faktor-faktor yang mempengaruhi pembelajaran … · terima kasih juga diucapkan kepada ahli-ahli...

24

Upload: phamkien

Post on 27-Mar-2019

216 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMBELAJARAN … · Terima kasih juga diucapkan kepada ahli-ahli panel penilai yang memberi komen dan cadangan yang amat membina dalam menyempurnakan
Page 2: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMBELAJARAN … · Terima kasih juga diucapkan kepada ahli-ahli panel penilai yang memberi komen dan cadangan yang amat membina dalam menyempurnakan
Page 3: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMBELAJARAN … · Terima kasih juga diucapkan kepada ahli-ahli panel penilai yang memberi komen dan cadangan yang amat membina dalam menyempurnakan

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMBELAJARAN FIZIK DI

KALANGAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT DI TELUK INTAN, PERAK

NG SOOK YEE

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Fizik)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

March, 2004

Page 4: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMBELAJARAN … · Terima kasih juga diucapkan kepada ahli-ahli panel penilai yang memberi komen dan cadangan yang amat membina dalam menyempurnakan
Page 5: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMBELAJARAN … · Terima kasih juga diucapkan kepada ahli-ahli panel penilai yang memberi komen dan cadangan yang amat membina dalam menyempurnakan

iii

PENGHARGAAN

Penulis ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada penyelia projek sarjana

muda iaitu En. Lokman bin Mohd Tahir atas segala bimbingan, perbincangan, tunjuk

ajar dan panduan yang diberikan sehingga saya menyiapkan kajian ini.

Penghargaan juga dirakamkan kepada para pengetua, guru dan pelajar dari

sekolah-sekolah di Teluk Intan, Perak kerana telah memberikan kerjasama secara

langsung dan secara tidak langsung dalam menjayakan kajian ini.

Terima kasih juga diucapkan kepada ahli-ahli panel penilai yang memberi

komen dan cadangan yang amat membina dalam menyempurnakan penulisan ini.

Segala sumbangan akan tetap saya sanjungi dan hargai sehingga akhir hayat.

Page 6: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMBELAJARAN … · Terima kasih juga diucapkan kepada ahli-ahli panel penilai yang memberi komen dan cadangan yang amat membina dalam menyempurnakan

iv

ABSTRAK

Kajian berbentuk deskriptif yang mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi

pembelajaran Fizik pelajar tingkatan empat dijalankan di Teluk Intan, Perak. Kajian

ini bertujuan untuk mengenalpasti minat pelajar terhadap pembelajaran Fizik,

kefahaman terhadap konsep Fizik yang dipelajari oleh pelajar, strategi pengajaran guru

berdasarkan penilaian pelajar dan faktor galakan ibu bapa yang mempengaruhi minat

pembelajaran Fizik pelajar. Sampel kajian terdiri daripada pelajar-pelajar tingkatan

empat di enam buah sekolah menengah kebangsaan seramai 234 orang. Dalam kajian

rintis, nilai alpha yang diperoleh adalah 0.8738. Soal selidik yang mengandungi 38

item pernyataan berkaitan dengan objektif kajian digunakan sebagai instrumen kajian.

Analisis data dibuat dengan menggunakan perisian SPSS 11.5 for Windows (Statistical

Package For Social Science) untuk mendapatkan frekuensi, peratusan dan min. Hasil

kajian menunjukkan faktor minat amat mempengaruhi pembelajaran Fizik pelajar

kerana minnya adalah tertinggi iaitu 3.9756 yang juga berada pada tahap tinggi,

manakala faktor kefahaman konsep Fizik oleh pelajar (min = 3.0440), strategi

pengajaran guru (min = 3.3355) dan galakan ibu bapa (min = 3.0406) pada tahap

sederhana didapati kurang mempengaruhi pelajar dalam pembelajaran Fiziknya. Oleh

itu, semua pihak khasnya guru-guru dan ibu bapa perlu bekerjasama agar dapat

membantu pembelajaran pelajar dalam memahami dan menguasai Fizik.

Page 7: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMBELAJARAN … · Terima kasih juga diucapkan kepada ahli-ahli panel penilai yang memberi komen dan cadangan yang amat membina dalam menyempurnakan

v

ABSTRACT

A descriptive study of the factors that influence the learning of Physics among

the form four students in Teluk Intan, Perak secondary schools was carried out. A few

objectives were build in order to identify factors that influence the learning of Physics.

Contributing factors related to such as students’ interest in Physics, students’

understanding concept of Physics, teachers’ teaching strategies and encouragement

from parents to learn Physics. The sample consists of 234 form four students from six

secondary schools. Reliability of the research instrument had alpha values of 0.8738.

Questionnaire was used as being the instrument and was distributed to respondents to

obtain research data. Data was also gathered and analyzed by using SPSS version

11.5 for Windows (Statistical Package For Social Science) and be presented in forms

of mean, percentage and frequencies. The findings of the study signify that the

students’ interest in Physics is the most influential in learning of Physics based on the

highest mean value i.e. 3.9756. Apart from that, the mean value of the students’

understanding concept of Physics, teachers’ teaching strategies and encouragement

from parents are 3.0440, 3.3355 and 3.0406 also has an effect on students’ Physics

learning. Thus, it is hoped that this study would provides some insights information

for the authorities especially teachers and parents to cooperate in order to give more

helping hands for the students to understand and master the Physics.

Page 8: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMBELAJARAN … · Terima kasih juga diucapkan kepada ahli-ahli panel penilai yang memberi komen dan cadangan yang amat membina dalam menyempurnakan

vi

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

JUDUL i

PENGAKUAN ii

PENGHARGAAN iii

ABSTRAK iv

ABSTRACT v

KANDUNGAN vi

SENARAI JADUAL x

SENARAI RAJAH xii

SENARAI SINGKATAN xiii

SENARAI LAMPIRAN xiv

BAB I PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Pernyataan Masalah 7

1.4 Objektif Kajian 7

1.5 Persoalan Kajian 8

1.6 Kepentingan Kajian 8

Page 9: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMBELAJARAN … · Terima kasih juga diucapkan kepada ahli-ahli panel penilai yang memberi komen dan cadangan yang amat membina dalam menyempurnakan

vii

1.7 Batasan Kajian 9

1.8 Definisi Istilah 10

1.9 Penutup 12

BAB II SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 14

2.2 Minat 15

2.3 Kefahaman Konsep Fizik 19

2.4 Strategi Pengajaran Guru 24

2.5 Faktor Galakan Ibu Bapa 27

2.6 Penutup 30

BAB III METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 31

3.2 Reka Bentuk Kajian 32

3.3 Lokasi Kajian 32

3.4 Populasi dan Sampel Kajian 33

3.5 Instrumen Kajian 34

3.6 Kajian Rintis 39

3.7 Prosedur Kajian 40

3.8 Analisis Data 41

3.9 Penutup 44

Page 10: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMBELAJARAN … · Terima kasih juga diucapkan kepada ahli-ahli panel penilai yang memberi komen dan cadangan yang amat membina dalam menyempurnakan

viii

BAB IV ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 45

4.2 Analisis Frekuensi Dan Gred Fizik Pelajar 46

4.3 Analisis Data Bahagian B 48

4.2.1 Mengenalpasti Minat Pelajar

Terhadap Pembelajaran Fizik 49

4.2.2 Mengenalpasti Kefahaman Konsep

Fizik Yang Dipelajari Oleh Pelajar 52

4.2.3 Mengenalpasti Strategi Pengajaran

Guru Fizik Berdasarkan Penilaian

Pelajar 56

4.2.4 Mengenalpasti Faktor Galakan Ibu

Bapa Yang Mempengaruhi Minat

Pembelajaran Fizik Pelajar 60

4.3 Analisis Keseluruhan Dan Kesimpulan 63

BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 65

5.2 Perbincangan

5.2.1 Bahagian A 66

5.2.2 Bahagian B 67

5.2.2.1 Mengenalpasti Minat

Pelajar Terhadap

Pembelajaran Fizik 67

5.2.2.2 Mengenalpasti Kefahaman

Konsep Fizik Yang

Dipelajari Oleh Pelajar 68

Page 11: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMBELAJARAN … · Terima kasih juga diucapkan kepada ahli-ahli panel penilai yang memberi komen dan cadangan yang amat membina dalam menyempurnakan

ix

5.2.2.3 Mengenalpasti Strategi

Pengajaran Guru Fizik

Berdasarkan Penilaian

Pelajar 69

5.2.2.4 Mengenalpasti Faktor

Galakan Ibu Bapa Yang

Mempengaruhi Minat

Pembelajaran Fizik Pelajar 70

5.3 Rumusan 72

5.4 Cadangan 73

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 75

5.6 Penutup 76

RUJUKAN 78

LAMPIRAN A – E 86

Page 12: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMBELAJARAN … · Terima kasih juga diucapkan kepada ahli-ahli panel penilai yang memberi komen dan cadangan yang amat membina dalam menyempurnakan

x

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

3.1 Bilangan sampel kajian mengikut sekolah 34

3.2 Pembahagian soalan mengikut empat objektif yang

mempengaruhi pelajar dalam pembelajaran Fizik 36

3.3 Penggredan markah peperiksaan dalaman sekolah

menengah kebangsaan A 36

3.4 Penggredan markah peperiksaan dalaman sekolah

menengah kebangsaan B 37

3.5 Penggredan markah peperiksaan dalaman sekolah

menengah kebangsaan C 37

3.6 Penggredan markah peperiksaan dalaman sekolah

menengah kebangsaan D 38

3.7 Penggredan markah peperiksaan dalaman sekolah

menengah kebangsaan E 38

3.8 Penggredan markah peperiksaan dalaman sekolah

menengah kebangsaan F 39

3.9 Markat skala 3 mata 42

3.10 Perubahan markat dan skala 42

3.11 Penggabungan skala Likert 5 skor kepada 3 skor 43

4.1 Taburan frekuensi dan peratus responden mengikut

sekolah berdasarkan mata pelajaran Fizik 46

Page 13: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMBELAJARAN … · Terima kasih juga diucapkan kepada ahli-ahli panel penilai yang memberi komen dan cadangan yang amat membina dalam menyempurnakan

xi

4.2 Taburan frekuensi dan peratus responden mengikut gred

berdasarkan mata pelajaran Fizik 47

4.3 Taburan frekuensi, peratusan dan min bagi faktor minat 49

4.4 Taburan frekuensi, peratusan dan min bagi faktor kefahaman

konsep Fizik 52

4.5 Taburan frekuensi, peratusan dan min bagi faktor strategi

pengajaran guru 56

4.6 Taburan frekuensi, peratusan dan min bagi faktor galakan

ibu bapa 60

4.7 Taburan purata keseluruhan bagi empat objektif kajian

mengikut min 63

Page 14: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMBELAJARAN … · Terima kasih juga diucapkan kepada ahli-ahli panel penilai yang memberi komen dan cadangan yang amat membina dalam menyempurnakan

xii

SENARAI RAJAH

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

2.1 Semantic web 23

Page 15: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMBELAJARAN … · Terima kasih juga diucapkan kepada ahli-ahli panel penilai yang memberi komen dan cadangan yang amat membina dalam menyempurnakan

xiii

SENARAI SINGKATAN

BPPP - Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan

KBSM - Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

KPM - Kementerian Pendidikan Malaysia

PSN - Pusat Sains Negara

PT - Principle of Technology

SIRIM - Standard Industrial Research Institute of Malaysia

SPM - Sijil Pelajaran Malaysia

Page 16: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMBELAJARAN … · Terima kasih juga diucapkan kepada ahli-ahli panel penilai yang memberi komen dan cadangan yang amat membina dalam menyempurnakan

xiv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Borang soal selidik 86

B Surat kebenaran daripada Fakulti Pendidikan, Universiti

Teknologi Malaysia 92

C Surat kebenaran daripada Bahagian Perancangan dan

Penyelidikan Dasar Pendidikan Kementerian Pendidikan

Malaysia 93

D Surat kebenaran daripada Jabatan Pendidikan Negeri Perak 95

E Jadual penentuan jumlah sampel Krejcie dan Morgan 96

Page 17: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMBELAJARAN … · Terima kasih juga diucapkan kepada ahli-ahli panel penilai yang memberi komen dan cadangan yang amat membina dalam menyempurnakan

BAB I

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Kurikulum sains terdiri daripada dua mata pelajaran teras dan empat mata

pelajaran elektif. Mata pelajaran teras adalah Sains untuk sekolah rendah dan Sains

untuk sekolah menengah. Mata pelajaran elektif cuma ditawarkan di sekolah

menengah atas. Mata pelajaran-mata pelajaran ini adalah Biologi, Fizik, Kimia dan

Sains Tambahan. Mata pelajaran Fizik merupakan satu program yang dilaksanakan

dalam tempoh dua tahun untuk murid tingkatan empat dan lima. Kandungan sukatan

pelajaran Fizik KBSM merangkumi daya, sifat jirim, haba, cahaya, gelombang,

elektrik dan keelektromagnetan, keradioaktifan dan elektronik.

Kurikulum Fizik bertujuan untuk melahirkan murid yang mempunyai

pengetahuan dan kemahiran dalam bidang Fizik dan mampu mengaplikasikan

pengetahuan dan kemahiran ini berlandaskan sikap saintifik dan nilai murni untuk

membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dalam kehidupan seharian. Justeru,

murid mempunyai landasan Fizik untuk melanjutkan pelajaran di samping

mengamalkan budaya sains dan teknologi ke arah pembentukan masyarakat bersifat

Page 18: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMBELAJARAN … · Terima kasih juga diucapkan kepada ahli-ahli panel penilai yang memberi komen dan cadangan yang amat membina dalam menyempurnakan

2

ikram, dinamik, progresif, bertanggungjawab terhadap alam sekeliling dan mengagumi

penciptaan alam (Sukatan Pelajaran Fizik Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

(KBSM), 2000).

Bidang Fizik, elektronik dan elektrikal merupakan asas kepada perkembangan

dunia sains dan teknologi masa kini, inovasi dan usaha penambahbaikan

membolehkan penemuan dalam bidang tersebut ditransformasikan untuk kegunaan

dan aplikasi seharian manusia seperti radio, televisyen dan telefon. Sumbangan dan

pencapaian tokoh seperti Isaac Newton dan Albert Einstein dalam bidang Fizik

merupakan subjek teras sains membuktikan pentingnya penguasaan dalam subjek

sains asas iaitu Fizik, Biologi dan Kimia. Penguasaan serta kefahaman para pelajar

dalam bidang sains teras amat dititikberatkan oleh kerajaan dalam menyediakan

sumber tenaga manusia dengan kemahiran sains dan teknologi yang mencukupi

sebagai aset utama dalam membantu negara menuju ke arah kecemerlangan.

Malaysia merupakan pengeksport terbesar dan pembuat ketiga terbesar peranti

semikonduktor di dunia pada masa ini. Namun demikian, penglibatan Malaysia dalam

aktiviti-aktiviti pengujian dan pemasangan sahaja. Ini kerana Malaysia kekurangan

tenaga profesional dalam bidang-bidang seperti reka bentuk, analisis dan pembuatan

litar-litar bersepadu serta pengendalian sistem fabrikasi wafer yang berkaitan dan juga

dalam bidang kejuruteraan elektronik dan komputer. Bagi menampung keperluan

tersebut, institusi pengajian tinggi awam dan swasta menawarkan kursus-kursus dalam

bidang pengajian Fizik dan kejuruteraan (Estidotmy, 2003).

Graduan dalam bidang tersebut akan bekerja di mana-mana syarikat dan fasiliti

elektronik termasuk fasiliti fabrikasi wafer dan litar bersepadu. Para graduan kursus

ini secara amnya boleh mendapat pekerjaan sebagai jurutera di industri-industri

antaranya seperti firma-firma pembuatan dan pemasangan kenderaan, pembuatan

peralatan rumah seperti mesin basuh, televisyen, radio dan periuk elektrik, pembuatan

barangan elektronik seperti kamera dan mesin pendua, pembuatan robot dan sistem

Page 19: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMBELAJARAN … · Terima kasih juga diucapkan kepada ahli-ahli panel penilai yang memberi komen dan cadangan yang amat membina dalam menyempurnakan

3

automasi, teknologi tinggi, perunding, kejuruteraan dan pembangunan produk, badan-

badan penyelidikan dan pembangunan seperti institusi pengajian tinggi dan SIRIM.

Kerjaya sebagai jurutera bukan sahaja menawarkan ganjaran lumayan, malahan

berpeluang mendapat status Jurutera Profesional (Professional Engineer).

1.2 Latar Belakang Masalah

Perkataan Fizik membawa makna satu jurusan pengetahuan atau ilmu yang

tidak mempunyai kaitan langsung dengan unsur-unsur kejiwaan atau afektif manusia.

Ilmu ini dikatakan tidak mengambil tentang nilai-nilai jiwa, emosi, perasaan dan

pelbagai sentimen lain sebagaimana dengan ilmu-ilmu kemanusiaan lain seperti

psikologi, sejarah, bahasa dan sebagainya. Justeru itu, Fizik tidak mendapat tempat di

kalangan masyarakat ramai.

Terdapat tiga sebab mengapa Fizik jauh daripada masyarakat biasa. Dengan

kata lain, faktor-faktor ini juga adalah punca Fizik dikatakan tidak mempunyai unsur-

unsur kejiwaan iaitu:

i. Fizik melihat sesuatu perkara atau fenomena itu daripada sudut yang berbeza

dengan pandangan masyarakat kebanyakan.

ii. Ilmu Fizik adalah bersifat kuantitatif dan memerlukan pengetahuan matematik

untuk memahaminya.

iii. Konsep-konsep asas Fizik dikatakan bersifat abstrak.

Setiap disiplin ilmu mempunyai pandangan masing-masing terhadap sesuatu

perkara. Ini adalah teras untuk menerangkan faktor yang pertama. Bagi ahli Fizik,

mereka melihat sesuatu itu dari sudut pandangan yang berlainan. Hal ini tidak berbeza

Page 20: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMBELAJARAN … · Terima kasih juga diucapkan kepada ahli-ahli panel penilai yang memberi komen dan cadangan yang amat membina dalam menyempurnakan

4

dengan disiplin yang lain. Namun begitu, dimensi pandangan orang Fizik kelihatan

tidak normal pada pandangan masyarakat yang tidak mendalami Fizik. Mereka boleh

menerima para pelukis dengan lukisan abstraknya atas nama seni, ahli kimia dengan

campuran bahan-bahan kimianya atau para akauntan dengan kira-kiranya tetapi tidak

bagi ahli Fizik dengan segala elektron, quark, kuantum, termodinamik dan sebagainya.

Lebih buruk lagi, apabila Fizik hanya dikaitkan dengan ledakan bom atom yang

pernah memusnahkan peradaban manusia.

Ramai pelajar yang takut kepada matematik walaupun dalam bentuk yang

paling ringkas. Kelemahan dalam menguasai matematik adalah sebahagian daripada

faktor yang menyebabkan kita sukar untuk memahami fenomena sekeliling melalui

Fizik. Sebagai contoh, ramai yang keliru di antara berat dan jisim. Kekeliruan yang

merupakan satu kesalahan ini diterima umum sebagai betul. Dengan menggunakan

matematik yang mudah, seseorang pelajar tentu dapat menerangkan peranan graviti

dalam memberikan perbezaan di antara berat dan jisim. Di sinilah, letaknya kesukaran

kepada para pengajar Fizik berbanding dengan bidang sastera atau kemanusiaan lain.

Pengajar dalam bidang sastera boleh berbicara tentang emosi dan jiwa dengan

pelajarnya secara terus kerana mereka menggunakan bahasa yang sama. Keadaan ini

tidak seperti dalam bidang Fizik. Pengajar tersebut perlu mengajar bahasa Fizik iaitu

matematik terlebih dahulu. Hanya setelah bahasa ini dikuasai barulah kita dapat

menikmati jagat maya ini daripada pandangan Fizik (Syed Yusainee, 1997b).

Sains dianggap adalah sukar untuk dipelajari kerana sains adalah asing dalam

budaya masyarakat kita sedangkan faktor sosial dan budaya ada pengaruhnya ke atas

kebolehan kita untuk berfikiran sains dan teknologi. Walau bagaimanapun, kita tidak

boleh meletakkan sepenuhnya kesalahan kepada masyarakat kerana ia juga berkait

rapat dengan sejarah Malaysia iaitu zaman penjajahan dan kurikulum yang diwarisi

daripada penjajah mempengaruhi tanggapan kita terhadap sains dan teknologi yang

lebih banyak membawa keburukan daripada kebaikan seperti pengeboman,

peperangan bersenjata dan sebagainya (Halimah, 1995).

Page 21: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMBELAJARAN … · Terima kasih juga diucapkan kepada ahli-ahli panel penilai yang memberi komen dan cadangan yang amat membina dalam menyempurnakan

5

Kajian yang dilakukan oleh Wan Zah (2000) mendapati subjeknya tidak

berusaha bersungguh-sungguh untuk berfikir dan memahami apa sebenarnya

dibincangkan dalam sesuatu tajuk pelajaran. Malahan, mereka menolak pelajaran

yang memerlukan daya pemikiran yang tinggi. Misalnya, kebanyakan subjek tidak

menggemari mata pelajaran Fizik kerana konsep-konsepnya didapati amat abstrak dan

sukar untuk difahami walaupun pada hakikatnya, kewujudan konsep itu amat jelas

dilihat. Sebaliknya, pelajaran Matematik dan Biologi dikira mudah kerana hanya

memerlukan pengiraan dan hafalan sahaja. Subjek juga didapati keberatan untuk

berhempas pulas berfikir dan menjangkau jauh ke dalam ilmu yang dipelajari.

Keinginan untuk mencuba berfikir secara imaginatif juga amat tipis. Pemikiran

mereka didapati terbatas setakat apa yang dilihat dengan mata kasarnya sahaja. Ini

disebabkan mereka tidak memberi tumpuan, tidak berminat, tidak berupaya dan

sebagainya.

Sesetengah guru Fizik tidak mesra dan sukar didampingi oleh pelajar. Justeru

itu, pelajar lebih rela mendiamkan diri dengan masalah dan miskonsepsi Fizik

daripada bertanya kepada guru. Terdapat guru yang tidak mengendahkan pertanyaan

pelajar dan ini akan menyebabkan pelajar hilang kesungguhan untuk mempelajari

Fizik (Akatugba dan Wallace, 1999).

Corak pendidikan sains yang wujud hari ini seolah-olah menganggap pelajar

sebagai “kotak kosong” yang perlu segera dipenuhkan dengan sebanyak mungkin

teori, hukum dan formula yang merangkumi pelbagai cabang sains. Sukatan yang

perlu diikuti amat banyak berdasarkan anggapan mereka perlu bersedia untuk bersaing

dengan perkembangan teknologi yang semakin pesat. Para pelajar diajar tentang

terlalu banyak perkara tetapi di penghujung jalan sebahagian besar mereka sebenarnya

tidak mempelajari apa-apa melainkan beranggapan bahawa bidang sains dikatakan

sebagai sukar dan amat berat untuk diikuti serta sering membosankan mereka (Syed

Yusainee, 1996).

Page 22: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMBELAJARAN … · Terima kasih juga diucapkan kepada ahli-ahli panel penilai yang memberi komen dan cadangan yang amat membina dalam menyempurnakan

6

Terdapat juga pelajar yang menganggap bahawa pelajaran sains iaitu Fizik,

Kimia, Biologi dan Matematik hanya dipelajari bagi tujuan menjadi ahli sains atau

sebarang kerjaya yang bersifat teknikal. Anggapan ini hanya akan membataskan

minat pelajar terhadap bidang sains. Pelajar seharusnya diberi kesedaran bahawa

pelajaran sains berupaya meningkatkan kemampuan kognitif, imaginasi, keprihatinan

terhadap persekitaran dan sebagainya. Seandainya pelajar telah mempunyai persepsi

yang positif terhadap sains maka tidak akan timbul masalah untuk menguruskan

pengetahuan saintifik yang dimiliki oleh mereka. Pelajar dengan mudah boleh

menggunakannya dan memindahkan pengetahuan sains mereka dalam usaha

menyelesaikan masalah teknikal dengan pantas (Syed Yusainee, 1997a).

Dalam tempoh seminggu lebih kurang 130 jam pelajar berada di rumah

berbanding dengan 38 jam mengikuti kegiatan di sekolah. Tempoh pelajar berada di

rumah ialah 77.3 peratus daripada 168 jam: satu tempoh yang lebih tiga kali daripada

pelajar hadir di sekolah. Ibu bapa perlu mengambil perhatian tentang tempoh masa

pelajar berada di rumah adalah lebih baik jika tempoh itu digunakan oleh pelajar

secermat-cermatnya untuk kegiatan pembelajaran (Kamarudin, 1989).

Berdasarkan kajian-kajian yang lalu, adalah jelas menunjukkan kebanyakan

pelajar tidak mempunyai asas yang kukuh dan minat dalam Fizik di samping strategi

pengajaran guru Fizik yang kurang sesuai. Oleh sebab itu, kebanyakan pelajar

bersikap negatif terhadap Fizik.

Page 23: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMBELAJARAN … · Terima kasih juga diucapkan kepada ahli-ahli panel penilai yang memberi komen dan cadangan yang amat membina dalam menyempurnakan

7

1.3 Pernyataan Masalah

Ketidakfahaman konsep Fizik akan membatas minat pelajar untuk mempelajari

Fizik. Selain itu, strategi pengajaran guru Fizik yang membosankan serta pengabaian

galakan daripada ibu bapa juga mempengaruhi pembelajaran Fizik pelajar. Justeru itu,

pengkaji mengambil langkah proaktif untuk mengkaji faktor-faktor yang

mempengaruhi pembelajaran Fizik pelajar. Dalam kajian ini, pengkaji ingin mengkaji

faktor-faktor yang mempengaruhi proses pembelajaran Fizik dari segi minat dan

kefahaman konsep Fizik oleh pelajar, strategi pengajaran guru Fizik dan faktor

galakan ibu bapa yang mempengaruhi minat pembelajaran Fizik pelajar.

1.4 Objektif Kajian

Kajian yang dijalankan ini mempunyai empat objektif yang hendak dicapai

seperti berikut:

i. Mengenalpasti minat pelajar terhadap pembelajaran Fizik.

ii. Mengenalpasti kefahaman terhadap konsep Fizik yang dipelajari oleh pelajar.

iii. Mengenalpasti strategi pengajaran guru Fizik berdasarkan penilaian pelajar.

iv. Mengenalpasti faktor galakan ibu bapa yang mempengaruhi minat

pembelajaran Fizik pelajar.

Page 24: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMBELAJARAN … · Terima kasih juga diucapkan kepada ahli-ahli panel penilai yang memberi komen dan cadangan yang amat membina dalam menyempurnakan

8

1.5 Persoalan Kajian

Kajian ini dijalankan supaya pengkaji dapat menghuraikan beberapa persoalan

yang timbul. Antara persoalan yang ingin dikemukakan dalam kajian ini ialah:

i. Adakah faktor minat mempengaruhi pelajar dalam pembelajaran Fizik?

ii. Adakah faktor kefahaman konsep Fizik mempengaruhi pelajar dalam

pembelajaran Fizik?

iii. Adakah strategi pengajaran guru Fizik mempengaruhi pembelajaran Fizik

pelajar?

iv. Adakah faktor galakan ibu bapa mempengaruhi minat pembelajaran Fizik

pelajar?