kolonialisme dan masyarakat tempatan di filipina pada abad ke 19

5
KOLONIALISME DAN MASYARAKAT TEMPATAN DI FILIPINA PADA ABAD KE-19 Kolonialisme boleh diertikan sebagai penguasaan sesuatu negara ke atas sebuah negara lain dalam semua lapangan politik, sosial dan ekonomi. 1 Lebih khusus lagi ianya merujuk kepada keadaan daif rakyat tempatan yang dijajah oleh kuasa asing. 2 Sepanyol telah menjalankan dasar kolonialismenya di Filipina. Kedatangan Sepanyol ke Filipina telah membawa perubahan besar kepada penduduk Filipina dan memberi kesan yang ketara kepada penduduk sehingga menimbulkan kebangkitan golongan nasionalis. Kebangkitan nasionalis Filipina merupakan ekoran daripada sikap penjajah yang mementingkan diri dan menindas penduduk tempatan. Semasa pemerintahan Sepanyol sama ada orang awam, tentera mahupun golongan agama banyak melakukan kekasaran ke atas penduduk Filipina. 3 Selain itu, perbuatan rasuah dalam kalangan pegawai Sepanyol berleluasa. Perbuatan rasuah ini menjadikan ramai rakyat tertindas dan menimbulkan perasaan tidak puas hati penduduk. Manakala paderi-paderi pula tidak menghiraukan lansung kebajikan dan kesihatan masyarakat Filipina malahan merekalah yang menindas rakyat dari segi ekonomi seperti pegawai kerajaan Sepanyol yang lain. 4 Hal ini menyebakan penduduk 1 Abdullah Zakaria Ghazali, Azharudin Mohd, Dali Azhar Hj. Mad Aros dan Suffian Mansor. 2003. Sejarah Asia Tenggara, Asia Selatan dan Asia Timur 1800-1963. Selangor: Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd. Hlm. 186. 2 Abu Talib Ahmad, 1991. Sejarah Tanah Besar Asia Tenggara.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Hlm. 59. 3 Ibid, Hlm.253. 4 Gilbert Khoo, B.A. ( Hons ), Dip.Ed. Dorothy LO, B.A, ( Hons ). 1978. ASIA DALAM PERUBAHAN; Sejarah Tenggara, Selatan dan Timur Asia. Kuala Lumpur: Heinemann Educational Books

Upload: anazus

Post on 10-Jun-2015

1.213 views

Category:

Documents


12 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kolonialisme Dan Masyarakat Tempatan Di Filipina Pada Abad Ke 19

KOLONIALISME DAN MASYARAKAT TEMPATAN DI FILIPINA PADA

ABAD KE-19

Kolonialisme boleh diertikan sebagai penguasaan sesuatu negara ke atas sebuah negara

lain dalam semua lapangan politik, sosial dan ekonomi.1 Lebih khusus lagi ianya merujuk kepada

keadaan daif rakyat tempatan yang dijajah oleh kuasa asing.2 Sepanyol telah menjalankan dasar

kolonialismenya di Filipina. Kedatangan Sepanyol ke Filipina telah membawa perubahan besar

kepada penduduk Filipina dan memberi kesan yang ketara kepada penduduk sehingga

menimbulkan kebangkitan golongan nasionalis.

Kebangkitan nasionalis Filipina merupakan ekoran daripada sikap penjajah yang

mementingkan diri dan menindas penduduk tempatan. Semasa pemerintahan Sepanyol sama ada

orang awam, tentera mahupun golongan agama banyak melakukan kekasaran ke atas penduduk

Filipina.3 Selain itu, perbuatan rasuah dalam kalangan pegawai Sepanyol berleluasa. Perbuatan

rasuah ini menjadikan ramai rakyat tertindas dan menimbulkan perasaan tidak puas hati

penduduk. Manakala paderi-paderi pula tidak menghiraukan lansung kebajikan dan kesihatan

masyarakat Filipina malahan merekalah yang menindas rakyat dari segi ekonomi seperti pegawai

kerajaan Sepanyol yang lain.4 Hal ini menyebakan penduduk mengalami tekanan yang hebat

ditambah pula dengan sistem polo dan vandala yang mana telah menjadikan rakyat tersiksa.

Sistem polo menyebabkan rakyat terpaksa bekerja keras dan dibayar dengan gaji yang kecil

tetapi tiada bayaran pun dilakukan manakala sistem vandala merupakan ufti yang menekan

masyarakat. 5 Dengan semua faktor ini menyebabkan wujudnya gerakan kebangsaan Filipina

yang merupakan akibat langsung dari perasaan bangsa Filipina terhadap penganiayaan kerajaan

kolonial dan sikap tamak paderi.

1 Abdullah Zakaria Ghazali, Azharudin Mohd, Dali Azhar Hj. Mad Aros dan Suffian Mansor. 2003. Sejarah Asia Tenggara, Asia Selatan dan Asia Timur 1800-1963. Selangor: Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd. Hlm. 186.2 Abu Talib Ahmad, 1991. Sejarah Tanah Besar Asia Tenggara.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Hlm. 59.3 Ibid, Hlm.253.4 Gilbert Khoo, B.A. ( Hons ), Dip.Ed. Dorothy LO, B.A, ( Hons ). 1978. ASIA DALAM PERUBAHAN; Sejarah Tenggara, Selatan dan Timur Asia. Kuala Lumpur: Heinemann Educational Books ( Asia ) LTD. Hlm.498.5 Gilbert Khoo, B.A. ( Hons ), 1979. Sejarah Asia Tenggara Sejak Tahun 1500 .Kuala Lumpur : Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd. Hlm 192.

Page 2: Kolonialisme Dan Masyarakat Tempatan Di Filipina Pada Abad Ke 19

Tentangan bangsa Filipina berlaku dalam 3 peringkat. Pada peringkat pertama ia bersifat

sederhana. Pemberontakan-pemberontakan tempatan yang haram dan tentangan terhadap

pemerintahan sepanyol hingga tahun 1872.6 Pemberontakan ini berlaku kerana sikap kasar

penjajah terhadap penduduk tempatan. Hal ini kerana masyarakat merasa diperlekehkan dan

diperlakukan secara tidak adil. Antara pemberontakan yang dilancarkan ialah pemberontakan

Mexico dan dahagi novale. Pemberontakan ini disokong oleh penduduk-penduduk asli yang

tidak dapat ditawan oleh Sepanyol.

Pada peringkat kedua pemberontakan dilakukan oleh orang-orang Filipina yang

memperolehi pendidikan Sepanyol. Kesan daripada perkembangan pendidikan telah melahirkan

golongan intelektual yang menjadi penggerak kepada gerakan nasionalisme. Di Filipina,

golongan terpelajar dinamakan illustrados.7 Gerakan ini dikenali sebagai gerakan propaganda.

Gerakan ini digerakkan oleh pemimpim intelektual iaitu Jose Rizal, Done Miguel Morayta dan

ramai lagi. Pergerakan ini mengkritik dasar penindasan dan kekejaman Sepanyol di Filipina

melalui penulisan. Keadaan masyarakat yang ditindas dan di aniayai oleh penjajah menyebabkan

golongan ini bangkit menentang. Mereka bertindak menegur pemerintahan Sepanyol tetapi tidak

dilayan dan dituduh sebagai rakyat yang tidak setia. Pada mulanya tuntutan-tuntutan dibuat

secara sederhana namun dalam tahun 1890an sikap sederhana ini berubah menjadi

pemberontakan.

Pada peringkat ketiga golongan nasionalis semakin agresif membentuk pakatan dan

pemberontakan. Pada tahun 1892 lahir katipunan dan mula aktif pada tahun 1894.8 Dasar

Sepanyol yang menyekat perkembangan ekonomi Filipina menyebabkan kaum Tani Luzon

mengalami keperitan hidup yang menyebabkan mereka menyertai gerakan katipunan. Mereka

menjalankan persediaan yang giat untuk memberontak dalam menuntut kemerdekaan.

Pemberontakan itu meletus sebelum waktunya dimana latihan dan alatan mereka masih tidak

mencukupi. Semasa pemberontakan itu Sepanyol bertindak menangkap beribu-ribu orang

Filipina dan ramai yang dihukum bunuh. Dalam pemberontakan ini lelaki dan perempuan yang

belum pernah melihat senapang mula memberanikan diri untuk melawan dan berjuang habis-

6 Gilbert Khoo, B.A. ( Hons ), 1979. Sejarah Asia Tenggara Sejak Tahun 1500. Hlm 197.7 Abdullah Zakaria Ghazali, Azharudin Mohd, Dali Azhar Hj. Mad Aros dan Suffian Mansor. 2003. Sejarah Asia Tenggara, Asia Selatan dan Asia Timur 1800-1963. Hlm. 359.8 Ibid, Hlm. 255.

Page 3: Kolonialisme Dan Masyarakat Tempatan Di Filipina Pada Abad Ke 19

habisan walaupun dengan hanya tangan kosong.9 Dengan ini memberi perubahan yang drastik

dalam pemikiran rakyat itu sendiri.

Jose rizal tidak menyetujui pemberontakan itu kerana masa yang masih belum sesuai dan

Sepanyol bertindak menyiksa penduduk bagi memperoleh maklumat mengenai pemberontakan

itu dan nama Jose Rizal disebut-sebut. Hal ini menyebabkan kerajaan Sepanyol bertindak

menangkap Jose Rizal dan dihukum bunuh. Kematian Jose Rizal telah menyemarakkan lagi

semangat nasionalis bagi rakyat Filipina dan pemberontakan yang berlangsung. Namun

pemberontakan gagal kerana pemberontak yang tidak terlatih dan senjata yang tidak mencukupi.

Selepas itu banyak gerakan dan pemberontakan dijalankan namun kesudahannya agak sama.

Walaupun pemberontakan-pemberontakan yang dijalankan gagal namun semangat kebangsaan

tetap berkobar-kobar dalam diri setiap rakyat Filipina.

Kesimpulannya, pada abad ke-19 golongan nasionalis Filipina seringkali melancarkan

gerakan terhadap Sepanyol. Hal ini kesan daripada kolonialisme yang dilakukan oleh penjajah.

Kebanyakan gerakan ini gagal kerana kurangnya persefahaman dan perpaduan antara masyarakat

Filipina. Selain itu juga tiada seorang yang boleh dikatakan pemimpim kebangsaan dalam

kebangkitan ini.

9 Gilbert Khoo, B.A. ( Hons ), 1979. Sejarah Asia Tenggara Sejak Tahun 1500. Hlm 204.

Page 4: Kolonialisme Dan Masyarakat Tempatan Di Filipina Pada Abad Ke 19

BIBLIOGRAFI

Abu Talib Ahmad, 1991. Sejarah Tanah Besar Asia Tenggara.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Abdullah Zakaria Ghazali, Azharudin Mohd, Dali Azhar Hj. Mad Aros dan Suffian Mansor. 2003. Sejarah Asia Tenggara, Asia Selatan dan Asia Timur 1800-1963. Selangor: Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd

Khoo Gilbert, B.A. ( Hons ), Dip.Ed. Dorothy LO, B.A, ( Hons ). 1978. ASIA DALAM PERUBAHAN; Sejarah Tenggara, Selatan dan Timur Asia. Kuala Lumpur: Heinemann Educational Books ( Asia ) LTD.

Khoo Gilbert, B.A. ( Hons ), 1979. Sejarah Asia Tenggara Sejak Tahun 1500 .Kuala Lumpur : Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd.