koleksi pantun nasihat

9
PANTUN NASIHAT Orang Jawa mencari benang, Mencari benang di atas bukit; Orang jauh jangan dikenang, Lama-lama jadi penyakit. Orang mengail di Teluk Bulang, Apalah umpannya si kulit duku; Jangan bermain kekasih orang, Nyawa tersangkut di hujung kuku. Patah jarum dalam peti, Buat menjahit kain bertimbun; Nasihat sepatah kurang dimengerti, Rupanya penawar beribu tahun. Padi muda jangan dilurut, Kalau dilurut patah batangnya; Hati muda jangan diturut, Kalau diturut susah datangnya. Bawa mari ke kedai Cina, Kerana itu buah dagangan; Hidup kita biar sempurna, Kerana dunia ini adalah tumpangan. Beras kisar mudik ke hulu, Tanak pulut santan durian; Tak ada orang menyesal dahulu, Banyak orang menyesal kemudian. Bukan tidak saya katakan, Merbuk biasa makan di papan; Bukan tidak saya katakan, Buah mabuk jangan dimakan. Bukit Jertih berhutan buluh, Tempat raja pergi memburu; Minta selisih malaikat empat puluh, Janganlah saya diberi malu. Orang hulu memalu nobat, Nobat dipalu kayu berangan; Fikir dahulu sebelum buat, Kalau dibuat menyesal jangan. Angin teluk menyisir pantai, Hanyut rumpai di bawah titi; Biarlah buruk kain dipakai, Asal pandai mengambil hati. Buah pelaga makan dikikir, Dibawa orang dari hulu; Sebarang kerja hendak difikir, Supaya jangan mendapat malu. Hendak belayar ke Teluk Betong, Sambil mencuba labuhkan pukat; Bulat air kerana pembetung, Bulat manusia kerana muafakat.

Upload: yusli-mahmood

Post on 24-Dec-2015

79 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: KOLEKSI PANTUN NASIHAT

PANTUN NASIHAT

Orang Jawa mencari benang,Mencari benang di atas bukit;Orang jauh jangan dikenang,Lama-lama jadi penyakit.

Orang mengail di Teluk Bulang,Apalah umpannya si kulit duku;Jangan bermain kekasih orang,Nyawa tersangkut di hujung kuku.

Patah jarum dalam peti,Buat menjahit kain bertimbun;Nasihat sepatah kurang dimengerti,Rupanya penawar beribu tahun.

Padi muda jangan dilurut,Kalau dilurut patah batangnya;Hati muda jangan diturut,Kalau diturut susah datangnya.

Bawa mari ke kedai Cina,Kerana itu buah dagangan;Hidup kita biar sempurna,Kerana dunia ini adalah tumpangan.

Beras kisar mudik ke hulu,Tanak pulut santan durian;Tak ada orang menyesal dahulu,Banyak orang menyesal kemudian.

Bukan tidak saya katakan,Merbuk biasa makan di papan;Bukan tidak saya katakan,Buah mabuk jangan dimakan.

Bukit Jertih berhutan buluh,Tempat raja pergi memburu;

Minta selisih malaikat empat puluh,Janganlah saya diberi malu.

Orang hulu memalu nobat,Nobat dipalu kayu berangan;Fikir dahulu sebelum buat,Kalau dibuat menyesal jangan.

Angin teluk menyisir pantai, Hanyut rumpai di bawah titi;Biarlah buruk kain dipakai, Asal pandai mengambil hati.

Buah pelaga makan dikikir, Dibawa orang dari hulu; Sebarang kerja hendak difikir, Supaya jangan mendapat malu.

Hendak belayar ke Teluk Betong, Sambil mencuba labuhkan pukat;Bulat air kerana pembetung, Bulat manusia kerana muafakat.

Pakai baju warna biru, Pergi ke sekolah pukul satu;Murid sentiasa hormatkan guru , Kerana guru pembekal ilmu.

Jangan pergi mandi di lombong, Emak dan kakak sedang mencuci;Jangan suka bercakap bohong, Semua kawan akan membenci.

Jikalau tuan mengangkat peti , Tolong masukkan segala barang;Jikalau anak-anak bersatu hati . Kerja yang susah menjadi senang .

Asam kandis mari dihiris , Manis sekali rasa isinya ; Dilihat manis dipandang manis , Lebih manis hati budinya .

Page 2: KOLEKSI PANTUN NASIHAT

Selasih tumbuh di tepi telaga , Selasih dimakan si anak kuda;Kasih ibu membaa ke syurga, Kasih saudara masa berada.

Masuk hutan pakai sepatu, Takut kena gigitan pacat; Kalau kita selalu bersatu, Apa kerja mudah dibuat.

Orang haji dari Jeddah Buah kurma berlambak-lambakPekerjaan guru bukanlah mudah Bagai kerja menolak ombak

Pinang muda dibelah dua Anak burung mati diranggahDari muda sampai ke tua Ajaran baik jangan diubah

Asal kapas menjadi benang Dari benang dibuat kain Barang yang lepas jangan dikenang Sudah menjadi hak orang lain

Kapal Anjiman disangka hantu Nampak dari Kuala AchehRosak iman kerana nafsu Rosak hati kerana kasih

Tingkap papan kayu bersegi Sampan sakat di Pulau AngsaIndah tampan kerana budi Tinggi darjat kerana bahasa

Bintang tujuh sinar berseri Bulan purnama datang menerpaAjaran guru hendak ditaati Mana yang dapat jangan dilupa

Parang tajam tidak berhulu Buat menetak si pokok RuBila belajar tekun selalu Jangan ingkar nasihat guru

Hari malam gelap-gelita Pasang lilin jalan ke tamanSopan santun budaya kita Jadi kebanggaan zaman berzaman

Pergi berburu sampai ke sempadan Dapat Kancil badan berjalurBiar carik baju di badan Asalkan hati bersih dan jujur

Dalam semak ada duri Ayam kuning buat sarangOrang tamak selalu rugi Macam anjing dengan bayang

Baik-baik mengirai padi Takut mercik ke muka orangBiar pandai menjaga diri Takut nanti diejek orang

Ke hulu membuat pagar Jangan terpotong batang durianCari guru tempat belajar Supaya jangan sesal kemudian

Padi muda jangan dilurut Kalau dilurut pecah batangHati muda jangan diturut Kalau diturut salah datang

Orang Daik memacu kuda Kuda dipacu deras sekaliBuat baik berpada-pada Buat jahat jangan sekali

Dayung perahu tuju haluan Membawa rokok bersama rempahKalau ilmu tidak diamalkan Ibarat pokok tidak berbuah

Kalau kita menebang jati Biar serpih tumbangnya janganKalau kita mencari ganti Biar lebih kurang jangan

Adik ke kedai membeli halia

Page 3: KOLEKSI PANTUN NASIHAT

Emak memesan membeli laksaJadilah insan berhati mulia Baik hati berbudi bahasa

Pantai Mersing kuala Johor Pantainya bersih sangat mashyurPohonkan doa kita bersyukur Negara kita aman dan makmur

Tuan Mahmud bermain tombak,Dang Kasuma menangkap tupai;Kalau takut dilambung ombak,Jangan berumah di tepi pantai.

Sayang Musalmah memakai tudung,Tudung dipakai sebelah kiri;Apa dikenang kepada untung,Untung tak untung diri sendiri.

Ambil bertih dari hulu,Isi mari di dalam balang;Bersihkan laman kita dahulu,Baru bersihkan halaman orang.

Anak tiung anak ketitir,Anak balau terlompat-lompat;Barang dikendong habis tercicir,Barang dikejar haram tak dapat.

KOLEKSI PANTUN NASIHAT

Buat baik berpada pada

Takut ada terhutang budi

Walau senyum suatu pahala

Jangan sampai di salah erti

Melompat riang si anak kancil

Kancil terjerat helah sendiri

Sabar dan ikhlas membuah hasil

Hasil dikutip di akhirat nanti

Harum sekuntum mekar sejambak

Taman raudhah berpagar iman

Limpahan hidayah tercurah melambak

Malang sedikit membekas berkesan

Si tukang kasut membuat perabut

Si penggali kubur menjadi bidan

Adzan berkumandang tiada bersahut

Ruhul kudus menangis keseduan

Menggali lubang menimbus lubang

Hamba fakir beraksi kaya

Hutang menimbun keliling pinggang

Batu permata bercampur serpihan kaca

Apa bergelora di lautan samudra

Jika tidak arus dan gelombang

Setiap niat gerak tutur kata

Kehadirat sang adil dihitung timbang

Angin teluk menyisir pantai Hanyut rumpai di bawah titiBiarlah buruk kain dipakai Asal pandai mengambil hati

Page 4: KOLEKSI PANTUN NASIHAT

Pergi mendaki Gunung Daik Hendak menjerat kancil dan rusa Bergotong-royong amalan yang baik Elok diamalkan setiap masa

Air melurut ke tepian mandi Kembang berseri bunga sendudukElok diturut resmi padi Semakin berisi semakin tunduk

Daun sirih ulam Cik Da Makan sekapur lalu matiWalaupun banyak ilmu di dada Biar merunduk resmi padi

Buah pelaga makan dikikir Dibawa orang dari hulu Sebarang kerja hendak difikir Supaya jangan mendapat malu

Kemumu di tengah pekan Dihembus angin jatuh ke bawahIlmu yang tidak diamalkan Bagai pohon tidak berbuahTumbuh melata si pokok tebu Pergi pasar membeli dagingBanyak harta tak ada ilmu Bagai rumah tidak berdinding

Tulis surat di dalam gelap Ayatnya banyak yang tidak kenaJagalah diri jangan tersilap Jikalau silap awak yang bencana Hendak belayar ke Teluk Betong Sambil mencuba labuhkan pukatBulat air kerana pembetung Bulat manusia kerana muafakat

Pakai baju warna biru Pergi ke sekolah pukul satu

Murid sentiasa hormatkan guru Kerana guru pembekal ilmu

Lagu bernama serampang laut Ditiup angin dari Selatan Layar dikembang kemudi dipaut Kalau tak laju binasa badan

Padi segemal kepuk di hulu Sirih di hilir merekap junjunganKepalang duduk menuntut ilmu Pasir sebutir jadikan intan.

Budak-budak berkejar-kejar Rasa gembira bermain di sanaKalau kita rajin belajar Tentu kita akan berjaya

Jangan pergi mandi di lombong Emak dan kakak sedang mencuciJangan suka bercakap bohong Semua kawan akan membenci

Buah cempedak bentuknya bujur Sangat disukai oleh semuaJika kita bersikap jujur Hidup kita dipandang mulia

Jikalau tuan mengangkat peti Tolong masukkan segala barangJikalau anak-anak bersatu hati Kerja yang susah menjadi senang

Asam kandis mari dihiris Manis sekali rasa isinya Dilihat manis dipandang manis Lebih manis hati budinya

Kayu bakar dibuat arang Arang dibakar memanaskan diriJangan mudah menyalahkan orang Cermin muka lihat sendiri

Page 5: KOLEKSI PANTUN NASIHAT

Selasih tumbuh di tepi telaga Selasih dimakan si anak kudaKasih ibu membaa ke syurga Kasih saudara masa berada

Masuk hutan pakai sepatu Takut kena gigitan pacat Kalau kita selalu bersatu Apa kerja mudah dibuat

Bandar baru Seberang Perai Gunung Daik bercabang tiga Hancur badan tulang berkecai Budi yang baik dikenang juga

Encik Dollah pergi ka Jambi Pergi pagi kembali petangKalau Tuhan hendak membagi Pintu berkancing rezeki datang

Orang haji dari Jeddah Buah kurma berlambak-lambakPekerjaan guru bukanlah mudah Bagai kerja menolak ombak

Pinang muda dibelah dua Anak burung mati diranggahDari muda sampai ke tua Ajaran baik jangan diubah

Terang bulan di malam sepi Cahya memancar kepangkal kelapa Hidup di dunia buatlah bakti Kepada ibu dan juga bapa

Kapal kecil jangan dibelok Kalau dibelok patah tiangnya Budak kecil jangan di peluk Kalau dipeluk patah tulangnya

Asal kapas menjadi benang Dari benang dibuat kain Barang yang lepas jangan dikenang Sudah menjadi hak orang lain

Tengahari pergi mengail Dapat seekor ikan tenggiri Jangan amalkan sikap bakhil Akan merosak diri sendiri

Kapal Anjiman disangka hantu Nampak dari Kuala AchehRosak iman kerana nafsu Rosak hati kerana kasih Tingkap papan kayu bersegi Sampan sakat di Pulau AngsaIndah tampan kerana budi Tinggi darjat kerana bahasa

Anak Siti anak yang manja Suka berjalan di atas titi Orang yang malas hendak bekerja Pasti menyesal satu hari nanti

Bintang tujuh sinar berseri Bulan purnama datang menerpaAjaran guru hendak ditaati Mana yang dapat jangan dilupa

Parang tajam tidak berhulu Buat menetak si pokok RuBila belajar tekun selalu Jangan ingkar nasihat guru Hari malam gelap-gelita Pasang lilin jalan ke tamanSopan santun budaya kita Jadi kebanggaan zaman berzaman

Page 6: KOLEKSI PANTUN NASIHAT

Pergi berburu sampai ke sempadan Dapat Kancil badan berjalur Biar carik baju di badan Asalkan hati bersih dan jujur

Pulau Pandan jauh ke tengah Gunung Daik bercabang tigaHancur badan dikandung tanah Budi yang baik di kenang juga Ramai orang membeli jamu Di bawah pokok cuaca redupBersungguh-sungguh mencari ilmu Ilmu dicari penyuluh hidup

Apa guna berkain batik Kalau tidak dengan sucinya?Apa guna beristeri cantik Kalau tidak dengan budinya

Berakit-rakit ke hulu Berenang-renang ke tepian Bersakit-sakit dahulu Bersenang-senang kemudian

Buah cempedak diluar pagar Ambil galah tolong jolokkan Saya budak baru belajar Kalau salah tolong tunjukkan

Pisang emas dibawa belayar Masak sebiji di atas peti Hutang emas boleh dibayar Hutang budi dibawa mati

Dalam semak ada duri Ayam kuning buat sarangOrang tamak selalu rugi Macam anjing dengan bayang

Baik-baik mengirai padi Takut mercik ke muka orang Biar pandai menjaga diri Takut nanti diejek orang

Ke hulu membuat pagar Jangan terpotong batang durianCari guru tempat belajar Supaya jangan sesal kemudian

Mari kita tanam halia Ambil sedikit buat juadahUsia muda jangan disia Nanti tua sesal tak sudah

Padi muda jangan dilurut Kalau dilurut pecah batangHati muda jangan diturut Kalau diturut salah datang

Cuaca gelap semakin redup Masakan boleh kembali terangBudi bahasa amalan hidup Barulah kekal dihormati orang

Orang Daik memacu kuda Kuda dipacu deras sekaliBuat baik berpada-pada Buat jahat jangan sekali

Dayung perahu tuju haluan Membawa rokok bersama rempahKalau ilmu tidak diamalkan Ibarat pokok tidak berbuah

Kalau kita menebang jati Biar serpih tumbangnya janganKalau kita mencari ganti Biar lebih kurang jangan

Pinang muda dibelah dua Anak burung mati diranggah

Page 7: KOLEKSI PANTUN NASIHAT

Dari muda sampai ke tua Ajaran baik jangan diubah

Pantai Mersing kuala Johor Pantainya bersih sangat mashyurPohonkan doa kita bersyukur Negara kita aman dan makmur Orang tua patut disegani Boleh mendapat ajarnasihatUlar yang bisa tidak begini Bisa lagi lidah yang jahat

Ramai orang menggali perigi Ambil buluh lalu diikat Ilmu dicari tak akan rugi Buat bekalan dunia akhirat

Tuan Haji memakai jubah Singgah sembahyang di tepi lorongKalau sudah kehendak Allah Rezeki segenggam jadi sekarung

Patah gading serpih tanduk Mari diletak di atas papanJika tahu ganja itu mabuk Buat apakah ia dimakan

Anak rusa masuk ke taman Puas sudah orang memburuKalau muda jadikan teman Kalau tua jadikan guru Berakit ke hulu dengan bergalah Buluh pecah terbelahduaOrang tua jangan dilangkah Kelak biadap dituduhnya pula Rusa betina berbelang kaki Mati terkena jerat sembat

Orang yang muda kita sanjungi Orang yang tua kita hormat

Sorong papan tarik papan Buah keranji dalam perahuSuruh makan awak makan Suruh mengaji awak tak mahu

Adik ke kedai membeli halia Emak memesan membeli laksaJadilah insan berhati mulia Baik hati berbudi bahasa