ujian kiub konkrit

12
Ujian Penurunan Konkrit Ujian penurunan (Slump test) ialah untuk memastikan ketekalan (consistency) bancuhan konkrit di samping mengawal kekuatannya. Ini merupakan satu ujian kasar yang dilakukan pada sample bancuhan konkrit yang dibancuhkan pada masa yang belainan Untuk menentukan bahawa bancuhan itu mengandungi jumlah air yang lebih kurang sama, tidak terlalu cair atau terlalu kering. Ujian ini dilakukan di tapak bina, tempat bancuhan konkrit dibuat. Sample hendaklah diambil daripada bancuhan yang baru dibuat. Alat-alat yang digunakan Untuk menjalankan ujian ini ialah sebuah acuan (slump cone) yang diperbuat daripada kepingan logam, alat getar atau sebatang besi bulat ber diameter 16mm. Memasukkan bancuhan konkrit kedalam corong ujian penurunan. 1

Upload: asrap-primavera

Post on 17-Sep-2015

1.596 views

Category:

Documents


51 download

DESCRIPTION

ujian kiub konkrit

TRANSCRIPT

Ujian Penurunan Konkrit

Ujian penurunan (Slump test) ialah untuk memastikan ketekalan (consistency) bancuhan konkrit di samping mengawal kekuatannya. Ini merupakan satu ujian kasar yang dilakukan pada sample bancuhan konkrit yang dibancuhkan pada masa yang belainan Untuk menentukan bahawa bancuhan itu mengandungi jumlah air yang lebih kurang sama, tidak terlalu cair atau terlalu kering. Ujian ini dilakukan di tapak bina, tempat bancuhan konkrit dibuat. Sample hendaklah diambil daripada bancuhan yang baru dibuat. Alat-alat yang digunakan Untuk menjalankan ujian ini ialah sebuah acuan (slump cone) yang diperbuat daripada kepingan logam, alat getar atau sebatang besi bulat ber diameter 16mm.

Memasukkan bancuhan konkrit kedalam corong ujian penurunan.

Langkah bagi menjalankan ujian penurunan (slump test)

Radas yang digunakan bagi ujian ini adalah terdiri daripada cetak/trustrum berbentuk kon dengan 100mm garispusat bahagian atas. 200mm garispusat bahagian bawah dan 300mm tingginya serta dipasang dengan dua pemegang pada bahagian sisi. Langkah ujikaji adalah seperti berikut :-1. Pastikah cetak kon sentiasa bersih di dalamnya sebelum ujian dan diletakkan di atas yang keras dan rata serta kedap.2. Konkrit dimasukkan ke dalam acuan sebanyak 4 lapisan3. Setiap lapisan dilakukan hentaman/rejaman (rodding) sebanyak 25 kali dengan rod keluli bergarispusat 5/8.4. Permukaan atas diratakan dengan rod pemampat atau sudip5. Kon diangkat tegak keluar dari konkrit secara perlahan dan konkrit akan runtuh6. Runtuhan akan diukur menggunakan pembaris.7. Runtuhan boleh berlaku dalam 3 keadaan, iaitu runtuhan benar, runtuhan ricih dan runtuhan roboh. Konkrit yang baik akan mengalami runtuhan benar iaitu antara hingga 4(1/2).8. Jika berlaku runtuhan ricih dan roboh maka ia menunjukkan konkrit itu kekurangan sifat lekit atau terlalu basah.

Antara ujian penurunan yang dilakukan, 3 runtuhan iaitu runtuhan benar, runtuhan roboh dan runtuhan ricih

Membuat ujian penurunan konkrit dan mengambil kira penurunan yang berlaku. Hasil ujian menunjukkan bahawa penurunan benar

Ujian Kiub KonkritCube Testatau dikenali ujian kiub konkrit ialah salah satu ujian yang dijalankan ke atas bancuhan konkrit apabila tiba di tapak bina. Tujuannya ialah untuk menentukan kekuatan konkrit mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan sama sepertiSlump Test.Prosedur Cube Test1. Kiub konkrit dibuat dengan menggunakan acuan besi yang berukuran 150mm x 150mm.2. Bancuhan konkrit dimasukkan sebanyak 3 lapisan dan dipadatkan sebanyak 35 kali.3. Permukaan atas konkrit dirataan dan dilabelkan mengikut tarikh ianya dibuat.4. Acuan tersebut disimpan ditempat terlindung dari kelembapan selama 24jam.5. Selepas acuan tersebut dibuka, kiub konkrit akan diawet dengan menrendamkannya ke dalam tangki berisi air sebelum diuji.6. Ujian dibuat keatas kiub konkrit pada hari ke-7 dan ke-28 dari tarikh kiub tersebut dibuat.

Memasukkan konkrit kedalam acuan kiub untuk membuat ujian kiub

Memecahkan simen yang sediaada untuk mendapatkan permukaan kasar bagi mengelakkan berlaku penurunan konkrit.

Meletakkan konkrit pada permukaan bawah terlebih dahulu.

Memasukkan konkrit dan ratakan sehingga membentuk ramp dan mengikut kotak acuan yang telah dipasang

Ramp yang telah siap dibuat dan kerja kemasan dilaksanakan

Analisis Data Ujian Kiub

Data yang lengkap mengenai ujian kiub, balak dan teras konkrit ada dinyatakan di dalam bahagian 4 BS 1881. Contoh-contoh biasanya dihantar ke makmal untuk diperiksa dan diuji tetapi biasanya di tapak ada menyediakan kemudahan ujian. Rujukan mestilah mengikut piawai yang ditetapkan bagi mesin-mesin dan langkah-langkah ujian. Kiub mestilah disimpan di dalam air dan diuji sebaik sahaja dikeluarkan. Air di permukaan, kekisi dan lain-lain bahagian hendaklah dibersihkan, seterusnya kiub ditandakan, berat dan ukurannya direkodkan

Berat kiub ditimbang dan direkodkanPermukaan alas mesin penguji mestilah bersih dan kiub diletakkan di tempat yang betul supaya beban dapat jatuh sekata. Pastikan kiub betul-betul di tengah-tengah piring penolak. Beban mestilah dikenakan tanpa kejutan dan peningkatannya sekata di antara 0.2 N/mm2 hingga 0.4 N/mm2 sehinggalah nilai terbesarnya tercapai. Beban maksima hendaklah direkodkan. Kekuatan mampatan yang direkodkan mestilah 05 N/mm2. Adalah mustahak segala radas yang digunakan diselenggarakan dan sentiasa dalam keadaan baik untuk digunakan. Ujian mampatan ke atas kiub konkritSelepas semua konkrit kiub telah diuji dalam ujian mampatan, catatan semua keputusan beban maksima yang diperolehi ke dalam borang yang telah disediakan. Kekuatan mampatan konkrit = ( N/mm2). Dimana, P = Beban (Newton), A = Luas permukaan (mm2).

KESIMPULAN

Hasil daripada projek ramp yang telah kami laksanakan, kami dapat mengikut proses-proses pelaksanaan kerja dengan teratur dan sistematik. Setiap pelajar telah membuat tugasan mereka berdasarkan agihan tugas yang telah diberikan oleh ketua kumpulan, antara kerja yang telah kami laksanakan ialah membuat kotak acuan, membuat blok spacer, membancuh konkrit dan kerja-kerja memasang ramp iaitu kerja mamasukkan konkrit ke permukaan tanah. Sepanjang melaksanakan kerja ramp ini, kami dapat mengetahui dengan lebih lanjut bagaimana untuk membuat kotak bentuk bagi ramp, bagaimana untuk menyediakan spacer dan mengetahui bancuhan konkrit yang sesuai untuk pembikinan ramp. Di samping itu, kerja ramp ini dibuat adalah untuk memudahkan kepada orang kurang upaya (OKU) dan kepada pensyarah yang menyorong troli naik ke pejabat. Malahan, sepanjang melaksanakan projek ini terdapat ramai pensyarah fakulti pendidikan teknik dan vokasional yang memuji dengan hasil usaha kami kerana telah memudahkan kepada individu yang melalui kawasan tersebut.Selain daripada itu, projek ini dilaksanakan bagi memenuhi sukatan kurikulum yang merupakan sebahagian daripada projek besar untuk subjek asas binaan bata. Seperti yang telah sedia maklum kerja amali asas binaan bata sangat berkait rapat dengan kerja konkrit iaitu bancuhan konkrit. Sepanjang melaksanakan projek ramp ini, kami telah menyediakan bancuhan konkrit yang baik dengan ujian penurunan benar, hal ini menunjukkan bahawa bancuhan konkrit yang telah dibuat adalah sangat baik dan sesuai untuk kerja ramp. Akhir sekali, projek-projek sebegini baik untuk dilaksanakan apatah lagi ia adalah untuk kebaikan semua orang. Ucapan terima kasih kepada En. Wong Kah Leong selaku pensyarah yang telah membimbing dalam menjayakan projek ramp ini.

4