konsep awalan men

3
PENDAHULUAN Tugasan ini terbahagi kepada empat bahagian iaitu konsep awalan me(N)- , ciri-ciri, dan bentuk awalan me(N).Bahagian pertama menerang mengenai konsep awalan me(N) dengan jelas. Di bahagian ini, konsep me(N) diambil melalui pendapat dua orang tokoh bahasa iaitu Asmah Haji Omar dan Nik Safiah Karim et al. Kemudian, bab kedua pula berkaitan ciri awalan me(N). Di sini, kami menekankan mengenai fungsi dan makna setiap bentuk awalan me(N) yang ada. Bentuk-bentuk awalan men(N) diklasifikasikan kepada fungsi yang tertentu. Hasil dapatan kami banyak dibincangkan di bab ketiga iaitu bentuk awalan me(N). Di sini kami mencari perbezaan dan persamaan antara pendapat kedua tokoh-tokoh yang ada. Di samping itu, kami turut menguatkan hujah yang ada dengan mencari rujukan yang lain seperti buku Tatabahasa Asas Bahasa Melayu Edisi Baharu. Selain itu, kami turut mencari kelebihan dan kekurangan setiap rujukan yang ada.

Upload: tika-daud

Post on 26-Oct-2015

58 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Konsep Awalan Men

PENDAHULUAN

Tugasan ini terbahagi kepada empat bahagian iaitu konsep awalan me(N)- , ciri-ciri, dan bentuk

awalan me(N).Bahagian pertama menerang mengenai konsep awalan me(N) dengan jelas. Di

bahagian ini, konsep me(N) diambil melalui pendapat dua orang tokoh bahasa iaitu Asmah Haji

Omar dan Nik Safiah Karim et al.

Kemudian, bab kedua pula berkaitan ciri awalan me(N). Di sini, kami menekankan mengenai

fungsi dan makna setiap bentuk awalan me(N) yang ada. Bentuk-bentuk awalan men(N)

diklasifikasikan kepada fungsi yang tertentu.

Hasil dapatan kami banyak dibincangkan di bab ketiga iaitu bentuk awalan me(N). Di sini kami

mencari perbezaan dan persamaan antara pendapat kedua tokoh-tokoh yang ada. Di samping itu,

kami turut menguatkan hujah yang ada dengan mencari rujukan yang lain seperti buku

Tatabahasa Asas Bahasa Melayu Edisi Baharu. Selain itu, kami turut mencari kelebihan dan

kekurangan setiap rujukan yang ada.

Page 2: Konsep Awalan Men

1.0 KONSEP AWALAN meN

Menurut Asmah Haji Omar, me(N)- mempunyai alomorf seperti berikut : me-, mem-, men,

meng-, meny-, dan menge-. Muncul alomorf-alomorf ini adalah menurut proses yang sama

dengan munculnya alomorf-alomorf untuk pe(N)-. Demikian juga, kekecualian-kekecualian

dalam penghasilan alomorf-alomorf bagi pe(N)- juga terdapat dalam me(N)-. Dari itu,

bentuk-bentuk seperti mengkaji, menterjemah, memperoleh, memproses, menstor, dan

sebagainya itu boleh diterangkan pewujudannya selaras dengan cara menerangkan timbulnya

pengkaji, penterjemah, dan sebagainya.

Awalan me(N)- ini sangat produktif, dan sangat mempunyai fungsi sebagai penetap dan

juga penggubah golongan. Dengan itu me(N)- boleh diimbuhkan kepada kata kerja, kata sifat,

kata nama, kata ganti nama diri, dan kata bilangan. Kata kerja unggulan dihasilkan dari

pengimbuhan me(N)- kepada kata kerja, sedangkan kata kerja terbitan adalah hasil

pengimbuhan me(N)- kepada golongan dan subgolongan yang lain (2009:135).

Menurut Nik Safiah Karim et al pula, awalan meN- ialah awalan yang membentuk kata

kerja aktif, sama ada aktif atau tak transitif. Awalan ini mempunyai ini bentuk varian,

bergantung kepada huruf pertama kata dasar yang bercantum dengannya, iaitu me-, mem-,

men-, dan meng- (2008:15).