konflik dalaman

Upload: hannanfarhana

Post on 30-May-2018

218 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/14/2019 konflik dalaman

    1/9

    KONFLIK DALAMAN DALAM GERAKAN IKHWANUL MUSLIMIN: CERMINAN KEPADAPAS

    Oleh Mohamad Ridhwan Bin AliasQuranik Tarbawi Club

    setiap perkara ada kekurangan dan kelebihan. Kekurangan dijadikan pengajarandan kelebihan dijadikan azimat perjuangan menempohi cabaran tak terdugapada masa depan

    Dalam gerakan Islam, perebutan kuasa dalaman tidak dapat dielakkan. Iamerupakan cabaran yang paling dahsyat kepada kepimpinan gerakan Islam. Jikatidak ditangani dengan baik, ia boleh memusnahkan gerakan Islam itu sendiri.Fathi Yakan menganggap ia antara AIDS dalam gerakan Islam.

    Dalam makalah ini, kita akan melihat konflik dalaman yang dialami oleh GerakanIkhwanul Muslimin di Mesir. Cabaran dan cara menangani konflik dalaman olehIkhwan harus kita tekuni agar mengambil pengajaran untuk mencermin diri. PASyang dianggap jemaah Islam perlu mencermin diri dan berhati-hati supaya gejalakemusnahan dalam parti tidak muncul dan membarah.

    Konflik Penganti Imam Hasan al Banna

    Setelah kematian Imam Hasan al Banna, Ikhwan berada dalam keadaan kucar-kacir. Ada beberapa calon utama yang dianggap penganti Hasan al Banna iaituSaleh Asymawi, Timbalan Mursyidul Aam, Abdul Rahman al Banna, saudaraHasan al Banna, Abdul Hakim Abidin, Setiausaha Agung, Hasan al Baquri danMustafa Mukmin. Mustafa Mukmin terkeluar senarai apabila dipecat pada tahun1950.

    Sementara itu, nama Hasan Hudhaibi, seorang Hakim mula diusulkan oleh Munirad-Dillah, seorang pimpinan Ikhwan yang kaya raya. Ada beberapa sebab,kenapa Hasan Hudhaibi disaran menjadi Mursyidul Aam. Pertama, beliau beradadi luar pimpinan rasmi Ikhwan boleh mengelakkan perpecahan jika calon lainterpilih. Kedua, pemilihan Hasan juga boleh menenangkan Jabatan Kehakimanberkaitan permasalahan pengharaman Ikhwan. Ketiga, merapatkan hubunganIkhwan dengan istana kerana saudara ipar beliau adalah ketua istana. Bagisenior Ikhwan, ini adalah perlu tetapi keputusan bersifat sementara.

    Masalah utama Hasan Hudhaibi ialah gagal membangkit kembali pendekatanHasan al banna terutamanya sikap elit beliau dalam beriadah. Beliau juga jarangmelawat cawangan Ikhwan dan enggan menerima gelaran Rais Aam serta hanyasedia menerima gelaran Mursyidul Aam. Hasan al hudhaibi juga menyatakansyarat beliau akan menjawat jawatan Musyidul Aam jika Abdul Kadir Audahdilantik timbalannya. Cadangan ini memalapkan peluang calon-calon lain sepertiSaleh Asymawi dan Hasan al Baquri untuk menjawat jawatan tersebut.

    Pada 9 September 1952, Ikhwan berada dalam dilema sama ada memilihmenjadi organisasi keagamaan atau parti politik. Pada 4 Oktober 1952, DewanPendiri mengadakan mesyuarat, Hasan Hudhaibi menyatakan Ikhwan bukan partipolitik. Dewan Pendiri menegaskan keinginan mereka untuk mendaftar Ikhwansebagai parti politik.

  • 8/14/2019 konflik dalaman

    2/9

    Pada 27 November 1953, seramai 21 orang kelompok anti Hudhaibi bergerak kerumah Hudhaibi bagi mendesak Hudhaibi meletak jawatan. Kemudian merekamerempuh masuk dan menawan Pejabat Ikhwan Pusat. Kemudian Hudhaibi dankelompok anti Hudhaibi bersetuju mewujudkan jawatan kuasa penyiasatanterhadap pemecatan 4 tokoh terkemuka Ikhwan.

    Pada 28 November 1953, pukul 15.00, rapat umum diadakan dan dihadiri olehkedua-dua kelompok. Dalam pertemuan sumpah baaih kepada Hudhaibi danmengutuk cubaan rampasan kuasa. Pada 29 November 1953, Dewan Pimpinandan jawatan kuasa displin telah memutus tiga daripada empat adalah dalang.Pada 9 Disember 1953, Saleh Asymawi, Muhammad al Ghazali dan Abdul Aziz

    Jalal dipecat daripada Ikhwan.

    Selepas peristiwa ini, Ikhwan telah dibersihkan oleh pengaruh senior dan BiroRahsia oleh Hudhaibi. Dalam usaha menipis pengaruh Biro Rahsia, Hudhaibimelantik Yusof Talaat untuk menjadikan Biro Rahsia sebagai organisasi terbukadan terserap dalam usrah.

    Perubahan Kepimpinan

    Selepas kematian Imam Hasan al Banna, Hasan al Hudhaibi dilantik MursyidulAam kedua. Beliau ingin pasukan pembantu yang kuat, oleh itu beliau jugamerombak Dewan Pimpinan Ikhwan yang dianggotai oleh senior dengan generasibaru Ikhwan yang sealiran dengan beliau. Tindakan beliau dibantah oleh ahlisenior Ikhwan. Hasan Hudhaibi gagal menjalankan hubungan personal denganahli senior Ikhwan dan gagal mencipta kepercayaan dalam kalangan seniorIkhwan.

    Para senior Ikhwan menyatakan ketaatan mereka kepada Hasan al Banna tetapitidak kepada Hasan al Hudhaibi. Kesilapan Hasan al Banna ialah tidak menunjukdengan tepat siapa pengantinya dan tidak melatih bakal pengantinya serta tidakmelebar pengaruh bakal penganti beliau dalam Ikhwan. Dalam PAS, kita melihat

    Tuan Guru Abdul Hadi dilatih menjadi Timbalan Presiden PAS dan mempunyaipengaruh yang tersendiri dalam parti. Ini antara kekuatan Tuan Guru Abdul Hadidisamping karismatik beliau dalam pidato dan keluasan ilmu agama.

    Perihal ini tidak dialami oleh Ustaz Nasharuddin Mat Isa, Timbalan Presiden PASsekarang. Kita melihat watak beliau seakan-akan watak Hasan al Hudhaibi dalamIkhwan. Pengaruh Ustaz Nasharuddin tidak seperti Tuan Guru Abdul Hadi, TuanGuru Fadzil Nor dan Ustaz Nakhaie yang ada jaringan pengaruh. Ustaz Nakhaiesebagai contoh antara ideolog yang pakar dalam pembinaan kertas kerja danpengaruhnya dalam cerdik pandai PAS. Beliau membawa beberapa cerdik pandaiseperti Dr Puad Zakarshi, Saufudin Nasution dan Johan Che Pa dalam PAS keluarparti.

    Jika hal ini tidak ambil berat, Ustaz Nasharudin bakal mengalami nasib Hasan alHudhaibi yang sukar mengawal pentadbiran Ikhwan dan berlakunya cubaanrampasan kuasa daripada senior yang berpengaruh. Sebaiknya, sebagaiPengerusi Lujnah Tarbiyyah PAS, Ustaz Nasharuddin mengorak langkahmelebarkan pengaruh dalam parti.

    Perbedaan pendapat Dalam Politik

    Pada tahun 1947, berlaku krisis di antara Hasan al banna dengan Timbalannya,Ahmad As Sukkari. Permasalahan timbul ekoran perbezaan pendapat dalamhubungan antara Ikhwan dengan parti Wafd. Ahmad As Sukkari telah membawa

  • 8/14/2019 konflik dalaman

    3/9

    satu gagasan alternatif dimana mengesa Ikhwan bergabung dengan parti Wafd,sebuah parti sekular. Parti Wafd merupakan parti yang mendapat sokonganmajoriti rakyat Mesir. Ahmad As Sukkari mengambar pengabungan Ikhwanmemenuhi keperluan spritual parti Wafd.

    Gagasan Ahmad As Sukkari melangkau saranan Hasan al Banna selaku pimpinannombor satu Ikhwan yang mahu dilakukan perikatan di antara Ikhwan denganparti Wafd dengan syarat parti sekular itu memenuhi prinsip perjuangan Ikhwan.Perbezaan ini semakin membarah, dengan pendapat Ikhwan adalah alat politikgolongan istana dan cadangan pengurangan kuasa mutlak Hasan al Banna.

    Tahun 1947, serangan musuh terhadap Hasan al Banna dari luar dan cabarandalaman sangat menggugat kepimpinan Ikhwan. Hasan al Banna membawa kesAhmad As Sukkari ke Dewan Pendiri Ikhwan. Dewan Pendiri sepakat dengan usulmemecat Ahmad As Sukkari.

    Dalam PAS, kita harus mengikut dasar yang diputuskan oleh Muktamar,kemudian Majlis Syura dan Jawatankuasa Pusat dan akhirnya Biro Politik(lujnahsiasah). Dari segi politik, jawatankuasa Pusat lebih berperanan menentukan halatuju PAS. Semasa isu Muzakarah, kita memberi ucapan taniah kerana Tuan GuruAbdul Hadi tidak menggunakan kelebihan sebagai presiden untuk menidakkansaranan Mursyidul Aam. Jawatan Presiden dilantik, manakala jawatan Mursyiduladalah lantikan. Kalau diikut wajarnya, saranan Mursyidul Aam adalah keputusanmajlis syura. Jika Majlis syura tidak mengadakan perbincangan, pendapat beliauhanyalah saranan peribadi.

    Jawatan Mursyidul Aam dalam PAS tidak berkuasa dan ia hanya sebagaipemimpin spiritual sahaja. Kekuatan Mursyidul Aam PAS sekarang, Tuan GuruAbdul Aziz ialah kekuatan peribadi Tuan Guru sendiri. Sebab itu dalam PAS, isumemperkasakan Majlis Syura terus bergema.

    Grup Rahsia Menggugat Kepimpinan

    Salah satu masalah Imam Hasan al hudhaibi ialah kewujudan Biro Rahsia Ikhwanyang mengingkari arahan pimpinan terbuka Ikhwan. Biro rahsia berusaha untukmengulingkan kepimpinan Hasan Hudhaibi. Kumpulan dalam kumpulan ini akanmenjejas perpaduan gerakan Islam perlu dielakkan. Setiap orang atau kumpulandalam gerakan Islam harus berpaksikan perlembagaan organisasi supaya tidakterbabas.

    Biasanya, kewujudan kumpulan ini bertujuan mengukuhkan kepimpinan puaktertentu dalam sesebuah organisasi. Dalam pemilihan UMNO, Team Wawasanpimpinan Dato Seri Anwar Ibrahim telah berjaya mendesak Tun Ghafar Baba agarberundur daripada jawatan Timbalan Presiden UMNO. Sementara itu, group Islamtelah berjaya memberi tekanan kepada Dipertua PAS, Dato Asri agar melepaskan

    jawatannya.

    Hasan al Hudhaibi cuba membanteras kumpulan ini tetapi gagal. Pada satumasa, Sayid Fayiz, tokoh nombor dua dalam Biro Rahsia cuba mendedahkandata-data rahsia kepada Hasan al Hudhaibi tetapi perkara malang telah berlakuapabila Sayid Fayiz mati akibat ledakan bom. Tindakan terakhir Hasan al hudhabiuntuk menghapuskan atau meneutralkan Biro Rahsia ialah memperkasakanusrah.

    Dalam PAS, kumpulan tertentu wujud mungkin berunsur seperti kumpulan propakatan, pro anwar, alumni JIM atau ABIM, pro Mursyidul Aam, pro presiden,

  • 8/14/2019 konflik dalaman

    4/9

    kumpulan Erdogan, kumpulan Erbakan, kumpulan universiti malaya dansebagainya. Grup rahsia seumpama ini akan terus wujud, cuma ia perlu disatumelalui satu fikrah dan demi kepentingan dakwah dan parti.

    Kronisme Dalam Organisasi

    Dalam Ikhwan, kepercayaan antara satu sama lain merupakan satu adipenting.Sebab itu jawatan penting didominasi oleh famili Hasan al Banna sepertiMuhammad Said Ramadhan al Buti, Abdul Rahman al Banna dan Abdul KarimManshur. Dalam PAS, Dato Asri pernah menjadi parti ini sebagai parti keluargadengan jawatan Ketua Muslimat dipegang oleh isterinya. Pada era Tuan Guru NikAbdul Aziz, lihat jawatan yang dipegang oleh keluarga beliau seperti jawatan NikMuhd Abduh dan Abdul Fatah. Bagaimana pula Ustaz Khalil, anak Tuan GuruAbdul Hadi?. Sebolehnya jawatan dalam keluarga perlu dielak daripadadidominasi oleh kroni atau ahli keluarga masing-masing.

    Pada akhir tahun 1945, Setiausaha Agung Abdul Hakim Abidin(saudara iparhasan al banna) menyalah gunakan kuasa terhadap beberapa ahliIkhwan(persoalan Baitul Muslim). Salah seorang Timbalan Mursyidul Aam,Ibrahim Hasan ditugaskan menyiasat kes tersebut. Pada pertengahan 1946,maklumat tersebut bocor kepada anggota Ikhwan. Usul pemecatan Abidin atau 4anggota Dewan Pimpinan yang menuduhnya.

    Imam Hasan al Banna telah menubuh jawatankuasa menyiasat. Jawatankuasa initidak ada kata sepakat tetapi mengusulkan agar Abidin dipecat. Dewan Pimpinanmemutus dengan undian 8 berbanding 1 suara untuk memecat Abidin.Keputusan dibawa kepada Dewan Pendiri. Imam Hasan al Banna telahmembentuk jawatankuasa baru. Dewan Pendiri dengan penyiasatan

    jawatankuasa baru memutuskan Abidin dibebaskan daripada tuduhan. Sebagai janji Imam Hasan berjanji menyuruh Abidin berundur secara berperingkat bagimenjaga maruah Ikhwan dan Imam Hasan al Banna. Namun apabila isu diri reda,Imam Hasan al Banna mengusulkan Dewan Pimpinan menolak pengunduran diriAbidin. Akibatnya, Ibrahim Hasan mengundur diri sebagai protes pada tahun1947.

    Ingkar Arahan Pimpinan

    Dewan Revolusi telah meminta Ikhwan menghantar 3 orang wakilnya ke dalamkabinet. Antara pimpinan Ikhwan yang dihantar ialah Hasan al Baquri. Selepasberlaku krisis di antara Ikhwan dengan Dewan Revolusi, Ikhwan menarik baliksokongan terhadap Dewan Revolusi. Ikhwan mengarah agar Hasan al Baquriberundur daripada kabinet tetapi beliau enggan. Hasan al Baquri meletak

    jawatan dalam Ikhwan.

    Semasa PAS ditendang keluar dari BN, ahli PAS yang menjawat jawatan dikementerian telah meletak jawatan. Jikalau Pakatan Rakyat berkuasa diperingkat kerajaan pusat atau EXCO PAS yang berada dalam kerajaan PakatanRakyat diarah keluar atau meletak jawatan, sanggupkah mereka?. Adakahmereka sanggup mengingkari arahan parti atau setia dalam jawatan jika berlakukrisis antara Pakatan Rakyat dengan PAS?.

    Persoalan yang penulis kemukakan ini untuk membina sikap berhati-hati agarPAS tidak termakan gula-gula yang diumpan oleh musuh Islam yang realiti ataumunafik.

    CARA MENANGANI KONFLIK DALAMAN

  • 8/14/2019 konflik dalaman

    5/9

    PERKASAKAN USRAH

    Antara kaedah Hasan al Hudhaibi membendung Biro Rahsia ialahmemperkasakan kegiatan usrah. Usrah sangat penting dalam penyebarandakwah terutamanya membentuk fikrah, hala tuju pemikiran dan indoktrinisasiahli Ikhwan. Dalam usrah juga, Hasan al Hudhaibi menempatkan orang yangmendukung kepimpinannya agar Ikhwan sentiasa stabil daripada ancamanpolitik dalaman. Aktiviti usrah pada zaman Hasan al Hudhaibi berjayameneutralkan pihak penentang beliau.

    Di Malaysia pula, fenomena tarbiyyah cukup popular pada era 1980an dan mulamengendur pada akhir 1990an. Pendekatan politik lebih mendominasiberbanding pendekatan tarbiyyah. Sebelum kebangkitan era kepimpinan ulama,PAS pernah didominasi oleh pendekatan politik oleh pemimpin orde lama, DatoAsri, seorang penganut nasionalisme. Beza ketika itu antara pemimpin grupIslam dan pemimpin orientsasi politik nasionalisme ialah kehadiran merekadalam usrah. Mereka telah lama berkecimpung dalam PAS tetapi tidak berusrah.

    Kini suasana pra kepimpinan ulama mula kembali dalam PAS. Budaya usrahsemakin menipis terutamanya apabila pemimpin sibuk dalam politik sedang asaspolitik gerakan Islam adalah usrah. Jika kemaraan budaya politik ini tidakdibendung, PAS akan menjadi parti yang rapuh dan akhirnya iman dan taqwatidak menjadi perkara yang utama lagi dalam PAS.

    BUANG KEMUNCUP PERJUANGAN

    Antara kaedah yang paling pedih tetapi terpaksa dilakukan jika keadaan tidakterkawal ialah membuang(baca: memecat) kemuncup yang menganggu itu.

    Tindakan ini mungkin memecah belah gerakan Islam tetapi risiko perlu dihadapi.

    Dalam Ikhwan, Mursyidul Aam, Hasan al Hudhaibi bersama Dewan Pendiri pernahmemecat tokoh tersohor Ikhwan seperti Saleh Asymawi, Hasan al Baquri, SayyidSabiq dan Muhammad al Ghazali. Tokoh ini cukup berpengaruh tetapi merekamenerima kegagalan merampas kuasa dengan meneruskan dakwah Ikhwanmelalui cara tersendiri tanpa menyertai pihak musuh gerakan Islam kecualiHasan al Baquri berada dalam kerajaan Mesir.

    Hasan al hudhaibi pernah menyatakan tentang perihal pemecatan tokoh Ikhwantersebut; mereka dipecat bukan kerana kelemahan komitmen kepada agama.Boleh jadi salah seorang daripada mereka lebih baik daripada kita. Tetapi

    jamaah mempunyai tata tertib yang harus dijaga dan dilaksana. Oleh keranamereka melanggar tata tertib, mereka diberhenti, agar barisan tetap lurus danrapi.

    Kemuncup yang menganggu harus dicabut dan dibuang agar kepimpinan tidakserabut dengan permasalahan dalaman. PAS juga pernah memecat Ustaz Latif,seorang tokoh PAS yang berpengaruh di Besut, Terengganu dan pernah jugamembicarakan kumpulan 13 yang menggugat tata tertib parti. Jika Ir KhalidSamad, Ir Saari Sungib, Kamarudin Jaafar, Dr Hatta, Mustafa Ali atau HusamMusa cuba menggugat parti tanpa prosedur yang tepat atau di luarperlembagaan parti, buang sahaja mereka(saya harap andaian banyak pihak iniadalah tidak tepat). Penulis kagum dengan sikap Ir Khalid Samad dan Ir SaariSungip (tokoh2 ini masak fikrah Islamnya) apabila Pesuruhjaya PAS Selangor, DrHasan Ali mengugur mereka dalam Dewan Harian Negeri, dimana mereka tidakmenentang dan redha dengan keputusan tersebut.

  • 8/14/2019 konflik dalaman

    6/9

    PAS juga pernah dicabar dengan pengkhianatan tokoh-tokoh besar mereka;Ustaz Nakhaie(Naib Dipertua), Panglima Jihad, Ustaz Ghazali Ahmad(warisPondok Syafie Losong&Ketua Dewan Ulama Terengganu) dan Dato Asri(DipertuaPAS). Manakala tokoh pelapis berkaliber yang pudar perjuangan danmengkhianati parti; Dr Puad Zakarshi, Saifuddin Nasution, Zin Mahmud danAhmad Shabery Cheek. Islam tidak bergantung kepada pemimpin hebat(ia hanyabonus) tetapi kekentalan iman dan taqwa menghadapi mehnah dan istiqamahdalam perjuangan yang jemaah cari. Jika pemimpin pergi, Allah mengurniakanlebih ramai lagi pimpinan yang akan berjuang.

    Dewasa ini, jika ada kumpulan atau tokoh tertentu yang cuba menggugatketenteraman gerakan Islam, proses pembersihan kemuncup ini boleh dilakukan.

    Jawatankuasa Tata Tertib tidak perlu bimbang terhadap cabaran kumpulan atautokoh ini. Walau bagaimanapun, proses pemecatan adalah kaedah terakhir jikakompromi sudah tiada.

    Ujar Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, buanglah kemuncup sambil berjalan. Jangan sesekali berhenti daripada kerja kerana gangguan kemuncup tersebut.

    THIQAH KEPIMPINAN

    Perjuangan gerakan Islam pada era ini cukup mencabar. Musuh Islam bukansetakat datang secara berdepan tetapi penyusupan ke dalam organisasi Islam itusendiri. Cabaran semakin bertambah apabila berlaku pengolakkan dalamangerakan Islam ekoran ketumpulan tarbiyyah dan ketaatan kepada pimpinan.

    Ekoran ketumpulan tarbiyyah dan sifat keakuan yang tinggi, para pimpinan danpengikut gerakan Islam sekarang kehilangan thiqah. Thiqah dijadikan rukunbaiah dalam gerakan Ikhwanul Muslimin. Thiqah ialah pengikut yang

    berlapang dada terhadap pemimpin mereka, pada kemampuan dankeikhlasan mereka, dengan sepenuh rasa ketenangan sehinggamenghasilkan rasa kasih, ho rmat, penghargaan dan ketaatan .

    maka demi Tuhanmu, mereka(pada hakikatnya) tidak beriman sehingga merekamenjadikan kamu hakim terhadap perkara yang mereka perselisihkan, kemudianmereka tidak merasa dalam hati mereka sesuatu keberatan terhadap keputusan

    yang kamu berikan dan mereka menerima dengan sepenuhnya (Surah al Isra;52)

    Pemimpin adalah sebahagian dari dakwah dan tiada dakwah tanpa pimpinan.

    Kepercayaan antara pemimpin dan pengikut menentukan kekuatan sistem jamaah, kerapian strategi, kejayaan untuk mencapai matlamat dan kemampuanmengatasi halangan dan kesusahan yang terbentang di hadapannya.

    taat dan mengucapkan perkataan yang baik adalah lebih baik bagi mereka .(surah al anfal:46)

    Manusia yang ditarbiyyah tidak akan melawan keputusan pimpinan. Walaupunpemimpin lemah, pengikutlah yang menguatkan pemimpin bukannya mengampuatau mengambil kesempatam untuk menjatuhkannya seperti yang dialami olehDato Seri Abdullah Ahmad Badawi, Presiden UMNO sekarang.

  • 8/14/2019 konflik dalaman

    7/9

    Khalifah Abu Bakar adalah manusia paling alim dan warak selepas RasulullahSAW. Beliau layak menjadi Nabi jika Rasulullah SAW tidak diutuskan ke dunia. Ininak menunjukkan betapa terbaiknya insan bernama Abu Bakar ini. Walaubagaimanapun, beliau bukan pemimpin hebat dan berkarisma jika nakdibandingkan dengan Umar al Khattab, Abu Ubadah dan Ali Abi Talib. Parasahabat terutama Umar membaiah Abu Bakar sebagai pemimpinnya.

    Pada satu ketika, Abu Bakar berselisih faham dengan Umar dalam persoalanmereka yang enggan membayar zakat. Para sahabat yang lain bersetuju dengancadangan Umar agar tidak memerangi mereka. Apabila Umar melihat Abu Bakarbersungguh-sungguh dengan pendapat memerangi mereka yang engganmembayar zakat, Umar akhirnya menyetujui saranan Abu Bakar.

    Imam Hasan al Banna pernah menjawab soalan apabila ditanya siapakah yangpaling layak mengantinya jika beliau tiada?. Jawabnya, lantik pemimpin yangpaling lemah di kalangan kamu, kemudian kamu dengar dan taatlahperintahnya. Ia akan menjadi orang yan g paling kuat di kalangan kamu.

    Kesyahidan imam Hasan al Banna sendiri menguji thiqah pengikut gerakanIslam. Pada saat Ikhwanul Muslimin diasak oleh pemerintah Mesir, pengolakkandalaman dalam persoalan penganti Mursyidul Aam menghantui gerakan ini.Majlis Syura memutuskan Hasan al Hudaybi dilantik Mursyidul Aam yang baru.Ramai pemimpin Ikhwanul Muslimin membantah. Hasan al hudaybi merupakanahli baru ikhwan, tiada jaringan pengaruh utuh, elitis dan rapat dengan kerajaansebelum itu.

    Dalam kalangan pemimpin besar Ikhwan ketika itu telah hilang thiqah kepadaMursyidul Aam yang baru. Akibatnya berlaku rampasan kuasa dalam gerakanIkhwanul Muslimin oleh puak pendesak yang diketuai oleh Salah MusthafaAshmawi. Tetapi rampasan ini digagalkan oleh pihak pro Hasan al hudaybi. Puakpro rampasan seperti Salah Ashmawi, Syed Sabiq dan Syeikh Muhammad alGhazali dipecat daripada Ikhwanul Muslimin pada 9 Disember 1953. GerakanIkhwan merelakan pemecatan insan sehebat Sayid Sabiq dan Muhamad alGhazali demi keutuhan dan perpaduan gerakan Ikhwan.

    PAS di Malaysia dalam era kepimpinan Tuan Guru Abdul Hadi Awang dantimbalannya Ustaz Nasharuddin Mat Isa akan teruji kepimpinannya. Cabaran ahli

    parti yang pro Pakatan Rakyat dan pro Anwar Ibrahim bakal memporak perandaPAS. Pengikut PAS harus memperkuatkan thiqah mereka kepada Presiden dan Timbalan. Kurangkan bersuara mendahului Presiden demi perpaduan parti.

    Ketika waktu ini, pengikut PAS harus menjadi Umar untuk memperkuatkan danmenyokong kepimpinan Tuan Guru Haji Hadi dalam memperkasakan PAS. Thiqahharus dipertingkatkan dengan menghilangkan sifat keakuan dan lagak akuseorang yang pandai .

    Thiqah dalam perjuangan sangat penting. Memang tepat apabila Imam Hasan albanna menjadikan ia rukun baiah dalam Ikhwan. Tanpa Thiqah, ia bukan pejuang

    ikhwan. Marilah kita kuat thiqah kepada kepimpinan bukannya ikut kepala kitayang bijak ini.

  • 8/14/2019 konflik dalaman

    8/9

    RAPATKAN HUBUNGAN PIMPINAN DENGAN PENGIKUT

    Hasan al Banna menggunakan pendekatan tarbiyyah dan bertahap bagimenghasilkan perubahan yang diingini. Tahap tersebut membentuk peribadimuslim, keluarga muslim, masyarakat muslim, pemerintahan muslim, negaraIslam, Khalifah Islam dan ustadziyatul alam . Hasan al Banna berusrah, katibahdan berceramah di merata tempat dan menziarahi pelbagai cawangan Ikhwan diseluruh Mesir.

    Hubungan rapat dapat dijalin melalui usrah dan ziarah ke akar umbiterutamanya cawangan. Presiden dan Timbalan Presiden harus merapati akarumbi agar sokongan terhadap gerakan islam terus mantap. Pemimpin PAS jugaharus mendekati golongan muda dengan asas kesukaan kaum muda iaituhiburan melalui kesenian Islam, sukan dan aktiviti riadah. Muslimat dan remajaperempuan juga harus diambil kira terutamanya aktiviti kesukaan mereka.

    Hubungan dibina harus diprogram melalui dua bahagian iaitu terbuka untuksemua atau tertutup untuk ahli PAS. Perkara ini penting agar setiap objektif program tercapai.

    JATUH PIMPINAN MENERUSI PROSEDUR YANG TEPAT

    Pimpinan boleh dijatuhkan dengan mengikut lunas-lunas yang tepat dan benarselaras proses musyawarah atau syura dalam parti. Dalam gerakan Islam, ahliatau kumpulan tertentu yang tidak berpuas hati dengan pucuk pimpinan semasaboleh mencabar pimpinan mereka dalam Muktamar.

    Dewan Pemuda dan Dewan Ulama PAS yang dipengaruhi grup Islam ala ABIMtelah mencabar grup nasionalis dalam PAS yang diketuai oleh Dato Asri, DipertuaPAS ketika itu. Grup Islam telah mencalon Tuan Guru Yusof Rawa untuk

    menentang Dato Asri dalam jawatan Dipertuan PAS. Walau bagaimanapun,pertandingan tersebut tidak menjadi kenyataan apabila Tuan Guru Yusof menarikdiri. Sementara itu, kebanyakan jawatan jawatankuasa Pusat PAS didominasi olehgrup Islam.

    Jika ada puak yang bergelar grup Erdogan(Jika benar dakwaan orang) yang inginmencabar kepimpinan Tuan Guru Abdul Hadi dan Ustaz Nasharuddin,dipersilakan mencabar dalam pertandingan semasa muktamar nanti. Situasiseakan peristiwa 1982 mungkin berlaku dimana jawatan Timbalan Presiden kebawah ada pertandingan. Lakukanlah secara sah dan mengikut prosedur. Apapunkeputusan syura atau musyawarah akan teruji jika berlaku pertembungan ordelama dengan orde baru PAS ini. Penulis tertarik dengan formula Tuan Guru DrHaron Din dalam perebutan jawatan, jika ada pertandingan dan tidak dapatdiselesai secara syura, beliau akan menarik diri. Bagi beliau, pemilihan penjawat

    jawatan itu dengan cara meletak bukan bertanding.

    Ahli gerakan Islamlah yang paling berhak mencorak organisasi mereka. Merekaboleh menyuarakan pandangan dan undi mereka dalam muktamar. Jika ahli PASmahu menghabisi era kepimpinan ulama, mereka berhak melakukan denganprosedur yang sah. Mereka boleh membawa reformasi baru dalam PAS sebagaicontoh mengomongkanera protaz(profesional-uztaz). Dalam demokrasi, setiappemimpin atau sistem boleh dicabar dengan suara majoriti. Bagi gerakan Islam,sistem atau pimpinan mesti diluruskan mengikut kehendak mereka denganlunas-lunas Islam. Contohilah Dewan Muslimat PAS yang melakukan prosesdemokrasi tanpa mengoncang perpaduan parti.

  • 8/14/2019 konflik dalaman

    9/9

    Dalam Ikhwan, Hasan al Hudhaibi berjaya membersihkan Ikhwan daripada jalursenior yang radikal. Jalur Hasan al Hudhaibi ini kekal dalam Ikhwan sampai hariini pada era Muhammad Mahdi Akef. Jalur radikal yang tinggal pada hari ialah Dr

    Yusof Qaradhawi yang berada dalam jalur Syeikh Muhammad al Ghazali, SyedSabiq dan Saleh Asymawi pada ketika itu. Jalur radikal masih kekal bersemangatIkhwan di bawah Imam Hasan al Banna berjuang dalam wadah tersendiri demiagama tanpa mengadai prinsip Ikhwan zaman Hasan al Banna.

    KESIMPULAN

    Konflik dalaman adalah satu lumrah bagi sesebuah organisasi. Perkara yangpenting bagaimana kita menangani konflik tersebut. Pendekatan menanganikonflik perlu mengikut prosedur yang tepat, perlu bertahap, perlu diakui olehpihak bertentangan dan akhirnya jika tiada kompromi, proses pemecatan bolehdilakukan.

    Sumber;Imam Hasan al Banna

    Tuan Guru Nik Abdul AzizRichard Paul MitchellKhozin Abu FaqihMuhammad Sayyid al Wakil16/12/08

    Jalan Bakti, Rantau Perintis, Bandar Jengka.