komen dan cadangan

6
BAB 8 KOMEN DAN CADANGAN 8.1 Pengenalan Komen dan cadangan merupakan kebebasan yang diberikan kepada setiap pelajar untuk mengeluarkan sebarang cadangan, pendapat dan komen tentang apa-apa masaalah dan lain-lain perkara yang berkaitan semasa menjalani latihan industri. Ini kerana setiap cadangan dan saranan yang dikemukakan akan diambil perhatian dan diatasi untuk membaiki program latihan pada masa akan datang. Setiap perkara yang dicadangkan dan disarankan merupakan input yang baik untuk tindakan pihak yang terbabit. Setiap komen dan cadangan yang diberikan adalah bertujuan untuk memberikan idea yang baru untuk membentuk kemajuan bersama, ia sama sekali bukan untuk bertujuan untuk mengaibkan mana-mana pihak yang terlibat sepanjang menjalani latihan industri.

Upload: cik-ena

Post on 01-Jun-2015

2.966 views

Category:

Engineering


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: KOMEN DAN CADANGAN

BAB 8

KOMEN DAN CADANGAN

8.1 Pengenalan

Komen dan cadangan merupakan kebebasan yang diberikan kepada

setiap pelajar untuk mengeluarkan sebarang cadangan, pendapat dan

komen tentang apa-apa masaalah dan lain-lain perkara yang berkaitan

semasa menjalani latihan industri. Ini kerana setiap cadangan dan saranan

yang dikemukakan akan diambil perhatian dan diatasi untuk membaiki

program latihan pada masa akan datang. Setiap perkara yang dicadangkan

dan disarankan merupakan input yang baik untuk tindakan pihak yang

terbabit. Setiap komen dan cadangan yang diberikan adalah bertujuan untuk

memberikan idea yang baru untuk membentuk kemajuan bersama, ia sama

sekali bukan untuk bertujuan untuk mengaibkan mana-mana pihak yang

terlibat sepanjang menjalani latihan industri.

Page 2: KOMEN DAN CADANGAN

8.2 Komen dan Cadangan

Secara keseluruhan, sepanjang saya menjalani latihan industri di

Mokhnar & Associates, saya dapati ia memuaskan dan semua kakitangan

yang terlibat memberikan kerjasama yang terbaik kepada saya.

Di sini saya berbesar hati dengan pihak Politeknik Sultan Azlan Shah

(PSAS) kerana telah membantu pelajar dengan menyediakan buku garis

panduan yang telah menyentuh secara terperinci mengenai penulisan

Laporan Industri yang lengkap. Di sini saya ingin memberikan cadangan dan

komen kepada pihak Syarikat dan pihak Politeknik

Kepada Pihak Politeknik:-

i. Memberikan pendedahan yang luas dengan menyertakan Skop

Latihan Industri setiap jurusan secara terperinci semasa menghantar

borang permohonan Latihan Industri, untuk perhatian pihak syarikat

samada swasta mahupun kerajaan. Ini membolehkan pihak terbabit

memahami serta mengetahui bahawa pelajar tersebut sesuai atau

tidak menjalani latihan di tempat mereka.

ii. Ada sesetengah syarikat mengambil pelajar untuk menjalani Latihan

Industri yang tidak sesuai dengan jurusan yang diambil. Oleh itu,

saya memberi cadangan agar pihak Politeknik Sultan Azlan Shah,

memberi kelonggaran untuk pelajar memilih tempat Latihan Industri

mereka sendiri. Sekiranya tempat itu tidak sesuai, mereka boleh

menukar tempat yang lain dengan mengikut syarat yang ditentukan.

Page 3: KOMEN DAN CADANGAN

Hal ini kerana, terdapat beberapa kes yang melibatkan

ketidaksesuaian tempat menjalani latihan.

iii. Saya juga mencadangkan agar pihak Politeknik Sultan Azlan

Shah(PSAS) menitik beratkan lawatan dari pihak penyelaras ke

tempat-tempat pelajar menjalani Latihan Industri seperti yang telah

dijanjikan di dalam buku dan taklimat yang diberi. Jika perlu tetapkan

masa, tarikh, dan waktu untuk membuat lawatan ke tempat latihan

pelajar. Ini kerana bukan sahaja pelajar yang tertunggu-tunggu tetapi

penyelaras serta kakitangan di syarikat tersebut juga ternanti-nanti

kunjungan pihak pensyarah Politeknik.

iv. Saya juga memberi cadangan supaya pihak PSAS dapat memberi

kelonggaran dan masa yang agak panjang untuk pelajar

menyediakan dan meneliti Laporan Latihan Industri. Kerjasama yang

dihulurkan oleh pensyarah-pensyarah juga di perlukan dalam

menghasilkan laporan yang baik dan berkualiti.

Page 4: KOMEN DAN CADANGAN

Kepada Pihak Syarikat :-

I. Pihak MOKHNAR & ASSOCIATES perlulah merancang dan mengkaji

tempat yang sesuai dengan tahap pelatih sebelum menempatkan

mereka di mana-mana jabatan. Pihak syarikat perlulah

memperkenalkan sayrikat dan aktiviti yang dijalankan kepada orang

awam ini kerana masih ramai orang di luar kawasan ini tidak tahu

mengenali aktiviti yang dilakukan oleh syarikat.

II. Pihak Mokhnar & Associates hendaklah menjalankan promosi di

semua Institusi pengajian tinggi untuk memperkenalkan syarikat dan

membuka peluang lebih ramai kepada pelatih untuk menjalani latihan

industri di syarikat ini.

III. Menyediakan perancangan tugas yang lebih teratur untuk pelajar

yang akan menjalani latihan industri di syarikat ini

IV. Menunjukan kesungguhan dan kerjasama yang baik kepada pelajar

dengan jelas supaya pelajar dapat menyelesaikan tugasan yang

diberikan dengan cemerlang.