komsas

Upload: dayang-rudiah-aimi

Post on 19-Oct-2015

163 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

komsas Bahasa Melayu

TRANSCRIPT

PENGAJARAN KOMSAS DALAM BAHASA MELAYU

[PENGAJARAN KOMSAS DALAM BAHASA MELAYU]HBML 31013

1.0 PengenalanKomponen Kesusasteraan Melayu merupakan satu komponen wajib dalam mata pelajaran Bahasa Melayu di sekolah menengah yang dilaksanakan secara berperingkat mulai Mac 2000 bagi tingkatan satu dan empat, tahun 2001 untuk tingkatan dua dan lima serta tahun 2002 bagi tingkatan tiga sebenarnya bukanlah merupakan sesuatu yang baharu, malah merupakan lanjutan daripada unsur sastera dalam mata pelajaran Bahasa Melayu yang diperkenalkan pada tahun 1984. Kesusasteraan Melayu diperkenalkan di sekolah menengah dengan tujuan untu memberikan pendedahan terhadap karya sastera dalam kalangan pelajar.Pendedahan ini perlu kerana sastera mempunyai potensi untuk mengembangkan diri pelajar dari segi pemikiran, sahsiah atau keperibadian dan social.Pembelajaran sastera yang berlatarkan masyarakat setempat, serantau atau sejagat akan meningkatkan pemahaman pelajar tentang sikap anggota masyarakat dan skop budaya yang menjadi latar hasil sastera yang digunakan. Sukatan Pelajaran Bahasa Malaysia KBSM (1988) menyatakan bahawa: Unsur sastera dalam pendidikan Bahasa Melayu adalah meliputibahan sastera yang berbentuk novel, cerpen, cerita klasik, drama,sajak, puisi lama dan bahasa berirama. Pengajaran sastera dalampendidikan Bahasa Melayu diperuntukkan satu waktu dalam seminggu (Sukatan Pelajaran Bahasa Malaysia KBSM: 1988)Menurut konsep perkembangan kurikulum (1999), Konsep Komponen Sastera (KOMSAS) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu adalah seperti yang berikut:1. Komponen Sastera memfokuskan kepada lima genre, iaitu puisi, prosa klasik, cerpen, novel dan juga drama.Pelbagai aspek kemahiran sastera akan diperkenalkan kepada pelajar.2. Meski pun demikian, aras kesukaran bahan lebih rendah daripada bahan yang dikaji dalam mata pelajaran Kesusteraan Melayu (Elektif) Tingkatan 5 dan 6.3. Begitu juga aspek karya yang terdapat dalam komponen kesusteraan Melayu dalam mata pelajaran Bahasa Melayu sekolah menengah tidak di analisis secara terperinci seperti seperti mengkaji karya dalam matapelajaran Kesusasteraan Melayu Tingkatan 4 dan 5.4. Unsur sastera yang sedia ada dalam matapelajaran Bahasa Melayu diserapkan dalam komponen kemahiran mendengar dan bertutur, kemahiran membaca dan kemahiran menulis. (1999:2)Kepentingan Komponen Keususasteraan Melayu dalam mata pelajaran Bahasa Melayu adalah untuk membolehkan pelajar :a. Dapat meningkatkan dan mengukuhkan minat membaca pelbagai genre sastera seperti novel, cerpen, drama, prosa tradisional, puisi tradisional dan juga puisi moden.b. Mengenal dan menggunakan istilah sastera iaitu tema dan persoalan, watak dan perwatakan, gaya bahasa, latar, plot, sudut pandangan, nolai-nilai murni dan pengajaran.c. Mengenal, menghayati dan menghargai karya sastera bagi mengukuhkan kemahiran bertutur, membaca dan menulis.d. Mengenal nama pengarang berdasarkan karya yang telah diperakui seperti pengarang Sasterawan Negara.e. Mendapat niali murni dan pengajaran daripada karya sastera yang di baca.f. Menghasilkan karya sastera yang kreatif dapat menghasilkan cerpen, novel dan drama yang bermutu tinggi dan dapat dibanggakan.g. Mengetahui perkembangan ringkas sastera tanah air berdasarkan karya yang diperaku.h. Menilai secara umum karya sastera yang diperaku. (1999 : 3)

2.0 Genre-genre Komponen Kesusasteraan Melayu (KOMSAS)

PantunSyairGurindamSelokaTalibunManteraNazamCerita BeringkaiMitosEpik MelayuEpik HinduLagendaPeribahasa Berangkap

2.1 NovelNovel ditakrifkan sebagai cereka yang berbentuk prosa.Cereka yang disampaikan itu luas jangkauannya.1. Plot yang kompleks 2. Watak yan menggerakkan cerita banyak jumlahnya3. Persoalan-persoalan yang dikemukakan bersifat pelbagai4. Suasana serta latar ceritanya beraneka. Hal-hal itu, menyebabkan sesebuah novel itu relative panjang.Yakni lebih panjang daripada cerpen.Istilah novel diambil daripada bahasa Inggeris.Perkataan itu asalnya daripada bahasa Itali novellayang bermaksud satu benda kecil yang baru. Tema dan persoalan dalam novel lebih luas.maksudnya pengarang mengemukakan satu persoalan utama di samping pelbagai persoalan lain juga.Watak dalam novel juga lebh banyak jika dibandingkan watak yang terdapat di dalam cerpen.Begitu juga dengan latar tempat dalam novel lebih luas sementara latar waktunya lebih panjang.2.2 Cerpen Cerpen juga dipanggil cerita pendek.Oleh sebab itu, sudah tentu ceritanya tidak panjang.Walau bagaimanapun, batasan atau tanggapan panjang pendeknya tidak boleh diukur berdasarkan jumlah perkataan yang dilihat lantaran sifatnya yang relatif. Kebiasaanya, sesebuah cerpen itu, mengisahkan hanya satu kejadian dalam kehidupan.Namun demikian, ianay diwarnai oleh pelbagai kejadian.Sesuatu kejadian yang digambarkan melalui cerpen dianggap sebagai punca utama yang akan menentukan jalan cerita sesebuah cerpen itu.Kemungkinan-kemungkinan lain akan terhenti begitu sahaja.Oleh itu, jalan cerita/pengisahan yang diutarakan menjadi pendek.

Sesebuah cerpen biasanaya memusatkan pengisahannya kepada satu watak sahaja.terutama watak penting yang mana watak tersebut menghadapi permasalahan hidup.Persoalan yang ditimbulan itu benar-benar bermakna, penting dan dapat mengubah sikap, pemikiran watak-watak yang difokuskan.Cerpen boleh dibahagikan kepada dua, iaitu :a. Cerpen pendek yang panjangnya antara 500 hingga 2000 patah kata.b. Cerpen panjang yang panjangnya antara 12000 hingga 15000 patah kata.2.3 DramaDrama merupakan cerita tentang kehidupan yang ditulis untuk dilakonkan oleh pelakon-pelakon tertentu supaya dapat ditonton oleh orang ramai.Drama menggambarkan kehidupan secara mengemukakan konflik dan emosi melalui aksi dan dialog para watak.Aksi watak dalam persembahan drama sangat penting kerana drama berkonsepkan cerita melalui aksi manakala cereka berbeza dengan drama yang berkonsepakan cerita melalui penceritaan. Dalam pementasan drama, aksi dan dialog antara para watak selalunya dibantu melalui susunan prop, kostum, muzik, kesan bunyi, nyanyian dan tarian.Contoh drama yang terdapat di dalam Komponen Kesusteraan mekayu adalah: Gelanggang Tuk Wali (Ismail Kassan Forum Remaja 2020 (Sharif Shaary) Cempaka Berdarah ( A.Rahim Abdullah) Tiang cengal Dinding sayang (Suriani Mohd Yusof)2.4 Prosa TradisionalGenre prosa tradisional merupakan cerita rakyat yang dahulunya disampaikan secara lisan, tetapi kini telah dbukukan.Cerita rakyat ialah sastera yang berkembang dalam kalangan rakyat dan disebarkan secara lisan daripada satu generasi kepada satu generasi kepada satu generasi.Cerita atau sastera rakyat itu lazimnya berkembang dalam satu kelompok masyarakat yang kecil dan terpencil, misalnya masyarakat nelayan atau petani yang tinggal di kawasan pedalaman.Oleh itu, sastera rakyat mengandungi ciri-ciri budaya tradisional kumpulan berkenaan. Sastera rakyat meruapakan hak bersama.Hal inilah yang menyebabkan sastera rakyat mempunyai versi yang banyak kerana berlakunya tokok tambah semasa penyampaian cerita berkenaan.Prosa tradisional mencakupi aspek yang agak luas, iaitu daripada sastera rakyat hinggalah sastera agama dan undang-undang.Empat jenis prosa tradisional yang sering diketengahkan termasuklah cerita berbingkai, cerita sejarah, epic Melayu, dan epic Hindu.Dalam karya prosa tradisional juga terdapay banyak unsur moral dan mesej yang dapat dijadikan panduan hidup kita.Karya ini menggunakan gaya bahasa lama, sama ada dari segi penggunaan kata-katanya ataupun struktur ayatnya.Namun begitu, keragaman bahasa yang mengindahkan karya prosa lama jelas kelihatan.Kebanyakkan prosa tradisional menggunakan teknik naratif(bercerita).Namun demikian, terdapat juga penggunaan dialog, misalnya dialog di dalam Pelayaran yang penuh peristiwa cukup berkesan dan menghibukan. Selain itu, prosa tradisional juga menyelitkan puisi tradional, khusunya pantun.Hal ini jelas terlihat dalam karya pelayaran yang penuh misteri dan juga Hikayat Indera Nata.Watak-watak prosa tradisional biasanya terdiri daripada golongan istana atau yang ada kaitan dengan golongan istana atau yang ada kaitan dengan golongan istana, sesuai dengan keadaan masyarakat feudal yang mengagung-agungkan golongan istana.2.5 Cerita berangkai Cerita berangkai berpusat pada suatu cerita pokok atau cerita induk.Dalam cerita induk itu, terdapat pula satu atau lebih cerita sisipan.Cerita diakhiri dengan cerita induk atau cerita pokok tadi. Cerita berbingkai dikarang dalam bentuk prosa.Namun demikian, dalam sesetengah karya ada juga dimuatkan puisi tradisional, terutamanya pantun dan syair. Watak-watak utama dalam cerita berbingkai ialah saudagar, raja, permaisuri dan anak raja di samping watak binatang.2.6 Mitos Mitos ialah cerita rakyat yang mengisahkan peristiwa-peristiwa yang luar biasa, tetapi dianggap benar oleh masyarakatyang memilikinya. Kejadian-kejadian luar biasa dalam mitos dianggap sebagai keramat . Watak-watak dalam mitos biasanya terdiri daripada dewa-dewa, manusia separuh dewa, jin atau mambang. Mitos mengandungi cerita-cerita tentang dewa dewi dan cerita-cerita tentang asal-usul sesuatu tempat, benda atau institusi. Latar masa dan tempat dalam mitos tidak jelas.2.7 Lagenda Lagenda merupakan cerita tentang seseorang tokoh yang dianggap istimewa.Tokoh lagenda biasanya diberi sifat-sifat yang luar biasa seperti sifat kepahlawanan atau kekuatan yang istimewa . Cerita lagenda pada umumnya ada kaitan dengan sejarah sesuatu tempat. Cerita lagenda yang terdapat dalam cerita-cerita sejarah biasanya bertujian mengkritik golongan bangsawan secara halus.2.8 Epik Epik ialah prosa naratif yang memaparkan kepahkawanan seseorag tokoh penting dalam sejarah. Tokoh berkenaan pada umumnya dianggap wira oleh sesuatu bangsa . Wira berkenaan merupakan tokoh yang penting yang menggagunkan serta cukup masyur dari segi sejarah. Latar bagi cerita epic meliputi negara-negara besar di dunia ini.2.9 Puisi Puisi adalah karangan berangkap yang mengutarakan pemikiran dengan bahasa yang indah. Penciptaan puisi terikat oleh unsusr-unsur irama, rima, penyusunan baris dan rangkap. Puisi terbahagi kepada dua, iaitu:1. Puisi moden atau lebih dikenali sebagai sajak.2. Puisi tradisional yang merangkum pantun, syair, gurindam, dan seloka.

2.10 Sajak Sajak ialah karangan berangkap yang lebih bebas bentuknya dan tidak terikat pada sesuatu pola khusus, walaupun kadang-kadang bentuknya seakan-akan gurindam atau seloka. Namun dalam penciptaannya, penyajak masih menitikberatkan aspek rima, rentak, penyusunan baris, dan rangkap atau bait. Jumlah rangkap dalam sesuatu sajak tidak dihadkan, sebaliknya mengikut keperluan isi yang hendak disampaikan.2.11 Pantun Pantun ialah sejenis bentuk pusis tradisional. Pantun merupakan karya yang berangkap tetap .maksudnya bilangan baris dalam setiap rangkap atau bait itu sudah ditetapkan sama ada dua, empat, enam, lapan, sepuluh, dua belas atau emapat belas baris dalam serangkap. Jumlah kata dalam setiap pantun adalah empat hingga lima patah kata sementara jumlah suku katanya pula antara lapan hingga dua belas suku kata bagi setiap baris. Pantun menjadi alat pengucapan untuk mengungkapkan perasaan hiba, sedih, sayu, gembira, rindu dendam, dan sebagainya terhadap seseorang atau sesuatu perkara. Oleh sebab itu, pantun dinamakan mengikut isi pantun orang muda, pantun orang tua, pantun budi, pantun kiasan dan sebaginya.2.12 Syair Syair merupakan satu lagi contoh puisi tradisonal. Syair ialah karangan berangkap dan setiap rangkap terdiri daripada empat baris. Setiap baris merupakan maksud kerana syair tidak mempunyai pembayang seperti pantun. Setiap rangkap syair tidak boleh berdiri sendiri kerana saling berkait dengan rangkap-rangkap yang lain. Setiap baris dalam syair biasanyamengandungi emapat patah kata yang berjumlah anatara lapan hingga dua belas suku kata. Rima akhir syair ialah aaaa, contohnya: Orang berakal sangatlah mulia (a) Pakaian anbia dan aulia (a) siapa mengikut dia (a) Itulah tanda orang bahagia. (a)2.13 Gurindam Gurindam ialah karangan yang terdiri daripada dua baris serangkap. Namun demikian, ada juga gurindam yang lebih bebas dari segi jumlah kata pada setiap rangkap dan rima akhirnya. Rima akhir gurindam ialah aa. Baris pertama gurindam mengandungi soalan, syarat, atau perjanjian, sementara baris kedua pula merupakan jawapan, akibat, atau kesimpulan. Isi gurindam berupa nasihat, pengajaran atau kebenaran yang disampaikan dengan bahasa yang lebih padat dan bernas.2.14 Seloka Seloka dapat dirumuskan sebagai gurau senda yang mengungkapkan sindiran yang bertulis dalam bahasa puisi. Setiap rangkap seloka selalunya terdiri daripada empat baris. Namun begitu, ada juga seloka yang berbentuk bebas yang mengandungi kurang atau lebih daripada empat baris serangkap. Isi seloka mengandungi unsur pengajaran dan nasihat yang disampaikan dalam nada mengejek atau menyindir.

3.0 Unsur-unsur yang terdapat di dalam KOMSAS3.1 Tema Tema ialah gambaran tentang gagasan, fikiran atau persoalan pokok yang menjadi tunjang sesebuah cerita atau persoalan utama yang diutarakan atau dikemukakan oleh pengarang sesebuah karya ataupun isi atau inti pemikiran yang ingin disampaikan oleh pengarang. Tema ialah persoalan pokok yang didiberikan penekanan oleh pengarang sesebuah karya. Terdapat hanya ada satu tema dalam sesebuah karya sama ada sajak, puisi tradisional, cerpen atau prosa tradisional. 3.2 Pemikiran 1. Pemikiran ialah persoalan pokok atau persoalan utama yang menaungi sesebuah karya drama. Dengan kata lain, pemikiran dalam drama dapatlah disama erti dengan tema dalam cerpen atau novel. 1. Dalam sesebuah karya drama,hanya terdapat satu sahaja pemikiran. Maka, oleh sebab itulah pemikiran dirumuskan sebagai tema utama yang menaungi seluruh karya drama tersebut. 1. Lazimnya, pemikiran sesebuah karya drama terdiri daripada kasih sayang, pengorbanan, ketabahan, kegigihan, kemasyarakatan, percintaan, kekeluargaan, dan keagamaan. 3.3 Persoalan Persoalan ialah perkara-perkara kecil atau sampingan yang ingin dikemukakan oleh pengarang bagi memantapkan tema dalam sesebuah karya. Persoalan dalam sesuatu karya biasanya lebih daripada satu. 3.4 Watak dan perwatakan Watak ialah pelaku yang mengembangkan tema, persoalan, dan plot cerita. Perwatakan pula ialah sifat-sifat watak yang digambarkan sama ada:a) Secara langsung oleh pengarang sendiri iaitu dengan menceritakan sifat-sifat watak, keinginan, fikirannya, dan perasaannya ataub) Secara tidak langsung oleh pengarang iaitu melalui dialog, fikiran dan aksi watak itu sendiri. 3.5 Latar Latar terbahagi kepada tiga jenis, seperti yang berikut.a) Latar masa - menunjukkan masa sesuatu peristiwa dalam sesebuah karya itu berlaku dengan merujuk zaman dan tempoh masa, misalnya pada Zaman Perang Dunia Kedua, zaman selepas merdeka, waktu pagi, tengah hari, petang dan malam. Tempoh peristiwa itu berlaku pula mungkin seminggu, dua bulan, tiga tahun dan sebagainya. b) Latar tempat - Menunjukkan ruang atau lokasi geografi sesuatu peristiwa dalam sesebuah karya itu berlaku, misalnya di kampong, di pekan, Kuala Lumpur dan sebagainya. c) Latar masyarakat - Menunjukkan komposisi masyarakat yang diketengahkan dalam sesebuah karya, dari segi bangsa, budaya, anutan atau kepercayaan mereka, pekerjaan, pendidikan, nilai yang diamalkan, dan sebagainya. 3.6 Plot Plot ialah susunan peristiwa dalam sesebuah karya yang bersandarkan sebab dan akibat. Plot biasanya terbahagi kepada empat bahagian iaitu: Bahagian permulaan atau eksposisi - menampilkan watak, latar, dan sebagainya bagi mencetuskan aksi-aksi watak. Bahagian pertengahan atau perkembangan - watak-watak saling berkonflik, menimbulkan masalah dan kerumitan. Bahagian puncak cerita (klimaks)-Tumpuan yang maksimum yang menimbulkan ketegangan daripada konflik yang tercetus antara watak. Bahagian peleraian-penyelesaian bagi semua konflik. 3.7 Teknik plotTeknik plot ialah teknik yang digunakan oleh pengarang untuk menjalinkan cerita supaya menjadi lebih menarik dengan menggunakan beberapa teknik seperti yang berikut. a) Imbas Kembali Peristiwa masa silam yang dikenang semula dalam ingatan seseorang atau beberapa orang watak. b) Imbas muka Ramalan peristiwa akan datang terhadap sesuatu yang akan berlaku pada diri seseorang atau beberapa orang watak. c) Monolog Pengucapan watak secara bersendirian.d) Monolog dalaman Pengucapan batin watak.e) Saspens Perasaan ingin tahu. f) Kejutan Kemunculan peristiwa secara tiba-tiba atau tidak disangka. g) Konflik Konflik merupakan pertentangan antara dua pihak dalam satu urutan plot. Konflik boleh berlaku secara dalaman, iaitu konflik dalam diri watak dan secara luaran, iaitu antara watak dengan watak yang lain atau antara watak dengan alam sekitar. Konflik dapat juga digambarkan melalui pertentangan pendapat, idea, sikap, atau pemikiran. h) Dialog - Dialog merupakan pertuturan antara dua watak atau lebih daripada dua watak. Melalui dialog antara watak-watak inilah biasanya tergambar pendapat atau fikiran yang berkaitan dengan tema. i) Pemerian Gambaran tentang latar, masa, masyarakat, watak dan sebagainya.

3.8 Gaya bahasa Jenis Gaya BahasaHuraiannya

(a) Diksi Bermaksud pemilihan dan penyusunan kata-kata oleh pengarang daiam karyanya Harus memperlihatkan kesesuaian kata yang dipilih dengan tema dan persoalan, latar, watak, dan mesej

(b) Ayat Merujuk kepada cara pengarang membina dan menyusun ayat daiam karyanya, misalnya ayat pendek dan ayat panjang

(c) Personifikasi Dikenal juga sebagai perorangan atau penginsanan Membawa maksud tindakan pengarang memberikan sifat manusia, sama ada dari segi perasaan, perwatakan, atau tindak-tanduk kepada benda-benda mati, binatang, idea, atau hal-hal yang abstrak. Contohnya: ...matahari pagi bangkit daripada selimut gunung, benaknya mendandan sejuta persoalan

(d) Simile Merupakan perbandingan yang menggunakan kata konkrit (boleh dihitung) dengan kata abstrak (tidak boleh dihitung) Contohnya: perahu duka, ladang kesabaran

(e)Metafora Membandingkan sesuatu dengan yang lain yang lazimnya menggunakan dua perkataan, iaitu satu perkataan abstrak dan satu perkataan konkrit Contohnya: samudera hampa, lautan fikiran

(f)Hiperbola Merupakan sejenis bahasa kiasan untuk menyatakan sesuatu secara berlebih-lebihan daripada maksud yang sebenarnya Contohnya: serihu lautan sanggup diharungi

(g) Sinkope Bermaksud penyingkatan perkataan Contohnya: "Apa dah jadi ni?"

(h) Rima Bermaksud bunyi akhir suku kata pada tempat yang bersetentang antara dua baris atau lebih daripada dua baris daiam puisi Terdiri daripada rima awal, rima dalam, dan rima akhir

(i) Asonansi Merupakan pengulangan bunyi vokal yang sama dalam baris-baris sajak Contohnya: pengulangan vokal u dalam baris Kerana aku penyair kupenuhi hidupku

(j) Aliterasi Bermaksud pengulangan bunyi konsonan yang sama dalam baris sajak Contohnya: pengulangan konsonan m dalam baris Memacu menghimpun kekuatan

(k) Pengulangan Berlaku pada kata, ungkapan, baris, atau rangkap yang diulang dalam sajak anafora - pengulangan kata pada awal baris secara berurutan. epifora - pengulangan kata pada akhir baris. repitisi - pengulangan kata dalam baris yang sama. Contohnya, orang berbunga dia berbunga response pengulangan kata di tengah baris.

(l)Perlambangan

(m) Rima kata-kata yang digunakan untuk menerangkan sesuatu benda, keadaan, atau peristiwa yang membawa maksud yang lain atau maknanya lebih mendalam. Contoh bunga merujuk kepada perempuan.

Pengulangan bunyi yang sama dalam baris puisi atau baris akhir puisi yang berfungsi untuk menimbulkan keindahan dan memberikan kesenangan indera kepada pembaca atau penonton. Contoh:

Inderagiri pasirnya lumat, [a] Tempat berkelah putera raja, [b]Baik sedikit tetapi berjimat, [a] Daripada banyak membazir sahaja. [b]

3.9 Nilai Perbuatan positif yang dapat diteladani oleh pembaca. Terdapat 17 nilai murni yang ditekankan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia menerusi pengenalan KBSM, khususnya dalam proses pengajaran dan pembelajaran KOMSAS dan dalam sesebuah karya, iaitua) Baik hatib) Berdikaric) Hemah tinggid) Hormat-menghormatie) Kasih sayangf) Keadilang) Kebebasanh) Keberaniani) Kebersihan fizikal dan mentalj) Kejujurank) Kerajinanl) Kerjasamam) Kesederhanaan n) Kesyukurano) Rasionalp) Semangat bermasyarakatq) Patriotisme 3.10 Pengajaran Mesej yang ingin disampaikan oleh pengarang dalam bentuk peringatan atau pedoman.

4.0 Strategi menggunakan genre KOMSAS4.1 Kemahiran Kemahiran Menganalisisa. mengenal pasti ciri-ciri dalam teks dari sudut elemennya (plot, struktur,latar, gaya) b. mengenal pasti pola dan perhubungan (contohnya, antarawatak, peristiwa, gaya dan sudut pandangan dalam teks atau antara teks)c. meneliti pendapat-pendapat yang menyokong atau membangkang Kemahiran Mengingata. menghubungkaitkan dan/atau menyusun maklumat secarasistematikb. mengingat kembali pengetahuan sedia ada, perasaan dan pengalaman apa bila memberikan respons kepada teks Kemahiran Memberikan Tumpuana. mentakrifkan atau menjelaskan sesuatu tugasan sasterab. memfokuskan tumpuan kepada maklumat yang relevan (misalnya, mengenal pasti contoh-contoh yang sesuai Kemahiran Menyusuna. membandingkan atau membezakan elemen-elemen (seperti watak; sudut pandangan, latar, gaya) dalam teksb. menyusun butir-butir dan peristiwa secara berurutanc. Menyusun elemen-elemen mengikut kriteria (contohnya, menyusun watak watak mengikut kepentingan dan signifikan menyusun peristiwa berdasarkan kepentingan) Kemahiran Menilaia. menilai kemunasabahan tujuan penulisb. menilai sudut pandangan yang dipersembahkan dalam teksc. menilai pendapat/idea-idea yang dipegang oleh orang laind. memberikan respons peribadi

4.2 Kaedah demonstrasi.Saya dengar, mungkin saya lupa,Saya lihat, mungkin saya fahamSaya buat tentu saya ingat, Ungkapan ini adalah ungkapan yang berasal dari pepatah Cina.Ianya menunjukkan kelebihan kaedah demonsrasi atau tunjuk cara sebagai kaedah mengajar.Menerusi kaedah ini, pelajar akan dapat mempelajari atau menerima ilmu pengetahuan secara teori.Mereka juga diberi kesempatan melakukannya dengan melihat dan mempraktikkannya.Cara kaedah tunjuk cara atau demonstrasi ini dilakukan dengan cara yang berikut : Seseorang pelajar itu membuat sesuatu di hadapan pelajar-pelajar yang lain bagi menunjukkan bagaimana perbuatan itu dilakukan. Demonstrasi atau tunjuk cara ini dilakukan sewaktu sesi pembelajaran. Semasa melakukan tunjuk cara,pelbagai jenis model boleh digunakan seperti model hidup, model simbolik ataupun model persepsi. Cara-cara seperti bagaimana, bila dan dimana Ciri-ciri kaedah demonstrasi .Berikut adalah ciri-ciri demonstrasi atau kaedah tunjuk cara: Penglibatan pelajar Peluang mendengar dena melihat Kaitan antara teori dan praktik. Melihat kemahiranMelalui kaedah ini guru memperlihatkan sesuatu kemahiran kepada pelajar guru memberi penenrangan mengenai komponen sastera.Cara ini membolehkan pelajar mudah faham apa yang di ajar oleh guru.selain itu,mereka dapat melihat atau mendengar apa yang ditunjukkan oleh guru mereka.

4.2.1 Ciri-ciri kaedah demonstrasi 1.Melihat kemahiran2.Penglibatan pelajar.3.Peluang mendengar dan melihat.4.Kaitan antara teori dan praktik.4.2.1.1 Melihat kemahiranMelalui kaedah ini, guru memperlihatkan sesuatu kemahiran kepada pelajar.Guru memberi penerangan atau penjelasan semasa kemahiran ditunjukkan.Cara ini membolehkan pelajar lebih mudah faham.Ini kerana mereka dapat mendengar dan juga melihat apa yang ditunjukkan oleh guru.4.2.1.2 Penglibatan pelajar sekiranta dianggap sesuai, guru perlu melibatkan pelajar semasa sesi demonstrasi dilakukan.Pelajar boleh melakukannya dengan baik, boleh dijadikan contoh.4.2.1.3 Peluang mendengar dan melihatGuru perlu memastikan semua pelajar dapat mendengar dan melihat demonstrasi atau tunjuk cara dengan baik.Sekiranya jumlah pelajar agak ramai, mereka boleh dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan kecil.4.2.1.4 Kaitan antara teori dan praktik.Kaedah ini berkesan kerana pelajar dapat mengaitkan apa yang dipelajari secara teori dengan kemahiran atau aktiviti yang dipraktikkan4.2.1.5 Teknik kertas bergambarSebagai contohnya, semasa mengajar berkenaan latar sesuatu tempat, guru boleh mempamerkan beberapa keeping gambar yang berkaitan seperti suasana kampong dan persekitarannya kepada pelajar.Secara tdak langsung, mereka mendapat gambaran sebenar berkenaan latar yang wujud pada masa itu.4.3 Teknik soal jawabGuru boleh menggunakan teknik soal jawab yang melibatkan pelajar sama ada secara individu ataupun berkumpulan.Dengan ini, mereka dapat menyatakan pembahagian latar yang wujud seperti masa iaitu waktu tengah hari yang panas kering.Latar tempatnya pula di sebuah kampong, iaitu di rumah Pak Cik Amat, di kebun terung dan di tepi telaga.Latar masyarakat melibatkan masayarakat kawasan pedalaman yang hidup dalam kemiskinan dan mereka gigih bekerja.Masyarakat ini masih mengamalkan semanagat kejiranan dan tolong menolong.4.4 Kaedah Membaca Teks dan PemahamanPelajar membaca teks atau cerita sambil mereka cuba memahami sendiri isi tersurat atau tersirat. Pelajar mengenal pasti aspek-aspek teknik dalam cerita.4.5 Kaedah Mendengar Pita RakamanPelajar mendengar dialog, pembacaan dan penjelasan daripada pita rakaman yang disediakan oleh guru.4.6 Kaedah Menonton Lakonan PentasSebahagian daripada pelajar di dalam kelas melakonkan adegan tertentu daripada teks atau cerita. Pelajar yang lain dikehendaki menjadi penonton sambil memerhatikan aspek-aspek seperti lakonan, watak dan latar untuk dibincangkan kemudian. Kaedah ini boleh dijalankan di bilik darjah atau di tempat lain yang sesuai.4.7 Kaedah SeminarBeberapa orang pelajar membentangkan pandangan mereka sendiri tentang isi cerita/teks yang dikaji. Guru menyediakan tajuk dan objektif terlebih dahulu sebelum memulakan seminar. Guru bertindak sebagai pemerhati dan campur tangan jika perlu sahaja.

5.0 Ulasan/PendapatPada pendapat saya kewajaran Komponen sastera di ajar dan diperkenalkan d sekolah-sekolah adalah kerana ianya dapat mempertingkatkan lagi keupayaan pelajar dalam beberapa aspek iaitu membaca, menulis, bertutur dan kemahiran lisan.Memperkenalkan komponen sastera wajib dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu merupakan langkah yang wajar kerana dapat menarik minat pelajar terhadap pembacaan bahan sastera.Di samping itu,pelajar dapat mengenali penulis dan mengetahui perkembangan ringkas sastera tanah air berdasarkan karya yang telah dipilih. Saya juga berpendapat Pelaksanaan komponen ini juga bertujuan supaya pelajar dapat menilai dan mengulas karya sastera serta mendapat pengajaran daripada karya yang dibaca.Menurut Rahman Saari (1990), terdapat dua sebab mengapa kesusasteraan Melayu perlu diajar dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.Pertama, bahankesusasteraan Melayu menggunakan bahan sastera yang terbaik.Jika bahan yang dipilih itu berupa karya atau sebahagian daripada karya kesusasteraan yang bermutu, maka bahasanya tetap menarik terutamanya daripada sudut keindahannya.Kedua, bahan kesusasteraan memiliki daya tarikan yang dapat menimbulkan minat untuk membacanya dan daya tarikan ini berpunca daripada sifat karya kesusasteraan yang selalunya memiliki ciri-ciri menghibur. Rasional Kompenan Kesusasteraan Melayu diperkenalkan di peringkat sekolah adalah untuk mendedahkan kepada pelajar pelbagai jenis bahan kesusasteraan yang mereka pelajari dapat meluaskan perbendaharaan kata pelajar, membaiki kelemahan bertutur dan menulis mereka.Ia dapat memupuk daya imaginatif merekadi samping menghibur.Namun, manfaat terbesar daripada sesuatu karya kesusasteraan ialah ia membekalkan pengalaman estetik yang akan membawa pengaruh positif terhadap penerimanya.

6.0 KesimpulanBerdasarkan perbincangan, dapat disimpulkan bahawa kesusasteraan dapat dirujuk sebagai hasil karya yang mempunyai mesej dan pemikiran tertentu.Sesebuah hasil karya adalah pancaran dari kehidupan masyarakat.Selain itu , karya sastera juga dapat dikategorikan mengikut genre.Setiap genre itu ditandai dengan ciri-ciri khususnya.Setiap karya mempunyai mesej dan fungsi untuk mendidik dan membina keperibadian ahli-ahli masyarakat khusunya diperingkat sekolah. Pendekatan yang mudah difahami serta dapat menarik minat pelajar akan dapat menimbulkan rasa seronok di kalangan pelajar untuk memahami dan seterusnya mempelajari Komponen Kesusasteraan Melayu(KOMSAS) ini.Setiap bahagian daripada unsur dan fungsi di dalamnya mempunyai makna dalam teks karya selain berfungsi dalam kehidupan masyarakat.

7.0 BibliografiBukuArbaie Sujud.2008.Sastera Melayu Suatu Pengantar.Kuala Lumpur : Tinta Press Sdn Bhd.Asmah Haji Omar.2008.Ensiklopedia Bahasa Melayu.Dewan Bahasa dan Pustaka:Kuala LumpurHarun Mat Piah et al.2006.Kesusasteraan Melayu Tradisional.Dewan Bahasa dan Pustaka:Kuala LumpurNaffi Mat.2006.Teknik mengajar Komsas.PTS Profesional : Kuala Lumpur.Nor Azita binti Umar.2010.Antalogi teks Komponen sastera dalam mata peljaran Bahasa Melayu: Dirgahayu Bahasaku, Tingkatan 5.Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala Lumpur.JurnalHanapi Dollah.2005.Pengajian kesusasteraan Melayu Baru.Akademika 66 : 15-29Thahir Nuruddin.2006.Kefahaman guru tentang Konsep dan stategi Pengajaran Komponen Kesusasteraan Melayu Dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.Universiti Pendidikan Sultan Idris.Internethttp://www.moe.gov.my/v/pekeliling-ikhtisas-view?id=86dimuat turun pada 11.Februari.2014: 8.30 PM

Lampiran

1 | Page