kompetensi kejurulatihan

12
Kompetensi Kejurulatihan Pengenalan 1. Jurulatih memainkan berbagai peranan berdasarkan pelbagai situasi. 2. Jurulatih aplikasikan gaya kejurulatihan berlainan kerana : atlet berbeza & situasi berbeza 3. Untuk melaksanakan tugas dengan baik, jurulatih perlu mempunyai falsafah sebagai panduan Objektif 1. membezakan peranan berbeza yang dimainkan oleh jurulatih; 2. mengenal pasti dan membezakan gaya-gaya jurulatih; 3. memahami etika dan falsafah dan pertalian di antara mereka. Gaya Kejurulatihan. 1) Autokratik • Guna kuasa & autoriti • Keputusan asas cetek • Kawalan atlet ketat / tidak anjal “ ikut kata saya” 2) Laissez Faire • Profil rendah / sifat kepimpinan minimum • Guna sedikit kuasa formal • Tindakan atlet bebas “buatlah apa yang suka” 3) Demokratik • Guna kuasa formal & tidak formal • Keputusan bersama • Berkongsi idea • Sedia mendengar “buat apa yang patut” 4) Eklektik • Guna gaya campuran • Ikut situasi “buatlah yang perlu”

Upload: fauziah-tahir

Post on 30-Sep-2015

57 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

kejurulatihan

TRANSCRIPT

KompetensiKejurulatihan

Pengenalan

1. Jurulatih memainkan berbagai peranan berdasarkan pelbagai situasi.

2. Jurulatih aplikasikan gaya kejurulatihan berlainan kerana :atlet berbeza &situasi berbeza

3. Untuk melaksanakan tugas dengan baik, jurulatih perlu mempunyai falsafahsebagai panduan

Objektif

1. membezakan peranan berbeza yang dimainkan oleh jurulatih;

2. mengenal pasti dan membezakan gaya-gaya jurulatih;

3. memahami etika dan falsafah dan pertalian di antara mereka.

Gaya Kejurulatihan.

1) Autokratik Guna kuasa & autoriti Keputusan asas cetek Kawalan atlet ketat / tidak anjal ikut kata saya

2) Laissez Faire Profil rendah / sifat kepimpinan minimum Guna sedikit kuasa formal Tindakan atlet bebas buatlah apa yang suka

3) Demokratik Guna kuasa formal & tidak formal Keputusan bersama Berkongsi idea Sedia mendengar buat apa yang patut

4) Eklektik Guna gaya campuran Ikut situasi buatlah yang perlu

Kepentingan Etika Bantu jurulatih nilai isu Pastikan atlet dihormati Pastikan tanggungjawab jurulatih Memperolehi integriti dalam perhubungan Pasti jurulatih untuk menerima & mempromosi nilai sukan

KOD ETIKA JURULATIH

Lembaga Kejurulatihan Kebangsaan yakin bahawa jurulatih memainkan perananpenting sebagai pemangkin kepada pembangunan sukan dan kejayaan seseorangatlet. Jurulatih merupakan seorang pemimpin / guru yang bertanggungjawabmempastikan program-program sukan dapat membentuk keperibadian danperwatakan yang baik di dalam kehidupan seorang atlet.Setiap jurulatih harus mengamalkan tingkah laku yang positif ketika bersama-samaatlet dalam memberikan pengalaman dan potensi diri kepada mereka. Selain itujurulatih perlulah sentiasa menunjukkan sikap kesukanan dan budi pekerti yangmulia serta menilai setiap atlet dengan baik dan seadilnya.

Jurulatih hendaklah menjadi model dalam melaksanakan tugas dengan jujur dancekap selain mempunyai integriti yang tinggi. Jurulatih juga mestilahbertanggungjawab dalam membina semangat kekitaan sewaktu mengambilbahagian dalam sukan, berdisiplin tinggi serta sanggup berkorban apa sahaja demimencapai kemajuan atlet bimbingannya.

Lembaga Kejurulatihan Kebangsaan percaya bahawa seseorang jurulatih akanmelakukan sesuatu yang terbaik bukan sahaja untuk dirinya bahkan juga untukatlet di bawah penjagaannya. Kod etika jurulatih ini hendaklah diguna pakai olehsemua jurulatih sama ada sepenuh masa, sambilan dan luar negara yangberkhidmat di bawah naungan Institut Sukan Negara Malaysia. Kod etika inisememangnya memberikan penekanan tentang amalan baik yang perlu diikuti olehseseorang jurulatih.

Saya akan sentiasa terikat dan mematuhi kod etika ini ketika menjalankan tugassebagai seorang jurulatih.

Seorang jurulatih sukan bertanggungjawab membantu mengembangkan potensidiri seorang atlet dengan meningkatkan prestasinya :-

Mengenalpasti keperluan setiap orang individu.

Meningkatkan prestasi dengan cara yang selamat, latihan terkawal, membuat

penilaian dan mengambil bahagian sebaik mungkin dalam setiap pertandingan.

Mewujudkan satu persekitaran di mana seseorang atlet itu sentiasa mendapat

motivasi bagi mengekalkan penyertaan dan meningkatkan prestasinya.

Sebagai seorang jurulatih

1) Saya akan bersikap positif terhadap tugas sebagai jurulatih serta tidakakan berkelakuan negatif yang mana ia akan memberi kesan terhadaptanggapan masyarakat atau penerimaan jurulatih sebagai kerjaya.2) Saya tidak akan membuat sebarang kenyataan atau dakwaan bertuliskepada orang ramai berkaitan perkara yang tidak benar dengan profesionkejurulatihan.

3) Saya akan hormati pelbagai pendekatan kaedah yang digunakan ketikamelatih. Saya akan menghormati daya usaha dan sumbangan orang lainserta tidak menganggap usaha atau kaedah tersebut milik saya sendiri.

4) Saya wajar bersifat amanah dalam semua perkara yang saya lakukandan mendidik atlet betapa pentingnya integriti, kejujuran, keyakinan dankesetiaan.

5) Saya akan memberikan keutamaan terhadap perihal kesejahteraan dankeselamatan atlet lebih daripada peningkatan prestasi. Saya akanmenurut semua garis panduan yang terkandung di dalam persatuanpersatuan sukan yang saya ceburi.

6) Saya akan menghormati hak, maruah dan nilai seseorang atlet sertamelatih mereka secara adil dan sama rata.

7) Saya akan mengaplikasikan kaedah pengajaran yang efektif bagimempastikan pengalaman yang diperolehi ketika latihan menyeronokkan,dapat meningkatkan harga diri dan menggalakkan perasaan sayang sertamenghargai nilai sukan.

8) Saya tidak akan melakukan penderaan fizikan dan psikologikal , tidakmenggunakan tutur kata yang tidak sepatutnya serta latihan yang bolehmenyinggung perasaan seseorang atlet dan orang lain.

9) Saya akan menggalakkan atlet mencapai kejayaan secara jujur, berfikirdan bermain sebagai satu pasukan, melakukan yang terbaik dan sentiasamemperbaiki prestasi dengan daya usaha tinggi serta berdisiplin.Melarang atlet daripada bersifat pentingkan diri sendiri serta tidakbersungguh-sungguh dalam mengharungi sesuatu pertandingansehingga tamat perlawanan. Saya akan pastikan penerapan budaya kerjaberkumpulan dilaksanakan demi kelancaran dan kecemerlangan sukan. 13

10) Saya akan membina perhubungan yang baik dengan atlet berdasarkankepada kepercayaan dan saling hormat menghormati. Saya tidak akanterpengaruh untuk mendapatkan sesuatu keistimewaan atau ganjaran.

11) Saya juga tidak akan menggunakan kedudukan saya untuk melakukansalah laku seks atau membuat perhubungan yang dilarang dengan atletatau seseorang yang rapat dengan mereka.

12) Saya akan menjadi contoh yang baik bagi segala tindak tanduk sayaketika menjalankan tugas mahupun diluar tugas agar senantiasa menjadiikutan kepada atlet.

13) Saya akan menjauhkan diri dari berkelakuan tidak senonoh, merokok,minum minuman keras dan penyalahgunaan dadah dalam bentuk apa juasekali pun. Ini akan memberi impak yang negatif tentang perananSaya sebagai role-model.

14) Saya akan membimbing atlet menerima tanggungjawab ke atasperlakuan dan prestasi mereka.

15) Saya akan berusaha meningkatkan ilmu bagi menambahkanpengetahuan berkaitan prinsip-prinsip kejurulatihan dan mempelajariteknik dan strategi terkini dalam sukan yang diceburi.

16) Saya akan bekerjasama dengan pakar-pakar lain (contohnya jurulatih,pegawai, saintis, doktor, pelatih, ahli fisioterapi) demi kebaikan atlet.

17) Saya akan memberikan pengalaman, keadaan yang selamat sertacabaran yang tidak dapat dilupakan bagi atlet dengan mengekalkansuasana sukan secara fizikal dan mental yang selamat.

18) Saya akan sentiasa mengamalkan prinsip fair-play dan tidak akanmelanggar peraturan-peraturan serta undang-undang permainan. Sayaakan mengingati atlet tentang bahayanya mengambil benda terlarangtermasuk minuman keras dan rokok serta dadah untuk peningkatanprestasi.

19) Saya tidak akan menggunakan nama dan atlet saya untuk mendapatkansebarang imbuhan secara komersil melainkan dengan mendapat izin dariMajlis Sukan Negara.

20) Saya akan sentiasa mematuhi kod etika ini secara berterusan dalamsemua lapangan sukan

21) Saya akan menghormati semua pegawai sukan pada setiap masa. Sayajuga akan akur dengan sensitiviti agama, adat resam dan budayamasyarakat majmuk negara ini. 14

22) Saya akan mempromosi serta menggalakkan semangat kesukanan.

PERANAN JURULATIH UNTUK MENDIDIK ATLIT

Personaliti ahli sukan

Personaliti adalah corak perlakuan yang ditunjukkan oleh individu dan ia adalah unikuntuk individu itu sendiri. Personaliti merangkumi sikap, cara pemikiran, perasaan, carabertindak dan cara berinteraksi dengan orang lain. Personaliti seseorang sering menjadiperhatian orang lain dan lazimnya sesuatu tanggapan dibuat mengenainya.

Antara ciri-ciri yang wajar dimiliki oleh seseorang atlet termasuklah :a) Mempunyai disiplin diri yang tinggi.b) Sentiasa mengamalkan permainan yang bersihc) Mempunyai rekod yang baik sepanjang penglibatan dalam sukan.d) Mempunyai semangat kesukanan yang tinggie) Menunjukkan komitmen yang tinggi kepada pasukan.f) Bijak mengawal emosi semasa di gelanggang.

Disiplin diriDisiplin diri yang tinggi adalah perlu bagi seseorang atlet sama ada semasa di dalamatau luar gelanggang. Disiplin diri yang tinggi dapat membantu seseorang atlet untukberada di puncak kecemerlangan.

Atlet yang berdisiplin tahu peranan dan tanggungjawabnya, mematuhi arahan ketua danjurulatih, mengikuti jadual latihan yang ditetapkan dengan baik dan menghormati rakansepasukan yang lain. Atlet yang berdisiplin juga berupaya mengawal emosi untukmengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku semasa permainan.

Kegagalan mengawal emosi semasa bermain akan membawa padah kepada pemain itusendiri dan pasukannya. Pemain mungkin dikenakan tindakan tatatertib dan pasukannyamungkin disenarai hitamkan.

Semasa di luar gelanggang, seorang atlet yang berdisiplin akan sentiasa menjaga namabaiknya dan sukan yang diceburinya. Atlet ini tidak akan mendedahkan dirinya kepadaunsur-unsur negatif yang boleh mencemarkan namanya seperti terlibat dengan aktivititidak bermoral. 15Disiplin dalam sukanSeseorang atlet mestilah memahami undang-undang, strategi, taktik dan kemahirandalam sesuatu permainan. Etika dan peraturan permainan perlu difahami dengan jelas.Sebagai contoh, bermain dengan semangat kesukanan dan memakai pakaian yangsesuai mengikut jenis permainan.

Kerjasama penting dalam sesuatu permainan. Semangat kerjasama di kalangan atletsepanjang permainan akan meningkatkan prestasi pasukan dan prestasi atlet itu sendiri.Kesetiaan kepada pasukan adalah perlu untuk memastikan kerjasama yang erat dikalangan atlet. Tindakan negatif seperti memberi atau menerima rasuah dalam pasukanyang pernah berlaku sebelum ini berpunca daripada sikap tidak setia kepada pasukandan sikap sesetengah individu yang tidak jujur dan amanah.

Komitmen yang tinggi dapat memberi kenikmatan keseronokan dan kepuasan kepadaseseorang atlet. Atlet tidak mudah berasa kecewa apabila berhadapan dengankekalahan.

Semangat kesukanan yang tinggi juga akan menghindarkan perkara-perkara negatifketika bersukan seperti pergaduhan dengan pemain lawan dan ketidaksefahamanantara rakan sepasukan.

Kesungguhan dan semangat juang yang tinggi adalah salah satu faktor kejayaanseseorang atlet. Seseorang atlet yang ingin maju mestilah sentiasa ingin meningkatkanprestasinya dan bersedia menerima kritikan daripada masyrakat dengan hati terbuka.

Everything has its beauty but not everyone sees it ConfuciusYouth prefer to be stimulated instead of being instructedSuccess is not so much achievement as achieving. Refuse to join the cautiouscrowd that plays not to lose; play to win

Dasar Sukan Negara menggariskan tiga konsep, iaitu :a) Sukan untuk semuab) Sukan Massac) Sukan untuk kecemerlangan

Sukan untuk semua Menggalakkan penyertaan secara menyeluruh dalam aktiviti sukan. Sukan ini diperkenalkan dengan hasrat untuk menjana semangat perpaduan dikalangan masyarakat Malaysia.

Sukan Massa Sukan yang melibatkan penyertaan beramai-ramai dalam satu acara sukanseperti jogathon dan senamrobik Peserta dapat menunjukkan semangat kesukanan dan membawa imejperpaduan dalam suasana yang meriah.

Sukan untuk kecemerlangan Memberi tumpuan kepada pembangunan sukan dari pringkat akar umbihinggalah ke tahap kecemerlangan. Majlis Sukan Negara (MSN) diberi tanggungjawab untuk melaksanakan programprogram pembangunan sukan ke arah mencapai kecemerlangan sukan diperingkat kebangsaan dan antarabangsa.

Selain mempertingkatkan prestasi atlet Negara, kualiti pengetahuan dankemahiran jurulatih, pegawai teknikal dan pegawai pentadbir sukan jugadititikberatkan.

Dengan wujudnya Dasar Sukan Negara, prestasi sukan di Malaysia telah dapatdipertingkatkan tahun demi tahun. Malaysia telah berjaya melahirkan jaguh-jaguhsukan yang bertaraf dunia dalam beberapa sukan berprestij.

Rasional Dasar Sukan Negara Rasional dasar ini boleh dikaji dari aspek sumbangan sukan kepada individu,masyarakat dan Negara.a) Peringkat individu Pembentukan sahsiah, kesedaran dalam diri individu dan membangkitkansemangat pertandingan. Meningkatkan tahap kesihatan dan kecergasan fizikal Memanfaatkan masa senggang Mengurangkan tekanan hidup Interaksi sosial yang bermakna Perkembangan kemahiran-kemahiran asas 21b) Peringkat masyarakat Menggalakkan pembinaan kualiti fizikal dan moral masyarakat sesuaidengan aspirasi nasional. Mewujudkan suasana yang kondusif untuk pemupukan perhubungankomuniti yang lebih baik dalam pelbagai kumpulan etnik dalam negara. Meningkatkan tahap kesihatan komuniti dan produktiviti. Mencegah jenayah remaja dengan memanfaatkan masa lapang.c) Peringkat antarabangsa Mencapai kecemerlangan di peringkat tertinggi Meningkatkan maruah bangsa dan negara di persada sukanantarabangsa Memupuk persahabatan.

Objektif Dasar Sukan Negara Membentk masyarakat yang sihat, berdisiplin dan bersatu padu melaluipenyertaan yang meluas dan peluang yang lebih baik dalam sukan di semuaperingkat masyarakat. Menyediakan peluang-peluang dan kemudahan-kemudahan bagi memenuhikeperluan asasi sosial, psikologi dan fisiologi individu melalui sukan. Membangun dan meningkatkan pengetahuan dan amalan sukan bagikepentingan kebajikan sosial individu dan kenikmatan masa senggang dikalangan orang awam. Mencapai kecemerlangan dengan semangat kesukanan yang tulen dipertandingan peringkat kebangsaan dan antarabangsa dengan harapan muhibahdan imej negara dapat dipertingkatkan.