 29-Jun-2015

2.678 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Konsep keselamatan Negara

Konsep keselamatan Negara

Keselamatan membawa erti bebas daripada ancaman. Dalam disiplin pengajian keselamatan pula,

konsep ini sering dikaitkan dengan keselamatan Negara, iaitu idea asalnya dicetuskan oleh US selepas

tamatnya Perang Dunia ke-2 (Triut dan Harf 1982: 1). Justeru, keselamatan Negara bermaksud menjaga

pertahanan sempadan daripada ancaman ketenteraan musuh supaya ianya wujud sebagai sebuah

Negara yang merdekan dan berdaulat.

Keselamatan bukan hanya menahan benteng Negara daripada serangan ketenteraan tetapi juga

termasuk isu-isu ekonomi dan isu-isu yang merantasi sempada. Malah kebanyakan isu sebenarnya

bergantung antara satu sama lain. Walaupun isu-isu seperti migrasi, perdagangan dadah dan

penyeludupan manusia, pencemaran alam sekitar dan kemiskinan, tidak member kesan kepada

keselamatan Negara secara mendadak, tetapi dalam jangka masa yang panjang ia mempunyai dampak

ke atas kelangsungan hidup sesebuah Negara.

Contohnya, kita dapat lihat bagaimana isu kemiskinan yang menyebabkan beribu-ribu rakyat

terpaksa berpindah dan menyeberangi sempadan untuk mencari nafkah dan keselamatan di Negara lain,

seperti dari Indonesia ke Malaysia dan dari Myanmar ke Tahailand. Pendatang atau imigran pula

menjadi isu kepada sesebuah Negara terutamanya apabila mereka ini memasuki Negara asing secara

tanpa izin, iaitu tanpa dokumen perjalanan yang sah.

Page 2: Konsep keselamatan Negara

Isu pendatang asing tanpa izin(PATI)

Tindakan Malaysia dalam isu ini mengambil kira kepentingan nasionalnya dan juga dalam konteks

hubungan istimewa dengan Indonesia. Beberapa langkah awal sebelum ini boleh dianggap sebagai

mengambil kira dengan agak teliti supaya ia tidak menyonggung mana-mana pihak terutama sekali

rakyat dan kerajaan Indonesia.

Masalah PATI telah member kesan kepada hubungan antara dua hala antara kerajaan Malaysi

dengan Indonesia. Tidak dapat dinafikan banyak usaha perlu dilakukan bagi menyelesaikan isu yang

menjadi duri dalam daging dalam hubungan Malaysia-Indonesia. Lebih daripada 1 juta PATI di Malaysia,

merupakan satu beban ekonomi, sosial dan keselamatan. Malaysia mempunyai sebab untuk bertegas

dalam mempertahankan kepentingan nasionalnya berbanding dengan kepentingan ikatan Melayu

serumpun, yakni kedatangan mereka mestilah melalui saluran yang sah.

Kepentingan konsep 1 Malaysia

Melihat kepada isu ini, rakyat Malaysia tidak seharusnya memandang isu ini sebagai isu yang

boleh dipandang enteng. Masalah PATI ini juga dapat menjejaskan keamanan dan keselamatan di

Negara kita jika masalah ini tidak dibendung.

ontohnya, anak-anak PATI ini sering dikaitkan dengan masalah sosial yang berlaku di Negara ini

seperti pergaduhan, curi, vandalism, perbuatan mengacau dan membuat bising, rogol dan sebagainya.

Kekadang, kita juga berasa tidak selesa dan tidak selamat apabila Ramai orang asing berada di sisi kita.

Tidak dinafikan ramai juga golongan PATI yang benar-benar datang ke Negara ini untuk mencari rezeki

halal dan mencari nafkah hidup. Namun, sejak hari-hari ini banyak kes yang sering dikaitkan dengan

dengan golongan PATI ini sebagai contoh pembinaan rumah setinggan yang banyak seperti cendawan

yang tumbuh selepas hujan.

Oleh yang demikian, rakyat Malaysia harulah bekerjasama dalam menangani isu ini dan tidak

hanya berharap kepada pihak berkuasa sahaja. Jika terdapat aktivit yang kurang sihat berlaku, kita perlu

menghubungi pihak yang berkuasa bagi mengelak sesuatu perkara itu menjadi lebik teruk ataupun

membendung sesuatu perkara yang tidak baik itu agar tidak berlaku.

Page 3: Konsep keselamatan Negara

Isu kemiskinan di Malaysia

Kemiskinan sememangnya menjadi isu penting terutama kepada negara yang sedang

membangun seperti Malaysia. Jurang kemiskinan di kalangan rakyat Malaysia semakin menjadi-jadi.

Daripada statistik keseluruhan, jurang kemiskinan bagi Bumiputra ialah 2.1 peratus berbanding Cina

(0.1) dan India (0.6). Suatu angka yang mencabar bagi kepimpinan negara untuk diselesaikan.Kita lihat

pula perbandingan dengan negara luar. Ketika ini pendapatan per kapita rakyat Malaysia ialah AS$6,146

setahun. Pada detik yang sama, pendapatan per kapita rakyat Singapura adalah AS$34,152 (Sumber IMF

2007), lima kali ganda dari pendapatan perkapita rakyat Malaysia. Padahal, jika kita lihat kembali pada

akhir tahun 1970-an pendapatan rakyat kedua-dua negara adalah lebih kurang sama.

Isu keselamatan ini sebenarnya boleh menjejaskan keselamatan Negara kerana disebabkan isu

kemiskinan dan desakan hidup, maka aktiviti jenayah seperti ragut, rompak dan curi akan berlaku. Rasa

tidak selamat akan muncul pada diri seseorang individu tersebut. Manakala, mangsa daripada aktiviti

jenayah tersebut boleh menerima kecederaan, fobia malahan maut.

Kepentingan konsep 1 Malaysia.

Dalam membasmi kemiskinan dan mengubah struktur ekonomi Malaysia, golongan atasan dan

bawahan perlu seiring. Inilah pentingnya konsep 1 Malaysia yang telah diwar-warkan. Berpandukan

slogan “ Rakyat didahulukan ,pencapaian diutamakan” Pemimpin dan rakyat perlu sama-sama bertekad

untuk mengubah keadaan. Kalau yang di atas ingin mengubah tetapi yang dibawah belum bersedia

untuk berubah, tidak ada apa pun akan berlaku. Perkara yang sama terjadi apabila yang dibawah

berhempas-pulas ingin berubah, tetapi yang diatas tak membantu untuk perubahan. Keadaan tetap

sama.

Jadi kita sama-sama betulkan keadaan. Semoga wujud keberkesanan dalam mengubah nasib

Malaysia. Sama-sama kita raikan kritikan membina dalam membentuk ekonomi Malaysia. Bersatu-padu

kita gerakkan posisi masing-masing demi mencapai agenda ekonomi baru yang lebih cemerlang. Semoga

kita dapat membentuk suatu sinergi yang lebih utuh dalam memacu ekonomi Malaysia.

Page 4: Konsep keselamatan Negara

Isu penggunaan kalimah Allah

06/02/2009 | Utusan Malaysia Mengulas mengenai isu penggunaan kalimah Allah seperti yang

digunakan oleh Herald Catholic dalam terbitan bahasa Melayunya, mungkin ada beberapa fakta menarik

yang boleh dikongsi untuk renungan kita bersama. Memang telah termaktub di antara larangan yang

telah dikeluarkan oleh kerajaan Malaysia menerusi keputusan kabinet yang bertarikh 16 Mei 1986 bagi

mana-mana agama selain Islam untuk menggunakan empat perkataan iaitu Allah, Solat, Baitullah dan

Kaabah

Malah ada sesetengah negeri yang menambahkan lagi beberapa perkataan yang dianggap boleh

mendatangkan kekeliruan dan bahaya kepada umat Islam apabila digunakan oleh bukan Islam. Namun

yang peliknya kenapa masih lagi ada yang cuba menuntut kerajaan Malaysia untuk membenarkan

mereka menggunakan kalimah Allah bagi tujuan penerbitan bahan bercetak mereka?

Mungkin kita boleh menjangkakan bahawa alasannya ialah kalimah Allah tersebut adalah kalimah

terjemahan dari Bahasa Inggeris yang menggunakan kalimah God dalam Bible terbitan Bahasa Inggeris

yang telah sekian lama digunakan. Sama ada kita sedar ataupun tidak, tuntutan ini sebenarnya amat

berbahaya kepada umat Islam sekiranya dibenarkan, kerana ianya lebih banyak menimbulkan kekeliruan

di dalam masyarakat. Cubalah kita bayangkan kekeliruan yang akan timbul di dalam masyarakat

terutamanya kepada golongan muda dan juga kepada kanak-kanak Muslim apabila terbaca iklan-iklan

atau papan-papan tanda yang berbunyi "...Aku adalah anak Allah" atau "...damai sejahtera dari Allah,

Bapa kita dan dari Tuhan Jesus Kristus" atau "...anak Allah yang hidup" yang semuanya merupakan

terjemahan terus dari Bible terbitan Bahasa Inggeris. Sebenarnya banyak lagi ayat-ayat atau ungkapan-

ungkapan yang diterjemahkan ini boleh mengundang kekeliruan yang akhirnya boleh membatilkan

fahaman agama.

Kepentingan konsep 1 Malaysia

Isu ini sebenarnya agak sensitive untuk dibincangkan. Kita telah diwar-warkan mengenai konsep

1 Malaysia, namun kenapa mesti wujudnya hal sebegini yang hanya akan menjejaskan hubungan baik di

antara masyarakat yang beragama Islam dan yang bukan beragama Islam.

Page 5: Konsep keselamatan Negara

Kita seharusnya memerhatikan tingkah laku, percakapan dan perbuatan kita agar tidak

menyinggung perasaan ataupun menyentuh mana-mana sensitiviti kaum ataupun agama di Negara ini.

Sebagai rakyat Malaysia yang hidup berbilang kaum dan agama, peristiwa sedemikian hanya

menjejaskan keharmonian dan keselamatan Negara yang kita kecapi sekarang. Isu keselamatan telah

ditimbulkan apabila pembakaran gereja telah berlaku setelah isu penggunaan kalimah Allah ini

ditimbulkan.

Bagi mengekalkan keamanan, keselamatan dan keharmonian Negara ini, kita seharusnya

mengambil konsep 1 Malaysia ini sebagai satu acuan yang penting bagi mengeratkan hubungan antara

kaum di Negara ini.

Tragedi berdarah 13 Mei 1969

Peristiwa 13 Mei pada tahun 1969 ialah rusuhan kaum yang berlaku dan kemuncak masalah

perpaduan di Malaysia. Tragedi ini yang mengakibatkan kehilangan nyawa serta harta benda dan

mempunyai kaitan yang rapat dengan "Pilihan Raya Umum 1969" merupakan satu titik hitam dalam

sejarah negara Malaysia.

Pra-pilihanraya 1969, parti-parti politik Gerakan dan DAP telah memainkan isu perkauman

dengan lantang. Ia adalah lantaran dari slogan "Malayan Malaya" yang diperkenal oleh Lee Kuan Yew

sebelum Singapura dikeluarkan dari Persekutuan Malaysia pada 1965.

`Semasa kempen Pilihan Raya 1969, calon-calon pilihan raya serta ahli-ahli politik dari kalangan parti

pembangkang, telah membangkitkan soal-soal sensitif berkaitan dengan Bahasa Kebangsaan (Bahasa

Melayu), kedudukan istimewa orang Melayu sebagai (Bumiputera) dan hak kerakyatan orang bukan

Melayu. Hal ini telah menimbulkan perasaan perkauman dan syak wasangka.

Pada pilihanraya umum 1969Parti Perikatan yang dianggotai oleh (UMNO-MCA-MIC) telah gagal

memperolehi majoriti 2/3 diparlimen, walaupun masih berjaya membentuk kerajaan persekutuan. Hal

ini disifatkan oleh parti pembangkang sebagai satu kemenangan yang besar buat mereka. Jumlah kerusi

yang dimenanginya dalam Dewan Rakyat (Parlimen) telah menurun daripada 89 kerusi pada tahun 1964

kepada 66 kerusi pada tahun 1969.

Page 6: Konsep keselamatan Negara

Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Progresif

Rakyat (PPP) menang 25 buah kerusi dalam Dewan Rakyat manakala PAS menang 12 kerusi.

Terjadinya Perisitwa 13 Mei 1969 adalah rententan dari provokasi pihak pembangkang yang

dimulakan sejak malam 10 Mei 1969 untuk meraikan kemenangan mereka. Penyokong-penyokong Parti

DAP telah mengutuk dan menghina orang-orang Melayu semasa mengadakan perarakan di jalan-jalan

raya di sekitar Kuala Lumpur. Ia berlarutan hingga ke 13 Mei 1969, bila mana sekumpulan orang melayu

yang sudah hilang sabar mengambil tindakan balas.

Kepentingan konsep 1 malaysia

Politik perkauman masih lagi menjadi politik mainstream sepertimana yang ilaksanakan oleh

penjajah British dahulu. Sedar tak sedar, selepas lebih 50 tahun merdeka, kita masih lagi gagal dalam

membentuk sebuah Negara Bangsa iaitu Bangsa Malaysia. Kita sering mengutuk Indonesia dan Thailand

diatas pergolakkan politik dinegara mereka akan tetapi kita tidak sedar bahawa Indonesia dan Thailand

sudah selesai dengan permasalahan Negara Bangsa.

Sehingga hari ini, rakyat masih dibeza-bezakan mengikut kaum dan agama. Sebagai

contohnya,polarisasi di institusi-institusi tinggi kini berlaku dengan dahsyatnya.Melayu hanya bersama

Melayu.Cina hanya bersama Cina.India hanya bersama India dan begitu juga dengan bangsa yang lain.

Konsep 1 Malaysia amat patut diamalkan bagi setiap rakyat Malaysia agar persefahaman antara

kaum akan terjalin bagi mengelakkan tragedi berdarah seperti ini akan berulang kembali. Jika peristiwa

sedemikian berulang nescaya keselamatan Negara kita akan tergugat hanya kerana ketidaksefahaman

yang berlaku di antara kaum-kaum di Negara ini.

Page 7: Konsep keselamatan Negara

http://pemudasabah.blogspot.com/

http://ahmadfahmie.wordpress.com/2008/02/11/basmi-kemiskinan-yang-di-atas-dan-di-bawah-perlu-

selari/

http://perkarayangbelumselesai.blogspot.com/2009/10/hukum-hudud-di-malaysia.html

http://beliamuda.com/2010/01/isu-penggunaan-kalimah-allah-gereja-desa-melawati-dibakar/

http://www.myislamnetwork.net/component/content/article/2-e-akhbar/46-isu-penggunaan-kalimah-

allah-oleh-abu-bakar-bin-yang-fellow-di-ikim.html

http://aminiskandar.wordpress.com/2009/05/13/selepas-40-tahun-tragedi-berdarah-13-mei-1969/

http://ms.wikipedia.org/wiki/Peristiwa_13_Mei

http://usrahwave.com/site/index2.php?option=com_content&do_pdf=1&id=103

sity Daud, Zarina Othman, politik dan keselamatan, 2005 penerbit UKM