koleksi karangan 1

Upload: ferraleny-doline

Post on 10-Jan-2016

275 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

karangan

TRANSCRIPT

Tajuk : Faedah Membaca Membaca jambatan ilmu. Ibu bapa haruslah memupuk minat membaca di kalangan anak-anak sejak dari kecil lagi. Terdapat pelbagai bahan bacaan yang sesuai dibaca seperti surat khabar, majalah, buku cerita, komik dan lain-lain lagi. Bahan-bahan ini boleh didapati di perpustakaan ataupun membelinya di kedai buku. Membaca dapat memberikan pelbagai faedah kepada kita. Antaranya membaca dapat menambah ilmu pengetahuan. Dengan membaca buku-buku ilmiah dalam pelbagai bidang seperti bidang sejarah, ekonomi, perubatan dan sebagainya, menjadikan kita pelajar yang berpengetahuan luas dan otak cair. Secara tidak langsung akan membantu kita menjadi pelajar yang cemerlang dan menjadi kebanggaan ibu bapa serta guru-guru.Melalui pembacaan kita akan dapat mengetahui isu-isu semasa. Apabila kita membaca surat khabar, kita akan tahu berita semasa di dalam dan di luar negara. Contohnya berita tentang gempa bumi di Jepun, peperangan di Palestin, Banjir di Johor dan sebagainya. Di samping itu, membaca juga dapat menghiburkan kita. Apabila kita berasa penat setelah menelaah pelajaran, kita boleh membaca buku-buku yang boleh menghiburkan kita seperti komik, majalah dan lain-lain lagi. Dengan itu, kita dapat menghilangkan rasa penat. Seterusnya, membaca dapat mengisi masa lapang kita. Kita dapat mengelakkan diri kita daripada bergaul dengan kacang hantu atau kutu embun. Secara tidak langsung, kita tidak akan terjebak dengan gejala sosial seperti melepak, bergaduh, vandalisme dan lain-lain lagi. Kesimpulannya, membaca amat penting kepada para pelajar. Oleh itu, kita haruslah tanamkan sikap suka membaca pada setiap masa. Rakyat yang suka membaca adalah rakyat yang berilmu.

SOALAN : Kamu dan rakan kamu telah memancing di sungai. Tanpa diduga, rakan kamu telah tergelincir lalu lemas. Tulis cerita kamu selengkapnya. Aku dan Hasan tinggal berjiran. Kami berkawan sejak kecil lagi. Hubungan kami sangat akrab. Kami mempunyai hobi yang sama iaitu memancing ikan.Pada suatu hari, aku dan Hasan merancang untuk memancing ikan di sungai berdekatan. Setelah menyiapkan semua peralatan seperti joran dan umpan, kami pun bertolak ke lokasi yang ditetapkan. Aku dan Hasan menunggang basikal untuk ke sungai yang terletak di hujung kampung kami. Setibanya kami di lokasi, aku dapati banyak kanak-kanak sedang mandi-manda di sungai itu. Aku mencadangakan kepada Hasan supaya mencari lokasi yang lebih sesuai dan jauh daripada riuh-rendah kanak-kanak. Kami meletakkan peralatan di bawah pokok, kemudian terus melabuhkan punggung untuk memancing. Lokasi yang kami pilih memang sesuai. Dalam beberapa minit sahaja, kami sudah berjaya memancing pelbagai jenis ikan seperti ikan talapia, ikan lampam dan ikan puyu.Oleh sebab terlalu asyik memancing, kami tidak sedari hari sudah semakin senja. Ketika bersiap-siap untuk pulang, tiba-tiba pancing Hasan ditarik sesuatu. Hasan cuba menarik pancingnya tetapi tidak berjaya. Hasan masih terkial-kial menarik pancingnya. Tiba-tiba, Hasan tergelincir lalu terjatuh ke dalam sungai. Dia cuba berenang ke tepi tebing tetapi tidak berjaya kerana arus deras. Aku cuba menghulurkan joranku untuk dicapai olehnya tetapi gagal. Aku segera menjerit meminta tolong apabila melihat Hasan semakin lemah. Jeritanku didengari oleh seorang pemuda yang kebetulan memancing di lokasi berhampiran. Dia bergegas terjun ke dalam sungai dan menarik Hasan ke tepi tebing. Hasan berjaya diselamatkan. Kami berdua mengucapkan terima kasih kepada pemuda berkenaan. Sejak hari itu, kami berdua lebih berhati-hati apabila memancing di sungai .