aplikasi remote sensing dalam bidang perancangan bandar dan wilayah

25
Aplikasi Remote Sensing Dalam Bidang Perancangan Bandar Dan Wilayah

Upload: azmir

Post on 12-Jun-2015

4.819 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Aplikasi Remote Sensing Dalam Bidang Perancangan Bandar Dan Wilayah

Aplikasi Remote SensingDalam Bidang Perancangan Bandar

Dan Wilayah

Page 2: Aplikasi Remote Sensing Dalam Bidang Perancangan Bandar Dan Wilayah

PENGENALAN 

Remote Sensing atau penderia jauh adalah salah satu daripada teknologi yang baru di dunia dan digunakan sejak tahun 80an. Teknologi baru ini digunakan secara meluas dengan pelbagai pembaharuan yang semakin canggih sehinggakan kita bukan sahaja mampu untuk melihat keluasan sesuatu kawasan, tetapi objek – objek kecil yang terdapat di permukaan bumi.

Ianya merupakan satu kaedah perolehan maklumat mengenai sesuatu objek di bumi tanpa menyentuhnya. Tetapi ia melibatkan pengukuran dan perekodan tenaga elektromagnetik yang dibalikkan atau dipancarkan dari permukaan bumi, atmosfera dan juga objek-objek di atas permukaan bumi dengan menggunakan penderia atau pengimbas yang dipasang pada pesawat udara atau satelit.

Definisi penderiaan jauh lain lebih umum, iaitu suatu sains yang mendapatkan maklumat mengenai sesuatu objek, kawasan atau fenomena melalui analisis data yang diperolehi daripada peralatan yang tidak menyentuh objek yang dikaji itu. Maklumat dibawa oleh pancaran EMR dan dikesan oleh penderia serta ditukarkan dalam bentuk berdigit.

Page 3: Aplikasi Remote Sensing Dalam Bidang Perancangan Bandar Dan Wilayah

Dari imej berdigit yang diperolehi, analisis boleh dilakukan untuk memperolehi maklumat tertentu muka bumi seperti jenis tumbuh-tumbuhan, kawasan berair, jenis guna tanah, kawasan gunung dan sebagainya. Perolehan data dari permukaan bumi menggunakan teknologi penderiaan jauh mempunyai beberapa kelebihan iaitu Remote Sensing boleh mendapat data permukaan bumi dengan kerap, cepat, secara berterusan dan meliputi kawasan yang luas. Imej berdigit remote sensing digunakan untuk membantu dalam membuat sesuatu

analisis, perancangan dan sebagainya. Selain daripada aplikasi penderiaan Jauh (remote Sensing),

intergrasi antara aplikasi Geographic Information system ( GIS ) dan Sistem Penentududukan (Global Positioning System-GPS) juga digunakan secara meluas dalam bidang perancangan bandar supaya maklumat yang dihasilkan akan menjadi lebih tepat dan berinformasi. Secara keseluruhannya penggunaan teknologi-teknologi ini yang 'user friendly' boleh meningkatkan cara dan mutu kerja, perolehan data dengan cepat dan menjimatkan masa seterusnya membantu pihak yang berkaitan membuat keputusan khususnya di dalam pemantauan dan pengurusan perancangan Bandar secara mapan dan berkesan.

Page 4: Aplikasi Remote Sensing Dalam Bidang Perancangan Bandar Dan Wilayah

TUJUAN Perkembangan pesat penggunaan teknologi remote sensing dan

GIS di Malaysia bermula pada dekat 80an terutamanya dalam aspek pemantauan terhadap alam sekitaran dan pemajuan sesuatu kawasan untuk dijadikan sebagai kawasan penempatan, pertanian dan pewujudan bandar-bandar baru yang yang lebih terancang dan tersusun . Penggunaan teknologi ini dalam menilai sumber-sumber hutan, mengesan hakisan tanah, memantau ekologi marin dan perancangan bandar telah terbukti dapat membekalkan data yang terkini dan tepat, di samping menjimatkan kos, masa dan tenaga kerja berbanding dengan cara konvensional telah mendorong kerajaan menubuhkan Pusat Remote Sensing Malaysia (MACRES) pada tahun 1988.  

Penggunaan kaedah remote sensing secara umumnya telah digunakan sebagai asas untuk menentukan sempadan perbandaran (urban boundary), tepubina , klasifikasi guna tanah mengikut kelas umum dan di dalam aspek- aspek pembangunan sesuatu perancangan Bandar yang terancang. Khusus bagi perancangan Bandar data-data yang di perolehi daripada teknologi remote sensing adalah amat berguna untuk dijadikan sebagai maklumat dan panduan di dalam membuat penyelidikan serta kajian tentang sesuatu kawasan muka bumi yang dikehendaki dengan lebih terperinci .

Page 5: Aplikasi Remote Sensing Dalam Bidang Perancangan Bandar Dan Wilayah

Pengunaan tanah bagi sesuatu kawasan sentiasa mengalami perubahan yang berterusan. Perubahan ini dapat diperhatikan melalui pemetaan kawasan tersebut. Pertambahan populasi penduduk serta aktiviti yang dijalankan adalah sesuatu yang amat penting untuk tujuan perancangan bandar yang lebih berkesan.

Kaedah remote sensing juga dapat membantu

dalam menyediakan peta- peta guna tanah bagi tujuan perancangan bandar, Ini kerana kaedah remote sensing dapat merakam imej dari udara, mengesan setiap perubahan guna tanah dan membuat klasifikasi ke atas tanah dari masa ke semasa. Data berbentuk digital yang diperolehi melalui kaedah remote sensing akan ditukar kepada maklumat berbentuk peta guna tanah dengan menggunakan perisian sistematik. Dengan kaedah ini ia dapat menjimatkan masa, lebih mudah dan data yang diperolehi lebih tepat berbanding dengan menggunakan kaedah kajian guna tanah secara manual.

Page 6: Aplikasi Remote Sensing Dalam Bidang Perancangan Bandar Dan Wilayah

CONTOH-CONTOH PROJEK REMOTE SENSING

PROJEK PERTAMA

Page 7: Aplikasi Remote Sensing Dalam Bidang Perancangan Bandar Dan Wilayah

PROJEK DI BANDAR DELHI

Page 8: Aplikasi Remote Sensing Dalam Bidang Perancangan Bandar Dan Wilayah

Di India, data dikumpulkan oleh penderia LISS-III multispectral dan digital PAN pankromatik penderia di atas Penderiaan Jauh India satelit IRS-1C amat berguna untuk analisis dan bandar-bandar guna tanah / pemetaan liputan 2 per 3 daripada kajian ini, peta-peta telah dihasilkan daripada satelit Landsat tema mapper penderia untuk 1992, dan daripada imej-imej LISS-III untuk 2004. Pengembangan bandar raya Delhi daripada 1992 hingga 2004 adalah untuk tujuan pemetaan.Hasil-hasil menunjukkan bagaimana GIS dan teknologi penderiaan jauh boleh menyediakan kritikal input fizikal dan kebijaksanaan yang cekap mengenai muka bumi untuk menyediakan asas peta-peta, merumuskan cadangan-cadangan perancangan, dan pelaksanaan pengawasan.

Keluasan Delhi berjumlah 148,312ha (hektar) kawasan geografi, pertanian ditubuhkan 65,114ha dalam 1992 dan 54,153ha secara 2004, satu kemerosotan 12% (lihat lampiran 1). Sepanjang tempoh 12 tahun ini,kawasan perumahan yang amat tebal lebih daripada sekali ganda, terutamanya pada kos tanah pertanian subur. Transformasi-transformasi tanah serupa berlaku di sekitar kawasan-kawasan pinggiran Delhi, terutama dalam ketimuran bandar raya, barat daya, dan daerah-daerah utara. Sederhana- dan kepekatan rendah kawasan kediaman juga berkuranganh. Tambahan pula, Delhi juga dianggap seperti asas perancangan bandar raya kerana ia mengalami perkembangan Bandar yang terlalu pesat menbangun tetapi ia juga tela mengalami kemerosotan sedikit di dalam perkembangannya dari 6.69% jumlah kawasan bandar raya dalam 1992 untuk 5.52% dalam 2004.

Page 9: Aplikasi Remote Sensing Dalam Bidang Perancangan Bandar Dan Wilayah

GAMBAR SATELIT IRS-1C BAND PENDERIA

RESOLUSI 2 0,52 - 0,59 µm 23 x 23 m

3 0,62 - 0,68 µm 23 x 23 m

4 0,77 - 0,86 µm 23 x 23 m

8 1,55 - 1,70 µm 70 x 70 m

Page 10: Aplikasi Remote Sensing Dalam Bidang Perancangan Bandar Dan Wilayah

HASIL KELASIFIKASI YANG DIBUAT ANTARA TAHUN 1992 DAN 2004

Lampiran 1:Pertukaran-pertukaran dalam guna tanah dan tanah dan perbezaan Delhi antara 1992 dan 2004. Tanah pertanian, ditunjukkan dalam hijau muda, luak, kawasan perumahan yang masa

tebal, dalam merah tua dan lain-lain warna yang boleh dilihat di dalam petunjuk.

Page 11: Aplikasi Remote Sensing Dalam Bidang Perancangan Bandar Dan Wilayah

PROJEK KEDUA

Page 12: Aplikasi Remote Sensing Dalam Bidang Perancangan Bandar Dan Wilayah

PROJEK DI BANDAR BANDAR LEIPZIG, GERMAN

Bandar Leipzig, German dikategorikan sebagai sebuah Bandar “deindustrialization” yang mana terjadinya pengecutan pertumbuhan bandar-bandar tersebut. Ini berlaku akibat kemerosotan pertumbuhan dari sudut ekonomi dan sekaligus populasi penduduk bandar. Berbeza di bandar-bandar besar, pinggir-pinggir bandar terjadi sebaliknya, di mana perumahan dan kawasan komersil tumbuh bagai cendawan selepas hujan. Keadaan ketidakseimbangan diantara pola pertumbuhan di bandar dengan pinggir bandar mewujudkan satu bentuk bandar yang tidak mampan.

Page 13: Aplikasi Remote Sensing Dalam Bidang Perancangan Bandar Dan Wilayah

Keadaan susunan bandar tidak mampan ini mengakibatkan permasalahan dari segi masalah sosial, masalah alam sekitar, pengurangan biodiversiti dan sebagainya. Keadaan ini sebenarnya menarik minat pelabur-pelabur untuk membangunkan semula tengah-tengah bandar menjadi pusat komersil yang membangun pesat daripada terbiar begitu sahaja.

Berdasarkan pemerhatian terdapat dua kaedah yang boleh digunakan

iaitu :-Kaedah Remote Sensing – kaedah ini lebih banyak

tertumpu kepada corak pertumbuha positif bandar tersebutKaedah perancangan bandar – tertumpu kepada unit-unit

pentadbiran bandar

Page 14: Aplikasi Remote Sensing Dalam Bidang Perancangan Bandar Dan Wilayah

Aplikasi Remote Sensing ini digunakan ke atas empat dareah di dalam bandar Leipzig, German, mengkaji mengapa fenomena pengecutan bandar ini terjadi. Menggunakan data yang didapati dari satelit SPOT dan Landsat 5 yang menggunakan sensor multispectral ( MSS ), kajian ini diharap dapat menjawab persoalan dan menyelesaikan maslah-masalah yang timbul akibat pengecutan bandar ini

Gambar Landsat5 Gambar SPOT

Page 15: Aplikasi Remote Sensing Dalam Bidang Perancangan Bandar Dan Wilayah

Rajah 1 – Klasifikasi penggunaan tanah dari pusat bandar ke pedalaman

Page 16: Aplikasi Remote Sensing Dalam Bidang Perancangan Bandar Dan Wilayah

Berdasarkan Rajah 1 di belakang, jelas terbukti bahawa penggunaan remote sensing dalam perancangan bandar amat diperlukan. Imej yang diperolehi dari data satelit ( menggunakan skala 40cm ) mampu diklasifikasikan mengikut kesesuaian penggunaannya. Pola perubahan ketara dapat dilihat berdasarkan klasifikasi pada tahun 1994 dan 2005. Ada sesetengah penggunaan tanah pada tahun 1994 tidak lagi sama dengan penggunaannya pada tahun 2005 di bandar Leipzig, German. Jika dilihat secara teliti, pada tahun 2005, terdapat hampir 20% kandungan tanah terdedah kepada pencemaran termasuklah pencemaran yang disumbangkan oleh aktiviti perindustrian yang pesat membangun. Ni dijadikan salah satu asas kepada penyelesaian masalah pengecutan pertumbuhan bandar di Leipzig, German.

Page 17: Aplikasi Remote Sensing Dalam Bidang Perancangan Bandar Dan Wilayah

Selain daripada kajian di belakang, satu lagi kaedah atau jenis klasifikasi yang boleh dijalankan menggunakan data satelit ialah pertumbuhan bandar di empat daerah di sekitar Leipzig, German menggunakan “digital color infrared aerial photograph photos”

Aplikasi remote sensing menawarkan kaedah orientasi objek untuk menyiasat struktur bandar dan kajian morfologi secara automasi. Aplikasi ini sangat sesuai digunakan untuk mengkaji perubahan struktur bandar-bandar dalam merancang pertumbuhan sesebuah bandar seperti di Leipzig, German.

Page 18: Aplikasi Remote Sensing Dalam Bidang Perancangan Bandar Dan Wilayah

PROJEK KETIGA

Page 19: Aplikasi Remote Sensing Dalam Bidang Perancangan Bandar Dan Wilayah

Projek menunjukkan Biomass atas tanah Bandar

Tujuan projek: untuk menunjukkan kawasan-kawasan pertumbuhan di atas tanah bandar.. Disebabkan semakin banyak orang menuju atau berpindah ke kawasan Bandar, jadi adalah diperlukan data remote sensing untuk menunjukkan kawasan sekitar di atas tanah Bandar tersebut. Kawasan yang dikaji adalah bandar Johor Bahru. Satelit-satelit yang digunakan adalah SPOT4 dan Quickbird., dengan berkejituan 10m dan 4m untuk memetakan dua peringkat(level)kawasan bandar Johor Bahru.

Page 20: Aplikasi Remote Sensing Dalam Bidang Perancangan Bandar Dan Wilayah

GAMBAR SATELITE QUICKBIRD DAN SPOT 4

Page 21: Aplikasi Remote Sensing Dalam Bidang Perancangan Bandar Dan Wilayah

SPESIFIKASI

Page 22: Aplikasi Remote Sensing Dalam Bidang Perancangan Bandar Dan Wilayah

Jadual 2 menunjukkan hasil data remote sensing QuickBird berserta dengan carta pie di kawasan bandar Johor Bahru.(a) menunjukkan peta biomass atas tanah bandar di Pelangi, (b) ,(c) dan (d) menunjukkan taman Melodies, Taman Sentosa dan Taman Pelangi.Carta pie di atas menunjukkan perbandingan di antara kawasan yang bertumbuhan dengan kawasan yang tidak bertumbuhan.

Page 23: Aplikasi Remote Sensing Dalam Bidang Perancangan Bandar Dan Wilayah

Jadual 3 menunjukkan hasil data remote sensing(SPOT 4) di kawasan Bandar Johor Bahru.Dengan adanya.data-data seperti ini, kerja Perancangan Bandar atau Wilayah akan dijalankan. Dengan lebih sistematik dan tidak merosakkan alam sekitar di sekeliling kita.

Page 24: Aplikasi Remote Sensing Dalam Bidang Perancangan Bandar Dan Wilayah

KESIMPULAN Kesimpulan yang dapat kumpulan kami buat adalah remote

sensing merupakan satu teknik baru untuk menunjukkan paramuka dan bentuk muka bumi jika berbanding dengan teknik fotogrametri.Remote sensing telah memberi sumbangan yang besar dalam bidang perancangan bandar dan wilayah.Penerangan di depan juga telah menunjukkan kegunaan-kegunaan remote sensing dalam bidang perancangan bandar dan wilayah dan juga jenis-jenis satelit. Contoh seperti projek di Bandar Johor Bahru di Malaysia, Bandar Dehli di Negara India dan juga Bandar Leipzig di negara German. Ini terbuktilah teknologi remote sensing telah digunapakaikan di seluruh dunia dalam bidang perancangan bandar dan wilayah. Dengan adanya teknologi baru ini, kita boleh mengetahui bentuk muka bumi sebenar di kawasan yang kita hendak merancang, jadi segala perancangan seperti bandar, wilayah dan desa akan dijalankan dengan lebih lancar dan sistematik.Di negara kita, teknologi remote sensing telah mula digunapakaikan untuk perancangan bandar dan wilayah sejak tahun 2000, jadi bidang ini masih memerlukan pakar-pakar yang banyak untuk memperluaskan kegunaannya kepada bidang lain.

Page 25: Aplikasi Remote Sensing Dalam Bidang Perancangan Bandar Dan Wilayah

RUJUKAN

http://www.remotesensing.gov.my/tmspublisher/images/default/RS_Jul%20-%20Dec2001.pdf

www.aars-acrs.org/acrs/proceeding/ACRS2007/Papers/TS3.2.pdf

www.eproceedings.org/static/vol06_2/06_2_banzhaf1.pdf