konflik dan tekanan

Upload: katiri-sahirin-haimin

Post on 06-Apr-2018

236 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/3/2019 Konflik Dan Tekanan

    1/31

    Konflik Dan Tekanan

    PENDAHULUAN

    Pengurusan sekolah pada masa kini amat kompleks kerana menghadapi

    pelbagai masalah dan konflik dalam kalangan kakitangannya. Dasar

    Pembangunan Negara (DPN) seperti yang termaktub dalam Rangka Rancangan

    Jangka Panjang Kedua (1991-2000, RRJP 2) menyenaraikan beberapa cabaran

    yang meliputi aspek politik, sosial, kebudayaan, dan sikap masyarakat Malaysia.

    Cabaran tersebut memberi implikasi yang besar ke arah membangunkan sistem

    pendidikan bertaraf dunia.

    Cabaran utama yang dihadapi oleh sistem pendidikan kebangsaan kini

    adalah untuk melahirkan warga negara yang berdaya tahan, dinamik, progresif,

    berilmu pengetahuan, kreatif, inovatif dan berdaya saing pada peringkat negara

    dan antarabangsa. Pada masa yang sama, sistem pendidikan turut

    menggariskan usaha bagi meningkatkan nilai-nilai akhlak mulia dan moral,

    menanamkan sikap positif dan liberal serta mempunyai budaya penyayang

    dalam kalangan warga Malaysia. Hasrat dan matlamat ini telah diterjemahkan

    dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Pelan Induk Pembangunan

    Pendidikan (Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010).

    Konflik adalah masalah dalaman sebuah organisasi sekolah tidak kira di

    mana lokasi mahupun jenis sekolah. Segelintir masyarakat menganggap konflik

    merupakan satu pengalaman negatif, iaitu merujuk kepada situasi tegang antara

    satu pihak dengan pihak yang lain. Misalnya, di sekolah wujud konflik antara

    pihak pentadbiran dengan guru yang dijangka mampu mengugat produktiviti

    sesebuah sekolah. Bagi mengatasi masalah yang kronik ini, pengetua atau

    pentadbir sekolah perlu dan sentiasa berusaha mencari kaedah terbaik bagi

    menyelesaikan konflik yang berlaku. Ini dibuktikan melalui hasil kajian oleh

    1

  • 8/3/2019 Konflik Dan Tekanan

    2/31

    Thomas dan Schmidth (1972) yang mendapati bahawa seorang pengurus di

    Amerika Syarikat telah menumpukan kira-kira dua puluh peratus daripada masakerjanya bagi menyelesaikan masalah konflik yang timbul. Di Malaysia pula,

    dianggarkan lebih kurang satu setengah daripada lapan jam masa bekerja sehari

    adalah ditumpukan bagi menghadapi konflik ( Jaafar, 1996).

    Arus pendidikan hari ini semakin mendesak para profesional pendidikan

    untuk bekerja keras dan lebih masa demi mencapai permintaan tinggi pendidikan

    tersebut. Di samping usaha peningkatan dan pelaksanaan, guru-guru semakin

    mula tertekan atau sekurang-kurangnya pernah merasa tertekan dengan

    demand tinggi bebanan kerjaya pendidikan ini.

    Profesion keguruan merupakan satu bentuk perkhidmatan sosial yang

    sungguh mencabar. Tenaga pengajar dan pengurus pendidikan seharusnya

    peka dengan perkembangan terkini dalam proses kepemimpinan, pengurusan,

    pengelolaan sumber, dan pencapaian matlamat pendidikan (Ibrahim Ahmad

    Bajunid, 1995). Justeru itu, dengan pelaksanaan pelbagai-bagai reformasi dalam

    pendidikan sudah pasti menjadikan peranan dan tanggungjawab guru-guru

    menjadi lebih mencabar.

    Tekanan terhadap guru memang berkecenderungan untuk menyebabkan

    guru berada dalam keadaan murung, mengalami tekanan jiwa, kekecewaan dan

    kebimbangan. Guru yang gagal mengawal diri akibat tekanan akan memberi

    kesan kepada perhubungan guru dengan pelajar dan juga mutu pengajaran dan

    pembelajaran. Perkara ini seterusnya boleh menjejaskan kualiti pendidikan dan

    juga profesion perguruan yang seterusnya akan membantutkan usaha

    mewujudkan sebuah masyarakat yang mampu membawa Malaysia ke tahap

    kecemerlangan dan kegemilangan mutu pendidikannya. (Dr.Sapora Sipon, 2007)

    Selain daripada itu, terdapat pelbagai tanggapan dan dakwaan berhubung

    dengan kerjaya guru pada dewasa ini. Sesetengah ahli masyarakat mempunyai

    2

  • 8/3/2019 Konflik Dan Tekanan

    3/31

    tanggapan bahawa kerja, beban dan tugas guru sekarang tidak mewujudkan

    kerjaya guru yang menarik. Malah tidak menafikan ada yang melihat sekolahsebagai sebuah organisasi yang dihujani dengan pelbagai bebanan tugas dan

    ada kalanya tugas ini bukan satu yang terancang tetapi muncul dari situasi yang

    tidak diduga (Abdul Shukor, 1996). Jika keadaan sedemikian dibiarkan

    berterusan agak pasti suasana pengajaran dan pembelajaran di sekolah kini

    akan menuju ke arah satu keadaan yang tidak terurus dan akan menghadapi

    kegagalan untuk mencapai matlamat yang diidamkan.

    DEFINISI

    Konflik merupakan suatu suasana yang melibatkan pertentangan antara

    dua atau lebih pihak akibat daripada ketidaksamaan matlamat yang hendak

    dicapai, ketidakselarasan aktiviti ke arah pencapaian matlamat, ketidakserupaan

    personaliti dan kehendak, bertindak dalam cara menghalang atau memudaratkan

    sesama sendiri, dan menunjukkan tanda-tanda permusuhan antara kedua-duapihak (Ishak Mat Shah, 2006).

    Robbins (1996) dalam "Organization Behavior" menjelaskan bahwa konflik

    adalah suatu proses interaksi yang terjadi akibat adanya ketidaksesuaian antara

    dua pendapat (sudut pandang) yang berpengaruh atas pihak-pihak yang terlibat

    baik pengaruh positif maupun pengaruh negatif.

    Sedang menurut Luthans (1981), konflik adalah kondisi yang ditimbulkan

    oleh adanya kekuatan yang saling bertentangan. Kekuatan-kekuatan ini

    bersumber pada keinginan manusia. Istilah konflik sendiri diterjemahkan dalam

    beberapa istilah iaitu perbedaan pendapat, persaingan dan permusuhan.

    Kyriacou & Sutcliffe, 1978a menyatakan bahawa tekanan guru boleh

    ditakrifkan sebagai perasaan tidak selesa, emosi negatif seperti marah,

    3

  • 8/3/2019 Konflik Dan Tekanan

    4/31

    kebimbangan, tekanan serta kekecewaan yang berpunca dari aspek kerja

    mereka sebagai seorang guru. Dalam hal ini, guru yang menghadapi tekananadalah guru yang tidak dapat mengawal emosi mereka terhadap perubahan

    budaya pendidikan yang bukan sahaja untuk memberi ilmu pengetahuan tetapi

    perlu mendidik manusia agar menjadi masyarakat yang berguna. Guru terpaksa

    melakukan kerja lebih masa, perkeranian, menyediakan alat bantu mengajar,

    menghadiri kursus atau bengkel sepanjang minggu sambil terpaksa melakukan

    penyesuaian terhadap kaedah pengajaran yang baru.

    Tekanan kerja pada tahap yang tinggi biasanya akan membawa kepada

    ketidakpuasan kepada kerja, sikap suka mengelak dan pengabaian kerja.

    Tindakbalas penyesuaian tekanan oleh guru merangkumi tindakbalas

    psikologikal (keletihan dan kemurungan), fisiologikal (sakit kepala, tekanan darah

    tinggi) dan berkaitan sikap (pengambilan alkohol, merokok, gaya hidup dan

    masalah tidur).

    PENGURUSAN KONFLIK DAN TEKANAN (STRESS)

    PUNCA KONFLIK DALAM ORGANISASI SEKOLAH

    Menurut Ishak Mad Shah dalam bukunya Kepimpinan Dan Hubungan

    Interpersonal Dalam Organisasi, punca-punca konflik adalah seperti yang

    berikut:

    Ketidakselarasan Motif

    Konflik boleh berlaku sekiranya terdapat dua atau lebih motif, tetapi hanya

    satu sahaja motif yang boleh dipuaskan. Biasanya, motif yang tidak dipuaskan itu

    boleh menganggu motif yang telah dipuaskan. Masalah ini berlaku akibat

    daripada kekurangan maklumat atau komunikasi yang lemah antara bahagian

    4

  • 8/3/2019 Konflik Dan Tekanan

    5/31

    atau guru-guru itu sendiri. Sebagai contoh, seorang guru berpengkhususan

    Ekonomi akan mengalami konflik sekiranya dikehendaki mengajar matapelajaran Pendidikan Moral yang kurang diminatinya.

    Pertentangan Nilai

    Seorang GPK Kokurikulum diminta bersama-sama guru sukan untuk

    meningkatkan pencapaian sukan dan permainan dalam kejohanan peringkat

    daerah. Sebagai GPK Kokurikulum, ia perlu memotivasikan guru-gurunya

    supaya melakukan yang terbaik dalam sesi latihan murid. Dalam keadaan ini, ia

    berhadapan dengan dua arahan yang boleh menimbulkan konflik iaitu

    menambahkan masa sesi latihan sukan sehingga menyebabkan murid-murid

    ponteng kelas, atau mencapai matlamat akademik seperti arahan oleh GPK (1)

    Akademik, yang tidak mahukan murid keluar kelas semasa proses pengajaran

    dan pembelajaran.

    Kerja Yang Berulang-Ulang

    Konflik boleh berlaku disebabkan oleh kerja yang berulang-ulang, kerana

    pekerjaan sebegini amat membosankan serta menyekat perkembangan dan

    kemahiran pekerja dalam profesion mereka. Seorang guru yang sentiasa

    ditugaskan sebagai pegawai kebersihan dewan setiap kali adanya aktiviti rasmi

    peringkat sekolah, akan merasa bosan sehingga mewujudkan konflik bagi

    dirinya.

    Sumber Yang Terhad

    Persaingan untuk mendapatkan sumber yang terhad juga boleh

    menimbulkan konflik. Sebagai contoh, guru-guru akan bersaing untuk

    mendapatkan kenaikan pangkat, anugerah perkhidmatan cemerlang (APC), atau

    kemudahan-kemudahan lain yang disediakan oleh pihak sekolah. Walau

    5

  • 8/3/2019 Konflik Dan Tekanan

    6/31

    bagaimana pun, peluang dan kemudahan yang terhad akan mewujudkan konflik

    persaingan dalam kalangan guru-guru.

    Pergantungan Tugas

    Pergantungan tugas merujuk kepada kes pencapaian prestasi seseorang

    yang bergantung kepada prestasi ahli yang lain dalam sesuatu kelompok.

    Kerjasama kumpulan diperlukan untuk mendapatkan hasil kerja yang efektif dan

    berkualiti. Misalnya, salah seorang guru mata pelajaran telah dijadualkan untuk

    menggubal soalan ujian bulanan. Guru yang ditugaskan untuk menaip dan

    menguruskan ujian tersebut tidak boleh melaksanakan tugasannya, sekiranya

    ahli kelompok yang pertama tidak melakukan tugasan menggubal soalan terlebih

    dahulu. Akhirnya situasi ini sampai kepada pihak ketua panitia mata pelajaran,

    dan juga pentadbir sekolah. Pergantungan tugas menyebabkan timbulnya

    pengharapan antara satu sama lain dalam kalangan ahli kelompok. Keseluruhan

    operasi kelompok akan terjejas sehingga menimbulkan masalah konflik.

    Perbezaan Matlamat

    Perbezaan matlamat juga boleh menimbulkan konflik. Perbezaan tersebut

    berlaku kerana latar belakang dan tahap pemikiran yang berbeza antara

    pentadbir dengan pihak yang ditadbir. Contohnya, guru-guru berkonflik dengan

    pengetuanya kerana matlamat mereka untuk bercuti dan berehat pada hari

    sabtu, manakala pada masa yang sama matlamat pengetua ingin mengadakan

    mesyuarat sekolah pada hari sabtu.

    Perbezaan Peranan

    Ketidakjelasan tanggungjawab antara pekerja juga boleh mewujudkan

    konflik, di mana pemusatan dan pembahagian kuasa antara pekerja kurang

    seimbang. Seorang guru A berkonflik dengan guru B kerana guru A

    6

  • 8/3/2019 Konflik Dan Tekanan

    7/31

    beranggapan bahawa tugas guru B jauh lebih ringan dan mudah berbanding

    dengan tugasnya sedangkan mereka masing-masing mendapat gaji yang sama.

    Perbezaan Personaliti

    Seorang kerani sekolah yang agak pendiam dan kurang mahir

    berinteraksi dengan orang akan berkonflik dengan ketua jabatannya apabila ia

    ditukarkan ke bahagian kaunter yang menghendakinya berkomunikasi dengan

    orang ramai. Ataupun, seorang guru yang berpersonaliti agresif mudah

    mencetuskan konflik dengan rakan guru yang berpersonaliti sama ketika mereka

    ditugaskan dalam suatu aktiviti bersama-sama.

    Diskriminasi

    Diskriminasi umur, jantina, agama, kaum dan senioriti boleh juga

    menimbulkan konflik di tempat kerja. Contohnya, guru-guru baru akan

    menghadapi konflik dan merasa tidak puas hati apabila ditugaskan atau diberi

    tanggungjawab yang banyak berbanding guru senior.

    STRESS DI KALANGAN GURU

    Stress, seperti yang diterangkan sebelum ini boleh berlaku kepada semua

    guru, sama ada guru sekolah rendah, menengah atau peringkat pengajian tinggi.

    Punca stress di kalangan guru boleh dibahagikan kepada dua kategori, iaitu

    punca profesional dan punca peribadi.

    Punca profesional

    1. Persekitaran kerja

    7

  • 8/3/2019 Konflik Dan Tekanan

    8/31

    Persekitaran kerja yang kurang kondusif boleh menjadi punca berlakunya

    stres di kalangan guru. Misalnya ruang kerja yang sempit dan kelas yang tidakselesa boleh menimbulkan ketidakselesaan kepada guru. Ditambah dengan

    kemudahan sekolah yang tidak mencukupi untuk keperluan sendiri dan pelajar

    serta pelbagai isu pendidikan dalam negara.

    Model Teori Stress

    Tindak Balas Terhadap Stres Berubah Mengikut Jangka Masa Penyebab Stres

    8

  • 8/3/2019 Konflik Dan Tekanan

    9/31

    Model Stres Cooper (1988)

    Model Tindak Balas Sindrom Penyesuaian Umum

    2. Perubahan

    Perubahan peningkatan populasi dalam masyarakat, peningkatan taraf

    hidup dan jenayah yang memberikan impak negatif dalam tingkah laku pelajar

    menyebabkan seseorang guru itu harus melakukan perubahan dalam kehidupan

    profesional dan peribadinya. Perubahan boleh menyebabkan terganggunya

    sistem keseimbangan dalam diri seseorang individu itu. Contohnya, banyak

    perubahan telah berlaku dalam mobiliti masyarakat Amerika Syarikat pada hari

    ini. Antaranya, penambahan golongan etnik dalam pendidikan. Pelajar dari

    golongan etnik ini kerang fasih atau tidak tahu langsung berbahasa Inggeris.

    9

  • 8/3/2019 Konflik Dan Tekanan

    10/31

    Oleh itu, hal ini memberikan tekanan kepada guru Bahasa Inggeris untuk

    memenuhi kurikulum pendidikan.

    Punca peribadi

    1. Kesihatan

    Keadaan kesihatan guru yang terjejas akibat kemalangan atau berlaku

    kematian dalam kalangan keluarga.

    2. Perhubungan

    Oleh sebab banyak perubahan dalam masyarakat pada hari ini, misalnya

    peningkatan kadar jenayah, guru memerlukan sokongan dan hubungan yang

    baik dengan ahli keluarga dan rakan-rakan. Apabila berlaku perselisihan faham

    maka ini boleh menyebabkan stress terhadap guru tersebut.

    3. Kewangan

    Gaji yang rendah berbanding dengan profesion yang lain membataskan

    aktiviti riadah dan taraf hidup seseorang guru.

    4. Taraf hidup

    Gaji yang rendah menyebabkan sukar untuk guru menikmati dan

    memberikan taraf hidup yang baik bagi keluarga mereka. Di samping itu,

    memiliki rumah sendiri juga sukar terutamanya bagi guru yang baru mengajar.

    5. Aktiviti riadah

    Gaji yang rendah membataskan pilihan guru melakukan aktiviti riadah

    bersama keluarga (Gold Yvonne dan A. Roth Robert, 1993).

    10

  • 8/3/2019 Konflik Dan Tekanan

    11/31

    PENYELESAIAN KONFLIK DAN TEKANAN (STRESS)

    KONFLIK INTERPERSONAL

    Sesuatu konflik memerlukan penyelesaian supaya boleh mendatangkan

    kesan yang positif kepada individu dan organisasi sekolah. Thomas Kihlman

    (Riggio, 2000) telah mencadangkan lima gaya atau kaedah penyelesaian konflik

    interpersonal iaitu, pengelakan, akomodasi, persaingan, bertolak ansur atau

    berkompromi, dan gaya kolaborasi.

    Pengelakkan

    Menurut kaedah ini kedua-dua pihak mengetahui bahawa peluang

    masing-masing untuk menang adalah tipis, sehingga menyebabkan mereka

    sama-sama mengeluarkan diri dari konflik baik secara psikologi atau fizikal.

    Melarikan diri dari aspek psikologi bermaksud pihak yang berkonflik melupakan

    sengketa dan perbezaan yang berlaku sehingga konflik tersebut hilang dengan

    sendirinya. Melarikan diri dari aspek fizikal pula ialah di mana pihak yang

    berkonflik akan memohon pertukaran ke sekolah lain atau pertukaran sesi

    pengajaran ke sebelah petang. Kaedah pengelakkan ini sesuai sekiranya tahap

    konflik itu adalah rendah, dan kedua-dua pihak pasrah dengan situasi yang ada

    dan sama-sama berkomitmen menyelesaikan perbalahan.

    Akomodasi

    Kaedah ini berkesan sekiranya penyelesaian kepada konflik adalah lebih

    menguntungkan, berbanding dengan risiko yang diperolehi sekiranya konflik

    tersebut berpanjangan. Mengikut kaedah ini, satu pihak akan mengalah dengan

    11

  • 8/3/2019 Konflik Dan Tekanan

    12/31

    sukarela dan menurut sahaja apa yang dikehendaki oleh pihak yang lain sebagai

    jalan keluar kepada suasana konflik yang berpanjangan. Kaedah ini sesuaidiamalkan apabila suatu pihak berasa bersalah, atau merasakan peluang untuk

    menang adalah tipis. Oleh itu, mereka akan berusaha menyesuaikan diri dengan

    konflik, dan biasanya pihak yang menang akan membalas jasa atau memberi

    ganjaran kepada pihak yang kalah.

    Persaingan

    Pendekatan persaingan akan wujud apabila pihak-pihak yang berkonflik

    ingin membuktikan tahap kecekapan dan kebenaran diri masing-masing, di mana

    mereka merasakan dari segi etika dan keprofesionalan mereka adalah di pihak

    yang benar. Misalnya, seorang penolong kanan akademik yang baru akan

    menggunakan kuasa dan bertindak keras terhadap guru kanan mata

    pelajarannya, seperti memaksa mereka menyiapkan tugasan panitia dalam

    waktu yang singkat. Dengan kata lain, pihak atasan tersebut mungkin merasakan

    kaki tangan bawahan tadi melawan arahannya, maka dengan kuasa yang ada

    padanya keputusan secara autokrasi telah wujud. Ini telah menimbulkan

    masalah konflik.

    Berkompromi

    Pendekatan ini berkesan sekiranya kedua-dua pihak yang berkonflik

    adalah berpengaruh dan memiliki kekuatan dan karisma yang tersendiri. Kaedah

    kompromi digunakan apabila kedua pihak merasakan faedah yang diperolehi

    tidak setimpal dengan risiko berkonflik. Oleh itu, mereka akan menyelesaikan

    konflik dengan membahagikan sumber yang ada secara sama rata dan kedua-

    kua pihak dalam situasi win-win situation.

    Kolaborasi

    12

  • 8/3/2019 Konflik Dan Tekanan

    13/31

    Pihak yang berkonflik akan menggunakan kaedah kolaborasi apabila

    masing-masing menganggap bahawa sesuatu konflik itu adalah bersifatsemulajadi dan dapat diselesaikan melalui kepuasan setiap pihak yang terlibat

    tanpa mengorbankan matlamat masing-masing. Cara ini mendorong semua

    pihak yang terlibat turut serta dalam proses penyelesaian masalah. Mereka akan

    berunding bersama, berusaha menyelesaikan perbezaan, bertukar-tukar idea

    dan mengenal pasti pilihan-pilihan yang terbaik. Antara garis panduan untuk

    melakukan kolaborasi ialah :

    (a) Menumpu kepada isu konflik yang sebenar dan bukannya kepada siapa

    yang bersalah

    (b) Tidak membuat undian bagi mendapatkan keputusan majoriti ahli-ahli

    (c) Mengenal pasti kekukuhan fakta untuk membuat penyelesaian, dan tidak

    terpengaruh dengan spekulasi semata-mata

    (d) Memahami bahawa konflik functional yang diurus dengan baik boleh

    mendatangkan kesan yang positif

    (e) Mengelak dari membuat keputusan untuk kepentingan diri sendiri, tetapi

    berusaha memenuhi keperluan kumpulan secara bersama

    MENGENDALIKAN STRESS DI KALANGAN GURU

    Stress dalam kalangan guru dapat dikendalikan dengan strategi berikut:

    1. Kenal pasti reaksi emosional

    Apabila keperluan emosi dapat dikenal pasti maka seseorang guru boleh

    menangani stress dengan cara yang lebih positif. Contoh situasi, seorang guru

    13

  • 8/3/2019 Konflik Dan Tekanan

    14/31

    perempuan tidak bersefahaman dengan pengetua di sekolahnya. Guru tersebut

    telah menangani stress dengan cara yang negatif, iaitu menengking pengetuaitu. Setelah guru tersebut mengetahui keperluan emosi dalam dirinya, guru

    tersebut sedar bahawa tindakannya adalah kerana suatu masa dahulu ayahnya

    telah menggunakan pendekatan yang sama oleh pengetua itu, iaitu lagak bapa

    yang menghukum anaknya. Guru tersebut sedar bahawa dia inginkan pengetua

    itu menghargai beliau. Guru tersebut telah berhadapan dengan pengetua dan

    memberitahu perasaannya itu. Akhirnya, hubungan mereka berjaya dipulihkan.

    2. Komitmen sosial

    Apabila berhadapan dengan stress, guru memerlukan sokongan daripada

    orang-orang di sekelilingnya. Oleh itu, komitmen sosial amatlah penting.

    3. Kehidupan fizikal

    Stress menjejaskan kesihatan dari segi imunisasi tubuh. Oleh itu,

    seseorang guru harus tahu teknik yang berkesan untuk menangani stress

    terutamanya menjelang peperiksaan pelajar dan pertukaran pentadbiran di

    sekolah. Pengetahuan dalam senaman rutin dan pelan makanan seimbang boleh

    membantu guru menangani stress.

    4. Intelek

    Guru hendaklah bergaul dengan golongan yang memiliki tahap intelek

    yang serupa dengan mereka kerana aspek intelek boleh membantu guru

    menangani stress (Gold Yvonne dan A. Roth Robert, 1993).

    Stress jika dibiarkan, boleh mendatangkan kesan sampingan yang tidak

    baik. Justeru adalah penting untuk mengubah diri individu untuk menangani

    stress dengan cara yang terbaik. Kenal pasti punca yang menyebabkan masalah

    tersebut dan ubah. Dengan mengetahui punca stress tersebut, individu bukan

    14

  • 8/3/2019 Konflik Dan Tekanan

    15/31

    hanya meringankan masalah kini malah menghindarkan berulangnya masalah

    serupa pada masa akan datang. Contohnya, jika seseorang guru kecewadengan perbalahan dengan pelajarnya, guru tersebut mungkin menyedari

    bahawa punca kekecewaannya itu bukan disebabkan oleh tingkah laku pelajar

    tetapi harapan yang tidak realistik guru berkenaan. Dengan mengubah standard

    yang ingin dicapai, guru tersebut akan mendapati bahawa tingkah laku pelajar

    tidak lagi mengganggunya.

    PENYELESAIAN KONFLIK OLEH KETUA JABATAN (PENGETUA/GURU

    BESAR)

    Ketua jabatan yang kurang menitikberatkan kemahiran penyelesaian

    konflik dalam organisasinya akan mendedahkan pekerjanya kepada tekanan

    kerja yang melampau. Pemimpin organisasi sekolah perlu mempunyai

    kemahiran penyelesaian konflik supaya konflik di tempat kerja boleh dibendung

    dan mendatangkan kesan positif. Tekanan atau stress di tempat kerja yang

    gagal diuruskan dengan baik akan mendatangkan kesan kepada :

    Prestasi Pekerja

    Guru atau kaki tangan bukan guru yang menghadapi tekanan melampautidak dapat mengekalkan prestasi kerjanya sama ada dari segi kualiti atau

    kuantiti pada tahap yang tertinggi. Peranan guru di sekolah sebagai pengajar,

    fasilitator, pembimbing, jurulatih, kaunselor, pengurus dan sebagainya akan

    terjejas.

    15

  • 8/3/2019 Konflik Dan Tekanan

    16/31

    Perkhidmatan Pelanggan

    Guru yang tertekan dalam melaksanakan tugasannya tidak dapat

    memberikan perkhidmatan yang baik dan memuaskan. Oleh itu, proses

    pengajaran dan pembelajaran, pengurusan kelab sukan dan permainan, dan

    aktiviti-aktiviti yang lain turut terjejas.

    Keselamatan Pekerja

    Guru yang terlalu tertekan dalam pekerjaan lebih kerap melakukan

    kesilapan semasa bekerja. Situasi ini boleh membahayakan guru yang terbabit.

    Situasi-situasi merbahaya boleh berlaku semasa melaksanakan ujikaji di

    makmal, atau semasa melaksanakan latihan kecergasan di padang sukan

    Kesihatan Pekerja

    Terlalu tertekan juga boleh menjejaskan kesihatan para guru. Stress boleh

    meningkatkan tekanan darah dan kadar degupan jantung yang boleh

    mengakibatkan masalah gastro-intestinal seperti ulser. Ini boleh mendorong

    kepada kemerosotan pencapaian sekolah secara keseluruhan.

    Ponteng Kerja Dan Melambatkan Kerja

    Tekanan yang keterlaluan juga boleh merangsang guru-guru cenderung

    kepada tingkah laku ponteng kerja atau melambat-lambatkan kerja secara kerap.

    Permohonan sijil cuti sakit (guru MC), atau cuti rehat khas akan berlaku secara

    kerap. Fenomena seperti ini akan menyebabkan prestasi akademik sekolah akanmerosot.

    MEWUJUDKAN SISTEM SOSIAL SEKOLAH YANG KONDUSIF

    16

  • 8/3/2019 Konflik Dan Tekanan

    17/31

    Sistem sosial merupakan sesuatu sistem interaksi dan aktiviti manusia

    dalam masyarakat. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan dalambilik darjah bergantung kepada interaksi dan aktiviti di antara guru dengan

    pelajar-pelajarnya. Sehubungan ini, bilik darjah merupakan satu sistem sosial

    yang mana interaksi berlaku melalui aktiviti-aktiviti yang dirancangkan dan

    berlandaskan sesuatu strategi pengajaran dan pembelajaran.

    1. IKLIM BILIK DARJAH

    Iklim bilik darjah yang dikatakan baik mengandungi empat ciri utama

    seperti berikut;

    a) Hubungan yang saling hormat-menghormati di antara guru dengan

    pelajar-pelajarnya.

    b) Kesukarelaan pelajar-pelajar menerima aspirasi dan peraturan bilik darjah

    yang diaturkan oleh pihak pentadbiran sekolah.

    c) Perasaan kekitaan yang timbul di antara pelajar-pelajar dengan guru-guru

    sebagai sebuah keluarga yang mesra dan bahagia.

    d) Kewujudan satu keadaan yang setiap pelajar melibatkan diri dalam

    kegiatan keilmuan dalam setiap kesempatan, termasuk usaha

    menggunakan bahasa dengan betul dan sesuai.

    Iklim bilik darjah yang baik adalah iklim bilik darjah yang terbuka dan akan

    menggalakkan pelajar bebas berinteraksi di antara pelajar dengan pelajar;pelajar dengan guru, serta bebas melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti dalam

    bilik darjah. Guru pula gembira bekerja dalam keadaan yang mesra dan

    sempurna.

    17

  • 8/3/2019 Konflik Dan Tekanan

    18/31

    Iklim bilik darjah yang terbuka seperti ini merupakan iklim bilik darjah yang

    kondusif, dan iklim positif ini akan dapat membantu sekolah mencapaiaspirasinya, seperti membentuk pelajar dengan sikap dedikasi, berinisiatif, rela

    bekerjasama, ramah dan mesra, spontan dan kreatif, serta lebih tinggi

    motivasinya.

    Ringkasnya, iklim bilik darjah yang dikatakan kondusif adalah sebuah bilik

    darjah yang dikelolakan dengan baik, yang elok dipandang dan yang teratur

    susunannya. Keadaan ini akan memberi kesan cita rasa, semangat,

    kesejahteraan, dan bahagia kepada pelajar-pelajar yang menggunakannya untuk

    menjalankan aktiviti pembelajaran mereka. Iklim bilik darjah yang kondusif ini

    akan meningkatkan keberkesanan aktiviti pengajaran-pembelajaran.

    2. AMALAN HIDUP ISLAM DALAM PEMBELAJARAN DAN PEKERJAAN

    Iklim yang berkaitan dengan pengamalan cara hidup Islam di kalangan

    warga sekolah merupakan ciri iklim sesebuah sekolah yang kondusif. Budaya

    hidup beragama ini membantu meningkatkan prestasi akademik pelajar. Sejarah

    membuktikan bahawa kejayaan sebuah sekolah seperti Kolej Islam Sultan Alam

    Shah (KISAS) banyak dibantu oleh budaya hidup beragama. Menurut Penolong

    Pengetua KISAS, En.Razali Mohd. Salleh dalam Utusan Malaysia pada 26 Ogos

    1997, disiplin beragama yang tinggi di samping rajin mengamalkan sembahyang

    berjemaah dan amalan-amalan sunat seperti sembahyang sunat hajat, tahajjud,

    berzikir, berpuasa sunat pada setiap hari Isnin dan Khamis serta amalan tazkirah

    yang menjadi amalan sebahagian besar pelajar merupakan faktor penting

    kecemerlangan pelajar kolej ini.

    18

  • 8/3/2019 Konflik Dan Tekanan

    19/31

    Walaupun amalan keagamaan ini sukar diukur kesannya kepada

    keberkesanan sekolah, namun amalan seperti ini dapat membersihkan jiwa.Menurut Imam Al-Ghazali (1962), sebelum belajar seseorang pelajar itu mestilah

    membersihkan jiwanya daripada kecenderungan yang buruk dan perangai yang

    jelek. Ini kerana ilmu itu tempatnya di hati. Seandainya seseorang pelajar

    mempunyai perangai yang buruk, mungkin berkeupayaan untuk memperoleh

    ilmu, tetapi ia tidak berfaedah baginya. Oleh yang demikian, amalan-amalan ini

    perlu dijadikan amalan yang berterusan dan bukan hanya apabila hampir dengan

    sesuatu peperiksaan sahaja.

    Dengan mengamalkan cara hidup Islam dalam proses pembelajaran dan

    pekerjaan, pelajar dan guru-guru tersebut telah menjadikan insentif iman sebagai

    faktor utama. Menurut Sayyid Sabiq (t.t), iman ertinya membenarkan,

    mempercayai dan meyakini sesuatu perkara tanpa syak dan ragu-ragu.

    Membenar dan merasa yakin tanpa sebarang keraguan ditumpukan kepada

    enam perkara iaitu kepada Allah, para malaikat, nabi dan rasul, kitab-kitab Allah,

    hari akhirat serta takdir Allah sama ada baik atau buruk. Dengan kepercayaan

    yang teguh terhadap enam perkara utama ini, maka seseorang itu akan

    menunaikan amanah mereka dengan yang terbaik kerana mereka sentiasa

    sedar dan yakin bahawa kehidupan di dunia adalah sementara dan sekiranya

    mereka tidak menunaikan amanah tersebut mereka akan menerima balasan di

    akhirat nanti. Kesan faktor ini kepada pelajar ialah mereka menjadi pelajar yang

    sentiasa bersemangat dan bermotivasi untuk menuntut ilmu. Kesannya kepada

    guru ialah mereka akan sentiasa bersungguh-sungguh dalam pekerjaan mereka.

    Keadaan ini akan menjadikan suasana pembelajaran akan sentiasa bermotivasi.

    Selain itu, perkataan iman juga dikaitkan dengan rasa aman dan tenteram di

    dalam hati dengan maksud aman daripada kegelisahan dan keresahan hati.

    Dengan memiliki jiwa yang sentiasa tenang akan membantu setiap pelajar

    ataupun guru-guru dapat menyelesaikan segala cabaran hidup dengan lebih

    19

  • 8/3/2019 Konflik Dan Tekanan

    20/31

    lancar dan ini akan membantu menjadikan suasana pembelajaran tidak diganggu

    oleh faktor-faktor luaran yang tidak sepatutnya berlaku. Keadaan ini akanmenjadikan suasana pembelajaran sentiasa bermotivasi dan bersemangat.

    3. PENGAMALAN SIFAT MURAQABAH

    Walaupun pengamalan sifat muraqabah, iaitu merasakan Allah sentiasa

    memerhatikan setiap tindakan yang dilakukan ini hampir sama dengan ciri

    pertama, iaitu pelaksanaan amalan hidup Islam dalam setiap aspek. Namun

    begitu, ciri ini lebih menjuruskan kepada usaha pembentukan disiplin dalaman di

    kalangan warga sekolah berbanding ciri pertama yang lebih kepada amalan yang

    dapat dilihat proses ia berlaku.

    Sifat muraqabah ini membawa maksud wujudnya satu perasaan di dalam

    jiwa setiap warga sekolah bahawa Allah sentiasa memerhatikan setiap apa yang

    mereka lakukan. Sekiranya guru besar atau pengetua, guru dan kakitangan

    sokongan mengamalkan sikap ini, sudah tentu mereka akan melaksanakan

    setiap amanah yang diberikan dengan sebaik mungkin walaupun tidak

    diperhatikan oleh orang lain. Ini kerana mereka sedar bahawa setiap apa yang

    dilakukan tersebut sentiasa mendapat pengawasan daripada Allah dan akan

    mendapat balasan pada setiap perbuatan yang mereka lakukan.

    Dengan pengamalan sifat sebegini dapat membantu mengurangkan

    masalah guru yang terlalu banyak membuang masa berbual kosong, membaca

    bahan picisan dan tidak masuk kelas. Guru sekolah sedar bahawa masa tujuh

    hingga lapan jam di sekolah adalah waktu bekerja (kecuali waktu rehat) dan

    mereka beramanah untuk melakukan kerja yang terbaik dalam tempoh tersebut

    kerana perlakuan mereka diperhatikan Allah. Sementara itu, pengamalan sifat ini

    di kalangan pelajar akan menjadikan mereka sentiasa terdorong untuk

    20

  • 8/3/2019 Konflik Dan Tekanan

    21/31

    meningkatkan ilmu pengetahuan dan melaksanakan akhlak mulia ke tahap yang

    tertinggi. Ini kerana mereka sedar bahawa mereka beramanah dengan ibu bapamereka dan Allah yang sentiasa memerhatikan sama ada mereka melaksanakan

    amanah tersebut atau tidak.

    Sekiranya setiap warga sekolah daripada pengetua, guru, kakitangan

    sokongan sehingga kepada pelajar-pelajar menghayati nilai-nilai akhlak ini, pasti

    suasana sekolah lebih tenang kerana setiap individu menyedari dan

    melaksanakan tugas-tugas masing-masing tanpa perlu diarah atau dipaksa.

    Kewujudan suasana kawalan dalaman dalam diri setiap warga sekolah akan

    mengurangkan masalah disiplin sama ada di pihak pelajar mahupun guru.

    Keadaan ini akan menjadikan mereka sentiasa bersemangat dan bermotivasi

    untuk belajar dan berkerja.

    4. KOMUNIKASI TERBUKA DALAM PERGAULAN

    Sikap pengetua atau guru besar yang mengamalkan corak komunikasi

    secara terbuka kepada seluruh warga sekolah dan ibu bapa juga dapat

    mewujudkan ciri iklim sekolah yang kondusif. Sikap sebegini amat penting

    diamalkan kerana peranan pentadbir cukup penting dalam menentukan

    keberkesanan sekolah. Selain itu, berdasarkan profil pengetua/guru besar

    berkesan menurut model Malaysia (Institut Aminuddin Baki 1998), kesimpulan

    daripada dapatan kajian yang dibuat di sekolah-sekolah di Malaysia menyatakan

    bahawa antara ciri penting pengetua berkesan ialah pengetua atau guru besar

    yang mengamalkan cara berkomunikasi yang cekap dalam pelbagai hala dan

    cara. Sekiranya pengetua tidak mengamalkan konsep terbuka, ini akan

    menyukarkan pengetua untuk mendapat maklum balas yang diperlukan untuk

    21

  • 8/3/2019 Konflik Dan Tekanan

    22/31

    mengemas kini perancangan yang sedang dibuat bagi meningkatkan

    keberkesanan sekolah.

    Menurut Ahmad (1991), ketua hendaklah menunjukkan kemampuan

    bekerjasama dalam mengurus organisasinya menuju matlamat yang dicita-

    citakan. Hal ini tidak akan tercapai melainkan wujudnya jalinan yang erat antara

    pemimpin dengan pihak yang dipimpin tanpa adanya garis pemisah antara satu

    sama lain. Apa yang lebih penting lagi ialah seseorang pengetua/guru besar itu

    mampu bertindak sebagai model terbaik kepada guru dan pelajar. Sekiranya

    pengetua/guru besar gagal memainkan peranan ini, maka agak sukar segala

    perubahan dapat dilakukan di sekolah kerana tanpa contoh teladan yang terbaik

    akan menyebabkan guru dan pelajar kurang menghormati pengetua/guru besar.

    Keadaan ini boleh menyebabkan guru dan pelajar tidak bersungguh-sungguh

    melaksanakan arahan dan perancangan pengetua/guru besar.

    Keterbukaan komunikasi oleh pengetua/guru besar ini akan menghilangkan

    rasa ketidakpuasaan hati di kalangan guru atau pelajar. Keadaan ini sangat

    membantu peningkatan motivasi kepada guru untuk melaksanakan tugasan

    pada tahap yang terbaik dan pelajar pula akan belajar dengan bersungguh-

    sungguh.

    5. KOMITMEN GURU TERHADAP SEKOLAH

    Komitmen guru yang tinggi terhadap sekolah adalah antara ciri terpenting

    iklim sesebuah yang kondusif. Menurut Rahimah (1998), guru merupakan faktor

    paling penting dan menjadi tunjang kepada sekolah kerana guru merupakan

    juruteknik yang bertanggungjawab terhadap core business of schools,

    khususnya pembelajaran anak didiknya melalui pengajaran dan bimbingan.

    Seseorang guru yang baik ialah guru yang memiliki tahap disiplin kendiri yang

    22

  • 8/3/2019 Konflik Dan Tekanan

    23/31

    tinggi dan sifat ingin melakukan kebaikan kepada orang lain. Guru-guru yang

    bersifat sebegini akan sentiasa memberikan komitmen yang tinggi untukmeningkatkan pencapaian akademik dan pembentukan akhlak pelajarnya. Oleh

    yang demikian, antara tindakan yang perlu dilakukan oleh guru adalah;

    a) dengan mengadakan perancangan awal untuk menyesuaikan isi

    pengajaran dan penilaian dengan kebolehan pelajar,

    b) sentiasa memberi panduan kepada para pelajar tentang tindakan

    yang perlu dilakukan untuk mendapat pencapaian yang baik,

    c) memberi bantuan kepada pelajar yang memerlukannya terutama

    dalam soal pengajaran dan pembelajaran,

    d) memastikan rancangan pengajarannya sentiasa menarik, serta

    e) mencabar kemahiran pelajar-pelajar terutamanya kemahiran

    berfikir.

    Guru-guru juga perlu memberi penekanan kepada pelaksanaan

    pengajaran berasaskan kemahiran berfikir kritis. Sekiranya keadaan seumpama

    ini tidak berlaku, ini akan menyebabkan pelajar-pelajar yang dihasilkan oleh

    sekolah tersebut hanya pandai menghafal dan kurang mempunyai kekuatan

    pemikiran dalam menyelesaikan masalah. Pelajar-pelajar seumpama ini sudah

    tentu sukar untuk bersaing dengan pelajar-pelajar dari sekolah aliran lain kerana

    situasi pendidikan sekarang ini lebih menjuruskan kepada kekuatan pemikiran

    pelajar dan bukan hanya bergantung kepada guru semata-mata. Semua ini

    dapat dilaksanakan sekiranya guru-guru tersebut mempunyai pengetahuan dan

    kemahiran yang mendalam dalam bidang pengajaran dan pembelajaran. Untuk

    menguasai kemahiran dalam pengajaran dan pembelajaran ini, para guru

    seharusnya mempunyai latihan dalam bidang perguruan.

    23

  • 8/3/2019 Konflik Dan Tekanan

    24/31

    Selain latihan daripada aspek pengajaran dan pembelajaran, pihak

    sekolah boleh memberi penekanan kepada guru-guru supaya dapat melakukankajian dan penyelidikan secara sendirian ataupun berkumpulan. Penekanan

    kepada penyelidikan boleh mengurangkan kekerapan pelaksanaan program

    latihan kepada guru-guru kerana setiap permasalahan yang berlaku boleh

    ditangani dengan penyelidikan dalaman sekolah itu sendiri. Selain itu,

    penyelidikan juga dapat membantu sekolah membuat perancangan ke arah

    kecemerlangan pada masa hadapan. Sekurang-kurangnya penyelidikan boleh

    dijalankan untuk memastikan kekuatan sekolah yang sedia ada, mengenal pasti

    kelemahan dalam pelbagai aspek yang perlu diperbaiki, mengenal pasti

    kekangan yang mungkin boleh menghalang pelaksanaan sesuatu program dan

    merancang bentuk-bentuk program penambahbaikan yang berkesan. Dengan

    pendedahan kepada guru-guru tentang budaya penyelidikan, segala

    permasalahan yang berlaku di sekolah dapat diatasi oleh penyelidikan dalaman

    sekolah tanpa perlu bergantung kepada pihak lain.

    Komitmen guru yang tinggi dan ditambah pula dengan kemahiran perguruan

    akan mewujudkan suasana pembelajaran yang sentiasa bersemangat.

    Penyelidikan yang dijalankan pula akan menghasilkan idea-idea baru untuk

    menjadikan sesi pengajaran pembelajaran lebih menarik minat pelajar.

    6. GURU BEKERJASAMA MENYELESAIKAN MASALAH

    Selain pengetua, semua guru perlu bekerjasama memberi perhatian kepada

    perkembangan pelajar supaya mereka dapat mengikuti sepenuhnya matlamat

    kurikulum di sekolah. Beberapa kajian yang berkaitan mendapati pengetua di

    sekolah yang berkesan sentiasa memantau perkembangan pelajar-pelajarnya

    (Weber 1971; Venezky & Winfield 1979; Edmonds 1979). Ada pandangan yang

    menyatakan bahawa guru juga patut memainkan peranan ini. Menurut Rahimah

    24

  • 8/3/2019 Konflik Dan Tekanan

    25/31

    (1992), guru yang produktif itu ialah guru yang berkesan dalam pengajarannya

    dan mampu membimbing perkembangan muridnya.

    Untuk mewujudkan suasana perbincangan yang mesra, pihak sekolah perlu

    menganjurkan aktiviti yang berbentuk pembinaan kumpulan supaya setiap

    individu di dalam sekolah tersebut mempunyai ikatan kekitaan dan ini

    menghilangkan perasaan individualistik. Apabila wujudnya ikatan ini, semua

    pihak akan bertanggungjawab apabila menghadapi satu-satu masalah dan ini

    menghalang sikap saling menyalahi antara satu sama lain. Sikap bekerjasama

    akan mewujudkan suasana kerja yang menyeronokkan dan secara tidak

    langsung akan menimbulkan keyakinan dan kepuasan kerja. Keadaaan ini akan

    menjadikan guru-guru sentiasa bersemangat untuk memberikan komitmen yang

    terbaik dalam sesi pengajaran dan pembelajaran dan seterusnya membantu

    meningkatkan motivasi pembelajaran.

    7. SUASANA DAN PERSEKITARAN SEKOLAH

    Hasil kajian tentang ciri ini telah menyamai kajian yang telah dilakukan

    sebelum ini. Antaranya ialah kajian Shahril (1997) yang mendapati iklim sekolah

    yang kondusif terhasil apabila suasana sekolah aman, cantik, selamat dan cukup

    ruang untuk belajar. Bangunan sekolah dijaga dengan baik dan kondusif untuk

    pengajaran dan pembelajaran.

    Faktor bersih, cantik, selamat dan cukup ruang belajar amat penting kerana

    ia mempengaruhi psikologi dan emosi warga sekolah sama ada guru-guru,

    pelajar atau kakitangan sokongan. Oleh yang demikian, untuk memastikan tahap

    kebersihan, kecantikan dan keceriaan kawasan sekolah dapat dikekalkan pihak

    sekolah boleh mengadakan pertandingan kebersihan dan keceriaan kelas dan

    juga taman-taman yang telah ditentukan persatuan-persatuan yang menjaganya.

    25

  • 8/3/2019 Konflik Dan Tekanan

    26/31

    Seterusnya, kelas ataupun persatuan yang dapat mengekalkan kebersihan dan

    keceriaan tersebut diberi pengiktirafan semasa perhimpunan.

    Dengan aktiviti sebegini, pihak sekolah bukan sahaja berjaya mengekalkan

    tahap keceriaan kawasan tersebut, bahkan berjaya mewujudkan semangat

    kerjasama dan tolong menolong di kalangan warga sekolah. Suasana sekolah

    sebegini akan memaparkan suasana kekeluargaan dan secara tidak langsung

    akan membantu keseronokan belajar dan bekerja. Ini dapat membantu pelajar

    memperoleh pencapaian yang cemerlang dan guru-guru serta kakitangan lain

    akan turut merasa keseronokan dan kepuasan bekerja di sekolah seperti ini.

    8. SIKAP PELAJAR

    Kajian keciciran (KPM 1973) melihat sikap pelajar terhadap guru sebagai

    suatu yang mendorong mereka belajar dan mencapai kejayaan. Memandangkan

    keberkesanan sekolah dinilai antaranya berdasarkan kepada pencapaian dan

    akhlak pelajar, maka pembentukan sikap pelajar perlu diutamakan oleh

    pentadbiran sekolah. Pelajar-pelajar perlu dilatih supaya sentiasa berakhlak

    mulia, menghormati guru dan sedia memberi bantuan kepada guru apabila

    diminta, sentiasa berbincang dengan guru apabila menghadapi kesukaran dalam

    pelajaran, menjaga kebersihan diri, menjaga bilik darjah dan kawasan

    persekitaran sekolah, kurang menghadapi masalah disiplin di dalam atau luar

    kawasan sekolah.

    Pelajar tidak seharusnya menghina dan bersikap meninggi diri, sebaliknya

    hendaklah meyakini dan menghormati gurunya. Pelajar hendaklah merendah diri

    di hadapan guru dan menurut apa yang disuruh oleh gurunya dengan

    mengetepikan pandangannya sendiri kerana kesilapan guru kadangkala

    berfaedah kepadanya. Dalam persoalan mengajukan pertanyaan, pelajar

    26

  • 8/3/2019 Konflik Dan Tekanan

    27/31

    hendaklah meminta dan memperoleh kebenaran daripada guru terlebih dahulu.

    Penekanan sifat ini penting untuk memastikan setiap ilmu yang diperolehdiberkati oleh Allah.

    Sikap pelajar sebegini lebih mudah dibentuk sekiranya guru-guru

    menunjukkan model yang terbaik untuk diikuti oleh pelajar. Oleh yang demikian,

    tugas seseorang guru bukan hanya menyampaikan ilmu pengetahuan, bahkan

    bertanggungjawab untuk membentuk peribadi yang cemerlang di kalangan

    pelajar. Dengan sikap pelajar yang berakhlak mulia, maka guru tidak perlu

    mengambil tindakan yang keras untuk menyedarkan pelajar tentang kesalahan

    yang mereka lakukan, sebaliknya sekadar menegur sahaja. Sikap pelajar yang

    baik juga ialah mereka bukan sahaja menumpukan sepenuh perhatian kepada

    akademik semata-mata, sebaliknya juga perlu aktif dalam kegiatan kokurikulum.

    Penyertaan dalam bidang kokurikulum ini secara tidak langsung dapat memupuk

    amalan nilai-nilai murni dan akhlak yang mulia di kalangan pelajar. Walaupun

    mereka aktif, tetapi pencapaian mereka adalah seimbang ataupun lebih baik

    daripada pelajar-pelajar yang tidak aktif dan markah mereka juga seimbang

    dalam setiap mata pelajaran. Selain itu, pelajar-pelajar sekolah menengah

    agama juga harus diorientasikan menjadi pelajar yang bertakwa kepada Allah,

    bermotivasi, ada wawasan diri, jelas matlamat, gigih berusaha meneroka dan

    membudayakan ilmu dan kemahiran, berbudaya saing yang tinggi serta sanggup

    memberi sumbangan kepada masyarakat.

    Dengan memiliki sikap yang positif sudah tentu akan memudahkan tugas

    guru melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran kerana guru tidak lagiperlu membuang masa untuk mengawal disiplin pelajar. Kesannya, guru dapat

    memberikan pengajaran dengan berkesan dan pelajar-pelajar akan sentiasa

    bersemangat untuk menimba ilmu.

    27

  • 8/3/2019 Konflik Dan Tekanan

    28/31

    KESIMPULAN

    Untuk menjadikan sesebuah sekolah itu berkesan dan mempunyai sistem

    sosial yang kondusif, peranan seluruh warga sekolah adalah sangat diperlukan

    untuk mengamalkan budaya hidup Islam sebagai ciri terpenting. Ia kerana untuk

    memastikan keberkesanan sekolah, maka semua pihak perlu melaksanakan

    amanah dengan penuh disiplin dan bukan hanya mencari kesalahan orang lain

    sahaja.

    Peranan pemimpin sekolah berada di kedudukan kedua terpenting

    selepas kedudukan peranan semua warga sekolah. Menurut Wan Liz Ozman

    (1996), ketua sesebuah organisasi memainkan peranan yang besar dalam

    mencorak suasana kerja, motivasi, kelicinan dan keberkesanan organisasi

    tersebut. Seseorang pemimpin yang tidak mempunyai wawasan yang jelas

    mengenai objektif dan arah tujuan organisasinya sudah tentu tidak akan dapat

    mengemudikan organisasi tersebut ke arah matlamat yang tepat. Maju atau

    mundurnya sesebuah organisasi itu bergantung kuat kepada kualiti dan gaya

    kepimpinan pemimpin yang memegang tanggungjawab tersebut. Penerimaan

    ahli organisasi kepada pemimpin akan menentukan kecemerlangan organisasi

    tersebut.

    Selain daripada peranan yang perlu dimainkan oleh pemimpin, pengikut

    yang terdiri di kalangan guru dan kakitangan sokongan mempunyai pengaruh

    yang besar dalam menentukan kejayaan organisasi tersebut. Sekiranya ahli

    organisasi sering membawa diri masing-masing, tidak wujud budaya

    bekerjasama, saling mencurigai dan menyalahkan antara satu sama lain sudah

    tentu akan mewujudkan suasana yang penuh prejudis, tidak mempercayai

    seterusnya akan menghalang keberkesanan sesebuah organisasi itu.

    Dalam sesebuah organisasi termasuk organisasi pendidikan, pentadbiran

    atau pengurusan adalah tersangat penting. Tanpa pengurusan yang cekap

    28

  • 8/3/2019 Konflik Dan Tekanan

    29/31

    proses pengeluaran tidak dapat berjalan dengan lancar untuk menyempurnakan

    kehidupan manusia. Proses pengurusan sangat penting tidak kira sama adaorganisasi itu besar ataupun kecil dan formal atau tidak formal. Bagi mengurus

    sesebuah organisasi, seseorang pemimpin perlu tahu dan memahami

    bagaimana hendak mentadbir organisasi yang diterajuinya.

    PENUTUP

    Dalam konteks pendidikan, pentadbiran yang baik amat dihargai oleh

    sesuatu masyarakat atau komuniti. Jabatan Pelajaran dan sekolah tidak

    terkecuali daripada matlamat untuk mewujudkan pentadbiran yang sihat.

    Pentadbir sekolah seharusnya mengetahui pendekatan atau teori-teori yang

    mampu memajukan organisasinya. Hal ini demikian kerana sekiranya pentadbir

    sekolah dapat menguruskan organisasinya dengan baik dan lancar, ia akan

    dapat memberi faedah-faedah ekonomi dan membolehkan individu menikmati

    kehidupan yang lebih selesa serta sempurna. Hal ini selaras dengan perananpendidikan sebagai agen sosialisasi dan penyampai warisan budaya masyarakat

    (Mohd. Salleh Lebar, 2000).

    Situasi dunia yang penuh dengan pelbagai cabaran kesan daripada

    globalisasi telah menuntut satu tranformasi dalam sistem pendidikan Malaysia

    khasnya dalam aspek perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi.

    Cabaran negara Malaysia waktu ini adalah untuk membangunkan ekonomi

    berasaskan pengetahuan atau K-ekonomi bagi menghadapi persaingan dengan

    negara lain. Ini menuntut negara Malaysia membangunkan sumber tenaga

    manusia yang berketerampilan tinggi dalam pelbagai bidang dan berdaya saing.

    Sejak tahun 2004, sistem pendidikan Malaysia diterajui oleh dua kementerian

    iaitu Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) yang bertanggungjawab dalam

    pentadbiran dan pengurusan sistem pendidikan kebangsaan di peringkat primer

    29

  • 8/3/2019 Konflik Dan Tekanan

    30/31

    dan sekunder iaitu di peringkat sekolah yang meliputi pendidikan prasekolah,

    pendidikan rendah, pendidikan menengah dan pendidikan lepasan menengah;dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) yang bertanggungjawab ke atas

    pendidikan peringkat tertiari iaitu pada peringkat Institusi Pengajian Tinggi Awam

    (IPTA) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS). Dalam menentukan hala

    tuju sistem pendidikan, KPM telah menggubal misi pendidikan sebagai fokus

    yang ingin dicapai dalam mengangkat martabat Malaysia dalam dunia global

    (Jamil Ahmad, 2005).

    BIBLIOGRAFI

    1. Jamil Ahmad dan Norlia Goolamally, 2005. Pentadbiran dan Pengurusan

    Sistem Pendidikan Malaysia Ke Arah Pendidikan Berkualiti. UKM : Bangi.

    2. Abdullah Nasih Ulwan. 1989. Pendidikan anak-anak dalam Islam. Jilid 1.

    Singapura: Pustaka Nasional.

    3. Mohd. Salleh Lebar (2000). Pentadbiran Pendidikan dan Pendidikan Di

    Malaysia. Petaling Jaya: Longman Malaysia Sdn. Bhd.

    30

  • 8/3/2019 Konflik Dan Tekanan

    31/31

    4. Abdur Rahman an-Nahlawi. 1995. Pendidikan Islam di rumah, sekolah dan

    masyarakat. Jakarta: Penerbit Gema Insani.

    5. Mok Soon Sang (2009). Teks Komprehensif PTK. Puchong : Penerbitan

    Multimedia Sdn. Bhd.

    6. Rahimah Haji Ahmad. 1998. Ucap Utama (III) Profesionalisma guru dan

    sekolah berkesan. Prosiding Seminar Pendidikan Guru Untuk Sekolah

    Berkesan 23.

    7. Sufein Hussin (1996). Pendidikan Di Malaysia: Sejarah, Sistem dan Falsafah.

    Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

    8. Venezky , R.L & Winfield, L.F. 1979. Schools that succeed beyond

    expectations in teaching reading. Newark: University of Delaware.