konel postww2.sabah.gov.my/konelayan/download/1st edisi.pdfmenginap di hotel atau rumah penginapan...

6
Januari 2017 Edition 1, Limited edition SELAMAT TAHUN BARU Ucapan Pengurus Besar Assalamu'alaikumWaramatullahi Wabaraktuh.. Tahun 2016 membawa banyak peristiwa kepada warga Ko-Nelayan dan Ko-Nelayan sendiri. Peristiwa penting yang kita hadapi ialah Ko-Nelayan kehilangan hak meruncit jualan Petroleum yang selama ini memberikan sumbangan besar iaitu sebanyak RM 5 Juta setahun, namun Kini menurun kepada RM 1.5 Juta setahun. Keadaan ini ditambah teruk lagi apabila kuota penjualan diesel yang sebelum ini sebanyak 15 Juta liter sebulan dikurangkan kepada 12 Juta liter sebulan selaras dengan dasar pengurangan subsidi kerajaan yang akhirnya dijangka akan di hapuskan. Peristiwa kedua adalah Dasar pemberian peruntuk kan kerajaan ke atas Program dan Projek yang menggunakan kewangan Kerajaan iaitu "Dasar Reimbursement". Pembayaran pelaksanaan projek Kerajaan ini membawa kesan di mana semua pembayaran ke atas Projek dan Program kerajaan ini dilakukan dengan menggunakan sumber kewangan dalaman Ko-Nelayan terlebih dahulu dan kemudian dibayar mengikut jumlah sebenar perbelanjaan yang dilakukan, sedangkan Sebelum ini, Ko- Nelayan menggunakan wang peruntukkan yang disalurkan lebih awal sebagai satu cara menjana pendapatan,,dan Ko-Nelayan tidak membelanjakan,tetapi menyimpan wang tersebut dalam bentuk simpanan, dan ini akan berlaku lagi. Aktiviti perniagaan lain seperti penjualan ais dan keropok tidak menguntungkkan dan kebanyakan kompleks ais mengalami kos pemuliharaan yang besar dan kerosakan sering berlaku. Tahun 2016 juga membawa kepada penyelarasan gaji dan skel jawatan kakitangan. Implikasi kewangan kepada Ko- Nelayan ialah kita terpaksa menanggung pertambahan kos pembayaran gaji dari lebih kurang RM11 Juta setahun kepada lebih dari RM 12 Juta sedangkan bantuan kerajaan hanya RM 9 Juta setahun dan kita terpaksa membayar dengan menggunakan kewangan dalaman Ko-Nelayan sebanyak 3 Juta setahun. Secara kasarnya Ko-Nelayan membelanjakan RM 5 Juta setahun menggunakan kewangan sendiri sedangkan pendapatan hanya RM 1.5 Juta ini bermakna Ko-Nelayan mengalami defisit kewangan sebanyak RM 3.5 juta setahun. Hasil pendapatan dari memborong jualan minyak diesel masa depan yang tidak menentu disebabkan harga bahan berkenaan terus tidak stabil. Jika harga jatuh di paras harga subsidi maka ramai dikalangan nelayan akan membeli pada harga industri di sebabkan ianya lebih murah. Sementara dasar pengurangan tanggungan subsidi membawa kita berhadapan dengan realiti bahawa KORPORASI KEMAJUAN PERIKANAN DAN NELAYAN SABAH (KO-NELAYAN) KONEL POST EDISI 1/2017 TUNTUTAN TIDAK AKAN DIBAYAR TIADA TUNTUTAN PEMBAYARAN LODGING DAN MAKANAN BAGI SEMUA AKTIVITI DI KOTA KINABALU Makluman kepada semua warga Ko-Nelayan Semua tuntutan lodging dan makan tidak akan di bayar bagi semua aktiviti-aktiviti Ko-Nelayan yang di adakan di Kota Kinabalu walaupun pegawai atau staff mempunyai rumah milik sendiri di Kota Kinabalu. Sekiranya pegawai memilih untuk tinggal atau menginap di hotel atau rumah penginapan lain Ko-Nelayan tidak akan membayar dan kos penginapan adalah tanggungan pegawai itu sendiri. Bagi pegawai yang menghadiri mesyuarat di Pejabat lain, Semua pegawai WAJIB menginap di TMA dan cuma elaun makan akan dibayar kecuali Ko-Nelayan tidak menyediakan makan elaun makan akan di bayar. Arahan ini adalah terpakai kepada semua kakitangan Ko-Nelayan termasuk para pemandu dan berkuatkuasa dari 01.01.2017 Sekian Terimah Kasih Tuan Haji Jumahat Intang Pengurus Besar (Ko-Nelayan) 05 Januari 2017

Upload: trandien

Post on 17-Apr-2018

247 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: konel postww2.sabah.gov.my/konelayan/Download/1ST EDISI.pdfmenginap di hotel atau rumah penginapan lain Ko-Nelayan tidak akan membayar dan kos penginapan adalah tanggungan pegawai

Januari 2017 Edition 1, Limited edition

SELAMAT TAHUN BARU Ucapan Pengurus Besar

Assalamu'alaikumWaramatullahi

Wabaraktuh..

Tahun 2016 membawa banyak peristiwa

kepada warga Ko-Nelayan dan Ko-Nelayan

sendiri. Peristiwa penting yang kita hadapi

ialah Ko-Nelayan kehilangan hak meruncit

jualan Petroleum yang selama ini

memberikan sumbangan besar iaitu

sebanyak RM 5 Juta setahun, namun Kini

menurun kepada RM 1.5 Juta setahun.

Keadaan ini ditambah teruk lagi apabila kuota

penjualan diesel yang sebelum ini sebanyak

15 Juta liter sebulan dikurangkan kepada 12

Juta liter sebulan selaras dengan dasar

pengurangan subsidi kerajaan yang akhirnya

dijangka akan di hapuskan.

Peristiwa kedua adalah Dasar pemberian

peruntuk kan kerajaan ke atas Program dan

Projek yang menggunakan kewangan

Kerajaan iaitu "Dasar Reimbursement".

Pembayaran pelaksanaan projek Kerajaan ini

membawa kesan di mana semua

pembayaran ke atas Projek dan Program

kerajaan ini dilakukan dengan menggunakan

sumber kewangan dalaman Ko-Nelayan

terlebih dahulu dan kemudian dibayar

mengikut jumlah sebenar perbelanjaan yang

dilakukan, sedangkan Sebelum ini, Ko-

Nelayan menggunakan wang peruntukkan

yang disalurkan lebih awal sebagai satu cara

menjana pendapatan,,dan Ko-Nelayan tidak

membelanjakan,tetapi menyimpan wang

tersebut dalam bentuk simpanan, dan ini

akan berlaku lagi.

Aktiviti perniagaan lain seperti penjualan

ais dan keropok tidak menguntungkkan dan

kebanyakan kompleks ais mengalami kos

pemuliharaan yang besar dan kerosakan

sering berlaku.

Tahun 2016 juga membawa kepada

penyelarasan gaji dan skel jawatan

kakitangan. Implikasi kewangan kepada Ko-

Nelayan ialah kita terpaksa menanggung

pertambahan kos pembayaran gaji dari lebih

kurang RM11 Juta setahun kepada lebih dari

RM 12 Juta sedangkan bantuan kerajaan

hanya RM 9 Juta setahun dan kita terpaksa

membayar dengan menggunakan kewangan

dalaman Ko-Nelayan sebanyak 3 Juta

setahun.

Secara kasarnya Ko-Nelayan

membelanjakan RM 5 Juta setahun

menggunakan kewangan sendiri sedangkan

pendapatan hanya RM 1.5 Juta ini bermakna

Ko-Nelayan mengalami defisit kewangan

sebanyak RM 3.5 juta setahun. Hasil

pendapatan dari memborong jualan minyak

diesel masa depan yang tidak menentu

disebabkan harga bahan berkenaan terus

tidak stabil. Jika harga jatuh di paras harga

subsidi maka ramai dikalangan nelayan akan

membeli pada harga industri di sebabkan

ianya lebih murah. Sementara dasar

pengurangan tanggungan subsidi membawa

kita berhadapan dengan realiti bahawa

KORPORASI KEMAJUAN PERIKANAN DAN NELAYAN SABAH (KO-NELAYAN)

KONEL POST

EDISI 1/2017

TUNTUTAN TIDAK

AKAN DIBAYAR

TIADA TUNTUTAN PEMBAYARAN

LODGING DAN MAKANAN BAGI

SEMUA AKTIVITI DI KOTA

KINABALU

Makluman kepada semua warga

Ko-Nelayan Semua tuntutan

lodging dan makan tidak akan di

bayar bagi semua aktiviti-aktiviti

Ko-Nelayan yang di adakan di Kota

Kinabalu walaupun pegawai atau

staff mempunyai rumah milik

sendiri di Kota Kinabalu. Sekiranya

pegawai memilih untuk tinggal atau

menginap di hotel atau rumah

penginapan lain Ko-Nelayan tidak

akan membayar dan kos

penginapan adalah tanggungan

pegawai itu sendiri. Bagi pegawai

yang menghadiri mesyuarat di

Pejabat lain, Semua pegawai

WAJIB menginap di TMA dan

cuma elaun makan akan dibayar

kecuali Ko-Nelayan tidak

menyediakan makan elaun makan

akan di bayar. Arahan ini adalah

terpakai kepada semua kakitangan

Ko-Nelayan termasuk para

pemandu dan berkuatkuasa dari

01.01.2017

Sekian Terimah Kasih

Tuan Haji Jumahat Intang

Pengurus Besar (Ko-Nelayan)

05 Januari 2017

Page 2: konel postww2.sabah.gov.my/konelayan/Download/1ST EDISI.pdfmenginap di hotel atau rumah penginapan lain Ko-Nelayan tidak akan membayar dan kos penginapan adalah tanggungan pegawai

Januari 2017 Edition1, Limited Edition

bahan ini tidak perlu di subsidikan lagi dan

memberhentian ke atas skim ini.

Jika keadaan di atas berlaku sedang Ko-

Nelayan tidak bersedia untuk mewujudkan

projek-projek yang boleh menjana

pendapatan ia nya sendiri maka di manakah

HALATUJU KO-NELAYAN AKAN DATANG?. Kita

akan berhadapan dengan keadaan di mana

dan apa nasib Ko-Nelayan dalam tempoh 5

tahun dari sekarang?

Yang pasti Ko-Nelayan perlu berbuat

sesuatu untuk mempastikan survivalKo-

Nelayan. Jadi APA PILIHAN YANG KITA ADA?

Survival Ko-Nelayan hanya boleh di

pastikan dengan cara kita berubah kepada

agensi yang melibatkan diri dalam

perniagaan membuat projek dan program

yang menjana pendapatan kepada Ko-

Nelayan berarti Ko-Nelayan perlu BERUBAH

dari cara ianya bertindak.

Perubahan cara ini pula memerlukan

PERUBAHAN kepada cara berfikir, bertindak

dan cara bekerja semua staff Ko-Nelayan.

Tabiat bekerja semata-mata untuk

mendapatkan gaji tidak relevan lagi. Bekerja

bersungguh-sungguh dan kerja keras

merupakan budaya baru yang wajib

diterapkan denga mengamalkan integriti,

keikhlasan, kejujuran, bekerjasama tolong

menolong dalam mempastikan Ko-Nelayan

terus kekal dan dapat terus memberikan

perkhidmatannya kepada masyarakat

nelayan.

Pengurusan Ko-Nelayan akan

memastikan setiap staffnya mengamalkan

budaya begini di masa yang akan datang dan

usaha membangun modal insan dan budaya

ini dengan mengadakan kursus dan ceramah

kepada semua staff dan adalah wajib bagi

semua staff Ko-Nelayan berubah kepada

nilai-nilai positif ini.

Tahun 2017 adalah tahun yang paling

mencabar kepada Ko-Nelayan, Saya berharap

kita akan menjadi satu pasukan yang kukuh

dan bersatu dengan mengamalkan budaya

kerja yang sama dan jitu kearah membawa

Ko-Nelayan menjadi agensi yang cemerlang.

Sekian Terimah Kasih

Tuan Haji Jumahat Intang

Pengurus Besar (Ko-Nelayan)

Ambang 2017

31 Disember 2017

ANTAI MALAM Santai Malam Acara Memancing Membuka Tirai Tahun 2017

Tuaran, Januari 2017, Sedang

berlangsung acara memancing santai

malam di kolam pancing marin Ko-Nelayan laya-

laya, Tuaran. Walaupun hujan turun dengan

lebat, ia tidak menghalang para pemancing tegar

untuk hadir menyertai dan mengambil bahagian

acara memancing pada malam ini. di jangka kan

seramai 100 lebih orang telah mendaftar dan

menyertai acara memancing ini menyebabkan

ruangan parking hampir penuh oleh kenderaan

para pemancing.

~SUMBER : Nadzril&WEBMaster

S

Kelihatan para pemancing memenuhi kawasan

pelantar pancing Kolam Pancing A, walaupun

pada masa itu hujan turun renyai.

Kegembiraan yang dikongsi oleh salah seorang

peserta dengan tangkapan ikan jenis kerapu

seberat 2.71 Kg.

Sambutan diuar jangka oleh kehadiran peserta

pancing dari sekitar kawasan Tuaran yang

melebihi 100 orang peserta.

Page 3: konel postww2.sabah.gov.my/konelayan/Download/1ST EDISI.pdfmenginap di hotel atau rumah penginapan lain Ko-Nelayan tidak akan membayar dan kos penginapan adalah tanggungan pegawai

Januari 2017 Edition1, Limited Edition

HLI JAWATANKUASA LAMAN WEB & KONEL POST Antara Ahli Jawatankuasa yang telah dilantik

23 Disember 2016 – Mesyuarat jawatankuasa website telah diadakan di bilik persidangan

samudera dan melantik beberapa kakitangan daripada Ibu pejabat (HQ) Ko-Nelayan sebagai Web

Master. Antaranya adalah En. Nadzril Encharang (Ketua Unit ICT), Pn. Asmijah Abdul Majid (Unit

Sumber Manusia), Pn. Norsofiah Binti Ansari (Unit Komunikasi Korporat), En. Mohd. Ikmal Idham Salleh

(Unit Komunikasi Korporat) dan Pn. Haryati Ag. Adi (Bhgn. Pembangunan Nelayan). Semua ahli

Jawatankuasa dilantik bertujuan untuk membantu membangunkan laman sesawang Ko-Nelayan dan

membantu untuk mengumpul semua aktiviti

semasa dan membuat hebahan melalui KONEL

POST dan website Ko-Nelayan.

~SUMBER : apchochieSofie

A

PEMENANG RM16,000.00

15 Januari 2017 (TMA) – RM16,000.00 berjaya

dibawa balik oleh En. Maimillan setelah Berjaya

menaikkan ikan jenis kerapu seberat 8.8kg seterunya

menjuarai Pertandingan Memancing Kolam Ikan Marin

Ko-Nelayan. Pertandingan ini yang berlansung kelmarin

dianjurkan oleh pihak Ko-Nelayan dengan usahasama

pihak ifishSport Sdn. Bhd. Menawarkan hadiah wang tunai

Berjaya menarik minat para pemancing dari hampir

seluruh negeri Sabah antaranya pemancing dari daeah

Keningau, Tawau, Sandakan, Ranau, Labuan dan ada juga

penyertan pemancing yang datangnya dari Brunei untuk

datang menyertai pertandingan ini.

Seramai hampir seribu penyertaan berjaya

didaftarkan dan menawarkan hadiah berupa wang tunai

kepada pemenang dari pemenang per-1 iaitu sebanyak

RM 16,000.00, pemenang kedua sebanyak RM 5,000.00,

pemenang ke tiga sebanyak RM2,500.00 dan pemenang

ke empat sehingga pemenang yang ke101 mengikut

jumlah yang telah di tetapkan penganjur.

Hampir 20 orang pemancing telah berkampung sejak

14/01/2017 lagi dan menginap di ‘Home Stay” dan

dometry di Taman Mini Akuakultur(TMA) milik Ko-

Nelayan malah ada pemancing yang sanggup tidur di

dalam kenderaan masing-masing berikutan “Home Stay

dan “Dometry” di (TMA) telah penuh.

Pertandingan kali ini mendapat sambutan yang amat

baik sekali. Tempat letak kenderaan yang disediakan oleh

pihak penganjur juga penuh sesak dan tidak mencukupi.

Ramai pemancing memuji penganjuran pada kali ini yang

tersusun, bersistem dan terlatih.

Tidak dilupakan juga para marshal Ko-Nelayan yang

bertugas dengan penuh disiplin dan baik sekali mengawal

keadaan dan peraturan mengikut perlaksanaan

pertandiangan. Pertandiangan ini merupakan antara

penyertaan yang paling ramai sejak kolam pancing ikan

merin Ko-Nelayan ini dibuka pada tahun ini.

~SUMBER : Nadzril&WEBMASTER

TAMAN MINI

AKUAKULTUR

(TMA)

Makluman Kepada

Semua Warga Ko-

Nelayan

Semua pelanggan yang

bercadang untuk menginap di

Homestay TMA dikehendaki

membuat “Check In” di

kaunter TMA Laya-laya untuk

tujuan pendaftaran nama dan

mengisi butiran yang perlu.

Pendaftaran perlu sebagai

bukti menginap di Homestay

Ko-Nelayan. Pihak pengurusan

TMA tidak akan memberikan

sebarang sokongan dan

pengesahan jika diminta

berbuat demikian sekiranya

nama tidak ada di dalam buku

daftar penginapan.

Sumber -

TAMAN MINI AKUAKULTUR (TMA)

21 Januari 2017 (TMA) –Satu pertandingan

gambus telah diadakan di TMA. Pertandingan

ini merupakan salah satu usaha Pengurusan

TMA untuk mempromosikan TMA kepada

masyarakat umum. Pelbagai persembahan

yang menarik yang di sajikan kepada para

pengunjung pada malam ini, terdapat 2

kumpulan gambus menyertai pertandingan

ini. iaitu Kumpulan Gayang Sama dan Sri

Rampayan. Di dalam pertandingan ini

Kumpulan Sri Rampayan telah di nobatkan

sebagai Johan keseluruhan dengan markah

keseluruhan 86% dan Naib Johan di menangi

oleh kumpulan Gayang Sama.

Pertandingan pada malam ini sangat

menghiburkan dan mengalakan, malah

anjuran yang kali pertama kali diadakan ini

dianggap sangat luar biasa dan menjadi

sejarah dalam penubuhan Ko-Nelayan. Pihak

pengurusan Ko-Nelayan mengharapkan

program-program seperti ini diteruskan dan

di beri sokongan berterusan sekali menjamin

kesinambungan kelestarian seni dan

kebudayaan masyarakat berbilang kaum di

Sabah pada keseluruhanya.

~SUMBER : Bobo&WEBMASTER

PERTANDIANGAN

GAMBUS

“JOM BERUBAH”

#PENGURUSBESARKONELAYAN

Page 4: konel postww2.sabah.gov.my/konelayan/Download/1ST EDISI.pdfmenginap di hotel atau rumah penginapan lain Ko-Nelayan tidak akan membayar dan kos penginapan adalah tanggungan pegawai

Januari 2017 Edition1, Limited Edition

Ko-Nelayan telah menjadikan 4

tempat iaitu :

Weston Wetland Park

(WWP)

Trayong Eco-Fishing Point

(TEFP)

Taman Mini Akuakultur

(TMA)

HUB Balat, Banggi, Kudat

sebagai tempat dan tumpuan

penjanaan pendapatan bagi

tahun 2017. Semua kakitangan Ko-

Nelayan samada secara langsung

atau tidak langsung dikehendaki

membantu dalam usaha

mempromosi dan membawa

masuk pengunjung-pengunjung ke

tempat-tempat ini dalam usaha

memperkenalkan kepada awam.

Sementara itu, usaha-usaha untuk

membangunkan program

penjanaan pendapatan dalam

jangka pendek dan sederhana

akan diteruskan.

#TN. HJ. JUMAHAT INTANG

PENGURUS BESAR KO-NELAYAN

AMANAT PENGURUS BESAR

TANGKAP BAWA BALIK

22 Januari (TMA) - Cabaran Memancing "Tangkap & Bawa Pulang" anjuran KUASA dengan

kerjasama Ko-Nelayan pada hari ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada

masyarakat setempat terutamanya para pemancing tegar kolam walaupun hujan turun

dengan lebat sekali tidak menghalang para pemancing meneruskan aktiviti mereka.

RM 3500.00, berjaya dibawa balik oleh En.Ejo dengan hasil tangkapan terkumpul 8.005-

Kg, sekali membawa pulang hasil tangkapan beliau menobatkan beliau sebagai juara

pertandingan pada kali ini. manakala En. Din dengan hasil tangkapan terkumpul 7.678-Kg

mmenempatkan beliau sebagai pemenang tempat kedua , membawa balik hadiah ikan yang

di pancing dan wang tunai berjumlah RM 1000.00. Seterusnya, hasil tangkapan terkumpul

6.955KG pula membawa tuah kepada En. Iskandar sebagai pemenang tempat ketiga dengan

membawa balik hadiah wang tunai berjumlah RM 750.00 dan hasil ikan yang dipancing.

Pertandingan ini juga menawarkan hadiah berupa wang tunai bagi tempat keempat sehingga

tempat ke empat puluh.

Program ini merupakan salah satu acara riadah yang dianjurkan KUASA dan bertujuan

menarik minat orang ramai yang datang bersama keluarga ke Taman Mini Akuakultur (TMA),

malahan mereka bukan sahaja dapat menyertai dan menyaksikan pertandingan memancing

tetapi juga dapat melihat kemudahan-kemudahan yang disediakan di Taman Mini Akuakultur

(TMA) seperti Homestay, Dometry, Kolam Pancing Marin, rumah wakaf dan lain-lain lagi.

Acara yang dikelaskan sebagai antara anjuran yang berjaya ini tidak menghampakan para

peserta yang datang menyertai pertandingan pada kali ini kerana hasil tangkapan yang

dipancing boleh dibawa balik dan acara memancing ini merupakan salah satu matlamat

jangka panjang Ko-Nelayan untuk meningkatkan pendapatan serta mendokong aktiviti

memancing kolam marin di Negeri Sabah.

Selain itu, para memancing yang lain walapun tidak mendapat hadiah utama, namun begitu

mereka amat berpuas hati dan gembira dengan hasil tangkap mereka ini kerana hasil-hasil

tangkapan tersebut boleh di bawa balik oleh mereka.

~SUMBER : apchochieSofie&WEBMASTER

Mengeluarkan maklumat

dalam tempoh satu bulan.

Dijamin memaparkan aktiviti-

aktiviti dan kegiatan yang

berlaku dalam dan luar

Organisasi.

(KONEL POST)

Kelihatan para peserta yang

hadir walaupun hujan turun

dengan lebatnya.

Terserlah kegembiraan para

peserta semasa menarik ikan,

kerana ikan yang ditarik boleh

dibawa balik.

Page 5: konel postww2.sabah.gov.my/konelayan/Download/1ST EDISI.pdfmenginap di hotel atau rumah penginapan lain Ko-Nelayan tidak akan membayar dan kos penginapan adalah tanggungan pegawai

Januari 2017 Edition1, Limited Edition

SANTAI PETROLEUM

22 Januari 2017 (TMA), Tuaran -Telah berlangsung satu aktiviti memancing iaitu Santai Malam anjuran Unit Petroleum siri-1/2017, aktiviti memancing ini adalah sempena mesyuarat Unit Petroleum dan pejabat-pejabat wilayah Ko-Nelayan yang diadakan pada esok hari (23/01/2017), dalam pertandingan secara santai malam tersebut semua pejabat-pejabat wilayah beraksi berlawan semasa sendiri untuk di nobatkan sebagai juara pertandingan santai malam tersebut. Pertandingan tersebut berjalan dengan amat baik sekali walaupun dalam keadaan hujan turun, namun begitu kakitangan yang terlibat tetap bersemangat tinggi meneruskan pertandingan dan dalam pertandingan tersebut En. Mohd Shah di nobatkan sebagai juara, manakala En.nasir Tapaan menduduki tempat kedua. Aktiviti ini merupakan salah satu acara riadah dan rekrasi bertujuan menarik minat kakitangan kita dalam aktiviti memancing dan aktiviti-aktiviti seperti ini akan diteruskan dan dijangkakan diadakan pada minggu pertama bulan April 2017. Pengurus Besar Ko-Nelayan berharap akan lebih ramai Unit membuat penganjuran seperti ini.

~SUMBER : Nadzril&WEBMASTER

AMANAT PENGURUS BESAR

CIRI-CIRI SEORANG PEMIMPIN

1. BUAT APA YANG

DICAKAPKAN DAN

DIPERINTAHKAN

2. SANGGUP BEKORBAN MASA

DAN TENAGA UNTUK

KEPENTINGAN ORGANISASI

3. JUJUR IKLHLAS SEMATA-

MATA UNTUK ORGANISASI

4. BERPRANGSAKA BAIK

DALAM MELAKSANAKAN

TUGASAN

5. SENTIASA MEMBERI

KERJSAMA KEPADA

RAKAN-RAKAN LAIN

6. BERSIKAP MERENDAH DIRI

7. PRIHATIN TENTANG

KEBAJIKAN ANAK BUAH

DAN MEMBANTU SETAKAT

YANG TERMAMPU

8. TIDAK MEMENTINGKAN DIRI

9. MENGHINDARI KERUGIAN

KEPADA ORGANISASI

10. PATUH MELAKSANAKAN

TANGGUNGJAWAB

11. BERTUNGKUS LUMUS

MEMBAWA REVENUE

KEPADA ORGANISASI

12. TIDAK MELENGAHKAN

KERJA

Program Taklimat Pengiktirafan Pencapaian

Terdahulu (PPT)-24/1/2017

KATC,Tuaran – Satu Program Taklimat Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT) dengan pegawai-

pegawai Kumpulan G bersama KATC dan JPK Wilayah Sabah & Labuan. Program ni bertujuan

melaksanakan program Taklimat PPT ini bagi memberi pendedahan kepada peserta mengenai

pengiktirafan persijilan berdasarkan pengalaman bekerja dalam bidang perikanan dan akuakultur.

Untuk mendapatkan sijil Kemahiran Malaysia yang diiktiraf oleh JPK (Jabatan Pembangunan

Kemahiran) melalui program Pengiktirafan Pencapaian terdahulu (PPT). Program ini diletakkan

dibawah Program Pengiktiragan dan Pentauliahan kepakaran KATC. Seramai 30 orang peserta telah

terlibat dalam program ini.

Kanan barisan hadapan kelihatan Tn. Hj. Yusof Hj. Ag. Besar, Timbalan Pengurus Besar

Ko-Nelayan turut hadir dan menyertai Program PPT.

-Sumber : AzlindaAkian/apchochieSofie&WEBTeam

Page 6: konel postww2.sabah.gov.my/konelayan/Download/1ST EDISI.pdfmenginap di hotel atau rumah penginapan lain Ko-Nelayan tidak akan membayar dan kos penginapan adalah tanggungan pegawai

Januari 2017 Edition1, Limited Edition

RUANGAN IKLAN

Galeri semasa pertandingan gambus TMA

Terbuka kepada seluruh

warga kerja Ko-Nelayan !

Kepada sesiapa yang berminat

untuk menyumbang artikal/

berita/ info/ maklumat

mahupun iklan untuk disalurkan

kepada ruangan sebaran am

ataupun ruangan iklan bolelah

menghantar bahan dalam

bentuk soft copy kepada

WEBMaster yang telah dilantik

ataupun menghantar terus

kepada Pn. Sofie di Unit

Komunikasi Korporat selaku

salah seorang editor kepada

KONEL POST. Bahan yang

dihantar hendaklah memenuhi

kriteria bahan hebahan umum

yang bukan berunsur politik,

ataupun anasir yang boleh

mempengaruhi mahupun

bahan yang menyalahi

undang-undang dan berunsur

jenayah. Walau

bagaimanapun setiap bahan

yang diterima akan ditapis dan

diedit sebelum dikeluarkan ke

dalam KONEL POST.

#apchochieSofie&WEBMaster

SEBARAN AM

KOPERASI UTAMA MAJU AKUAKULTUR SABAH (KUASA)

Kepada sesiapasahaja yang berminat untuk menganggotai koperasi

utama maju akuakultur sabah berhad(kuasa) bolehlah mendapatkan

borang penyertaan di kaunter utama pejabat ko-nelayan sabah(hq)

ataupun berhubung terus kepada pn. Sofie selaku setiausaha penaja

kuasa.

Keanggotaan anda adalah dialu-alukan.

#apchochieSofie-S/UKUASA