kom dlm pnddkn mate zamri(teks asal)

76
1 FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA PENULISAN AKADEMIK 1 (GGGB 6012) TAJUK : KOMUNIKASI DALAM PEMBELAJARAN MATEMATIK Untuk perhatian: PM DR. ZAMRI MAHAMOD Disediakan Oleh: Nor Hasnida Che Md Ghazali ( P47443 )

Upload: habibah-abdullah

Post on 24-May-2015

195 views

Category:

Technology


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kom dlm pnddkn mate zamri(teks asal)

1

FAKULTI PENDIDIKAN

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

PENULISAN AKADEMIK 1

(GGGB 6012)

TAJUK :

KOMUNIKASI DALAM

PEMBELAJARAN MATEMATIK

Untuk perhatian:

PM DR. ZAMRI MAHAMOD

Disediakan Oleh:

Nor Hasnida Che Md Ghazali ( P47443 )

[email protected]

Page 2: Kom dlm pnddkn mate zamri(teks asal)

2

KOMUNIKASI DALAM PEMBELAJARAN MATEMATIK

Nor Hasnida Che Md Ghazali ( P47443 )

ABSTRAK : Kertas konsep ini bertujuan untuk membincangkan isu-isu berkaitan

komunikasi dalam pembelajaran matematik di kalangan pelajar sekolah. Definisi

komunikasi juga dijelaskan dalam kertas konsep ini diikuti dengan fungsi, jenis, kategori,

unsur serta kepentingan komunikasi. Seterusnya diikuti dengan penerangan tentang

komunikasi dalam matematik dan juga komunikasi melibatkan bahasa matematik.

Beberapa cadangan telah dibincangkan untuk meningkatkan komunikasi dalam

pembelajaran matematik seperti susunatur kelas dan penyusunan tempat duduk,

penglibatan aktiviti semasa belajar, mempelbagai strategi, kaedah dan teknik pengajaran

atau menggunakan surat penpal matematik. Adalah diharapkan kertas konsep ini dapat

dijadikan panduan kepada semua pihak terutama guru-guru novis yang ketandusan idea

untuk memastikan pembelajaran matematik menjadi lebih berkesan.

PENGENALAN

Matematik ialah satu alat untuk mengembangkan cara berfikir seseorang. Oleh kerana itulah

matematik sangat diperlukan baik untuk kehidupan sehari-hari mahupun menghadapi kemajuan

teknologi terkini sehingga matematik dilihat perlu diajarkan kepada semua golongan manusia sejak

dari kecil lagi (Hudoyo, 2005).

Page 3: Kom dlm pnddkn mate zamri(teks asal)

3

Pada pandangan pelajar secara umum, mata pelajaran matematik merupakan salah satu

mata pelajaran yang sangat susah difahami. Indikator yang kita dapat ialah bilamana pencapaian

matematik sangat kurang memuaskan. Hasil kajian antarabangsa yang dinamakan Trends in

International Mathematics and Science Study (TIMSS 2007) yang dijalankan oleh Sekolah

Pendidikan Lynch, Boston College, Chestnut Hill, Massachusetts, Amerika Syarikat telah diikuti

oleh Malaysia. Menurut hasil kajian, skor purata pencapaian pelajar Malaysia dalam matematik

merosot dengan ketara. Skor matematik merosot kepada 471 mata pada 2007 daripada 510 pada

2003 dan 492 bagi kohort 1999. Ini mencatatkan penurunan 40 mata antara 2007 dan 2003.

Kemerosotan skor purata pencapaian pelajar Malaysia sebanyak 40 mata bagi matematik adalah

besar, mengikut laporan itu dan terbesar sekali di kalangan 59 negara itu. Bagi kategori Highbench

Mark (skor 550), peratus dalam kategori ini merosot kepada 18 peratus pada 2007 daripada 30

peratus pada 2003. Dalam Intermediate Benchmark (skor 475) pula merosot daripada 71 peratus

dalam 2003 kepada 50 peratus bagi 2007. Penurunan Malaysia adalah paling ketara berbanding

negara lain.

Menurut Austin dan Howson (1979), perkembangan bahasa dan perbendaharaan kata

matematik merupakan faktor utama yang dapat memberi kesan terhadap mutu keseluruhan hasil

pembelajaran matematik. Perbendaharaan matematik boleh diperkembangkan melalui pelbagai

cara. Salah satunya ialah melalui komunikasi. Contohnya, guru haruslah menerangkan perkataan

teknikal yang terdapat dalam bidang algebra, geometri, set, penomboran dan istilah dalam

matematik. Ini adalah kerana ia sangat penting sebagai bahan rujukan pelajar.

Proses komunikasi diantara guru dengan pelajar juga merupakan salah satu aspek yang

penting dalam proses pembelajaran matematik. Komunikasi yang wujud ini memberi ruang

interaksi yang membolehkan proses penyampaian ilmu dilakukan dengan berkesan dan

pembelajaran dilakukan secara komprehensif (Zaleha, 2008). Oleh itu, konsep dan idea matematik

dapat disampaikan kepada pelajar dengan baik dan berkesan. Guru matematik mestilah berupaya

untuk berkomunikasi dengan pelajar dengan jelas dan tepat. National Council of Teachers of

Mathematics (NCTM, 2000) telah menyatakan didalam “Principles and Standards for School

Page 4: Kom dlm pnddkn mate zamri(teks asal)

4

Mathematics” bahawa melalui proses komunikasi, idea matematik dapat dibina dan seterusnya

dikongsikan bersama oleh komuniti yang terlibat dalam proses tersebut. Ini adalah benar kerana

apabila pelajar diminta mencari penyelesaian kepada sesuatu masalah matematik, mereka akan

menyampaikan hasil pemikiran jawapan mereka didalam kelas secara lisan atau bertulis. Melalui

proses ini, mereka dapat belajar menyampaikan pemikiran dan idea kepada guru dan rakan mereka

melalui komunikasi.

Komunikasi juga dilihat boleh membantu pelajar dalam membina hubungkait antara

pengalaman tidak formal dengan bahasa matematik. Ia juga berupaya menolong pelajar membuat

hubungkait antara fizikal,grafik, gambar, perwakilan dan simbol dengan idea matematik. Pelajar

menggunakan bahasa matematik melalui aktiviti komunikasi. Aktiviti tersebut penting supaya para

guru memberi peluang kepada pelajar untuk berinteraksi dengan pelajar yang lain bagi membina

pengetahuan dan mempelajari daripada rakan tentang cara mereka berfikir dan menjelaskan

sesuatu masalah.

Komunikasi melalui percakapan, pendengaran dan penulisan merupakan suatu aktiviti yang

patut digalakkan sewaktu pembelajaran matematik. Apabila pelajar bekerja didalam suatu

kumpulan kecil, mereka dapat berbincang dan menyelesaikan masalah serta mengaitkan bahasa

matematik yang mereka faham dengan yang kurang mereka faham. Pelajar dapat mempelajari

antara satu sama lain dan membuat refleksi semasa mereka berkomunikasi. Dengan menghadirkan

diri bersama pelajar yang sedang berbincang, para guru dapat mengetahui tentang pelajarnya

dengan lebih baik dan seterusnya membantu guru dalam membuat keputusan tentang perancangan

pengajaran (Noraini 2005).

Secara umumnya, matematik dalam ruang lingkup komunikasi mencakup kemampuan

pelajar dalam menulis, membaca, berbincang, mengakses dan berwacana. Pressini dan Basset

(dalam NCTM, 1966) berpendapat bahawa tanpa komunikasi didalam matematik, guru akan

memiliki sedikit keterangan, data dan fakta tentang kefahaman pelajar dalam melakukan proses

Page 5: Kom dlm pnddkn mate zamri(teks asal)

5

dan aplikasi matematik. Ini bererti, komunikasi dalam matematik menolong guru memahami

kemampuan siswa dalam menginterpretasi dan mengekspresikan pemahamannya tentang konsep

dan proses matematik yang mereka pelajari.

Seterusnya, Lindquist (NCTM, 1996) berpendapat bahawa, “jika kita sepakat bahawa

matematik itu merupakan suatu bahasa dan bahasa tersebut sebagai bahasan terbaik dalam

komunitinya, maka mudah difahami bahawa komunikasi merupakan keperluan pengajaran dan

pembelajaran dan mengakses matematik itu sendiri”. Jadi, jelaslah bahawa komunikasi dalam

matematik merupakan keperluan asas yang mesti dimiliki oleh pengguna matematik selagi mereka

belajar, mengajar dan mengakses matematik.

Sebahagian besar pelajar sekolah atau pelajar universiti melihat bahawa mata pelajaran

matematik merupakan mata pelajaran yang susah dan menakutkan. Sebahagian ibubapa pula

merasa bangga jika anak mereka pandai dalam matematik sehingga memaksa mereka menghantar

anak-anak mereka ke kelas tuisyen atau mengajarkan sendiri anak-anak mereka. Hal ini

menyebabkan sesetengah pelajar merasa tidak senang malah tertekan dengan senario ini. Perasaan

suka kepada matematik sepatutnya ditanam sejak kecil lagi iaitu pada masa pelajar masih dialam

kanak-kanak. Bahkan, untuk menanam konsep matematik dapat dilakukan sejak anak itu baru

lahir.

KOMUNIKASI DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK

Komunikasi, dengan perkataan bahasa Inggerisnya ‘communication’, berasal daripada perkataan

Latin ‘communis’ yang bermaksud, berkongsi sesuatu atau menjadi milik bersama. Ia adalah satu

proses perkongsian diantara pihak-pihak yang melakukan aktiviti komunikasi tersebut. Ada juga

yang mengatakan ia berasal dari perkataan Latin, ‘communis’ yang bererti sama. Bila kita

berkongsi, kita ingin mewujudkan kesamaan dengan orang lain. Kita cuba menimbulkan apa yang

ada dalam diri kita dan mencari kesamaan dengan diri orang lain yang terlibat dalam proses

komunikasi itu.

Page 6: Kom dlm pnddkn mate zamri(teks asal)

6

Menurut Lexicographer, seorang ahli kamus bahasa, komunikasi adalah suatu keupayaan

yang bertujuan memberi sesuatu untuk mencapai kebersamaan. Bila dua orang berkomunikasi

maka terjadinya pemahaman yang sama terhadap pesan yang saling dipertuturkan dan dapat

mencapai tujuan yang diinginkan oleh keduanya. Webster’s New Collegiate Dictionary edisi tahun

1977 antara lain menjelaskan bahawa komunikasi adalah suatu proses pertukaran informasi

diantara individu melalui sistem lambang, tanda atau tingkahlaku.

Komunikasi juga boleh dikatakan satu proses dimana kita memindahkan makna dalam

usaha membina satu fahaman. Proses ini memerlukan pelbagai skil dalam proses intrapersonal dan

interpersonal, mendengar, memerhati, bercakap, bertanya, menganalisa dan menilai. Penggunaan

proses ini adalah menyeluruh dan merangkumi segenap ruang hidup iaitu di rumah, sekolah,

masyarakat, tempat kerja dan lain-lain. Dari komunikasilah lahirnya persefahaman dan tolak ansur.

Kalau dilihat komunikasi dalam konteks pendidikan (Mok Soon Sang, 2003), ia adalah satu proses

pertukaran maklumat diantara dua individu atau dengan sekumpulan orang. Ia juga merupakan

suatu interaksi sosial diantara guru dan murid semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

Secara terperincinya, komunikasi boleh dilihat sebagai satu pertukaran dan aliran maklumat

dari seorang manusia kepada manusia lain. Ia membabitkan seorang penghantar memindahkan

idea kepada seorang penerima. Komunikasi yang efektif hanya berlaku bila si penerima faham

maklumat sebenar yang dihantar. Dalam proses penghantaran maklumat, dua elemen yang terlibat

iaitu kandungan dan konteks. Kandungan merangkumi perkataan sebenar atau simbol dari

maklumat yang dipanggil bahasa. Bahasa ialah perkataan yang ditulis atau diucap dan disambung

menjadi frasa. Kita semua mengguna dan mentakrif makna perkataan secara berbeza diantara satu

sama lain, sebab itulah maklumat yang pendek kadangkala disalahtafsirkan. Dari segi konteks pula

ialah cara bagaimana maklumat itu dihantar iaitu digelar ‘paralanguage’. Ia adalah elemen bukan

lisan seperti intonasi suara, gerak mata, bahasa tubuh, gerak tangan dan keadaan emosi

seseorang seperti marah, yakin, takut dan lain-lain yang boleh dikesan (Pearson J., 1983).

Menurut Asikin (2001), komunikasi matematik ialah suatu peristiwa saling berhubungan

atau dialog yang terjadi dalam suatu lingkungan kelas dimana terjadinya pemindahan pesan. Pesan

yang dialihkan mengandungi bahan matematik yang dipelajari didalam kelas. Pihak yang terlibat

Page 7: Kom dlm pnddkn mate zamri(teks asal)

7

dalam peristiwa komunikasi didalam lingkungan kelas ialah guru dan pelajar sedangkan cara

memindahkan pesan boleh berlaku secara bertulis ataupun lisan. Tambahan lagi, komunikasi

matematik juga boleh dilihat sebagai proses menyatakan dan mentafsirkan gagasan matematik

secara lisan, bertulis atau mendemonstrasikannya. Pelajar dikatakan mampu berkomunikasi dalam

matematik jika mampu menyatakan dan mentafsirkan gagasan matematik secara lisan, bertulis atau

demonstrasi (Mahmudah, 2006).

Pada dasarnya, ketika sebuah konsep matematik diberikan oleh seorang guru kepada

pelajar ataupun pelajar itu mendapatkannya sendiri melalui bacaan, maka pada waktu itu sedang

berlakunya transformasi mklumat matematik dari komunikator kepada komunikan. Respon yang

diberikan komunikan merupakan interpretasi komunikan tentang maklumat tadi. Dalam

matematik, kualiti interpretasi dan respon itu seringkali menjadi masalah utama. Hal ini

disebabkan oleh ciri matematik itu sendiri yang sarat dengan istilah dan simbol. Oleh sebab itulah,

kemampuan berkomunikasi dalam matematik menjadi tuntutan khusus.

Menurut Utari (2004), indikator yang menunjukkan kemampuan komunikasi matematik

ialah :

i) Menghubungkan benda nyata, gambar dan rajah ke dalam idea matematik.

ii) Memperjelaskan idea, situasi dan perhubungan matematik secara lisan atau tulisan dengan

benda nyata, gambar, grafik atau algebra

iii) Menyatakan peristiwa sehari-hari dalam bahasa matematik

iv) Mendengar, berbincang dan menulis tentang matematik

v) Membaca dengan pemahaman suatu persembahan matematik bertulis.

Pembelajaran ialah keupayaan menciptakan iklim dan bantuan terhadap kemampuan,

potensi, minat, bakat dan keperluan pelajar yang pelbagai agar berlakunya interaksi optimum

diantara guru dengan pelajar serta diantara pelajar dengan pelajar (Suyitno, 2004). Matematik

merupakan mata pelajaran yang sangat asas sehinggakan hampir semua pelajaran mengandungi

bahan matematik. Beberapa sifat atau karakteristik pembelajaran matematik ialah seperti berikut:

Page 8: Kom dlm pnddkn mate zamri(teks asal)

8

i) Pembelajaran matematik itu adalah bertahap

ii) Pembelajaran matematik mengikut kaedah spiral

iii) Pembelajaran matematik menekankan cara berfikir deduktif.

iv) Pembelajaran matematik mengikuti kebenaran konsisten (Suherman, 2003).

Prinsip pembelajaran yang bersumberkan teori behavioris iaitu pembelajaran dapat

menimbulkan proses belajar dengan baik apabila pelajar berinteraksi secara aktif, bahan disusun

dalam bentuk unit-unit kecil dan diatur secara sistematik dan logik dan setiap respon pelajar diberi

respon disertai dengan pengukuhan (Sugandi, 2004). Tambahan lagi, dalam mengajar, guru perlu

memerhatikan prinsip aktiviti mental, prinsip menarik perhatian, prinsip penyesuaian

perkembangan pelajar, prinsip persepsi awal, prinsip mempamerkan atau menunjukcara dan

prinsip aktiviti motorik agar pelajar mudah dan berhasil dalam pembelajaran mereka.

Piaget mengemukakan tiga prinsip utama pembelajaran iaitu belajar secara aktif, belajar

melalui interaksi sosial dan belajar melalui pengalaman sendiri. Belajar secara aktif merupakan

proses pembelajaran yang aktif kerana pengetahuan terbentuk dari subjek yang dipelajari. Belajar

melalui interaksi sosial pula ialah proses pembelajaran dalam satu suasana yang membolehkan

terjadinya interaksi diantara subjek belajar manakala belajar melalui pengalaman sendiri

bermaksud proses pembelajaran yang dapat memberikan pengalaman sebenar kepada pelajar.

Perkembangan model pembelajaran dilakukan dengan perkembangan panduan

pembelajaran yang akhirnya diharap dapat diimplikasikan. Dengan tersusunnya pakej panduan

perlaksanaan pembelajaran matematik bercirikan penggunaan alat bantu mengajar diharapkan guru

mampu mencipta pembelajaran aktif yang kondusif sehingga akan memberikan kesempatan

kepada pelajar lebih banyak memperolehi pengalaman belajar secara langsung iaitu belajar secara

mencuba-cuba dan mengalaminya sendiri, memudahkan pelajar memahami matematik,

menyelaraskan gambaran atau persepsi pelajar tentang sesuatu konsep yang dipelajari dan

memberikan motivasi kepada pelajar untuk meminati matematik. Pembelajaran matematik dengan

penggunaan alat bantu mengajar dapat dilaksanakan dengan pelbagai pendekatan dan teknik.

Pembelajaran bukan hanya dilakukan dengan demonstrasi oleh guru tetapi juga oleh pelajar itu

sendiri. Dengan bimbingan guru, pelajar menemukan sendiri konsep atau prinsip bila pelajar

Page 9: Kom dlm pnddkn mate zamri(teks asal)

9

diberikan peluang bekerja dalam kumpulan atau kelompoknya. Dengan menyanyi atau bermain,

pelajar dapat menerapkan konsep atau prinsip matematik yang menjadikan pelajar tidak lagi

merasa bosan dengan matematik malah lebih meminati dan lebih bermotivasi (Hidayah, 2000).

Jadi, komunikasi dalam pembelajaran matematik ialah kecekapan pelajar dalam

memindahkan pesan yang berupa bahan matematik baik secara bertulis mahupun secara lisan

kepada pelajar atau guru.

MODEL KOMUNIKASI

i) Model Lasswell

Model ini dipelopori oleh Harold Lasswell, seorang ahli sains politik pada tahun 1984 yang

menerangkan tingkahlaku komunikasi dengan mengutarakan beberapa soalan seperti siapa,

menyatakan apa, melalui saluran apa, kepada siapa, dan apakah kesannya. Model ini dikritik

kerana ia mengandaikan bahawa pihak penghantar maklumat mempunyai matlamat untuk

mempengaruhi penerima (Ramli, 1984).

ii) Model Shannon & Weaver

Model ini pula telah dipelopori oleh Claude Shannon dan Warren Weaver pada tahun 1949.

Mereka telah dapat mengeluarkan model komunikasi ini semasa bertugas di Bell Telephone

Laboratory. Shannon ialah seorang ahli matematik. Menurut model ini, sumber maklumat akan

menghasilkan utusan yang perlu disampaikan kepada orang lain. Utusan tersebut boleh berbentuk

lisan, tulisan, gambar atau nota muzik. Utusan tersebut akan diubah oleh pemancar kedalam

bentuk isyarat yang sesuai untuk disampaikan kepada penerima. Penerima akan mengubah semula

isyarat tersebut kepada bentuk yang disampaikan oleh sumber. Setelah utusan diubah semula, ia

akan disampaikan kepada destinasi, iaitu individu yang mana utusan ditujukan. Model ini juga

memperkenalkan gangguan yakni isyarat yang disampaikan melalui saluran akan terjejas dengan

adanya gangguan. Ini akan menyebabkan isyarat yang dikirim berbeza dengan isyarat yang

Page 10: Kom dlm pnddkn mate zamri(teks asal)

10

diterima. Beliau mencadangkan supaya utusan yang disampaikan diulang beberapa kali untuk

mengatasi masalah ini.

iii) Model Newcomb

Model seterusnya dipelopori oleh seorang ahli psikologi sosial bernama Theodore Newcomb pada

tahun 1953. Model ini menerangkan suasana yang membolehkan berlakunya proses komunikasi

diantara dua pihak. Sebagai contoh, sekiranya ada dua individu iaitu individu A dan B. Proses

komunikasi diantara dua individu ini akan dipengaruhi oleh faktor X. Komunikasi diantara A dan

B akan berlaku sekiranya terdapat pertelingkahan orientasi antara mereka berdua terhadap faktor

X. Semakin besar jurang pertelingkahan maka semakin keraplah proses komunikasi berlaku

diantara mereka. Dengan kata lain, bila terdapat persamaan orientasi maka komunikasi sudah tidak

perlu lagi. Jadi dapat kita simpulkan bahawa, tujuan manusia berkomunikasi adalah untuk

mengurangkan jurang pertelingkahan orientasi tersebut agar mereka mempunyai orientasi yang

sama terhadap faktor X atau apa sahaja factor yang wujud didunia ini.

iv) Model Ball-Rokreach dan DeFluer

Model yang keempat ini telah dipelopori pada tahun 1976. Ia menganggap komunikasi sebagai

sebahagian daripada sistem sosial kerana kesan komunikasi amat bergantung kepada

persekitarannya lebih daripada individu itu sendiri. Pada dasarnya, model ini menunjukkan

hubungan diantara tiga pembolehubah utama iaitu sistem sosial, sistem media dan sistem khalayak.

Sehubungan dengan itu, interaksi diantara ketiga-tiga pembolehubah ini akan mempengaruhi

keberkesanan proses komunikasi pada tiga peringkat iaitu peringkat kognitif, afektif dan

tingkahlaku. Peringkat kognitif merangkumi proses pertambahan ilmu pengetahuan, perubahan

fikiran dan mendapatkan penjelasan. Peringkat afektif pula melibatkan perasaan seseorang

individu seperti perasaan takut, cemas, simpati dan lain-lain dan akhirnya peringkat tingkahlaku

melibatkan perbuatan yang disarankan oleh media seperti berkelakuan ganas, mengubah cara

bekerja atau cara berekonomi.

Page 11: Kom dlm pnddkn mate zamri(teks asal)

11

FUNGSI KOMUNIKASI

Mengapa manusia berkomunikasi? Sebagaimana yang kita tahu bahawa komunikasi adalah satu

teknik dalam mengguna perkataan secara efektif untuk menyampaikan maklumat. Penyampaian

maklumat ini mempunyai banyak maksud. Yang pertama dan paling utamanya ialah dengan tujuan

memberitahu. Dengan berkomunikasi, penyampai boleh memberitahu orang lain tentang sesuatu

perkara yang dirasakan oleh penyampai perlu diketahui oleh orang lain.

Tujuan keduanya adalah untuk mendidik. Dengan berkomunikasi, seseorang boleh

memberi maklumat untuk mempengaruhi sikap atau tingkahlaku orang lain. Bukan itu sahaja, ia

dapat menambah ilmu dan pengetahuan seseorang tentang sesuatu perkara. Ketiganya, komunikasi

bertujuan untuk memujuk seseorang supaya orang itu dapat mengubah sikap dan tingkahlakunya.

Ia berperanan untuk menembusi perasaan dan emosi orang lain. Keempat, dengan berkomunikasi

kita dapat menghiburkan orang lain seperti apa yang berlaku di televisyen, radio, komik, kartun

dan lain-lain.

JENIS KOMUNIKASI

Kalau dilihat komunikasi mengikut konteksnya yang berlainan, terdapat enam jenis komunikasi

(Melvin 2007). Yang pertamanya ialah komunikasi intrapersonal atau digelar komunikasi

intraperibadi. Ia adalah satu bentuk komunikasi yang berlaku dalam diri sendiri seperti berfikir,

menulis atau mengarang. Komunikasi intrapersonal yang positif adalah satu alat komunikasi yang

sangat hebat untuk kita meningkatkan maruah dan ketahanan diri. Komunikasi jenis ini banyak

digunakan oleh para atlet, pensyarah motivasi dan penjual barangan kerana mereka perlu

mempersiapkan diri mereka untuk sesi penting dalam bidang masing-masing. Malangnya, ramai

daripada kita yang mempraktikkan komunikasi intrapersonal yang negatif dengan membandingkan

diri kita dengan orang lain dengan mengatakan pada diri sendiri yang mereka adalah lemah, bodoh,

sangat gemuk, tak boleh dan sebagainya.

Page 12: Kom dlm pnddkn mate zamri(teks asal)

12

Jenis yang kedua adalah jenis komunikasi interpersonal atau komunikasi antaraperibadi. Ia

merupakan satu bentuk komunikasi seseorang dengan seseorang yang lain dalam suasana yang

tenang dan informal seperti mengajar, berdialog dan berseminar. Komunikasi kumpulan kecil pula

melibatkan komunikasi yang berlaku apabila sekumpulan orang berkumpul untuk membincangkan

sesuatu isu atau menyelesaikan masalah. Biasanya komunikasi jenis ini memerlukan sedikit skil

fasilitator untuk mengawal perjalanan maklumat semasa dalam mesyuarat misalnya dan supaya

objektif mesyuarat tercapai. Ini adalah untuk memastikan yang masa tidak dibazirkan dalam

membincangkan isu yang tidak berkenaan.

Komunikasi awam atau komunikasi kelompok besar pula adalah komunikasi yang

melibatkan audien yang besar seperti pidato atau ceramah. Ianya lebih formal dan sulit. Biasanya

satu pihak sahaja yang aktif dalam komunikasi jenis ini. Ia melibatkan proses penerangan, tujuan

menghibur atau dalam proses memujuk. Komunikasi antara budaya pula adalah komunikasi yang

terlibat antara banyak budaya. Seseorang itu sepatutnya lebih peka dengan komunikasi bukan lisan

seseorang dari budaya yang berbeza kerana ia boleh mempunyai maksud yang berbeza.

Komunikasi jenis ini akan lebih mudah jika setiap individu belajar dan cuba memahami budaya

lain (Melvin, 2007). Yang akhir sekali adalah komunikasi massa. Komunikasi massa adalah

komunikasi yang mengguna media massa samada media bercetak atau media elektronik.

Komunikasi jenis ini biasanya agak umum, cepat dan boleh berlaku serentak.

KATEGORI KOMUNIKASI

Secara amnya, kalau dilihat tujuan manusia berkomunikasi adalah untuk membentuk konsep diri.

Contohnya dalam mengenali siapa diri kita sebenarnya seperti soal agama, jantina dan lain-lain.

Maklumat-maklumat ini biasanya diperolehi daripada orang lain. Seterusnya, komunikasi juga

adalah untuk menunjukkan keberadaan diri atau untuk kelangsungan hidup kita dari segi

biologinya seperti dalam soal makan minum, segi psikologinya seperti berjaya atau bahagia dan

dari segi emosinya iaitu persoalan cinta atau kasih. Kalau komunikasi ini hendak dikategorikan

mengikut tujuan, terdapat empat tujuan utama manusia berkomunikasi.

Page 13: Kom dlm pnddkn mate zamri(teks asal)

13

Pertamanya, yang disebut komunikasi sosial. Komunikasi jenis ini biasanya dilakukan

untuk membuatkan diri mereka dan diri orang lain merasa terhibur, nyaman dan tenteram.

Keduanya ialah komunikasi jenis informasi iaitu komunikasi yang berbentuk memberi dan

menerima maklumat. Ia boleh menjadi sesuatu yang jelas dan mudah difahami tetapi kadang-

kadang ia boleh mengelirukan kedua-dua pihak yang terlibat dalam proses komunikasi tersebut.

Sebagai contoh, ‘next Sunday‘ ditakrifkan oleh orang Sweedish sebagai dua minggu berikutnya

tetapi ia dikira satu minggu berikutnya oleh masyarakat India. Contoh yang lain pula seperti ‘nice

weather ‘ dianggap cuaca baik dengan matahari terik oleh masyarakat Europe tapi sebaliknya oleh

orang Afrika. Oleh sebab itulah bila kita berkomunikasi, kita hendaklah faham dengan siapa kita

berkomunikasi supaya apa yang nak kita sampaikan itu memang akan difahami oleh mereka yang

menerima maklumat tersebut.

Seterusnya ialah komunikasi instrumental atau memujuk. Ia bertujuan memberitahu,

mengajar, mendorong, mengubah sikap, menggerakkan tindakan atau menghibur. Akhir sekali

ialah komunikasi ekspresif. Ia boleh berlaku secara sendirian atau berkelompok dan tidak otomatik

untuk mempengaruhi orang lain. Biasanya ia melibatkan perasaan yang dikomunikasikan secara

bukan lisan seperti perasaan sayang, rindu, simpati, gembira, sedih, takut atau benci. Perasaan atau

emosi ini boleh juga disalurkan melalui bait-bait puisi, lagu, tarian, lukisan dan drama.

Menurut Mok Soon Song (2003), komunikasi terdiri daripada daripada dua jenis iaitu

komunikasi secara lisan (verbal) dan bukan lisan (non verbal). Komunikasi secara lisan ialah

proses penyampaian maklumat atau idea secara lisan dari seorang individu kepada individu atau

sekumpulan individu lain. Proses ini menjadi efektif didalam bilik darjah jika suara guru jelas, kuat

dan lantang. Disamping itu, perkataan yang digunakan hendaklah ringkas dan mudah difahami

oleh para pelajar.

Manakala komunikasi secara bukan lisan pula melibatkan proses penyampaian mesej

melalui gerak isyarat seperti isyarat tangan, gerak kepala, ungkapan muka dan sebagainya. Sebagai

contohnya, mengangguk kepala menandakan setuju, menggeleng kepala menandakan tak setuju,

senyum menandakan peneguhan positif dan bermuka masam menggambarkan marah. Kedua-dua

jenis komunikasi ini memainkan peranan penting didalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Page 14: Kom dlm pnddkn mate zamri(teks asal)

14

CIRI-CIRI KOMUNIKASI BERKESAN

Didalam komunikasi terdapat empat elemen yang penting iaitu melibatkan penghantar, mesej,

penerima dan gangguan. Untuk menjadikan komunikasi itu berkesan, mesej yang disampaikan itu

mestilah difahami dengan tepat dan jelas oleh penerima. Kedua, makna mesej mestilah difahami

dan dikongsi bersama oleh penghantar dan penerima. Ketiga, perubahan yang berlaku akibat dari

mesej adalah seperti perubahan yang dikehendaki oleh penghantar. Keempat,mesej yang

disampaikan mestilah sangat effektif kosnya.

UNSUR KOMUNIKASI

Di dalam komunikasi, terdapat unsur-unsur yang saling berhubungan erat agar proses komunikasi

tersebut dapat berjalan. Unsur - unsur tersebut adalah :

1. Mestilah mempunyai sumber.

Komunikasi mestilah mempunyai seorang komunikator yang mempunyai sejumlah

keperluan, idea atau maklumat untuk diberikan. Di dalam pendidikan, komunikator

diibaratkan seorang guru, instruktur, pelatih atau tenaga pengajar.

2. Mesti ada suatu maksud yang hendak dicapai.

Hal ini sangat penting kerana komunikasi bertujuan untuk mempengaruhi sikap dan

perilaku manusia secara individu ataupun kelompok di dalam suatu organisasi. Apabila

dalam komunikasi tidak ada maksud dan tujuannya, maka komunikasi tersebut sangat sulit

terjadi dan ia hanya menjadi suatu omong kosong belaka. Suatu maksud dalam proses

komunikasi menyebabkan komunikasi dapat berjalan lancar atau tidak lancar.

Komunikasi berjalan lancar apabila diantara pelaku komunikasi terdapat kesaling fahaman

yang berlaku di antara keduanya merasakan kepuasan dari proses komunikasi yang

dilakukannya. Contoh dalam suatu kegiatan pembelajaran, seorang instruktur atau guru

Page 15: Kom dlm pnddkn mate zamri(teks asal)

15

merasa puas setelah memberikan bahan dan juga pelajar merasa puas dan faham akan

bahan yang telah disampaikan oleh gurunya. Hal ini boleh terjadi apabila antara guru

dengan pelajar terdapat saling pemahaman diantara maksud dari komunikasi tersebut.

Komunikasi juga dapat tidak lancar atau dianggap gagal apabila diantara komunikator

dengan komunikan tidak terjadi kesamaan pemahaman dan tidak adanya saling pengertian

tentang maksud dari komunikasi itu. Contoh dalam proses pembelajaran misalnya,

instruktur atau guru telah memberikan bahan namun pelajarnya sama sekali tidak mengerti

dengan bahan yang disampaikan instruktur atau guru tersebut. Hal ini boleh terjadi apabila

maksud dari komunikasi tersebut tidak jelas.

3. Mestilah mempunyai pesan atau maklumat

Pesan atau berita dalam suatu bentuk diperlukan untuk menyatakan fakta, perasaan atau

idea yang dimaksud untuk membangkitkan respon dipihak orang lain kepada siapa pesan

atau berita itu ditujukan. Tanpa pesan atau maklumat, maka maksud dari komunikasi tidak

akan tersampai karena tidak adanya bahan yang akan disampakan. Selain itu, Mc. Leod

(1997) juga mengemukakan bahwa suatu maklumat yang berkualiti harus memiliki ciri-ciri

sebagai berikut:

Tepat, bermaksud maklumat mencerminkan keadaan yang sebenarnya.

Tepat waktu, ertinya maklumat itu tersedia pada saat maklumat itu diperlukan

Relevan, ertinya maklumat yang diberikan harus sesuai dengan yang diperlukan

Lengkap, ertinya maklumat harus diberikan secara lengkap. Apabila tidak lengkap

maka kemungkinan akan terjadi kesalahpahaman.

4. Harus ada media atau suatu saluran yang menghubungkan sumber berita dengan penerima

berita.

Apabila tidak ada media atau saluran ini, maka maklumat atau pesan yang dimiliki tidak

akan tersampaikan. Media yang baik adalah media yang dapat menyampaikan pesan dan

maksud dari komunikator kepada komunikan. Berhubungan dengan media, maka

komunikasi ini dibahagi kepada dua jenis iaitu komunikasi langsung dan komunikasi tidak

Page 16: Kom dlm pnddkn mate zamri(teks asal)

16

langsung. Dalam komunikasi langsung (direct communication), antara komunikator dengan

komunikan terjadi proses komunikasi secara tatap muka langsung. Sedangkan dalam

komunikasi tidak langsung (indirect communication), antara pelaku komunikasi tidak

terjadi tatap muka secara langsung melainkan dalam tempat yang berbeza. Komunikasi ini

menggunakan media – media yang cukup canggih seperti handphone, internet dan lain-lain.

5. Mesti ada komunikan atau penerima berita.

Apabila keempat unsur komunikasi diatas terpenuhi, namun unsur kelima ini tidak

dipenuhi, maka komunikasi sangat tidak akan mungkin berlaku. Apabila komunikasi telah

berlaku, maka ada umpan balik atau respon dipihak komunikan. Umpan balik

memungkinkan sumber berita untuk mengetahui apakah berita itu telah diterima dan

dinterprestasikan dengan betul atau tidak.

KEPENTINGAN KOMUNIKASI

Pelajar bukan hanya memerlukan ilmu tetapi juga skil komunikasi, skil penyelesaian masalah dan

skil pemikiran kreatif untuk menghdapi dunia yang akan datang yang lebih mencabar (Effandi,

2006). Pembelajaran akan lebih efektif bila pelajar melibatkan diri secara aktif untuk berkongsi

idea atau maklumat dan bekerja bersama untuk menyiapkan sesuatu tugasan. Komunikasi didalam

pembelajaran koperatif misalnya dilihat dapat mencapai matlamat yang kita inginkan. Dengan

pembelajaran koperatif, adanya interaksi promotif yang dicapai dari proses saling tolong-menolong

diantara satu sama lain, bertukar-tukar bahan, proses mencabar kesimpulan yang didapati oleh

rakan mereka, membekalkan maklumbalas dan berusaha gigih untuk mendapatkan keuntungan

bersama. Dari kajian ini juga mendapati, kumpulan pelajar yang menyertai pembelajaran koperatif

telah menunjukkan pencapaian matematik dan skil penyelesaian matematik yang lebih baik

berbanding kumpulan pelajar dari pembelajaran tradisional. Bahkan lebih daripada itu, pelajar

dilihat telah dapat meningkatkan nilai berdikari, kasih saying dan kebersihan diri. Malah

keyakinan diri, kerajinan, skil-skil saintifik dan pencapaian sains juga didapati meningkat bila

Page 17: Kom dlm pnddkn mate zamri(teks asal)

17

melakukan pembelajaran koperatif (S.Rahaya, 1988). Sikap positif terhadap matematik juga dilihat

meningkat hasil dari komunikasi yang terbina diantara para pelajar (Zainun, 2001).

Komunikasi juga memainkan peranan besar dalam menghubungkaitkan diantara konsep

matematik dengan situasi harian (Rosalie, 1973). Sebagai contohnya, konsep peratus boleh

dikaitkan dengan diskaun pembelian atau konsep isipadu yang boleh dikaitkan dengan isipadu

tangki air. Tambahan lagi, komunikasi juga dapat menghubungkaitkan bahan konkrit dan

gambarajah dengan idea matematik seperti penggunaan graf dan carta pai didalam statistik.

Komunikasi adalah sangat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran (Mok Soon

Song, 1998). Ia sebenarnya merupakan satu kaedah untuk memotivasikan pelajar supaya mereka

lebih minat untuk belajar. Ia juga dapat menggerakkan murid untuk berfikir seperti dalam aktiviti

soal jawab. Tambahan lagi, komunikasi juga akan mengeratkan perhubungan diantara guru dengan

murid. Dengan perhubungan yang terjalin menjadikan proses memindahkan ilmu semakin mudah.

Ia juga dilihat sebagai proses penyampaian ilmu dan ruang dimana guru dapat melaksanakan

rancangan mengajarnya mengikut objektif pelajaran yang ditentukan. Bukan itu sahaja,

komunikasi juga memberi peluang guru untuk menyampaikan pelajaran dengan berkesan, memberi

ruang untuk pertukaran maklumat atau idea, menjalankan aktiviti berkumpulan dengan jayanya

dan mendapat kemahiran terkini seperti dari komputer dan sebagainya.

KOMUNIKASI DALAM BILIK DARJAH

Komunikasi dalam konteks pendidikan ialah interaksi sosial diantara manusia melalui aktiviti

pemindahan mesej secara lisan dan bukan lisan (Mok Soon Song, 2003). Di dalam bilik darjah,

semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran, berlaku komunikasi antara guru dan murid manakala

didalam aktiviti berkumpulan, berlaku komunikasi antara murid dengan murid. Bahkan, menurut

First Announcement (2007), membina komunikasi dalam bilik darjah adalah sangat penting kerana

ia sangat membantu dalam pembinaan kemampuan berfikir seseorang pelajar. Bukan itu sahaja,

matematik pula dilihat sebagai matapelajaran yang paling sesuai untuk membina komunikasi

kerana cara berkomunikasi dalam matematik dan pemikiran matematik adalah sangat penting

Page 18: Kom dlm pnddkn mate zamri(teks asal)

18

untuk pelajar menncapai kejayaan dalam hidup terutamanya didalam hidupnya didunia

pekerjaannya kelak.

Terdapat empat jenis interaksi di dalam bilik darjah (Mok Soon Sang, 2003). Pertama,

interaksi sehala daripada guru kepada murid. Interaksi jenis ini akan menjadikan pembelajaran

sangat pasif dengan corak interaksi tertumpu kepada guru semata-mata. Boleh dikatakan tiada

langsung berlaku interaksi diantara murid. Biasanya, strategi pengajaran yang digunakan dalam

interaksi jenis ini ialah pendekatan memusatkan guru, kaedah kelas, kaedah memberi arahan,

kaedah syarahan, kaedah bercerita atau kaedah demonstrasi.

Yang keduanya ialah interaksi dua hala diantara guru dan murid. Interaksi ini biasanya

dikatakan melibatkan pembelajaran aktif dimana perhubungan guru dan murid menjadi erat dan

penglibatan murid amat digalakkan. Strategi pengajaran yang biasa digunakan ialah kaedah

perbincangan, kaedah kelas, kaedah menyoal, kaedah Sokrates atau kaedah individu. Menurut

Karnowski (1995), soal jawab yang mencabar merupakan cara yang berkesan untuk merangsang

pemikiran dan perbincangan serta membolehkan murid terlibat dengan komunikasi dalam kelas.

Malah, hubungan yang baik diantara guru dengan murid juga memberi ruang kepada murid untuk

memperkenalkan idea dan mendapat maklumbalas tentang pendapat mereka disamping boleh

mendengar pendapat orang lain. Murid juga akan diberi peluang untuk memberitahu guru apa yang

mereka tahu dan tidak tahu.

Interaksi jenis yang ketiga ialah interaksi dua hala melibatkan murid dengan murid.

Interaksi ini melibatkan pembelajaran aktif dimana perhubungan diantara murid akan menjadi

semakin erat. Malah, interaksi diantara guru dan murid hanyalah sehala kerana guru sepatutnya

bertindak sebagai pembimbing yang memberikan sedikit arahan sahaja. Dari suasana ini juga, guru

sepatutnya memupuk semangat kerjasama yang erat diantara murid. Ini adalah faktor yang sangat

penting kerana kita sepatutnya sedar yang kita adalah masyarakat berbilang bangsa yang agak

sukar untuk disatukan kalau para pemikir pendidikan tidak memikirkan hal ini dari zaman pelajar

masih berusia kanak-kanak. Menurut Mansor et. al. (1984), pengalaman dan pembelajaran

diantara dua orang pelajar pastinya berbeza dan semakin banyak perbezaan diantara mereka

menjadikan proses komunikasi semakin susah. Tetapi, proses pembelajaran diantara mereka akan

Page 19: Kom dlm pnddkn mate zamri(teks asal)

19

menjadi lebih efektif kerana pelajar lebih selesa belajar dengan rakan sebaya mereka. Aktiviti

berkumpulan terutamanya mestilah dititikberatkan supaya murid dapat menggunakan pengalaman

mereka untuk membantu rakan mereka dalam proses pembelajaran.

Jenis interaksi yang keempat atau yang terakhir ialah interaksi pelbagai hala diantara guru

dengan murid dan murid dengan murid. Interaksi inilah yang paling dapat mengoptimakan peranan

murid. Strategi pengajaran yang sama dengan yang lain boleh digunakan cuma dalam proses

interaksi itu berlaku, perhubungan diantara semua pihak samada guru mahupun murid menjadi

semakin erat. Seterusnya, apakah ciri-ciri komunikasi yang berkesan didalam bilik darjah?

Diantaranya ialah:

i) Menguruskan aktiviti berkumpulan

ii) Mengamalkan strategi berpusatkan murid

iii) Mengguna kaedah mengajar seperti perbincangan, bercerita dan penerangan

iv) Mengguna alat bantu mengajar yang menarik untuk menyampaikan mesej dan konsep.

v) Mengguna teknik menyoal yang berkesan

vi) Mengguna kemahiran bertutur seperti sebutan dan tatabahasa yang betul

vii) Mengguna kemahiran bertulis

Kini, komputer juga semakin memainkan peranan dalam proses komunikasi di sekolah.

Tambahan lagi dewasa ini, sistem multimedia semakin mendapat tempat dikalangan masyarakat.

Komputer dikatakan mula diperkenalkan di sekolah-sekolah di Malaysia pada tahun 80an dan

mula diguna secara meluas pada 2001. Ia dilihat bukan sahaja sebagai alat untuk mengajar tetapi

juga sebagai alat komunikasi diantara murid dan guru dan juga diantara pelajar dengan dunia luar.

Multimedia ialah gabungan teks, grafik, bunyi, video dan animasi yang menghasilkan prestasi

yang sangat menarik ramai pelajar. Ini adalah kerana multimedia mempunyai keupayaan interaktif

yang sangat tinggi (Halimah, 1998). Di dalam pendidikan, multimedia dapat membuatkan

komunikasi diantara guru dan pelajar menjadi lebih berkesan. Ini kerana, pelajar yang terlibat

dalam proses pembelajaran melalui pakej multimedia boleh mempelajari ilmu yang ada

didalamnya sesuai dngan minat, kesukaan, bakat, keperluan, pengetahuan dan emosinya. Menurut

Munir dan Halimah (1998), multimedia amat berkesan dalam menggalakkan kanak-kanak belajar

Page 20: Kom dlm pnddkn mate zamri(teks asal)

20

membaca. Dalam matapelajaran Sains, keberkesanan multimedia adalah lebih baik dua kali ganda

dari pembelajaran kaedah tradisional.

KOMUNIKASI DALAM MATEMATIK

Terdapat tiga jenis komunikasi yang berkaitan dengan matematik iaitu komunikasi berkenaan

matematik, komunikasi dalam matematik dan komunikasi dengan matematik (Brenner, 1994)

Komunikasi berkenaan matematik ialah proses dimana pelajar akan mengulas proses-proses

didalam penyelesaian masalah matematik dan pemikiran matematik mereka tentang apa sahaja

tajuk dalam matematik. Sebagai contoh, didalam suatu perbincangan didalam kelas, pelajar akan

menyatakan proses matematik berbanding didalam kelas tradisional dimana pelajar lebih membuat

kerja matematik bersendirian. Proses ‘menyatakan’ itu memberikan satu impak yng sangat besar

dalam memberi ruang kepada berlakunya komunikasi didalam kelas.

Komunikasi dalam matematik pula bermaksud penggunaan bahasa dan simbol dalam

matapelajaran matematik itu sendiri. Ini merujuk kepada cara tertentu dimana bahasa digunakan

apabila membincangkan matematik. Komunikasi dengan matematik pula merujuk kepada

penggunaan matematik yang membolehkan pelajar berhadapan dengan pelbagai masalah. Ia boleh

juga dikatakan sebagai penyelesaian alternatif yang mengguna matematik untuk

menginterpretasikan sesuatu perbahasan. Didalam perbincangan seterusnya akan lebih

menekankan kepada dua jenis komunikasi yang pertama tetapi tidak berminat dengan jenis yang

ketiga.

Terdapat beberapa mod komunikasi didalam kelas matematik iaitu membaca, menulis,

memberitahu atau menunjuk, mendengar, berbincang, membuat model, membuat persembahan,

melukis dan memerhati. Walaupun terdapat pelbagai mod, guru lebih suka mengguna mod

memberitahu atau menunjuk sahaja terutamanya didalam kelas tradisional. Kalau dilihat dalam

mod membaca yang melibatkan teks, pelajar sepatutnya digalakkan untuk membaca buku teks

bukan hanya untuk membuat kerja rumah yang diberi guru tetapi menggunakan ia sebagai sumber

untuk mendapat bahan dan idea. Pembacaan yan baik adalah apabila murid melakukan penyiasatan

dengan aktif tentang apa yang dibaca (Sutton, 1975). Menulis secara reflektif dan komunikatif

Page 21: Kom dlm pnddkn mate zamri(teks asal)

21

memainkan peranan yang sangat penting dalam pembelajaran matematik. Didalam proses menulis,

pelajar mestilah belajar untuk menulis bahan-bahan berkaitan matematik (Polla, 1980). Apa yang

dilahirkan dari pemikiran mereka akan dapat dilihat oleh guru. Guru pula sepatutnya menyediakan

tugasan yang boleh mendorong dan merangsang pemikiran murid supaya murid dapat menzahirkan

pandangan mereka melalui penulisan (Sutton, 1975). Seterusnya ialah berkenaan mod mendengar.

Pelajar sepatutnya diajar cara bagaimana untuk mendengar secara tepat dari komen-komen dan

juga soalan-soalan kawan-kawan mereka. Dengan mendengar secara jelas, pelajar sebenarnya akan

dapat membina pengetahuan matematik yang lebih kompleks atau strategi penyelesaian yang lebih

efektif. Para guru juga sepatutnya menunjukkan rasa hormat dengan pandangan orang lain. Ini

akan menjadi contoh kepada pelajar untuk mendengar dengan teliti apa-apa idea matematik yang

diutarakan oleh rakan-rakan sekelas mereka. Bila pelajar membuat persembahan, mereka akan

menterjemah idea dan permasalahan matematik ke satu bentuk yang berbeza menggunakan

gambar, blok atau perkataan. Semasa berbincang, pelajar secara tidak langsung akan dilatih dengan

skil komunikasi. Jadi, dalam hendak menilai kemampuan pelajar dalam komunikasi matematik,

guru sepatutnya melihat samada pelajar itu boleh atau tidak menyatakan idea matematik mereka

dalam percakapan, penulisan atau demonstrasi (Tran Vui, 2006).

Peranan Komunikasi Dalam Matematik.

Matematik boleh diajar sebagai satu bahasa yang mempunyai makna kepada pelajar dengan

berkomunikasi secara matematik dan menggunakan matematik secara induktif (Noraini 2005).

Apabila pelajar faham sesuatu konsep atau idea matematik akan menjadikan mereka lebih

menghargai keindahan dan kegunaan matematik dalam kehidupan seharian. Terdapat beberapa

peranan komunikasi dalam proses pembelajaran matematik iaitu :

i) Menghubungkaitkan antara konsep matematik dengan situasi harian.

Pelajar mempelajari bahasa matematik melalui komunikasi iaitu dengan memberi peluang

kepada mereka berinteraksi antara satu sama lain. Melalui komunikasi, pelajar berupaya

membina pengetahuan matematik dan mengaitkan dengan situasi harian. Sebagai contoh:

Page 22: Kom dlm pnddkn mate zamri(teks asal)

22

a) Konsep isipadu sesuatu kuboid boleh dikaitkan dengan mengira isipadu tangki air

b) Konsep peratus dan simbolnya % boleh dikaitkan dengan potongan harga di pasaraya.

ii) Menghubungkaitkan bahan konkrit dan gambarajah dengan idea matematik.

Matematik merupakan satu bentuk bahasa yang unik yang mengandungi symbol dan

perwakilan seperti graf, gambar dan bahan konkrit. Setiap simbol dan perwakilan boleh

digunakan untuk mewakili idea matematik.

iii) Membuat refleksi dan menjelaskan pemikiran mereka terhadap idea matematik.

Dalam matematik, proses pemahaman dan penyelesaian matematik berlaku melalui aktiviti

perbincangan dan komunikasi. Dengan aktiviti ini, pelajar berupaya membuat refleksi dan

boleh menjelaskan pemikiran mereka terhadap idea matematik. Penglibatan aktif pelajar

dalam berkomunikasi dan membuat refleksi dalam kerja kumpulan dapat membantu pelajar

memahami dan membina kefahaman tentang sesuatu konsep atau kemahiran matematik.

Contohnya guru boleh meminta sekumpulan pelajar menyelesaikan masalah tersebut

bersama-sama sambil berbincang: Seutas tali dipotong kepada 5 bahagian yang sama

panjang. Jika setiap bahagian tali itu ialah 50.5 cm panjang, berapaka panjang asal tali itu

dalam meter? Bagaimanakan kamu mendapatkan jawapan?

iv) Menyedari dan menggunakan kemahiran membaca, menulis, mendengar, mengamati,

mentafsir dan menilai idea matematik.

Penggunaan kemahiran tersebut merupakan aktiviti yang sangat penting dalam proses

pembelajaran matematik. Penggunaan aktiviti tersebut sebagai alat pembelajaran dalam

matematik telah diterima denagn baik oleh ramai pendidik matematik semenjak tahun

1980-an diseluruh dunia, contohnya di Amerika, Australia, Britain dan sebagainya

(Noraini, 2005). Melalui aktiviti tersebut, pelajar berupaya membina pengetahuan

matematik mereka sendiri serta membantu mereka memahami konsep matematik dengan

lebih baik. Ia juga merupakan satu cara bagi pelajar untuk menjelaskan pemikiran mereka

Page 23: Kom dlm pnddkn mate zamri(teks asal)

23

serta menggalakkan pelajar untuk mempelajari sesuatu konsep dengan lebih bermakna,

bukan hanya menghafal tanpa memahaminya. Aktiviti itu juga boleh menggalakkan pelajar

untuk memikirkan dengan lebih mendalam tentang kandungan matematik dan melihat

perhubungan antara setiap konsep. Beberapa contoh aktiviti yang boleh diberikan kepada

pelajar untuk diselesaikan adalah seperti berikut:

1. Tuliskan apakah yang kamu faham tentang perkataan algebra?

2. Terangkan bagaimanakah kamu akan menyelesaikan masalah berikut. Di mana yang

sesuai, ternagkan kenapakah kamu menggunakan langkah-langkah begitu untuk

menyelesaikan masalah 15x2 + 17x = 4 ?

3. Epal berharga lima kali lebih mahal daripada pisang. Jika harga 3 biji epal dan 6 biji

pisang ialah RM2.10, carikan harga sebiji epal. Gunakan perkataan kamu dan terangkan

langkah-langkah penyelesaian dengan terperinci. Semasa pelajar menyelesaikan

masalah, mereka perlu menerangkan dan menjawab soalan-soalan berikut:

a) Terangkan setiap langkah yang digunakan dalam penyelesaian masalah

b) Bagaimanakah kamu mengimbas kembali penyelesaian yang telah kamu buat?

c) Bagaimana kamu berasa yakin tentang apa yang kamu buat?

d) Apakah konsep matematik yang telah kamu pelajari?

e) Bagaimanakah pengetahuan sekarang dapat dikaitkan dengan pengetahuan yang

telah kamu pelajari dahulu?

f) Apakah persoalan baru yang dapat kamu kemukakan hasil daripada aktiviti ini?

KURIKULUM TRADISIONAL DAN KURIKULUM BARU.

Dalam membincangkan komunikasi dalam matematik ini, pasti kita akan terfikir bagaimana

pembentukan semula kurikulum dapat membina komunikasi matematik pelajar? Di Vietnam,

kurikulum baru yang dibina cuba untuk mengurangkan latihan untuk skil asas dalam matematik

tetapi melebihkan aktiviti ‘hands-on’ supaya pelajar menguasai idea matematik dan membina

Page 24: Kom dlm pnddkn mate zamri(teks asal)

24

pemikiran matematik. Dibawah ada disertakan rajah yang menunjukkan perbezaan diantara

kurikulum tradisional dan kurikulum baru (Tran Vui 2006).

KURIKULUM TRADISIONAL KURIKULUM BARU

1.Mengingat formula dan fakta 1.Memahami konsep matematik dan pembinaan

formula

2.Latihan untuk skil asas dalam matematik. 2.Memfokuskan latihan ‘hands-on’ untuk

membantu pelajar menguasai idea matematik dan

membina pemikiran matematik.

3.Pelajar bekerja bersendirian untuk

menyiapkan kerja-kerja sekolah. Mereka tidak

dibiasakan untuk ‘bercakap’ berkenaan konsep

matematik.

3.Pelajar berfikir, berbincang, menulis,

mendengar, membaca dan meneroka konsep

matematik.

4.Pelajar membuat latihan sendirian. 4.Pelajar bekerja secara kooperatif didalam

kumpulan dalam pembinaan mental yang sesuai

berkenaan suatu konsep matematik.

5.Bila bertanya soalan kepada pelajar, guru lebih

suka mencari satu jawapan yang betul kepada

permasalahan matematik dan menerangkan

kepada pelajar mengapa jawapan tersebut dikira

betul.

5.Guru sebagai fasilitator dan mengurus pelajar

untuk menerokai ilmu baru dan menyelesaikan

masalah bukan rutin dalam matematik.

Kurikulum baru pendidikan matematik ini diharap dapat membantu pelajar untuk mencapai

empat objektif iaitu ilmu, skil, pemikiran dan sikap terhadap matematik. Fokus yang paling

penting sepatutnya diberikan kepada pembinaan pemikiran matematik pelajar itu sendiri. Pelajar

sepatutnya dapat membina kemampuan untuk menilai, memerhati, memberi sebab yang logik dan

menganggar metod yang mana paling sesuai dengan masalah matematik tersebut. Mereka juga

mampu untuk menyatakan secara jelas dan tepat idea matematik mereka dan dapat memahami idea

matematik kawan mereka. Pemikiran mereka juga sepatutnya menjadi lebih kreatif dan tidak

terlalu bergantung kepada orang lain. Oleh sebab itulah, dalam menilai kemampuan pelajar dalam

Page 25: Kom dlm pnddkn mate zamri(teks asal)

25

berkomunikasi dalam matematik sepatutnya melihat kepada bukti yang mereka sememangnya

dapat menyatakan idea matematik mereka secara percakapan, penulisan, membuat demo dan lain-

lain.

Daripada kurikulum yang baru dibina itu, terdapat lima komponen utama dalam proses

matematikal yang dapat menggalakkan komunikasi pelajar didalam kelas pada setiap tahap

pemikiran. Lima komponen tersebut ialah mengesahkan, menjangkakan, mengeneralisasikan,

menyatakan sebab dan membuktikan. Kadang-kadang kita boleh membahagikan cirri-ciri

komunikasi didalam kelas seperti berikut; iaitu setiap kategori bersama dengan ciri-cirinya akan

dapat membantu para guru mendefinisikan apa yang dapat dibuat semasa didalam kelas untuk

mempromosikan komunikasi para pelajar. Pertama, untuk kategori alat, ciri komunikasi

melibatkan bahasa, bahasa matematik, konsep, simbol, formula, bahan asal dan bahan-bahan

daripada computer. Kedua, untuk kategori cara, ciri-cirinya melibatkan graf, ganbar-gambar

model, percakapan, penulisan penyelesaian masalah, cara memberi penerangan, membuktikan,

berbincang dan refleksi. Ketiga, komunikasi juga adalah untuk bertanya, mendapat kefahaman,

menyelidik, menyelesaikan dan juga untuk memeriksa.

KOMUNIKASI DAN BAHASA MATEMATIK

Matematik sebagai satu bahasa.

Setiap idea matematik mempunyai tiga komponen utama iaitu komponen linguistik atau bahasa

matematik, komponen konsep dan komponen prosedur (Ibrahim 1994). Matematik ialah satu

bahasa yang melibatkan komunikasi konsep melalui simbol. Ia juga boleh dilihat sebagai satu

bahasa yang dibina dari bentuk-bentuk yang menyebabkan kemahiran asas dalam mempelajari

matematik iaitu keupayaan mengenal bentuk, menyatakan bentuk secara jelas dan mengaplikasi

bentuk untuk menyelesaikan masalah (Wheeler 1979). Konsep-konsep yang terkandung didalam

bahasa matematik ialah klasifikasi, kuantiti, saiz, susunan, perhubungan, ruang, jarak, masa dan

lain-lain. Bahasa matematik secara amnya terdiri daripada tiga bahagian yang utama iaitu

perbendaharaan kata matematik, sintaksis dan terjemahan dua hala (Ibrahim, 1994). Jadi, sekiranya

seseorang murid tidak dapat menyelesaikan masalah bercerita, punca masalah mungkin bukan dari

Page 26: Kom dlm pnddkn mate zamri(teks asal)

26

kelemahan dalam aritmetik sahaja tetapi mungkin disebabkan kelemahan dalam penguasaan

bahasa matematik.

Penguasaan perbendaharaan kata matematik murid bergantung kepada pengalaman

sehariannya dengan kawan, keluarga dan persekitaran. Ia juga bergantung kepada perbendaharaan

kata yang digunakan oleh guru matematik didalam kelas dan juga tahap bahasa maatematik yang

digunakan didalam buku teks. Semakin kuat seseorang murid mendapat ketiga-tiga faktor tersebut

maka semakin tinggi penguasaan perbendaharaan kata matematik mereka.

Sintaksis pula merupakan suatu reflek kepada tatabahasa yang berhubungan diantara

perkataan, frasa dan ayat. Ia menjadi formula kepada tranformasi ayat bahasa Melayu seperti ayat

aktif, pasif atau ayat tanya. Berikut adalah beberapa contoh ayat yang membentuk sintaksis

(sruktur) yang berlainan. Contoh ayat aktif ialah ‘emak menggoreng ikan’, bila dipasifkan ayat ini

ia menjadi ‘ikan digoreng oleh emak’. Contoh ayat aktif lain ialah ‘bola itu ada dipadang’ dan bila

ditukar kepada ayat tanya ia menjadi ‘Adakah bola itu di padang?’. Ianya adalah sama formulanya

dengan sesetengah transformasi dalam matematik secara analoginya. Didalam algebra dapat dilihat

bagaimana simbol dimanipulasikan mengikut formula bahasa dan tatabahasa bagi perwakilan

simbol. Sebagai contoh, a x b = b x a, ( a + b ) 2 = a2 + 2ab + b2 dan a ( b + c ) = ab + ac. Untuk

meningkatkan penguasaan bahasa matematik murid, guru perlu menggunakan pelbagai bentuk ayat

yang mempunyai maksud yang sama dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Pelbagai bentuk

ayat yang dimaksud bolehlah dicontohkan sebagai 10 – 3 = ? Soalan begini boleh ditanya dalam

beberapa cara iaitu:

1. Cari beza diantara 10 dan 3

2. Cari selisih diantara 10 dan 3

3. Tolak 3 dari 10

4. Ambil 3 dari 10

5. 10 dikurangkan 3 sama dengan berapa?

6. Ada 10 bola didalam satu kotak, kalau cikgu ambil 3 bola, berapa bola yang tinggal?

Page 27: Kom dlm pnddkn mate zamri(teks asal)

27

Sekiranya guru hanya menggunakan satu bentuk ayat sahaja, murid akan mendapat masalah dalam

peperiksaan kerana tidak faham konsep atau mungkin soalan yang ditanya mengguna bentuk yang

berbeza.

Bahagian yang ketiga ialah terjemahan dua hala. Diantara masalah yang dihadapi oleh

pelajar ialah untuk menukar maklumat yang terkandung didalam soalan iaitu dalam bahasa Melayu

kepada ayat matematik iaitu bahasa matematik. Untuk menguasai kemahiran penyelesaian

masalah, murid perlu ada kemahiran didalam menterjemahkan masalah bercerita didalam bahasa

Melayu kepada bahasa matematik atau sebaliknya. Guru juga perlu melatih murid supaya mereka

dapat berfikir dalam bahasa matematik. Ini sebenarnya boleh diaplikasikan untuk apa bahasa

sekalipun seperti bahasa Inggeris, Perancis dan lain-lain bahasa iaitu berfikir dalam bahasa tersebut

untuk memahirkan diri mereka mengguna bahasa tersebut. Selain daripada memberi soalan

masalah bercerita, guru matematik perlulah juga memberi peluang murid membentuk soalan

masalah bercerita berdasarkan ayat matematik yang diberi. Contoh soalan yang boleh

dikemukakan kepada murid adalah seperti berikut: 10 + 4 -2 = ?. Hasilkan satu cerita berdasarkan

ayat matematik yang diberikan. Dengan memahami konsep asas bahasa ianya bertujuan untuk

mengenalpasti sesetengah komponen untuk berkomunikasi dengan bahasa matematik.

Komponen konsep pula melibatkan konsep matematik dimana konsep didalam matematik

adalah satu perkara yang sangat penting. Pemahaman konsep menyebabkan pelajar dapat

menghurai dan mengetahui bagaimana dan kenapa sesuatu simbol dan sesuatu aritmetik itu

sedemikian. Hasil dari pemahaman konsep ini membolehkan pelajar menerangkan dan mengesan

dimana logiknya ilmu matematik. Apabila ada sesuatu permasalahan yang timbul maka pelajar

boleh merujuk kepada konsep untuk mengetahui permasalahan dan membaikinya.

Konsep didalam matematik boleh berubah-ubah mengikut situasi dan kondisinya yang

tertentu. Konsep diajar dan dikembangkan mengikut perkembangan kognitif pelajar. Contoh

dibawah boleh menghuraikan perbincangan diatas. a) ½ x 4 = 2; b) 4 x 1/2 = 2. Berdasarkan

contoh a) darab mewakili konsep sebagai sebahagian daripada iaitu, ada 4 objek dalam kumpulan

kemudian diambil separuh daripadanya. Hasilnya ialah 2. Dalam contoh b) darab mewakili konsep

Page 28: Kom dlm pnddkn mate zamri(teks asal)

28

penambahan berulang, iaitu ada 4 kali satu perdua atau satu perdua ditambah sebanyak 4 kali.

Contoh yang lain pula ialah yang melibatkan pembahagian. Contah c) 8 ÷ 4 = 2 dan

d) 8 ÷ ½ = 16. Konsep pembahagian sebagaimana yang diajar kepada murid sekolah rendah ialah

akan berlaku pengurangan sekiranya sesuatu nombor atau benda dibahagikan kepada bahagian

tertentu. Ini dapat dilihat didalam contoh c) tetapi tidak didalam contoh d). Jadi sudah tentu ini

akan mengelirukan pelajar. Oleh itu, kefahaman konsep adalah sesuatu perkara yang penting. Nilai

jawapan yang besar bukannya menunjukkan pertambahan tetapi ianya mewakili ada 16 kali ½.

Sekiranya objek konkrit seperti buah epal digunakan, maka terdapat 16 keping epal yang telah

dibahagi ½.

Komponen yang terakhir ialah komponen prosedur. Murid perlu didedahkan dengan latihan

yang cukup supaya cekap didalam pengiraan sesuatu soalan matematik. Pada tahun 50an dan 60an,

kurikulum matematik sangat mementingkan komponen prosedur melalui aktiviti latih tubi tetapi

pada tahun 70an dan 80an, kurikulum matematik hanya menfokuskan kepada konsep sahaja dan

prosedur diabaikan. Hasilnya murid faham konsep matematik tetapi tidak cekap dalam pengiraan

matematik. Kini, diera 90an, penyelesaian masalah menjadi fokus utama dengan tidak

mengabaikan kefahaman konsep dan komponen prosedur. Kurikulum matematik sepatutnya

mementingkan ketiga-tiga komponen ini.

Komunikasi matematik melalui bahasa matematik.

Bahasa adalah alat yang digunakan untuk berkomunikasi. Melalui kemahiran berbahasa,

komunikasi akan berjalan dengan lancar. Kanak-kanak akan dapat memahami matematik sekiranya

mereka mempunyai kemahiran dalam bahasa matematik. Oleh kerana komponen bahasa

matematik terdiri daripada istilah, simbol dan sintaksis, maka kebolehan berkomunikasi dengan

matematik akan meningkat sekiranya komponen bahasa matematik dikuasai oleh pelajar.

Pendidikan matematik di Malaysia telah memfokuskan kepada kemahiran penyelesaian

masalah (PPK, 1992). National Council of Teacher of Mathematics (NCTM) pula menegaskan

bahawa penyelesaian masalah harus dijadikan matlamat utama kurikulum matematik. Jadi dalam

menyelesaikan masalah matematik, pelajar sangat memerlukan kepada kefahaman bahasa

Page 29: Kom dlm pnddkn mate zamri(teks asal)

29

matematik. Tambahan lagi, masalah utama murid dalam menjawab soalan berbentuk perkataan

terletak kepada peringkat kefahaman dan transformasi iaitu menukarkan perkataan dalam soalan

kepada ayat atau simbol matematik (Newman, 1983).

Newman (1983) mengungkapkan “ Children’s informal language can indicate a readiness

to translate to formal abstract symbol. For example, when student can talk about their action with

manipulatives or describe how problems can be solved with manipulatives or describes how story

problems can be solved with manipulatives or pictures, they are ready to record their ideas with

written symbols”. Melalui kemahiran berbahasa didalam matematik, murid akan berkomunikasi

dengan matematik terutamanya dengan kurikulum matematik yang menjadi pilihan diabad ini.

Perbezaan peranan bahasa murid yang dimainkan didalam pembelajaran matematik

dinyatakan oleh K4 Matematik sebagai komunikasi yang standard (NCTM, 1982) dimana bahasa

dilihat dapat membantu pelajar membina hubungan diantara pengalaman tidak formal matematik

dan simbol abstrak yang digunakan didalam matematik. Tambahan lagi bahasa juga memudahkan

hubungan diantara pelbagai perwakilan matematik .

Komunikasi yang standard juga menerangkan bagaimana perwakilan idea matematik dalam

pelbagai cara untuk menghasilkan komunikasi. Proses ini melibatkan pengambilan idea matematik

sebagai satu cara dan menterjemahkannya pula adalah cara yang lain pula. Sebagai contoh, seorang

murid akan mewakilkan ¾ dengan melukis gambarajah bulatan yang dibahagikan kepada empat

bahagian yang sama dengan tiga bahagian berlorek. Murid telah menterjemahkan simbol kepada

gambarajah. Murid mungkin juga menterjemahkan masalah bercerita pembahagian atau konsep

bahagi kepada tindakan dengan bahan manipulatif. Aktiviti ini membolehkan proses

penterjemahan dari kehidupan harian kepada penggunaan bahan manipulatif. Murid akan

berkomunikasi dengan matematik apabila mereka diberi peluang mempersembahkan konsep dalam

pelbagai cara dan berbincang bagaimana kepelbagaian cara menghasilkan konsep yang sama.

Terdapat satu model yang mencadangkan supaya idea matematik diwakilkan dalam lima

cara berlainan iaitu secara manipulatif, gambar, konteks kehidupan sebenar, simbol bahasa lisan

dan simbol tulisan. Model ini dinamakan Model Translation Lesh. Mengikut model ini, untuk

Page 30: Kom dlm pnddkn mate zamri(teks asal)

30

membina kefahaman yang mendalam tentang idea matematik, murid sepatutnya mempunyai

pengalaman dalam kelima-lima cara dan dapat melihat bagaimana kelima-lima cara ini berkait

diantara satu sama lain. Penggunaan bahan manupulatif pula adalah amat penting bagi murid

semasa berlakunya proses pembelajaran. Melalui proses ini, guru boleh mengenalpasti peringkat

perkembangan murid serta membantu guru membimbing murid untuk berbincang idea matematik.

Selain daripada bahan manipulatif, melukis atau menggunakan rajah juga merupakan suatu

proses bagaimana murid menyampaikan idea mereka tentang suatu konsep matematik. Kadang-

kadang murid tidak dapat menyelesaikan permasalahan matematik melalui penggunaan simbol

tetapi masalah ini dapat diselesaikan melalui lukisan dan lakaran yang ditunjukkan oleh murid.

Murid sebenarnya telah melahirkan apa yang tersirat dalam pemikiran mereka tentang idea

matematik yang mereka fahami. Sebenarnya proses komunikasi murid telah berlaku dengan

menzahirkan idea mereka melalui lukisan atau rajah.

Kajian keatas masalah bercerita menunujukkan bahawa murid boleh menterjemahkan

masalah dengan menggunakan kaedah gambaran atau lukisan. Bercakap, mendengar dan menulis

tentang konsep matematik boleh membantu murid mengenalpasti idea mereka. Bahasa tidak

formal murid sebenarnya menjadi petunjuk kepada guru untuk menterjemahkannya kepada simbol

matematik yang sebenar. Apabila murid telah mula bercakap, menghurai dan menunujukkan

melalui gambarajah, sebenarnya mereka telah bersedia untuk merekod dan menerima simbol

matematik. Apa yang membimbangkan kita ialah apabila guru terlalu terkejar untuk mewakilkan

idea matematik dengan penulisan simbol. Simbol yang abstrak ini sepatutnya dicatatkan apabila

murid telah bersedia dan telah ada pengalaman tentang idea matematik (Hiebert 1985). Simbol

yang abstrak ini sepatutnya menjadi hubungan semulajadi serta menjadi pemurnian dengan bahasa

murid itu sendiri. Model ini sebenarnya boleh membantu guru untuk menyusun pengajaran bagi

memberi penekanan kepada kepelbagaian pelajar dalam mewakilkan idea matematik dan

menggunakan bahasa tidal formal matematik untuk membina hubungan dengan kepelbagaian

perwakilan idea matematik.

Menurut Ralph (1977), kejayaan didalam matematik memerlukan pelajar yang benar-benar

faham akan simbol-simbol dan perkataan matematik yang diguna untuk mengekspresikan konsep

Page 31: Kom dlm pnddkn mate zamri(teks asal)

31

matematik. Malah kemahiran membaca bahasa matematik adalah bersandar kepada kemahiran

membaca yang diperolehi dari pembacaan bahasa biasa. Kajian menunjukkan bahawa pengajaran

tatabahasa matematik kepada pelajar sederhana dan pelajar pandai adalah lebih mudah daripada

pelajar bodoh kerana pelajar pandai mempunyai kefahaman yang baik dari segi bahasa dan telah

mempunyai pengetahuan tatabahasa yang cukup. Bahasa ibunda dan bahasa matematik memainkan

peranan yang penting dalam mengkonsepsualisasikan idea matematik dan penggunaan maklumat

matematik. Bahkan, menurut Noraini (2001), guru haruslah mengaitkan pengalaman pelajar

tentang perkataan atau ungkapan matematik dan memerlukan penekanan dari segi sebutan, ejaan

dan makna serta aplikasinya didalam kehidupan seharian. Bahkan, kebolehan membaca bahasa

matematik tidak semestinya memerlukan seorang pelajar itu memahami konsep atau idea didalam

matematik. Oleh itu, untuk memahami matematik seseorang itu harus menguasai laras bahasa

matematik dan ilmu matematik itu sendiri (Rosalie, 1973).

Cara memperkembangkan bahasa matematik.

Para pendidik matematik mempunyai peranan yang besar dalam proses perkembangan bahasa

matematik (Sabri Ahmad, 2005). Diantara perkara penting yang perlu diberi perhatian dalam

konteks kurikulum matematik ialah:

i) Soalan Penyelesaian Masalah

Penyelesaian masalah melibatkan kemahiran kemahiran menggunakan bahasa matematik. Tanpa

penguasaan sepenuhnya dalam bahasa matematik, seseorang itu tidak akan dapat menyelesaikan

sesuatu masalah dengan berkesan, terutama masalah yang lebih kompleks. Dalam penyelesaian

masalah, seseorang pelajar mestilah memahami masalah, dapat menterjemahkan ayat biasa kepada

ayat matematik dan dapat melaksanakan langkah penyelesaian yang melibatkan operasi dan rumus

tertentu.

ii) Penggunaan Bahasa Matematik yang Betul

Page 32: Kom dlm pnddkn mate zamri(teks asal)

32

Para pendidik matematik mestilah berusaha menggunakan bahasa matematik dengan tepat dan

betul. Mereka mestilah mengelakkan daripada menggunakan istilah dan symbol yang berbagai-

bagai dan tidak tepat serta ungkapan yang salah. Keadaan ini akan mengelirukan para pelajar yang

kadangkala akan menyebabkan berlaku salah pengkonsepsian. Beberapa contoh symbol matematik

yang sering disebut secara tidak tepat oleh guru ialah:

‘+’ disebut sebagai campur (yang betulnya ialah ‘tambah’)

‘0’ disebut sebagai kosong (yang betulnya ialah ‘sifar’)

‘32’ disebut sebagai tiga ganda dua (yang betulnya ialah ‘tiga kuasa dua’)

‘0.25’ disebut sebagai kosong perpuluhan dua puluh lima (yang betulnya ialah ‘sifar perpuluhan

dua lima’)

‘456’ disebut sebagai nombor empat lima enam (yang betulnya sebagai ‘empat ratus lima puluh

enam’)

iii) Penyelarasan Simbol

Kesukaran dan kekeliruan dalam mempelajari matematik adalah akibat ketidakselarasan dalam

pernyataan symbol. Malah ada orang membuat anggapan bahawa matematik adalah himpunan

symbol-simbol yang kompleks (Ngean, 1982). Ada lima jenis masalah yang berkaitan dengan

simbol dalam matematik iaitu:

a) Simbol Yang Tidak Konsisten

Sebahagian simbol digunakan dalam bentuk dan di tempat yang berbeza. Contohnya dalam

operasi penambahan dan pendaraban berikut, e + e + e = 3e manakala e.e.e = e 3. Kenapa

ianya tidak dalam urutan yang lebih konsisten seperti e3 dan e3 atau 3e dan e3. Situasi di

atas perlu diperjelaskan dengan sebaik mungkin oleh guru.

b) Simbol Yang Tidak Tepat

Simbol yang tidak tepat di sini bermaksud simbol spesifik yang boleh menyebabkan salah

pengkonsepsian di kalangan pelajar sekolah rendah khususnya. Ada kanak-kanak yang

mengalami ‘retinal inversion’, di mana sering menulis secara terbalik. Mereka menulis

‘dola’ untuk ‘bola’. Begitu juga dalam penulisan angka. Oleh yang demikian, symbol

seperti ‘<’ agak kurang sesuai kepada golongan pelajar tersebut. Mereka berfikir tentang

Page 33: Kom dlm pnddkn mate zamri(teks asal)

33

‘<’ tapi menulis ‘>’. Bagi mengatasi masalah ini, guru perlu mengenalpasti symbol-simbol

yang sesuai dikemukakan kepada pelajarnya.

c) Simbol Yang Sinonim

Masalah ini berkaitan dengan beberapa simbol yang mewakili sesuatu konsep. Sebagai

contoh, satu garisan yang berkecerunan tiga dan melalui titik (0,5) boleh ditulis dalam

beberapa bentuk iaitu y = 3x + 5 atau f(x) = 3x + 5 atau f:x → 3x + 5. Dalam contoh lain

yang melibatkan pendaraban dua nombor nyata seperti n x m atau n.m atau n(m) atau nm.

Semua bentuk di atas menunjukkan m didarab dengan n. Namun perlu diingat bahawa

n.m + k ≠ n (m+k). Oleh yang demikian, guru perlu memberi penjelasan yang secukupnya

disamping penggunaan yang menyeluruh di dalam latihan.

d) Simbol ‘Archaic’.

Simbol aritmetik yang agak kuno ialah symbol ‘/’. Pada peringkat awal, punca kuasa dua

dirumuskan keseluruhannya secara lisan (‘radix two’ atau ‘the root two’). Simbol yang

mula ditemui ialah √2 (punca kuasa dua). Kemudian bertukar kepada /. Dan seterusnya

kepada / sehinggalah sekarang. Simbol ini adalah sebahagian daripada budaya intelektual

semasa zaman kebangkitan yang tentunya tidak sesuai dengan budaya intelektual hari ini.

Oleh itu, dengan mengambil kira keberkesanan pedagogi dan psikologi, ia sesuai di tukar

kepada bentuk indeks.

e) Simbol ‘Ambiguous’.

Masalah ini berkaitan denagn satu symbol yang mempunyai berbagai makna khususnya

bila digunakan dalam situasi yang berlainan. Contohnya symbol ‘-‘. Pertama, ia digunakan

untuk operasi tolak antara dua nombor seperti 8-6. Kedua, ianya mewakili integer negative

seperti -6 < -5. Ketiga, ia menunjukkan ‘inverse’ seperti –(3) = -3 (pantulan titik 3 pada

asalan). Masalah diatas boleh diatasi dengan menyelaraskan simbol.

Komunikasi matematik melalui interaksi sosial.

Page 34: Kom dlm pnddkn mate zamri(teks asal)

34

Interaksi sosial ialah satu ciri persekitaran semulajadi yang dialami oleh setiap manusia biasa.

Guru sepatutnya mewujudkan komunikasi yang berbentuk interaksi sosial dikalangan pelajar

dengan pelajar dan pelajar dengan guru didalam proses pengajaran dan pembelajaran seawal

peringkat tadika lagi. Ini kerana komunikasi melalui interaksi sosial dilihat sangat penting dalam

membina pengetahuan matematik pelajar. Di peringkat tadika misalnya, guru dapat membantu

kanak-kanak yang baru memulakan pendidikan formal mereka dan memperbaiki pengetahuan

matematik yang tidak formal yang telah mereka ikuti sebelumnya.

Komunikasi melalui interaksi sosial didalam suatu bilik darjah akan memberi peluang

kepada pelajar untuk meningkatkan penguasaan kemahiran membaca, menulis, mendengar dan

berfikir secara kreatif. Tambahan lagi, ia membolehkan pelajar berkongsi masalah yang mana akan

mengembangkan dan memperdalamkan kefahaman pelajar tentang matematik. Lebih tepat lagi bila

kita lihat dalam interaksi sosial akan ada rundingan yang wujud diantara pelajar. Melalui proses

rundinganlah seseorang itu akan melihat rakan sebayanya dalam memahami sesuatu konsep dan

secara langsung skema didalam mindanya akan berubah dan pengetahuannya yang sedia ada akan

berkembang. Bukan itu sahaja, rundingan juga dapat mempertajam dan memperdalamkan

pemikiran seseorang.

Kalau kita lihat didalam kehidupan kita seharian, kita akan dapati yang kita seringkali

membuat rundingan dalam usaha mengatasi masalah. Fungsi rundingan ialah untuk mencapai

persetujuan diantara dua pihak atau lebih dalam proses interaksi sosial. Pelajar sekolah perlu diajar

supaya mereka mahir membuat rundingan. Pada dasarnya, untuk menghasilkan rundingan yang

boleh meyakinkan orang lain, seseorang pelajar itu haruslah mengumpulkan maklumat dan hujah

yang sesuai. Contoh seterusnya menunjukkan bagaimana proses rundingan berlaku didalam

suasana pengajaran dan pembelajaran matematik didalam sebuah bilik darjah.

Guru : Bolehkah kamu tolong cikgu kira 240 x 22?

(Selepas lebih kurang 30 saat)

Pelajar A : Cikgu, jawapannya ialah 5280.

Page 35: Kom dlm pnddkn mate zamri(teks asal)

35

Pelajar-pelajar lain : Cepatnya awak kira! Betul ke jawapan awak tu?

Guru : Boleh kamu tunjukkan penyelesaiannya dipapan hitam?

Pelajar A : Boleh, cikgu!. (Lihat penyelesaian berikut yang ditulis olehnya dipapan hitam)

240 x 20 dicampur dengan 240 x 2 bersamaan dengan 4800 + 480 = 5280

Pelajar-pelajar lain : Betullah jawapannya. Oh, macam itu rupanya!

Dalam situasi ini, penyelesaian yang ditunjukkan oleh pelajar A adalah berlainan dengan

yang lazim dilakukan oleh pelajar lain. Namun, pelajar A dapat merundingcarakan

penyelesaiannya untuk diterima oleh kawan sebayanya dengan mengemukakan hujah-hujah yang

logik untuk mempertahankan penyelesaiannya. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran seperti

di atas, seseorang itu (pelajar lain) akan membina atau menyusun semula pengetahuan yang baru

diperolehi itu dengan yang sedia ada dan membentuk pengetahuan yang baru. Proses komunikasi

melalui interaksi sosial dalam pembelajaran matematik memerlukan pelajar membuat perundingan

yang mana membolehkan pengetahuan matematik dibina dan di perkembangkan didalam

mindanya.

Kepentingan interaksi sosial juga boleh dilihat dari segi persekitaran baru yang wujud

semasa interaksi sosial itu berlaku (Maher & Alston, 1990). Persekitaran baru ini dilihat dapat

mengadakan peluang membina struktur yang lebih kukuh dan membolehkan guru dan pelajar

memperluaskan pengetahuan mereka dan dapat menggunakan kefahaman yang diperolehi dari

pengalaman tersebut untuk perkembangan yang berterusan. Kajian ini dilihat menyokong contoh

yang dinyatakan diatas berkenaan pelajar yang mengemukakan konsep hasildarab 240 x 22. Pelajar

lain mungkin dapat menggunakan cara pelajar A tadi untuk kes yang setara dengan kes tadi atau

bagi pelajar yang kreatif mungkin dapat menggunakannya sebagai batu loncatan untuk

menghasilkan dengan kaedah yang berbeza. Akhirnya, interaksi sosial juga dilihat dapat membina

pengetahuan baru pelajar dan memeperkembangkan pengetahuan yang sedia ada (NCTM, 1991 ).

Pelajar seperti dipaksa untu bercakap sesama mereka dan juga bercakap sebagai memberi respon

Page 36: Kom dlm pnddkn mate zamri(teks asal)

36

kepada guru dan apabila pelajar mula menyatakan pembuktian didalam kelas tentang matematik,

idea dan ilmu akan terbina secara kolaboratif .

Kenyataan ini juga disokong oleh Blummer (1969) dan Bauersfeld (1988) yang

menyatakan bahawa bila pelajar berinteraksi sosial dengan rakan dan guru mereka, maka akan

terhasillah peluang untuk setiap pelajar membina pengetahuan matematik. Tambahan lagi,

pembinaan matematik oleh pelajar bukanlah wujud dengan sendiri tetapi ianya terkawal oleh

kewajipan masing-masing umtuk membentuk interpretasi yang boleh disesuaikan dengan

pembinaan ahli didalam komuniti bilik darjah.

Bila membincangkan interaksi sosial, tidak dapat tidak ia mesti melibatkan pembelajaran

koperatif. Kajian mendapati didalam pembelajaran koperatif kecil didalam bilik darjah, masalah

barkait dengan matematik seperti pelajar kecewa dengan matematik, takut kepada matematik,

mengelak daripada matematik dan lain-lain lagi akan dapat diatasi (Davidson, 1990). Ini kerana

dengan wujudnya kumpulan kecil yang melaksanakan pembelajaran koperatif secara tidak

langsung telah dapat memberi sokongan sosial untuk murid mempelajari matematik, proses

interaksi akan dapat membantu setiap ahli didalam kumpulan untuk mempelajari konsep dan

strategi menyelesaikan masalah, sesetengah murid dapat memujuk rakan mereka dengan argument

yang logik, murid boleh membincangkan kelebihan penyelesaian yang mereka kemukakan, murid

didalam kumpulan yang sama biasanya akan teruja untuk membantu rakannya untuk menguasai

fakta dan prosedur yang perlu didalam konteks permainan atau memahami masalah. Malah ramai

pelajar yang akan belajar semasa proses bercakap, mendengar dan menerangkan dan kadang-

kadang guru akan mendapati yang pelajar didalam kumpulan dapat menyelesaikan masalah yang

lebih mencabar daripada biasa berbanding jika mereka bersendirian.

Pendekatan yang berfaedah yang ingin diaplikasikan kepada pelajar ialah satu pendekatan

yang boleh merangsang secara spontan minat dan penglibatan pelajar dalam persekitaran

Page 37: Kom dlm pnddkn mate zamri(teks asal)

37

semulajadi dan dapat membantu mereka memperkembangkan pengetahuan matematik mereka

yang terdahulu (Ginsburg, 1993). Menurut Koehler & Prior (1993), interaksi diantara guru dan

pelajar adalah kunci kepada proses pengajaran dan pembelajaran. Ini kerana ramai yang

berpendapat bahawa proses pengajaran dan pembelajaran boleh berlaku untuk semua pelajar tanpa

buku, papan hitam dan sebagainya tetapi proses itu hanya berlaku untuk segelintir pelajar sahaja

sekiranya imteraksi diantara guru dan pelajar diberhentikan. Oleh itu, interaksi sosial secara

individu atau berkumpulan merupakan salah satu proses komunikasi yang mesti diwujudkan

didalam bilik darjah bagi pengajaran dan pembelajaran matematik.

Melalui interaksi sosial, idea matematik dapat diterjemahkan melalui lukisan, tulisan,

percakapan, pertanyaan, memberi komen, mengkritik, membuktikan, memberi penjelasan dan

pendapat, mendengar dan sebagainya. Interaksi sosial bersama kawan sedarjah akan dapat

membantu murid membina pengetahuan, belajar pelbagai cara untuk memberi idea dan

memperjelaskan pemikiran mereka sendiri (NCTM, 1989). Sehubungan dengan itu Van

Glasersfeld (1990) berpendapat yang pengetahuan matematik bukanlah dibina secara terasing

daripada perkara-perkara lain tetapi setiap abstraksi yang dibuat oleh seseorang pelajar keatas

perkara yang berkaitan dengan pengalaman adalah terkawal oleh interaksi sosial dan komunikasi

yang dibuat olehnya dengan ahli kumpulannya. Tiada seorang pelajar pun yang dapat mengelakkan

daripada mewujudkan penyesuaian yang berkaitan dengan persekitaran sosialnya seperti ahli-ahli

matematik, guru-gurunya atau orang dewasa yang lain.

CADANGAN MENINGKATKAN KOMUNIKASI DALAM PEMBELAJARAN

MATEMATIK.

Berdasarkan perbincangan diatas, seterusnya digariskan pelbagai kaedah dan strategi yang dapat

dilakukan oleh pendidik untuk meningkatkan komunikasi didalam kelas matematik dalam

memastikan pembelajaran menjadi lebih berkesan.

a. Susunatur kelas.

Page 38: Kom dlm pnddkn mate zamri(teks asal)

38

Susunatur kelas dan penyusunan tempat duduk boleh diambil kira sebagai menyumbang kepada

meningkatkan komunikasi dalam pembelajaran matematik (CDD 2006). Dengan menyusun satu

meja besar dengan dikelilingi lima kerusi didalam perbincangan kumpulan kecil adalah satu cara

terbaik untuk menggalakkan komunikasi diantara pelajar. Bila pelajar bekerja bersama, ia akan

mampu melaksanakan proses penyelesaian masalah. Mereka akan mampu mereflek diantara

mereka atau menyokong penyelesaian masalah kawan mereka. Selain daripada itu, mereka juga

berpeluang untuk mendengar persepsi jawapan yang berbeza dari kawan mereka. Susunatur secara

tradisional secara tidak langsung menghalang pelajar untuk melibatkan diri dalam perbincangan

didalam kelas. Pelajar akan merasa tidak selesa bila menyatakan pandangan kerana didengar oleh

semua orang dan mereka lebih memilih untuk berdiam diri sahaja.

b. Penglibatan aktiviti semasa belajar

Terdapat empat aktiviti utama dalam pembelajaran yang dapat diikuti oleh guru untuk membina

pemikiran matematik pelajar (MOET, 2006). Aktiviti pertama ialah untuk memeriksa dan

mengukuhkan pelajaran yang lalu yang ada dalam pelajaran yang baru itu. Aktiviti kedua ialah

guru memimpin pelajar untuk meneroka pengetahuan matematik dan membina ilmu baru. Aktiviti

yang ketiga ialah pelajar membuat latihan dengan ilmu yang baru dipelajari itu dengan membuat

latihan dalam buku teks dan buku latihan. Aktiviti yang terakhir ialah guru membuat kesimpulan

tentang apa yang dipelajari dan memberikan kerja rumah. Setiap aktiviti pengajaran dan

pembelajaran didalam kelas memberi peluang kepada pelajar untuk berkomunikasi. Pelajar akan

diberi peluang untuk menunjukkan pemikiran matematik mereka melalui beberapa cara seperti

kemampuan untuk menilai, menganggar, pembuktian yang rasional dan logik. Cara kedua ialah

tahu bagaimana untuk mengekspresikan tatacara dan formula matematik. Ketiga ialah tahu cara

bagaimana untuk menyelidik fakta, situasi dan hubungan dalam proses pembelajaran matematik.

c. Mempelbagai strategi pengajaran.

Berbagai strategi pengajaran dapat digunakan seperti mempromosikan pembelajaran aktif kepada

pelajar, membina kemampuan untuk belajar sendiri, membina pemikiran kreatif, membina dan

Page 39: Kom dlm pnddkn mate zamri(teks asal)

39

mengamalkan pemikiran logikal, mengaplikasikan peyelesaian masalah dan mengaplikasikan

matematik kepada kehidupan sebenar.

Dalam meningkatkan strategi pengajaran matematik juga, para guru seharusnya

meningkatkan kemahiran dalam mengemukakan soalan kepada pelajar. Kebolehan untuk menyoal

dan mengemukakan soalan adalah satu elemen yang penting dalam pembelajaran. Apabila guru

atau pelajar mengemukakan soalan, komunikasi akan wujud. Kemahiran mengemukakan soalan

sangat penting untuk menghasilkan sesuatu keputusan dalam sesuatu lapangan dengan cara yang

lebih sistematik. Sebagai guru, mereka hendaklah merancang soalan yang akan dikemukakan

dengan teliti. Sepatutnya, soalan yang dirancang hendaklah mampu memandu pelajar untuk lebih

mendalaminya dan lebih memahami konsep yang ditekankan. Jadi, guru sepatutnya disedarkan

akan kepentingan teknik penyoalan yang berkesan agar pembelajaran matematik menjadi efektif.

Terdapat banyak bahan dewasa ini yang menceritakan tentang prinsip mengemukakan soalan

sebagai panduan guru matematik yang ingin mengaplikasikan teknik penyoalan yang berkesan.

Tambahan lagi, Groisser (1964) didalam bukunya “ How to Use the Fine Art of Questioning” telah

menyenaraikan prosedur dan perkara yang perlu diambil kira untuk memastikan soalan yang

efektif yang dikemukakan didalam kelas.

Salah satu strategi yang dapat digunakan ialah strategi ‘Think-Talk-Write’ (TTW) dalam

usaha untuk meningkatkan komunikasi matematik pelajar. Hasil kajian mendapati strategi

pembelajaran TTW mempunyai pengaruh yang lebih besar terhadap pelajar yang memiliki

pengetahuan awal menengah ke atas daripada kategori bawah dalam usaha meningkatkan

komunikasi matematik. Tambahan lagi, kesan pembelajaran dengan strategi TTW ternyata lebih

meningkat ketika guru lebih intensif mengawal aktiviti pelajar mereka.

d. Mempelbagai kaedah pengajaran.

Kaedah pengajaran dimana ia dilaksanakan dengan memberikan lebih banyak masalah yang

bersifat terbuka (open problem) (Noraini, 1999). Banyak pendapat menyatakan bahawa lebih

terbuka sesuatu masalah itu, lebih ramai pelajar yang akan berkomunikasi kerana pelajar akan

menghasilkan strategi dan penyelesaian masalah yang pelbagai. Kini, guru tidak mempunyai

Page 40: Kom dlm pnddkn mate zamri(teks asal)

40

alasan untuk mengatakan yang mereka mempunyai masalah untuk mencari bahan kerana banyak

sumber yang kita boleh perolehi seperti buku, internet dan cakera padat. Komunikasi semasa

pembelajaran matematik juga sepatutnya mencerminkan komunikasi umum yang berlaku kepada

dunia luar. Masalah yang diutarakan dalam proses penyelesaian masalah juga sepatutnya

berkenaan dunia sebenar. Ini adalah satu aspek lain iaitu dalam aspek pemilihan masalah yang

perlu diambilkira oleh guru. Kemampuan untuk berkomunikasi tidak hanya bergantung kepada

kecekapan linguistik tetapi sangat bergantung kepada faktor luaran seperti kefahaman pelajar

terhadap konsep, prosedur, dinamika sosial dan pengalaman lalu. Komunikasi dalam pendidikan

matematik dikira gagal jika pelajar hanya bertanya rakannya tentang jawapan semata-mata ataupun

perbincangan mereka berkisar tentang perkara lain malah meliputi hal yang tidak ada kaitan

langsung dengan matematik.

e. Mempelbagai metod pengajaran.

Metod pengajaran yang utama terdiri dari tiga jenis iaitu metod pengajaran huraian,

penjanaan dan penilaian. Metod huraian memfokuskan kepada pembangunan untuk bahasa asas

didalam kelas dan menilai aspek sosial pembelajaran. Para guru yang mengguna metod ini akan

kurang bertanya soalan menguji tetapi lebih menekankan soalan yang provoking. Mengikut metod

pengajaran penjanaan pula, komunikasi melibatkan menginterpretasikan makna dan ini melibatkan

keseluruhan pelajar didalam kelas. Guru akan memberi respon kepada pelajar dengan memberi

stimulasi supaya pelajar akan terus berbincang. Metod ketiga ialah metod pengajaran penilaian

dimana ia banyak berkaitan dengan perspektif instrumental bagi pengajaran dan pembelajaran

matematik.

Terdapat dua model pembelajaran yang akan diterangkan secara jelas untuk meningkatkan

komunikasi pelajar didalam kelas matematik. Model yang pertama ialah model pembelajaran

berpusatkan penyelidikan (investigation-centered learning model). Model pembelajaran ini

diharapkan dapat mengimbangi diantara konsep behaviorisma dan konstruktivisma (Tran Vui,

2006). Ini bermaksud model ini cuba mengurangkan pembelajaran tradisional dan

memperbanyakkan proses memahamkan matematik itu sendiri. Model ini sebenarnya dibangunkan

untuk membina satu aktiviti pendidikan untuk kegunaan didalam kelas. Aktiviti pendidikan itu

Page 41: Kom dlm pnddkn mate zamri(teks asal)

41

sepatutnya seperti mengajak pelajar untuk membuat keputusan, menggalakkan soalan ‘apa itu’,

menggalakan pelajar untuk menggunakan metod mereka sendiri, mempromosi perbincangan dan

komunikasi dan ia sepatutnya sangat menyeronokkan.

Terdapat lima tahap penting yang terlibat bila melaksanakan penyelidikan. Tahap pertama

ialah memperkenalkan masalah. Guru hendaklah menawan minat pelajar dengan memulakannya

dengan sesi motivasi yang bagus atau memberi puzzle kepada mereka. Tahap kedua ialah untuk

memperjelaskan masalah. Pelajar diminta menggunakan soalan dalam mengeluarkan persoalan

matematik didalam permasalahan itu. Ketiga, mereka bentuk penyelidikan yang hendak dibuat.

Guru sepatutnya memimpin pelajar untuk memilih strategi penyelesaian masalah yang paling baik.

Tahap keempat ialah melaksanakan penyelidikan tersebut. Pelajar akan membuat dan menguji

hipotesis, membuat generalisasi dan guru mestilah bertanyakan soalan kepada pelajar untuk

memimpin pelajar kearah jawapan yang betul. Tahap yang terakhir ialah untuk membuat

kesimpulan tentang apa yang dipelajari pada hari itu. Pelajar memerlukan sedikit masa untuk

membuat persembahan tentang penemuan mereka dan menerangkan apa-apa teori yang mereka

dapat berkenaan soalan matematik yang mereka bincangkan.

Model yang terakhir ialah model penyiasatan berkumpulan (group investigation). Model ini

melibatkan empat komponen utama iaitu komponen penyiasatan, komponen interpretasi,

komponen interaksi dan komponen motivasi intrinsik. Keempat-empat komponen ini sebenarnya

saling bergantungan diantara satu sama lain dan ianya wujud secara serentak. Komponen

penyiasatan sebenarnya melibatkan organisasi dan prosedur untuk mengarahkan perjalanan

pembelajaran didalam kelas. Interaksi pula melibatkan dimensi sosial bagi proses pembelajaran

apabila komunikasi berlaku diantara ahli didalam kumpulan kecil didalam kelas. Interpretasi

melibatkan kedua-dua tahap iaitu di tahap sosial dan kognitif seseorang individu. Motivasi

intrinsik pula merujuk kepada penglibatan emosi pelajar untuk topik yang dipelajari.

Terdapat enam tahap penting yang biasanya dilalui oleh pelajar dalam menguasai model

penyiasatan berkumpulan. Tahap pertama ialah dimana ahli kelas akan mengenalpasti subtopik dan

menyusun kepada kumpulan penyiasatan yang berbeza. Para pelajar akan dibenarkan untuk

mencari bahan yang sesuai, mengajukan soalan dan menyusun mengikut kategori yang sesuai.

Page 42: Kom dlm pnddkn mate zamri(teks asal)

42

Kategori-kategori ini akan dijadikan subtopik. Kemudian, pelajar akan diberi peluang memilih

subtopik yang diminati. Tahap kedua ialah setiap kumpulan akan merangka penyiasatan masing-

masing secara kooperatif. Mereka akan menentukan apa yang akan mereka kaji dan bagaimana

mereka akan mengagih-agihkan kerja diantara mereka. Tahap ketiga ialah setiap kumpulan akan

menjalankan penyiasatan mereka. Setiap ahli didalam kumpulan akan duduk bersama, menyusun

dan menganalisa bahan dari pelbagai sumber yang telah mereka perolehi. Mereka akan

mengumpulkan semua penemuan mereka dan membuat kesimpulan. Setiap ahli kumpulan akan

terus-menerus berbincang dari masa ke semasa untuk pertukaran idea dan maklumat dalam

mengintegrasikan maklumat tersebut.

Tahap keempat pula melibatkan ahli kumpulan merangka untuk persembahan.

Persembahan akan dibuat dihadapan kelas iaitu dihadapan kawan-kawan mereka dan akan dinilai

juga oleh kawan-kawan mereka. Tahap kelima iaitu tahap terakhir ialah tahap dimana guru dan

para pelajar menilai projek setiap kumpulan. Pelajar akan berkongsi komen-komen yang diterima.

Selain daripada itu, menurut Noraini (1999), selain daripada menulis report untuk projek dan

mempersembahkannya, menulis tentang matematik juga patut dijadikan satu proses yang

berterusan didalam kelas matematik , samada didalam bentuk esei atau penulisan jurnal. Ini tidak

lain tidak bukan untuk proses refleksi dan penilaian.

f. Menggunakan surat penpal matematik.

Kaedah seterusnya ialah menggunakan surat penpal matematik (Eileen Philips 1995). Untuk

membina komunikasi bertulis dalam matematik kita boleh menggunakan surat penpal matematik.

Ianya boleh dilakukan dengan menukar surat yang ditulis diantara dua kelas yang mengambil

kursus matematik. Pertukaran surat ini berjalan selama 3 bulan dan penulisan dinilai berdasar isi

dan gaya penulisan.

Kenapa kita perlukan komunikasi bertulis di dalam matematik? Komunikasi di dalam kelas

matematik dilihat sebagai sangat penting didalam arahan matematik. Kepentingannya banyak

diceritakan didalam NCTM. Dokumen ini ada menekankan keperluan pelajar untuk mengguna

kedua-duanya iaitu bahasa lisan dan penulisan untuk menerangkan idea matematik kepada mereka

Page 43: Kom dlm pnddkn mate zamri(teks asal)

43

dan orang lain. Keupayaan ini dilihat penting kerana ia dapat membantu pelajar menjelaskan

pemikiran mereka dan menajamkan pemahaman konsep.

Pelbagai strategi telah diutarakan untuk meningkatkan pelajar dalam membaca, menulis

dan membincangkan idea berkaitan matematik (contohnya penulisan jurnal, perbincangan

kumpulan kecil dan debat). Dari semua bentuk ini, komunikasi bertulis adalah penting kerana ia

memberi pelajar meluahkan pemikiran mereka dan pembinaan idea mereka.

Menulis dikatakan sebagai mengeluarkan pemikiran lebih daripada berkata-kata kerana ia

menuntut pernyataan idea yang lebih tepat. Sesetengah pengkaji mendapati bahawa proses menulis

didalam kelas matematik menggalakkan penyertaan pelajar secara aktif. Menulis didalam kelas

matematik dilihat sebagai strategi mengajar yang sangat bagus kerana ia memastikan semua

pelajar terlibat dengan aktiviti dan tidak hanya melibatkan sebilangan kecil pelajar sahaja. Ia juga

memberi peluang kepada sesetengah pelajar yang tidak suka bercakap tentang idea matematik

mereka. Tambahan lagi, penulisan pelajar membekalkan guru untuk memahami pemikiran

dalaman pelajar mereka.

Tapi, kenapa surat penpal yang dipilih? Ini adalah kerana belajar untuk berkomunikasi

dalam matematik adalah sangat bagus dalam konteks dimana terdapatnya desakan keperluan untuk

berkomunikasi. Selalunya, apabila pelajar diminta menulis jurnal, mereka gagal untuk melihat

sebab sebenar untuk menulis. Ia adalah biasa untuk kita dengar,’Tetapi saya boleh saja beritahu

cikgu. Itu kan lebih mudah dari menulis?’. Kebiasaannya pelajar muda tidak menilai penulisan

sebagai satu cara untuk merekodkan pemikiran mereka kerana mereka tidak pernah berada didalam

situasi dimana lupa menjadi masalah kepada mereka.

Surat penpal dilihat akan membantu pelajar dalam proses penulisan dalam pembelajaran

matematik. Malah, ia membekalkan pelajar-pelajar muda dengan sebab yang munasabah untuk

berkomunikasi idea mereka tentang matematik. Tambahan lagi, ia boleh memberikan guru-guru

dengan peluang untuk berkomunikasi secara matematik, dan buat pertama kalinya untuk

memahami matematik pelajar. Melalui pertukaran penpal, kita dapati suatu corak yang menarik

Page 44: Kom dlm pnddkn mate zamri(teks asal)

44

tentang komunikasi penpal yang meningkatkan perkembangan komunikasi matematik secara

bertulis. Didalam surat kepada penpal itu termasuklah:

i) Kata ucap selamat

ii) Ceritak tentang diri

iii) Ceritakan tentang kenapa kamu suka matematik

iv) Ceritakan tentang kenapa apa yang kamu tidak suka dalam matematik

v) Ceritakan tentang apa yang kamu ingin pelajari didalam matematik

vi) Berikan contoh apa yang kamu fikir matematik itu susah.

vii) Memasukkan masalah matematik yang ceria dan mencabar untuk penpal kamu cuba

selesaikan (pastikan kamu tahu menyelesaikannya).

viii) Tandatangan kamu.

Di akhir semester, pelajar ditemukan dengan penpal masing-masing dalam suatu upacara ramah

mesra. Ianya sangat menarik. Pelajar-pelajar bekerjasama dalam aktiviti-aktiviti matematik,

bermain permainan matematik, bertanya apa yang mereka tidak faham dalam surat-surat mereka

dan berbincang kesamaan diantara mereka. Didapati, kepada semua yang terlibat dengan projek

ini, ianya sesuatu penerapan ilmu yang sangat bernilai.

g. Membuat penilaian terhadap kemampun komunikasi matematik

Menurut Cai, J., Lane dan Jackbison, M.S (dalam NCTM, 1996), terdapat satu model yang boleh

digunakan untuk menilai kemampuan komunikasi matematik pelajar seperti QCAI (QUASAR

Cognitive Assessment Instrument). QUASAR ialah satu projek nasional di Amerika yang telah

direkabentuk untuk mengembangkan pembelajaran matematik pelajar di sekolah menengah. Model

ini dinamakan Open-Ended Tasks. Didalamnya berupa format evaluasi dalam bentuk pertanyaan

open-ended iaitu suatu pertanyaan yang member peluang kepada pelajar untuk menjawab secara

benar dengan kemungkinan alasan atau cara menjawab yang beragam. Caranya, siswa diberi

pertanyaan ‘open-ended’ dan pelajar harus menjelaskan jawapannya. Menurut Peressini dan

Bassett (dalam NCTM, 1996) proses ini akan lebih memberi kesempatan dan pengalaman belajar

serta masalah komunikasi yang dimiliki siswa. Setelah jawapan pelajar diperolehi denagn format

Page 45: Kom dlm pnddkn mate zamri(teks asal)

45

open-ended, berikutnya jawapan itu dianalisis dan diberi skor dengan menggunakan panduan yang

disebut Holistic Scoring Rubrics iaitu suatu prosedur yang digunakan untuk member skor respon

pelajar dari open-ended tasks. Skor ini diberi tahap 0, 1, 2, 3 dan 4. Setiap skor yang diperolehi

oleh pelajar mencerminkan kemampuan pelajar dalam merespon terhadap persoalan yang

diberikan dengan menimbangkan aspek-aspek seperti pengetahuan matematik, strategi

pengetahuan dan komunikasi matematik.

Jadi dapatlah dibuat kesimpulan disini bahawa, mengajar matematik disekolah-sekolah di

Malaysia diharap dapat menyediakan pelajar dengan ilmu asas matematik dan membina pemikiran

matematik untuk menyelesaikan masalah. Komunikasi adalah satu bahagian yang sangat penting

dalam pembelajaran pelajar didalam kelas matematik malah ia juga membantu dalam meyediakan

pelajar dengan ilmu asas matematik dan membina pemikiran matematik mereka. Komunikasi juga

menjadi alat yang dapat membantu pelajar membina soalan-soalan atau idea tentang konsep.

KESIMPULAN

Komunikasi adalah sangat penting dalam pembelajaran matematik. Mempelajari bagaimana kanak-

kanak belajar dan bagaimana mereka berkomunikasi dengan persekitaran adalah sangat penting.

Kanak-kaank belajar melalui perhubungan mereka dengan alam. Mereka melalui beberapa proses

sebelum mereka memahami sesuatu. Pembelajaran dalam matematik perlu mengikut

perkembangan kognitif pelajar. Dalam matematik, ururtan proses pembelajaran sepatutnya diikuti

iaitu daripada penggunaan bahan konkrit (enaktif) kepada penggunaan perwakilan gambar (ikonik)

sebelum pelajar diperkenalkan kepada simbol (simbolik).

Guru sepatutnya perlu mengetahui bagaimana berkomunikasi dengan pelajar dan

seterusnya bagaimana menggunakan bahan-bahan yang ada di persekitaran mereka untuk

memudahkan proses pembelajaran. Dalam pembelajaran matematik, komunikasi yang berkesan

ialah komunikasi yang boleh menghasilkan perkongsian idea, konsep dan tingkahlaku yang

bermakna kepada pelajar dimana pelajar mendapat makna hasil interaksi mereka dengan guru,

Page 46: Kom dlm pnddkn mate zamri(teks asal)

46

sesame mereka dan dengan bahan-bahan yang ada disekitar mereka. Untuk melicinkan proses

pembelajaran matematik, komunikasi dalam matematik perlu diberi penekanan.

Dari apa yang dapat kita perhatikan, komunikasi sangat memainkan peranan penting dalam

menguasai idea matematik dan membina pemikiran matematik pelajar. Kesukaran para pendidik

dalam melaksanakan komunikasi berkenaan matematik atau komunikasi dalam matematik itu

sendiri pastinya akan memberikan ganjaran yang sangat berbaloi apabila melihatkan hasilnya yang

memberangsangkan kelak. Kini, masih banyak pihak, baik dipihak guru mahupun dipihak pelajar

yang masih mahu kekal menggunakan cara lama dalam pembelajaran matematik. Kita perlulah

melihat kepada hasil kajian yang telah dijalankan terutamanya di negara maju yang banyak

memeperlihatkan keberjayaan kaedah baru itu. Sekiranya bilik darjah hendak dijadikan bukan

sahaja sebagai lubok untuk aktiviti yang selesa dan mudah, tetapi sebagai tapak untuk menjelajahi

ilmu-ilmu baru, maka para pendidik, termasuk pendidik yang terlibat dengan pengajaran

matematik, mempunyai tanggungjawab untuk membawa anak didik mereka menerokai satu

pengalaman komunikasi yang inovatif. Sebaliknya, sekiranya pendidik memilih untuk kekal tetap

ditahap yang lama, ia adalah seperti menutup satu peluang keemasan dalam kehidupan semua

orang.

Page 47: Kom dlm pnddkn mate zamri(teks asal)

47

RUJUKAN

1. Abdullah Hassan & Ainon Mohd. 2004. Seni bercakap-bercakap dan berbual-bual. Etika

Komunikasi. Kuala Lumpur.

2. Borko, H. 2005. Preparing teachers to foster algebraic thinking: International Reviews on

Mathematical Education, 37(1), 43-52.

3. Brenner, M.E. 1994. A communication framework for mathematics: exemplary instruction

for culturally different students. Language & learning : Education linguistics diverse

students. Albany: SUNY Press.

4. CDD. 2006. Mathematics syllabus for lower primary school. Curiculum Department,

Ministry of Education: Brunei Darussalam.

5. First Announcement. 2007. Third APEC-Tsukubu International Conference Innovation of

Classroom Teaching & Learning through Lesson Study. Focusing On Mathematics

Communication, CRICED, University of Tsukuba.

6. Halimah Badioze Zaman. 1998. Model pakej multimedia dalam pendidikan (MEL): KIC

Terasi dan Model Pendekatan Kesusasteraan: IRPA 04-02-02-0008.

7. Jarvis, D. 2001. Learning between the lines. Unpublished master’s thesis, Ontario, Canada.

Ministry of Education and Training. 1999. The Ontario curriculum grades 9 & 10:

Mathematics. Toronto.

8. Karnowski & Cramer. 1995. The informal language in representing mathematics idea.

Teaching Children Mathematics. NCTM. Vol1. No 6 (332-335).

9. Melvin Koh. 2007. The Various Types of Communication Types. P. Jaya: Chapter One Asia

Sdn Bhd.

Page 48: Kom dlm pnddkn mate zamri(teks asal)

48

10. MOET of Vietnam. 2006. Mathematics Standard Curriculum. National Publishing House,

Hanoi, Vietnam.

11. Mok Soon Sang. 2003. Ilmu Pendidikan untuk KPLI. Subang Jaya: Kumpulan Budiman

Sdn Bhd.

12. Mansor Ahmad Saman, Razali Mohamad & Shawaludin Anis. 1984. Pengantar

Komunikasi: Penerbit USM P.Pinang.

13. Munir & Halimah Badioze Zaman. 1998. Menggalakkan Kanak-kanak Belajar Membaca

Berbantukan Multimedia. K.Lumpur: DBP.

14. National Council of Teachers of Mathematics (NCTM). 2000. Principles and standards for

school mathematics, Reston, VA.

15. Noraini Idris. 1999. Linguistics aspects of mathematics education. Gadong: ETC

University Brunei Darussalam.

16. Pearson, J. 1983. Interpersonal Communication. Glenview Illinois: Scott Foreman Co.

17. Pimm, D. 1987. Speaking mathematically. Communication in mathematics classrooms.

Routledge & Kegan Paul: London & N.York.

18. Polla, G. 1996. Mathematics education Research: Past, Present & Future. Bangkok

UNESCO.

19. Ramli Mohd. 1984. Komunikasi Asas. K.Lumpur: DBP.

20. Samsudin A Rahim. 1993. Komunikasi Asas. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

21. Sutton, C. 1975. Communication in the classroom. London: Hodder & Stoughton.

22. Tamer, S, Autor Cavusgil & Pervez. 2002. Doing Business in Emerging Market. Sage:

23. Tran Vui. 2006. Helping students develop and extend their capacity to do purposeful

mathematical works. Tsukuba Journal of Educational Study in Mathematics Vol.25 pp.

279-287.

24. Tran Vui. 2006. Enhancing classroom communication to develop students’ mathematical

thinking. Vietnam: National Pub.

25. Qing Li. 2002. Gender and Computer mediated Communication. An exploration of

elementary students mathematics & science learning. Journal of computer in mathematics

and science teaching. 21(4), 341-359.

26. http://meilemma.wordpress.com

http://www.britanicca.com

Page 49: Kom dlm pnddkn mate zamri(teks asal)

49

http://www.merriam-webstar.com

http://www.k12.wa.us/curriculum instrucion

Page 50: Kom dlm pnddkn mate zamri(teks asal)

50