koleksi cerita kanak

Upload: maskinah-sedu

Post on 06-Jul-2015

659 views

Category:

Documents


42 download

TRANSCRIPT

..:: Koleksi Cerita Kanak-Kanak ::.. ::: BAWANG PUTING, BAWANG MERAH http://ceritakanak2.blogspot.com

Pada zaman dahulu ada sepasang suami isteri yang tinggal agak terpencil dari orang ramai. Si suami bernama Pak Ali dan Si Isteri bernama Mak Labu. Sungguhpun sudah lama mereka berumah tangga tetapi mereka masih belum mempunyai cahaya mata. Pada suatu hari Pak Ali telah berterus terang dengan isterinya. Labu, aku berhajat hendak b Kalau bergitu niat abang, saya relalah abang berkahwin lain walaupun berat rasa hati ini, beritahu Mak Labu terus terang. Terimakasih atas kerelaan engkau itu Labu. Aku akan bersifat sama adil bila aku beristerikan seorang lagi nanti, janji pak Ali. Akhirnya Pak Ali pun beristeri baru. Isteri barunya itu bernama Mak Kundur. Walaupun mereka bermadu tapi mereka tinggal serumah. Tepat seperti dijanjikan, Pak Ali melayan isteri-isterinya itu seadil-adilnya. Setelah setahun berkahwin, dengan tidak disangka-sangka isteri tuanya yang disangka mandul itu mengandung empat bulan dan isteri mudanya mengandung tiga bulan. Syukur kepada Allah kerana tidak lama lagi aku akan mendapat dua orang anak sekaligus, fikirnya dalam hati. Apabila sampai masanya, kedua-dua orang isterinya itu pun melahirkan anak. Kedua-duanya anak perempuan belaka. Anak Mak Labu diberi nama Bawang Merah dan anak Mak Kundur bernama Bawang Putih. Nama-nama itu diambil sempena dengan tanaman Pak Ali yang sangat subur pada masa itu iaitu bawang merah dan bawang putih. Semenjak itu juga nama kedua-dua isterinya ditukar menjadi Mak Bawang Merah dan Mak Bawang Putih. Masa terus berlalu. Kini umur kedua-dua anaknya telah mencapai dua belas tahun. Rupa kedua-dua gadis itu sangatlah cantik. Memang sukar anak-anak gadis di kampung itu hendak mengatasi kecantikkan Bawang Merah dan Bawang Putih. Tetapi kalau ditanya kepada Mak Bawang Putih siapakah yang lebih cantik, tentu Mak Bawang Putih akan menjawab Bawang Putih yang cantik. Jika ditanya kepada Mak Bawang Merah, Mak Bawang Merah akan menjawab yang kedua-duanya sederhana tidak ada siapa yang lebih cantik.

Tentang perangai pula, didapati Bawang Putih lebih nakal dan jahat. Disuruhnya

ang Merah memasak nasi dan membuat kerja itu dan ini. Kalau di

Baw

hadapan Pak Ali, Bawang Putih pandai pula bermuka-muka membuat kerja. Pada suatu hari Pak Ali pergi mengail ikan dengan Bawang Merah. Hari itu nasib Pak Ali kurang baik kerana entah bagaimana Pak Ali disengat oleh seekor ikan sembilang yang baru sahaja mengena kailnya. Pak Ali memanggil anaknya Bawang Merah membantunya kerana tidak tahan menanggung kesakitan akibat disengat oleh ikan itu. Dengan perasaan yang cemas, Bawang Merah memapah bapanya pulang ke rumah. Apabila sampai di rumah, kedua-dua isterinya terperanjat melihatkan Pak Ali pulang dalam kesakitan. Mak Bawang Merah pergi menjemput Pawang Jidun iaitu seorang pawang yang terkenal di kampung itu. Pawang Jidun pun mengubat Pak Ali secara perubatan tradisional. Oleh kerana ajalnya telah sampai, perubatan Pawang Jidun tidak memberi apa-apa kesan. Pak Ali pun meninggal dunia. Pemergian Pak Ali yang kekal abadi itu ditangisi oleh keluarganya. Semenjak Pak Ali meninggal dunia, perselisihan dan pergaduhan diantara Mak Bawang Merah dan Mak Bawang Putih selalu sahaja terjadi. Sebab utama tentulah hal anak-anak kerana mereka tinggal serumah jadi selalu sajalah mereka bertengkar. Mak Bawang Putih sangat benci kepada Mak Bawang Merah. Dia sentiasa sahaja mencari peluang untuk menghapuskan Mak Bawang Merah. Pada suatu hari, peluang yang ditunggu-tunggu selama ini

terbuka. Apalagi hanya mereka berdua sahaja yang berada ditempat itu. Kebetulan Mak Bawang Merah sedang menceduk air di perigi lama. Mak Bawang Putih datang dari arah belakang dan terus menolak Mak Bawang Merah ke dalam perigi. Oleh kerana perigi itu dalam, dia terus tenggelam dan lemas. Perigi itu jarang digunakan. Selalunya mereka menggunakan perigi di hadapan rumah mereka. "Mampuslah engkau! jerit Mak Bawang Putih dengan geramnya. Tiga jam berlalu tetapi Bawang Merah masih belum tahu kemana emaknya pergi. Sedang dia termenung dan bersedih hati memikirkan ibunya, tiba-tiba Mak Bawang Putih datang dari arah belakang dan memukulnya lalu Bawang Merah pun jatuh pengsan di situ juga dengan berlumuran darah keluar dari hidung dan mulutnya. Mak Bawang Putih yang tidak menaruh belas kasihan apabila melihat Bawang Merah pengsan itu, terus mengajak anaknya bersama-sama pergi ke rumah saudaranya. Tidak berapa lama selepas itu, Bawang Merah tersedar dari pengsan. Dia menangis tersedu-sedu sambil memangggil-manggil nama emaknya. Puas dipanggil dan dicari namun tidak ada. Dia juga hairan kerana Mak Bawang Putih dan Bawang Putih juga tidak ada di rumah. Hari sudah malam tidak ada sesiapa yang pulang. Bawang Merah merasa cemas tinggal keseorangan diri di rumah yang di kelilingi hutan tebal itu. Pintu rumah dikunci rapat-rapat. Setelah jauh malam akhirnya dia pun tertidur. Dalam tidurnya dia bermimpi ibunya datang kepadanya dengan memakai telekung putih. Anakku bawang Merah! Mak telah mati ditolak ke dalam perigi lama oleh Mak Bawang Putih semasa mak menceduk air. Mak tidak sangka dia tergamak melakukan perbuatan itu terhadap Mak. Ingatlah anakku, kau jagalah diri mu dari telatah Mak Bawang Putih yang ganas itu. Sekarang Mak hendak pergi dahulu. Kau tinggallah baik-baik. Sebaik sahaja emaknya meminta diri, Bawang Merah pun terjaga dari tidurnya. Dia memandang sekeliling mencari-cari emaknya. Mulutnya memanggil-manggil Mak.Mak. Namun tidak ada jawapan, barulah dia sedar rupanya dia bermimpi, dia menangis sekuat-kuat hatinya kerana dia pecaya segala kata-kata dalam mimipinya tadi dan tambahan pula dengan sikap Mak Bawang Putiah yang memukulnya dan meninggalkannya itu. Esoknya, pagi-pagi lagi dia pergi ke perigi tersebut. Tanpa disedari air matanya membasahi kedua belah pipinya sambil mulutnya bersuara. Mak..Mak. Sedang Bawang Merah bersedih memerhati ke dalam perigi itu, dengan kehendak Allah tiba-tiba timbullah seekor ikan kaloi. Ikan itu boleh berkata-kata:mak sekepal nasi melukut dan sayur keladi. Kemudian ikan itu tidak dapat berkata lagi untuk selama-lamanya.

Wahai anakku Bawang Merah. Akulah mak engkau. Mak telah mati ditolak ke dalam perigi ini oleh Mak Bawang Putih. Engkau datanglah bermain dengan mak pada tiap-tiap hari. Bawalah makanan untukSetelah itu Bawang Merah pun pulang ke rumah. Bila sampai di rumah didapati Mak Bawang Putih dan Bawang Putih sudah menunggu dengan muka bengis. Ke mana engkau pergi? Mak cik, saya sedang mencari mak saya, jawab Bawang Merah. Mak engkau sebenarnya telah mati kerana jatuh ke dalam perigi. Aku telah berusaha hendak menolongnya tetapi tidak terdaya, jawab Mak Bawang Putih berbohong. Bawang Merah tidak berkata apa-apa. Dia tidak percaya dengan kata-kata Mak Bawang Putih. Dia yakin dengan mimpinya malam tadi dan percakapan ikan kaloi di perigi sebentar tadi. Lekas pergi ke dapur dan masak untuk kami. Ingat! Mulai hari ini kami berdua menjadi raja dalam rumah ini, kami tidak mahu membuat apa-apa kerja. Segala kerja seperti memasak, mencuci kain dan mengemas rumah adalah tugas engkau! beritahu Mak Bawang Putih dengan sombong. Bawang Merah terpaksa menurut sahaja perintah itu. Tiap-tiap hari tidak ada peluang langsung dia hendak berehat, asyik dengan membuat kerja sahaja.

Bagaimanapun pagi-pagi lagi sebelum Mak Bawang Putih dan Bawang Putih bangun dari tidur, dia sudah pergi ke perigi. Lalu dia bergurindam memanggil ibunya: Mak.Mak..Ikan kaloi, Timbullah Bawang Merah datang, Nasi melukut sayur keladi, Untuk mak makan di pagi hari. Sebaik sahaja Bawang Merah bergurindam, ikan kaloi itu pun timbul lalu Bawang Merah pun memberi makan. Setelah selesai Bawang Merah pun pulang.

Pada mulanya perkara itu tidak diketahui oleh sesiapa. Dua minggu selepas itu, rahsia itu pecah juga. Pagi itu Bawang Putih bangun dari tidur terlebih awal kerana hendak membuang air kecil. Selepas buang air, dia terdengar suara orang bergurindam. Perlahan-lahan dia mengintai di sebalik semak. Oh, di sini rupanya si Bawang Merah datang hari-hari. Akan aku perhatikan apa yang dibuatnya disini. bisik Bawang Putih. Dia dapat melihat dan mendengar segala-galanya yang berlaku. Lantas dia cepat-cepat pulang dan mengadu kepada emaknya. Oh begitukah? Nanti aku akan tangkap ikan itu! kata mak Bawang Merah. ketika Bawang Merah sedang bekerja di rumah, Mak Bawang Putih pergi ke perigi itu dan membawa sekepal nasi melukut dan sayur keladi. Mak Bawang Putih pun bergurindam:

Segala rangkap gurindam itu dihafal oleh Mak Bawang Putih. Pada waktu tengah hari"Mak.Mak..Ikan kaloi,

Timbullah Bawang Merah datang, Nasi melukut sayur keladi, Untuk mak makan di pagi hari. Ikan itu tidak timbul. Mak Bawang Putih bergurindam lagi. Tidak timbul juga. Kemudian Bawang Putih pula yang bergurindam. Tidak juga timbul. Bawang Putih bergurindam lagi. Barulah ikan itu timbul. Sebaik sahaja ikan itu timbul, ikan itu pun disauk dengan penyauk. Secara diam-diam mereka membawa balik ikan itu. Bawang Merah, tengah hari ini biarlah Mak Cik masak. engkau pergi cari kayu api, katanya kepada Bawang Merah. Baiklah Mak Cik. Sepeninggalan Bawang Merah, Mak Bawang Putih pun menggulai ikan itu. Bila Bawang Merah pulang dari mencari kayu api, dia terus dipelawa makan nasi berlaukkan ikan gulai tadi. Berselera sekali nampaknya dia memakan ikan itu. Keesokkan paginya seperti biasa Bawang Merah pergi ke perigi untuk memberi iakn kaloi itu makan. Dia bergurindam. Tapi berkali-kali dia mengalunkan gurindam ikan kaloi itu tidak timbul-timbul. Dia pun menangis teresak-esak kerana ikan kaloi tidak lagi timbul. Sedang dia menangis tiba-tiba terdengar satu suara ghaib Tidak usahlah engkau menangis Bawang Merah. Ikan kaloi sudah ditangkap oleh Mak Bawang Putih dan sudah dibuat gulai yang engkau makan semalam. Dan sekarang engkau carilah tulang-tulangnya dan tanamlah. kemudian suara itu pun hilang. Sebaik saja suara itu ghaib, Mak Bawang Putih datang dari arah belakang dan memukulnya dengan kayu. Anak sial! Apa yang engkau buat di tepi perigi ini? Oh, engkau hendak berjumpa mak engkau ikan kaloi itu ya! Semalam yang engkau makan itulah ikan kaloi mak engkau! Lekas balik ke rumah dan masak nasi herdik Mak Bawang Putih. Setelah selesai memasak nasi, dengan senyap dia turun ke bawah rumah untuk mencari tulangtulang ikan itu. Puas dia mencari, barulah berjumpa tulang-tulang itu dihimpun dan ditanam di atas bukit jauh sedikit dari rumahnya. Atas kehendak Allah Taala, dalam masa sebulan sahaja tukangtulang ikan itu menjadi sepohon pohon beringin yang rendang. Dia menggantungkan buaian di dahan pohon itu. Ketika ada masa lapang, dengan diam-diam dia bermain buaian disitu. Sambil berbuai dia akan menyanyi: Tinggi-tinggi pohon beringin Kalau tinggi menyapu awan Kalau rendah menyapu bumi Laju-laju buai laju Bertiuplah angin bayu-bayu Tolonglah aku yatim piatu Dengan berbuat demikian dapatlah juga meghiburkan hatinya yang sedang gelisah. Pada ketika itu ada seorang raja sedang berburu. Baginda diiringi oleh beberapa orang hulubalangnya. Sudah dua hari dua malam baginda berburu tetapi tidak mendapat seekor binatang buruan pun. Namun begitu baginda tetap sukacita. Perangainya berbeza dari biasa. Biasanya kalau dalam keadaan begitu baginda sangat murka dan terus mengajak pengiring-pengiringnya pulang sahaja. Perubahan perangai baginda itu sangat luar biasa. Pada pagi yang ketiga mereka berburu lagi. Tiba-tiba melintas di hadapan baginda seekor rusa. Dengan pantas baginda memanah tetapi tidak kena. Biasanya kalau seperti itu, rusa itu sudah tentu terkena anak panah baginda. Baginda memerintah hulubalang-hulubalangnya mengejar rusa itu sambil mencari binatang buruan yang lain. Namun segala-galanya hampa. Sedang mereka berjalan-jalan, salah seorang hulubalang mendengar suara seorang perempuan menyanyi. Datuk Menteri, cuba dengar suara perempuan sedang menyanyi! kata hulubalang kepada Datuk Menteri.

Mengarut engkau ini. Dalam hutan begini mana ada perempuan menyanyi! jawab Datuk Menteri. Cuba Datuk dengar sendiri. Jangan-jangan suara hantu! kata Datuk Menteri. Mereka bersepakat hendak menghampiri ke tempat suara itu, akhirnya mereka dapat melihat penyanyi itu ialah Bawang Merah. Kerana wajah Bawang Merah yang sangat cantik mereka berpakat hendak mempersembahkan pertemuan itu kepada tuanku kerana tuanku raja masih belum beristeri. Bawang Merah terasa dirinya sedang diintai. Dia pun cepat-cepat lari pulang. Dua orang hulubalang tadi mengekori Bawang Merah secara sulit untuk mengetahui rumahnya. Kemudian mereka pun persembahkan perkara itu kepada baginda. Baginda sangat senang hati mendengar cerita itu. Mereka pun beramai-ramai pergi ke rumah Bawang Merah. Assaalamualaikum. Waalaikumussalam.jawab Mak Bawang Putih. Tuan hamba, sebentar tadi kami melihat ada seorang gadis cantik sedang bermain buaian di bukit sana. Kata Datuk Menteri. Gadis cantik? Oh..memang ada dia anak patik, jawab Mak Bawang Putih. Maka mak Bawang Putih pun memanggil Bawang Putih keluar untuk mengadap Datuk Menteri. lain. Dia lebih cantik! jawab Datuk Menteri. Bukan ini. Yang Yang seorang lagi ada tapi dia orang gaji patik jawab Mak Bawang Putih. Bila mak Bawang Putih menarik Bawang Merah mengadap Datuk Menteri tiba-tiba Datuk Menteri menjerit. Haa inilah orangnya! Dialah yang berbuai dan menyanyi dengan merdunya! Menyanyi? fikir Mak Bawang Putih. Tuanku, kalau dalam soal menyanyi anak patik Bawang Putih lagi pandai. Untuk itu baginda sultan hendak membuat ujian di hadapan orang ramai. Mula-mula Bawang Putih dahulu yang menyanyi. Bawang Putih belum pernah menyanyi dan menaiki buaian lalu merasa kekok sekali. Hendak naik ke atas buaian pun teragak-agak. Kemudian dia pun menyanyi. Suaranya sumbang dan tidak ada irama langsung. Senikatanya pun tidak ada erti langsung. Tiba pula giliran Bawang Merah. Secara senang sahaja dia menaiki buaian. Buaian itu tidak perlu dihayun. Ia berbuai sendiri semakin lama semakin laju. Nyanyiannya pula sangat merdu. Sama seperti yang di dengar oleh Datuk Menteri dan hulubalang-hulubalang. Dengan itu baginda sultan pun bersetuju menjadikan Bawang Merah permaisuri baginda. Apakah ini orang gaji Mak Cik? tanya baginda. Ampun tuanku, sebenarnya dia ini anak tiri patik. Walaupun anak tiri, patik menjaga seperti anak sendiri. Akhirnya berkahwinlah Bawang Merah dengan tuanku. Dia pun menjadi isteri kesayangan baginda dan telah berpindah di istana baginda. Walaupun begitu Bawang Merah tetap tidak menyisihkan Mak Bawang Putih dan Bawang Putih. Mereka tetap diajak tinggal bersama di istana. Walaupun dapat tinggal di istana dengan segala kemudahan disediakan, namun iri hati dan jahatnya masih membara. Mak Bawang Putih ingin melihat Bawang Merah bercerai dengan baginda sultan dan mengambil anaknya Bawang Putih sebagai ganti. BERSAMBUNG DILAIN MASA. ::: BELALANG -

http://ceritakanak2.blogspot.com

Di dalam sebuah taman bunga, terdapat seekor belalang yang suka menyanyi dan menari. Ia berasa gembira kerana dapat hidup di dalam taman yang indah itu. Di dalam taman itu terdapat juga berbagai-bagai jenis bunga seperti bunga raya, mawar, dahlia, kenanga, melur dan cempaka. Taman bunga itu berwarna-warni dan harum. Tiap-tiap hari, belalang akan menyanyi dan menari. Ia akan

melompat dari satu pokok ke pokok yang lain. Belalang mempunyai ramai teman di dalam taman itu. Ada rama-rama, kumbang, lebah dan semut. Mereka dapat tinggal di taman itu. Mereka sering bermain dan menyanyi bersama-sama. Pada suatu hari, belalang mencari kesemua rakan-rakannya untuk bermain tetapi mereka semua sedang sibuk mencari makanan dan berpindah untuk berlindung sebelum musim hujan tiba. Belalang tidak percaya hujan akan tujun sebentar lagi. Ia asyik menyanyi dan menari sendirian. Setelah lama menyanyi, belalang pulang ke rumah dan tidur kerana keletihan. Hujan turun dengan lebat lalu belalang terbangun. Ia berasa sangat lapar tetapi di rumahnya tiada makanan. Bila hujan berhenti bolehlah saya mencari makanan, katanya dalam hati. Belalang berbaring semula dan tertidur. Apabila dia terjaga, hujan tetap turun dengan lebat. Belalang berasa menyesal kerana tidak mengikut nasihat rakannya untuk mencari makanan sebelum musim hujan. Akhirnya belalang jatuh sakit. Rakan-rakan belalang tidak mengetahui keadaan belalang yang sakit. Apabila hujan berhenti,lebah teringat akan belalang. Dia keluar dari sarangnya dan pergi ke rumah belalang. Ia amat terperanjat melihat belalang yang terlantar di atas katil di rumah. Saya akan membawa makanan, kata lebah kepada belalang apabila melihat belalang terlalu lemah dan pucat. Lebah mencari semut dan rakannya yang lain untuk menolong belalang. Akhirnya belalang sembuh dan sihat. Belalang insaf dan sering mendengar nasihat daripada rakannya. ::: PERUBAHAN YANG MEMBAWA KEJAYAAN -

http://ceritakanak2.blogspot.com

Makcik Leha mana kasut Siti?tanya Siti Zuriah kepada pembantu rumahnya. Saya tidak tahu cikbalas pembatu rumah Siti dengan lembut. Leha nama panjangnya Zaleha pembantu rumah Puan Asyikin dan Encik Amran iaitu ibu dan ayah kepada Siti Zuriah. Makcik Leha berasal dari Indonesia telah berkerja dengan Puan Asyikin dan Encik Amran selama 9 tahun. Siti Zuriah pula berumur 11 tahun. Di sekolah, dia ditempatkan di kelas yang terakhir kerana dia seorang yang pemalas. Tiba-tiba Puan Asyikin keluar dari dapur dan berjalan menuju ke arah Siti sambil berkata semalamkan Siti letak kasut Siti di pintu dapur kemudian bergegas pergi minum air sebab terlalu haus. Siti Zuriah teringat akan kejadian semalam dia terlupa membawa air ke sekolah dan pada waktu balik dia segera ke dapur mengikut pintu belakang untuk mendapatkan air daripada ibunya. Dia pun secepat kilat berlari menuju ke dapur untuk mendapatkan kasut sekolahnya kerana takut didenda kerana terlambat ke sekolah. Setelah siap, Pak Mat menghantar Siti kesekolah dengan menaiki kereta mewah yang cantik warnanya maklumlah Siti anak orang kaya. Setibanya di sekolah Siti berjumpa kawan rapatnya Nur Hanis untuk meniru kerja rumah yang diberi oleh cikgunya. Hanis seorang budak yang nakal sama seperti Siti tetapi Hanis lebih pandai dari Siti. Selesai meniru Siti dan Hanis bersama kawankawan mereka yang lain bermain di dalam kelas. Tiba-tiba loceng berbunyi menandakan waktu pelajaran akan bermula. Mereka tidak menghiraukan bunyi lonceng tersebut. Tidak terdetik langsung dihati mereka untuk segera beratur. Cikgu Mariam selaku guru besar disekolah itu nampak kelakuan mereka dia segera menuju kearah mereka. Cikgu Mariam memanggil kesemua mereka dan dia merotan telapak tangan mereka sebanyak tiga kali. Murid-murid di sekolah itu kebanyakannya takut dengan Cikgu Mariam kerana Cikgu Mariam terkenal seorang yang garang termasuklah Siti Zuriah. Matapelajaran matamatik akan dimulakan ia adalah matapelajaran yang paling dibenci oleh sesetengah murid kelas 5 Angerik iaitu kelas yang diduduki oleh Siti Zuriah. Hari ini Cikgu Maimunah guru matapelajaran matamatik tidak hadir ke sekolah kerana sakit dan akan diganti oleh Encik Mahmud yang dikenali sebagai guru yang garang dan tegas. Siti Zuriah paling gerun apabila belajar dengan Encik Mahmud. Hari ini juga akan diadakan ujian bulanan bagi bulan Januari. Siti Zuriah langsung tidak mengendahkan ujian itu dia merasakan ujian itu tidak penting buat dirinya. Pada ujian bulanan sebelum ini, Siti memang gemar menggangu rakannya tetapi pada hari ini dia tidak mengganggu rakannya kerana Encik Mahmud selalu memerhatikannya. Waktu ujian bagi matapelajaran matamatik hampir tamat tetapi Siti masih belum menyelesaikan kertas ujian itu dia cuma menconteng kertas ujian itu dan melukis gambar kartun. Setelah ujian tamat Encik Mahmud pun mengutip kertas ujian dari murid-murid kelas itu. Setelah habis mengutip kertas ujian, dia pun keluar dari kelas, sebelum itu ketua kelas telah mengucapkan terima kasih dan diikuti seramai 34 orang murid. Matapelajaran seterusnya akan bermula. Ayuni adalah seorang murid yang pendiam di dalam kelas itu, dia selalu diganggu oleh beberapa orang murid termasuk Siti. Setelah loceng berbunyi menandakan waktu rehat bermula, Ayuni akan ke kantin bersama teman baiknya iaitu Tasya dan

Masliyana yang juga baik tingkah lakunya. Mereka dimasukkan ke kelas itu kerana gagal dalam matapelajaran Sain dan Bahasa Ingeris pada tahun lepas. Masliyana dan Tasya juga sering diganggu oleh Siti dan kawannya. Pada waktu balik, Siti akan dijemput oleh Pak Mat. Setelah sampai di hadapan pintu, Makcik Leha terus mengangkat beg sekolah Siti. Pada waktu itu ibu dan ayah Siti belum pulang pada setiap hari, ibunya akan pulang pada pukul 5.30 petang dan bapanya pula pada pukul 9.00 malam. Ibu dan ayah Siti selalu memanjakannya kerana Siti adalah anak tunggalnya. Setelah pulang dari sekolah, dia terus mengganti baju dan menonton television. Itulah tabiat buruk Siti, dia tidak pernah mengulang kaji pelajaran. Dia juga langsung tidak memikirkan peperiksaan UPSR pada tahun hadapan. Dia juga selalu bermain tanpa menghiraukan masa yang ditetapkan oleh ibunya untuk belajar. Puan Asyikin selalu juga menasihatkan Siti agar rajin belajar supaya dia akan menjadi lebih cerdik. Tetapi nasihat itu bagaikan mencurah air ke daun keladi, Siti langsung tidak menghiraukan nasihat itu malah makin bertambah malas perangainya. Puan Asyikin dan Encik Amran juga sudah pening dibuatnya.Setelah satu minggu berlalu, Cikgu Maimunah akan memberikan kertas ujian Matamatik yang diadakan pada minggu lepas pada hari ini. Dengan markah tertinggi iaitu 80 diperolehi oleh Ayuni, 77 seri oleh Masliyana dan Tasya dan seterusnya hinggalah yang terakhir 0 diperolehi oleh Siti. Cikgu Maimunah dengan suara yang lembut menasihati Siti, Siti saya sudah lama memerhatikan kamu, kamu bagaikan tidak mahu belajar dalam semua matapelajaran. Bukan cikgu tidak tahu, ramai guru yang memberitahu cikgu perangai kamu. Cikgu bukan nak marahkan kamu, cuma nak beri nasihat sedikit yang kamu harus belajar bersungguh-sungguh kerana lagi 1 tahun sahaja kamu akan menghadapi UPSR. Ibubapa kamu bersusah payah membayar yuran sekolah kamu. Setelah pulang kerumah, Siti memikirkan apa yang dicakapkan oleh Cikgu Maimunah tadi. Dia merasa menyesal kerana selalu bermain dan tidak menghiraukan pelajarannya. Dia mula menyemak buku teks Matematik dan Bahasa Malaysia. Sejak hari itu Siti tidak lagi bermain ketika cikgu sedang mengajar.Dia mula memberi tumpuan didalam kelas. Dia juga tidak lagi berkawan rapat dengan rakannya seperti Nur Hanis. Dia telah berubah hati dan mula berkawan dengan Tasha, Ayuni dan Masliyana. Hari berganti hari, prestasi Siti semakin meningkat. Cikgu Maimunah berasa kagum dengan Siti. Kini sudah setahun dia di kelas 5 Angerik. Dia akan dimasukkan ke dalam kelas 6 Mawar iaitu kelas kedua yang terpandai bersama kawan baiknya kerana markah kertas peperiksaannya memuaskan. Siti juga mula berminat untuk memasuki kelas tusyien. Prestasinya juga semakin meningkat dia mula mendapat A dalam pelajaran Matematik dan Bahasa Melayu dan B dalam pelajaran Sain dan Bahasa Inggeris. Kini cuma tinggal tiga bulan sahaja lagi sebelum UPSR dijalankan. Siti makin berusaha bersungguhsungguh untuk mencapai 5A dalam UPSR. Hari berganti hari kini percubaan UPSR dijalankan Siti mendapat 4A1B. Dia merasa gembira kerana markah matapelajaran Sain semakin meningkat. Sewaktu UPSR dijalankan Siti menjawab dengan tenang dan bersungguh-sungguh. Dia yakin akan mendapat 5A. Mak, Siti dapat 5A dalam UPSR!!! kata Siti kepada ibunya dengan gembira setelah mendapat keputusan UPSR daripada gurunya. Ayuni dan Tasha turut memperoleh 5A dan Masliyana memperoleh 4A1B. Makcik Leha dan Pak Mat turut gembira di atas kejayaan Siti.

Cerita Rakyat - Nenek ApoiPada suatu ketika dahulu, terdapat seorang Ketua Kaum Idahan yang mempunyai kekuasaan yang sangat besar bermula dari Sungai Kinabatangan sehinggalah ke perairan Pulau Temburung di Daerah Semporna. Beliau bernama " Nenek Apoi" yang bermaksud " Api " dalam Bahasa Idahan. Nenek Apoi juga merupakan seorang Wira ataupun Pahlawan dikalangan Suku Kaum Idahan ketika itu. Nenek Apoi mempunyai seorang isteri yang Bernama Liungayoh yang bermaksud 'Perempuan Besar" dalam Bahasa Suku Kaum Idahan dan menurut cerita ia mempunyai Tiga Orang Anak yang tinggal di Sungai Segama, Sungai Tungku dan juga Sapagaya. Ini bererti Nenek Apoi tidak menetap di suatu kawasan, ia sering pergi ke tempat tinggal anak-anaknya. Pada suatu hari isteri Nenek Apoi yang tengah sarat mengandung telah mengidam ingin memakan Hati Payau. "Apoi, aku mahulah makan Hati Payau, kata isterinya Liungayoh". Nenek Apoi pun bersetuju. " Kalau begitu kenalah aku pergi memburu Payau tu Liun" kata Nenek Apoi. Pada keesokan harinya Nenek Apoi bersama anjing kesayangannya yang bernama Siyud Rapot bertolak dengan berbekal sebilah Tombak dan makanan serta minuman yang dibekalkan oleh isterinya Liungayoh. Nenek Apoi pun pergilah berburu, sehari suntuk Nenek Apoi berjalan namun tidak terlihat olehnya kalibat seekor pun Payau padahal dia tahu binatang ini muda dicari. Siang bertukar malam, malam

bertukar siang, Nenek Apoi mengira hari. " Aduh, sudah lima hari aku berburu, mana payau ni, hairan juga tidak nampak seekor pun. Bisik Nenek Apoi, anjing kesayanag Siyud Rapot pun keletihan. Pada hari yang ketujuh, Nenek Apoi begitu letih. Nenek Apoi sungguh hairan kenapa tidak ada seekor pun Payau yang dia temui. Ketika asyik berfikir, Nenek Apoi tertidur. Tiba-tiba anjing Nenek Apoi, Siyud Rapot menyalak tidak berhenti-henti. Nenek Apoi terkejut, lalu melihat apa yang disalak oleh Siyud Rapot. Percaya dengan tidak, Nenek Apoi tergamam seketika kerana bersama dengan Siyud Rapot adalah seekor Payau tetapi yang menghairankan Nenek Apoi kenapa warna kulit Payau tersebut berwarna Emas. Dengan segera Nenek Apoi pun berlari ke arah Payau Emas tersebut. Kejar mengejar pun berlaku. Payau Emas tersebut sungguh pantas, namun Nenek Apoi lebih pantas bersama anjingnya Siyud Rapot. Tiba-tiba, Payau Emas tersebut berhenti tiba-tiba, apa lagi Nenek Apoi pun membaling Tombaknya ke arah payau Emas tersebut dengan kepakaran dan ketangkasan Nenek Apoi, lembing tepat terkena payau Emas tersebut. Nenek Apoi pun mencabut parangnya lalu ingin memotong Payau Emas tersebut. Belum sempat Nenek Apoi mahu menyembelih leher Payau Emas tersbut tiba-tiba Payau Emas itu berkata " Tolong, jangan bunuh aku, tolonglah aku", Payau Emas itu merayu. Apa lagi, Nenek Apoi pun melompat, "kau kah yang bercakap?, tanya Nenek Apoi. "Ya, aku" tolong lepaskan aku, jawap Payau Emas itu. Nenek Apoi berfikir sejenak. " Tapi, kalau aku tak bunuh kau, macam mana aku hendak membawa pulang hati kau, kerana isteri aku ingin memakan hati Payau, sudah tujuh hari tujuh malam aku berburu, sudah dapat, mana boleh aku lepaskan", kata Nenek Apoi. Payau Emas merayu lagi, " baiklah, kalau kau lepaskan aku, aku akan berikan kau harta yang amat berharga untuk selama-lamanya sehingga anak cucu kau, ia tidak akan habis", jawab Payau Emas tersebut. "Harta!, aku tidak mahu harta, aku mahu hati kau untuk isteri aku yang mengidam" kata Nenek Apoi. "Harta itu ada didalam Gua ini, kau masuklah lihat sendiri" balas Payau Emas itu. Nenek Apoi pun melangkah masuk, belum sempat Nenek Apoi melangkah seterusnya, bila Nenek Apoi mahu bertanya kepada Payau Emas, Payau Emas itu telah lenyap, tiada kesan darah kalaupun Payau Emas itu melarikan dirinya. Nenek Apoi pun masuk ke dalam Gua tersebut. Sejak hari itu, harta yang dimaksudkan oleh Payau Emas itu adalah Sarang Burung LayangLayang yang mendiami Gua tersebut, nama Gua itu ialah Gua Madai terletak di daerah Lahad Datu yang terkenal dengan panghasilan Sarang Burung sehingga keperingkat antarabangsa sehinggalah hari ini kesan darah daripada percikan darah Payau Emas terkena tombak Nenek Apoi masih kelihatan dan kesan tapak kaki serta tangan Nenek Apoi masih lagi dapat dilihat. Begitulah cerita rakyat Daerah Lahad Datu bagaimana Nenek Apoi berjumpa dengan Payau Emas dan bertemu dengan Gua yang bernama Gua Madai. PUTERI SAADONG PUTERI SAADONG BERAKHIR DI BUKIT MARAK? Pemerintahan Puteri Saadong dikatakan berakhir pada kira-kira menjelang kurun ke-18, di akhir-akhir pemerintahan baginda tidak langsung disebut baik mana-mana juga buku sejarah, bahkan ceritacerita lisan dari penduduk-penduduk negeri Kelantan pun tidak didapati, puas juga saya menjelajah keseluruh negeri Kelantan, ke Kampung-kampung yang jauh di pendalaman dan pernah juga saya menajalankan kajian di bukit Marak yang dikatakan tempat akhir sekali Puteri Saadong bersemayam tidak saya temui bahan-bahan yang boleh menolong mengesan lingkaran sejarahnya yang berikut. Dengan berakhirnya pemerintahan Raja Abdul Rahim yang menggantikan pemerintahan Raja Abdullah di Kota Mahligai dan juga pemerintahan Puteri Saadong di Bukit Marak maka muncul semula pemerintahan di Jembal, iaitu pemerintahan Sultan umar (Raja Umar), baginda ini ialah adik kepada Raja Loyor, dan pangkat bapa saudara pula kepada Puteri Saadong. Pemerintahan baginda ini dikatakan bermula pada tahun 1675, baginda mempunyai beberapa orang putera dan puteri, putera sulung baginda bernama Raja kecil Solong yang dirajakan di Kota Teras (di Kampung Teras dekat Kampung Mentuan), seorang lagi putera baginda bernama Raja Ngah atau dipanggil juga Raja Hudang memerintah di Tebing Tinggi Pusaran Buah (Kampung Tanjung Chat), seorang puteri Sultan Umar bernama Raja Pah telah berkahwin pula dengan Tuan Besar Long Bahar seorang putera raja yang datang dari Patani (dalam negeri Thai). Mengenai Tuan Besar Long Bahar pula menurut Ringkasan Cetera Kelantan yang ditulis oleh Datuk Paduka Raja Kelantan Nik Mahmud bin Ismail adalah putera Wan Daim ataudisebut juga Datuk

Pangkalan Tua, raja dari negeri Petani yang zuriatnya berasal dari keturunan anak-anak Raja Bugis bernama Paqih Ali. Tuan Besar Long Bahar mempunyai beberapa orang saudara iaitu Tuan Solong Kelantan, Tuan Senik Genting dan Datuk Pasir Petani. Oleh kerana terjadinya perselisihan keluarga maka Tuan Besar Long Bahar telah merantau ke Negeri Kelantan dengan membawa bersama seorang putera yang bernama Long Sulaiman, dan di Kelantan Long Besar berkahwin pula dengan Raja Pah puteri Sultan Umar, kemudian Tuan Besar Long Bahar berpindah membuka sebuah tempat yang diberi nama Kota Kubang Labu (dalam Wakaf Baru sekarang). Dalam tahun 1721 Sultan Umar telah mangkat dan baginda inilah juga yang disebut atau digelar raja Udang yang mana makamnya terdapat masa ini didalam kawasan sawah padi kira&127;&127;&127;&127;-kira dua rantai jauhnya dari sekolah Rendah Kebangsaan Kedai Lalat, begitu juga dengan Raja Bahar kekanda baginda yang memerintah Jembal yang mangkat pada tahun 1675 yang digelar raja ekor yang makamnya terdapat sekarang ini dikampung Tok kambing, Mukim Sering dekat Kota Bharu. Dengan kemangkatan Sultan umar makam putera sulung baginda yang bernama Raja Kecil Solong yang sedang memerintah di Kota Teras tidak mahu mengambil alih pemerintahan di Jembal dari ayahndanya, dan dengan persetujuan baginda jugalah lalu diangkat adik iparnya iaitu Tuan Besar Long Bahar menjadi raja di Jembal, dan dengan itu Kota Kubang Labu diserahkan kepada pemerintahan putera baginda yang bernama Long Sulaiman, putera ini ialah dari isteri baginda di Patani. Apabila pemerintahan Jembal dan juga pemerintahan di Kota Kubang Labu terserah kepada pemerintahan Tuan Besar Long Bahar dan putera baginda maka berakhirlah satu peringkat pemerintahan yang berasal dari zuriat Raja sakti yang memerintah Jembal, dan pada peringkat ini pula maka zuriat keturunan dari Tuan Besar Long Baharlah yang memerintah Jembal juga Kota Kubang Labu keturunan dari Tuan Besar Long Bahar ini jugalah asalnya raja-raja yang memerintah Negeri Kelantan hingga sekarang ini. Dalam tahun 1977 dan seterusnya hingga tahun-tahun yang kemudian saya telah menjalankan kajian dibeberapa tempat disekitar Kedai Lalat yang letaknya kira-kira 7 batu dari bandar Kota Bharu, di kampung tersebut terletaknyamakam-makam Raja Loyor , iaitu ayahnda Puteri Saadong, menurut cerita dari penduduk-penduduk kampung sekitar yang saya dapati bahawa pada suatu ketika dulu terdapat beberapa orang siam yang datang untuk mengorek makam tersebut, kononya orang siam tersebut bermimpi bahawa didalam makam tersebut terdapat sebilah keris yang dianggap keramat atau mempunyai kuasa ghaib, begitu juga saya diberitahu pernah disuatu ketika ada orang-orang mencuri serpihan batu nisannya yang dibuat dari batu marmar, beberapa hari kemudian serpihan itu dipulangkan semula, menurut orang yang mengambil serpihan tersebut bahawa ia sering diganggu mimpi yang menakutkan. Makam Raja Udang atau Sultan Umar mempunyai beberapa kepercayaan pula, makam ini terletak tidak jauh dari Masjid Kedai Lalat, waktu saya melawat ke makam tersebut saya dapati ada sebuah batu besar yang disebut batu hampar terletak berdekatan dengan makam tersebut, orang kampung disekitar ada yang percaya batu tersebut mempunyai kuasa-kuasa ghaib, batu tersebut sepanjang tiga kaki dan lebarnya lebih kurang dua kaki, tebalnya kira-kira enam inci (6 inci), tidak sesiapa yang berani mengambil batu tersebut walaupun pada hemah saya batu tersebut sangat baik dibuat tempat membasuh kain baju, saya percaya batu tersebut digunakan untuk membuat binaan makam, boleh jadi kerana besarnya tidak mencukupi maka lalu ditinggal begitu saja. Saya juga telah melawat sebuah makam lagi di Kampung Tok Kambing iaitu kira-kira sebatu jauhnya dari Kedai Lalat, makam tersebut ialah dikenali sebagai makam Raja Ekor atau Raja Bahar, makam ini terdapat binaan yang dibuat dari batu pejal, sungguh menarik kerana terdapat ukiran yang terpahat, ukiran tersebut menggambarkan seekor burung (boleh jadi Burung Bangau) sangat menghairankan saya kerana biasanya perkuburan islam tidak menggambarkan benda-benda hidup saperti haiwan-haiwan. Pahat yang berbentuk burung biasanya mempunyai pengaruh-pengaruh dari utara terutama dari Negeri China (meliputi negeri-negeri di Indo-China), adakah Raja Ekor ini seorang raja yang berasal dari Indo-China ataupun boleh jadi batu makam tersebut sengaja ditempa di Chempa (Republik Khamer) yang waktu di zaman dulu adalah pernah menjadi sebuah kerajaan yang umat islam dan pengaruh islam. Inilah satu perkara yng ahli-ahli penyelidik harus menjalankan pula satu kajian yang lebih mendalam, seelok-eloknya meninjau pula kenegri-negeri di Indo-China untuk melihat makammakam Islam di zaman dulu yang banyak terdapat di negara tersebut, dapatlah dibuat perbandingan dengan makam-makam raja-raja Jembal yang terdapat di Kelantan terutama makam Raja Ekor yang masih menjadi mesteri.

PUTERI SAADONG BUNUH SUAMI KERANA CEMBURU. Catitan Ibnu Batutah tentang negeri yang disebut Kilu-Kerai itu kurang jelas, baik tentang letak negeri tersebut dan juga gaya pemerintahan Raja Perempuan yang disebut Urd-uja itu, ialah satu perkara yang sangat rumit dapat dikesan oleh pakar-pakar sejarah. Dengan keterangan yang sebegitu sedikit maka kita tidaklah boleh memberi kata putus bahawa KiluKerai itulah yang sebenarnya Kuala Kerai yang terdapat di Negeri Kelantan sekarang ini, walau bagaimanapun perkara ini boleh diselesaikan jika sekiranya ada pakar-pakar sejarah yang betul-betul menjalankan penyelidikan khas mengenai perkara tersebut. Dari beberapa keterangan yang diperolehi yakni berdasarkan dari hikayat-hikayat lama dan juga lainlain catitan sejarah, adalah Negeri Kelantan telah wujud pemerintahan beraja yang berteraskan agama Islam pada kira-kira awal kurun ke 15, dikatakan raja yang mula-mula memerintah Kelantan yang dapat dikesan ialah Maharaja K'Umar atau disebut juga Raja K'Umar, pemerintahan baginda adalah sekitar tahun masehi 1411, tidak diketahui dimana letaknya pusat pemerintahan baginda, sesetengah ahli sejarah tempatan percaya pusat pemerintahan baginda terletak di Pulau Sabar, iaitu sebuah pulau yang terletak di tengah sungai Kelantan berhampiran dengan Kampung laut, pulau tersebut pada masa ini telah tenggelam. Selepas pemerintahan K'Umar muncul pula pemerintahan Sultan Iskandar, pemerintahan baginda berakhir pada tahun 1465 masehi kerana dibinasakan oleh Angkatan Perang Siam (Thai), kononnya baginda dan lebih 100,000 rakyat Kelantan telah dapat ditawan dan dibawa kenegeri Siam, tidaklah diketahui tentang nasib raja tersebut adakah baginda mangkat di Siam atau juga dihantar pulang ke Kelantan. Kira-kira pada tahun masehi 1477 sebuah angkatan perang dari Melaka yang diperintah oleh Sultan Mahmud telah datang menyerang dan mengalahkan Kelantan, Sultan Mansur iaitu Sultan Kelantan telah dapat ditawan, begitu juga ditawan ketiga-tiga puteri baginda iaitu Puteri Unang Kening, Cubak dan Cuban. Puteri Unang Kening yang paling jelita itu kemudian diperisterikan oleh Sultan Mahmud Shah, maka setelah Sultan Mansur Shah mengaku tunduk kepada pemerintahan Melaka lalu baginda diangkat semula menjadi sultan Kelantan, sejak itu negeri Kelantan dikira sebagai jajahan takluk Melaka. Sultan mansur Shah mangkat pada kira-kira tahun masehi 1526, putera baginda yang bernama Raja Gombak telah dilantik menjadi pemerintah Kelantan, baginda bersemayam di Pulau sabar juga, dalam tahun 1548 Raja Gombak telah mangkat dengan tidak meningggalkan zuriat, oleh itu anak saudara baginda yang bernama Raja Ahmad telah dilantik menjadi pemerintah Kelantan, baginda bergelar Sultan Ahmad, menurut beberapa punca sejarah Sultan Ahmad ini mempunyai seorang puteri yang sangat jelita yang bernama Puteri Cik Wan Kembang, dan sewaktu Sultan Ahmad mangkat puteri ini masih kecil lagi, lalu dil;antik aeorang anak raja dari Johor yang bernama Raja Husain memangku raja dengan bergelar Sultan Husain. Sultan Husain yang memerintah kelantan itu dikatakan mangkat pada tahun 1610, dengan itu lalu dilantik Cik wan Kembang menjadi pemerintah Kelantan. Raja perempuan Kelantan ini dikatakan berpindah dari Pulau Sabar ke sebuah tempat yang sangat jauh di pendalaman iaitu Gunung Cinta Wangsa (terletak kira-kira 27 batu ke tenggara Kuala Kerai). GANJIL Mengapa baginda berpindah begitu jauh dari tebing sungai Kelantan adalah satu perkara yang sungguh ganjil, biasanya pemerintahan raja-raja di zaman dahulu adalah memilih tempat-tempat yang berhampiran dengan sungai, kerana sungailah yang menjadi jalan dan perhubungan yang penting ketika itu. Harus jugalah pada fikiran raja perempuan itu bahawa tempat tersebut lebih selamat dan tenteram dari apa juga gangguan luar, terutama sekali gangguan dari pemerintahan Siam yang dianggap kuasa yang teragung ketika itu. Dalam jangka yang sama di zaman pemerintahan Cik Wan Kembang, atau pada pedagang-pedagang bangsa Arab disebut Cik Siti (Cik Siti wan Kembang), maka di Negeri Kelantan telah wujud sebuah lagi pemerintahan beraja yang berpusat di Jembal (Kedai lalat sekarang iaitu kira-kira 6 batu dari bandar Kota Bharu). raja yang memerintah disitu bernama Raja Loyor putera Raja Sakti yang berasal dari Kedah. Ada sesetengah ahli sejarah tempatan berpendapat yang Raja Loyor berkahwin dengan Namng Cayang yang dikatakan seoarang raja perempuan Pattani yang melarikan diri ke Kelantan, dari perkahwinan itu mereka beroleh seorang puteri yang diberi&127; nama Puteri Saadong, Puteri Saadong inilah yang kemudiannya diambil oleh Cik Siti Wan Kembang menjadi anak angkatnya,

kerana baginda sendiri tidak mempunyai anak. Puteri Saadong pula berkahwin denban sepupunya yang bernama Raja Abdullah, kemudian Raja Abdullah telah dilantik menjadi raja di tempat yang bernama Cetak (dalam Jajahan Pasir Mas). Tidak lama di situ Raja Abdullah berpindah pula bersemayam di Kota Mahligai (dalam Daerah Melor sekarang). Setelah Raja Abdullah dan Puteri Saadong berkerajaan di Kota Mahligai, maka Cik Siti Wan Kembang pun balik semula bersemayam di Gunung Ayam, setelah itu tidak lagi didapati cerita tentang Cik Siti Wan Kembang adakah baginda berpindah ke tempat lain atau mangkat di tempat tersebut. Memanglah satu perkara yang sukar untuk mengesantentang kedudukan tempat semayam Cik Siti Wan Kembang yang sebenarnya, kerana di negeri Kelantan terdapatdua buah gunung yang bernama Gunung Ayam, sebuah terletak kira-kira 17 batu ke barat Gua Musang, gunung tersebut setinggi 2,945 kaki, terletak pula terlalu jauh dirimba yang sangat sukar dijalankan penyelidikan, sebuah lagi Gunung Ayam terletak dekat dengan sempadan negeri Terengganu iaitu kira-kira 15 batu ke timur laut Kuala Kerai, gunung tersebut setinggi 2,674 kaki, terletaknya pula jauh jauh ke dalam rimba. Gunung Ayam yang mana satu menjadi tempat dan pusat pemerintahan Cik Siti Wan Kembang. Waktu saya melawat makam Tuan Tabal atau nama batang tubuhnya Tuan haji Abdul samad bin Muhammad, seorang tokoh pengembang agama Islam yang terkenal di negeri Kelantan, yang meninggal dunia pada tahun 1891 dan dan dimakamkan di perkuburan Banggul, jalan ke Pantai Cahaya Bulan (Pantai Cinta Berahi), saya juga telah diberitahu oleh Encik Nik Abdul Rahman bin Nik Dir yang memandu saya ke makam tersebut bahawa tidak berapa jauh dari makam Tuan Tabal itu terdapat sebuah makam lama yang sangat cantik dibina dari batu pejal serta berukir pula, makam tersebut orang-orang Banggul menyebut Makam Cik Siti, saya juga telah makam tersebut, kesimpulannya dari kajian saya tidak syak lagi makam tersebut adalah sebuah makam lama dari seorang perempuan yang dari keturunan raja-raja atau orang-orang besar juga, dan seni ukir pada binaan makamnya menggambarkan seni ukir yang hampir persamaannya dengan makam-makam di jembal dan juga makam-makam di permakaman DiRaja Langgar, adakah ini yang sebenarnya makam Cik Siti Wan Kembang adalah satu perkara yang sangat menarik dan perlu dibuat kajian yang lebih teliti. NISAN Berdasarkan tanah perkuburan Banggul saya yakin adalah satu tanah perkuburan yang sangat lama, mungkin tanah perkuburan tersebut telah digunakan beratus-ratus tahun lampau, di perkuburan Banggul itu juga akan memperlihatkan kepada kita berbagai-bagai jenis bentuk batu nisan yang ganjil-ganjil serta ada pula yang berukir dan bertulis ayat-ayat Quiran yang sangat cantik dan menarik. Dengan berakhirnya pemerintahan Cik Siti Wan Kembang yang tidak dapat dikesan di akhir pemerintahannya, maka muncullah pemerintahan Raja Abdullah di Kota Mahligai. Pemerintahan Raja Abdullah berakhir pada tahun 1671 iaitu apabila baginda mangkat dibunuh oleh isterinya Puteri Saadong, lalu Puteri Saadong melantik pula Raja Rahim anak Raja Abdullah merajai Kota Mahligai. Tidak lama setelah Raja Rahim memerintah baginda kemudian dibunuh pula oleh rakyatnya di tepi tasik Lelayang Mandi. Dengan kemangkatan Raja Rahim maka berakhirlah pemerintahan beraja di Kota Mahligai. Konon menurut cerita Puteri Saadong telah lama ditawan dan di bawa ke Siam (Thailand) iaitu ketika tentera-tentera Siam datang melanggar Kelantan waktu mereka mula-mula berkahwin dan bersemayam di Kota Mahligai, selepas beberapa tahun Puteri Saadong di Siam, baginda di hantar balik ke Kelantan. Alangkah terkejutnya Puteri Saadong bila mendapati yang suaminya Raja Abdullah telah berkahwin lain, maka dari punca itulh berlakunya pertengkaran dan berakhir kemangkatan Raja Abdullah dengan tikaman pacak sanggul isterinya.

Sumber:Oleh : N A Halim (Muzium Negara) Petikan : Mingguan Malaysia 28hb.Okt.1979

Sang Kancil Dengan Buaya Pada zaman dahulu Sang Kancil adalah merupakan

binatang yang paling cerdik di dalam hutan. Banyak binatang-binatang di dalam hutan datang kepadanya

untuk meminta pertolongan apabila mereka menghadapi masalah. Walaupun ia menjadi tempat tumpuan binatangbinatang di dalam hutan, tetapi ia tidak menunjukkan sikap yang sombong malah sedia membantu pada bila-bila masa saja. Suatu hari Sang Kancil berjalan-jalan di dalam hutan untuk mencari makanan. Oleh kerana makanan di sekitar kawasan kediaman telah berkurangan Sang Kancil

bercadang untuk mencari di luar kawasan kediamannya. Cuaca pada hari tersebut sangat panas, menyebabkan Sang Kancil berasa dahaga kerana terlalu lama berjalan, lalu ia berusaha mencari sungai yang berdekatan. Setelah meredah hutan akhirnya kancil berjumpa dengan sebatang sungai yang sangat jernih airnya. Tanpa membuang masa Sang Kancil terus minum dengan sepuas-puasnya.

Kedinginan air sungai tersebut telah menghilangkan rasa dahaga Sang Kancil. Kancil terus berjalan-jalan menyusuri tebing sungai,

apabila terasa penat ia berehat sebentar di bawah pohon beringin yang sangat rendang di sekitar kawasan

tersebut. Kancil berkata didalam hatinya "Aku mesti bersabar jika ingin mendapat makanan yang lazat-lazat". Setelah tebing kepenatannya sungai hilang, Sang Kancil memakan menyusuri dedaun

tersebut

sambil

kegemarannya yang terdapat disekitarnya. Apabila tiba di satu kawasan yang agak lapang, Sang Kancil

terpandang kebun buah-buahan yang sedang masak ranum di seberang sungai."Alangkah enaknya jika aku dapat

menyeberangi sungai ini dan dapat menikmati buahbuahan tersebut" fikir Sang Kancil. Sang Kancil terus berfikir mencari akal bagaimana untuk menyeberangi sungai yang sangat dalam lagi deras

arusnya. Tiba-tiba Sang Kacil terpandang Sang Buaya yang sedang asyik berjemur di tebing sungai. Sudah menjadi kebiasaan buaya apabila hari panas ia suka berjemur untuk mendapat cahaya matahari.Tanpa

berlengah-lengah lagi kancil terus menghampiri buaya yang sedang berjemur lalu berkata " Hai sabahatku Sang Buaya, apa khabar kamu pada hari ini?" buaya yang sedang asyik menikmati cahaya matahari terus membuka mata dan didapati sang kancil yang menegurnya tadi "Khabar baik sahabatku Sang Kancil" sambung buaya lagi "Apakah yang menyebabkan kamu datang ke mari?" jawab Sang Kancil "Aku membawa khabar gembira untuk kamu" mendengar kata-kata Sang Kacil, Sang Buaya tidak sabar lagi ingin mendengar khabar yang dibawa oleh Sang Kancil lalu berkata "Ceritakan kepada ku apakah yang engkau hendak sampaikan".

Kancil berkata "Aku diperintahkan oleh Raja Sulaiman supaya menghitung jumlah buaya yang terdapat di dalam sungai ini kerana Raja Sulaiman ingin memberi hadiah kepada kamu semua". Mendengar saja nama Raja

Sulaiman sudah menggerunkan semua binatang kerana Nabi Sulaiman telah diberi kebesaran oleh Allah untuk memerintah semua makhluk di muka bumi ini. "Baiklah, kamu tunggu di sini, aku akan turun kedasar sungai untuk memanggil semua kawan aku" kata Sang Buaya.

Sementara itu Sang Kancil sudah berangan-angan untuk menikmati buah-buahan. Tidak lama kemudian semua buaya yang berada di dasar sungai berkumpul di tebing sungai. Sang Kancil berkata "Hai buaya sekelian, aku telah diperintahkan oleh Nabi Saulaiman supaya

menghitung jumlah kamu semua kerana Nabi Sulaiman akan memberi hadiah yang istimewa pada hari ini". Kata kancil lagi "Beraturlah kamu merentasi sungai bermula daripada tebing sebelah sini sehingga ke tebing

sebelah sana". Oleh kerana perintah tersebut adalah datangnya

daripada Nabi Sulaiman semua buaya segera beratur

tanpa membantah. Kata Buaya tadi "Sekarang hitunglah, kami sudah bersedia" Sang Kancil mengambil sepotong kayu yang berada di situ lalu melompat ke atas buaya yang pertama di tepi sungai dan ia mula menghitung dengan menyebut "Satu dua tiga lekuk, jantan betina aku ketuk" sambil mengetuk kepala buaya begitulah sehingga kancil berjaya menyeberangi sungai. Apabila sampai

ditebing sana kancil terus melompat ke atas tebing sungai sambil bersorak kegembiraan dan berkata" Hai buayabuaya sekalian, tahukah kamu bahawa aku telah menipu kamu semua dan tidak ada hadiah yang akan diberikan oleh Nabi Sulaiman". Mendengar kata-kata Sang Kancil semua buaya berasa marah dan malu kerana mereka telah di tipu oleh kancil. Mereka bersumpah dan tidak akan melepaskan Sang Kancil apabila bertemu pada masa akan datang. Dendam buaya tersebut terus membara sehingga hari ini.

Sementara itu Sang Kancil terus melompat kegembiraan dan terus meniggalkan buaya-buaya tersebut dan terus menghilangkan diri di dalam kebun buah-buahan untuk menikmati buah-buahan yang sedang masak ranum itu.

Seruling Sakti Pada zaman dahulu terdapat sebuah pekan kecil yang sangat cantik terletak di kaki bukit. Pekan tersebut di kenali Hamelyn. Penduduk di pekan tersebut hidup dengan aman damai, tetapi sikap mereka tidak perihatin terhadap kebersihan. Pekan tersebut penuh dengan sampah sarap. Mereka membuang sampah di merata-rata menyebabkan pekan tersebut menjadi tempat pembiakan tikus. Semakin hari semakin banyak tikus membiak menyebabkan pekan tersebut dipebuhi oleh tikus-tikus. Tikus-tikus berkeliaran dengan banyaknya dipekan tersebut. Setiap rumah tikus-tikus bergerak bebas tanpa perasaan takut kepada manusia. Penduduk di pekan ini cuba membela kucing untuk menghalau tikus dan ada diantara mereka memasang perangkap tetapi tidak berkesan kerana tikus terlampau banyak. Mereka sungguh susah hati dan mati akal bagaimana untuk menghapuskan tikus-tikus tersebut. Musibah yang menimpa pekan tersebut telah tersebar luas ke pekan-pekan lain sehinggalah pada suatu hari seorang pemuda yang tidak dikenali datang ke pekan tersebut dan menawarkan khidmatnya untuk menghalau semua tikus dengan syarat penduduk pekan tersebut membayar upah atas kadar dua keping wang mas setiap orang. Penduduk di pekan tersebut berbincang sesama mereka diatas tawaran pemuda tadi.Ada diatara mereka tidak bersetuju oleh kerana mereka tidak sanggup untuk membayar upah yang sangat mahal. Setelah berbincang dengan panjang lebar akhirnya mereka bersetuju untuk membayar upah seperti yang diminta oleh pemuda itu kerana mereka tidak mempunyai pilihan lain. Keputusan tersebut dimaklumkan kepada pemuda tadi, lalu dia mengeluarkan seruling sakti dan meniupnya. Bunyi yang keluar dari seruling itu sangat merdu dan mengasik sesiapa yang mendengarnya. Tikus-tikus yang berada dimerata tempat didalam pekan tersebut mula keluar dan berkumpul mengelilinginya. Pemuda tadi berjalan perlahan-lahan sambil meniup seruling sakti dan menuju ke sebatang sungai yang jauh dari pekan tersebut. Apabila sampai ditepi sungai pemuda tadi terus masuk kedalamnya dan diikuti oleh semua tikus.Tikus-tikus tadi tidak dapat berenang didalam sungai dan semuanya mati lemas. Kini pekan Hamelyn telah bebas daripada serangan tikus dan penduduk bersorak dengan gembiranya. Apabila pemuda tadi menuntut janjinya, penduduk tersebut enggan membayar upah yang telah dijanjikan kerana mereka mengangap kerja yang dibuat oleh pemuda tadi tidak sepadan dengan upah yang diminta kerana hanya dengan meniupkan seruling sahaja. Pemuda tadi sangat marah lalu dia menuipkan seruling saktinya sekali lagi. Irama yang keluar dari seruling itu sangat memikat hati kanak-kanak menyebabkan semua kanak-kanak berkumpul di sekelilingnya. Satelah semua kanak-kanak berkumpul pemuda tadi berjalan sambil meniupkan seruling dan diikuti oleh semua kanak-kanak. Pemuda itu membawa kanakkanak tersebut keluar dari pekan Hamelyn. Setelah Ibu Bapa menyedari bahawa mereka akan kehilangan anak-anak, mereka mulai merasa cemas kerana kanak-kanak telah meninggalkan mereka dan mengikuti pemuda tadi. Mereka mengejar pemuda tadi dan merayu supaya menghentikan daripada meniup seruling dan memulangkan kembali anak-anak mereka. Merka sanggup memberi semua harta benda yamg ada asalkan pemuda tersebut mengembalikan anak-anak mereka. Rayuan penduduk tidak diendahkan oleh pemuda tadi lalu mereka membawa kanak-kanak tersebut menuju kesuatu tempat dan apabila mereka sampai disitu muncul sebuah gua dengan tiba-tiba. Pemuda tadi mesuk ke dalam gua itu dan diikuti oleh kanak-kanak. Setelah semuanya masuk tiba-tiba gua tersebut gaib dan hilang daripada pandangan penduduk pekan tersebut. Mereka tidak dapat berbuat apa-apa oleh kerana mereka telah memungkiri janji yang mereka buat. Merka menyesal diatas perbuatan mereka tetapi sudah terlambat. Sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tidak berguna. Sehingga hari ini penduduk pekan Hamelyn tidak melupakan kesilapan yang dilalukan oleh nenek moyang mereka. Menepati janji adalah pegangan yang kuat diamalkan oleh penduduk pekan Hamelyn sehingga hari ini.

Burung Bangau Dengan Seekor Ketam Pada zaman dahulu terdapat sebuah tasik yang sangat indah. Airnya sungguh jernih dan di dalamnya ditumbuhi oleh pokok-pokok teratai yang berbunga sepanjang masa. Suasana di sekitar tasik tersebut sungguh indah. Pokok-pokok yang tumbuh di sekitarnya hidup dengan subur. Banyak burung yang tinggal di kawasan sekitar tasik tersebut. Salah seekornya adalah burung bangau. Manakala di dalam tasih hidup bermacam-macam ikan dan haiwan lain. Ada ikan telapia sepat, kelah, keli, haruan dan bermacam-macam ikan lagi. Selain daripada ikan,terdapat juga ketam dan katak yang turut menghuni tasih tersebut.

Burung bangau sangat suka tinggal di kawasan tasik tersebut kerana ia senang mencari makan. Ikan-ikan kecil di tasik tersebut sangat jinak dan mudah ditangkap. Setiap hari burung bangau sentiasa menunggu di tepi tasik untuk menagkap ikan yang datang berhampiran dengannya. Beberapa tahun kemudian burung bangau semakin tua. Ia tidak lagi sekuat dulu untuk menangkap ikan. Kadangkadang ia tidak memperolehi ikan untuk dimakan menyebabkan ia berlapar seharian. Ia berfikir di dalam hatinya seraya berkata "Kalau beginilah keadaanya, aku akan mati kelaparan kerana tidak lagi berdaya untuk menangkap ikan. Aku mesti mencari jalan supaya aku

dapat memperolehi makanan dengan mudah". Burung bangau mendapat idea dan berpura-pura duduk termenung dengan perasan sedih di tebing tasik. Seekor katak yang kebetulan berada di situ ternampak bangau yang sangat murung dan sedih lalu bertanya "Kenapakah aku lihat akhir-akhir ini kamu asik termenung dan bersedih sahaja wahai bangau?". Bangau menjawab " Aku sedang memikirkan keadaan nasib kita dan semua penghuni tasih ini." "Apa yang merunsingkan kamu, sedangkan kita hidup di ini sudah sekian lama tidak menghadapi sebarang masalah." Jawab katak. "Awak manalah tahu, aku sering terbang ke sana ke mari dan mendengar manusia sedang berbincang tentang bencana kemarau

yang akan menimpa kawasan ini dalam beberapa bulan lagi. Kau lihat sajalah sejak akhir-akhir ini hari panas semacam aje, hujan pun sudah lama tidak turun". Bangau menyambung lagi "Aku khuatir tasik ini akan kering dan semua penghuni di tasik ini akan mati." Katak mengangguk- ngangukkan kepalanya sebagai tanda bersetuju dengan hujah bangau tadi. Tanpa membuang masa katak terus melompat ke dalam tasik untuk memaklumkan kepada kawan-kawan yang lain. Berita bencana kemarau telah tersebar ke seluruh tasih begitu cepat dan semua penghuni tasik berkumpul ditebing sungai dimana bangau berada. Masing-masing riuh rendah menanyakan bangau akan berita tersebut. Seekor ikan haruan

bertanya kepada bangau "Apakah cadangan engkau untuk membantu kami semua?" Burung bangau berkata "Aku ada satu cadangan, tetapi aku khuatir kamu semua tidak bersetuju." "Apakah cadangan tersebut" kata haruan seolah-olah tidak sabar lagi mendengarnya. Bangau berkata " Tidak jauh dari sini ada sebuah tasik yang besar dan airnya dalam, aku percaya tasik tersebut tidak akan kering walaupun berlaku kemarau yang panjang." "Bolehkah engkau membawa kami ke sana" sampuk ketam yang berada di situ. "Aku boleh membawa kamu seekor demi seekor kerana aku sudah tua dan tidak berdaya membawa kamu lebih daripada itu" kata burung bangau lagi.. Mereka pun

bersetuju bangau.

dengan

cadangan

burung

Burung bangau mula mengangkut seekor demi seekor ikan daripada tasik tersebut, tetapi ikan- ikan tersebut tidak dipindahkan ke tasik yang dikatakannya.Malahan ia membawa ikan-ikan tersebut ke batu besar yang berhampiran dengan tasik dan dimakannya dengan lahap sekali kerana ia sudah tidak makan selama beberapa hari. Setelah ikan yang dibawanya dimakan habis, ia terbang lagi untuk mengangkut ikan yang lain. Begitulah perbuatanya sehingga sampai kepada giliran ketam. Oleh kerana ketam mempunyai sepit ia hanya bergantung pada leher burung bangau dengan menggunakan sepitnya. Apabila hampir sampai ke kawasan

batu besar tersebut,ketam memandang ke bawah dan melihat tulang-tulang ikan bersepah di atas batu besar. Melihat keadaan tersebut ketam berasa cemas dan berfikir di dalam hatinya "Matilah aku kali ini dimakan oleh bangau." Lalu ia memikirkan sesuatu untuk menyelamatkan dirinya daripada ratahan bangau yang rakus. Setelah tiba di atas batu besar ketam masih lagi berpegang pada leher bangau sambil berkata "Dimanakah tasik yang engkau katakan itu dan kenapa engakau membawa aku di sini?" Bangau pun tergelak dengan terbahak-bahak lalu berkata "Kali ini telah tiba masanya engkau menjadi rezeki aku." Dengan perasaan marah ketam menyepit leher bangau dengan

lebih kuat lagi menyebabkan bangau sukar untuk bernafas, sambil merayu minta di lepaskan, ia berjanji akan menghantar ketam kembali ke tasik tersebut. Ketam tidak mempedulikan rayuan bangau malah ia menyepit lebih kuat lagi sehingga leher bangau terputus dua dan bangau mati di situ jua. Dengan perasaan gembira kerana terselamat daripada menjadi makanan bangau ia bergerak perlahan-lahan menuju ke tasik sambil membawa kepala bangau. Apabila tiba di tasik, kawan-kawannya masih lagi setia menunggu giliran masing-masing. Setelah melihat ketam sudah kembali dengan membawa kepala bangau mereka kehairanan dan ketam menceritakan kisah yang berlaku.

Semua binatang di tasik tersebut berasa gembira kerana mereka terselamat daripada menjadi makanan burung bangau yang tamak dan mementingkan diri sendiri. Mereka mengucakpan terima kasih kepada ketam kerana telah menyelamatkan mereka semua.