konsep kemasyarakatan merupakan konsep yang terdapat dalam konsep asas hubungan etnik

4
Konsep kemasyarakatan merupakan konsep yang terdapat dalam konsep asas hubungan etnik. Sejauh manakah anda bersetuju dalam pernyataan ini. Sila jelaskan dengan contoh-contoh yang relevan Masyarakat ialah kumpulan manusia yang hidup bersama di sesuatu tempat dengan aturan dan cara tertentu. Individu, keluarga dan kumpulan-kumpulan kecil merupakan anggota sesebuah masyarakat. Jaringan erat wujud dalam kalangan anggota tersebut, khususnya melalui hubungan bersemuka. Daripada pergaulan ini, terbina pola hubungan sosial yang berulang sifatnya seperti kegiatan gotong- royong, bersama-sama merayakan sesuatu perayaan melalui rumah terbuka, berkumpul menyambut pembesar yang datang berkunjung, menghadiri kendui majlis perkahwinan, membantu mereka yang ditimpa malapetaka atau menziarahi jiran yang sakit tenat atau yang telah meninggal dunia. Kekerapan pergaulan ini membina satu kesepaduan dalam masyarakat tersebut sebagai satu unit sosial. Dalam konteks Malaysia, hubungan harmonis antara pelbagai kumpulan etnik dapat membina sebuah masyarakat Malaysia yang teguh. Konsep-konsep masyarakat itu perlu difahami bagi memastikan manusia memahami hakikat bahawa demi kelangsungan hidup, manusia tiada pilihan lain tetapi untuk hidup bermasyarakat. Manusia turut perlu memahami sebaik mungkin cara hidup bermasyarakat, budaya masyarakat sendiri dan juga masyarakat lain serta terus memupuk kerjasama dalam masyarakat sendiri dan dengan masyarakat lain. Sehubungan dengan itu, sifat dan ciri-ciri masyarakat juga perlu diketahui dan difahami kerana masyarakat itu adalah sesuatu yang dinamik.

Upload: wen-hao

Post on 03-Oct-2015

227 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

Konsep Kemasyarakatan Merupakan Konsep Yang Terdapat Dalam Konsep Asas Hubungan Etnik

TRANSCRIPT

Konsep kemasyarakatan merupakan konsep yang terdapat dalam konsep asas hubungan etnik. Sejauh manakah anda bersetuju dalam pernyataan ini. Sila jelaskan dengan contoh-contoh yang relevanMasyarakat ialah kumpulan manusia yang hidup bersama di sesuatu tempat dengan aturan dan cara tertentu. Individu, keluarga dan kumpulan-kumpulan kecil merupakan anggota sesebuah masyarakat. Jaringan erat wujud dalam kalangan anggota tersebut, khususnya melalui hubungan bersemuka. Daripada pergaulan ini, terbina pola hubungan sosial yang berulang sifatnya seperti kegiatan gotong-royong, bersama-sama merayakan sesuatu perayaan melalui rumah terbuka, berkumpul menyambut pembesar yang datang berkunjung, menghadiri kendui majlis perkahwinan, membantu mereka yang ditimpa malapetaka atau menziarahi jiran yang sakit tenat atau yang telah meninggal dunia. Kekerapan pergaulan ini membina satu kesepaduan dalam masyarakat tersebut sebagai satu unit sosial. Dalam konteks Malaysia, hubungan harmonis antara pelbagai kumpulan etnik dapat membina sebuah masyarakat Malaysia yang teguh.

Konsep-konsep masyarakat itu perlu difahami bagi memastikan manusia memahami hakikat bahawa demi kelangsungan hidup, manusia tiada pilihan lain tetapi untuk hidup bermasyarakat. Manusia turut perlu memahami sebaik mungkin cara hidup bermasyarakat, budaya masyarakat sendiri dan juga masyarakat lain serta terus memupuk kerjasama dalam masyarakat sendiri dan dengan masyarakat lain. Sehubungan dengan itu, sifat dan ciri-ciri masyarakat juga perlu diketahui dan difahami kerana masyarakat itu adalah sesuatu yang dinamik.

Satu kumpulan dan kelompok manusia yang hidup saling berorganisasi, berbincang, bekerjasama dalam mengatur kerja secara kolektif, mampu menyatukan buah fikiran dan tindakan sehingga terjalin hubungan antara satu sama lain serta lahir satu sistem yang dinamakan sebagai kebudayaan. Ciri-ciri utama masyarakat ialah berkelompok, berbudaya, mengalami perubahan, berinteraksi secara dalaman dan dengan pihak luar, mempunyai kepimpinan serta mempunyai aturan sosialnya mengikut susun lapis, kelas, status dan kasta.

Masyarakat terdiri daripada manusia yang hidup dalam satu kumpulan. Oleh itu, keluarga adalah unit asas masyarakat kerana ia terdiri daripada ibu, bapa dan anak-anak. Gabungan keluarga-keluarga menghasilkan satu kumpulan manusia yang lebih besar yang dikenali sebagai masyarakat. Sekiranya individu tinggal berseorangan walaupun dengan menjalani cara hidup yang moden, ia tidak dikenali sebagai masyarakat kerana tiada hubungan timbal balik, tiada kerjasama, tiada interaksi dan tidak memainkan peranan sebagai anggota masyarakat. Misalnya, sifat kerjasama tidak akan dapat diwujudkan dalam aktiviti gotong-royong jika aktiviti tersebut dijalankan seorang diri.

Masyarakat turut melahirkan kebudayaan. Apabila manusia hidup di dalam sesuatu kelompok, mereka akan lebih kreatif dan inovatif. Untuk memenuhi keperluan hidup seharian, mereka telah menghasilkan kebudayaan sama ada berbentuk material ataupun bukan material. Walau bagaimanapun, kebudayaan yang dilahirkan itu berbeza di antara masyarakat bergantung kepada keperluan masyarakat itu sendiri. Contohnya, kaum Melayu, Cina dan India di Malaysia mempunyai budaya dan adat yang berbeza.

Masyarakat sentiasa mengalami perubahan merangkumi segala aspek kehidupan seperti bilangan ahli, sistem ekonomi, politik dan sosial. Perubahan boleh berlaku secara sedar atau tidak sedar dan secara langsung atau tidak langsung disebabkan oleh faktor luaran seperti proses migrasi, pertembungan budaya dan penjajahan. Selain itu, faktor dalaman masyarakat seperti pertambahan bilangan penduduk dan penerimaan sistem ekonomi sara diri kepada ekonomi komersial juga menyumbang kepada perubahan sesebuah masyarakat. Masyarakat sentiasa berhubungan antara satu sama lain sama ada sesama kelompok atau berlainan kelompok. Hubungan boleh berlaku secara formal dan tidak formal. Hubungan secara formal sering kali berlaku dalam bentuk dua hala atau bersemuka, seperti hubungan antara individu dalam masyarakat atau dalam urusan pentadbiran, guru dengan murid atau pensyarah dengan pelajar di dalam kelas. Sementara hubungan tidak formal adalah seperti interaksi antara ahli dalam sesebuah keluarga, hubungan sesama jiran tetangga, dan seterusnya hubungan antara masyarakat pelbagai kaum dalam konteks yang lebih luas. Contohnya, semua rakyat Malaysia fasih berbahasa Melayu dan dapat berinteraksi antara satu sama lain.

Dalam masyarakat wujud kepimpinan. Setiap individu dilahirkan sebagai pemimpin. Mereka boleh berperanan sebagai pemimpin di kalangan keluarga, sebagai ketua kampung, ketua komuniti, ketua daerah, ketua negeri dan ketua negara. Dalam masyarakat tradisional, pemimpin dipilih secara keturunan atau diwarisi, namun begitu di dalam masyarakat moden pemimpin dipilih berdasarkan pencapaian, kewibawaan serta karisma mereka. Tanggungjawab pemimpin adalah untuk mengurus masyarakat yang dipimpin. Kebijaksanaan pemimpin menentukan kedinamikan dan kemajuan sesebuah masyarakat. Sebagai contoh, Tun Dr. Mahathir bin Mohamad dikenali sebagai Bapa Pemodenan atas usaha dan bakti beliau memajukan Malaysia.

Susun lapis masyarakat tidak dapat dielakkan daripada wujud dalam sebuah masyarakat kerana anggota masyarakat mempunyai perbezaan dari segi keupayaan masing-masing. Susun lapis masyarakat dapat dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu pertama, kelas yang berdasarkan pemilikan harta atau kekayaan, kedua, status ditentukan oleh peranan individu dalam masyarakatnya dan ketiga, kasta yang keahliannya hanya ditentukan melalui kelahiran. Contohnya dalam masyarakat Melayu tradisional, susun lapis masyarakat dibahagikan kepada golongan pemerintah (golongan diraja dan bangsawan) dan golongan yang diperintah (rakyat dan hamba). Dalam masyarakat moden pula, kelas sosial terdiri daripada golongan atasan, golongan pertengahan dan golongan bawahan.

Kesimpulannya, Malaysia ialah sebuah masyarakat yang mengandungi pelbagai kumpulan etnik dan budaya. Dari segi sejarahnya, masyarakat Malaysia juga telah terbukti mempunyai asas kukuh untuk mewujudkan masyarakat berilmu, bermoral dan mendukung cita-cita murni bangsa Malaysia berteraskan konsep negara bangsa. Hal ini telah dimanifestasikan oleh pemimpin dan rakyat melaui pemikiran, nilai sosiobudaya, perlambangan dan jiwa kemanusiaan serta kerohanian tinggi yang mereka amalkan sehingga hubungan etnik yang harmonis terus bertahan dengan baik.