konkrit

35
10/03/2014

Upload: beskal-itam

Post on 21-Jun-2015

1.364 views

Category:

Technology


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: Konkrit

10/03/2014

Page 2: Konkrit

10/03/2014

KONKRIT

Page 3: Konkrit

Konkrit ialah bahan yang terhasil daripada bancuhan batu baur, pasir, simen dan air dengan mengikut nisbah tertentu. Nisbah bancuhan mestilah mengikut yang ditentukan untuk mendapatkan kekuatan yang diperlukan bagi sesuatu kegunaan binaan. Kekuatan konkrit bergantung kepada nisbah bancuhan.

10/03/2014

Page 4: Konkrit

CIRI-CIRI KONKRIT

• Konkrit mengeras dengan kehadiran air. Sifat ini adalah penting dalam pembinaan terutamanya pembinaan asas di tempat yang basah.

• Konkrit tidak berkarat atau tidak reput. Ia tidak juga diserang oleh anai-anai atau serangga lain.

• Konkrit yang baru dibancuh boleh dibentuk kepada sebarang bentuk mengikut acuannya. Ia juga mudah dikerjakan jika dibancuh dengan nisbah yang sesuai.

10/03/2014

Page 5: Konkrit

• Konkrit tahan panas dan tidak terbakar.

• Bahan-bahan yang digunakan untuk membuat konkrit iaitu simen, pasir dan batu baur mudah didapati dan juga berharga murah.

• Konkrit juga tahan lasak.

• Konkrit mempunyai keupayaan tanggung yang tinggi terutamanya tegasan mampatan.

10/03/2014

Page 6: Konkrit

10/03/2014

Page 7: Konkrit

Kualiti konkrit ini dipengaruhi oleh perkara-perkara berikut:

• Kualiti bahan-bahan yang digunakan

• Nisbah bancuhan

• Penggredan batu baur

• Amaun air yang digunakan

• Cara memampatkannya setelah ditempatkan di dalam acuan

• Pengawetan yang dilakukan setelah mengeras

10/03/2014

Page 8: Konkrit

10/03/2014

Nisbah bancuhan- Simen: Pasir: BatuBaur

Page 9: Konkrit

10/03/2014

Page 10: Konkrit

BAHAN-BAHAN KONKRIT

SIMEN• Simen ialah sejenis bahan buatan yang

dihasilkan dengan membakar campuran batu kapur dan tanah liat atau bahan-bahan lain yang sesuai.

• Bahan ini mempunyai dua sifat penting iaitu sifat likatan dan lekatan. Dengan sifat ini, simen akan bertindak sebagai bahan pengikat yang baik untuk mengikat batu baur lalu menjadi satu jasad yang padu dan kuat.

10/03/2014

Page 11: Konkrit

10/03/2014

SIMEN

Page 12: Konkrit

JENIS-JENIS SIMEN

Simen Portland biasa (ordinary Portland cement)

Simen Portland cepat mengeras (rapid hardening Portland cement)

Simen Portland penahan sulfat

Simen Portland haba rendah (low heat portland cement)

10/03/2014

Page 13: Konkrit

CARA PENYIMPANAN SIMEN

• Simen mudah menyerap kelembapan daripada udara. Oleh itu, simen mestilah disimpan di tempat yang kalis lembap. Simen biasanya disimpan dalam gudang dengan dilapikkan papan setinggi lebih kurang 23cm dari lantai dan 30cm dari tembok gudang.

• Pintu dan tingkap bangunan gudang mestilah dituutp rapat supaya udara tidak beredar di dalamnya. Simen Portland biasa boleh tahan lama sekiranya ia tidak menyerap air.

• Di tapak projek, simen hanya diletakkan di suatu ruang yanng dapat dilindungi daripada hujan dan panas dan ianya berhampiran dengan kerja pembacuhan konkrit. Kami juga perhatikan bahawa simen tersebut tidak dilapik dengan papan seperti mana cara penyimpanan yang sepatutnya dilakukan. Beg-beg simen disusun secara bertindih-tindih dan beg simen yang di bawah seklai akan dikeluarkan terlebih dahulu bagi mengelakkannya daripada menjadi keras

10/03/2014

Page 14: Konkrit

10/03/2014

Page 15: Konkrit

BATU BAUR

• Batu baur ialah bahan-bahan seperti pasir dan batu kerikil yang digunakan dalam pembuatan konkrit. Batu baur digunakan dalam konkrit kerana ia menghasilkan ketahanan dan kemudahan kerja konkrit.

• Batu baur dikelaskan kepada dua jenis:

• Batu baur halus (menembusi ayakan 5mm)

• Batu baur kasar (tidak menembusi ayakan 5mm)

10/03/2014

Page 16: Konkrit

10/03/2014

Page 17: Konkrit

Sifat batu baur yang diperlukan

10/03/2014

Batu baur mestilah keras dan tidak mengandungi bahan-bahan yang

boleh menukarkan isipadunya apabila terdedah kepada cuaca dan bahan

yang boleh merosakkan bar tetulang

Batu baur mestilah bersih dan bebas daripada kekotoran bahan-bahan

organik. Ketulan batu baur mestilah tidak disaluti habuk, lumpur dan

tanah liat kerana ia boleh menghalang proses penghidratan,

mengurangkan daya lekitan simen dan boleh merosakkan bar tetulang

Page 18: Konkrit

Jenis PasirPASIR SUNGAI

• Ia merupakan jenis pasir yang terbaik kerana ia telah melalui proses penggredan semula jadi melalui tindakan arus sungai. Proses ini secara tidak langsung membuang bahan-bahan yang lemah.

PASIR LOMBONG

• Biasaannya mengandungi kekotoran seperti lumpur, tanah liat dan lain-lain lagi. Pasir lombong halus sesuai untuk kerja-kerja mengikat bata. Pasir lombong kasar sesuai untuk kerja-kerja konkrit dan pasir lombong perlu dibersihkan terlebih dahulu untuk memperbaiki mutunya

PASIR LAUT

• Ia mengamdungi garam dan tidak sesuai digunakan kecuali jika dibersihkan terlebih dahulu.

10/03/2014

Page 19: Konkrit

• Pemudah adun ialah sejenis bahan gerak cergas di permukaan (surface active agent) yang membentu simen menyebarkan dengan lebih berkesan lagi di dalam air. Apabila bahan ini berpadu dengan konkrit, ia akan memberi satu keputusan yang sering mempercepatkan sifat kejelekitan dan masih boleh mengekalkan keboleholahan yang diperlukan walaupun pada kadar air atau simen yang berkurangan.

• Apabila pengurangan kadar kandungan air di dalam konkrit ke sehingga 10% akan menyebabkan berkurangnya gerakan aliran tetapi ia akan menambah kekuatan kemungkinan antara 10 – 20%.

• Bahan tambah seperti ini adalah berguna dalam membuat konkrit tegasan tinggi. Dengan bahan ini juga ia membolehkan konkrit itu dibancuh dalam kadar air/simen yang rendah tetapi masih mengekalkan taraf kerja yang diperlukan.

10/03/2014

PEMUDAH ADUN (PLASTICIZER)

Page 20: Konkrit

AIR BANCUHAN

• BS 3148 ‘Test for water for making concrete’ menyatakan bahawa air yang digunakan bagi bancuhan konkrit mestilah bebas dari bahan-bahan yang meninggalkan kesan seperti kelodak, tanah, asid organik dan bahan organik yang lain seperti garam, alkali dan lain-lain lagi. Bahan seperti kelodak dan tanah adalah senang dipisahkan hanya dengan menjalankan proses pemendakan.

10/03/2014

Page 21: Konkrit

10/03/2014

Page 22: Konkrit

10/03/2014

Page 23: Konkrit

Bahan Tambah

• Bahan tambah adalah sejenis bahan yang dicampurkan ke dalam konkrit semasa bancuhan dijalankan. Tujuannya ialah bagi meningkatkan taraf pada sifat-sifat konkrit di dalam keadaan yang diperlukan.

• ‘Additive’ adalah biasanya dikatakan sebagai percampuran kimia pada masa proses pembuatan simen dan ianya berbeza dengan bahan tambah. Kedua-dua bahan ini, ‘additive’ dan bahan tambah adalah bagi kebaikan pada konkrit.

10/03/2014

Page 24: Konkrit

10/03/2014

BANCUHAN KONKRIT

Manual

Page 25: Konkrit

10/03/2014

Mesin

Page 26: Konkrit

10/03/2014

Precast

Page 27: Konkrit

10/03/2014

Nisbah Bancuhan

• Kegunaan konkrit menentukan nisbah bancuhan yang dikehendaki. Ini adalah berdasarkan kepada kekuatannya. Konkrit pada amnya kuat dalam tegasan mampatan dan lemah dalam tegasan tegangan. Nisbah bancuhan yang biasa digunakan ialah 1: 2: 4 (simen: pasir: batu baur kasar), 1: 3: 6 dan 1: 5: 10 digunakan mengikut tempat dan tujuan kegunaannya.

• Bancuhan 1: 2: 4 digunakan dalam banyak jenis pembinaan dengan memuaskan seperti pembinaan asas, lantai, tiang, rasuk dan tembok baik dalam konkrit biasa mahu pun dalam konkrit bertetulang. Bancuhan 1: 3: 6 adalah sesuai digunakan pada pembinaan lantai dan konkrit yang berjisim kurang mengalami tegasan tegangan.

Page 28: Konkrit

10/03/2014

Alat Pemampat Konkrit

Page 29: Konkrit

10/03/2014

PENGAWETAN KONKRIT• Apabila air dibancuh ke dalam konkrit, tindak balas berlaku antara

simen dengan air menyebabkan simen membeku dan terus mengeras.

• Mengikut peraturan, jumlah air yang dibancuh hendaklah secukupnya untuk menghasilkan bancuhan konkrit yang mudah dikerjakan serta membolehkan tindak balas kimia pada peringkat permulaan ini.

• Dalam proses tindak balas ini haba dihasilkan dan sebahagian kandungan air akan hilang.

• Proses ini dinamakan penghidratan. Kehilangan air ini akan menjejaskan kesempurnaan penghidratan di samping menghalang pencapaian kekuatan maksimum dalam konkrit.

• Oleh sebab itu, tindakan hendaklah diambil untuk menjamin cukup air untuk penghidratan. Tindakan ini dikenali sebagai pengawetan dalam konkrit.

Page 30: Konkrit

10/03/2014

LANGKAH PENGAWETAN KONKRIT• Permukaan konkrit boleh ditutup dengan bahan-bahan yang basah

seperti beg guni, jerami, habuk kayu, pasir dan sebagainya. Bahan-bahan yang mungkin merosakkan warna konkrit tidak boleh digunakan.

• Merendam permukaan konkrit dengan air. Kaedah ini sesuai untuk mengawet lantai konkrit.

• Membasahkan konkrit dengan air. Amalan ini dilakukan pada tempat-tempat seperti tembok, tiang, rasuk dan sebagainya yang sukar diawet dengan cara lain. Bahagian bangunan konkrit dibasahkan dengan air beberapa kali sehari berterusan selama tujuh hari setelah konkrit mengeras.

• Menyapu bahan-bahan kimia pada permukaan konkrit untuk mengelakkan kehilangan air melalui proses sejatan. Bahan-bahan yang biasa digunakan ialah kompound silica.

• Menggunakan wap air (stim). Kaedah ini digunakan dalam kilang untuk menghasilkan buatan konkrit, terutama sekali konkrit prategasan dengan cepat dan bermutu tinggi.

Page 31: Konkrit

10/03/2014

Kekuatan Konkrit

JANGKA MASA PERATUS

3 hari 20 %

7 hari 45 %

28 hari 60 %

3 bulan 85 %

6 bulan 95 %

12 bulan 100 %

Page 32: Konkrit

KUALITI KONKRIT

10/03/2014

Ujian Penurunan

Page 33: Konkrit

10/03/2014

JENIS KERJA KONKRIT PENURUNAN

Konkrit biasa yang tidak bertetulang

Tembok penahan dan tiang

Rasuk dan papak

Kerja jalan dan lantai

25 – 50 mm

75 – 125 mm

50 – 100 mm

25 – 100 mm

Page 34: Konkrit

Ujian Mampatan (Ujian Kiub)

10/03/2014

Page 35: Konkrit

• Bancuhan konkrit dimasukkan ke dalam sebuah acuan yang berukuran 150 mm x 150 mm x 150 mm secara berlapis-lapis (biasanya tiga lapis) dan dicucukkan dengan sebatang besi sebanyak 25 hingga 35 kali supaya mampat. Kemampatan ini juga boleh dilakukan dengan menggunakan alat getar.

• Permukaan kiub tersebut hendaklah dilicinkan dengan sudip

• Konkrit yang telah dibuat ini disimpan dengan acuan sekali di tempat yang terlindung dan dalam keadaan yang lembap selama 24 jam sebelum acuannya ditanggalkan.

• Apabila kiub konkrit dikeluarkan daripada acuannya. Ia ditandakan dengan tarikh ianya dibuat dan ditandatangani oleh penyelia yang membuatnya. Selepas itu, kiub ini diawetkan dengan cara direndam dalam tangki air sehingga ujian dibuat. Ujian terhadap kiub tersebut dilakukan pada hari ke-3, 7, 14 dan 28 selepas kiub itu dibuat. Ujian boleh dilakukan selepas 3 bulan dan satu tahun untuk kajian selanjutnya.

10/03/2014