kom

6
ETIKA PENGUMPULAN DATA • Etika boleh ditakrifkan sebagai tanggungjawab akibat tingkahlaku seseorang atau profesional terhadap pelanggannya atau kerjayanya.

Upload: yugashan

Post on 08-Nov-2015

230 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

tutorial

TRANSCRIPT

Slide 1

ETIKA PENGUMPULAN DATAEtika boleh ditakrifkan sebagai tanggungjawab akibat tingkahlaku seseorang atau profesional terhadap pelanggannya atau kerjayanya.Di antara tindakan yang perlu diambil mengikut etika penyelidikan ialah

-melibatkan peserta dengan mendapat persetujuan daripada mereka - tidak memaksa orang membantu - memberitahu secara terbuka tujuan kajian dan semua maklumat yang berkaitan - berjujur dan bertanggungjawab - menghormati dan melindungi privasi peserta - melayan semua peserta dengan adil - menghormati hak hak peserta termasuk sika kepercayaan , dan pandangan mereka. - memastikan jaminan anonimiti dan konfidentialiti peserta ISU ETIKA MENTADBIR SOALAN SOALAN SELIDIK

-perlu memperoleh persetujuannya menjadi responden soal selidik -mengenalpasti populasi dan jenis pensampelan berdasarkan objektif kajian -menyediakan topik /konsep/isu dan data diperlukan untuk objektif kajian berdasarkan tinjauan literatur yang berkaitan. - menentukan jenis item soalan soalan selidik iaitu soalan tertumpu atau soalan bercapah soalan subjektif atau objektif atau berstruktur atau dikotomi..

ISU ETIKA TEMU BUAL

Sebelum sesi temu bual dimulakan pastikan responden telah memberi persetujuan secara lisan atau bertulis , termasuk rakaman pita atau video.Pastikan tujuan dan bagaimana data digunakan dalam kajian telah diberitahu kepada responden terlebih dahulu termasuk manfaat yang akan di dapati dalam kajian.Pastikan jaminan kerahsiaan anonimiti dan tidak membongkar identiti responden yang mana kepentingan responden perlu dilindungi.Pastikan data yang akan dilaporkan tidak melanggar hak respinden yang perlu dilindungi.ISU ETIKA PEMERHATIAN Di dalam pemerhatian tersembunyi di mana ianya tidak diketahui oleh subjek yang diperhati , maka stail pemerhatian ini telah melanggar prinsip persetujuan daripada subjek , dan telah mencerobohi privasinya serta menjadi ancamannya sebagai objek kajian di samping meletak penyelidik menyembunyi diri untuk mengkaji budaya social komuniti homoseksual.Isu etika pemerhatian yang timbul di antara perlindungan individu dengan perlindungan awam ialah siapa yang mendapat manfaat daripada pemerhatian tersembunyi , iaitu apakah tujuan kajian sebenarnya dan perlindungan kepentingan diberikan kepada sesiapa yang terlibat dalam kajian.