koleksi modul fasilitator sekolah rendah

10
7/23/2019 Koleksi Modul Fasilitator Sekolah Rendah http://slidepdf.com/reader/full/koleksi-modul-fasilitator-sekolah-rendah 1/10 Kem pendidikan  INTAN 2006 LATIHAN DALAM KUMPULAN (LDK 1) Ice Breaking Aktiviti 1  Nama : Ikatan Sang Labah- labah Alatan : Benang Masa : 40 minit Objektif  Membina ukhuwah di kalangan ahli dalam kumpulan dan fasilitator.  Memberi peluang kepada peserta untuk mendapat kenalan baru.  Membina rasa kepercayaan sesama ahli kumpulan. Peralatan  Benang Perlaksanaan 1. Fasilitator memulakan majlis dengan Ummul Kitab. 2. Semua peserta diminta menutup mata dan duduk di dalam bulatan. 3. Fasi akan meminta peserta untuk membayangkan bahawa mereka pergi ke sebuah kedai dan mengambil satu barang dan di masukkan ke dalam  poket. 4. Fasilitator akan mengikat hujung benang pada jari sambil memperkenalkan diri. Kemudian fasilitator akan melontarkan benang tersebut kepada peserta. 5. Peserta tersebut akan melakukan perkara yang sama dengan fasilitator tetapi sebelum itu, peserta hendaklah memperkenalkan peserta sebelumnya. 6. Semasa peserta memperkenalkan diri mereka, ayat terakhir yang perlu disebut “ saya menggosok gigi menggunakan …….”(barang yang telah dimasukkan ke dalam poket tadi) Analisis  Satu sarang labah- labah akan dibentuk. Rasional  Untuk menunjukkan satu ikatan yang akan terbina apabila sudah ada  perkenalan dan untuk menunjukkan rapport.

Upload: suparman-suarez-ii

Post on 18-Feb-2018

298 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Koleksi Modul Fasilitator Sekolah Rendah

7/23/2019 Koleksi Modul Fasilitator Sekolah Rendah

http://slidepdf.com/reader/full/koleksi-modul-fasilitator-sekolah-rendah 1/10

Kem pendidikan

 INTAN 2006

LATIHAN DALAM KUMPULAN (LDK 1)

Ice Breaking

Aktiviti 1

 Nama : Ikatan Sang Labah- labahAlatan : Benang

Masa : 40 minit

Objektif

•  Membina ukhuwah di kalangan ahli dalam kumpulan dan fasilitator.

•  Memberi peluang kepada peserta untuk mendapat kenalan baru.

•  Membina rasa kepercayaan sesama ahli kumpulan.

Peralatan

•  Benang

Perlaksanaan

1.  Fasilitator memulakan majlis dengan Ummul Kitab.2.  Semua peserta diminta menutup mata dan duduk di dalam bulatan.

3.  Fasi akan meminta peserta untuk membayangkan bahawa mereka pergi ke

sebuah kedai dan mengambil satu barang dan di masukkan ke dalam poket.

4.  Fasilitator akan mengikat hujung benang pada jari sambil

memperkenalkan diri. Kemudian fasilitator akan melontarkan benangtersebut kepada peserta.

5.  Peserta tersebut akan melakukan perkara yang sama dengan fasilitatortetapi sebelum itu, peserta hendaklah memperkenalkan pesertasebelumnya.

6.  Semasa peserta memperkenalkan diri mereka, ayat terakhir yang perlu

disebut “ saya menggosok gigi menggunakan …….”(barang yang telah

dimasukkan ke dalam poket tadi)Analisis

•  Satu sarang labah- labah akan dibentuk.

Rasional

•  Untuk menunjukkan satu ikatan yang akan terbina apabila sudah ada

 perkenalan dan untuk menunjukkan rapport.

Page 2: Koleksi Modul Fasilitator Sekolah Rendah

7/23/2019 Koleksi Modul Fasilitator Sekolah Rendah

http://slidepdf.com/reader/full/koleksi-modul-fasilitator-sekolah-rendah 2/10

Kem pendidikan

 INTAN 2006

Kesimpulan :

Pada mulanya kita saling tidak mengenali dan tidak ada ikatan diantara kita.

 Namun apabila sudah ada perkenalan maka wujud satu iktan yang pada zahirnya tidak

nampak dan dengan ini ikatan tersebut dapat menutup kelemahan masing – masing.

Aktiviti 2

 Nama : Tag Nama

Bahan- bahan

• Kad Manila

• Gunting

• Tali

Masa : 30 minit

Langkah- langkah

• Peserta dikehendaki membuat name tag untuk ahli- ahli kumpulan masing-masing menggunakan kertas manila yang diberi.

•  Name tag tersebut mestilah seragam bentuknya dan direka mengikutkreativiti masing- masing.

Aktiviti 3

Tajuk  : Bukalah mulut !

 Alatan : kertas mahjong/ pen marker

 Masa : 20 minit 

Kaedah:

1.  Peserta diminta mereka ‘cheer’ untuk kumpulan mereka.

2.  Selain itu, mereka juga harus mereka moto kumpulan mereka.

Page 3: Koleksi Modul Fasilitator Sekolah Rendah

7/23/2019 Koleksi Modul Fasilitator Sekolah Rendah

http://slidepdf.com/reader/full/koleksi-modul-fasilitator-sekolah-rendah 3/10

Kem pendidikan

 INTAN 2006

Aktiviti 4

Tajuk LDK : Jurnal Wajah

Alatan : Kertas A4 dan pensil

Masa : 20 minit

Objektif :

•  Supaya peserta dapat mengenali ahli kumpulan dengan lebih rapat

•  Bagi membina ukhuwah di kalangan ahli dalam kumpulan dan fasilitator

Perlaksanaan :

1. Fasi akan mengedarkan kertas A4 kepada setiap peserta.

2. Fasi akan mengarahkan peserta melukis gambar muka sendiri di dalam kertas

A4 tersebut.3. Fasi akan mengutip dan mengumpil semula kertas A4 yang telah siap dilukis

oleh peserta itu tadi.

4. Fasi akan mengedarkan kertas-kertas tadi kepada setiap peserta denganmemastikan setiap peserta tidak mendapat gambar muka mereka sendiri.

5. Setiap peserta diminta mencari muka orang yang terdapat pada gambar

tersebut dan mendapatkan maklumat mengenai dirinya.

Analisis :

•  Pastikan para peserta melukis gambar muka mereka sendiri dengan jelas

supaya memudahkan kerja peserta lain.

Rasional :

•  Bagi mengenali seseorang itu bukan sahaja dari paras rupanya.

•  Untuk mengenali seseorang itu kita juga perlu berusaha danmemberanikan

•  diri dengan berkomunikasi.

Kesimpulan :

Pada mulanya kita tidak mengenali antara satu sama lain. Namun apabila sudahada perkenalan maka wujud satu ikatan yang dapat merapatkan lagi ukhuwah sesama

ahli dan sekaligus bersama fasi.

Page 4: Koleksi Modul Fasilitator Sekolah Rendah

7/23/2019 Koleksi Modul Fasilitator Sekolah Rendah

http://slidepdf.com/reader/full/koleksi-modul-fasilitator-sekolah-rendah 4/10

Kem pendidikan

 INTAN 2006

LATIHAN DALAM KUMPULAN (LDK 2)

Motivasi diri

Aktiviti 1

 Nama : Cari KawanAlatan : Penutup mata, kertas klu

Masa : 20 minit

Objektif

•  Menunjukkan cara komunikasi yang berkesan menggunakan bunyi suara dan pendengaran tanpa menggunakan mata.

•  Menggalakkan kepada peserta untuk melatih menggunakan teknik- teknik

 pendengaran yang tertentu khususnya untuk pembelajaran mereka seharian.

Kaedah

1.  Setiap kumpulan menghantar seorang sukarelawan untuk mencabut undi bagimemilih kertas klu, setiap kertas klu mempunyai nama- nama binatang seperti,

ayam, itik, burung, dan lain- lain.

2.  Undian adalah rahsia, para sukarelawan tidak dibenarkan memberitahu nama binatang yang diperolehi kepada yang lain.

3.  Setiap sukarelawan dikehendaki menutup mata dengan kain penutup.

4.  Ahli kumpulan yang lain diasingkan dan dijarakkan diantara satu sama lain5.  Apabila permainan dimulakan setiap pelajar akan buat bunyi binatang

mengikut arahan fasi.

6.  Sukarelawan tersebut akan mencari bunyi binatang yang sama dengan kertas

klu yang dipilih.

7. 

Masa diberikan selama 2 minit.

Rasional

•  Mengetahui bahawa manusia adalah makhluk yang bijak, kita boleh menirusuara haiwan tersebut. Tetapi sebaliknya, haiwan tidak boleh meniru suara

kita.

•  Keupayaan manusia terletak pada akalnya.

•  Manusia akan berbuat apa sahaja untuk mencapai cita- cita mereka, oleh itu

 jadikan agama sebagai asas untuk mengejar cita- cita.

•  Bahawasanya manusia hidup memerlukan bantuan daripada orang lain.

‘Hiduplah dalam masyarakat, bukan masyarakat hidup dalam diri kita.’

Page 5: Koleksi Modul Fasilitator Sekolah Rendah

7/23/2019 Koleksi Modul Fasilitator Sekolah Rendah

http://slidepdf.com/reader/full/koleksi-modul-fasilitator-sekolah-rendah 5/10

Kem pendidikan

 INTAN 2006

Aktiviti 2

 Nama : Bahtera Si Tanggang

Alatan : sebesen air, kertas A4/ surat khabar, 50 biji batu.

Masa : 20 minit

Objektif

•  Mengajar mereka tentang persediaan yang perlu di dalam mengatasi masalah.

•  Mengajak semua ahli kumpulan bersatu dalam menyumbangkan idea untuk

membina sebuah kapal.

•  Mengembangkan idea mereka dalam menggunakan sumber- sumber alam

yang ada disekeliling mereka.

•  Meyakinkan mereka tentang keupayaan kapal tersebut dalam menampung batu- batu kerikil yang sedang terapung di atas air.

Kaedah

1.  Setiap kumpulan akan diberikan sehelai surat khabar untuk membina sebuah

kapal bagi menampung 50 biji batu kerikil.2.  Setiap kumpulan diberi masa selama 5 minit untuk menyiapkannya.

3.  Semua kumpulan akan diuji pembinaan kapal mereka dengan meletakkan

kapal mereka di atas air yang disediakan di dalam besen.4.  Semua ahli kumpulan hendaklah meletakkan batu- batu kerikil yang diberikan

oleh fasilitator di atas kapal mereka, sehingga kapal mereka tidak dapat

menampung batu tersebut.5.  Sekiranya kesemua batu tersebut habis, kumpulan tersebut berjaya mencipta

sebuah kapal yang kukuh.

Rasional

Semua orang akan mengalami masalah masing- masing dan mereka berupaya untukmengatasi masalah itu.Kapal dianggap sebagai diri kita, manakala batu- batu kerikil pula dianggap sebagai

masalah. Kapal yang dibina menunjukkan keteguhan diri kita dalam menangani masalah.

Jadilah seperti air, apabila disentuh, ia akan kembali tenang.

Jangan jadi seperti laut, walaupun nampak tenang, tetapi ia sentiasa bergelora.

Page 6: Koleksi Modul Fasilitator Sekolah Rendah

7/23/2019 Koleksi Modul Fasilitator Sekolah Rendah

http://slidepdf.com/reader/full/koleksi-modul-fasilitator-sekolah-rendah 6/10

Kem pendidikan

 INTAN 2006

Aktiviti 3

 Nama : Hati ke Hati

Alatan : Tali rafia dan sehelai kertas

Masa : 20 minit

Objektif

Memberi gambaran kepada peserta bahawa mereka boleh melakukan perkara yang

dianggap susah

Kaedah

1.  Fasi mengarahkan peserta membentuk bulatan dan menghulurkan tangan kehadapan.

2.  Fasi meminta seorang daripada peserta untuk mengikat tangan dengan rakan

yang lain menggunakan tali.

3.  Tangan diikat mengikut tangan kanan peserta pertama dengan tangan kiri

 peserta kedua sehinggalah bila tiba giliran peserta yang mengikat, fasi akanmengikat tangannya dengan peserta terakhir. Bentuk yang terbentuk ialah

 bulatan yang tidak terputus.4.  Setiap peserta diberikan sehelai kertas dan mereka akan membuat apa jua

 bentuk yang diarahkan oleh fasi menggunakan kertas tersebut.

5.  Sessi pertama, fasi meminta peserta membuat bentuk segitiga daripada kertastadi.

6.  Untuk seterusnya, fasi boleh meminta peserta untuk membuat bentuk yang

lebih sukar seperti bentuk papal terbang dan sebagainya.

Rasional

1.  Mereka boleh melakukan sesuatu yang dianggap sukar pada mulanya.

2.  Perlu memberi komitmen yang sepenuhnya dalam melaksanakan sesuatu.

3.  Membina keyakinan diri mereka, bahawa mereka boleh melakukankannya dan berjaya.

4.  Memupuk disiplin dalam diri peserta.

5.  Kepentingan sabar dan kelembutan yang diselitkan dengan ketegasan dalammemberi arahan kepada orang lain.

6.  Melatih komunikasi berkesan dalam diri dan mengawal keadaan.

ALLAH TAALA berfirman :

“Bertanyalah kepada ahli zikr (ilmu) jika sekiranya kamu tidak mengetahui”

 Al-Nahl:43

Page 7: Koleksi Modul Fasilitator Sekolah Rendah

7/23/2019 Koleksi Modul Fasilitator Sekolah Rendah

http://slidepdf.com/reader/full/koleksi-modul-fasilitator-sekolah-rendah 7/10

Kem pendidikan

 INTAN 2006

LATIHAN DALAM KUMPULAN (LDK 3)

Aktiviti 1

 Nama :Jadual guruku

Alatan :pen, kertasMasa :30 minit

Kaedah :

1.  Peserta diminta menutup mata serta membayangkan diri mereka adalah seorangguru.

2.  Dengan arahan fasilitator, peserta diminta menyenaraikan jadual pelajar

cemerlang menurut fahaman mereka. 3.  Fasilitator bersama-sama peserta akan membincangkan berkenaan jadual belajar

 pelajar cemerlang serta mengupas sejauh mana pelaksanaan jadual pelajar

cemerlang dalam diri mereka. 

Nota:Fasilitator boleh menceritakan pengalaman belajar mereka bagi memberi dorongan

 positif kepada diri peserta. 

Aktiviti 2

 Nama : Yakin Boleh

Alatan : Tayangan Flash

Masa : 20 minit

Kaedah

Pelajar diminta mencari jalan penyelesaian bagi masalah yang diberikan (tayangan flash).

Aktiviti 3

 Nama : Cawan Ajaib

Alatan : Cawan AjaibMasa : 10 minit

Kaedah

•  Letakan secawan air

• Kemudian fasi bertanya kepada peserta bagaimana hendak mengosongkancawan

Rasional

Apabila kita hendakkan sesuatu hendaklah berusaha dan buktikannya dengan kata lain,tidak sekadar kata sahaja.

Bagitu juga jira kita hendak berubah maka, kita mestilah berusaha ke arah itu walaupun

terpaksa menempuh dugaan.

Page 8: Koleksi Modul Fasilitator Sekolah Rendah

7/23/2019 Koleksi Modul Fasilitator Sekolah Rendah

http://slidepdf.com/reader/full/koleksi-modul-fasilitator-sekolah-rendah 8/10

Kem pendidikan

 INTAN 2006

Memo:

Selepas buat aktiviti ini, silat lihat jadual perancangan yang dilampirkan di dalam

fail

NAMA CITA - CITA

HALANGAN YANG DIHADAPILANGKAH YANG TELAH DIAMBIL

UNTUK MENGATASINYA

a) 

b) 

c) 

a) 

b) 

c) 

d) 

Page 9: Koleksi Modul Fasilitator Sekolah Rendah

7/23/2019 Koleksi Modul Fasilitator Sekolah Rendah

http://slidepdf.com/reader/full/koleksi-modul-fasilitator-sekolah-rendah 9/10

Kem pendidikan

 INTAN 2006

 APAKAH YANG AKAN ANDA DILAKUKAN SELEPAS INI

JUN JULAI OGOS SEPTEMBER OKTOBER

Jadual Pencapaian

TAHUN

MATA PELAJARAN JUN JULAI OGOS SEPT OKT NOV DEC

Page 10: Koleksi Modul Fasilitator Sekolah Rendah

7/23/2019 Koleksi Modul Fasilitator Sekolah Rendah

http://slidepdf.com/reader/full/koleksi-modul-fasilitator-sekolah-rendah 10/10

Kem pendidikan

 INTAN 2006