kompetensi an cemas guru mata pelajaran vokasional(seminar1)

Upload: yisaayesa

Post on 16-Jul-2015

308 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

KOMPETENSI PERTOLONGAN CEMAS GURU MATA PELAJARAN VOKASIONAL (MPV)

HAISA BINTI OSMAN 1 Sekolah Menengah Kebangsaan Elopura Peti Surat 1091, 90712 Sandakan, Sabah. & MOHD NOOR BIN HASHIM 2 Fakulti Pendidikan Teknik Dan Vokasional Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Ps 101, 86400 Parit Raja, Batu Pahat, Johor. eMel: [email protected] & 2 [email protected]

ABSTRAK Kertas konsep ini menghuraikan senario keperluan kompetensi Pertolongan Cemas (First Aid) dalam kalangan guru-guru Mata Pelajaran Vokasional (MPV) di Malaysia. Penguasaan kompetensi Pertolongan Cemas amat penting dimiliki oleh guru-guru MPV agar mampu bertindak pantas dan betul ketika memberikan bantuan sementara kepada mangsa, terutamanya semasa berdepan insiden cemas sewaktu mengajar MPV di bengkel sekolah. Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pendidikan Malaysia bilangan 1/1974 menyarankan, semua guru hendaklah berkebolehan memberikan pertolongan cemas dan mempunyai pengetahuan yang mantap berhubung dengan prosedur dan peraturan keperluan pertolongan cemas. Dalam konteks ini, kertas konsep ini meneroka konsep teori, latar belakang keperluan, isu semasa, dan contoh situasi pengajaran MPV yang berpotensi hazard atau kecederaan di sekolah-sekolah Malaysia. Konsep kertas ini dapat membantu pihak-pihak berkepentingan seperti perancang kurikulum, pembangunan fasiliti, pendidik guru dan panitia MPV dalam mencari penyelesaian konkrit isu kesamaran kompetensi Pertolongan Cemas dalam kalangan Guru-guru MPV di Malaysia. Istilah Utama: hazard, insiden kecemasan, pertolongan sementara, kompetensi guru, meminimumkan risiko.

Pengenalan Kajian oleh Baser M. (2007) mendapati kebanyakan guru tidak tidak memiliki pengetahuan dan aplikasi berkenaan pertolongan cemas. Sebagai contoh, 65.1% daripada guru memberikan jawapan yang salah berkenaan kecederaan epistaxis, 63.5% sengatan lebah, dan 88.5% lecet. Dapatan juga mendedahkan usia guru meningkat kecekapan pertolongan cemas semakin kurang. Kecederaan adalah punca utama kematian kanak-kanak dan golongan usia persekolahan di dunia (Thien, M. M, 2005). Hal ini selaras dengan kenyataan bahawa setiap kecederaan dan kemalangan, pertolongan cemas adalah perlu kerana pertolongan cemas dapat membantu mengurangkan morbiditi dan mortaliti (Singer AJ et al., 2005). Kelewatan rawatan awal dan kekurangan pengetahaun berkenaan rawatan awal kecederaan boleh mengakibatkan kematian (Rekha SS, 2008). Maka, risiko kematian pada usia persekolah khususnya dapat dikurangkan mererusi pertologan cemas. Salah satu tempat di dalam kawasan sekolah yang mendedahkan murid dan guru kepada risiko kecederaan dan kemalangan adalah bengkel (Y.Boon & Shamsul, 2010). Terdapat pelbagai kemalangan yang berisiko berlaku di dalam bengkel MPV.(Asnul & Ismail, 2010). Guidelines for School First Aid Prosedures (2004) yang dikeluarkan oleh School Health Program Department, San Fransisco menyenaraikan jenis-jenis kecederaan di sekolah yang perlu tindakan pertolongan cemas dengan segera. Jenis-jenis kecederaan yang disenaraikan adalah :i. ii. iii. iv. v. vi. vii.

viii.ix. x.

Lecet, calar dan belahan Alergik Asthma Pendarahan Tidak dapat/sukar bernafas Terbakar Tercekik CPR Kecederaan gigi Murid dengan Diabetes yang menunjukkan simptom berpeluh, menggeletar, kesukaran bernafas, pening, kadar nadi yang pantas, pucat, dan kejang

Kecederaan telinga Kecederaan mata xiii. Pengsan xiv. Retak, terseliuh, dan ketegangan otot. xv. Patah xvi. Kecederaan kepala xvii. Serangan jantung xviii. Objek terbenam xix. Kecederaan leher dan belakang xx. Keracunan xxi. Tikaman xxii. Sawan xxiii. Kejutan xxiv. Terkena selumbar xxv. Tidak sedarkan dirixi. xii.

Berdasarkan buku penerangan dan panduan penawaran Mata Pelajaran Vokasional yang dikeluarkan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum pada 2003, salah satu objektif utama MPV ditawarkan di sekolah menengah harian akademik adalah untuk membekalkan kemahiran vokasional terutamanya kepada pelajar yang cenderung dalam ketukangan tangan. MPV juga mendedahkan para pelajar kepada alam pekerjaan yang sebenar sebenar (Kandar,

S. & et. al, 2003). Oleh itu, risiko dalam MPV hampir menyamai risiko di tempat kerja. Berikut adalah risiko kemalangan dan kecederaan di tempat kerja yang memerlukan pertolongan cemas (Health and Safety Executive, 2009). Jadual 1.1 : The Nature of the Work, the Hazards and the Risks (New First Aid at Work Guidelines, 2009)Risiko Kerja menggunakan tangan Licin dan perjalanan bahaya Mesin Tempat kerja dengan ketinggian Pengangkutan tempat kerja Elektrik Bahan kimia Kecederaan yang Memerlukan Pertolongan Cemas Retak, koyakkan, terseliuh dan kekejangan otot. Retak, terseliuh, ketegangan, dan koyakkan. Kecederaan, terpotong, retak, koyakkan, dan kecederaan mata. Kecederaan kepala, tidak sedarkan diri, kecederaan spinal, retak, terseliuh, dan ketegangan. Retak, terseliuh, ketegangan, dan kecederaan spinal. Kejutan elektrik dan terbakar. Keracunan, pengsan, terbakar, dan kecederaan mata.

Namun begitu, berdasarkan First Aid Code of Practice (2004) yang dikeluarkan oleh Workplace Health and Safety Queensland menegaskan bahawa jenis pertolongan cemas haruslah berdasarkan keperluan sesuatu tempat kerja. Buku panduan tersebut menyenaraikan langkah bagi mengenalpasti jenis pertolongan cemas yang sesuai bagi sesebuah tempat kerja, sebagai: Langkah 1 : Kenalpasti hazard yang berkemungkinan boleh menyebabkan kecederaan dan penyakit. Langkah 2 : Perincikan risiko dan jenis kecederaan ketika bekerja yang mendorong berlakunya penyakit. Langkah 3: Tentukan peralatan pertolongan cemas, fasiliti, dan servis termasuk pegawai terlatih dalam pertolongan cemas.

Latarbelakang Mata Pelajaran Vokasional (MPV) Konsep awal bagi MPV adalah Teknologi Perindustrian (TP), kemudian diberikan timangan sebagai Kemahiran Asas Industri (KAI) dan akhirnya didaftarkan sebagai Mata pelajaran Vokasional (MPV) (Kandar, S. & et al, 2003). Mata pelajaran Vokasional (MPV) mula ditawarkan kepada murid tingkatan 4 dan 5 pada tahun 2002 yang menuntut di sekolah menengah akademik harian. Sebelum ini murid perlu beralih ke sekolah menengah teknik atau vokasional selepas Penilaian Menengah Rendah (PMR) untuk mempelajari mata pelajaran MPV. Sesuai dengan objektifnya membekalkan kemahiran vokasional kepada pelajar yang cenderung dalam ketukangan tangan, kemudahan bengkel adalah menjadi syarat utama pemilihan sekolah menengah akademik harian yang menawarkan MPV (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2003). Pertolongan Cemas Dalam Kurikulum MPV Dalam huraian sukatan pelajaran beberapa MPV yang dibentuk sejak 2002 dan digunakan sehingga kini, kemahiran pertolongan cemas dimasukkan sebagai salah satu bidang dalam pelajaran. Jadual 1.2 : Beberapa MPV yang mengandungi Pertolongan Cemas (Pusat Pembangunan Kurikulum, 2002,2003,2004 dan 2005) Bidang/Unit Hasil Pembelajaran Pembelajaran Menservis Peralatan Elektrik Domestik 1.1 Pengenalan Memberi pertolongan cemas bila diperlukan Kepentingan Amalan Keselamatan Menservis Motosikal 1.2 Keselamatan Melakukan rawatan Am asas pertolongan cemas bagi kecederaan luka Rawatan kecil, melecur, sesak Kecemasan nafas, dan kejutan elektrik. Cadangan Aktiviti Pembelajaran Murid mengkaji dan membincangkan peraturan-peraturan bengkel

Penerangan rawatan pertolongan cemas dan rawatan kecederaan ringan. Murid mesti boleh melakukan rawatan pertolongan cemas bila berlaku kecemasan. Guru boleh menggunakan tayangan video atau slaid atau carta pertolongan cemas bagi memberikan kesedaran kepada murid.

Asuhan dan Penjagaan Awal Kanak-kanak 1.5 Keselamatan Mengenalpasti jenis Tunjuk cara melabel dan menyimpan ubat dalam peti ubat.

Pertolongan Cemas

pertolongan cemas dan kegunaannya. Murid melabelkan tempat penyimpanan ubat dan racun. Menyenaraikan peralatan dan bahan Murid menyimpan peralatan dan bahan di dalam peti pertolongan tempat yang selamat. cemas dan kegunaannya. Perbincangan tentang jenis kemalangan yang sering berlaku, cara mengelakkan Menyatakan jenis dan cara merawat. kemalangan yang sering Contoh : terjatuh, terhantuk, terkena berlaku. benda panas, tercekik dan terkena gigitan. Memberi rawatan awal Tunjuk cara untuk luka, benjol dan - membersih dan membalut luka terseliuh. - mengikat dan menggunakan anduh - menyediakan rekod raw atan. Tayangan video dan ceramah daripada Persatuan Bulan Merah dan St. John Ambulan tentang pertolongan cemas.

Hiasan Dalaman Asas 1. Pengurusan Melakukan rawatan Bengkel asas pertolongan cemas bagi keceraan luka Rawatan kecil, melcur, sesak Kecemasan nafas, pitam, terseliuh, dan kejutan elektrik.

Penerangan raw atan pertolongan cemas dan rawatan kecederaan ringan. Guru boleh menggunakan tayangan video atau slaid atau carta pertolongan cemas bagi memberikan kesedaran kepada murid. Murid melakukan raw atan asas pertolongan cemas apabila berlaku kemalangan.

Penjagaan Muka dan Dandanan Rambut 1.Pengurusan Menyenaraikan peralatan dan bahan Pertolongan dalam peti pertolongan Cemas cemas dan Kegunaannya.

Guru menerangkan kegunaan peralatan dan bahan dalam peti pertolongan cemas.

Tunjuk cara rawatan asas pertolongan cemas untuk meraw at kecederaan ringan bawah bimbingan jurulatih Persatuan Melakukan raw atan Bulan Sabit Merah (PBSM) seperti asas pertolongan cemas melecur, untuk kecederaan melepuh dan pitam. ringan. Murid melakukan raw atan kecederaan ringan dalam pertolongan cemas.

Jadual 1.2 (sambungan) Pembinaan Domestik 1.Pengurusan Melakukan rawatan Tunjuk cara rawatan pertolongan cemas Tempat Kerja asas pertolongan cemas. dan merawat kecederaan ringan. Rawatan Kecemasan Guru boleh menggunakan tayangan video, slaid atau carta pertolongan cemas serta keselamatan bagi memberikan kesedaran kepada murid. Membuat Perabot 1.Pengurusan Melakukan rawatan Menunjuk cara rawatan pertolongan Tempat Kerja asas pertolongan cemas. cemas dan merawat kecederaan ringan. Rawatan Kecemasan Pendawaian Domestik 1.3 Amalan Menyatakan kesesuaian Keselamatan lokasi kotak kecemasan di dalam bengkel Pertolongan elektrik. Cemas Mengenal pasti rawatan asas pertolongan cemas bagi kecederaan luka kecil, melecur dan renjatan elektrik. Melakukan raw atan pemulihan pernafasan Cardio Pulmonary Resuscitation (CPR). Sebagai guru yang mengajar MPV di atas, adalah perlu guru menguasai pertolongan cemas dan sepatutnya sudah menguasai pertolongan cemas. Guru MPV Berdasarkan Penerangan dan Panduan Penawaran Mata Pelajaran Vokasional di Sekolah Menengah Akademik Harian yang dikeluarkan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum tahun 2003 menghuraikan tenaga pengajar bagi MPV pada peringkat permulaan pelaksanaan MPV adalah terdiri daripada guru-guru mata pelajaran berkaitan seperti Kemahiran Hidup, Teknologi Kejuruteraan, Lukisan Kejuruteraan, Pendidikan Seni, Ekonomi Rumahtangga dan Pertanian. Manakala untuk jangka masa panjang, tenaga pengajar bagi MPV adalah bakalGuru boleh menggunakan tayangan video, slaid atau carta pertolongan cemas serta keselamatan bagi memberikan kesedaran kepada murid. Kotak kecemasan mesti diletakkan di tempat yang mudah dilihat dan dicapai. Murid menerangkan prosedur yang betul membantu mangsa renjatan elektrik. Tunjuk cara CPR dari PBSM atau pertubuhan bertauliah.

bakal guru yang dikeluarkan oleh Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Universiti Teknologi Malaysia, Universiti Putra Malaysia, dan Universiti Teknikal Kebangsaan Malaysia. Malangnya berdasarkan kajian literatur, belum ada insitut pengajian tinggi yang mengeluarkan guru MPV mensyaratkan kemahiran pertolongan cemas sebagai kemahiran yang wajib dikuasai sebelum tamat pengajian. 46% atau 92 orang guru daripada bilangan 200 orang guru yang mengajar MPV adalah bukan guru siswazah pada awal pelaksanaan MPV iaitu pada tahun 2002 (Kandar et.al, 2009). Adalah dikhuatiri golongan ini tidak mendapat latihan pertolongan cemas sehingga kini. Risiko Kemalangan Dalam MPV Beberapa kajian lepas banyak membuktikan penglibatan murid MPV dalam bengkel mendedahkan mereka kepada risiko kecederaan. AW Mukhari dan ST Yeow (2010) dalam kajian mereka berkenaan kefahaman dan keprihatinan guru-guru Kemahiran Hidup di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Daerah Kulai, Johor menyatakan bahawa peralatan di dalam bengkel boleh mengakibatkan kecederaan pelajar. Menurut B Yusof dan K Shamsul (2010) pelajar sering dilaporkan mendapat kemalangan dalam bengkel apabila mengendalikan alatan dan bahan. Selain itu, AB Hashim dan S. N. Hafsah (2010) pula menyatakan makmalmakmal atau bengkel-bengkel adalah tempat yang berisiko tinggi untuk berlakunya kemalangan yang boleh menyebabkan kecederaan sama ada kepada diri sendiri atau orang lain. Beberapa kejadian dilaporkan berlaku dalam bengkel sekolah berlaku ke atas murid dan guru. Antaranya kemalangan di Sekolah Menengah Teknik Kuala Kangsar. Kemalangan yang berlaku di dalam bengkel automotif mengakibatkan seorang murid cedera terkena air panas pada bahagian muka (Buku Rekod Kemalangan, 1999). Selain itu berlaku juga kemalangan murid terhumban ke dalam longkang dan murid terpaksa dipotong hujung jari telunjuk kerana terhempap sebatang besi selain guru terkena renjatan elektrik ketika membaiki kipas (MD Asnul & P Ismail, 2010). Punca Kemalangan Berdasarkan Teori Piramid kemalangan Heinrich yang dibina pada 1931 telah digunakan hampir 70 tahun. Teori Heinrich menyatakan kelalaian boleh mengakibatkan kecederaan minor dan kecederaan major. Teori Heinrich juga menerima bahawa setiap 300 kemalangan tanpa kecederaan ada 29 kecederaan minor dan setiap 29 kecederaan minor ada 1 kes kecederaan major.

Rajah 1.1 : Piramid Kemalangan Heinrich,1931 (Jurnal Senjata Nuklear Isu 1, 2007)

Seterusnya, Teori Keselamatan Domino yang direka oleh H.W Heinrich dan Alfred Lateiner adalah lanjutan daripada piramid kemalangan Heinrich, 1931. Teori ini menerangkan bagaimana kecederaan industri berlaku dan langkah untuk mencegah (Forest Operations Review, 2002). Teori ini mengemukakan lima proses berlakunya kecederaan.

Persekitaran dan Terwarisi

Kecuaian Individu (Kesilapan)

Tingkah Laku Tidak Selamat

KESILAPAN MANUSIA

Rajah 1.2 : Teori Domino Heinrich (Heinrich,1929) Teori yang dikemukan oleh Heinrich (1929) ini banyak menyalahkan manusia sebagai punca utama berlaku kemalangan. Tiga peringkat awal punca kemalangan adalah atas faktor manusia. Sekiranya salah satu domino dialihkan, kemalangan tidak akan berlaku (Heinrich, 1929). Swiss Cheese Model yang menyokong teori Kesilapan Manusia sebagai punca kemalangan telah dibina oleh Reason (1997). Teori ini adalah antara yang berpengaruh dari teori-teori punca kemalangan dalam bidang keselamatan pekerjaan (Mark Tyler, 2007). Dalam model Swiss Cheese, pekerja diwakili oleh kepingan keju yang berlubang. Setiap pekerja membawa banyak kebolehan dan sumbangan tetapi terdapat lubang pada kebolehan dan sumbangan. Lubang-lubang tersebut menjadi laluan kesilapan yang mengakibatkan kemalangan, kecederaan, atau kematian (J Reason, 2008).

Rajah 1.3 : Teori Kesilapan Manusia (Reason J, 1990).

Berdasarkan teori kemalangan Heinrich dapat disimpulkan bahawa dalam bengkel MPV tidak terkecuali daripada risiko berlaku kecederaaan minor dan major. Maka, guru MPV tidak dapat lari daripada keperluan penguasaan pertolongan cemas. Keperluan Pertolongan Cemas Dalam MPV Dalam proses pertolongan cemas, terdapat beberapa peringkat yang harus dikuasai dengan baik oleh pemberi pertolongan cemas. Sekiranya berlaku kemalangan di dalam bengkel ketika sesi pengajaran dan pembelajaran, individu yang dipertanggungjawab untuk memberikan pertolongan cemas adalah guru yang mengendalikan sesi pengajaran dan pembelajaran ketika kemalangan berlaku (Pekeliling ikhtisas pendidikan bil1/1974).Mula

KEMALANGAN Mangsa/saksi kemalangan laporkan kepada Penolong CemasPenolong Cemas beri bantuan awal kecemasan dengan menggunakan prinsip DRABC. Parah

Cedera? Ringan

Telefon ambulan dan Bomba sekiranya diperlukan.

Mangsa kemalangan dihantar ke klinik atau hospital untuk menerima rawatan lanjut.

Penolong Cemas beri bantuan kepada pegawai perubatan/pasukan Bomba.

Tamat

Rajah 1.4 : Carta Alir Proses Pertolongan Cemas (Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan, CIAST, 2006) Sesi amali dan teori bagi setiap murid dalam kumpulan 20 hingga 25 orang adalah diperuntukkan 12 waktu seminggu untuk mata pelajaran MPV (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2003).

Tahun Bilangan sekolah Tg.4 Tg.5 Jum 2002 105 105 2003 208 105 208 2004 345 208 345 2005 497 345 497

Bilangan kelas dan murid Tg.4 Tg.5 203 4,400 367 8,575 203 4,400 531 12,67 367 8,575 5 683 16,47 531 11,675 5

Jumlah 203 4,400 570 12,975 898 21,250 1,21 4 29,150

Jadual 1.3 : Unjuran Sekolah, Kelas dan Murid bagi MPV (2002-2005) ( Kandar et.al, 2009) Berdasarkan unjuran di atas, bilangan murid adalah berpatutan dengan saranan 25 orang murid maksimum bagi satu kelas. Bilangan ini juga sudah menepati keperluan seorang pemberi pertolongan cemas bagi setiap 20 orang murid berdasarkan Panduan Umum Bilangan Keperluan Pemberi Bantuan Kecemasan (Jabatan Kesihatan dan Kesihatan Pekerja, 1996). Bilangan pekerja a. Tempat kerja dengan risiko kecil Kurang 20 (contoh: pejabat) 21-150 Lebih 150 b. Tempat kerja dengan risiko besar Kurang 20 (contoh : pembinaan, perkapalan, 20 dan lebih dan tumbuhan kimia) c. Pekerja lebih 400 pekerja Lebih 400 d. Lojing Butiran Bilangan Pemberi Pertolongan Cemas 1 2 2 bagi setiap 150 pekerja 1 1 bagi setiap 20 pekerja 2 bagi setiap 150 pekerja 1 bagi setiap tree felling gang

Jadual 1.4 : Panduan Umum Bilangan Keperluan Pemberi Bantuan Kecemasan (Jabatan Kesihatan dan Kesihatan Pekerja, 1996) Keperluan Guru MPV Memberikan Pertolongan Cemas Commission for Occupational Safety anf Health, Australia Barat dalam First Aid Facilities and Services,(2002) menyatakan bahawa pemberi pertolongan cemas adalah orang pertama yang berada di tempat kejadian berlaku. Guru MPV sudah pasti akan sentiasa berada dalam setiap sesi pengajaran dan pembelajaran. Keadaan ini akan menjadikan guru MPV sebagai orang pertama sekiranya berlaku sebarang kemalangan ketika sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Berdasarkan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 8/2009 pihak Kementerian Pelajaran Malaysia menunjukkan penekanan dan perhatian terhadap sebarang insiden kemalangan di sekolah dengan pernyataan dalam pekeliling tersebut, Kementerian Pelajaran Malaysia amat memandang serius terhadap beberapa kejadian kemalangan atau insiden yang melibatkan murid-murid terutama kemalangan yang mengakibatkan kematian. Pihak Kementerian Pelajaran juga sudah lama mengharapkan kebolehan guru bertindak pantas dalam memberikan pertolongan cemas. Hal ini dinyatakan menerusi

Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pendidikan Malaysia bilangan 1/1974, semua guru hendaklah berkebolehan memberikan pertolongan cemas dan mempunyai pengetahuan yang mantap berhubung dengan prosedur dan peraturan keperluan pertolongan cemas. Selaras dengan saranan kerajaan agar guru mampu bertindak pantas semasa berlaku kemalangan dan penekanan serius terhadap kemalangan murid di sekolah, Workplace Safety and Prevention Services, Ontario (2011) pula menyatakan bahawa kajian menunjukkan individu yang terlatih dalam kemahiran pertolongan cemas adalah kurang mengalami kemalangan serius sama ada ketika bekerja atau tidak berbanding mereka yang tidak terlatih dalam pertolongan cemas. Perkara ini turut dinyatakan dalam A Health and Safety Guideline for your Workplace oleh Industrial Accident Prevention Association (2007). Maka, kemahiran pertolongan cemas sebenarnya diperlukan bukan sahaja sebagai langkah meringankan beban kecederaan tetapi juga sebagai langkah pencegahan kemalangan. Menyedari keperluan kompetensi guru dalam aspek kesihatan dan keselamatan para murid, 16 buah negeri di Amerika Syarikat mensyaratkan guru peringkat awal persekolahan menunjukkan demonstrasi kompetensi atau pengetahuan dalam pengurusan kesihatan dan sebahagian negeri mewajibkan kursus kesihatan kepada para guru pertengahan (Marx, 2002). Ketika ini di negara ini program dan kursus Pertolongan Cemas dipelopori oleh National Institute Of Savety and Health (NIOSH), Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) dan St. John Ambulance. Guru terutamanya MPV perlu diberikan kursus pertolongan cemas bagi memantapkan lagi kompetensi mereka dalam memberikan rawatan awal kepada para pelajar sekiranya ditimpa kecederaan. Kemahiran yang perlu ada dalam latihan pertolongan cemas berdasarkan Occupational Safety and Health Administration, United States of America (2004) adalah kaedah mengajar, persediaan tindak balas terhadap kecemasan, menilai kejadian dan mangsa, bertindak balas terhadap kecemasan mengancam nyawa, dan bertindak balas terhadap kecemasan tidak mengancam nyawa. Isu dan Cabaran 1. Berdasarakan kajian literatur, ketika ini kajian berkenaan pertolongan cemas dalam kalangan guru MPV masih kurang dijalankan. Kajian lepas oleh S Hashim dan MZ Yusuf (2010) berkenaan tahap penguasaan pertolongan cemas di kalangan pelajarpelajar Pendidikan Kemahiran Hidup (S.P.A.C.E) Universiti Teknologi Malaysia mendapati tahap pengetahuan bakal-bakal guru MPV tersebut berada pada tahap sederhana. 2. Program latihan pra-perkhidmatan dan latihan dalam perkhidmatan guru MPV yang dilengkapi kemahiran pertolongan cemas harus dititikberatkan. Kandungan dalam pengajian bakal guru harus ditambah dengan kursus atau latihan pertolongan cemas yang membolehkan bakal guru ditauliah sebagai pemberi pertolongan cemas. 3. Sijil pentauliahan sebagai pemberi pertolongan cemas harus diperbaharui selang dua tahun agar kemahiran pemberi pertolongan cemas dapat dikekalkan dan dimantapkan. Maka guru-guru MPV harus diberikan kursus dan latihan pemberi pertolongan cemas secara berkala. 4. Seharusnya risiko-risiko di dalam bengkel sudah cukup menyedarkan pihak Kementerian Pelajaran Malaysia bahawa Negara memerlukan guru yang mahir dalam

pertolongan cemas, tidak wajar menunggu sehingga kemalangan dan kecederaan berlaku barulah usaha diambil. Kesimpulan Kemalangan adalah tidak dirancang dan selalunya tidak dapat dikawal. Dalam bengkel MPV setiap kemalangan haruslah disusuli dengan tidakan pantas guru yang mengadakan kelas dalam bengkel ketika kemalangan berlaku. Malang sekiranya guru gagal bertindak pantas bagi memberi rawatan awal kepada murid yang ditimpa kemalangan. Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Pelajaran Malaysia yang melatih bakal guru harus mengambil tindakan terhadap isu dan cabaran berkenaan penguasaan pertolongan cemas dalam kalangan guru MPV. Guru MPV ketika ini juga harus mengambil inisiatif sendiri dengan menyertai kursus dan latihan pentaulihan sebagai pemberi pertolongan cemas yang dianjurkan oleh badan-badan bukan kerajaan seperti Bulan Sabit Merah Malaysia dan St. John Ambulance.

Senarai Rujukan Abdul Rahman Isa, Rusli Nordin & Abdul Manaf Hamid (1998). Pertolongan Cemas, Prinsip dan Amalan. Subang Jaya : Aura Productions Sdn. Bhd. Asnul D. Minghat & Ismail Pandin (2010). Amalan Keselamantan Di Bengkel Membuat Perabot Dalam Mata Pelajaran Vokasional (MPV) di Kalangan Pelajar Tingkatan 4 di Sekolah-Sekolah Menengah Negeri Johor : Satu Tinjauan. Best Practices Guide : Fundamentals of a Workplace First- Aid Program (2006). U.S.A : U.S Department of Labor. CIAST (2005). Prosedur Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan. Identifikasi Hazard, Penilaian dan Pengawalan Risiko. CIAST Greenfield M. A.(1998). Normal Accident Theory. Dicapai pada Mac 29, 2011 dari 1 di http://www.hq.nasa.gov/office/codeq/accident/accident.pdf Guideline for School First Aid Procedures (2004). San Francisco : School Health Programs Department. Guidelines On First Aid Facilities In The Workplace (1996). Department of Occopational Safety and Health, Ministry of Human Resources Malaysia. Heinrich H.W (1959). Industrial Accident Prevention, Third Edition. New York : McGrawHill Book Company. Heinrich, H. W. (1959). Industrial Accident Prevention, Third Edition. New York: McGrawHill Book Company Higgins, E. T. (1987). Self-Discrepancy: A Theory Relating Self and Affect. Psychological Review, Vol. 94, No. 3, 319-340 Industrial Accident Prevention Association (2007). A Health and Safety Guideline for Your Workplace First Aid at Work. Dicapai pada Januari 9, 2011, dari 1 di http://www.iapa.ca/pdf/firstai.pdf Kandar Selamat, Yahya buntat & M. Rashid Rajuddin (2009). Matapelajaran Vokasional (MPV) di Sekolah Menengah Harian : Penyediaan Guru MPV, Isu dan Cabaran. KBSM Huraian Sukatan Pelajaran Asuhan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak Tingkatan 4 dan 5 (2004). Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia. KBSM Huraian Sukatan Pelajaran Grafik Berkomputer Tingkatan 4 dan 5 (2003). Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia. KBSM Huraian Sukatan Pelajaran Hiasan Dalaman Asas Tingkatan 4 dan 5 (2004). Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia. KBSM Huraian Sukatan Pelajaran Katering dan Penyajian Tingkatan 4 dan 5 (2002). Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia.

KBSM Huraian Sukatan Pelajaran Landskap dan Nurseri Tingkatan 4 dan 5 (2002). Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia. KBSM Huraian Sukatan Pelajaran Membuat Perabot Tingkatan 4 dan 5 (2002). Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia. KBSM Huraian Sukatan Pelajaran Menservis Automobil Tingkatan 4 dan 5 (2004). Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia. KBSM Huraian Sukatan Pelajaran Menservis Motosikal Tingkatan 4 dan 5 (2005). Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia. KBSM Huraian Sukatan Pelajaran Menservis Peralatan Elektrik Domestik Tingkatan 4 dan 5 (2002). Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia. KBSM Huraian Sukatan Pelajaran Pembinaan Domestik Tingkatan 4 dan 5 (2002). Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia. KBSM Huraian Sukatan Pelajaran Pendawaian Domestik Tingkatan 4 dan 5 (2004). Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia. KBSM Huraian Sukatan Pelajaran Penjagaan Muka dan Dandanan Rambut Tingkatan 4 dan 5 (2004). Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia. KBSM Huraian Sukatan Pelajaran Produksi Multimedia Tingkatan 4 dan 5 (2003). Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia. KBSM Huraian Sukatan Pelajaran Rekaan dan Jahitan Pakaian Tingkatan 4 dan 5 (2002). Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia. KBSM Huraian Sukatan Pelajaran Seni Reka Tanda Tingkatan 4 dan 5 (2002). Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia. KBSM Huraian Sukatan Pelajaran Tanaman Makan Tingkatan 4 dan 5 (2002). Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia. Kementerian Pendidikan Malaysia (1974). Surat Pekeliling Ikhtisas bil. 1/1974 Keselamatan Dalam Makmal; Kp. 8600/Jilid 11/(24) Kementerian Pendidikan Malaysia (1991). Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 4/1991. Pelaporan Kejadian Tidak Diingini di Sekolah. KP(BS)8591/Jld.V/(96) Khairul Azhar M. Zulpakar (2008). Amalan Keselamatan Bengkel Di Kalangan PelajarPelajar Tingkatan 3 Aliran Kemahiran Hidup Semasa Melakukan Kerja-Kerja Amali di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Universiti, Johor. Tesis Sarjana Muda, Universiti Teknologi Malaysia. Laurance Jackson School (2009). First Aid Policy. Dicapai pada Mac 29, 2011, di http://www.redcarcleveland.gov.uk/laurencejackson.nsf/76042FC375802A668025741 D0050E051/$File/First%20Aid%20Policy.pdf

Long, G. (2009). Disaster Theory. Dicapai pada Mac 29, 2011, di training.fema.gov/EMIWeb/edu/.../Long%20%20Disaster%20Theory.doc Meredith (2006). Need To Know? First Aid. London : Book Creation Ltd Occupational Safety & Health Service (2001). Guidance Notes on Providing First Aid Equipment, Facilities, and Training. Occupational Safety & Health Service of the Department of Labour. S. Sonavane (2008). Knowledge Attitude and Practice of First Aid Among Women In A Rural Area. Bangalore : Tesis MD in Community Medicine. Shahrin Hashim & Mohd Zakiri Yusuf (2010). Tahap Penguasaan Pertolongan Cemas Di Kalangan Pelajar-Pelajar Pendidikan Kemahiran Hidup (S.P.A.C.E) Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Stranks J. W. (2007). Human Factor and Behavioral Safety. Burlington : Elsevier Ltd. Workplace Health and Safety Queensland (2004). First Aid of Practice 2004. Dicapai pada Mac 29, 2011, di http://www.deir.qld.gov.au/workplace/resources/pdfs/firstaid_code2004.pdf Yurumez Y, Yavuz Y, Saglam H, Koken R, & Tunay K (2007). Evaluation of the Level of Knowledge of First Aid And Basic Life Support of the educators Working in Preschool. Turkey : Afyon Kocatepe University of Medical School.