o defamation revisited and the concept and punishment of ... · pdf file15 e-lawatan akademik...

16
O < Oi O § Defamation Revisited and the Concept and Punishment of Al-Qadzf Amiruldin Md Sham & Mohd Sabri Yusof Introduction to New Iterative Method Mat Salim Selamat A Review of Trade Dispute Settlement in the Malaysian Manufacturing Sector Mohd Zahid Laton Interactive Whiteboard as a Teaching Aid Nor Zalina Ismail, Mohd Rizal Razak, Azlini Razali & Mahfudzah Othman Perkembangan Kaedah Analisis Hidrokarbon Aromatik Polisiklik (PAH) dalam Air, Sedimen &Tanah Siti Norhafizah Khazaai A Comparative Study between Two Landslide Events at the Sultan Ahmad Shah Mosque, Jengka, Pahang Rohaya Alias & Mohd Fairuz Bachok Klasifikasi Hujan PencetusTanah Runtuh Mohd Fairuz Bachok & Rohaya Alias The Importance of Communication in Our Life Norlaili Harun Penghasilan Estolide Berasaskan Asid Risinoleik Ricinus Communis Nazrizawati Ahmad Tajuddin Adapting Cooperative Learning (Jigsaw) in Teaching Mohd Norafizal A.Aziz, Hasnizawati Hashim & Rozieana A. Hal id

Upload: phamanh

Post on 05-Mar-2018

242 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: O Defamation Revisited and the Concept and Punishment of ... · PDF file15 e-Lawatan Akademik : Satu Kajian Awalan melalui Konsep ... kerana penambahannya kepada asid lemak tidak tepu

O

<

Oi

O

§

Defamation Revisited and the Concept and Punishment of Al-Qadzf Amiruldin Md Sham & Mohd Sabri Yusof

Introduction to New Iterative Method Mat Salim Selamat

A Review of Trade Dispute Settlement in the Malaysian Manufacturing Sector Mohd Zahid Laton

Interactive Whiteboard as a Teaching Aid Nor Zalina Ismail, Mohd Rizal Razak, Azlini Razali & Mahfudzah Othman

Perkembangan Kaedah Analisis Hidrokarbon Aromatik Polisiklik (PAH) dalam Air, Sedimen &Tanah Siti Norhafizah Khazaai

A Comparative Study between Two Landslide Events at the Sultan Ahmad Shah Mosque, Jengka,

Pahang Rohaya Alias & Mohd Fairuz Bachok

Klasifikasi Hujan PencetusTanah Runtuh Mohd Fairuz Bachok & Rohaya Alias

The Importance of Communication in Our Life Norlaili Harun

Penghasilan Estolide Berasaskan Asid Risinoleik Ricinus Communis Nazrizawati Ahmad Tajuddin

Adapting Cooperative Learning (Jigsaw) in Teaching Mohd Norafizal A.Aziz, Hasnizawati Hashim & Rozieana A. Hal id

Page 2: O Defamation Revisited and the Concept and Punishment of ... · PDF file15 e-Lawatan Akademik : Satu Kajian Awalan melalui Konsep ... kerana penambahannya kepada asid lemak tidak tepu

PROSIDING KOLUKiuivi zuuo-z009

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA PAHANG

Page 3: O Defamation Revisited and the Concept and Punishment of ... · PDF file15 e-Lawatan Akademik : Satu Kajian Awalan melalui Konsep ... kerana penambahannya kepada asid lemak tidak tepu

PROSIDING KOLOKIUM 2008-2009 Universiti Teknologi MARA Pahang

Jawatankuasa Prosiding

Pengerusi : Kamisah Ariffin (Dr) Editor Perolehan : Wan Zuri Wan Abdullah

Penyunting

Azlini Razali Kamisah Ariffin (Dr)

Nazirah Ramli Norshariza Mohd Bhkari

Rekabentuk Kulit

Mohd Noor His am Ahmad

Rekaletak

Mohd Noor His am Ahmad Kam is ah A riffin (Dr)

Hak Cipta © 2009 Universiti Teknologi MARA Pahang.

Hak Cipta terpelihara. Setiap bahagian daripada terbitan ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan kepada bentuk lain, samada dengan cara elektronik, mekanik, gambar rakaman dan sebagainya, tanpa mendapat keizinan dari Unit Penerbitan Universiti (UPENA), UiTM Pahang.

ISBN: 978-983-2607-21-2

Pendapat yang dikemukakan oleh penulis dalam prosiding ini adalah pandangan peri-badi mereka sendiri dan tidak mewakili pandangan jawatankuasa penerbitan, penyunting, fakulti dan universiti.

Dicetak oleh: Fathona Trading Bandar Tun Razak Cheras, Kuala Lumpur

Page 4: O Defamation Revisited and the Concept and Punishment of ... · PDF file15 e-Lawatan Akademik : Satu Kajian Awalan melalui Konsep ... kerana penambahannya kepada asid lemak tidak tepu

Kandungan

1 Defamation Revisited and the Concept and Punishment of 1 Al-Qadzf Amiruldin MdSham & Mohd.Sabri Yusof

2 Introduction to new iterative method 15 Mat Salim Selamat

3 A Review of Trade Dispute Settlement in the 19 Malaysian Manufacturing Sector Mohd Zahid Laton

4 Interactive Whiteboard as a Teaching Aid 23 Nor Zalina Ismail, Mohd. Rizal Razak Azlini Razali & Mahfudzah Othman

5 Perkembangan Kaedah Analisis Hidrokarbon Aromatik 29 Polisiklik (PAH) dalam Air, Sedimen & Tanah Siti Norhafizah Khazaai

6 A Comparative Study between Two Landslide Events at 55 Sultan Ahmad Shah Mosque, Jengka, Pahang Rohaya Alias & Mohd Fairuz Bachok

1 Klasifikasi Hujan Pencetus Tanah Runtuh 65 Mohd Fairuz Bachok & Rohaya Alias

8 The Importance of Communication in Our Life 77 Norlaili Harun

9 Penghasilan Estolide Berasaskan Asid Risinoleik Ricinus 81 Communis Nazrizawati Ahmad Tajuddin

10 Adapting Cooperative Learning (Jigsaw) in Teaching 91 Mohd Norafizal A.Aziz, Hasnizawati Hashim & Rozieana A.Halid

Page 5: O Defamation Revisited and the Concept and Punishment of ... · PDF file15 e-Lawatan Akademik : Satu Kajian Awalan melalui Konsep ... kerana penambahannya kepada asid lemak tidak tepu

11 'Data Rich, Information Poor' Phenomena: Obstacle to Effective Information Management Mohd Amii Abdullah @ Baharum

12 Comparative Study of Residential Roof Truss Construction Methods: Prefabrication and Built Onsite Mohd Syahrul Hisyam MohdSani & Fadhluhartini Muftah

13 Cold Formed Steel and Buckling Criteria of Cold Formed Steel Purlins Fadhluhartini Muftah & Mohd Syahrul Hisyam Mohd Sani

14 Social Responsibility: The Involvement of Entrepreneurs and Organizations Jahjaiton Arsad & Rohana Awang

15 e-Lawatan Akademik : Satu Kajian Awalan melalui Konsep Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Khairi Khalid, Mohd Syahrul Hisyam Mohd Sani, Mohd Fairuz Bachok, Mohd Risham J a 'afar, Wan Zukri Wan Abdullah, Ahmad Rasidi Osman, Mohd Razmi Zainudin, Rohaya Alias, Fadhluhartini Muftah, Nor Maslina Mohsan & Noraida Mohd Saim

16 The Benefits of Using Industrialised Building System (IBS) in Our Construction Industry Wan Zukri Wan Abdullah

17 Transformasi daiam Pengajaran dan Pembeiajaran di Fakulti Pengurusan dan Teknologi Pejabat: Satu Cadangan Siti Khalijah Majid

18 Persoalan Insan, Nilai dan Pembinaan Tamadun: Satu Wacana Falsafah Rasid Muhamad

Page 6: O Defamation Revisited and the Concept and Punishment of ... · PDF file15 e-Lawatan Akademik : Satu Kajian Awalan melalui Konsep ... kerana penambahannya kepada asid lemak tidak tepu

Penghasilan Estolide Berasaskan Asid Risinoleik Ricinus Communis

Nazrizawati Ahmad Tajuddin

ABSTRAK

Biopelincir estolide dihasilkan melalui tindak balas asid risinoleik dari minyak jarak (Ricinus communis) dengan asid laurik dan 2-etilheksil alkohol. Tindak balas dijalankan di dalam keadaan vakum s el am a 24 jam. Samp el biji jarak telah dikumpul dan diekstrak dengan menggunakan kaedah Soxhlet. Proses hidrolisis dijalankan bagi mendapatkan asid lemak bebas. Analisis Kromatografi Gas (GC) menunjukkan kandungan asid risinoleik yang tinggi (82.835 %) selepas dihidrolisis. Beberapa analisis seperti penentuan lemak kasar, kelembapan, nilai iodin, nilai peroksida, nilai penyabunan dan penentuan bahan tak tersabun telah dijalankan bagi mengkaji sifat fiziokimia minyak jarak. Basil estolida 2-etilheksil ester dicirikan dengan menggunakan analisis spektroskopi Inframerah (IM) bagi mengetahui kumpulan berfungsi yang hadir di dalam struktur estolida dan Resonans Magnetik Nukleus (RMN) untuk mengesahkan struktur estolida ester yang terhasil. Kehadiran kumpulan ester pada puncak serapan 1738 cm'1 menandakan berlakunya pembentukan estolida ester yang lengkap. Kehadiran kumpulan C-0 padajalur serapan 1175 cm'1 dan 1117 cm'1 menyokong kenyataan tersebut. Kehadiran CH2 bengkokan pada panjang gelombang 724 cm'1 menunjukkan sebatian berantai panjang. Spektrum RMN !H dan J3C menunjukkan nilai simulasi dan eksperimen berpadanan dengan struktur molekul estolida. Rangkaian estolide ester bagi proton *H berada pada anjakan 3.8669 ppm (a -ester) dan 4.5438 ppm (a-asid). Nilai anjakan karbon 13C menunjukkan terdapat dua puncak karbonil yang berbeza dalam rantai estolida iaitu karbonil ester (173.5697 ppm) dan karbonil asid (176.7888 ppm).

Katakunci: Ricinus communis, estolide, esktrak, asid risinoleik, ester, pencirian

Pengenalan

Permintaan pasaran terhadap minyak diesel dan petrol semakin hari semakin meningkat seiring dengan peningkatan harga minyak di pasaran. Kebanyakan penggunaan lemak dan minyak dalam kehidupan manusia adalah berasal daripada sumber sayuran dan juga hidupan marin (Rafflenbeul, 2001). Kini, kajian terhadap minyak jarak Ricinus communis semakin popular kerana kesan penggunaannya yang baik samada kepada kesihatan manusia mahupun kegunaan keperluan biodiesel. Penekanan akan diberikan ke atas kajian potensi minyak jarak Ricinus communis sebagai lubrikan dengan menggunakan asid lemak yang berlainan. Kajian ini dijangkakan akan memperolehi hasil lipid baru dengan sifat asid risinoleik menarik serta ciri-ciri penambahbaikan yang lebih baik. Kajian ini adalah lebih ringkas dan melibatkan kos yang rendah kerana sampel biji jarak boleh didapati secara percuma.

81

Page 7: O Defamation Revisited and the Concept and Punishment of ... · PDF file15 e-Lawatan Akademik : Satu Kajian Awalan melalui Konsep ... kerana penambahannya kepada asid lemak tidak tepu

Nazrizawati Ahmad Tajuddin

Keistimewaan minyak jarak Ricinus communis berbanding minyak sayuran yang lain ialah dari segi kebolehannya mengekalkan kebendaliran pada suhu yang tinggi mahupun suhu rendah. Minyak jarak Ricinus communis dan terbitannya banyak digunakan untuk membuat sabun, pelincir, bendalir brek dan hidraulik, cat, pewarna, dakwat, plastik yang tahan sejuk, penggilap berlilin, nilon dan juga minyak wangi. Bagi enjin pembakaran dalam, minyak jarak terkenal kerana keupayaannya untuk melincir pada pelbagai keadaan dan suhu yang keterlaluan seperti digunakan di dalam enjin penghawa dingin. (Phillips & Rix, 1999). Minyak jarak merupakan sumber tenaga yang boleh diperbaharui dan mampu dibiodegradasikan dengan cepat menyebabkan ia sesuai dijadikan sebagai estolide.

Estolide merupakan asid lemak oligomerik yang terhasil daripada kondensasi dua asid lemak yang berlainan dengan mangkin asid yang tertentu. Ia sering dijumpai dalam bentuk triglycerides (Isbell et al., 2001). Estolide boleh diperolehi samada melalui tindakbalas semulajadi ataupun melalui sintesis pada suhu yang tinggi melebihi suhu minyak jarak mahupun asid risinoleiknya. Rajah 2.6 menunjukkan pembentukkkan estolide dari asid risinoleik minyak jarak.

Estolide turut dikenali sebagai asid lemak yang unik di mana ia mempunyai dua rangkaian ester pada rantai utama molekul. Secara tipikalnya, estolide disintesis melalui kaedah homopolimerisasi asid lemak minyak sayuran di bawah keadaan terma atau berasid. Proses homopolimerisasi asid lemak hidroksil boleh dijalankan dengan menggunakan mangkin lipase. Selain itu, estolide juga boleh diperolehi melalui penambahan dua asid lemak yang berlainan pada kumpulan hidroksil (Isbell & Kleiman, 1994). Penyelidikan ini dijalankan bertujuan untuk mengekstrak biji Ricinus communis bagi menghasilkan asid risinoleik dan seterusnya bagi mensintesis estolide yang bersifat biolubrikan.

Metodologi

Pengesktrakan Minyak Ricinus communis

Sampel biji Ricinus communis ini dikeringkan di dalam oven pada suhu 80-120°C dan ada yang dijemur di bawah cahaya matahari selama 8 jam bagi memastikan kulit biji jarak terbuka sepenuhnya. Biji jarak yang diperolehi dikumpulkan dan dikisar halus bagi tujuan pengekstrakan minyak. Biji jarak ini perlu dikisar bagi mendapatkan luas permukaan yang besar berbanding isipadu agar minyak di dalam biji jarak mudah diekstrak (Pritchard & Rossell, 1991).

Pengekstrakan dijalankan mengikut kaedah Soxhlet dengan menggunakan pelarut heksana di mana pelarut ini bersifat tidak polar. Sampel diekstrak selama 6 hingga 12 jam pada suhu 65°C bagi memastikan minyak jarak habis diekstrak. Masa yang lama digunakan dalam proses pengekstrakan agar semua minyak dalam biji jarak dapat dikeiuarkan. Selain itu, kesukaran pelarut untuk mengekstrak zat terlarut turut menjadi faktor utama mengapa masa yang panjang diperlukan (Pritchard & Rossell, 1991). Larutan ini kemudiannya dituras dan proses pemisahan pelarut heksana dengan minyak dilakukan dengan menggunakan alat penyejat berputar (rotavapor) dan proses hidrolis dijalankan. Hidrolisis bertujuan untuk memecahkan ikatan antara asid lemak dengan gliserol. Gliserol sangat berpolar, maka memerlukan pemisahan dengan pelarut

82

Page 8: O Defamation Revisited and the Concept and Punishment of ... · PDF file15 e-Lawatan Akademik : Satu Kajian Awalan melalui Konsep ... kerana penambahannya kepada asid lemak tidak tepu

Penghasilan Estolide Berasaskan Asid Risinoleik

berkutub seperti alkohol dan air untuk mengeluarkan sebatian gliserol dari asid lemak bebas. Proses pemisahan (isolation) akan menghasilkan asid lemak bebas yang tulen. Kehadiran asid risinoleik di dalam minyak jarak Ricinus communis ditentukan dengan menggunakan Kromatografi Gas (GC) Channel A.

Sintesis Estolide Ester

Sebanyak 50g asid risinoleik yang telah dihidrolisis dari minyak jarak dicampurkan dengan 17.75g asid laurik dipanaskan dalam keadaan bervakum sehingga suhu mencapai 60°C. Kemudian sebanyak 11.5ml asid perklorik pekat ditambahkan dan tindakbalas diteruskan selama 24 jam. Setelah 24 jam, sebanyak 33.75g 2-etilheksil alkohol ditambahkan ke dalam campuran dan tindakbalas diteruskan lagi selama 2 jam. Setelah selesai, hasil yang diperolehi dibilas dengan 25g kalium hidroksida dalam 90 larutan etanol/air. Hasil campuran kemudiannya dibiarkan menyejuk selama 30 minit sebelum dituras dengan menggunakan kelalang Buckner. Larutan organik dikeringkan dengan menggunakan sodium sulfat dan dituras. Hasil penurasan disulingkan dengan menggunakan kaedah penyulingan pada suhu 105°C bagi mengeluarkan air mahupun lebihan alkohol yang terdapat di dalamnya.

Analisis dan Pencirian

Pencirian hasil yang diperolehi dijalankan dengan menggunakan Spektroskopi Resonan Magnetik Nuklear atau Nuclear Magnetic Resonance (NMR) dan Spektroskopi Lembayung Infra-Merah atau Fourier Transform Infra Red (FTIR). Spektrofotometer FTIR Perkin Elmer GX digunakan bagi mengesan kesemua kumpulan berfungsi yang wujud di dalam sampel. Dijangkakan kumpulan berfungsi karbonil ester akan wujud pada regangan 1735 cm*1, hidroksil-OH (2900-3300 cm"1), regangan karbon sp3 (2800-3000cm"1) dan rantai panjang (720cm*1). Spektrum bagi asid risinoleik dan produk 2-etilheksil alkohol akan dibandingkan.

NMR digunakan bagi mengesan bilangan proton *H dan karbon 13C dalam estolide yang terbentuk. Analisis ini melibatkan probe proton/karbon (400 MHz lW 100.61 MHz 13C) dengan menggunakan pelarut kloroform bagi setiap sampel. Manakala FTIR digunakan bagi memastikan kewujudan variasi kumpulan berfungsi yang wujud dalam rantai panjang estolide terutamanya kumpulan karbonil ester. Viscometer digunakan bagi menentukan kelikatan lubrikan yang dihasilkan.

Keputusan dan Perbincangan

Pencirian Asid Risinoleik (GC)

Kandungan asid lemak bebas bagi sampel minyak Ricinus communis dibandingkan dengan menggunakan analisis Kromatografi Gas (GC). Kromatografi Gas digunakan bagi mencirikan struktur minyak dan lemak (Heftmann, 1975). Kaedah ini juga digunakan bagi mengesan kandungan asid risinoleik yang tulen hasil daripada keadah

83

Page 9: O Defamation Revisited and the Concept and Punishment of ... · PDF file15 e-Lawatan Akademik : Satu Kajian Awalan melalui Konsep ... kerana penambahannya kepada asid lemak tidak tepu

Nazrizawati Ahmad Tajuddin

hidrolisis minyak jarak. Data yang diperolehi ditunjukkan di dalam Rajah 1. Keputusan menunjukkan asid risinoleik mempunyai peratusan komposisi yang tertinggi diikuti oleh asid linolenik, asid linoleik dan palmitik.

X imolcmk

linoleik

(JUL

Rajah 1: Kromatografi Gas Asid Lemak minyak Ricinus communis

Penghasilan Estolide Ester

Secara amnya, penghasilan estolide ester dipengaruhi oleh dua faktor; pemangkin asid dan suhu tindak balas yang digunakan. Asid perklorik telah ditambah di dalam tindak balas sebagai pemangkin kerana ia berupaya menghasilkan tindak balas estolide ester yang lebih cepat (5-6 kali) serta menghasilkan produk yang lebih banyak berbanding pemangkin asid yang lain seperti asid sulfurik. Asid sulfurik tidak sesuai digunakan kerana penambahannya kepada asid lemak tidak tepu hanya akan menghasilkan minyak. tersulfat. Didapati minyak tersulfat adalah stabil pada suhu yang rendah (<20° C) dengan kehadiran asid tetapi pada suhu yang lebih tinggi (>50°C), sulfat ester akan mudah terurai dan seterusnya akan menyebabkan penghasilan lakton (Cermak et al., 2006).

Kedua, pembentukkan estolide ester juga turut dipengaruhi oleh suhu tindak balas. Pada suhu yang rendah (27°C), suhu tindak balas yang bermangkinkan asid perklorik adalah rendah. Namun, pada suhu yang lebih tinggi, pembentukkan lakton adalah terlalu cepat disebabkan oleh kadar tindak balas yang meningkat biarpun kepekatan asid perklorik dikurangkan (Isbell et al.} 1994). Maka dengan ini, suhu yang optimum 60°C diguna pakai. Sintesis tindak balas dijalankan selama 24 jam bagi memastikan semua sampel habis bertindak balas.

Rajah 2 menunjukkan C7 pada asid risinoleik cenderung untuk bertindak balas dengan kumpulan OH dari asid laurik dan seterusnya menghasilkan ester dan rantai penutup {capped). Kumpulan karbonil cenderung bertindak balas dengan OH kerana lebih mudah untuk menyingkirkan kumpulan karbonil berbanding ikatan ganda dua yang mana ikatannya adalah stabil. Dengan tertutupnya {capping) lemak ester, kompaun ini tidak berpeluang lagi untuk melakukan tindak balas dengan ikatan

84

Page 10: O Defamation Revisited and the Concept and Punishment of ... · PDF file15 e-Lawatan Akademik : Satu Kajian Awalan melalui Konsep ... kerana penambahannya kepada asid lemak tidak tepu

Penghasilan Estolide Berasaskan Asid Risinoleik

hydrogen samada secara intra atau intermolekul (Cermak et al., 2006). Produk yang terhasil mencapai 82.25%.

+ HC104

Ricinoteic acid Laurie acid

v acuum, 24 hours

o=c

o=c o

. c=o I ?

2-ethylhexyl alcohol

irree estolide

2 hours

o=c

. c=o I ?

Estolide 2-ethylhexyl ester

Rajah 2 : Tindak balas penghasilan estolide 2-etilheksil ester

Penentuan Kumpulan Berfungsi Estolide (FTIR)

Sintesis estolide 2-etilheksil ester dijangkakan akan menghasilkan estolide tak tepu seperti Rajah 2. Bagi membuktikan kondensasi telah berlaku, spektrum FTIR esolide-2 etilheksil ester dan tindakbalasnya dibandingkan. Spektrum FTIR menunjukkan regan-gan yang sangat jelas pada 1738.23 cm*1 iaitu berada dalam linkungan regangan ruju-kan 1750-1735 cm"1 (Pavia et al., 2001). Keputusan ini turut disahkan apabila didapati wujudnya dua ikatan C-0 regangan pada 1174.60 cm" Kehadiran CH2 bengkokkan pada gelombang 724.20 cm"1 menunjukkan kehadiran kumpulan rantai panjang di dalam kompaun. Struktur estolide turut mengandungi kumpulan alkana yang mana bengkokkan CH sp3ini bergetar pada 2926.16 cm"1 dan 2855.80 cm'1 serta bengkok­kan CH2 berlaku pada 1463.86cm*1. Rajah 3 menunjukkan kehadiran puncak OH pada 3446.80 cm"1 kerana wujudnya molekul air di dalam kompaun estolide. Molekul air ini disingkirkan dengan menggunakan kaedah penyulingan. Kumpulan OH didapati sudah

85

Page 11: O Defamation Revisited and the Concept and Punishment of ... · PDF file15 e-Lawatan Akademik : Satu Kajian Awalan melalui Konsep ... kerana penambahannya kepada asid lemak tidak tepu

Nazrizawati Ahmad Tajuddin

tiada setelah penyulingan dilakukan yang mana boleh dilihat dengan jelas di dalam Rajah 4.

Rajah 3: Spektrum FTIR bagi estolide 2-etilheksil ester

86

Page 12: O Defamation Revisited and the Concept and Punishment of ... · PDF file15 e-Lawatan Akademik : Satu Kajian Awalan melalui Konsep ... kerana penambahannya kepada asid lemak tidak tepu

Penghasilan Estolide Berasaskan Asid Risinoleik

%

80

70

60

50

40

30

20

iTm-fcT^Sttf.,

— 2-ethylhep,1 alcohol

2-etlivlliewl esterfbefore disiation; _ 2-ethylhsxvl ester(aftet distillation]

Rajah 4: Perbezaan spektrum estolide 2-etilheksil ester sebelum dan selepas penyulin-gan

87

Page 13: O Defamation Revisited and the Concept and Punishment of ... · PDF file15 e-Lawatan Akademik : Satu Kajian Awalan melalui Konsep ... kerana penambahannya kepada asid lemak tidak tepu

Nazrizawati Ahmad Tajuddin

Penentuan Estolide 2-etilheksil ester (NMR)

Anjakan 'H-NMR bagi estolide 2-etilheksil ester ditunjukkan dalam Rajah 5. Serapan ester metana yang dikesan pada 2.157 ppm menunjukkan kehadiran kumpulan estolide. Ini dikukuhkan lagi dengan pengesahan proton a- methelyne asid yang wu-jud pada anjakan 4.5438 ppm berdekatan dengan a- methelyne ester pada 2.1560 ppm. Anjakan spektrum ,3C-NMR bagi estolide 2-etilheksil ester ditunjukkan di dalam Rajah 6. Terdapat dua anjakan karbonil iaitu pada 173.4091 ppm (asid) dan pada 173.5697 ppm (ester). Anjakan karbon metana bagi estolide muncul pada anjakan 76.9122-77.5545 ppm. Estolide ester dijangkakan mempunyai puncak ethelene sekitar 130.6 ppm namun keputusan yang sebaliknya diperolehi di mana hampir tiada puncak ethelene atau keamatannya terlalu rendah mungkin disebabkan oleh ketidaktulenan asid risinoleik (Cermak & Isbell 2003).

w

R

7,0 6.0 5.0 4 . 0 , I | 3.0 (N a n h U\ CO t CO

fn c i w

i I 00 o to F cs m

2.0 j 1.0

en o»

I CN

Rajah 5: Spektrum NMR *H estolide 2-etilheksil ester

Page 14: O Defamation Revisited and the Concept and Punishment of ... · PDF file15 e-Lawatan Akademik : Satu Kajian Awalan melalui Konsep ... kerana penambahannya kepada asid lemak tidak tepu

Jff-O «JO> e.* • - • icto IJ -O rz-o- jam* a-«.» i*,» i«,o J.TJ« J *

2?

en CD

2:

o o 00

o 5-* CD

to 1

CD

1 7 6 . 7 8 8 8 - - g 1 7 3 . 5 6 9 7 - — _ 1 7 3 . 4 0 9 1 g

I I

8 0 . 7 3 5 4 * 7 7 . 5 5 4 5 £

7 7 . 2 3 3 3 $ > - J -7 6 . 9 1 2 2 £ 6 6 . 3 6 0 2 - — > 6 4 . 7 0 1 0 r ~ ^ \ s

g. 5 9 . 8 6 8 5 Er CD

0 0

Page 15: O Defamation Revisited and the Concept and Punishment of ... · PDF file15 e-Lawatan Akademik : Satu Kajian Awalan melalui Konsep ... kerana penambahannya kepada asid lemak tidak tepu

Nazrizawati Ahmad Tajuddin

Kesimpulan

Estolide 2-etilheksiI ester telah berjaya disintesiskan antara asid risinoleik Ricinus communis dan asid laurik dengan penambahan 2-etilheksil alkohol. Data ilusidasi dari-pada FTIR dan NMR mengesahkan penghasilan produk estolide 2-etilheksil ester. Data menunjukkan nilai yang munasabah dan menyamai nilai jangkaan dan setersunya berpotensi untuk digunapakai sebagai bahan biolubrikan. Untuk itu, kajian lanjutan diperlukan.

Rujukan

Cermak, S.C. & Isbell, T.A. (2003). Synthesis physical properties of estolide-based functional fluids. Industrial Crops Products, 18, 183-196.

Cermak, S.C, Brandon, K.B. & Isbell, T.A. (2006). Synthesis and physical properties of estolides from lesquerella and castor fatty acid esters. Industrial Crops Prod­ucts, 23, 54-64.

Heftmann, E. (1975). Chromatography: A Laboratory Handbook of Chromatographic and Electrophoretic Methods, Van Nostrand Reinhold Company.

Isbell, T.A. & Kleiman, R. (1994). Characterization of Estolides Produced from the Acid-Catalyzed Condensation of Oleic Acid. New Crops Research, 71, 379-383.

Isbell, T.A., Edgcomb, M.R. & Lowery, B.A. (2001). Physical properties of estolides based function fluids. Industrial Crops and Products, 18, 183-196.

Rafflenbeul, W. (2001). Fish for a healthy heart. European Journal of Lipid Science and Technology, 103, 315-317.

Pavia, D.L., Lampman, G.M. & Kriz, G.S. (2001). Introduction to spectroscopy. (3rd

ed.). America:Thomson Learning.

Phillips, R. & Rix, M. (1999). Annuals and Biennials. Macmillan, London. 106.

Pritchard, J.L.R. & Rossell, J.B. (1991). Analysis of Oilseeds, Fats and Fatty Foods. Elsevier Applied Science.

NAZRIZAWATI AHMAD TAJUDDIN, Jabatan Kimia, Fakulti Sains Gunaan,Universiti Teknologi MARA Pahang. [email protected]

90

Page 16: O Defamation Revisited and the Concept and Punishment of ... · PDF file15 e-Lawatan Akademik : Satu Kajian Awalan melalui Konsep ... kerana penambahannya kepada asid lemak tidak tepu

'Data Rich, Information Poor'Phenomenon: Obstacle to Effective Information Management Mohd Amli Abdullah @ Baharum

Comparative Study of Residential Roof Truss Construction Methods: Prefabrication and Built Onsite Mohd Syahrul Hisyam Mohd Sani & Fadhluhartini Muftah

Cold Formed Steel and Buckling Criteria of Cold Formed Steel Purlins Fadhluhartini Muftah & Mohd Syahrul Hisyam Mohd Sani

Social Responsibility: The Involvement of Entrepreneurs and Organisations Jahjaiton Arsad & Rohana Awang

e-Lawatan Akademik:Satu Kajian Awalan melalui Konsep Kumpulan InovatifdanKreatif(KIK) Khairi Khalid, Mohd Syahrul Hisyam Mohd Sani, Mohd Fairuz Bachok, Mohd Risham Ja'afar, Wan Zukri Wan Abdullah, Ahmad Rasidi Osman, Mohd Razmi Zainudin, Rohaya Alias, Fadhluhartini Muftah, Nor Maslina Mohsan & Noraida Mohd Saim

The Benefits of Using Industrialised Building System (IBS) in Our Construction Industry Wan Zukri Wan Abdullah

Transformasi dalam Pengajaran dan Pembelajaran di Fakulti Pengurusan danTeknologi Pejabat: Satu Cadangan Siti Khalijah Majid

m