slaid peribahasa men 3

Click here to load reader

Post on 21-May-2015

5.992 views

Category:

Education

5 download

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Slaid pengajaran pertibahasa

TRANSCRIPT

  • 1. Peribahasa Menengah 3

2. Keadaan hidup seseorang tidak tetap, ada kalanya senang ada kalanya susah. Air pun ada pasang surutnya 3. Ayam terlepas tagan berbau tahi Orang yang membuat perbuatan yang ditegah akhirnya mendapat malu. 4. Beberapa berat mata memadang, berat juga bahu memikul Sesusah orang yang melihat penderitaan seseorang itu tentulah tidak sama dengan penanggungan orang yang menderita itu sendiri. 5. Belum duduk berlunjur dulu Menganggap sudah memperoleh atau memiliki sesuatu perkara yang belum pasti dimiliki atau dikuasai. Orang yang cepat-cepat marah walaupun orang yang dimarahi belum tentu terbukti kesalahannya. 6. Sesuatu pekerjaan besar yang hendak dilakukan eloklah diketuai pelaksanaannya oleh orang yang memang ahli dalam perkara itu supaya selamat. Belayar bernakhoda, berjalan dengan yang tahu, berkata dengan yang pandai 7. Orang yang berpendapatan besar, besar juga perbelanjaannya. Besar periuk besar keraknya 8. Mempertahankan sesuatu yang menjadi hak milik kita walaupun nyawa kita terancam. Biar putih tulang, jangan putih mata Lebih baik mati daripada menanggung malu. 9. Orang yang sama sepekerjaan itu, jikalau berselisihan dan berkecil hati, jadi rosaklah pekerjaannya. Bertelingkah bagai antan di lesung 10. Burung terbang dipipiskan lada Merancang sesuatu yang belum pasti diperolehi. 11. Berhati-hati semasa bercakap dengan orang kerana percakapan yang sembarangan boleh membawa akibat yang buruk. Cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar 12. Sangat dikasihi dan dipelihara dengan sempurna. Ditatang bagai minyak yang penuh 13. Hendak meniru-niru perbuatan orang besar atau kaya, akhirnya diri sendiri binasa. Gajah berak besar, kancil pun hendak berak besar 14. Peperangan atau perselisihan yang berlaku antara dua pihak yang berkuasa menyebabkan rakyat yang binasa atau menderita. Gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati di tengah-tengah 15. Orang besar atau mulia tidak akan hilang martabatnya jika dia merendahkan dirinya sekalipun. Jika ular menyusur akar, tidak akan hilang bisanya 16. Hendaklah sentiasa berhati-hati supaya jangan terpedaya dan habis harta dengan percuma. Ingat sebelum kena, jimat sebelum habis 17. Setiap orang mempunyai kekuatan dan kelebihan masing-masing. Kuat ketam kerana sepit, kuat burung kerana sayap 18. Menahankan sesuatu perkara yang sebenarnya tidak dapat dipertahankan lagi. Menegakkan benang basah Mengerjakan pekerjaan yang mustahil berhasil. 19. Melakukan sesuatu perbuatan buruk yang boleh memberi aib atau mencemarkan nama baik ibu bapa atau keluarga. Menconteng arang di muka 20. Mencela atau bersungut tentang sesuatu yang sudah siap. Rumah sudah pahat berbunyi Mengemukakan keterangan baru atau saksi baru setelah sesuatu diputuskan hakim. 21. Sesuatu perkara yang telah terlanjur dibuat salah, hendaklah dibetulkan dengan dibuat semula dari awal. Sesat di hujung jalan, balik ke pangkal jalan Jika tidak boleh dicapai persetujuan dalam sesuatu mesyuarat hendaklah diselidiki kembali pokok persoalannya supaya dapat pertimbangan yang baik. 22. Orang yang bangsawan dan budiman serta berilmu itu makin tinggi martabatnya makin dia merendah diri; bukannya seperti orang yang tiada berbudi dan jahil apabial diperolehinya sesuatu kelebihan, dia pun sombong. Seperti buah padi, makn berisi makin rendah; jangan seperti lalang, makin lama makin tinggi 23. Mengerjakan sesuatu bersama-sama, baik ringan mahu pun berat. Sedencing bagai besi, seciap bagai ayam 24. Sesuatu yang tidak kekal dan segera hilang. Seperti embun di hujung rumput 25. Berada dalam kesukaran. Seperti orang buta kehilangan tongkat Orang bodoh, tiada pula berusaha dalam apa-apa yang dilakukannya sehingga menjadi sesat kehidupannya. 26. Orang yang cerdik, sayang kepada segala macam orang kerana masing-masing ada gunanya. Tukang tidak membuang kayu 27. Seseorang yang hidup di dunia ini mestilah baik untuk diri sendiri dan juga berjasa kepada orang lain. Hidup kayu berbuah, hidup manusia berjasa 28. Waktu hidup mestilah mengikut peraturan, adat dan undang-undang termasuk hukim Tuhan, setelah mati, terserahlah kepada Tuhan. Hidup dikandung adat, mati dikandung tanah 29. Budi bahasa orang tidak dapat dibalas dengan wang dan harus diingat seumur hidup. Hutang emas dapat dibayar, hutang budi dibawa mati 30. Orang yang mengikutkan hawa nafsunya akhirnya akan binasa. Ikut hati masti, ikut rasa binasa, ikut mata leta 31. Asal atau darjat seseorang ditentukan pada tingkah lakunya. Asal besi pengapak kayu, asal emas menjadi penduk