bahan ladap pemantapan kbs untuk guru dan fasilitator

79
LADAP PEMANTAPAN SOLAT KEM BESTARI SOLAT

Upload: fauzan-ibrahim

Post on 14-Nov-2015

84 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

Solat

TRANSCRIPT

  • LADAP PEMANTAPAN SOLATKEM BESTARI SOLAT

  • KANDUNGANBab WudhukBab SolatBab Solat BerjemaahBab Solat Sunat

  • WUDHUK

  • Antara syarat sah sembahyang ialah suci daripada hadas kecil. Hadas kecil = Keluar sesuatu drp qubul / dubur (kencing / berak)Tidur yg tidak tetap punggungBersentuh kulit lelaki dengan wanita yg bukan mahram (boleh kahwin)Menyentuh kemaluan / dubur tanpa lapik dgn tapak tanganHilang akal / pengsanSebelum berwudhuk, pastikan dahulu air yang digunakan adalah air mutlak

  • Bab AirAir yang boleh dibuat berwudhuk: Air Mutlak iaituAir HujanAir SungaiAir LautAir Mata AirAir PerigiAir SaljiAir Embun

  • Air yg tidak boleh dibuat berwudhuk:Air MustakmalAir yg kurang dari 2 kolah yang telah digunakanAir MuntanajisAir yg telah bercampur dengan najis

  • Air WudhukKemudahan air paip yang ada di rumah, masjid atau pejabat memudahkan mendapat air mutlak. Jika bertemu air di dalam takung, untuk berwudhuk di dalamnya, pastikan air itu melebihi sukatan 2 kolah. 2 kolah itu mengikut kiraan panjang x lebar x tinggi adalah dalam anggaran 62cm x 62cm x 65cm. Dengan syarat air itu tidak berubah sifat seperti bau, zat dan warnanya oleh sesuatu yang masuk ke dalamnya. Jika kurang 2 kolah, dan diyakini akan air itu, maka dibolehkan guna dengan syarat menggunakan penceduk seperti gayung.

  • Jika sesudah berwudhuk, didapati najis pada anggota badan, 1) Jika najis itu ada pada tempat bukan anggota wudhuk, cukup dengan membersihkannya dan wudhuk itu masih sah.

    2) Jika najis itu ada pada tempat anggota wudhuk dan diyakini ia berlaku selepas berwudhuk, cukup dengan membersihkannya. Wudhuk tadi itu masih sah.

    3) Jika najis itu ada pada anggota wudhuk dan diyakini terlekat sebelum kita berwudhuk, bermakna wudhuk kita tidak sah, kerana najis itu menghalang daripada air sampai kepada permukaan kulit. Perlu ulangi wudhuk.

  • Pastikan bahawa anggota wudhuk kita bebas daripada sesuatu yang boleh menghalang air dari sampai ke permukaan kulit anggota wudhuk.Anggota Wudhuk:Muka2 Tangan hingga ke sikuSebahagian Kepala2 Kaki hingga ke buku lali

  • Wudhuk orang sakit (Sohibul Jabirah)Balutan / tampalan ditangan: Ambil wudhuk seperti biasa dengan meratakan air pada bahagian balutan.Digalakkan mengulangi solat setelah balutan tersebut dibuka.Rujukan: Buku Panduan Haji & Umrah (Tabung Haji 2007) m.s. 156-158

  • Juga, eloklah dibersihkan dahulu mulut kita daripada segala kotoran terutama sisa makanan. Sisa makanan jika kita menelannya sewaktu solat, maka batallah sembahyang kita. Kalau perlu minum air, maka minumlah air agar sisa makanan itu masuk ke dalam tekak sebelum solat.

  • Sunnah bersugiSunnah bersugi sebagai memenuhi anjuran Rasulullah. Jikalau tidak memberatkan umat Islam nescaya beliau akan minta mereka bersugi setiap kali hendak berwudhuk / bersolat. Bersugi itu hendaklah menggunakan kayu sugi atau berus gigi, asalkan permukaannya kesat. Jika tiada satu apapun yang boleh digunakan untuk bersugi, maka gunakalan jari dan itu sudah dikira memadai.

  • Baca Taawuz & BasmalahMulakanlah wudhuk dengan menyebut nama Allah.Rasulullah menyebut, tidak ada wudhuk bagi yang tidak menyebut nama Allah. Imam Syafie, menghukumkan sunat membaca Bismillah bilamana hendak bermula wudhuk. Yang dimaksudkan Rasulullah itu ialah tidak sempurna wudhuknya tetapi tidaklah sampai wudhuk itu tidak sah. Ulamak berpendapat lebih baik tidak ditinggalkan sebagai keluar daripada khilaf kerana ada ulamak lain yang mewajibkan membacanya. Malah, terlebih baik didahului daripadanya itu taawuz, mohon diminta perlindungan dengan Allah daripada gangguan syaitan.

  • Surah Al-Maidah: 6

  • RUKUN WUDHUK(mesti buat, jika tertinggal, tidak sah wudhuk)

    NiatMembasuh muka (dari anak rambut di dahi )Membasuh tangan dari jari hingga ke sikuMembasuh sebahagian dari kepalaMembasuh kaki dari jari hingga ke buku laliTertib (mengikut susunan dan berturut-turut)

  • Had mukaApa-apa yang zahir pandangan dari hadapanMeliputi dahi dan anak rambutMeliputi pipi, side burn (tali rambut) dan anak telingaMeliputi dagu, janggut, jambang.

  • Had TanganDari jari hingga ke sikuTermasuk celah kuku, lipatan siku.Untuk Ihtiyat (elak ragu) elok lebihkan hingga ke atas sedikit dari siku.

  • Had Kepala1/3 dari kepala iaitu bahagian ubun-ubunSekurang-kurangnya sehelai rambut dari had kepala.Tidak boleh membasuh hujung rambut yg panjang sahaja.

  • Had KakiDari jari termasuk bawah kuku hingga ke buku lali.Untuk ihtiyat, lebihkan basuhan hingga atas sedikit dari buku lali.

  • SUNAT WUDHUK (buat dapat pahala lebih)

    Membaca BasmalahMembasuh kedua tapak tangan 3XBersiwak (berus gigi)Berkumur-kumurBeristinsyaq (memasukkan air ke dalam hidung)Menyelati janggut yang tebal, jari-jari dengan airMenyapu semua kepalaMenyapu kedua telingaMenghadap kiblatTidak bercakap-cakapMendahulukan yang kanan dari yang kiriMembasuh 3 kali setiap anggota wudhu

  • WUDHUK YG SEMPURNAMafhum Hadith:Wudhuk yg sempurna dpt menggugurkan dosa seumpama dahan kering yg keguguran daun.

  • Doa ketika membasuh anggota wudhukMuka: Tangan kanan:Tangan kiri:Kepala:Telinga:Kaki Kanan:Kaki Kiri:

  • IngatlahWudhuk Zahir: Membasuh anggota wudhuk dengan air mutlakWudhuk Batin: Membersihkan hati dari sifat mazmumah dan lalai dari mengingati Allah TaalaWudhuk Batin diperolehi dengan membulatkan tumpuan kepada Allah Taala ketika membasuh anggota wudhuk agar dianugerahkan khusyuk dalam solat

  • Anggota wudhuk bercahaya"Sesungguhnya umatku akan dipanggil pada Hari Kiamat dalam keadaan bercahaya wajahnya dan amat putih bersih tubuhnya oleh sebab bekas-bekas wudhu. Oleh itu, barang siapa di antara kamu hendak memperpanjangkannya (menambah cahaya), maka baiklah dia melakukannya dengan sempurna."(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

  • Tidur berwudhuk sebelum mandi "Sesungguhnya Rasulullah Sallallahu alaihi wasallam apabila hendak tidur selepas berjunub, maka Baginda mengambil wudhu seperti wudhu sembahyang kemudian barulah Baginda tidur."(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

  • Cara wudhuk Rasulullah s.a.w.Daripada Syaidina Othman bin Affan Radhiallahu anhu beliau meminta air untuk berwudhu maka ia berwudhu dengan membasuh dua tapak tangan tiga kali kemudian berkumur-kumur; kemudian mencuci mukanya tiga kali kemudian mencuci tangan kanannya hingga siku tiga kali, kemudian mencuci tangan kirinya seperti itu, kemudian membasuh kepalanya, kemudian membasuh kakinya kanan hingga pergalangan kaki tiga kali dan kaki kirinya tiga kali seperti itu, Kemudian beliau berkata: "Aku telah melihat Rasulullah sallallahu alaihi wasallam berwudhu seperti wudhuku ini. Kemudian Rasulullah Sallallahu alaihi wasallam bersabda: "Sesiapa yang berwudhu seperti wudhuku ini, kemudian mendirikan sembahyang dua rakaat, tidak terjadi sesuatu yang di antaranya, diampunkan keatasnya apa-apa dosa yang terdahulu".(Hadis riwayat Muslim)

  • Rahsia wudhukSyaitan benci pada orang yang sentiasa dalam keadaan berwudhuk.Ulama zaman dahulu tidak akan menulis kitab kecuali dalam keadaan berwudhuk.

  • Berwudhuk jika marah "Sesungguhnya marah itu daripada syaitan dan syaitan itu dijadikan daripada api dan sesungguhnya api itu terpadam dengan air. Maka jika sesiapa di antara kamu yang dalam keadaan marah, maka bersegeralah mengambil wudhu."(Hadis riwayat al-Imam Ahmad)

  • Tidur ber wudhuk"Barangsiapa tidur dalam keadaan dirinya berwudhu dan dia mati pada malam itu, maka dia adalah syahid di sisi Allah Taala."

  • MAKRUH KETIKA WUDHUK (Tuhan benci jika kita buat)Membazir airMendahulukan yang kiri semasa membasuhMengelap air wudhuMeminta orang lain membasuhkan anggota wudhunya

  • PERKARA YANG MEMBATALKAN WUDHUKKeluar sesuatu dari qubul atau dubur (kencing, berak, kentut, terkincit, keluar cacing)Tidur yang tidak tetap punggung (tidur baring/ mengiring)Tidak batal jika tidur duduk dengan punggung yang tetap.Hilang akal dengan sebab mabuk, pitam, sakit atau gila.

  • Tidur duduk tidak batal wudhukSebab daging punggung menghimpit lubang dubur, Menyebabkan angin kentut tidak dapat keluarMelainkan jika duduk yang bergoyang kiri kanan atau melantun seperti menaiki kenderaan

  • SambunganMenyentuh kulit berlainan jantina yang bukan mahram tanpa lapikMahram = Tidak boleh kahwin (ibu, kakak, makcik, nenek, anak saudara)Bukan Mahram = Boleh kahwin (sepupu, saudara jauh, kawan, kakak angkat, bakal isteri)Menyentuh qubul atau dubur dengan tapak tangan

  • Had QubulLelaki: Kawasan topi keledar tidak termasuk batang zakarWanita: Kawasan bibir faraj

  • MAHRAM & BUKAN MAHRAMmazhab Syafie, batal wudhuk jika kita menyentuh yang bukan mahram kita tanpa lapik yakni kulit bertemu kulit. Tidak batal wudhuk jika kita menyentuh mahram kita.

  • Mahram bagi lelaki Mahram disebabkan nasab atau keturunan adalah seperti ibu dan yang di atasnya (nenek, moyangP dsb), anak perempuan dan yang di bawahnya (cucu P, cicit P dsb), adik-beradik perempuan sebelah ibu dan sebelah bapa (makcik)adik beradik sendiri yang perempuan (kakak, adik perempuan).

  • Mahram bagi lelakiMahram disebabkan persusuan adalah seperti ibu susu saudara perempuan susuan.

  • Mahram bagi lelakiMahram disebabkan perkahwinan adalah seperti ibu mertua, Menantu perempuan. anak tiri perempuan, mak tiri dan

  • Mahram bagi wanita Mahram disebabkan nasab atau keturunan adalah seperti bapa dan yang di atasnya (datuk, moyangL dsb), anak lelaki dan yang di bawahnya (cucu L, cicit L dsb), adik-beradik lelaki sebelah ibu dan sebelah bapa (pakcik)adik beradik sendiri yang lelaki (abang, adik lelaki).

  • Mahram bagi wanitaMahram disebabkan persusuan adalah seperti ibu susu saudara perempuan susuan.

  • Mahram bagi wanitaMahram disebabkan perkahwinan adalah seperti bapa mertua, Menantu lelaki. anak tiri lelaki, bapa tiri

  • Selain daripada mereka adalah batal wudhuk termasuk:sepupu iaitu anak kepada adik-beradik ibu atau bapa.Kakak angkatAnak angkatSaudara jauh

  • ISTERI?Batal wudhuk jika kita menyentuh isteri kita tanpa lapik yakni kulit bertemu kulit Terkecuali jika menyentuh rambut atau kukunya. Bagi, kanak-kanak yang belum baligh tidaklah batal wudhuk bila kita menyentuhnya.

  • Keraguan Dalam Berwudhuk

    Erti ragu dalam masalah air, hadas dan sebagainya ialah rasa takut atau keliru antara ada sesuatu dengan tidak adanya. Dalam erti kata lain, ragu ialah syak, antara ya atau tidak, mengenai sesuatu hal.

  • 1) Pada usul fekah, keraguan itu hendaklah dihilangkan.2) Orang yang sedang berwudhuk, asasnya jika ragu pada hal yang diwajibkan, wajib mengulang, dan jika ragu pada hal yang disunatkan, maka sunat mengulang.3) Orang yang sedang berwudhuk, kemudian datang ragu dalam melakukan basuhan fardhu sebelumnya, maka wajib mengulang wudhuknya.4) Orang yang sedang berwudhuk ragu terhadap bilangan basuhan atau kerataan basuhan, sunat mengulangnya.

  • 5) Adapun ragu yang datang setelah sempurna atau selesai wudhuknya, maka tiadalah ia mempengaruhi dan tidak perlu kepada pengulangan. Ini termasuk jika ragu dalam berniat.6) Tidak masuk sebagai yang dimaksudkan dengan ragu apabila telah yakin meninggalkan sesuatu yang fardhu. Yakin sebegini membawa kepada pengulangan wudhuk.:: Hal-hal seperti ini telah dirujuk kepada Kitab Fathul Muin (Zainuddin Al-Malbari) & Asbahu Wa An-Nazair (Imam Sayuthi).

  • Solat selepas mandi wajibTidak perlu kepada wudhuk lagi kerana sebelum mandi wajib tadi kita sudahpun berwuduk untuk mengangkat hadas kecil. Namun, dalam proses mandi wajib itu tidak boleh berlaku sesuatu yang boleh membatalkan wudhuk. Jika tidak, hendaklah berwudhuk selepas mandi wajib. Timbul persoalan bagaimana keadaan jika tidak berwudhuk sebelum atau sesudahnya, maka memadailah dengan mandi wajib tadi untuk membolehkan solat.

  • SOLATDirikanlah solat (dengan tekun); Sesungguhnya solat itu dapat mencegah dari perbuatan keji dan mungkar (al Ankabut : 45)

  • Syarat-syarat yang harus dipenuhi sebelum melakukan solat dapat dikelompokkan menjadi 2 (dua) macam iaitu : Syarat Wajib Solat (siapa yg wajib dirikan solat)Syarat Sah Solat (apa yg perlu ada sebelum solat)

  • Syarat wajib solat Islam, Orang yang tidak Islam tidak wajib mengerjakan solat. Suci dari Haidh dan Nifas, Perempuan yang sedang Haidh (datang bulan) atau baru melahirkan anak tidak wajib mengerjakan solat. Berakal Sehat, Orang yang tidak berakal sehat seperti orang gila,orang yang mabuk, dan pengsan tidak wajib mengerjakan solat, sebagaimana sabda Rasulullah : "Ada tiga golongan manusia yang telah diangkat pena darinya (tidak diberi beban syari'at) yaitu; orang yang tidur sampai dia terjaga, anak kecil sampai dia baligh dan orang yang gila sampai dia sembuh." (HR. Abu Daud dan lainnya, hadits shahih)

  • Baliqh (Dewasa), Orang yang belum baliqh tidak wajib mengerjakan solat. Tanda-tanda orang yang sudah baliqh : Sampai umur 9 thn (perempuan) 15 thn (lelaki) Mimpi bersetubuh. Mulai keluar darah haidh (datang bulan) bagi perempuan Telah sampai da'wah kepadanya, Orang yang belum pernah mendapatkan da'wah/seruan agama tidak wajib mengerjakan solat.

  • Didikan Rasulullah s.a.w.sabda Rasulullah "Perintahkanlah anak-anak untuk melaksanakan solat apabila telah berumur tujuh tahun, dan apabila dia telah berumur sepuluh tahun, maka pukullah dia kalau tidak melaksanakannya." (HR. Abu Daud dan lainnya, hadits shahih)

  • SYARAT SAH SOLAT(mesti ada sebelum solat)Suci dari hadas kecil atau besarSuci tubuh badan dari najisSuci pakaian dari najisSuci tempat dari najisYakin masuk waktu solat fardhuMenutup auratMenghadap kiblat (292o dari utara)

    Al-Araf:7

  • SUNAT SEBELUM SOLAT

    Azan IqamahMeletakkan pemisah dihadapan

  • SUNAT ABADH SEMASA SOLATPerkara sunat yang perlu ditampung dengan sujud sahwi apabila ditinggalkan Tasyahhud awal dan duduknya.Qunut subuh dan qunut witir, dan berdirinya.Shalawat ke atas Nabi Shallallahu alaihi wasallam ketika tasyahhud awal.Shalawat ke atas Nabi Shallallahu alaihi wasallam ketika qunut.Shalawat ke atas keluarga Nabi Shallallahu alaihi wasallam ketika tasyahhud akhir.Shalawat ke atas keluarga Nabi Shallallahu alaihi wasallam ketika qunut.

  • SUNAT HAIAH SEMASA SOLATPerkara sunat yang tidak perlu ditampung dengan sujud sahwi apabila ditinggalkan. Antaranya: Mengangkat tangan ketika takbiratul ihramMeletakkan tangan kanan di atas tangan kiri ketika berdiriMelihat ke tempat sujudMembaca doa iftitah selepas takbiratul ihramMembaca istiazah (auzubillah) selepas doa iftitahMembaca dengan suara kuat waktu subuh, maghrib, isyakMenyebut amin selepas membaca Surah al-Fatihah

  • Sujud SahwiDua kali sujud dan sekali duduk antara dua sujud tersebut. Dilakukan sebelum memberi salam Membaca zikir

  • RUKUN SOLATBerdiri betul bagi solat fardhu - RPNiat - RHTakbiratul Ihram - RBMembaca Surah Al-Fatihah - RBRukuk dengan tomakninah - RPIktidal dengan tomakninah - RPSujud dengan tomakninah - RPDuduk antara dua sujud dengan tomakninah - RPDuduk Tahiyyat Akhir - RPMembaca Tasyahhud Akhir - RBMembaca Selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. - RBMemberi salam yg pertama - RBTertibRP= Rukun Perbuatan, RH= Rukun Hati, RB= Rukun Bacaan

  • Tomakninah Maksudnya berhenti sebentar sekurang-kurangnya selama menyebut Subanallah.Sekadar membezakan antara satu pergerakan dgn pergerakan yg lain dlm solat.

  • MAKRUH SEMASA SOLAT

    Memalingkan tengkokMemandang ke atas / mendongak ke atasBercekak pinggangBermain-main dengan rambut, janggut, misaiSolat ketika makanan telah dihidangkanSolat dalam keadaan menahan kencing & berakSolat ketika sangat mengantukSolat di bilik air, jalan, pasar, kubur, gereja/kuil, tempat sampah, kandang lembu.

  • PERKARA YANG MEMBATALKAN SOLAT

    Bercakap dengan sengajaKetawaMakan & minum dengan sengajaBergerak 3kali berturut-turut (pergerakan besar)Badan atau pakaian terkena najis (menanggung najis)Membuka aurat dengan sengajaAurat Lelaki: Diantara pusat dan lututAurat Wanita: Seluruh tubuh kecuali mukaBerhadas sebelum salam yang pertamaBerpaling dada dari arah kiblatMengubah niat (mahu berhenti)Murtad

  • Batal solat jikaMemegang tali yang terikat kepada anjing (najis)Menyangkut wayar mikrofon yang terkena tahi cicakMemegang kanak-kanak yang pampers telah penuh dgn najisIni dikira menanggung najisRujukan: Kitab Munyatul Musholli

  • TIDAK BATAL SOLAT JIKA

    Senyum, menangis, batuk, bersinMenggerakkan jari kaki atau jari tanganMenelan air liurTerbuka aurat seketika tanpa sengaja (ditiup angin), jika dibiar, batal solat.Menutup mata

  • ADAB SOLATImam Al-Ghazali mengumpamakan solat seperti menghadiahkan hamba kepada raja. Jika solat yang kita dirikan banyak cacat, seolah-olah kita menghadiahkan kepada raja, seorang hamba yang cacat.Tentu akan menyebabkan kemarahan Raja terhadab kita.

  • SOLAT BERJEMAAH

  • Abu Mas'ud r.a., sahabat Nabi saw, menyampaikan sebuah kisah. Suatu ketika, saat hendak shalat berjamaah, Nabi menyentuh setiap bahu kami sambil bersabda: "Luruskan shafmu, jangan bengkok-bengkok. Shaf yang bengkok akan menyebabkan hatimu terpecah-belah." (HR Muslim).

  • "Sempurnakanlah oleh kamu saf yang depan (saf yang pertama), kemudian saf-saf berikutnya, maka saf yang kurang itu (disebabkan sedikit makmum) hendaklah (saf yang kurang itu berada) di saf bahagian belakang".(Hadis riwayat Abu Daud dan Nasai)

  • "Luruskanlah oleh kamu saf-saf dan sejajarkanlah di antara bahu-bahu kamu, tutupi celah-celah dan berlaku lembutlah ketika memegang tangan saudaramu (waktu merapatkan saf), dan janganlah kamu biarkan celah-celah (yang kosong) itu untuk syaitan. Barangsiapa menghubungkan saf, maka Allah menghubungkannya (dengan rahmatNya) dan barangsiapa memutuskan saf, maka Allah memutuskannya (daripada rahmat dan pertolonganNya)".(Hadis riwayat Abu Daud)

  • Andaikata mereka tahu apa yang ada di dalam saf yang depan, nescaya akan di adakan undian. (Hadis riwayat Muslim)

  • Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikatNya mengucapkan selawat (selawat Allah: rahmat dan selawat malaikat: istighfar) terhadap makmum-makmum di baris pertama.(Hadis riwayat Abu Daud dan Nasai)

  • Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya mengucapkan selawat kepada makmum di saf-saf kanan.(Hadis riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah)

  • KEDUDUKAN IMAM DAN MAKMUM

    Makmum hendaklah berada di belakang imam. Adalah batal sembahyang makmun itu jika dia berada di hadapan imam. Manakala jika imam dan makmun dalam kedudukan yang sama maka tidaklah batal sembahyang mereka, akan tetapi hukumnya adalah makruh.

  • Disunatkan juga agar kedudukan atau tempat imam tidaklah tinggi dibandingkan dengan kedudukan makmumnya, begitu juga sebaliknya iaitu kedudukan makmum tidaklah tinggi dibandingkan dengan kedudukan imam, melainkan jika imam itu bertujuan untuk mengajar makmumnya perbuatan sembahyang atau makmum itu bertujuan untuk menyampaikan takbir imam kepada makmum yang lain. Dalam keadaan ini, makmum tersebut adalah digalakkan untuk meninggikan tempat kedudukannya. (Majmuk 4/190-191, 4/186-187)

  • Di antara adab-adabnya juga ialah imam disunatkan berada di antara tengah-tengah saf makmum yang berada di belakang. Sebagaimana sabda Rasulullah Shallallahu alaihi wasallam yang maksudnya :Jadikanlah kedudukan imam itu berdiri di tengah-tengah dan penuhilah celah-celah saf (yang kosong).

  • KEDUDUKAN MAKMUM TUNGGAL DALAM SAF SEMBAHYANG

    Apabila sembahyang jemaah itu hanya dengan seorang makmum, maka disunatkan baginya berada di sebelah kanan imam, tetapi hendaklah ke belakang sedikit daripada imam. Manakala jika makmum berada di sebelah kiri atau di belakang imam, disunatkan baginya untuk berpindah ke sebelah kanan dengan menjaga daripada perkara-perkara yang membatalkan sembahyang seperti bergerak lebih daripada tiga kali berturut-turut.

  • Walau bagaimanapun, hanya makruh hukumnya jika dia terus berada di kiri atau di belakang imam. Jika makmum itu tidak juga berpindah disebabkan jahil atau sebagainya, maka disunatkan bagi imam itu memindahkan makmum atau memindahkan dirinya supaya berada di depan sebelah kiri makmum, sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas Radiallahu anhuma katanya yang maksudnya :Pada suatu malam saya tidur di rumah Maimunah dan Nabi Muhammad Shallallahu alahi wasallam berada di sana malam itu. Beliau berwudhu dan berdiri untuk sembahyang. Saya bersamanya dan berdiri di sebelah kirinya tetapi beliau memindahkan saya ke sebelah kanannya.(Hadis riwayat Bukhari)

  • Susunan Saf1. Imam lelaki bersama seorang makmum lelaki- Makmum berdiri di sisi sebelah kanan imam.2. Imam bersama seorang makmum perempuan- Makmum berdiri di sisi sebelah kiri imam.3. Imam bersama seorang makmum lelaki dan seorang makmum perempuan- Makmum lelaki di sisi sebelah kanan imam dan makmum perempuan pula berdiri di belakang makmum lelaki menepati kedudukan imam.4. Imam bersama ramai makmum lelaki dan perempuan- Imam berdiri di tengah bahagian hadapan makmum lelaki dan makmum perempuan di belakang makmum lelaki.5. Imam bersama makmum seorang lelaki dewasa, seorang kanak-kanak lelaki (belum mumaiyiz), seorang perempuan dewasa dan seorang kanak-kanak perempuan (belum mumaiyiz).- Lelaki dewasa di sisi sebelah kanan imam- Kanak-kanak lelaki di belakang lelaki dewasa menepati kedudukan imam- Perempuan dewasa di belakang kanak-kanak lelaki- Kanak-kanak perempuan di belakang perempuan dewasa6. Imam bersama ramai makmum lelaki dewasa, kanak-kanak lelaki (belum mumaiyiz), perempuan dewasa dan kanak-kanak perempuan (belum mumaiyiz)- Lelaki dewasa di belakang imam- Kanak-kanak lelaki (belum mumaiyiz) di belakang lelaki dewasa- Perempuan dewasa di belakang kanak-kanak lelaki (belum mumaiyiz)- Kanak-kanak perempuan (belum mumaiyiz) di belakang perempuan dewasa

  • Rujukan 1. Mughnil Muhtaj - Syeikh Muhamad alKhatib al-Syarbini, vol 1 2. Al-Feqhul Islami Wa adillatuh - Dr Wahbah al-Zuhaili, vol 2 * 3. Sabilul Muhtadin - Syeikh Muhamad Arshad al-Banjari vol 2** 4. I'anah al-Thalibin - Syeikh Muhamad Satha al-Dimyathi vol 1